Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4427 articles
Browse latest View live

PURCHASE AN INTEL-BASED LENOVO COMPUTER OR LAPTOP AND SCORE FREE AIRASIA FLIGHTS

$
0
0
PURCHASE AN INTEL-BASED LENOVO COMPUTER OR LAPTOP AND SCORE FREE AIRASIA FLIGHTS | Opportunity to Earn 50% more BIG points during AirAsia 816 BIG World Campaign. In a bid to make PC purchases more rewarding for buyers in Malaysia, both Intel and Lenovo have joined hands with the world’s leading low-cost airline AirAsia to offer buyers of new Intel-based Lenovo computers and laptops with AirAsia BIG points and the opportunity to score a free holiday.

In addition, as part of the AirAsia 816 BIG World Campaign from August 16 to September 16, 2019 across Asia, all qualifying Lenovo computer and laptop purchases will earn an extra 50% BIG points*.

BIG points can be used to redeem free flights or travel upgrades to over 150 destinations on AirAsia.com, hotel accommodations, travel attractions and activities, or great deals from BIG Loyalty partners.

Consumers can earn up to 15,000 AirAsia BIG points when they purchase select Intel-based Lenovo computers and laptops from the Lenovo Program Site for Malaysia (https://www.lenovo.com/my/en/deals/special-offer/?ipromoID=my_pub_0820_hero_BTS).

In order to earn BIG points, consumers need to be a member of the AirAsia BIG loyalty program.


Eligible Intel-based Lenovo laptop and computer models in Malaysia are as follows:

Series : ThinkPad T series
Model : T490, T490s, T590, T480, T480s, T580

Series: ThinkPad E series
Model : E490s, E490, E590, E580, E480

Series : ThinkPad X series
Model : X390 Yoga, X390, X1 Yoga (3rd Gen), X1 Tablet (3rd Gen), X1 Extreme, X1 Carbon, X380 Yoga, X280

Series : ThinkPad L series
Model : L390 Yoga, L390, L480, L580, L380, L380 Yoga (3rd Gen), L490, L590

Series : ThinkCentre series
Model : M920z AIO, M920 Tower, M720 Tower, M920 SFF, M720 SFF, M920 Tiny, M720 Tiny

Series : ThinkBook series
Model : ThinkBook 13s

*Terms & Conditions for the AirAsia 816 BIG World campaign can be found here: https://816world.airasiabig.com/en/tnc.


P/S: Yang mencari laptop ke, haaa bolehlah beli ya..

KEMPEN SOKONG DAN BELI BARANGAN PRODUK MUSLIM 'BUY MUSLIM FIRST'

$
0
0
KEMPEN SOKONG DAN BELI BARANGAN PRODUK MUSLIM 'BUY MUSLIM FIRST' | Jom kita sama-sama bantu SHARE sebab ramai orang-orang kita Melayu yang masih tak tau produk mereka sendiri dan masih membeli minyak buatan Cina.

Kuasa membeli adalah ditangan korang. Majoriti pengguna adalah Muslim. Sekiranya sesuatu kaum jelas menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin, maka jihad ekonomi adalah salah satu daripada jalan menghadapinya. Dalam masa yang sama, Muslim juga seharusnya membantu produk Muslim yang lain dalam membina kekuatan ekonomi buat kaum Muslimin itu sendiri.

Kempen ‘Buy Muslim First’ membawa pengertian bahawa jika ada dua produk yang sama tapi ada pilihan produk dikeluarkan oleh orang Islam, utamakan produk Muslim dahulu. Sebenarnya tiada kempen boikot produk bukan Muslim secara serius seperti didakwa segelintir pihak.

Anggap sahajalah ia sebagai jihad ekonomi kita membantu rakan seakidah seagama. Ia terpakai dalam segenap aspek produk daripada produk makanan, barangan harian, pakaian, sehinggalah kepada produk perbankan, kewangan dan takaful.

Susah ke? Mahal? Ada banyak benda yang kita makan dan beli yang bukan produk Muslim yang jauh lebih mahal, tapi korang tak merungut pun? ..tepuk dada tanya iman.

Walaupun dah banyak kali kita terima mesej ini, tapi rasanya perlu kita forward lagi, sebab Melayu mudah LUPA. Dan harini Sis kongsikan di blog Sis.

AYUH KITA JIHAD EKONOMI!

Gunakan sepenuhnya kuasa pembeli kita.
Perkongsian dari sumber wahtsapp group setaman.



Antara Senarai Produk Keluaran Bumiputera Islam
Produk Muslim. 

1. Roti – Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)

  • SAJI (FGV-FELDA)
  • ALIF (Sime Darby)
  • ADELA (FGV-FELDA)

3. Susu Pekat Manis

  • SAJI (FGV-FELDA)
  • ALIF (Sime Darby)

4. Susu Cair – Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera

  • SajiMee Saji (FGV-FELDA)
  • ADABI

6. Beras – FAEZA

  • Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
  • Langsat Hijau (JUARA SELERA)
  • Juara Selera

7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis – Kipas Udang

  • Tamin
  • ALIF (Sime Darby)
  • Rohaya
  • JALEN (Johor)

9. Sos Cili/Tomato/Tiram
  • ZUZA (Kedah)/FIEZA(Bangi)
  • Rohaya
  • ADABI
  • Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan

  • Mudim
  • Rohaya

11. Tepung Gandum – FAEZA
12. Tepung Perasa/ Goreng

  • ADABI (tepun ayam)
  • ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)

13. Rempah Masak

  • ADABI
  • Brahim’s, 
  • FAEZA, 
  • AGROMAS, 
  • Imans

14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
18. Taucu

  • JALEN, 
  • Tamin

19. Jus Pekat Buah2an – Tamin
20. Perasa Ros Sirap

  • Rohaya, 
  • Tamin

21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin – Pelangi Delima Oil (FELDA)
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem – Peanut SunBear (FELDA)
- Jem Strwaberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1

  • ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
  • Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)

26. Biskut Coklat – GOODKISS (Noraini’s Cookies)
27. Frozen Daging Burger/ Nugget

  • RAMLY
  • NAFAS
  • AYAMAS

28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D’herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim’s
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah2an- jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan – ALIKHSAN
51. Kuah Rojak/Garam Belacan

  • ZUZA
  • PAK ALI
  • FAMA 
51. Ayam Halalan Toyyibaa.

  • Ayam Hijrah.
  • Ayam Az-Zain.
  • Ayam-Qu sejuk beku.
  • Ayam Ikhwan.


Mencari yang Halal itu FARDHU


P/S: Ini bukan post berbayar atau review memana tapi ini perkongsian dari Sis untuk blog Sis, sekian..

SUP IKAN SIAKAP MENU SIMPLE TAPI SEDAP

$
0
0
SUP IKAN SIAKAP MENU SIMPLE TAPI SEDAP | Nampak mudah kalau sebut sup ni, ye laaa biasa sup ni campak-campak aje, cukup rempah tumis 5 sekawan, masuk air, campak sup bunjut, tabur bawang goreng, dah siap! Bukan susah sangat pun, tapi kalau jenis yang masak beriyer, selagi tak cukup bahan, memang tak jadi lee supnya hahaha.

Tapi kalau Sis ko, alaa tak payah susah-susah, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah tumi 5 sekawan, then masuk air, campak sup bunjut, masuk ikan, haaa biarkan mendidih sampai masak. Kemudian barulah nak tabur bawang goreng ke, tabur daun bawang ke, ikut suka hati ko.

Lepas tu buat sambal kicap, makan pepanas hirup kuahnya sup tu, perghhh sedap nikmat tak terkata!

Semalam punggah aisbox yang ada lobak merah aje, daun bawang pun takde, nak pergi kedai malas, makanya letak aje lobak merah dalam sup, sebab sayur pun takde nak masak, lobak pun lobaklah, jadilah sup kosong je kan..

Ikan siakap tu pun tinggal tu le baki yang siakap 4 ekor Suami bawa balik tu, ada tinggal 2 keping aje lagi dalam aisbox. Nak habiskan minggu ni, then nak cuci aisbox. Minggu ni sampai minggu depan, Sis ko dah bizi kerja di luar dan holiday lagi hahahaha. So nak kemas dulu apa yang patut, senang mata dan otak bila balik bercuti semua siap kemas.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/empat-ekor-ikan-siakap-suami-bawa-balik.html


Semalam memang blur sikit nak masak apa, ingatkan nak masak daging, tapi lepas dah keluarkan dari Noxxa, jadi malas pulak nak masak daging, Sis sesiap hiris-hiris, then simpan dalam bekas, masuk frozen. Nanti-nantilah masak dagingnya.

Terus keluarkan ikan, masak sup ikan siakap ni. Kebetulan petang semalam adik Sis, Mamanya Mia datang, so merasalah dia makan sekali semalam. Adik tu memang suka kalau tang ekor ikan, tu yang dia makan semalam tu.

Nak msak bukan susah, benda mudah aje, buat apa nak susah-susah. Yang jadi susahnya diri ko, susah nak masuk dapur dan masak, tu yang sebetulnya kan hahaha..

Okaylah, Sis pagi ni bawa Mak ke Klinik Kampung Melayu, nak checkup kencing manis dia. Pepagi Sis dah keluar. Nanti balik baru Sis update lagi eh..

Alhamdulilah Emak Sis baik-baik aja, cancer dia pun alhamdulilah dah okay. Cuma sekarang ni, ubat kencing manis dia tu Doktor kata effect buah pinggang, tu yang pagi ni nak check ni.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/04/my-mom-fight-breast-cancer.html

Resepi? Tu dah bagitau kat atas tu haa..hehehe..


P/S: Tekak rasa nak makan sayur pucuk manis masak lemak, nak carilah! ..

DOA KETIKA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

$
0
0
DOA KETIKA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN | Esok anak-anak akan mula menduduki peperiksaan UPSR. Ada yang antara sahabat Sis yang ada anak amik UPSR? Sis doakan kejayaan untuk anak kalian semua ya. Bila anak-anak sedang menduduki peperiksaan, ibubapa juga turut terheret sama. Resah gelisah, risau takut anak tak dapat jawab soalan dan sebagainya sering menghantui.

Ada ibubapa yang mengambil cuti daripada kerja kerana untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan ini. Banyak dilihat di dalam status Facebook dan Twitter, Instagram ibubapa yang berkongsi perasaan gementar dan takut mereka. Seolah-olah ibubapa pula yang menduduki peperiksaan.

Sebenarnya selain daripada sokongan moral, sokongan dalam bentuk spiritual juga boleh membantu anak-anak kita menduduki peperiksaan dengan tenang. Kita juga insyaAllah akan terasa tenang kerana sokongan spiritual ini adalah dalam bentuk kita berusaha meminta doa daripada Allah.

Ia juga adalah bentuk tawakkal setelah usaha kita membantu anak kita belajar dan usaha anak kita belajar dengan bersungguh. Apa-apa yang berlaku sebagai natijah kita serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha merancang dan maha mengetahui atas segala sesuatu.

Doa Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan :

1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allahhu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa berikut:

"Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah
permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan
perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu".
Amin Ya Rabbalalamin..

Juga boleh baca doa ini setelah selesai solat hajat atau solat fardhu.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. pada hari esok (dan berikutnya) anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kpd mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar memberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka. Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yg telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yg cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.


Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.

Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamin aamin,


P/S: Masa anak-anak Sis exam dulu hingga sekarang, Sis buat tenang, jangan banyak cakap dan membebel, kang anak stress, so diam dan relax hehehe.

LIMA BELAS MINIT BERJALAN KAKI DARI HOTEL KE SURIA KLCC

$
0
0
LIMA BELAS MINIT BERJALAN KAKI DARI HOTEL KE SURIA KLCC | Kalau bagi Sis 15 minit tu agak lama oi hahaha. Mana tak kena marah dengan anak-anak, jalan 15 minit pun nak ajak naik kereta hahahaha. Hujung minggu baru-baru ni, anak-anak last minit plan ajak Sis bercuti ke KL dan Genting Highlands. Asyik nengok Emaknya duduk nagadap laptop buhsan, maka anak Sis,Yana mengajak pergi bercuti, padahal kami takut juga sangkut jem, sebab Malaysia cuti panjang.

Tapi alhamdulilah sepanjang perjalanan dari Johor ke Shah Alam, kami tak sangkut jem. Kalau ada pun cuma kereta perlahan aje. Tapi dari Utara nak ke Melaka, kuss semangat, punya panjang jemnya, bersambung ke Seremban dan juga Nilai, phewww jenuh tu mereka sangkut jem.

Malam sebelumnya anak-anak dah booking hotel di Agoda. Kami sepakat semua bermalam di tengah-tengah badaraya Kuala Lumpur, iaitu di Vortex Hotel Suites & Residences. Korang boleh bukak Agoda untuk tempahan. Anak dapat book dan beli yang biliknya ada 2, untuk 4 orang dengan harga RM 260 1 malam. Kecuali Ayahnya aje yang tak ikut sekali. Masih sibuk kerja di sana.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/lets-go-travel-and-enjoy-mother.html

Seawal pagi Sis dah gerak, terus ke Shah Alam nak amik Kakak. Anak bujang Sis malam sebelumnya dah sampai Johor dari Mersing. Kakak-kakaknya paksa balik suruh ikut. Jadi dapatlah kami berkumpul anak-beranak tanpa Ayahnya kali ini.

Sampai Shah Alam terus ke bandar Kuala Lumpur, tapi kami lunch dulu. Pasang waze rasa sekejap aje sampai Kuala Lumpur tu. Check in hotel jam 3pm, memang ngamlah masa kami sampai tu.



Korang kalau nampak bangunan tinggi bolat berkaca camtu, haaa tu ler Vortex Hotel Suites & Residences tempat Sis dan anak-anak menginap. Memang betul-betul tengah bandar. Tak sangka juga dapat tidur hotel kat dalam bandar Kuala Lumpur ni, biasa dengan Suami menginap di Shah Alam aje. Alhamdulilah, terima kasih anak Sis, Yana.

Hotel kami booking ni ada 2 bilik tidur, katil saiz queen, sofa bed, tv astro, hall beserta dining, dapur, ruang menggosok, 2 tandas, juga mesin basuh, dapur memasak, oven, microwave semua ada, senang cakap macam homestay tau, semua kelengkapan sedia ada sebab tu namanya Suites & Residences dan juga paling best sekali, view dia boleh nampak menara Kuala Lumpur. Itu yang paling best sekali!.



Haaa nampak tu, satu gambar tu waktu siang hari, view dari dalam bilik, dan satu lagi gambar waktu malam. Memang Sis tidur malam tak tutup langsir, Sis biarkan aje macamtu. Seronok nengok Menara Kuala Lumpur tu bercahaya hehehe. Jakun pun jakunla, janji kita kecapi nikmat kepuasan bercuti tu. Bila lagi kan? ..

Lepas dah rehat-rehat sekejap, tunaikan apa yang patut, petang sikit anak-anak ajak keluar ke swimming poolnya. Saje nak meninjau, ikutkan nak mandi, sekali anak-anak ni boleh lupa bawa baju mandi, duk nganga je le nengok orang mandi.



Lepas Asar kami duduk membawa ke hampir Maghrib, lama ke tak lama. Kami anak beranak duduk sambil berOOTD dan juga berborak dan berehat melihat matahari terbenam. Sangat relax sekali. Walaupun cuaca agak panas tapi bila dah tepi pool gini, sejuk aje, memang rasa nak terjun aje hehehe.

Masa ni Suami call, macam-macamlah dia tanya, yang anak pulak, sorang-sorang nak bercakap dengan Ayahnya, nak bagitau kat sini bestlah semua, sampai Ayahnya kata rugi tak dapat join hehehehe. Takpe Ayahnya, adik dah janji nanti dia bawa Ayahnya pulak bercuti ke tempat lain hehehe. Doakan adik murah rezeki katanya, aamiinn..



Haa cuba nengok gambar pertama tu, nampakkan sebelah kiri tu ada bangunan bolat tu? Haa itulah tempat Sis menginap, ini pemandangan dari depan pintu masuk Vortex Hotel Suites & Residences. Memang jelas nampak dekat beno lee Suria KLCC tu. Kalau ikut waze, 15 minit aje berjalan kaki. Makanya berjalan kakilah kami anak beranak.

Yang gelihatinya, setiap 5 minit berjalan, berhenti, 5 minit berhenti, bukan penat, tapi anak-anak gasak bergambar hahaha. Teruja nampak itu Suria KLCC yang cantik mengeluarkan lampu warna bendera Malaysia. Memang masa hari yang Sis pergi tu Hari Merdeka 31hb Ogos.



Walaupun 15 minit, sampai Suria KLCC tu berpeluh gak oii hahaha. Lemak dah terbakar barangkali hahaha. Masuk aje dalam, phewww mak aii ramainya orang, sana sini orang, celah sana celah tiang, celah ascalator semua orang hahaha. Kira sesak jugalah. Anak-anak ajak makan, dalam kepala Sis, kedai apa apa ajelah yang ada kat dalam KLCC ni, mesti mahalkan, ermmm...

Nak taknak cari juga tempat makan, walaupun kena beratur. Ingat nak makan kat Madam Kwan's tu, tapi mak aiii lagi panjang beratur, makanya makan ajelah di Little Penang Cafe ke entah namanya, lupa daa Sis. Harga dia standard aje macam kedai makan atau cafe biasa tu. Cuma agak tak selesa sebab orang ramai, ada yang menunggu, so nak duk lelama tu sian pulak.

Lepas makan anak ajak ke tempat air pancut KLCC tu, alaa ni pun Sis tak tau namanya. Taunya pancutan air berirama gitu. Haaa tempatnya di tingkat atas sekali eh ye kot, lupa jugalah hahahaa. Sebab perasan macam naik escalator, erkk sorilah Sis lupa. Hahahaha.

Kalau kat sini makk aii ramainyaaa laaa, pelik tu macam kat luar negara ko, kebanyakkannya semua macam warga asing gitu, erkk..Kelass ko main lepak KLCC ko! Sis ko pun ni lerr baru sampai hahahaha.

Dulu pernah pergi KLCC ni, Suami bawa anak-anak ke Aquaria tu. Masa tu anak-anak sekolah rendah lagi. Punya lama kan tak datang sini hehehehe. Maklum kami orang Johor aje hahahaha. Orang KL mestilah selalu pergi kann..


Malam sampai bilik, duduk nengok laa ngadap Menara KL tu lagi hahaha, anak-anak pun sama, ni pun Sis amik gambar curi-curi masa anak merenung masa depan duk asyik melihat Menara KLCC tu hehehe..

Yang tak menahannya, malam tu Sis tidur mimpi hantu Langsuir ko!!! Apa ke hal laaa Langsuir ikut Sis ko bercuti ni..eeeee...anak-anak duk gelakkan Sis bila Sis cerita. Ada ke Langsuir tu kejar Sis, terkencit-kencit Sis berlari, nasib tak terkencing atas katil 😆 .

Okaylah nanti kita sambung lagi. Nanti Sis cerita Sis dan anak-anak naik Gondola atau bahasa omputihnya Cable Car naik Genting Hinghlands. Best woooo..tunggu ea..

OkBai, nak sesiap nak pergi #FoodReview petang ni..
Bai..


P/S: Kalau ada Suami sekali memanglah seronok tapi apakan daya, tanggungjawab kerja di utamakan.

WORDLESS WEDNESDAY - I MISS YOU

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - I MISS YOU | I miss you so much that it hurts. I close my eyes and see you there. But when I open them and see nothing there, I realize how much I miss you. I can’t even begin to tell you how much I miss you. You don’t have to be a thousand miles from me for me to miss you. All I need is you right here.

I can’t stop thinking about you. I’ve been missing you everyday. The only thing that I can do when I miss you is look at your pictures and smile.

I have never missed anyone in my life as much as I miss you...my SUAMI ..




P/S: Orang nak kata apa lantak! Janji Aku rindu Suami Aku, bukan Suami orang!! ..

NASI KERABU WARUNG AMBO, PATUT RAMAI ORANG, SEDAP RUPANYA!

$
0
0
NASI KERABU WARUNG AMBO, PETUT RAMAI ORANG, SEDAP RUPANYA! | Korang pernah datang makan sini atau tau warung Ambo ni? Pernah sikit masa selepas aje buka warung Ambo ni, kedai makannya viral, ramai datang makan sini sehingga sekarang. Dan masa Sis singgah makan tengah hari di sini pun, memang ramai orang.

Keistimewaan warung Ambo ni, ianya menjual pelbagai jenis makanan orang Kelantan, termasuk nasi kerabu, nasi putih set, nasi dagang yang memang menu utama negeri Kelantan. Yang menjualnya pun memang asal dari Kelantan dengarnya.

Masa pestime Sis sampai, terpegun kejap nengok menu-menunya, tak tau nak pilih yang mana, nak makan apa, semua nampak sedap. Tapi anak Sis rekemen makan nasi kerabu dia atau nasi putih set dengan sup daging. Itu memang paling ramai pelanggan dia order makan.

So kita cubalah.


Yang ini anak Sis punya, nasi kerabu ayam. Nasi kerabu ni memang datang satu set, dengan telur asin, sayur-sayur, dan juga keropok. Samaada ayam ke, daging ke, ikan ke, paru ke, atau yang lain-lain tu, korang kena pilih sendiri set mana korang nak.

Nak pedas ke tak ke, nanti dia tanya korang, atau nak tambah solok lada ke, sup ke, atau apa-apa lauk lain, korang kena bagitau.


Yang atas nuu Sis punya, masa ni tangan dah kotor baru ingat nak amik gambar, nasib baik Kakak ada amikkan, so gunalah gambar dia ni, tu yang takde amik gambar menu anak bujang dan juga adik Yana.

Anak bujang makan nasi putih daging kerutup, adik Yana makan nasi kerabu daging bakar, tambah solok lada. Sis punya nasi kerabu ikan goreng tepung, tambah sup daging. Saja nak rasa sup dagingnya, ternyata memang sedap.


Datang makan sini, korang kena beratur dulu, jangan main ke depan aje order, kena beratur ya. Sis pun beratur sampai keluar. Sambil tu korang bolehlah nengok menu-menu apa yang korang nak makan. Memang blur lee nak pilih makan apa, sebab banyak sangat, semua nampak sedap pulak tu.



Tiba giliran korang, haa cakaplah nak makan apa, nanti mereka sediakan. Harga berpatutan, dan menu dia banyak. Peminat makanan Pantai Timur haaa mesti suka. Nasi dagang pun ada. Kalau boleh Sis nak order semua, nak rasa semua, kang orang pandang pelik pulak kang hahahaha.

Sis suka sebab nasi kerabunya tak kering, lembut dan senang cakap kenalah dengan tekak Sis. Kalau tak biasa beli nasi kerabu, kering sangat! Macam nak tercekik time makan. Lagi satu bukan senang nak cari warung atau kedai jual pelbagai nasi kerabu macam ni.


So korang boleh cuba makan kat sini. Tekak memasing kan lain-lain, kalau tekak Sis, semuanya sedap aja. Hahahaha. Sis tau pun, anak Sis yang bawak haritu. Sebelum kami balik ke Johor dari bercuti tu, waktu nak hantar dia balik ke Shah Alam rumahnya, singgah makan sini, memang dekat dengan tempat anak tinggal.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/lima-belas-minit-berjalan-kaki-dari.html


Sorilah mula nak amik gambar depan kedainya tapi ko tengok ajelah cuaca panas tu, last-last masuk kete berhenti kejap, suruh anak yang amikkan gambar depan kedai tu dari jauh hahahaha.

Cuaca panas gilerr. Tapi makan kat dalam kedai tu okaylah, sebab ada kipas dan tidak panas. Warung Ambo ni ada juga jual kuih-muih tradisi Kelantan. Haritu dah kenyang, Sis malas nak beli, sebab nak gerak terus balik Johor.

So korang pergilah dan cuba ya! Sis makan haritu anak beranak baru RM 43.50 termasuk air. Dan lagi satu, warung Ambo ni buka pagi seawal 8.30am hingga 4pm atau sehingga lauk pauk habis ya. Dia takde bukak malam. Jangan korang datang malam pulak hehehe.

Senang kata korang datang brunch aje hehehe. Sarapan + Lunch .

Alamatnya :
 Warung Ambo
38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor

Okay, selamat makan makan...


P/S: Sis makan Sis share aje...hehehe terus teringat pulak nasi kerabunya, adoiii!

HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR ANNOUNCES INITIATIVE TO PROMOTE TALENTED LOCAL ARTISTS

$
0
0
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR ANNOUNCES INITIATIVE TO PROMOTE TALENTED LOCAL ARTISTS | Legendary Rock Band Wings to Raise Curtains for Sunday Night Live.

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur today announced the launch of Sunday Night Live (SNL), a platform for local artists to perform at the established venue every two months. Legendary rock band Wings will be the first group to perform at SNL with others to be announced at a later date.

(Center) Ranjit Singh, General Manager of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur; (third from right) Noorsalwa Mohd Noordin, Secretary to Country Manager of Hard Rock Cafe Malaysia; and members of Wings at the launch of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur’s Sunday Night Live.

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur opened its doors to the public in 1991, serving fresh and authentic American cuisine, alongside pitch-perfect live entertainment. The cafe has since been a highly sought after venue for global and local artists to perform.

“As a restaurant and hospitality brand with a global footprint, we are committed in our support towards promoting local artists and SNL is created for this very purpose,” said Ranjit Singh, General Manager of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. “This platform will feature popular and established artists along with some new faces giving fans an opportunity to catch their favourite artists live.”

Datuk Awie delivering his speech at the launch of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur’s Sunday Night Live

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur plans to hold its bi-monthly SNL beginning October 2019. The venue is equipped with state-of-the-art audio and lighting technology which will allow these artists to fully demonstrate their sound and abilities to their fans.

Lineups for Hard Rock Cafe Kuala Lumpur’s Sunday Night Live, Wings and Lefthanded

Wings who will be kickstarting the outlet’s SNL will be performing with original members Awie (Vocals), Eddie (Bass), Black (Drums) supported by Edri and Sham (Lead Guitars) on Sunday, 6 October 2019.

For more information, fans can follow Hard Rock Cafe on Instagram at https://www.instagram.com/hardrockcafekl/.

Details:

Venue: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Ground Floor, Wisma Concorde
No. 2, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Contact: +603 2715 5555

Website: https://www.hardrock.com/cafes/kuala-lumpur/

Performance Date: Sunday, 6 October 2019

Advance Booking: No

Restaurant Hours: Mondays to Sundays, 11:30 a.m. till late (last order at 10:30 p.m.)

Cover Charge: RM100


P/S: Mesti happening ni kan? Rasa macam nak pergi ajee...tengok nanti macam mana, siapa nak ikut?

5 TEMPAT SARAPAN PAGI YANG SEDAP DI PAKA DAN KERTEH TERENGGANU

$
0
0
5 TEMPAT SARAPAN PAGI YANG SEDAP DI PAKA DAN KERTEH TERENGGANU | Sekiranya korang berkunjung ke Terengganu terutamanya di daerah Paka & Kerteh, Sis sarankan korang singgah di 5 tempat sarapan yang dikatakan sedap ini. Ini perkongsian dari Abejaq.com. Katanya Korang pasti berpuas hati dan tidak menyesal bila makan di sini. 

Nanti Sis nak mencubanya, so Sis kongsikan di sini dulu, cuma gambar Sis taknak letak, tunggu gambar dari Sis punya aje okay, hehehe. 

Akan tetapi, nasi goreng sotong di Kampung Nelayan Paka, tetap menjadi pujaan hatiku hahahaha..
Ko tunggu yaa sotong, sekejap lagi Sis ko sampai hehehe..


1. Nur Sobah Cafe KG Nyior Paka

Kata Abejaq.com, Orang Paka, Kerteh kalau tak tahu pasal kedai ini memang pendek umur, hahahaha. Terletak di Kg Nyior bertempat di bahu jalan utama Paka – Dungun, Terengganu. Tempatnya agak selesa kerana ruang parking kereta yang agak lapang dan ruang kedai yang agak besar dan bersih.

Menu sarapan adalah menu tradisi masyarakat Terengganu seperti nasi dagang, pulut kuning,nasi lemak dan nasi kerabu. Roti canai pon ada jual di sini di samping kueh mueh seperti karipap, kueh ketayap, Che Mek dan sebagainya. 

*Yerr, Sis dah mencubanya juga, memang sedap. 

2. Restoran Nasi Lomak NS, Taman Murni Perdana, Paka

Ini satu lagi tempat sarapan pagi di Paka yang korang tak sepatutnya tercicir daripada itinerary percutian korang, kata Abejaq.com. Sekali cuba pasti korang akan terasa nak lagi. Lokasinya di bahu jalan menghala ke kawasan perumahan Taman Murni Perdana atau lebih dikenali dengan Taman UDA.

Apa yang menariknya di sini? Menurut Abejaq.com. seperti mana nama restoran, semestinya nasi lemak la makanan istimewa di sini. Memang sedap sehingga menjilat jari katanya..Berjuadahkan aneka pilihan lauk seperti kerang, paru, sotong, ayam rendang, ayam goreng dan sebagainya semestinya akan memikat hati korang.

*Yang ini Sis pernah makan bersama Suami. Memang betul sedap sambal kerang dia. 

3. Warung Haji Zaid, Kerteh

Terletak di bahu jalan besar Paka-Kerteh, warung Haji Zaid menyajikan nasi lemak yang marvellous dengan aneka pilihan lauk seperti kerang, daging, ayam goreng dan sebagainya. Abejaq.com kata, dia memang suka sangat makan nasi lemak ayam goreng + kerang di sini. Ayam goreng dia memang sedap dan rangup.

Di samping nasi lemak, ada jugak makanan tradisi lain seperti nasi dagang, pulut kuning, laksam dan sebagainya. Sememangnya tempat yang wajib singgah..

*Okay nanti Sis nak cuba yang ini! 

4. Café Kak Yah, Kerteh

Café Kak Yah  Café yang bersih yang menghidangkan nasi lemak, roti canai, lontong dan makanan-makanan tradisi lain. korang juga boleh dapati produk-produk keluaran Muslim sebagai alternatif kepada produk yang lazimnya di jual di pasaran. 

Baik apa yang istimewa di sini? Nasi lemak di sini memang istimewa kerana ianya mempunyai keunikan tersendiri. 

*Tak pernah singgah sebab Sis biasa stay Paka aje, jarang ke Kerteh.

5. Hentian Mesra Corner

Lokasinya berhampiran dengan Mesra Mall. Ruang warung yang agak lapang dengan kapasiti yang boleh menerima pelanggan yang agak ramai dalam sesuatu masa. Tiada masalah parking kereta sebab ianya terletak di bahu jalan Kerteh Kemaman.

Kata Abejaq.com, hidangan yang agak berbeza di sini kerana ada pilihan nasi goreng yang mana agak jarang korang boleh jumpa di kawasan sekitar. Selalunya hidangan biasa adalah nasi lemak, nasi dagang, pulut kuning dan sebagainya. Namun, bukan...tapi nasi goreng yang special di sini.

Yang special di sini adalah nasi kerabu. Nasi kerabu di sini memang menepati piawaian nasi kerabu asli Kelantan. Perisanya cukup dengan perasa budu, sambal tumis nasi kerabu, ulam yang cukup, bawang putih jeruk, “solok lada” dan sebagainya. Dengan pilihan lauk yang memang sesuai dengan nasi kerabu seperti ikan goreng tepung, telur masin, daging goreng/bakar dan ayam goreng. Ayam gorengnya memang tak di nafikan sedap dan rangup. 

*Yang ini baca je pun dah terliur, okay nanti gi Mesra Mall, boleh cuba ni!!

Makaseh Abejaq!


P/S: Rasanya ada lagi tempat makan menarik, nantilah Sis JJCM ye dengan Suami heheheh. 

SALAM JUMAAT - 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

$
0
0
SALAM JUMAAT - 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH | Salam Jumaat buat korang. Moga semuanya baik-baik aja. Alhamdulilah Sis sihat dan sekarang sedang bercuti. Maaf jika semalam komen-komen korang dan email Sis tak jawab, maklum line kat sini agak slow. Ni baru connect dengan wifii hotel hehehe. Kejap lagi Sis jawab ya. 

Sebenarnya banyak benda nak cite, tapi nantilah, Sis akan update satu persatu ya. Cite apa? Apalagi cite makan laaa hahahaha. Korang kan suka bab makan-makan ni kan, pantang kongsi tempat makan ke, resepi ke, punya ramai view masuk kan hehehe. Makaseh korang yang selalu support penulisan dan perkongsian Sis. Moga semua yang Sis kongsikan di sini menjadi manfaat kita bersama.

Dan untuk hari ini, Sis kongsikan 55 amalan sunnah Rasulullah yang mungkin kita sendiri pun tak tau kan. Sis copy paste kan dari group wahtsapp Sis. 

Selamat menunaikan solat Jumaat buat semua, termasuk Suami Sis yang depan mata ni dan juga anak bujang Sis di Mersing. 


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
- Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
- Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
- Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
- Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
- Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
- Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
- 3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
- Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
- Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
- Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
- Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
- Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
- Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
- Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
- Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
- Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
- Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
- 3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
- Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
- Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
- Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
- Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
- Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
- Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
- Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
- Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
- Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
- Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
- Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
- Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
- Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
- Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
- Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
- Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
- Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
- Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
- Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
- Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
- Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
- Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
- Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
- Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
- Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
- Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
- Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
- Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
- Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
- Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
- Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
- Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
- Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
- Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
- Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
- Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
- Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

#SisSharinjg 


P/S: Harini Suami ajak pergi Mesra Mall, Kerteh. Ajomm kita, jalan-jalan cari makan. 

ANTARA AYAM KYOCHON DAN AYAM 4 FINGERS, KORANG PILIH MANA?

$
0
0
ANTARA AYAM KYOCHON DAN AYAM 4FINGERS, KORANG PILIH MANA? | Yang mana pilihan korang? Memang Sis nak tanya korang dulu yang dah pernah cuba ayam Kyochon dan ayam 4 Fingers ni. Sebabnya sebelum ni Sis tulis post pasal ayam 4 Fingers tu ramai komen kata suruh cuba ayam Kyochon ni, katanya lebih sedap. Tapi....

Bilamana Sis dah cuba makan ayam Kyochon ni, memang betul, sedap itu subjektif, tekak memasing, selagi tak cuba sendiri, jangan guna pakai cakap orang, yang kata sedap dan tak sedap. So bagi Sis antara ayam Kyochon dan ayam 4 Fingers, sedap lagi ayam 4 Fingers. Jujur itu review tekak Sis, sori ya.

Kelmarin lepas Sis dan Geng Bas Sekolah Sis berjumpa dan kami sepakat nak makan di MidValley Southkey dan nak makan ayam Kyochon, memasing semua nak tau sedap ke tak, maka ke situlah kami makan.

Masuk dalam Kyochon, mulalah kami order, macam biasa blur jap nak order apa. Kawan Sis Ima yang order untuk kami. Kitaorang amik set signature ayam dia 2 set 16 ketul, dan add on set ayam 1 set 8 ketul. Juga amik set nasi sorang satu. Set nasi tu tersedia dalam nasi beserta telur + sup + air.

Sis dah lupalah nama-nama ayam Kyochon apa yang kami amik, tapi kami amik yang set signature dia. Nampak macam banyak sangat kitaorang order, tapi ....


Haaa ini dia 2 set signature yang kami order, masa mula sampai ke meja macam terkejut sekejap, sebab kami rasa ayamnya kecik bebeno laaa. Sepinggan tu untuk 2 set, tak ke rasa macam kecik. Serius memang kecik ayamnya. Tu bagi kami laa, kalau korang mungkin rasa besar agaknya.


Yang ni pulak set add on kami order, bezanya dia ada 3 sos tu haa, apalah namanya ek Garlic Chicken ke apa entah. Lupa, resit takde pulak dalam simpanan. Yang ni pun sama, kami rasa kecik ayamnya. Kawan Sis kata anak ayam hahahaha. Nasib baik sedap!.


Dan ini set nasi yang kami amik sorang satu. Ada nasi + sup + air. Salad tu siap set dalam menu ayam sekali. Sis amik Kimchi Rice, so far masa makan tu, okaylah sedap bagi tekak Sis. Kenyang juga makan semangkuk tu.


Tu le kesemua yang kami order dan makan, lepas makan memasing kebulur tak cukup makan lagi, hahahaa, memang bagi Sis tak boleh lawan dengan 4 Fingers. Lagi satu ayam 4 Fingers rangup crispy, ayam Kyochon ni gigit macam biasa je.

Lain orang lain tekak, yang tak pernah cuba, silalah, kalau yang dah pernah cuba, maaf ini pandangan Sis ya. Sedap memang sedap, kalau nak makan, boleh aje, cuma kalau bagi pilihan, Sis pilih 4 Fingers. Sekian..

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2018/09/4-fingers-crispy-chicken-ayam-goreng.html


Lupa nak bagitau, makan kat Kyochon ni kena banyak sabar ya. Yaa sabar menunggu menu sampai, atas meja tu je dah ada memo di beritahu persiapan menu amik masa 15 hingga 20 minit, sebab mereka masak secara fresh panas. Tapi.....masaalahnya masa dapat ayam, awat sejuk, tak panas pun hahahaha...

Takpelah...dah cuba jadilah kann..Tak salah mencubanya dan bagi pendapat. Tak semua benda dan makanan semuanya sedap. Sedap itu subjektif, perlu ingat tu.
Nobody is perfect!

Okaylah, nanti sambung lagi ya ..
Selamat beristirehat buat korang semua, cuti panjangkan..happy holiday.


P/S: Tibaa terliur plak 4 Fingers huhuhu ...

MEXICAN DINNER BUFFET AT CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

$
0
0
MEXICAN DINNER BUFFET AT CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | It's a month of Tacos, Enchiladas and Burritos with great Mexican salads, appetizers, spread of Salsa and mouthwatering desserts from Mexico!

Feel the Mexican breeze when you dine in at Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel this SEPTEMBER! Every Friday & Saturday evening starting at 6.30pm, the Cafe doors are open to you for a wonderful weekend buffet.

Mexican Dinner Buffet

Dinner : Every Friday & Saturday for the month of September 2019.

Price :  at ADULT RM 123 nett per person. CHILD RM 61.50 per person.

Call : +607 381 3322

Email : partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com

Whattsap : +6017 771 3327

Online booking : https:bit.ly/TableAppCafeBLD


Facebook : https://www.facebook.com/cafebld/

#renaissancejb #cafebld #fromthetable


P/S : Mesti sedap ni kan...ermmm nak juga!!

BUTTER CHICKEN DI GOLD CHILI MEMANG SEDAP!

$
0
0
BUTTER CHICKEN DI GOLD CHILI MEMANG SEDAP! | Yaa memang sedap! Sebelum ni nampak mereka-mereka yang kongsikan di blog dan IG, geram aje rasa, lepas tu anak Sis pulak, yang selalu pergi makan kat Gold Chili tu pun tunjuk plak kat Emaknya, bertambah geramnya kan..

Dan akhirnya dapat juga merasa kesedapan butter chicken yang semua orang gilakannya hahaha. Nasib baik ko makan tak gile. Tapi yang Sis pergi ni bukan Gold Chili di Subang, yang ini Sis makan Gold Chili di USJ 21/8. .

Sebelum nak ke bermalam di KL haritu, selepas amik anak Sis, Kakak, mulanya kami anak beranak nak makan Ayam Gepuk Pak Gambus tu, tapi masa masuk aje kedainya, makk aii kemain ramai orang, kena plak anak cakap, memang lambat sampai menunya, so nak taknak cancel laa, terus ke Gold Chili depannya je.

Rezeki kami, sampai di Gold Chili, pelanggan takde laa ramai seperti di Gold Chili Subang tu, masih asa kosong tempat dan selesa, tak payah beratur panjang. Kami duduk di luar aje, angin begitu kuat meniup, dah macam tepi pantai.

Lupa nak amik gambar luar kedainya 😓

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/lima-belas-minit-berjalan-kaki-dari.html


Bab order, Sis suruh anak aje yang order. Memang rata-rata yang makan sini mesti order butter chicken set tu. Set tu siap nasi + butter chicken + sup + air. Harga? Maaf lupa dah huhuhu.

Dia ada juga menu-menu lain, penuh menu dia satu buku hitam hahahaha. Yerr buku hitam dia tu hitam giler, itu buku order menu hahaha.


Semua ni Sis punya hahahaha..Oiii idok lerr oii, aje gilerr, kami makan kongsi-kongsilah. Kami semua amik set butter chicken, kemudian Kakak order plak sup seaweed, Sis order sup fishball, dan juga sambal bendi. Kemain sedap oii sambal bendi dia, teringat-ingat kesedapannya sampai sekarang.

Yang butter chicken tu, jangan cakaplah, patutlah ramai yang makan, memang sedap! Cukup rasa dan cukup lemak manis asin dia semualah! Memang puashati pun kalau mereka datang makan sampai beratur panjang.

Korang kalau taknak beratur panjang, haa mai ke sini, Gold Chili di USJ 21/8 ni, servis cepat walaupun ada gak pelanggan menunggu.

Dan lagi satu, kedai ni pun ada steamboat. Harga tak mahal, berpatutan laa dengan kuantiti sepinggan dan juga kesedapannya, memang berbaloi.

Korang cubalah ya. Sis makan haritu empat beranak harga rm 78 hengget.
Sup dia portion semangkuk besar tau, kang ada ko order bebanyak macam Sis, kata small, sekali sampai, makk aii besaunya mangkuk hahahaha.

Gold Chili Seafood Restaurant
15, Jalan USJ 21/8, Taman Perindustrian Uep, 47630 Subang Jaya, Selangor

Dibuka setiap hari kecuali AHAD
Dari jam 12pm hingga 11pm .

NO Pork NO Lard.

Facebook : https://www.facebook.com/goldchilimalaysia


P/S: Lepas ni kompom Sis ko akan ke sini lagi hehehe..

CUTI-CUTI UMUM TAHUN 2020

$
0
0
CUTI-CUTI UMUM TAHUN 2020 | Hehehe baru masuk bulan sembilan dah sibuk nak nengok cuti tahun 2020, kekeke. Bukan apa, senang nak plan percutian untuk tahun depan, maklumlah Air Asia ni asyiklah hantar email promosi Big Deal dia je, tak ke kecurr je baca kan hahaha.

Tapi kalau belek dan nengok cuti umum tahun depan, woww bulan Ramadhan tahun depan bulan April ek, Syawal bulan Mei, awalnya laaa, rasa macam baru je habis puasa, ermmm masa semakin pantas mengejar kan.

Yang belum ganti puasa tu, elok ganti dari sekarang, sebelum terlupa. Alhamdulilah, Sis dah selesai ganti puasa. Ni tengah duk skodeng-skodeng jadul nak bercuti tahun depan 'me time' dan 'family holiday'. Dah ada dah datenya, dan Suami pun kata okay, so kita tunggu masa nak membooking hotel dan segala persiapan aje.

Rancang awal senang, dapat harga murah pun yer, baik tiket kapal terbang, mahupun hotel. Lagi kalau nak pergi time cuti sekolah, last minit booking, kompomlah harga mencanak naik. Kadang nak booking hotel pun semua full, kena booking yang jejauh sikit, kan susah tu.

[Senarai penuh cuti Malaysia Tahun 2020] : https://semakanonline.com/kalendar-2020/

Jangan kata hakak tak payung ar ...


So korang, dah bolehlah start menabung yer, kumpul sikit-sikit, lama-lama penuh gak tabung tu kan. Sis pun walau Suami yang sponsor sepenuhnya untuk holiday 'me time', tapi kena jugalah kumpul menabung untuk sendiri, kang nak soping beli itu ini, kalau guna duit Suami je semata, memanglah nak berjimat, so kena ada duit sendiri sikit, barulah puas nak menyoping, betul tak?

Opss cuti kat atas tu, yang color biru tu, hehehe korang pepandai le adjust hahaha. Kemain banyak nak amik on leave ek hahaha, tau Boos ko, terus di bekukan cuti ko! Hahahaha...


Balik cuti, apalagi, mendobi...tokei dobi atas tu pun naik penat nengok pelanggan keluar masuk, tapi masyukkkk hahahaha nasib baik layan diri 😆

Lagi satu kalau malas nak booking sendiri, haa booking dengan ARBA Travel, pun senang juga.

Okaylah, jom jalan tepi pantai, lepas sarapan amik udara pantai, nyamannnn...
Bai dulu..


P/S: Nasi goreng sotong dah terbayang-bayang.., sabar ..

TOURISM MINISTER LAUNCHES VISIT MALAYSIA 2020 OFFICIAL SONG

$
0
0
TOURISM MINISTER LAUNCHES VISIT MALAYSIA 2020 OFFICIAL SONG | The Minister of Tourism, Arts and Culture, YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, has launched the Visit Malaysia 2020 official song today at Istana Budaya.

He says it “signifies another milestone as we push forward with the campaign’s marketing and promotion activities.”

The song, entitled “Visit Truly Asia – Malaysia” is composed by Ramlan Mohd Imam, the Dean of Music Faculty at Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, with lyrics written by Normah Kechut in Bahasa Melayu and James P.S. Boyle in English.

Elements of traditional music are evident in the song to reflect the rich multicultural population of Malaysia. Traditional instruments such as gong, bungkau, bamboo flute, tabla, sitar, erhu and tangyu as well as elements of dikir barat and kompang portray traditional aspects of Malaysia.

The lyrics emphasise universal themes of unity and hope, sharing and inclusivity, and prosperity. The song is given further depth and enlivened with the powerful vocals of professional singer, Idayu.

The song complements recent efforts to promote Malaysia globally through Sharp (M) Electronics Sdn Bhd, Malaysia Airlines, Air Asia, Firefly, Malindo Air, Malaysia Airports Holdings Berhad, and Expedia Group.

The Minister says, “I hope that the Visit Malaysia 2020 campaign, alongside all marketing and promotional activities we have lined up, will firmly put Malaysia on the map of travellers everywhere and encourage them to choose Malaysia as their holiday destination.”

“I encourage all parties to use the campaign logo and play the campaign song at any appropriate opportunity so as to enhance the reach of the campaign both locally and internationally,” he adds.




Theme Song

Feel the Truly Asia melody, a beautiful mix of traditional instruments, and upbeat modern tune with our latest Visit Malaysia 2020 Official Theme Song. The song perfectly captures the beautiful essence of multicultural Malaysia, where all races and ethnicity comes together, representing a true diversity of Asia. The songs available in English and also Bahasa.

To download the song, visit the link: Tourism Malaysia.
https://www.tourism.gov.my/campaigns/view/visit-truly-asia-malaysia-2020


P/S: Tahun depan mesti meriah kan? #VisitJohor2020 okay! Hehehehe..

DOUBLE TREE JOHOR BAHRU PRESENTS TRULY MALAYSIAN BUFFET DINNER AT MAKAN KITCHEN

$
0
0
DOUBLE TREE JOHOR BAHRU PRESENTS TRULY MALAYSIAN BUFFET DINNER AT MAKAN KITCHEN | Indulge in hearty local favourites with a dash of Cantonese and Hainanese specials.

Makan Kitchen joins in on the Malaysia Day celebrations by hosting the Truly Malaysian Buffet Dinner. Featuring a harmony of cultures under one roof, Makan Kitchen serves up an array of local dishes accompanied by regionally inspired interior.


Available during the month of September for only RM88 nett per adult and RM44 nett per child, guests can experience the best of traditonal Malaysian cuisine including Malay, Chinese, and Indian dishes.

The buffet spread features all-time favourites such as Nasi Kakwok, Aneka Ikan Masin Dengan Bawang, Sup Tulang Sum Sum Kambing, Assam Laksa, Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu Bunga Telang, Stir Fried Carrot Cake with Chili, Fish Ball Soup and more.





Complementing the distinct flavours and spices are a variety of tantalising desserts such as Pandan Layer Cake, Bubur Cha-Cha, Sago Gula Melaka, Coconut Cream Brulee, Apam Balik with Condiments, Pisang Goreng, local ice-cream flavours including Asamboi, Milo, Kacang Hijau, Jagung, Bandung Cincau and many more.





That’s not all, for the whole month, there will be a surprise twist of flavours. A special Hainanese and Cantonese counter featuring Baked Wenchang Chicken, Puqian Zaopo Local Vinegar Seafood Noodle and more exciting dishes will be available.




A special Indian/Tamil Live cooking action counter featuring Bhatura, Ulundu Vadal, Roti Nan Dengan Ayam Tandori, and more exciting dishes will be available.




To showcase diversity and colourful cultures, guests are invited to dine in Baju Kurung, Cheongsam, Saree and other local traditional wear. 

Those who come dressed up in true Malaysian spirit will receive a 10% discount off their bill. Makan Kitchen is open daily from 6:30am until 10:30pm. 


The Truly Malaysian Buffet Dinner is available only on Sunday to Thursday from 6:30pm to 10:30pm. 

Buffet Dinner Price :
Adult : RM 88
Child : RM 44

A special 25% discount is available for Hilton Dining APAC members.

For further enquiries or reservations, please call 07 268 6868.or email JohorBahru.FB@hilton.com





P/S: Menu-menu Makan Kitchen memang tak pernah mengecewakan, padan dengan harganya, sangat berbaloi! Korang pasti puashati. 

LIRIK LAGU PURA-PURA BUJANG - BABY SHIMA

$
0
0
LIRIK LAGU PURA-PURA BUJANG - BABY SHIMA
Lagu : Mimifly, Ezra Kong
Lirik : Mimifly, Ezra Kong

Kantoi sekali lagi ada cinta tiga segi
Adakah dah bertunang dah berbini
Hati berbicara makin lama makin rasa
Sesuatu yang tak kena dengan dia
Kau fikir ku tak tahu

Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang
Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura pura bujang

Dia atau aku yang mana pilihanmu
Katakan saja aku ingin tahu
Baru kau nak peninglah kerut kerut kening
Guling guling guling guling macam tenggiling

(guling guling guling guling macam tenggiling)

Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya

Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura pura bujang

Berwas was lah bila
Bercinta haa jangan
Dipatuk kasih pri berbisa
Jangan sekali dibelitnya

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya

Selamba oh selamba kau menggoda
Jangan sayang pura pura bujang

Jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya

Jangan sayang pura pura bujang
Jangan sayang pura pura bujang

Berwas was…






P/S: Apa kena mengena dia ni gan Sajat ek? Apa kes? Ermmm....

MELEPAS RINDU WALAU SEKEJAP

$
0
0
MELEPAS RINDU WALAU SEKEJAP | Arghhh biarlah apa orang nak kata 'macam dia sorang aje ada Suami', lantaklah, dah Suami kita, kita tulis lah cerita pasal kita dan Suami, bukan kita kawin dengan laki orang pun, kan kan kan...

Alhamdulilah, Sis dapat juga menemui cinta hati Sis di Paka sana, mulanya agak takut nak ke sana sebab Suami masih lagi sibuk dengan kerja, taknak ganggu dia di sana, tapi bila Sis cuba tanya boleh ke ke sana, Suami jawab boleh, Sis terus beli tiket bas. Yaa kali ni Sis naik bas aje, sebab kereta tak hantar servis lagi.

Sampai Paka, Suami dah menunggu dah, dengan senyum-senyum manis dia tersenyum bila nampak Sis dari jauh hehehe. Naik kereta takde soalan lain dia tanya, mesti soalan dia 'Sihat tak?', ikutkan patutnya kita tanya dia kan, ini dia yang tanya kita hehehe.

Tapi bila mula melihat Suami, rasa nak nangis, tapi diamkan aje, sebabnya nampak sangat keletihan di wajahnya, macam tak terurus dah nengok. Tapi Suami nampak cool aje, kita sebagai isteri ni memang dapat rasa, memang dia penat dan letih.

Dah kata seorang Ayahkan, apa-apa perbualan, semua dia tanya pasal anaknya, lagi pulak lama tak jumpa anaknya, tanya Kakak, tanya Adik, tanya Amat, semua di tanya, katanya nak col anak-anak kadang takut balik kerja dah malam, anak dah tido, rindu anak-anak katanya, huhuhu..


Biasa kalau Sis ke Paka, Sis akan stay di Homestay, tapi sebab sana tengah shutdown, sana sini semua homestay dah full, mereka sewa sebulan. Nasib Suami dah pergi tanya dulu dan booking hotel di area situ juga. So check in hotel laa Sis kali ini.

Orang kata beginilah ek, kalau hubungan jarak jauh, bila Suami kerja jauh, nak taknak kalau dah rindu, pergi ajalah jumpa. Jangan di simpan rindu itu, nanti makan diri terus menyala api cemburu, tu kata Emak Sis dulu..hehehehe.

Patutlah Suami memang tak bagi Sis bekerja, katanya kalau kerja, nanti nak ikut dia ke atau nak ke sana sini nanti susah, terikat semuanya, sampai nak amik upah menjaga anak orang pun Suami tak bagi dulu, lagi susah katanya. Sebab tu leer Sis ko surirumahtangga sepenuh masa selama 26 tahun lamanya ni hehehe.

Now anak-anak dah besar, dah bawa diri memasing, so Sis hanya tumpukan perhatian pada Suami ajelah, kalau Suami kerja luar, Sis ikut, kalau Suami ke Paka bekerja lamanya, Sis datang sana, stay lelama sana. Takde benda nak fikirkan, anak-anak pandai-pandailah jaga diri.


Asalnya plan Suami dah booking hotel tu 5 hari stay sampai hari esok public holiday, tapi Sis kena balik Johor emergency semalam, sebab anak Sis, Yana kena serangan slip disc dia lagi, dan Emak Sis pulak masuk wad semalam pagi nak bedah bisulnya, jadi terpaksa balik awal dan beli tiket bas semalam.

Suami terpaksalah akur, nak buat macam mana, dia lagi risau dengar anaknya tu sakit, siap col banyak kali anaknya tu. Emak Sis pun malam semalam dah operate, ni nanti petang baru dapat Sis ke hospital, sebabnya siang ni banyak urusan nak settlekan dulu dengan anak.

Sejujurnya menangis semalam waktu nak balik, banyak Sis pesan kat Suami, yang penting ubat tu makan. Suami iyekan aje. Tak lupa juga dia pesan kat Sis, ubat tu makan, pergi travel nanti ubat jangan lupa bawak, huhuhu 😭

Ya Allah Engkau peliharalah dan lindungilah Suamiku, sihatkan dia, kuatkan dia, dan beri dia kesihatan yang berpanjangan di sana. Tuhan jaga dia untukku..

Aaamiinn...

Sekian, luahan seorang isteri di blog sendiri.


P/S: Rindu sentiasa rindu...tak pernah tak rindu walau ada depan mata sekalipun.. sebab kami tak pernah berpisah berjauhan :( ...

SANDAKAN FOOD AND AGRICULTURE FESTIVAL 2019 IS BACK BY POPULAR DEMAND THIS SEPTEMBER

$
0
0
SANDAKAN FOOD AND AGRICULTURE FESTIVAL 2019 IS BACK BY POPULAR DEMAND THIS SEPTEMBER | The 2nd Sandakan Food Festival is back by popular demand this September, in a new format that includes the rich agricultural output of Sandakan Town. Known now as the Sandakan Food & Agriculture Festival, it will offer a diverse spread of amazing food dishes as well as amazing produce grown from the hinterland.

From 13 th to 15 th September, the Festival will have food events spread across Sandakan Town – cooking and baking competitions, cooking workshops, food demos, food & craft events and culminating in the grand Food Festival Village setup at Bandar Kim Fung, a lively suburb 10 minutes’ drive from the city centre.

New to this 2nd installation of the Festival will be a showcase of agricultural produce. Harvests of organic vegetables, fruits and food products from the Bornean rainforest.


The Festival will also feature special dining experiences across Sandakan, in remote and beautiful settings, in the Farm-to-Table events. From cottage industry products to indigenous recipes, the Festival will share a diverse spread for all to sample and experience.

And there will be the return of popular activities such as the Sandakan Amazing Food Race, Sandakan Grand Chef Cooking competition and Bakery competition to discover more local talents.

The Sandakan Tourism Association is also collaborating with Tourism Malaysia and Sabah Tourism Board to bring over about 30 social media influencers and food bloggers from Peninsular Malaysia, Singapore and Kota Kinabalu to experience Sandakan in conjunction with this Festival in an effort to promote Sandakan as a foodie destination.

So come and savour all that Sandakan has to offer from its food and agricultural heritage this September!


The Sandakan Food & Agriculture Festival 2019 is organized by Sandakan Tourism Association and is supported by the Ministry of Tourism, Culture & Environment Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, Tourism Malaysia, Sabah Tourism Board, Malindo Air, Maswings and GrabCar.

For more information, please visit: https://www.facebook.com/sandakanfoodfest/


P/S: Tak sabarnyaaa lahai...tik tok tik tok..

NIAT PUASA SUNAT HARI ASYURA & TASUA (9 DAN 10 MUHARRAM)

$
0
0
NIAT PUASA SUNAT HARI ASYURA& TASUA (9 DAN 10 MUHARRAM) | Pada bulan Muharram, umat Islam disunnahkan untuk berpuasa ketika hari-hari tertentu. Salah satunya adalah puasa Asyura pada setiap tanggal 10 bulan Muharram. Pada tahun ini, hari Asyura atau tanggal 10 Muharram jatuh pada Selasa, 10 September 2019. Sehari sebelumnya, atau tanggal 9 Muharram (9 September 2019), umat Islam juga dianjurkan menjalankan puasa Tasu`a.

Di bulan Muharram, umat muslim dianjurkan untuk melakukan puasa Asyura dan puasa Tasu'a. Apa itu puasa Asyura dan bila di bolehkan berpuasa? 

Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan yang mulia dalam kalender Hijriyah selain Dzulqa'dah, Dzulhijjah dan Rejab. Di bulan-bulan tersebut, manusia dilarang menzalimi diri sendiri dan melakukan perbuatan dosa.

Puasa Asyura ialah puasa yang disunatkan berpuasa pada bulan Muharram yang jatuh pada 10 Muharram. Hukum puasa Asyura adalah sunah, tetapi puasa ini sangat dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam, sebagaimana sabdanya:

"Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, Muharram. Sementara shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam." (HR. Muslim no. 1163, dari Abu Hurairah).

Puasa Tasu`a, yang dianjurkan dilaksanakan pada tanggal 9 Muharram, mengacu pada salah satu Hadis riwayat Imam Muslim.

Dalam Hadis itu, Rasulullah SAW bersabda: "Kalau saja aku hidup sampai tahun depan, niscaya aku akan berpuasa tasu`a (pada 9 Muharram)." Tetapi Rasulullah SAW wafat sebelum Muharram tahun berikutnya tiba.


Bacaan niat puasa Tasu`a 9 Muharram dan ertinya:

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ التَا سُوعَاء لِلهِ تَعَالَى
Ertinya: Aku berniat puasa sunah Tasu`a esok hari karena Allah SWT.

Orang yang mendadak di pagi hari mau mengamalkan puasa Tasu’a atau Asyura diperbolehkan berniat sejak ia berkehendak menjalankan puasa sunah itu, sepanjang yang bersangkutan belum makan, minum, dan melakukan hal-hal lain yang membatalkan puasa sejak subuh.

Bacaan niat puasa Asyura 10 Muharram dan ertinya:

نَوَيْتُ صَوْمَ فِيْ يَوْمِ عَاشُوْرَاء سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: saya niat puasa sunah Asyura sunnah karena Allah Ta'ala.

Cara puasa Asyura adalah dengan membaca niat puasa dimalam hari sama juga seperti kita berpuasa di bulan Ramadan.

Keutamaan Puasa Asyura

Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.

Manfaat Puasa Asyura

1. Dapat menghilangkan racun di dalam tubuh
2. Menyehatkan sistem pencernaan
3. Puasa Asyura sama dengannya dengan puasa satu tahun
4. Badan akan merasa dekat dengan Allah SWT

Jom sama-sama kita usaha puasa esok..


P/S: Muharram bulan perkahwinan Sis dengan Suami 25 tahun yang lalu...
Viewing all 4427 articles
Browse latest View live