Quantcast
Viewing all 4427 articles
Browse latest View live

LUCKY MALAYSIANS SET TO WIN 9 HONDA MODELS

LUCKY MALAYSIANS SET TO WIN 9 HONDA MODELS | Honda Malaysia launched the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign and Malaysians will have the chance to win 9 Honda models through this campaign. Honda Malaysia is expected to achieve 900,000 sales units in the third quarter of 2019. 

Honda Malaysia has good news for Malaysians! Through the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign, 9 Honda models are up for grabs for lucky Malaysians. This campaign commemorates Honda Malaysia’s milestone of achieving 900,000 sales units in the third quarter of 2019. This campaign is also to reward Malaysians for their strong support for Honda Malaysia since its establishment.


The campaign will be running at all 90 Honda sales dealerships nationwide as well as through the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign nationwide tour from August to September 2019. All Malaysians are invited to join the campaign giveaway by registering their details first through QR code or visit to the campaign’s website. 

The customers can then visit the nearest dealership and take part in the activities arranged by Honda Malaysia to earn giveaway tickets. The activities include spotting and taking pictures of the hidden Honda car name emblem, test driving Honda models and servicing Honda cars at any authorized Honda dealers. Customers who place bookings or register their Honda cars on 1st August – 22nd September 2019 are also entitled to the tickets. The more tickets collected, the higher the chance to win the Honda models.


Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Mr. Toichi Ishiyama said, “To celebrate this momentous achievement of reaching the 900,000 sales units, Honda Malaysia would like to share the joy of this milestone through the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign. Lucky Malaysians will get to win models such as Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V and Accord. 

This initiative is also an opportunity for Honda Malaysia to say thank you and reward our customers for making us the No.1 Non-National car brand in Malaysia. I hope to see a lot of Malaysians grabbing this opportunity to participate in the giveaway and I look forward to seeing the lucky winners who will be driving home our sought- after models.”


Established in 2002, Honda Malaysia has many outstanding achievements in the company’s history. Honda Malaysia successfully rolled out its first Completely Knock-Down (CKD) model, the CR-V a year later and since then, the company continued to introduce popular models such as Jazz, City, Civic and other new models to Malaysians which went on to become No.1 in their respective segments. 

Continuing the momentum, Honda Malaysia has also introduced the Next Generation Advanced Technology in its model line-ups, starting with the Turbocharged, Sport Hybrid i-DCD and Honda SENSING. In addition, Honda Malaysia is the only country after Japan to introduce Sport Hybrid i-DCD in its models after being the pioneer to introduce Hybrid technology in Malaysia in 2004.

The various achievements and milestones recorded by Honda Malaysia are made possible through unwavering Challenging Spirit and the strong support from the Malaysian government, Honda dealers, business partners, suppliers and fellow Malaysians. The company is committed to meeting customers’ demand by offering them the highest quality of products and be the company that society wants to exist through excellent customer service.

To register or for more information on the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign, customers can log onto the campaign’s website honda.com.my/microsite/900k or visit its official Facebook page https://www.facebook.com/hondamalaysia/.


P/S: Nanti Sis kongsikan pengalaman Sis memandu 3 buah kereta Honda tu ya. Nak tengok video dan gambar event semalam, boleh ke IG @akusislin. Tunggu update Sis seterusnya ya. 

WORDLESS WEDNESDAY - TERIMA KASIH 900K

WORDLESS WEDNESDAY - TERIMA KASIH 900K | Apa yang 'Terima Kasih 900k' tu? Korang boleh baca dulu di sini https://www.sislin76.com/2019/08/lucky-malaysians-set-to-win-9-honda.html . Cerita lanjut pengalaman Sis memandu 'test drive' tu nanti Sis update kemudian ya.

Apa-apa pun korang jangan lupa mendaftar. Kot mana tau rezeki korang menjadi salah seorang pemenang yang membawa balik sebuah kereta terbaru Honda. Sis ko pun nak daftar gak hehehehe.



Daftar sini : https://www.honda.com.my/microsite/900k/


P/S: Sis dah berkenan CRV 1.5L Turbo ni hehehehe...

SATU PERANGAI ORANG PEREMPUAN NI KAN, MALAS BETUL NAK LIPAT BAJU!

SATU PERANGAI ORANG PEREMPUAN NI KAN, MALAS BETUL NAK LIPAT BAJU! | Yaa Allah malasnya nak lipat baju oi! Takde ke mesin lipat baju ek, mesin yang basuh aje, terus siap dan keluar je dah siap lipat baju. Kalaulah ada, silap-silap Sis ko korek tabung nak membelinya hahahaha. Dasyatkan pemalasnya laaa..

Memang dari dulu sampai sekarang, tang lipat baju memang jadi pemalas betul. Pernah juga kadang, masa Emak Sis sihat, dia kalau datang rumah Sis, dia tolong lipatkan, tapi bila dah Emak lipatkan, mata kita pulak jadi macam rimas, sebabnya, lipatan Emak tak kena dengan lipatan kemas yang kita biasa buat. Dah satu hal, bukak balik dan lipat semula hahaha.

Korang sama macam Sis juga ke ha? Ke korang memang rajin melipat? Tapi bukanlah pemalas tu terus malas, cuma tang lipat baju tu paling kerja yang tak suka. Ko bagilah Sis mengosok ke, cuci pinggan ke, dan kemas rumah, tapi jangan suruh lipat kain baju, memang fikir soploh kali nak terima hahahaha.

Padahal kan dulunya Sis ko takdenya malas nak melipat kain baju ni. Masa ada anak kecik dulu kemain rajin, asal lepas aje cuci baju, terus duduk lipat kain. Tak pernah simpan sampai berbakul-bakul. Tapi sejak anak dah besar ni le, jadi malas pulak, adoii terbalik pulak ek.


Lepas tu, satu perangai datang lagi, lepas dah lipat, malas pulak nak menyusun masuk lemari hahahaha. Adoii ikut keturunan yang mana lee Sis ko ni ek. Kadang dah lipat, di biar sampai 3/4 hari, nanti nak pakai baju baru le angkat masuk lemari hahahaha. Sampai kadang Suami membebel, dan terkadangnya dia tolong angkat sendiri masuk dan susun dalam lemari hehehe.

Bukan banyak kerja apa pun, cuma tu ler kata, satu perangai orang perempuan ni, macam tu laaa. Malas nak lipat baju. Dulu masa Sis ada bibik, rajin pulak Sis ko ni melipat, Bibik cuma gosok dan susunkan. Kekadang aje dia tolong lipat. Pelik pelik, memang sangat pelik perangai satu ni hahahaha.


Satu jalan penyelesaiannya sekarang kan, banyak baju Sis, Sis hanger je hahahaha, so tak payah lerr Sis ko lipat. Nak pakai je agak renyuk, angkat hanger terus gantung dan iron stim hehehehe. Daripada baju tu berlonggok, elok le Sis hanger aje.

Tapi...jadi satu masaalah pulak, bila dah hanger, lemari pulak tak muat! 😆

Lagi satu hal kadang jadi termenung, nak susun tudung-tudung..adoii bila nak jalan kata takde baju, takde tudung, tapi bila dah cuci nak lipat nak susun, kemain banyak pulak tudung dan baju ek...eeeee memang sajerr je kann!!

Korang pulak acaner? Perangai sama juga ke? Ke lagi terukk! hahahaha


P/S: Tempat Sis hujan ni, tempat korang hujan tak?

ANTABAX MEMPERKENALKAN 'SENSITIVE TO YOUR NEEDS' (SENSITIF KEPERLUAN ANDA)

 ANTABAX MEMPERKENALKAN 'SENSITIVE TO YOUR NEEDS' (SENSITIF KEPERLUAN ANDA) | Antabax, rangkaian penjagaan peribadi antibakteria nombor 1 Malaysia memperkenalkan kempen “Sensitive to Your Needs” (“Sensitif Keperluan Anda”), untuk meningkatkan kesedaran kulit sensitif di negara ini melalui satu inisiatif pendidikan jenama.

Kulit sensitif merengsa dengan mudah kerana ia lebih nipis dan bertekstur halus menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada sinaran matahari dan udara yang telah tercemar. Bagi sesetengah orang, kulit menjadi sensitif disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap makanan, bahan dan juga aroma, akan menyebabkan kemerahan, kekeringan atau kulit gatal.


Rangkaian  Sensitif dari Antabax, krim mandian antibakteria yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, 100% bebas sabun dan bebas alkali, dengan aroma yang menyenangkan, ringan dan halus, sangat baik dan lembut untuk sensitif kulit, seterusnya memberikan perlindungan antibakteria sebanyak 99.9%.

Diperkaya dengan vitamin dan pelembab semulajadi ia mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan, untuk kulit yang lebih sihat dan licin.


Ia disahkan 'Halal', memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya.

Rangkaian sensitif terdiri daripada krim mandi antibakteria yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga, termasuk bayi.

Menurut Mandy Lee, Pengurus Kanan Produk, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax telah berusaha keras untuk mendidik pengguna tentang pemilihan jenis produk yang sesuai untuk kulit sensitif.

"Kami telah mengemas kini label pada produk, serta memberi peluang kepada pengguna melalui program “one for one exchange” kami, yang kini sedang berlangsung sehingga September. Pada acara hari ini, kami amat gembira dengan kehadiran Dr Sharon Gopalan, ahli dermatologi terkemuka untuk bercakap mengenai kulit sensitif. Kami akan terus menjadi tuan rumah untuk lebih banyak inisiatif pendidikan seperti di acara dan juga dalam talian," kata Mandy.


Pada majlis itu, Dr. Sharon Gopalan dari Procare Dermatology, ahli dermatologi dengan pengalaman selama 10 tahun, yang telah merawat keadaan kulit seperti Gangguan Pigmentasi, Ekzema, Psoriasis, Jerawat, Jangkitan Kulit, bersama dengan peserta mengenai rejim kulit sensitif. Beliau memberi nasihat kepada orang ramai mengenai kaedah yang betul untuk penjagaan kulit sensitif.

Mia Ibrahim, seorang wartawan, berkongsi bahawa beliau lebih suka krim mandian dengan antibakteria, kerana beliau mempunyai gaya hidup aktif, tetapi kebanyakan jenama antibakteria yang lain tidak sesuai dengan kulit sensitif. "Saya amat gembira apabila mendapati Antabax mempunyai rangkaian untuk kulit sensitif. Kini, saya menggunakan krim mandian Sensitif Antabax dan sabun pembersih tangan untuk sementara waktu, saya tidak akan bertukar ke jenama lain," kata Mia dengan senyuman.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Antabax, sila layari www.fb.com/NewAntabax untuk laman Facebook atau @antabax di Instagram.


P/S: Anatabaz ni memang bagus, Sis kadang beli juga sabun mandinya. Suami yang suka beli. Sis guna aje.

RESEPI NASI DAGING DATUK AZNIL (PAK NIL)

RESEPI NASI DAGING DATUK AZNIL (PAK NIL) | Alkisahnya semalam Sis dan kawan-kawan aerobik ni duk plan nak keluar nerayap ke Watson Kipmart Masai. Kebetulan semalam Sis free dan Sis On aje. Then tengah bersiap, salah seorang geng dalam group Sis ni yang memang jiran setaman call ajak ke rumah dia makan tengah hari. Sis pun On juga, sebab memang masa tu belum makan lagi.

Dari rumah Sis berjalan aje ke rumahnya, sebab dekat aje. Sampai rumahnya mak aiii wangi dan sedapnya bau semerbak masakan. Dan katanya Nas, dia masak nasi daging kurban raya haritu. Dan ini percubaannya kali pertama memasak nasi kurban dan juga percubaan pertamanya menggunakan periuk pressure cooker baru dia yang dia beli kat Go Shop tu hehehehe.

Patut ler sedap, periuk baru ko hahahaha. Tapi memang sedap woo, Sis ko makan tambah 2 kali. Kena pulak dengan air asam tu dan acar timun mentah tu, alahaii punah diet aku Nas oii...


Nengok aje dah sedapkan, apalagi makan. Nasinya lembut dan dagingnya pun sangat lembut. Terasa bahan rempah dalam nasinya. Menurut kata Nas, dia memang pertama kali masak nasi daging ni, dan sebab nak cuba periuk baru tu dia bukak youtube yang Pak Nil masak resepi nasi daging tu menggunakan periuk Go Shop tu , then Nas cubanya. Ternyata menjadi.

Serius memang sedap nasi daging ni. Sis pun nanti nak mencubanya. Masak dalam periuk tekanan aje. Dulu kawan Sis Nas ni pakai Noxxa macam Sis juga, sekali Noxxa dia buat hal, so kalau nak masak daging ke susah laa kan nak merebus lama kan, tu yang dia beli kat Go Shop Pak Nil punya tu, rm299 tak silap katanya, nanti korang bukak ler Go Shop ya.


Nasi daging ni memang kata orang resepi utara ek? Makan dengan air asam. Ya Allah serius cakap, air asam tulaaa pembuka selera makan. Nasib kat rumah orang, kalau buat sendiri kat rumah, ada kang semangkuk boleh licin oi. Sis dah terbayang daging bakar cecah air asam tu, perghhh jejes ayaq liur aku.

Korang yang ada periuk tekanan tu, cubalah nasi daging ni, senang giler dan cepat! Cara masak pun simple dan bahannya pun tak susah. Sis nak cuba juga nanti. Bawah ni Sis ada letak video youtube resepi nasi daging Pak Nil tu.



Korang cubalah. Kalau jadi, jangan lupa post dan tag Sis ya hehehe.
Alaa guna periuk Noxxa pun okay kot atau apa-apa jenis periuk tekanan. Tapi....Sis ko terus terkenan pulak periuk tu hahahaha...

Macam best pulak periuk tu ek ek ek...hahahahaha. Ishhh jangan memacam ye Sis Lin oii...
Hahaha haru betullah. Takpe ada rezeki nanti boleh beli satu opsss..

Okaylah, harini lambat post entri. Sis buat apa? Ermmm lipat baju la oiii..
Dah siap, legaaa....okBai dulu. nanti sambung.


P/S: Syukur alhamdulilah atas rezekiMu untuk semalam dan harini Ya Allah. *rezeki blog.

BOTANECO GARDEN DAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR MELANCARKAN KEMPEN SEMAI SATU BENIH, HIDUPKAN SEBUAH HUTAN

BOTANECO GARDEN DAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR MELANCARKAN KEMPEN SEMAI SATU BENIH, HIDUPKAN SEBUAH HUTAN | Adakah anda bersedia untuk menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan? Sertai Botaneco Garden dalam usaha jenama penjagaan diri yang berilhamkan alam semulajadi itu untuk mengumpul dana bagi menanam pokok hutan hujan di lokasi terpilih di kawasan Taman Antarabangsa Bukit Jalil yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sepanjang Ogos 2019, satu peratus daripada hasil jualan produk Botaneco Garden di rangkaian Guardian seluruh negara akan disalurkan kepada usaha penanaman pokok hutan hujan berkanopi luas untuk memberi teduhan di kawasan berhampiran tasik utama di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut penganjuran inisiatif alam sekitar, Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan oleh Botaneco Garden, satu rangkaian penjagaan diri berilhamkan alam semulajadi yang dihasilkan daripada gabungan inovatif bahan botanikal yang sofistikated dan minyak yang disahkan eco dan bebas daripada sesetengah bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat untuk pengguna dan alam sekitar.


Rangkaian ini terdiri daripada pelbagai produk penjagaan rambut dan badan untuk golongan dewasa serta kanak-kanak dan bayi. Produk-produk ini boleh didapati secara eksklusif di kesemua 400 rangkaian Guardian di seluruh negara, dan melalui talian (e-store) Guardian.

Jenama tersebut telah bekerjasama dengan DBKL untuk merealisasikan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30, selari dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangan intensiti pengeluaran karbon kepada 70% menjelang 2030.

Meningkatkan jumlah pokok yang ditanam adalah satu daripada langkah untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon. Pokok menggunakan tenaga daripada matahari dan menerusi proses fotosintesis, ia menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara dan air dalam tanah. Dalam proses untuk menukarkan ia menjadi kayu pohon, pokok membebaskan oksigen ke udara. Di samping jumlah karbon dioksida (CO2) yang diserap, pokok juga membantu menyerap sejumlah karbon dari dalam tanah.

Taman yang terletak di bandar dapat membantu menjadikan alam semulajadi lebih dekat dengan orang ramai dan turut  menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Taman Antarabangsa Bukit Jalil adalah lokasi ideal bagi inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan kerana statusnya sebagai taman perbandaran yang popular dengan denai pejalan kaki dan joging, tasik, taman bertema antarabangsa termasuk kawasan khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), taman permainan dan denai refleksologi.

Pada hujung minggu dan musim perkahwinan, lokasi ini sering menjadi tumpuan untuk sesi fotografi perkahwinan berlatarbelakangkan alam sekitar. Selain itu, kelompok keluarga dan pencinta haiwan akan berkumpul di tepian tasik untuk memberi makan kepada ikan dan kura-kura sambil menikmati pemandangan.

Dana yang dikumpul melalui inisiatif Botaneco Garden – Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan akan disalurkan kepada penanaman pokok hutan hujan Malaysia terpilih di kawasan tasik untuk memberikan teduhan di kawasan rehat berdekatan, agar orang ramai mampu menikmati alam sekitar dengan lebih lama, di samping mengurangkan pengeluaran karbon.


“Botaneco Garden adalah rangkaian produk penjagan diri yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan kami berbangga kerana dapat memberi inspirasi kepada orang ramai melalui inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan. Melalui kerjasama DBKL untuk menanam pokok hutan hujan di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, ia akan menyebarkan mesej cintakan dan menghormati alam sekitar kepada lebih ramai orang.

“Kami berharap pelanggan kami akan menyokong inisiatif ini dan berkunjung ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil untuk melihat sumbangan mereka,” kata Michelle Yeap, Pengurus Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, South East Asia Guardian Health & Beauty Sdn Bhd.

Botaneco Garden dan DBKL sedang mempertingkatkan tahap penglibatan orang ramai dengan kempen ini melalui pengumpulan idea terbuka berkenaan jenis pokok hutan hujan Malaysia yang patut ditanam menerusi interaksi Pilih Satu Pokok di laman Facebook Guardian Malaysia dan laman Instagram Botaneco Garden @mybotanecogarden.


Lima pokok yang telah disenarai pendek adalah Diospyros pilosanthera (Kayu Arang), Shorea roxburghii (Meranti temak nipis), Hydnocarpus spp. (Setumpol), Dryobalanops aromatica (Kapur) dan Parashorea densiflora (Gerutu Pasir).

“DBKL sedang memacu inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana memelihara alam sekitar penting untuk mencegah perubahan iklim, meningkatkan kualiti hidup dalam bandar dan manjadikan bandar lebih hijau dengan alam sekitar.

“Kami mengurus 17 taman perbandaran sebagai kawasan hijau dan rekreasi di seluruh Kuala Lumpur. Kami menghargai usaha yang dilakukan Botaneco Garden untuk meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menanam pokok untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan meningkatkan keterlibatan orang awam dalam memilih jenis pokok yang ditanam.

“Sehubungan itu, kami menjemput penghuni bandar untuk mengunjungi taman-taman kami dan berharap anda semua akan teruja dengan apa yang bakal anda lihat dan terinspirasi untuk mengambil langkah kecil dalam mengurangkan pengeluaran karbon dalam kehidupan, bermula dengan menanam satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan  Perancangan Korporat, DBKL. 

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, Botaneco Garden akan menawarkan diskaun sebanyak 62% atas pembelian kedua di semua cawangan Guardian dan e-stor Guardian.

“Kami ingin menarik minat lebih ramai pelanggan untuk menyokong inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan bersama DBKL dengan tawaran istimewa sepanjang bulan kemerdekaan ini. Kami berharap menerusi usaha ini, kita dapat menyambut kemerdekaan di samping menambah baik dan menghargai alam sekitar di Kuala Lumpur,” kata Michelle Yeap.


P/S: Lorr produk atas tu Sis baru aje guna sebulan, untuk rambut, so far so good Sis pakai. Wangi!

GERAM AKU TENGOK PERIUK DIY YANG BARU NI!

GERAM AKU TENGOK PERIUK DIY YANG BARU NI! | Geram nengok! Bukan main lawa segak color oren dia. Sebelum ni Sis ada color merah, hampir kesemua yang color merah punya periuk dan kuali DIY Sis ada hehehe. Tapi semalam pergi DIY, nampak pulak yang baru color oren ni. Aishhh nak kena beli ni hahaha.

Yang bestnya, yang color oren ni ada jenis periuk, sebelum ni hanya ada kuali leper dan jenis kuali melengkung jer, tapi yang oren ni ada jenis periuk plak, mana tak geramnya.

Orang kata kuali DIY ni bagus ke? Setakat ni Sis pakai kuali memasak, kuali DIY ni ler paling best! Tak melekat satu hal, lagi satu hal senang nak mencucinya. Takde melekat-melekat atau hitam bontot kuali ke, hehehe.


Yerr periuk ke kuali DIY ni semua siap penutup, yang takde penutup hanya yang jenis saucepan tu ha. Eh betul ke saucepan orang panggil? Hahahah Sis ko hentam je tulis hahaha senang cakap jenis yang leper roti jala tu ler, tapi melengkung sikit, haaa saucepan la kan...

Sejujurnya Sis ko tak pernah beli kuali Tefal ke apa ke, guna yang DIY ni je, tu pun dulu pakai le yang jenis wok hitam tu, tapi lepas ke DIY ternampak ada kualinya, tengok sekali terus berkenan, terus beli yang koleksi merah tu semua, then kawan-kwan jiran setaman bagi hadiah harijadi pun kitaorang minta kuali DIY hahahaha.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/02/dapat-hadiah-kuali-diy-pun-dah-cukup.html



Harga pun tak mahal, paling mahal kalau yang jenis oren ni semalam Sis nengok RM 69.90. Tapi beli berbaloilah oii, guna hari-hari, senang cuci, tak melekat, design pun cantik, dah macam Tefal punya hehehehe.

Kuali ke periuk ke, apa jenis nama pun tak kisahlah oii, janji masak! Buat apa beli mahal takat nak jenama je tapi masak pemalas! Hahahhaa kan dah kena sound dengan aku hahahaha..

Yerr ada je jenis camtu, jangan kata nak beli barang DIY, nak masuk DIY pun bukan kelas dia oii...kalau Sis ko, semua benda kat rumah separuh beli kat DIY dan ECO, sekarang NINSO plak, ada aku kesah! 😜

So korang yang nak juga, silalah ke DIY yer.



P/S: Bagitau Suami, dia jawab 'Belilah, color merah takde ke?' hahaha nak juga merah dia hahahaha.

AFFORDABLE PROTECTION FOR RURAL HOMES WITH ALLIANZ KAMPUNGKU

AFFORDABLE PROTECTION FOR RURAL HOMES WITH ALLIANZ KAMPUNGKU | Your quaint wooden house deserves protection too. Statistics from the Fire and Rescue Department of Malaysia (BOMBA) showed that 2,991 homes were involved in fire incidents in 2018; 114 of those cases involved long houses or traditional homes.

For those living in rural areas, RM75 is all that stands between them and protection for their wooden homes. The affordable Allianz KampungKu provides owners or tenants of kampung wooden homes with comprehensive protection for the home or household contents against fire, flood, and windstorm.

“Your home is largest and most important assets you will ever own. So regardless of the location or size, every house is deserving of protection. As insurers, our role is to provide Malaysians with unequivocal home protection and we have been doing that with Allianz KampungKu since in 2014,” said Kitty Kui, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Johor Bahru Branch Manager.

“Wooden ones are more susceptible to fire and natural risks. Apart from having safety measures in place, we cannot stress enough on the importance having adequate insurance protection to be the safety net that helps you get back on your feet,” added Kitty.


Allianz KampungKu was launched in 2014 and has protected over 3,000 homes nationwide. Allianz KampungKu covers Fire and Lightning for Building (excluding foundation) and Household contents for a sum insured of RM10,000; Emergency Relief Benefits (for fire, flood or windstorm) for sum insured of RM1,000; and Personal Accident coverage that covers any one loss for Accident Death, Permanent Disablement or Funeral Expenses for a sum insured of RM1,000. Allianz KampungKu can be purchased at all Pos Malaysia offices nationwide.

To find out more information on Allianz KampungKu, call Allianz Malaysia’s Customer Contact Centre at 1-300-22-5542 or email customer.service@allianz.com.my


P/S: Sangat bagus! Terutama perlindungan kepada rumah kayu macam ni. 

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI YANG SEDAP

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI YANG SEDAP | Kelmarin lepas facebook tiba-tiba kuarkan memories gambar puding tembikai yang Sis buat bertahun sudah di wall facebook. Sis belek dan belek, oo Sis rupanya share dia facebook aje masa tu, sebab masa tu Sis tak aktif menulis blog dah hehehe.

Makanya tergerak nak copykan balik resepi agar-agar puding tembikai ni dan kongsikan di blog Sis. Korang ingat Sis ko ni tak pandai nak bikin dessert ke? Hahaha. Kalau masih ada yang ingat, selepas aje buat agar-agar ni, punyalah konpius berpanjangan dan jadi satu masaalah bila Sis kongsikan di facebook bertanya macam mana nak potong agar-agar ni menjadi bentuk tembikai hahahaha.

Bermacam komen beserta gambo imaginasi yang mereka keluarkan, memang lawak! Hahahaha. Sebab masa tu memang tengah viral agar-agar tembikai ni. Cuma Sis pun tak taulah samaada sama atau tidak agar-agar dengan puding tembikai? Nengok rupa macam sama, tekstur pulak nampak beza.

Agar-agar nampak licin, puding plak Sis nengok agak kasar sikit. Tapi ehhh entahlah..janji rupa tembikai sudah!. Resepi Sis ni Sis dah tak ingat amik mana, Sis copy balik je dari facebook gambar puding tembikai Sis ni. Mohon halal aje la tuan punya resepi ya. Tapi resepinya memang sedap!

Korang cubalah.


Resepi Agar-Agar Tembikai Yang Sedap

Bahan-Bahan: 

1 paket agar-agar serbuk (10 gram)
3 keping roti gardenia
4 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Cincau di potong kecil
Sedikit pewarna hijau/merah 
*Kalau takde cincau guna habatussauda macam Sis guna tu.

Cara-Cara: 

- Masak agar-agar bersama gula dan air hingga agar-agar dan gula hancur.
- Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.
- Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis dan telur. Blend halus
- Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.
- Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.
- Tutup api. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai).
- Biar keras sedikit. Pastu sedikit lagi warna asal (satu lapisan nipis aje), curahkan di atas lapisan hijau tadi.
- Biarkan dahulu, tunggu keras sedikit.
- Adunan selebihnya di warnakan merah (yang dicampur dengan cincau/habussauda) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.
- Biar sejuk. Simpan ke dalam esbok.

Selamat mencuba! Sis pun nak buatlah..


P/S: Tiba teringat magkuk tupperware sebelah kiri tu, sampai sekarang kawan tu tak pulangkannya huhuhu.

PERCUTIAN KE HONG KONG DISNEYLAND YANG TAKKAN AKU LUPAKAN

PERCUTIAN KE HONG KONG DISNEYLAND YANG TAKKAN AKU LUPAKAN | Takkan lupa tu sebab apa tau, sebab selama membesar, melihat tv dan kartun Disney, dan lihat orang pergi aje, tak sangka sama sekali akhirnya diri sendiri dapat jejak ke sini. Tak tau nak nangis ke nak apa masa tu, cuma terharu dapat sampai ke sini. Hehehe macam bebudak je kan 😆 .

Korang ada yang dah pergi Disneyland Hongkong ke? Bestkan! Masa mula sampai aje Sis ko dah terloncat-loncat depan keretapi tu, apalagi selpie welfie bagai dalam keretapi, belum sampai lagi tempatnya. Yer Sis pergi Hong Kong pada tahun lepas bersama sahabat travel Sis,Retna, tapi mohon maaf belum update lagi ceritanya di sini hahaha. Kalau nak baca boleh baca blog Retna aje hahaha.

Perjalanan kami bermula awal pagi macam biasa dari MTR Yau Ma Tei tempat kami tinggal. Tapi sebelum tu, korang kena beli tiket dulu kat online, kemudian korang kena claim balik tiketnya di kaunter airport untuk dapatkan cop. So di mana pun korang tinggal, korang kena pergi juga ke airport untuk cop tiket. Walaupun korang beli kat online. Nak senang dah beli online, sampai airport terus ke kaunter minta cop. Tak payah korang pergi ulang balik.

Cara ke DisneyLand dari airport:
Aiport (Airport Express) --> Tsing Yi
Tsing Yi (Tung Chung Line) --> Sunny Bay
Sunny Bay (Disneyland Resort Line) --> Disneyland Resort




Nantikan masa korang menunggu nak naik MTR di Sunny Bay ke Disneyland kan, korang mesti excited, sebab dia ada khas keretapi untuk ke Disneyland ni, dari jauh waaa dah nampak dah kepala Mickey Mouse, kalau ada anak kecil, mereka mesti happy woo, Sis ko pun woww sana sini, lagikan budak hahaha.

Jakun tak jakun, pertama kalikan memanglah jakun, lantak le orang nengok pun hahaha. Dalam train pun sama , baik tingkap ke handle pemegang ke, deko kursi ke semuanya Mickey Mouse..terus rasa tak sabarnyaa. Belum sampai gambar dah berpuluh hahaha.



Yeszaaa taraaa, akhirnya sampai juga ke DisneyLand Hong Kong. Dari stesen keretapi tu, korang kena naik atas, barulah jumpa pintu masuk ni ha. Cuaca panas terik wooo, tapi kalau bergambar cantik! Cahaya on point gitu. Maka aksi bergambar terloncat sana sini pun bermula, hahaha tak payah tunjuk! Agak tak sopan gitu, simpan untuk koleksi peribadi aje hahaha.

Masuk aje ke dalam pintu sana, waa lagu katun-katun dan suara-suara Disney dah dengar dah. Terutama suaranya Mickey. Dalam keadaan panas, berjalanlah kami dalam 10 minit untuk sampai ke pintu masuk Dosney. Pheww rentung kulit.




Sampai pintu masuk kena check bag dulu, biasalah masuk Legoland pun sama juga kena check. Makanan semua memang tak boleh bawak masuk, dan juga Tripod dan Monopod, haaa tu semua tak boleh bawa masuk yer, yerr termasuk juga Go-Pro. Tak tau kenapa tak boleh. Kalau terbawak kena saman.

Pepandailah korang ek. Jangan kata Sis tak bagitau. Dah jom masuk! Sekali dapat tiket ironman plak daaa hahahaha. Sis ko dah ngeri dah sebab si Retna kata nak cuba semua game yang ada, terketar-ketar lutut dah.




Gambar pertama tu adalah gambar pintu masuk utama ke dalam. Korang memang akan nampak sebesarnya depan tu bukan kosong-kosong aje, ada keretapi pusing Disney. Kejap ek fikir, Sis ko naik ke tak ek hahahaha, lupa daaa..Rasa macam naik hahaha.

Gambar kedua tu Main Street USA, kat sini le yang akan mereka buat kereta berhias dan juga pertunjukkan bunga api semua tu. Siang ke malam ke, kat sini lah. Tu nanti Sis tunjuk yer. Nampaknya banyak lagi ni gambar hahaha.

Dah jom kita jelajah dan ngendap Tarzan hahaha. Semakin berdebar jantung melihat kesemua game yang ada oii..Kita mulakan dengan Adventure Land.




Kalau yang ini korang naik boat, sepanjang boat tu akan dapatlah nengok bermacam haiwan yang macam hidup tapi tipah tertipu! Hahahaha punya menjerit aku nampak ular tedung, sekali rupanya pelesu semata!! hahahaha ngekkk! Gile kalau betul, memang Sis ko dah takde kat Malaysia hahaha.

Adventureland ni ada 6 tempat korang boleh terokai iaitu:-
- Journey to Halloween Town
- Jungle River Cruise
- Karibuni Marketplace
- Liki Tikis
- Rafts to Tarzan Treehouse
- Tarzan's Treehouse

Haa rumah Tarzan tu korang boleh naik tau, boleh masuk dalam semua. Cuma masa tu Sis dan Retna macam fikir dua tiga kali nak manjat, tak sanggup nak memanjat atas tu. So kami lihat dari jauh aje. Cantikkannn.




Lepas dah sudah ke Adventureland tu, kitaorang ke Toy Story. Yang ni Retna excited sangat tapi kesian dia nak amik gambar dengan Woody tapi seisi bergambar dah habis hehehe. Pastu dia mengajak naik Slinky Dog Train tu hahahaha. Gelak kojol naik benda tu, pusing-pusing tak kemananya, bebudak pun taknak naik hahahaha.

Lepas tu naik plak Toy Soldier Parachute Drop tu, mulakan okay je, alaa benda tak adventure kan, so okaylah, tapi....bila dah naik, amekkawwww dua-dua menjerit macam nak haperrr!! Gilooo bikin jantung tercabut jatuh, gayat gilerrr hahahaha.

Game yang ada kat Toy Story ni: 
- Barrel of Fun
- RC Racer
- nSlinky Dog Spin
- Toy Soldier Parachute Drop






Yang ini paling enjoy dan rehat gila. Hahaha dengan cuaca panas tu, Sis dan Retna amik keputusan masuk dan duduk le dalam train It's Smal World ni. Sis takde amik gambar sebab Sis amik full video sepanjang dalam tu. Ikutkan tak boleh amik video, tapi Sis ko kan degil hahahaha. So korang tengok ajelah video tu ye. Anak-anak mesti suka!

Di FantasyLand ni banyak aktiviti untuk anak-anak: 
- Celebration of Coco cratft activity
- Cinderella Carousel
- Dumbo The Flying Elephant
- Fairy Tale Forest
- Fantasy Garden
- Halloween Time Festival Garden
- HK Railroad
- Its a small world
- Mad Hatter Tea Cup
- Winnie the Pooh Adventure
- Mickey's Philharmagic
- Sleeping Beauty Castle
- Sword in the Stone







Masa ke Tomorrowland ni macam-macam benda jumpa. Tang yang ni kan memang kelakar seram habis hahaha. Punyalah beratur panjang dengan Retna, sampai fikir oo kita naik angkasa lepas kot nanti, okay tunggu, sekali tiba masa je, erkkk just amik gambar dengan benda ketot putih tu bak kata Retna hahahaha, lawak gile! Gelak tak sudah kitaorang. 

Lepas tu, masuk pulak ke Space Traders tu. Yang gelihati Sis ko punyalah amik gambo signboard tapi tak perasan situ ada tulis roller coaster. Eee mau tak terkejut naik aje terus katanya 'are you ready?', mamposs! Jeritlah sepuashati dalam tu dalam keadaan gelap. Bukan derang nampak pun Sis ko hahahaha. 

Games Tomorrowland : 
- Hyperspace Mountain (Space Traders)
- Iron Man Experience
- Iron Man Tech Showcase
- Orbitron
- STAR WAR: command post

Okay kat bawah ni korang layan le antara gambar Sis bersama maskot-maskot karaktor Disney yang sempat Sis dan Retna jumpa ya






Makan tengah hari tu kitaorang tak makan berat, beli waffle aje. Nasib Sis ko ni tak kisah juga, masih boleh tahan lapar, kalau jenis makan nasi, haru, dah le mahal juga oii rege makan kat sini. So pepandai le korang. Jangan ingat nak melantak aje. 

Ayat Retna : Harga waffle plus lemon tea HKD87. Waffle ni korang leh jumpa kat bahagian depan berdekatan dengan USA Street. Ada 2 restoran halal kat dalam Disney ni. The Tahitian Restaurant @ Adventureland dan satu lagi Explorer Club Restaurant @ Mystic Point. Tapi masa kami ke sana restoran Tahitian tutup. Dan kami tak sempat plak nak cuba makan di Explorer Club. Sudahnya memang lunch kamie hanya waffle semata-mata. Kembung minum air je. Walau air agak mahal tapi terpaksa gak la beli kan. Dia jual air HKD60 untuk 2 botol. 😆







Parade Show ni dalam jam 4pm juga baru mula. Puas menunggu, sambil menunggu tu ler makan waffer tu. Orang dah penuh di kaki-kaki jalan. Tapi bila dah start, Sis ko le orangnya yang super excited hahahaha. Nak amik video tapi geram nengok lawa sangat maka tak amik video, Sis amik gambar aje. Ni pun masuk separuh, gile masuk semua, jenuh nak scroll. 

Habis je show kitaorang sambung lagi jalan. Tercari-cari gak karaktor lain, tapi takde dah. 

Then kami singgah ke ke Mystic Point.
- Garden of Wonder
- Mystic Manor
- Mystic Point Freight Depot 

Last kitaorang ke Grizzly Gulch:
- Big Grizzly Mountai Runaway Mine Car
- Geyser Gulch
- Wild West Photo Fun




Masa ni kan Retna dah pujuk ajak main games Roller Coaster terbalik tu, oh! tidakk lee Sis ko nak naik, sebab terang-terang nampak itu roller coaster hahaha lain le yang tadi tu, yang itu tipah tertipu hahaha adeii...gilee naik terbalik woii. 

Hari semakin gelap, kaki dah letih, lutut dah hampir bengkok, tapi kami gigihkan juga jalan lagi dan pusing-pusing. Kejap-kejap duduk hahaha. Perghh sebab nak menunggu ke malam nanti ada lagi Parade Show lampu plak. Rugilah kalau balik awalkan. 

Eh jomm kita nengok kedai cenderamata kat sini plak ye. 





Kedai cenderamata dia banyak kat sini. Setiap korang masuk dan keluar setiap games pun ada juga kedai cenderamatanya. Kat luar lagi ler, nak taknak je ko nak belinya. Tapi nasib baik anak-anak Sis dari sebelum pergi anak-anak dah minta belikan pen aje. Hehehe yerr pen aje, tapi cantiklah pennya. 

Baik anak pompuan, baik yang lelakinya, memasing nak pen aje hahaha keychain pun taknak, maka belilah Sis ko bermacam jenis pen yang ado lain dari yang lain hehehe. 






Dalam hampir jam 7pm lebih macamtu barulah Parade Show tu bermula. Ianya sama macam siang tu cuma show dia ada beza sebab banyak lampu-lampu cantik pada kereta berhias dan juga karaktor dia. Memang meriah. Sis ko malas nak amik sebab dah padat dengan orang. Bau ketika hapak dah semua. 

Lepas je selesai show parade tu, semua berkumpul ke depan, sebab tiba masa Mickey Mouse say Goodbye. Alololo sweetkan. Semua bangunan bercahaya dan bestnya siap ada buat cerita pendek katun Mickey Mouse dan kita tengok di bangunan tu. Sangat kreatif. 

Habis aje, perghh semua berebut nak balik. Sis gan Retna santai-santai aje, kaki macam nak tercabut hahahaha. Tapi kami enjoy gile!! 


So korang kalau ada rezeki lebih tu, haa mai le ke Disneyland bawa anak-anak semua. Beli online pun boleh, cuti sekolah dah dekat ni, rancang percutian awal supaya tak kelam kabut. 

Atau korang boleh juga amik pakej dengan ARBA TRAVEL

Arba travel juga ada sediakan pakej percutian dalam dan luar negara, termasuk ke Hong Kong dengan pakej secara group ataupun secara private. Kot mana tau korang nak privacykan. Semuanya di sediakan, dari segi transport, hotel, makanan dan kemudahan semua ARBA Travel yang uruskan. Korang hanya bayar aje. Harga pakej dia pun tak mahai, berbaloilah sebab orang kita terutamanya orang Islam yang uruskan. 

Siapa ARBA Travel

ARBA Travel juga satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij tersebut. 
Korang boleh baca di https://arbatravel.com/siapa-kami/ 


Jom booking sekarang!! ..


P/S: Menghitung hari pulak nak bercuti ni.. tik tok tik tok 

RUNNING MADE FUN AT THE GREAT EASTERN LIVE GREAT RUN 2019

RUNNING MADE FUN AT THE GREAT EASTERN LIVE GREAT RUN 2019 |  The Great Eastern LIVE GREAT Run 2019 brought 14,000 eager runners to the Bukit Jalil National Stadium on 17 August, lighting up the iconic stadium for an evening of healthy fun and family-friendly excitement. 

Currently in its eighth year, the Great Eastern LIVE GREAT Run was created to help Malaysians achieve their health goals by demonstrating that leading an active lifestyle can be an enjoyable and meaningful way to spend quality time with loved ones. True to that aim, the event returned this year with its two staple categories – the signature 12KM LIVE GREAT Run, and the fan favourite, the 5KM Triple Fun Run. 



Spirits were high at the starting line when the event was officially flagged off by Dato Koh Yaw Hui, Chief Executive Officer of Great Eastern Life Malaysia, who was accompanied by the board of directors. 

The 12KM LIVE GREAT Run challenged seasoned runners who aimed to surpass their personal bests by putting their strength to the test, both mentally and physically. Muhaizar Mohamad emerged as champion in the Men’s Open category by completing the route in 42minutes and 10 seconds, while Chooi Fern Loh clocked a time of 51 minutes and 35 seconds to win the Women’s Open category, which earned them both RM1,000 each. 



The 5KM Triple Fun Run brought participants through three unique zones. The Triple Fun Run once again proved to be the favourite to many as they were showered with bubbles and foam in the Bubble Zone; soaked by water gun washdowns in the Water Zone; and covered by slime, a brand new element in the Colour Zone. 

The fun continued beyond the route at the LIVE GREAT Carnival, where exciting activities like big inflatables, classic carnival games, twinkling light tunnel, giant snow globe, and Insta- worthy photo spots thrilled the crowd. 

Participants and visitors alike also indulged in a host of local and international delicacies at the Carnival. In conjunction with Great Eastern Malaysia’s 111 th anniversary, food vouchers worth up to RM13.00 were offered to all, which enabled them to enjoy the wide selection of delicious food at only RM1.10! In addition, all Great Eastern Life policyholders enjoyed a special 10% discount at the Carnival, exclusive access to a Chillout Zone, as well as  complimentary cold-pressed juice and salads. 



The event was brought to a close with a mesmerising display of fireworks, lighting up the night sky over the bustling stadium grounds. 

Organised by Great Eastern Life Malaysia, the Great Eastern LIVE GREAT Run has been held annually to popular acclaim with the support of its sponsors. This year, its official sponsors were Counterpain, New Balance, 3M Futuro, Yogood, Anlene, Garmin, Yakult, dahmakan, O’Briens, MyTOWN Shopping Centre, Himalaya Candy, Clear and 100 Plus. 

The Great Eastern LIVE GREAT Run is one of the signature events under the Great Eastern LIVE GREAT Programme, the first integrated health and wellness initiative by an insurance company in the region. This holistic programme consists of five key components: Wellness Tools, Health Tips, Mobile Apps, Workshops and Events, and the LIVE GREAT Card, which provides exclusive health and wellness privileges at partner establishments nationwide. 

For more information on the Great Eastern LIVE GREAT Programme, visit


P/S: Sis dah tak sabar nak lari bulan depan ni hahahaha...mampukah Sis?? 

CUBA UNTUK KURUS, TAPI HIDUP INI TERLALU SUKAR

CUBA UNTUK KURUS, TAPI HIDUP INI TERLALU SUKAR | Poyo punya ayat Sis Lin oi!! Hahaha kang bila Sis ko kata nak kurus, ada je yang kata 'Nak kurus tang mana lagi Sis oi'..adeii agaknya mata dia je yang nampak Sis ko kurus ek..hahaha.

Ke mata Sis aje yang nampak badan sendiri gemok? Atau ramai yang nampak Sis ko gemuk, tapi sebab nak jaga hati, mereka diam dan cakap aje kurus, kan kan kan...😆

Satu perangai Sis ko, orang kata gemuk ke kurus ke, Sis maintain aje diam, sebab selagi seluar dalam dan baju dalam Sis muat, dan juga seluar atau baju-baju Sis semua masih muat di pakai, maka Sis claim diri Sis ni kurus hahahaha. Lain ler kalau dah semua benda ko tak muat, semua kena beli baru, haaa itu ya kau gemuk!

Tapi Sis masih okay, baju 3 tahun lepas pun boleh pakai lagi, tapi ko jangan suruh pakai baju 5 tahun lepas, memang sendat la oii hahahaha.

Takpe gemuk-gemuk ada yang sayang.
Gemuk-gemuk dah pun kahwin..
Gemuk-gemuk dah ada 3 orang anak..

So apalagi ko nak..bersyukur aje gemuk ke kurus ke janji sihat!.



Ko tengok, macam mana kurus? Kalau dah rojak petis sesedap itu depan mata? Cer cite cer cite hahahaha

Makanya makan aje laa, selagi boleh makan ye kita makan, nanti dah tak boleh makan, kita minum aje huahuahua..Dasar degil ek Sis Lin ni hahahaha.

Bukan taknak kurus, ko ingat nak kurus ni 2/3 hari ke? harini kau senam esok dah kurus? Biol ke apa?? Ko makan ubat kurus pun belum tentu kau kurus, lagi dapat penyakit ada. So kita biar kurus dengan cara sihat.

Makan biar banyak tapi kuantiti sikit. Boleh cut sugar, boleh eat clean, tu kan elok, dari nak telan atau minum ubat kurus tu, merosakkan organ aje!

Yang penting periksa tahap kesihatan setiap 3 bulan. Buat apa kalau kurus tapi berpenyakit, ada orang kurus kolestrol tinggi tau! Jangan tak tau. Yang gemuk tu kadang lagi sihat, cuma semput aje nak jalan jauh hahahaha.

Eh dah laa emosi betul kalau tulis cite gemuk ni laa..sendiri mau ingatlah ek.
Okay dah, bye dulu, nanti sambung.
Nak packing baju, esok nak bercuti 3 hari 2 malam, yehuuuu...


P/S: Kurus ke gemuk ke, janji tutup aurat! Jangan dah kurus terus pakai ketat-ketat! Sekian..

PENGALAMAN TEST-DRIVE HONDA CRV 1.5L TURBO, HONDA HRV 1.5L HYBRID DAN HONDA CIVIC 1.5 TURBO

PENGALAMAN TEST-DRIVE HONDA CRV 1.5L TURBO, HONDA HRV 1.5L HYBRID DAN HONDA CIVIC 1.5 TURBO | Kemain panjang tajuk naa, iyerr sebab dalam sehari sampai 3 kereta Honda Sis ko test drive, maka itulah tajuknya panjang sekali. Satu pengalaman yang tak dapat Sis lupakan sepanjang menjadi blogger. Ini adalah kerana ini pertama kali Sis dapat job test-drive kereta. Terima kasih Honda yang memberi peluang kepada Sis untuk mencubanya.

Bercakap pasal test-drive, ini bukan kali pertama Sis memandu kereta Honda, sebabnya Sis sendiri memakai kereta Honda Jazz. Memang dari dulu Sis suka akan design dan juga nama Honda ini, sebab suka akan rekabentuk luar dan dalamnya, sebab tulah bila nampak keluaran Jazz terkini dulu, Sis terus membelinya, sangat puashati, jimat minyak dan tahan lasak.

Sebelum tu tahniah buat Honda yang telah mencapai jualannya sebanyak 900k sepanjang keluaran Honda dan Sis doakan moga terus maju mencapai berjuta-juta jualan lagi.

Sempena Nationwide Roadtour 'Terima Kasih 900k' (Johor), Sis di beri peluang test-drive kereta Honda terbaru dan agak besar sikit. Dah biasa bawa Honda Jazz kecik aje hehehe, ini kali kita nak pandu kereta besar. Ya Honda baru-baru ini telah mengeluarkan model terbaru Honda CRV 1.5L Turbo, HRV 1.5L Hybrid dan juga Civic 1.5L Turbo. Memang sangat 'gah' kalau lihat body keretanya, sangat mengujakan dan tak sabar nak memandunya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Terima kasih Honda sediakan sarapan yang sangat 'banyak' dan mengenyangkan. Ada 4 set sarapan pagi kami pagi tu. 
Seawal pagi jam 8.30am Sis dah sampai di Eco Flora dan menunggu di Cafe Gold Beans untuk mendaftarkan diri. Sambil menunggu kengkawan yang lain sampai, Sis ronda-ronda pusing sekitar kawasan situ. Pertama kali juga sampai Eco Flora ni. Cantik, next time boleh datang sini lepak-lepak. Untuk seisi pertama ni, Sis bersama Uyul, Dilah, Wazy, Carinn dan juga Ynz dan untuk seisi kedua esoknya, ada lagi 6 blogger juga.

Selesai daftar kami di beri Tshirt untuk pakai, memang dah diberitahu awal-awal, so Sis dah stanby pakai inner lengan, kang kalau tak alert, mau nampak aurat huhuhu. Lepas tu kami dihidangkan pula dengan menu sarapan yang....kus semangat! Memang tak percaya pagi tu makan sarapan macam makan tengah hari hahaha. Bayangkan sampai 4 set menu. Yang tengok IG @sis_lin_ mesti tau kan menunya hahaha.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Video boleh lihat di sini : https://youtu.be/EPXpNC-8WeM
Selesai makan sarapan kami di beri taklimat kata aluan dari Ms. Daphine Chen (Head of Brand Management), then product presentation juga test drive briefing, dan selepas itu barulah kami semua di bawa untuk Honda SENSING Demontration. Tang ini kena fokus betul-betul, crew Honda akan menunjukkan macam mana nak guna spesifikasi yang terbaru pada kereta Honda tu.


Bab ini kan woww sikit, sangat mengujakan Honda CRV 1.5L Turbo ni, dia ada Adaptive Cruise Control (ACC). Korang boleh set secara automatik dan tanpa menekan minyak, keretanya akan bergerak sendiri mengikut kawalan setting kelajuan korang dan akan berhenti secara perlahan dengan sendirinya. Canggih tak canggih! So kita control ajelah stering, bila korang tekan aje brek, automatik ia terus bergerak seperti biasa.



Sebelum tu kita photo group dulu ya. 
Kami dah tak sabar nak test-drive!! Ajomm kita..
Vrooommmm...



Flag Off!

Jom kita ke Kluang! Seronok weii konvoi reramai ni, lama dah Sis ko tak berkonvoi gini. Untuk flag off pertama ni, Sis memandu CRV 1.5L Turbo bersama Dilah dan juga seorang dari crew Honda bersama dalam satu kereta.

Dari Eco Flora kami ke Tealive Taman Bukit Indah. Dimana korang boleh juga menang sebuah kereta Honda Jazz dengan setiap pembelian minuman Tealive. Yaaa minum dan menang kereta, siapa yang tak nak oii!



Dengan hanya beli minuman Tealive, tangkap gambar bersama banner dan hantar ke wahtsapp hotline atau ke laman web https://m.facebook.com/notes/tealive-asia/tealive-x-honda-road-to-breakthrough-contest-tc/663616804118442/ . #TealiveXHonda . 
Mudah je kan? Haa silalah pergi hehehe.

Dari Bukit Indah kami tukar driver, now Dilah pulak drive, Sis duduk sebelah sambil update IGs dan IG hehehe. Masuk highwaylah baru betul power nak test keretanya. Di suruh tekan minyak, kami tekan, terus go go terus hahaha. Sememangnya Honda CRV 1.5L Turbo ni memang power!!


HONDA CRV 1.5L TURBO 

  • Jimat dalam penggunaan minyak. Mampu mencapai 7L bagi setiap 100km. 
  • Dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif, termasuk fungsi seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Collision Mitigation Braking System (CMBS) dengan Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Lane Departure Warning (LDW) dan Road Departure Mitigation (RDM).
  • 6 bag udara. Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), dan Honda LaneWatch Camera sebagai ciri standard untuk semua varian.
Selepas dari Kulai, kami stop pulak di Simpang Renggam. Masa ni bertukar kereta pulak. Dari CRV 1.5L Turbo, kami bawa pulak HRV 1.5L Hybrid. Memang di nantikan Sis nak sangat pandu kereta HRV ni, sebabnya anak Sis kemain suka dengan kereta ni, tak tau apa keistimewaannya. So kita test-drive dulu. 



Korang tau tak nak bezakan kunci kereta enjin biasa dengan kereta hybrid? Kalau Honda, perbezaannya pada kunci dan logo dia tu. Nampak ada color biru-biru tu kan? Haaa tu le bezanya enjin biasa dengan hybrid, so senang nak kenalpasti kuncinya kan.

Pertamanya sewaktu memandu HRV 1.5L Hybrid ni, mulanya Sis fikir kalau dah hybrid, mesti tak laju kan hahaha. Tapi ternyata kelajuan dia setanding juga dengan Jazz Sis hahaha. Boleh tahan laju juga perginya kalau tekan minyak. Senang cakap takde goyang woo. Cuma bagi Sis kurang selesa dengan tempat duduknya, mungkin sebab dia agak sporty sikit, so kerusinya agak kecil, untuk Sis berbadan besar ni, agak kurang selesa sikit.


HONDA HRV 1.5L HYBRID 
  • Enjin 1.5 liter twin-cam i-VTEC Atkinson-cycle dengan 132 PS pada 6,600 rpm dan 156 Nm pada 4,600 rpm
  • Motor elektrik 22 kW (30 PS)/160 Nm, dengan bateri lithium-ion Blue Energy
  • Sistem Sport Hybrid i-DCD dengan gabungan kuasa 152 PS dan 190 Nm
  • Transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan
  • Ruang kargo hingga 404 liter, 991 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan
Tambahan:
Suis kawalan stereng Intelligent Multi-Information Display (i-MID)
Kit baiki tayar sementara, bagi menggantikan tayar simpanan

Warna: White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic



Dari Simpang Renggam kami terus ke Kluang untuk makan tengah hari. Keadaan jalanraya masa tu pun agak perlahan, cuaca jangan cakaplah, panas berdenting, makanya perut dan tekak pun jadi lapar dan haus. Padahal Honda ada sediakan snack setiap sorang untuk di makan dalam kereta tapi duk sibuk update sana sini, mana ada masanya nak makan dalam kereta tu hehehe.

Makan tengah hari di Barney's Western Food. Terima kasih Honda dan Barmey;s, sedap sangat makanan yang di sediakan. Harap dah kenyang jangan mengantuk hahaha. Jom kita ke Kluang Mall.




Masa hari yang kami pergi tu, itu adalah hari pertama Honda Nationwide Roadshow Terima Kasih 900k (Johor), dan ianya bermula di Kluang Mall. Bagi korang yang masa tu pergi ke Kluang Mall, mesti ada dapat free gift dari Honda kan? Dan jangan lupa register untuk berpeluang memenangi sebuah kereta dari 9 buah kereta terbaru Honda. Mana tau rezeki korang kan?

Kalau korang takde masa nak pergi roadshow atau kedai Honda berdekatan, selain dari beli minuman Tealive tu, korang boleh juga daftar melalui online di sini https://www.honda.com.my/microsite/900k/

Atau juga kalau korang pelanggan unifi, korang boleh mendaftar di lamam web https://unifi.my/unifixhonda/ . #khabarbaik

Nak lebih lagi, haa jangan lupa daftar sambil mendengar radio SYOK - https://en.syok.my/win/syok-ing-honda-giveaway dan mendaftar di sana. #SyokXHonda.

So Apalagi? Mana tau rezeki korangkan!
Jom laa mendaftar! Jangan kata hakak tak payung aaaa...



Dari Kluang Mall kami ke Showroom Kedai Honda di Iptimas Motor Sdn Bhd, Taman Emas, Kluang. Bagi orang-orang Kluang boleh datang terus kesini mendaftar juga untuk Terima kasih 900k tu. Mudah aje, amik salah satu nama kereta idaman korang, dan tangkap gambar di banner tu. Dan kemudian daftar secara online dengan scan barcode tu atau ke laman web.

Iptimas Motor (3s Centre) Sdn Bhd
Jalan Bintang, Taman Emas, 86000 Kluang, Johor

Senang sangat korang! Kami semua siap daftar sekali itu jam juga hehehe. Manalah tau kot dapat bawak balik Honda CRV 1.5L Turbo tu kan hehehe.




Selepas dah selesai meninjau di showroom Honda tu, kami semua gerak untuk pulang ke Johor. Masa ni kami dah tukar kereta yang terakhir, iaitu Honda Civic 1.5L Turbo. Masa pergi duk naik kereta besar dan tinggi, sekali nak balik, naik kereta sedan, terus rasa janggal pulak rasanya hahahaha. Tapi selesa gile masa mula naik, dari adjust kerusinya aje Sis dah suka hehehe.

Kalau dah memandu macam mana nak amik videonya kan? Hahaha. Last sekali bawa Honda Civic 1.5L Turbo ni, barulah minta Dilah amik video Sis memandu dan Sis amik video dia memandu. Yer kami pemandu berhemah, so masa memandu kami tidak pegang handphone, kan Dilah kan wakakakakakah!

Nak tengok video Sis memandu, sila ke Youtube Sis, korang jangan lupa subscribe walaupun youtube Sis ko sendu sendi jer hahaha. 

HONDA CIVIC 1.5L TURBO 
  • Honda Civic 1.5l Turbo pula yang pertama kali diperkenalkan bagi model Civic dijanakan oleh enjin 1.5 liter DOHC VTEC Turbo dengan hamburan kuasa sehingga 173 PS pada takat 5,500 rpm dan tork puncak 220 Nm antara 1,700 hingga 5,500 rpm.
  • Bagi 1.5 Turbo ini, selain kuasanya telah diperhebatkan, enjin ini turut disokong oleh sistem Dual-VTC yang membantu meminimakan sisa gas di dalam silinder. Selain itu, turbin berdiameter kecil juga turut membantu meningkatkan lagi responsif enjin.
  • Honda Civic 1.5L Turbo ini turut dilengkapi dengan Walk Away Auto Lock di mana ia boleh mengesan kunci bergerak sejauh 2.5 meter dari kenderaan dan pintu akan terkunci secara automatik. Malah ia juga ditampilkan dengan Kawalan Menghidup Enjin di mana enjin boleh dihidupkan dengan menggunakan butang kawalan pada kunci yang sekali gus akan menghidupkan penghawa dingin dan enjin. 
  • Ini termasuklah enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Isyarat Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, tali pinggang keledar pra-tekanan dan ISOFIX.
  • Terjual dengan lima pilihan warna iaitu White Orchid Pearl, Crystal Black, Lunar Silver, Modern Steel dan Dark Ruby Red (sama seperti warna yang ditawarkan seperti pada Honda City dan HR-V).


Masa otw balik Johor, keadan trafik dah mula slow, sebab time orang balik kerja. Tapi masih boleh bergerak. Sampai di Johor, last pit stop kami tentunyalah kembali ke Eco Flora tu semula, ye ler kereta kami semua park sana, kalau tak, dah ku bawa balik dah Honda Civic 1.5L Turbo tu ke rumah kakakakakah .

Sampai di Cafe Gold Beans, ehhh ada lagi plak makan, merangkap minum petang yang tak berapa nak petang. Puashati giler, dapat test drive, makan pun kenyang, balik penuh dengan senyuman.

Bagi Sis Honda setakat ni is the best! Sis sendiri pengguna kereta Honda Jazz so memang semuanya terbaik! Hantar servis pun di layan bagus, cepat dan semua staff peramah.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/08/seharian-menunggu-di-pusat-servis-honda.html

Bagi korang yang ada niat nak beli kereta, cubalah ke pusat showroom kereta Honda berdekatan dan cuba test drive, pasti korang akan sukakannya. Dan juga jangan lupa register untuk peluang memenangi sebuah kereta terbaru dari Honda!

Terima kasih 900k💘
HONDA The Power of Dreams .


P/S: Pilihan Sis, tentunya Honda CRV 1.5L Turbo! Terus rasa nak booking! Jeng jeng jeng...

31 OGOS 2019 - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62 TAHUN

31 OGOS 2019 - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62 TAHUN | Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 pada tahun ini bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'. Pemilihan tema itu menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hari Merdeka tidak lengkap tanpa tujuh laungan “Merdeka!”. Tradisi ini telah dimulakan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 1957 di Stadium Merdeka.

Walaupun ia hanya merupakan satu hari cuti umum, tapi ianya di sambut selama sebulan menjelang ketibaan Hari Malaysia pada 16 September.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 


Tema Hari Merdeka 2019

Tema 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Untuk tahun 2019, lagu 'Malaysia Bersih' dipilih sebagai Lagu Hari Kebangsaan 2019. Lagu Malaysia Bersih ciptaan Muhammad Yuri Mohamed Idris dan lirik oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff. Lagu ini bertujuan untuk menyemai amalan budaya integriti dan menolak rasuah dalam kehidupan.

Lirik Lagu Tema Hari Merdeka 2019 : Malaysia Bersih

Harapan semua
Moga kita berjaya
Bagai negara
Yang kekal merdeka

Amanah bangsa
Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia bahagia

Asal budaya kita
Budi pekerti indah
Amanah jujur
Amalan kita

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Kita bina negara
Perangi rasuah
Kita satukan hati
Demi ibu pertiwi

Keutuhan jiwa
Membina nurani
Moga kita terus disanjungi

Harapan semua
Moga kita berjaya
Sebagai negara yang kekal merdeka

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Malaysia bersih
Harapan kita
Malaysia bersih
Harapan kita



P/S: Cuti panjang gini korang kemana haa? Sis ? Syhh rahasia hehehe

LET'S GO TRAVEL AND ENJOY MOTHER!

LET'S GO TRAVEL AND ENJOY MOTHER! | Yaaa jom kita bercuti, tak pergi jauh pun, cuti dalam Malaysia pun boleh, janji bercuti. So masa post ini korang baca, Sis dah pun keluar bercuti, kemana? Syyhh rahasia, tunggu aje update di IGs dan IG Sis juga nantikan post entri di blog Sis.

Tak pergi mana pun, last minit plan anak ajak bercuti, so Sis pun ON aje. Katanya anak, sian nengok Mak kebuhsanan duk rumah, Ayahnya pun bizi kerja, memang tak dapat nak balik...rindu Suamiku..huhuhu tapi apa nak buat, tanggungjawab pada kerja mencari rezeki kena utamakan. Sis ko dah biasa dah dengan keadaan kesibukan Suami.

Sebab itu juga, tak nak ganggu kerja dia, Sis pun takde nak ke Paka. Nanti takut menyusahkan Suami, mana terkejar-kejar dengan kerjanya, mana nak melayan Sis lagi, so bersabar ajelah dulu.

Maka sebab itulah anak-anak plan last minit malam kelmarin dan ajak pergi bercuti. Mulanya Sis tak nak pergi juga, tapi anak-anak pujuk suruh ikut, katanya nanti Ayah dah habis kerja, kita bercuti lagi ya.

So Sis follow ajelah.


Terima kasihlah pada anak-anak Sis yang fahami dan melayan Emaknya ni. Anak-anak tau Emaknya buhsan dan sunyi ketika Ayahnya takde, sebab Sis memang tak pernah pisah lama-lama dengan Suami. Mana aje ada Suami di situ ada Sis kecuali kalau kerja luar.

Bagitau Suami, dia pun minta maaf sebab memang bizi, tak dapat nak balik, selagi kerja tak settle, selagi tu ler kelam kabut sana. Pergi awal pagi, balik tengah malam, kesian kalau dengar ceritanya.

Moga Suamiku sihat di sana. Tuhan tolong jaga dia untukku.

So 3 hari 2 malam ni kita happy-happy okay! No more stress dan jangan bersedih.
Anak kata, let's go travel and enjoy Mother!! 😆


P/S Syukur alhamdulilah, bilamana ada lebih rezeki Allah berikan, anak tak lupa pada orang tuanya. Alhamdulilah.

MERDEKAKAN MINDA DARIPADA PEMIKIRAN NEGATIF

MERDEKAKAN MINDA DARIPADA PEMIKIRAN NEGATIF | Kehidupan manusia terdiri daripada empat komponen, iaitu badan fizikal untuk melaksanakan tindakan, minda untuk berfikir, hati untuk merasa dan roh untuk memberikan makna kehidupan. Sehati sejiwa bermaksud, fahami diri kita dan fahami diri orang lain sama macam kita fahami diri kita. Iaitu, apa yang orang tidak suka kita pun tidak suka, jika perkara negatif tersebut terjadi kepada kita. Kalau kita tidak suka dicaci dan dihina orang, kita pun jangan menghina dan mencaci orang.

Kalau kita mahu dihormati dan disayangi, maka hormati dan sayangi orang lain terlebih dahulu. Ingat konsep pemikiran Reset Minda, ADA – BERI – DAPAT. Apatah lagi Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, perlu menghormati antara satu sama lain, daripada segi agama, adat resam dan budaya. Perlu Sehati dan Sejiwa menyayangi antara satu sama lain.

Laksanakan kebaikan tanpa syarat, saling mencintai, saling memberi manfaat dan buangkan sikap atau sifat negatif. Seperti sikap sombong, tidak menerima kebenaran dan meremehkan orang lain. Sikap riak, takbur dan hendak dipuji sahaja, kalau tidak dipuji tidak okey. Ingatlah, siapa yang kurang yakin diri akan ingin dihargai dan orang tinggi harga diri akan menghargai orang lain.

Jom merdekakan minda kita daripada pemikiran negatif agar kita dapat mengecap kehidupan yang baik dan penuh manfaat. Namun begitu, apa-apa yang kita lakukan mesti dengan rasa ikhlas dan jujur. Pertama, jujur melihat diri kita. Jujur kerana berani melihat diri sendiri iaitu, daripada segi kesilapan, kelemahan, keaiban dan dosa-dosa diri pada masa lalu.

Jujur kerana berani mengaku dosa-dosa dan kesilapan kita masa kita muda dahulu. Apabila kita berani melihat dosa-dosa kita pada masa silam, kita pasti tidak ada masa dan tidak berani untuk melihat dosa orang lain. Kalau kita sekarang melihat orang melakukan dosa, kita tidak akan mengata mereka, sebalik kita akan muhasabah diri.

Bahawa kita dahulu pun ba­nyak berbuat dosa dan kesilapan dalam hidup, sama macam mereka juga. Kedua, melihat menerima kelemahan diri kita dengan niat untuk memperbaiki diri. Ketiga, jujur dalam berinteraksi dengan nilai integriti yang tinggi. Tidak mengapa kita kehilangan pangkat di dunia tetapi, jangan hilang kejujuran. Usah kita mengulangi kesilapan yang sama dan jadikan kejujuran cara hidup kita. Lagi kurang kejujuran lagi banyak alasan.


Dalam kehidupan ini kita boleh pilih antara membuat pilihan atau mencari alasan. Semakin banyak alasan yang kita beri semakin tinggi ego kita, untuk memberikan alasan atas perkara yang kita tidak mahu buat. Jangan mulakan pembohongan sebab melemahkan. Merdekakan diri kita daripada belenggu sifat negatif yang mengongkong kita.

Lihat pada kelemahan diri bukan orang lain. Kita tertekan sebab sibuk melihat kelemahan, kekurangan dan kesilapan orang, serta kita sibuk hendak orang tersebut berubah. Jom kita berubah dahulu sebelum mengubah orang lain. Zaman sekarang zaman laman sosial, yang menjadikan sesuatu berita mudah dapat dan cepat tersebar dengan luas tanpa sempadan.

Siapa yang mencelikkan “mata hatinya" akan pandai memilih apa yang dia hendak dilihat. Orang yang celik mata hati tidak akan memilih melihat perkara tidak baik.

Kalau nampak perkara negatif kita tidak tularkan tetapi kalau nampak perkara positif kita tularkan. Untuk celik mata hati, dengan ilmu, pilih kawan dan lihat kawan di laman sosial kita. Kalau kawan itu banyak membawa ke arah negatif jangan dekati profil mereka.

Kalau mata hati kita jernih kita dapat nampak membezakan yang baik dan buruk, tetapi jika mata hati kita gelap yang baik dan buruk kita nampak sama sahaja. Lebih payah lagi apabila yang baik nampak tidak baik dan sebaliknya. Jadi audit diri dahulu. Kalau orang itu berasa dirinya bagus, suka tunjuk kehebatan keluarga dan kita berasa iri hati dan dengki, tanya kenapa mesti dengki dan iri hati.

Orang yang merdeka ialah orang yang bebas daripada jajahan mata nafsunya. Untuk memantapkan mata hati kita perlu bebaskan diri kita daripada terpenjara dengan mata nafsu, hingga kita mudah terpengaruh dengan orang - iaitu hendak ikut dan sama dengan orang. Banyak orang menyalahkan faktor luaran menyebabkan nasibnya menjadi buruk, tetapi tidak menyalahkan diri yang silap dalam membuat keputusan kehidupannya.

Sama ada sesuatu itu satu masa­lah atau pun peluang, ber­gan­tung pada cara kita berfikir dan cara kita melihatnya dan cara kita menanganinya. Oleh itu, jika kita mengubah cara melihat sesuatu peristiwa dan kejadian, perkara yang negatif pun akan menjadi positif. Jom setiap hari kita fikirkan perkara yang bermanfaat dan berniat untuk memberikan sebanyak mungkin manfaat kepada orang sekeliling.

- Prod Dr Muhaya Muhamad.


P/S: Sudah Merdekakah hati korang? ..

SALAM MAAL HIJRAH 1441H/2019 - AWAL MUHARAM

SALAM MAAL HIJRAH 1441H/2019 - AWAL MUHARAM | Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Juga kecintaan kita kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW agar dapat di perkukuhkan.

Dengan usia yang semakin meningkat, di kala rumah kata pergi dan kubur kata mari, elok kita perbanyakkan ibadat, kurangkan perkara lagha menerusi internet dan gajet. Jangan semberono mengundang dosa kering dengan memuat naik atau forward bahan-bahan atau cerita sebelum dipastikan kebenarannya.

Demikian juga lebih baik diam daripada berkata-kata yang tidak membawa manfaat atau mengungkapkan perkataan yang me­nyakiti orang lain.

Untuk itu, mari kita pastikan diri kita tidak terlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruh oleh Islam.

InsyaAllah ..
Salam Maal Hijrah buat semua pembaca @akusislin 



P/S: Cuti panjang ni kan, hati-hati korang yang sedang bercuti tu, termasuk juga Sis hehehehe..

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK?

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK? | Korang kenal akan Embah Jid ni? Siapa Embah Jid ni? Jom kenali siapakah dia.

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".



LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Bagi Sis yang lahir pada era 70an, membesar dengan lagu lama zaman irama melayu 90an, time tu banyak lagu Irama Malaysia yang berkumandang, paling Sis minat lagu-lagu Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza juga armarhun SM Salim, semua lagu-lagu hasil sentuhan Pak Ngah memang menjadi siulan anak-anak muda dahulu.

Tetapi zaman semakin berlalu dan merubah segalanya, dengan mulanya pelbagai genre muzik yang bermacam-macam, kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop. Ye laa donde donde donde gitu. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasinya.

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, atau tiada sambutan pada era kini atau tidak relevan untuk diteruskan? Cuba kita renung dan fikirkan..



EMBAH JID MAHU MEMBERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020. KENAPA EMBAH JID?

Bagi orang berketurunan jawa panggilan Embah itu merujuk kepada nenek/datuk.

Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah.

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa, beliau mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru".



PROFIL EMBAH JID :

  • YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
  • Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
  • Penerus Zapin Lenga dan Teracap Inai -
  • Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
  • Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
  • Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
  • Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -

Apabila melihat kepada profil beliau, agak membanggakan dengan segala pencapaian dan Sis kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta".

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menarikkan..sesuatu sangat, bercinta dalam tarian 💓



Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. 

Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3, 4 dan 6, 7, 8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain, kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang, terutama anak muda sekarang, supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.

Sis doakam moga Embah Jid terus berjaya dalam mencapai cita-citanya. 
Aamiinn..



P/S: Betul juga kan,s emakin hari irama Malaysia semakin kurang kita dengar, di manakah silapnya? Ermm..

LIRIK LAGU TAKKAN MERUBAH - SUFIAN SUHAIMI & AMIRA OTHMAN

LIRIK LAGU TAKKAN MERUBAH - SUFIAN SUHAIMI & AMIRA OTHMAN
Lagu :  Farouk Roman
Lirik : Amylea

Di fikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang menitip jalan
KepadaNya
Telah kuteruskan semua

Dalam diamku
Makin tak terubat
Apa yang benar sunyi di hadapku
Kini sudah kau menyahutkan jawapannya

Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu

Musim takkan merubah perasaan
Walau ku diam saja tak berpaling
Bisa ku lari dari cinta namun tak dapat ku pergi

Di fikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang menitip jalan kepadanya
Telah kuteruskan semuanya

Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu

Musim takkan merubah perasaan
Walau ku diam saja tak berpaling
Bisa ku lari dari cinta namun tak dapat ku pergi

Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu



P/S: Dia punya lirik tu kemain susah Sis nak fahamkan, ermmm...bahasa jiwa dan cinta. 

SEKEJAP DAH MASUK BULAN SEPTEMBER KAN?

SEKEJAP DAH MASUK BULAN SEPTEMBER KAN? | Kannn masa sekejapnya berlalu, sekejap dah bulan September. Tau-tau nanti dah bulan Disember. Ermmm. Betullah kata pepatah, masa tak mengejar kita, kita yang kena kejar masa. Kita diam ke buat keje ke, masa tetap berlalu. Samaada kita pandai mengurus masa dengan betul gan tidak aje.

kalau dah duduk aje, takde buat benda berfaedah, ingat masa tu nak stop ke? Kadang Sis sendiri pun, lalai memanjang, sampai kadang tu fikir, aishh apa aku dah buat ni, tau-taunya dari siang dh sampai malam, tapi kerja tak siap-siap juga. Selalu jadi macamtu.

Sebab tu sekarang, sebelum menjelang esok paginya, Sis dah plan dalam minda atau otak, esok bangun pagi, duduk 3/4 jam bukak laptop update dan blog walking blog, then kemas rumah, memasak, siapkan kerja yang patut, tu pun kadang sambil jengah juga laptop bukak email, sebab laptop tak tutup, then siap urus diri, samaada makan ke tidur ke, then kalau ada maa lagi, haa ngadaplah laptop lagi, kalau tak layan Netflix.

Yerr memang Sis laptoplah jadi peneman, blog ni lah jadi kawan Sis sepanjang Sis duduk rumah. Kadang bukan ngadap blog aje, Sis bukak sana sini laman web, cari info, baca berita, baca juga post-post keagamaan dan nanti kalau Sis suka, Sis kongsikan di blog Sis.

Kalau korang kata Sis ko ni takde kerja ngadap laptop aje, lantaklah, janji Sis tak kacu orang. Sis buat hal sendiri. Kadang handphone pun Sis ko tak layan, sebab asyik membaca di blog. Tapi ikut masa laa, bukan 24jam ngadap sampai kerja lain tak buat, itu dah melampau sangat!

So pepandailah korang urus masa, jangan tau megeluh aje. Yerrr taunya mengeluh masa pantas berlalu, tapi diri sendiri tak reti nak urus masa. Cuba kadang fikir dan renungkan dan berkata 'Apa aku buat ek sampai aku takde masa?' ...pastu fikirlah sendiri jawabannya.

Okaylah panjang pulak membebelnya. Ni pun Sis update sementara menunggu daging empuk dalam Noxxa. Ingat nak masak sup kentang daging.

Semalam pun sampai Johor hampir jam 12am, selepas hantar anak bujang balik ke Politeknik Mersing. Phewww lepak tak lepak aje badan ni, tapi enjoy gile! Nantilah Sis kongsi percutian singkat Sis bersama anak-anak ya.


Nah! Belanja gambar sekeping hehehe.
Merenung masa depan barangkali hahahaha.
Tunggu free Sis update lagi ya..Harini banyak kerja, maklum baru balik bercuti, apalagi, nak mendobi lerrr...

OkBai...


P/S: Rindu Suami di sana... semalam Suami call, sampai nangis-nangis .. 😭
Viewing all 4427 articles
Browse latest View live