Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live

KORANG SUKA LEPAK, MAKAN DAN BER-OOTD? JOM KE MIYAKORI COFFEE!

$
0
0
KORANG SUKA LEPAK, MAKAN DAN BER-OOTD? JOM KE MIYAKORI COFFEE! | Haaa sebab apa tajuknya macam tu? Sebab di Miyakori Coffee tempatnya cantik giler! Senang kata sangat 'Instagrammable' ..Ini adalah pertama kalinya Sis datang ke Ecoflora ni yang terletak di Palladium Eco area belakang Mount Austin Johor Bahru sana.

Sebelum nak sampai ke Miyakori Coffee, mata dah nampak woww dah, bila nampak design deretan kedai-kedai yang sangat cantik! Bangunan-bangunan putih yang tersergam indah sangat cantik luas mata memandang. Dah macam kat negara omputih! Sampaikan ada pengantin pun datang buat photoshoot wedding mereka di sana. Indehhh sangat!

Tapi yang menarik perhatian Sis, konsep cafenya Miyakori Coffee ni. Ianya seperti konsep cafe tapi dalam rumah kecil. Dan bila masuk ke dalam cafenya, ternyata memang ruang agak terhad di dalamnya. Kira boleh masuk dalam 10 hingga 15 orang aje, lebih dari tu, agak sempit le. Ada juga ruang di luar, tapi kalau waktu siang, panas gilee, takkan ko nak duduk di luar pulak.

Menu dia pun sama macam kedai roti yang lain juga, ada pelbagai jenis roti dan minuman yang di sediakan. Dan antara yang menjadi perhatian dan yang jadi pilihan pengunjung adalah set hidangan waffle.


Yang ini namanya Chocolate Browmies Waffle. Memang ramai yang kesini akan order yang ini. Kadang tu bila dah order, tangkap gambar, sampai aiskrim dia cair ko hahahaha kesian waffle tu...siapo le tu hahahaha.

Rasa dia sedap. Sebab makan waffle dengan brownies dan aiskrim cokelat , maunya tak sedapkan..korang cubalah .


Yang ni pula Shibuya Honey Waffle. Yang ni kalau yang sukakan rasa waffle kosong dan makan dengan aiskrim vanilla, haaa boleh cuba yang ni. Sesedap tekak laaa bila makan. Kombinasi waffle dengan vanilla dan madu tu, kira menjadi manisnya.

Maaf sesangat, harga Sis lupalah. Tapi tak berapa mahai harganya, sangat berpatutan dan berbaloi. Boleh share 3/4 orang kot. Melainkan kalau ko gelojoh nak makan sorang hahaha.


Kan Sis kata di Miyakori Coffee juga ada jual beraneka roti. So memang banyak jenis roti ada. Untuk pengetahuan korang, roti yang di jual di sini adalah limited. Bila roti datang pagi dalam kuantiti tersedia, dan jika habis di jual, maka tidak ada lagi 'topup' ya.

So kalau korang suka akan roti tu, haa beli bebanyak dan lebih, sebab bila dah habis, takde lagi tambahan hehehe.


Kalau seketul Sunah tu apalagi, pantang nampak benda hijau, dia suka sangat makan/minum Matcha (green tea), apa je le yang ada matcha, mesti dia suka. Nasib baik time marah tak jadi Mak Ko Ijo! Hahahahaha..

Ececece kami fefeling macam influencer plak masa ni 😆


Korang nengok tu...macam-macam ado, nak cite dan tunjuk semua pun jenuh Sis ko nak upload, so jadilah Sis ko takat tunjuk gambar ni je hehehehe. Tu pun korang terliur pulak kang hehehe. Sampaikan si Farah tu pun tidur kekeyangan amik gambar, tu belum makan lagi hahahaha.

Kat sini Sis try juga Caffee Latte dia tanpa sugar tu, perghhh sedap juga, nak telan pun seksa jiwa raga ku, mana taknya, mereka yang lain tu sesajee je minum air sesedap hahaha. Nasib Sis ko ni kuat iman di mulut tak order lain hahahaha...




Korang nampakkan tahap kepanasan masa tu, perghhh panas gilee!! Kalau tak panas, dah berOOTD Sis ko di situ...

Di mana Miyakori Coffee ni?

Miyakori Coffee x PanKobo 
焼きたてパンの面包工房

Alamatnya : 
K01-09, Eco Palladium,
Jalan Ekoflora, 7, Johor Bahru, Johor

Di buka dari jam : 8am to 8pm
Google Maps: https://goo.gl/maps/ZztUR66Q18NAGpqTA .

Korang silalah pergi ya ..
Nak pergi meh ajak Sis hahahaha ..korang belanjer!



P/S: Dia punya panas masa ni cecah 34'c oiii...kalau tidak, habis Sis ko gan Sumah berOOTD sakan di luar kedai..phewww.. rentunG!

JOM TENGOK WAYANG DI EMPEROR CINEMAS RNF MALL JOHOR!

$
0
0
JOM TENGOK WAYANG DI EMPEROR CINEMAS RNF MALL JOHOR! | Mesti korang baca memula agak blur dan terkejutkan? RnF Mall ada panggung wayang? Hehehe yaaa sudah ada panggung wayang dah. 21hb Ogos 2019 telah secara rasminya di buka. Tapi 20hb Ogos sebelum tu Sis laaa yang merasmikan kumpulan pertama bersama media lain mendapat jemputan sewaktu majlis perasmiannya. Dan dapat menonton tayangan perdana filem 'Angel Has Fallen'.

Untuk pengalaman sendiri, Sis sangat teruja mendapat jemputan sebagai media, sebabnya inilah kali pertama Sis menjejakkan kaki ke RnF Mall ni, dan keduanya rasa bertuah sebab menjadi kumpulan media pertama yang dapat merasa dan nikmati pengalaman menonton filem Angel Has Fallen tu dalam panggungnya. Memang 'gah' gile bila masuk panggung Emperor Cinemas ni.

Masa mula sampai RnF Mall ni agak blur sekejap, maklumlah pestime katanya, sambil fikir 'mana nak parking ni'. Nasib baik PR dah bagitau awal-awal, bahawa emperor Cinemas tu atas Gaya Grocer, so Sis masuk parking memang gigih cari parking yang dekat area Gaya Grocer. Ternyata betul. Kalau korang park di area Gaya Grocer, korang akan masuk lift dari parking, dan keluar lift, Emperor Cinemas tu betul di tingkat atasnya. Naik aje escalator tepi Gaya Grocer tu. Tak payah jalan jauh.

Masa Sis sampai masih takde siapa lagi, ada juga rakan media lain yang dah sampai, cuma Sis tunggu partner Sis, Jiaying dan sambil tu Sis ronda-ronda area RnF Mall tu. Perut kemain lapar, dari malam semalamnya jam 9pm buat IF Fasting, aje gile dah jam 2pm esoknya tak makan lagi. Jiaying sampai aje, kami terus register dan Sis terus ajak dia makan, nasib baik dia nak teman Sis makan Kyochon hehehe. Sedap gile!! Nanti cite.



Selesai makan, Sis dan Jiaying terus ke Emperor Cinemas, masa tu dah ramai rakan media sampai dan register termasuk seketul Sunah dan Ajan. Apalagi, bergambarlah kami semestinya hehehe. Lucu sangat props yang disediakan, betapa besar gabak popcorn dan minuman Sis hahahaha. Gelak kalau nengok gambar ni. Macam real hahahaha 😆

Kalau korang bergambar, haa jangan lupa guna hastag # yang dalam gambar tu. Dan tag @emperorcinemamy tu ya. Nanti mereka repost IGs korang di IG. Takde dapat hadiah apa pun, cuma sekadar check-in dan berkongsi pengalaman, yang korang dah pun sampai situ hehehe.

Facebook Page https://www.facebook.com/RnFMallJB/
Instagram https://www.instagram.com/rnf_mall/



Selepas dah register dan bergambar, kitaorang di bawalah meninjau di kawasan-kawasan sekitar dalam Emperor Cinemas ni (Media Tour). Memang dekorasi dan interior design dia sangat mewah! Yee laa kalau tak, takkan katanya panggung wayang mewah pertama di Malaysia wooo.

Then lepas tu kami di bawa masuk dalam Hall 1. tak silap Sis ada 8 Hall kesemuanya. Masa ni kita orang diperkenalkan dengan orang-orang kuat di sebalik tabir Emperor Cinemas ni. Apa yang meariknya pada Sis, nombor di kerusinya, korang kalau tak nampak nombor tempat duduk kerusi korang memang tak taulah nak cakap hahaha. Tak payah nak suluh-suluh, nengok kerusi aje dah
nampak.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/emperor-cinemas-redefines-cinematic.html






Emperor Cinemas - Monkey Cafe 

Haaa bab ni memang best! Sis rasa memana panggung wayang pun takde sebanyak ini kot menu makanan dalam cafe panggung wayang mereka. Ini namanya Hong Kong Style hahaha. Datang panggung kalau perut lapar jangan risau. Emperor Cinemas ada Monkey Cafe yang menjual makanan dan minuman juga dessert yang sedap semuanya.

Ada juga jual Egg Waffle (takde dalam gambar). Kalau kat Hong Kong, memang laku keras Egg Waffle tu. Cafe kat sini ada dua, satu area bawah, satu lagi korang kena naik tangga tepi tu, then atas pun ada juga. Jangan lupa bergambar di tangga ya hehehe.


Lepas aje selesai makan, kami semua dipanggil masuk semula dalam panggung untuk menonton filem Angel Has Fallen tu. Dalam hati menyebut 'janganlah aku tido nanti' hahaha, sebab perut dah kenyangkan. Tapi....jangan kata nak tido, nak pergi buang air pun sayang nak tinggalkan tempat duduk, sebab ceritanya best woo.

Kena pulak sound sistem Dolby dia paduuuuu..mantap dan bergema seluruh alam ruang ...hahahaha, nak cite banyak pun tak reti, korang baca post media release Sis tu. Tapi Sis kalau bab nak review filem ni memang tak pandai sangat nak tulis, so korang baca review dan sinopsis filem ni dari blog Hans ya .

[Baca sini] : https://www.rollodepelicula.com/2019/08/review-filem-angel-has-fallen.html

Cuma tu laa Sis kata, ceritanya memang paduuu, meletop sana sini, tapi paling best tak bosan!. Untuk filem ni Sis bagi 4 bintang. Orang lain Sis tak tau ler kan..



Habis nengok filem Angel Has Fallen tu, melepak plak kami di SF Coffee, malam masih muda katanya hehehe. Oh! Lupa nak bagitau, kat RNF Mall ni ada Surau, so korang jangan risau. Suraunya di tingkat bawah sekali aje. Ada papan tunjuk arah Surau.

Menonton wayang sudah, sembang-sembang pun sudah, so apalagi, tak reti nak balik ke haaaa. Sebelum balik, Sis suruh model payung si Sunah dan Ajan bergaya berposing depan pintu masuk RnF Mall tu, cantik sangat kan tanglung hiasannya. Lepas tu kami terus balik.

Apa-apa pun memang bestlah panggung Emperor Cinemas ni, puashati dan berbaloi. Tiket pun murah. Dan kalau korang daftar member VIP, ada plak dapat macam-macam. Siap dapat 2 tiket percuma sebagai hadiah harijadi. Baca di media release Sis tu ya.



So Sis sudah, korang bila lagi? Jom @jdtblogger kita nengok wayang yok reramai yok...!! Rasa lama beno tak gather-gather kan..Okaylah untuk hari ini. Sis nak layan 'She Was Pretty' KDrama dulu. Dah episod 10 dah Sis nengok, best gile citenya!

Jom...selamat malam semua..



P/S: Satu je nak cakap..parking RnF Mall dia mahai kedaung oiii!!! 😑

NASIHAT 19 - WASIAT BUAT SUAMI

$
0
0
NASIHAT 19 - WASIAT BUAT SUAMI | Wahai Nabil! Sampaikanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, serta seluruh perempuan beriman supaya mereka melabuhkan kain yakni dipakai sehingga menutup tubuh mereka.

Kain yang dipakai itu seumpama jilbab yang kainnya luas menutupi tubuh badan wanita. Kemudian beritahulah kepada mereka untuk meletakkan khimar yakni kain yang diletakkan di atas kepala, atau namanya hari ini tudung.

Hendaklah kain yang jatuh daripada kepala itu menutupi bahagian dada mereka.

Ini adalah kerana pada zaman jahiliah dahulu, kaum wanita telah ada yang menggunakan penutup kepala itu namun ekornya diletakkan ke belakang sehingga nampak bahagian leher dan dada mereka.

Seterusnya beritahulah kepada mereka supaya tidak menunjukkan perhiasan-perhiasan mereka yakni tempat yang mengundang fitnah. Sebagai contoh bentuk badan mereka sendiri itu termasuk bahagian dada yang mengundang fitnah.

Namun lihat sahaja apa yang berlaku hari ini, pakaian kaum wanita lebih jahiliah daripada zaman jahiliah dahulu, dan boleh jadi orang pada zaman jahiliah dahulu pun berasa malu untuk berpakaian dengan pakaian yang ada sekarang.

Inilah fenomena jahiliah abad ke-20 yang lebih teruk daripada jahiliah yang pernah ada dahulu. Ini kerana jikalau dahulu yang dinampakkan hanya sedikit bahagian leher dan dada. Hari ini lebih daripada itu lagi.

Tidak akan berlaku sebegini sekiranya akan segala yang diatur oleh Allah swt perihal menutup tubuh badan dan juga kepala sebagai memelihara kehormatan stiap kaum wanita.

Sedarilah yang diatur oleh Allah swt itu bukan pengekangan kepada kaum wanita, akan tetapi inilah penghormatan bagi mereka.

Umpama jikalau diri kita mempunyai sesuatu yang berharga seperti emas dan permata, dimanakah yang kita akan letak? Apakah akan diletak di mana-mana sahaja? Sudah pasti akan disimpan di tempat yang selamat yang dengan tempat itu juga terjaga ketulenannya.

Maka, sebegitu cermatlah Islam memelihara kaum wanita supaya disedari mereka akan ihsannya Allah kepada mereka yakni benar-benar ingin mereka berada dalam kemuliaan yang sebenar.

Dan Allah swt mengiktiraf kedudukan mereka dalam kalangan umat sehingga dinamakan salah satu dalam Al-Quran iaitu Surah An-Nisa'.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 
#SisSharing


P/S: Moga Sis juga istiqomah dalam menutup aurat..aamiinn..

PERNAH MAKAN LIANG SANDWICH BAR?

$
0
0
PERNAH MAKAN LIANG SANDWICH BAR? | Ada yang pernah makan? Sedap rupanya ye. Sis pun pertama kali mencuba dan makan. Tu pun anak Sis, kakak yang mengajak. Dia dah makan berkali-kali, so kebetulan masa tu ke City Square, anak ternampak, terus dia kata 'Mak cuba ni, mesti Mak suka nanti', so kita pun cubalah.

Mulanya Sis ingat kata sandwichkan, so ingatkan ye laa macam sandwich roti tu, rupanya bukan. Bila nampak mereka masak di situ secara live, rupanya kulit luar dia tu roti canai lor. Cima saiz dia macam besar sikit. Rasa memang roti canai hahaha.

Ini adalah makanan orang Korea sebenarnya. Dan duta dia tu pelakon Korea Jay Chou tu..eh pelakon ke dia ek hahahaha hentam je Sis ko kata pelakon sekali model hahahaha.




Ianya ada bermacam jenis dan menu, korang kalau tak reti nak pilih, ko tanya je kat kaunter dia, hot seller yang mana. Macam Sis anak Sis yang order, so Sis ko bedal aje, janji Sis bagitau anak nak daging dan yang pedas hehehe.

Maka orderlah Korean Grilled Beef. Anak punya Chicken. Yerr anak Sis, Kakak tak makan daging. Kenapa? Panjang ceritanya...kena bukak post lain hahahaha



Eh kejap, ingat-ingat lupa Sis tingkat berapa kedainya ek, tingkat 3 kot, tapi seingat Sis laluan nak ke CIQ tu haa. Kan ada Subway haaa deret depan tu le kedainya Liang Sandwich Bar ni.
Betul...Korang order baru dia masak. Masak pun secara live depan tu. Korang boleh nengok.

Tak lama pun masaknya, dalam 5 minit, ikutlah apa dan berapa banyak ko order. Kena beratur order, bayar then tunggu nombor panggil.



Haaa tu dia semua menu yang ada, korang pilihlah nak cuba yang mana. Pestime order memang blur, kalau boleh semua ko nak makan kan kan hahahaha. Anak Sis kata semua sedap, sebab dia dah cuba semua kecuali yang rasa daging hehehehe.

Harga pun patut juga kalau kata mahal, sebab portion dia tu besau oii, makan satu kenyang perut. Ehhhh tak caya plak, try lee ko order yer..


Kang ada pulak tanya dan komen, halal ke tak? Huhuhu..
Makan tanpa was-was..No Pork No Lard ..sekian..


P/S: Terus rasa teringin..adoiiii cari pasal betullah ko Sis Lin !!!

ROAD TO 4 MILLION PAGEVIEWS

$
0
0
ROAD TO 4 MILLION PAGEVIEWS | Alhamdulilah sikit lagi masa, angka pageview blog Sis akan menjadi 4 juta pageview! Orang lain dah berbelas-belas juta, berpuluh-puluh juta, tapi blog Sis baru nak masuk 4 juta hehehe. Tapi tidak mengapa, masing-masing ada keistimewaan blog masing-masing. Jangan terlalu merendah diri kepada blog sendiri, sebolehnya berbangga sedikit, sebab.. apa yang kita usahakan apa yang kita tulis, sekurangnya ada orang nak bukak baca.

Banyak atau sikit pageviewnya, sekurangnya masih ada orang nak view baca, dan masih ada juga masuk dalam carian google atau di mana aje, dan orang jumpa blog kita. Itu yang harus dibanggakan. kalau takde siapa yang nak baca, maka pageview korang takde le menaik angkanya, sikit ke banyak, cepat atau lambat, tapi tetap naik kan? So berbanggalah!

Sis pun dulu segan dan malu nak letak perkembangan blog sendiri, sebab rasa apalah sangat pada blog Sis ni, walaupun dah menulis masuk tahun ke 11, dari zero, now alhamdulilah dah semakin boleh dibanggakan buat diri sendiri. Dari blogspot dah ada domain sendiri, dari sehari hanya pageview 1k, now melepasi 10k pageview sehari, sangat teruja dengan pencapaian blog sendiri.

Dari 2008 join MsjBox, dan pernah stop menulis hampir 2 tahun (2015 - 2017), bukannya apa, gara-gara pindah rumah dan takde wi-fi, so memang Sis takde update blog. Sis pulak jenis tak reti nak update guna handphone. So akhir tahun 2017 baru aktif balik menulis dan terus masuk JDT blogger dan sekarang bersama JOCOM, hinggalah now terus aktif menulis.

Walaupun blog Sis ni merapu merepek meraban aje, tapi tak sangka juga ramai datang membaca dan ada certain post entri masuk dalam no-1 page carian google. Memang mengujakan!

Siapa nak puji dan bangga dengan blog sendiri kalau bukan empunya blog. Kalau sampai tahap ko menyampah dengan blog sendiri, seeeloknya ko delete aje blog ko. Tu bukan ko menulis sebab minat, tapi ko kejar pageview, mengharap orang nak baca blog ko, dah kenapa???

Sis menulis kerana minat, ke mana Sis pergi, apa Sis buat, apa Sis makan, dan apa saja aktiviti Sis, Sis suka kongsikan di sini tapi ada batasnya, tak semua benda kita boleh cerita. Orang nak baca atau tidak terpulang. Kita kongsi tu sebab kita anggap blog kita ni sebagai diari kita, esok-esok dah tua dah tak boleh menulis, semua kenangan kita masa muda bersama kawan, family semua ada di sini.

Anak-anak, cucu-cucu, siapa saja boleh membaca. Bukan kita nak expose diri kita ke media, tapi niat kita untuk berkongsi, tak kisahlah cerita apa pun, kita kongsi dan kalau mereka di luar sana suka dan mencari infonya, sudah tentu blog kita akan jadi rujukannya. Tak ke rasa berguna penulisan kita?

Orang kata 'manusia mati meninggalkan nama', maka begitulah esok-esok kalau kita dah takde, orang akan ingat siapa 'Sis Lin', dan mereka boleh baca di sini.

Tapi kalau korang menulis nak mengejar rating, nak berlawan pageview, nak kejar followers, Sis no komen laa..setakat ni Sis buat, Sis tulis apa yang Sis suka, lain-lain tu, Sis amik kira no dua je laa. Kalau ramai datang membaca, itu satu advance buat blog Sis.

Bab income pun sama, jangan terlalu mengharap, awalnya dulu pun Sis menulis, takde fikir benda ni semua. Sekarang aje baru ada 'blog menjana pendapatan', zaman awal Sis blog, takde semua ni, menulis suka-suka aje, so kira advance juga laaa buat blog sendiri kalau ada yang nak berkolaborasi dengan blog kita. Kalau takde jangan sedih..mungkin bukan rezeki kita.

So berbanggalah korang dengan blog sendiri, jangan terlalu merendah diri kalau blog tak banyak pageview. Mungkin ada ciri keistimewaan yang lain blog korang.

Tapi ingat, tak semua orang membaca apa yang kita kongsikan, dan suka atau gembira melihat kebahagiaan kita, so hati-hati dengan apa yang kita kongsi.



Sebelum nak tidur semalam, jam 10pm sempat skrin shoot stats di blog sendiri. Moga ianya akan terus naik naik naik dan terus naik..Itu satu pencapaian yang sangat dibanggakan buat Sis sebagai empunya blog. 

Jadi korang berbanggalah kepada blog sendir, dan enjoy menulis, maka kemudiannya akan menyusul dengan yang tidak disangka-sangkakan.. Jangan memaksa diri dan jangan menjadikan ianya beban kepada diri korang, tapi jadikan ianya satu minat dan kepuasan pada diri sendiri..!

Yang penting, banyakkan membaca info dan tips dari sifu-sifu blogger untuk menaik tarafkan blog korang. 

Happy blogging korang!



P/S: Terima kasih buat smeua pembaca @akusislin serata dunia!! ..

IKETERU, HILTON KUALA LUMPUR – AUTUMN PROMOTION

$
0
0
 IKETERU, HILTON KUALA LUMPUR – AUTUMN PROMOTION | The Sanma (Pacific Saury), a silver-skinned fish replete with heart-healthy oils and rich flavour, is considered a quintessential autumn delicacy in Japan.

Now available in Iketeru, indulge in a choice of Grilled, Salted, or Teriyaki Sanma, garnished with grated Daikon Radish and accompanied by a bowl of white rice and miso soup.

Promotion Date: 1 September – 30 October 2019 (Daily)
Lunch: 12:00pm – 3:00pm   |   Dinner: 6:30pm – 10:30pm
Price: RM35.00 nett to RM960.00 nett

15% OFF in house guest lunch  |  20% OFF applicable for Hilton Dining APAC members, selected bank partners, and in-house guests.

For reservations, call +60 2264 2880 or email KULHI_IKETERU@hilton.com


Paya Serai, Hilton Petaling Jaya – Malaysian Hawker Fair

Enjoy sumptuous hawker delights at Paya Serai, capturing the nostalgia of Malaysia’s very own culinary heritage found in its street food. Feast on time-tested favourites such as satay, Char Kway Teow, otak-otak, lok lok, and more at Paya Serai’s Malaysian Hawker Fair buffet.

Come dressed in your best traditional attire on 16th September and stand to win a one-night hotel stay.

Promotion Date : 1 - 30 September 2019
Weekdays: Lunch and Dinner   |   Weekend: Hi-Tea
Prices from RM85 nett   |   Kids below 6 eat for free with every paying adult.

**Standard discounts applicable for HDAP and selected bank credit card holders.

For reservations, call +60 3 7955 9122 or email PETHI_FB@hilton.com


Cellar Door, DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur – Grilled Burrito

Mexican food fans are in for a real treat at Cellar Door. A pit-stop at this lively restaurant isn’t complete without trying their popular mildly spicy grilled burrito comes with the option of chicken or beef filling and is packed with fresh colourful greens.

Take your grilled burrito to the next level with your favourite soft drink or beer.

Promotion date : 10 August - 31 October 2019
Price: RM25 with soft drink   |   RM35 with beer

For reservations, call +603 2172 7272 or email KULDT_FBReservations@hilton.com


Chynna, Hilton Kuala Lumpur – Wild Sea Fish and River Fish

Indulge in the freshest local catch at Chynna. Chef Lam, Chynna’s in-house celebrity chef, will be serving up Cantonese-style wild sea fish and river fish from Pahang, Perak, Sarawak and more. Choose from steamed, deep fried or salt baked and savour the flavours of ginger, garlic, and soya sauce.

Promotion Date : 12 August – 12 September
Price is based on daily market price
20% off for credit card partners and standard discounts apply.

For reservations, call +603 2264 2596 or email us at KULHI_FB@hilton.com


Vasco’s, Hilton Kuala Lumpur – BBQ Smokehouse

In addition to being an international buffet restaurant, Vasco’s will feature an array of Southwestern-style BBQ from the states of Texas, Kansas City, Memphis, Alabama, and Louisiana. Hilton Kuala Lumpur’s all-day dining restaurant will be serving a selection of different cuts of meat from succulent beef brisket, juicy and tender beef ribs, lamb ribs, chicken and sausages during the daily international buffet.

Feast on your favourite smoky cuts meat and enjoy a free flow of your favourite drinks as our live band entertains you with country music.

Promotion Date : 1 September - 9 October 2019
RM188 per adult nett | RM300 per adult with free flow wine & whiskey | RM68 nett per child (5-11 years old)
*Additional RM120 nett for free flow of beverages

Live band performance at 7:30pm - 8:30pm | Friday, Saturday and Sunday
HPC and HPA are available. 20% off for in-house guests and partner banks.

For reservations, call +60 3 2264 2264 or email KULHI_FB@hilton.com


Website: DoubleTree by Hilton 
Instagram : https://www.instagram.com/doubletreejb/
Facebook Pages : https://www.facebook.com/doubletreeJB/



P/S: Ehemm ehemm...bila 'awak' nak jemput kita datang makan dan review yerkk hehehehe..

MAYBELLINE SALE BUY 1 FREE 1 DI WATSON!

$
0
0
MAYBELLINE SALE BUY 1 FREE 1 DI WATSON! | Iyerr tarak bohong punya, Maybelline tengah sale kat watson buy 1 free 1. Korang dah pergi ke jenguk? Sis ko sudah hehehe. Kebetulan semalam anak Sis tak kerja, so dia ajak merayap ke Midvalley then apalagi, tanpa lepaskan peluang, kita kasi 'ketuk' poket anak hahaha.

Alaaa Sis ko ni manalah makeup-makeup bagai, hanya pakai bedak, eyeliner (wajib pakai sebab mata sepet), mascara dan lipstik aje, foundation tu pun kalau rajin lee baru menepek, kalau tak bedak two way tu aje Sis ko sental kat muka, pun jadilah, dari muka tak makeup kang, macam hantu kak Limah pulak hahaha.

Masa masuk watson tu, Sis ko siap tanya budak salegirl tu dulu, Sis tanya dia, barang apa yang sale buy 1 free 1? Terus dia kata Maybelline je Kak. Ooo okay apalagi, tepuk dahi nengok harga. Yang sale pulak tu yang memang Sis pakai. Foundation Fit-Me tu pun sale juga rm45.90 buy 1 free 1 juga, tapi sebab haritu baru beli foundation, so malas nak beli lagi. Cuma beli bedak two way, primer, juga lipstik, yang lain tu beli sebab makan pujuk si anak suruh beli huhuhu.


Inilah antara barang yang Sis beli semalam. Berbaloi laa oii beli. Mana nak dapat buy 1 free 1. Kalau ada yang kata masih mahal tu, takpe, mungkin Sis yang tak pernah dan selalu soping, so tak tau banding harga sebelum dan selepas sale, tapi takpe, janji puashati dapat beli hehehe..

Oh! Ya, sale dia sampai 2hb September ni aje ya. Cepat selagi stok masih ada.

Lepas soping anak kata nak belanja makan hehehe. Tang ni Emaknya happy aje, kebetulan memang lapar. Ingatkan nak ajak makan kat Boat Noodle, tapi anak ajak pulak makan kat Kenny Rogers..makanya Emaknya follow ajer.


Nak cakap set apa, Sis ko dah lupa, anak yang order, Sis ko makan aje hahaha. Tapi nak cite satu je, Sis kan tengah cut sugar dalam minuman, sekali mintalah budak tu air mint lemon tanpa gula, bila dapat je airnya, kusss semangat masam nak kojol hahahaha. Berkerut-kerut kening Sis ko minum hahahaha betul-betul takde gula..phewwww...last-last separuh aje Sis ko minum 😣

Lepas makan kemanakah kami?


Adeiii lepas makan budak ni soping lagi! Tadi dia dah soping kat watson, ni dia soping pulak kat Sephora. Tengok ajelah tu berapa bag dah soping, apa aje entah dia beli, semua barang makeup, pening Emaknya. nasib baik Emaknya ni tak bermakeup, kalau tidak, kena ketuk gak minta belikan makeup juga hehehe.

Lepas dari Sephora masuk pulak Sogo, soping baju dalam dan seluar dalam hahahaha maklum bulan depan nak holiday kan, so kita beli sesiap dulu hehehehe. Lupa pulak nak amik gambonya kakakakakah! G-string ada sale wooo!!


Siap dah soping bagai, kami terus balik, kalau tak Emaknya ajak balik, memang tak baliklah budak ni, semua nak dibelinya, reward diri sendiri katanya, yelaa nakkkkk...Mak faham, ianya satu kepuasan! Tapi agak-agak lerr, esok-esok kan boleh soping lagi hehehehe.

Janji Emaknya dapatlah kasut sepasang dari Tomaz dan baju 2 pasang hehehe..makaseh Adik Yana, moga dimurahkan dan ditambahkan rezekinya berganda-ganda lagi..aamiinn..

Sebelum balik singgah ke JTL Container minum Tea Signature sambil menunggu kereta anak cuci. Sis minum tea ni, Tea-nya takde gula, nak letak gula pun boleh, lebih sedap original, refreshing tea gitu. Kalau korang minum, rasa fresh giler tekak masuk badan. Sangat sedap dan bau tea-nya wangi . Sejenis tea cina. Siap kete cuci, terus balik.

Itulah kisah Sis dan anak semalam. Pagi tu Sis sakit kepala, sampai sambung tidur tak sedar Suami col pepagi tu, nasib baik tengah harinya dah okay, petang baru keluar. Cuaca panas sangat mungkin, itu yang sakit kepala.

Okaylah, harini agak bizi sikit. Curi-curi masa bukak blog. Nanti sambung lagi ya..
OkBai..


P/S: Syukur alhamdulilah atas kurniaanMu yang seadaanya ini..

PETUA DAN TIPS MENJAGA POKOK KAKTUS

$
0
0
PETUA DAN TIPS MENJAGA POKOK KAKTUS | Siapa sini peminat kaktus? Yang Sis tau buat masa ni, geng blogger Sis, Mat Gebu tu tengah gasak kemaruk membela kaktus.. Eh membela ke? lain macam pulak ayat membela, macam bela saka pulak daaa...hahahaha.

Dulu Sis juga peminat kaktus ni. Ingat lagi pergi Cameron, memborong kaktus sampai rm50 hengget ko! Sekali bawak balik Johor, tak sampai seminggu, kiokkkk semua kering cokelat mampos! Geram ke tak geram. Padahal dah menjaga, siram dan letak bawah bumbung lagi, pun kojol. Terus lepas tu dah jadi malas nak tanam..ermmm

Then sejak-sejak ni geram pulak nengok kaktus Mat Gebu tu, kemain gemuk gebu macam dia. 
Agak baja apalah yang dia gunakan..hahahaha So bagi korang yang suka dan minat nak menanam kaktus ni, Sis kongsikan sedikit petua yang boleh membantu korang untuk menjaga kaktus tu ye.

[Sumber] : http://homekaktus.blogspot.com/2013/12/tips-penjagaan-pokok-kaktus.html

Tengok tu kaktus Mat gebu. sampai dah berbunga, Oii tengok kaktus le bukan tengok tangan dia, tangan jari dia memang gebu. 
Setelah korang menanam kaktus jangan dibiarkan begitu sahaja. Pokok kaktus memerlukan penjagaan yang khusus supaya pokok kaktus tersebut membesar dengan baik. Sebenarnya sangat mudah perkara ini dilaksanakan

Berikut merupakan cara-cara menjaga pokok tersebut:

  • Elakan kelembapan pada pokok kaktus anda kerana ini akan merosakan kaktus tersebut. Jangan meletakan pokok kaktus korang terdedah kepada cahaya sedikit. 
  • Jangan letak pokok korang di tempat yang terselindung dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
  • Jangan menjemur pokok kaktus di bawah terik cahaya matahari. Kebanyakan orang salah faham bahawa pokok kaktus tahan dengan cahaya matahari tetapi hakikatnya tidak semua pokok katus tahan akan cahaya terik. Pokok kaktus yang ditanam di rumah tidak boleh dibuat begitu. Kesannya pokok kaktus tersebut akan terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman.
  • Tanaman kaktus tidak boleh disiram setiap hari kerana ini akan menyebabkan pokok tersebut lembap. Sebaiknya siram kaktus tersebut sebanyak 2 kali seminggu menggunakan spray. Ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik.
  • Kaktus juga harus diberi baja yang boleh didapati di kedai menjual bunga. Baja tersebut harus dimasukan ke dalam tanah dan kemudian harus ditimbus kembali.

PENANAMAN

Pokok kaktus akan bertambah sihat dan segar di dalam persekitaran terbuka serta banyak cahaya, tetapi tidak dapat hidup sempurna di dalam persekitaran yang lembap, basah dan bernaung.  Campuran tanah yang hendak digunakan mestilah peroi dan berongga untuk membolehkan pengaliran air serta udara yang baik supaya campuran tanah dalam keadaan kering.

Campuran tanah yang sesuai perlu mengandungi satu bahagian tanah peroi atau tanah bakar, satu bahagian bahan organik tanah gambut dan satu bahagian pasir.  Campuran ini perlu ditambahkan baja asas seperti baja organik NPK 8:8:8 atau NPK 10:10:10 dan kapur (GML) dengan sukatan 100 hingga 150 g, kedua-duanya bagi keperluan 20 hingga 30 pasu kecil (Kira-kira 15 cm).

PENYAKIT DAN SERANGGA

Selalu, punca pokok kaktus rosak dan musnah ialah air dan kelembapan yang tinggi serta berterusan.  Keadaan ini perlu dikawal terlebih dahulu, termasuk cahaya dan naungan.  Serangan penyakit dan serangga selalunya tidak begitu ketara.  Bagaimana, sesekali perlulah disemburkan racun kulat atau setangga sebagai langkah pencegahan.

Serangga seperti koya, hamama dan kutu terip sering didapati menyerang pokok kaktus, selain reput batang dan akar.  Untuk kawalan, dinasihatkan supaya mengguna racun seragga sesperti malathion dan diazinon serta racun kulat seperti thiram, captan atau dithane.

Sekian..moga bermanfaat .
#SisSharing


P/S: Tapi macam nak hunting kaktus lagi laaa hehehehe.

HIT UP YOUR SQUAD AS PUMA PRESENTS THE HOUSE OF HUSTLE

$
0
0
HIT UP YOUR SQUAD AS PUMA PRESENTS THE HOUSE OF HUSTLE | The country’s first-of its-kind performance event witnessing the coming together of 3-on-3 Futsal, 3-on-3 basketball and a range of diverse fitness activities under one roof.

Introducing a unique fitness event, global sports brand PUMA is offering two full days of intense fitness session comprising of 3-on-3 Futsal, 3-on-3 Basketball and a challenging training segment. Themed “House of Hustle”, this performance event is different in that it aims to appeal to everyone from football, basketball lovers to fitness freaks. 


In order to test participants’ willpower and limit, three classes have been arranged under the training category – Animal Flow by Babel Fit, challenges participants to put their muscular endurance and strength to the test on different levels; Rhythmic Boxing by TRIBE Boxing, aims to combine boxing, body conditioning, and cardio all in one; High Intensity Interval Training (HIIT) by Ministry of Burn, strengthens participants’ determination through a series of muscle building and body strengthening routines.


Programmed specifically for basketball and futsal enthusiasts, participants can compete in the 3-on-3 basketball or futsal tournament. Both tournaments will consist of a group stage and knockout stages where participating teams will be spilt into groups of four before the top two placed teams enter into the knockout rounds to fight for the top spot.


To further add some excitement to these high-spirited matches, winners stand a chance to take home elusive cash vouchers totalling up to RM19K. For the championship title, participants will walk away with RM 5,000 of PUMA cash voucher to be used in any of the PUMA stores nationwide. For first and second runner up, participants will receive RM 3,000 and RM 1,500 PUMA cash vouchers respectively.


The event hall will be separated into categories consisting of training, basketball, and futsal. Besides these three main categories, there are other activities lined up such as an obstacle challenger course, golf simulator, punching bags, and basketball shooting. Participants can challenge themselves and put their skills sets to the test, thus keeping them entertained throughout the day.

With a combination of three different curated training categories all under one roof, fitness enthusiasts, celebrities and social media influencers will be joining this event at Sentul Depot, Kuala Lumpur. Upon registration, participants will also be able to receive goodie bags including a PUMA t shirt and a drawstring bag.


With a plethora of food vendors, participants can indulge in some healthy food and drinks after their workout sessions. Apart from that, there will be a health check booth by Guardian where participants can get their basic health check with a minimum fee. This is to take preventive measures and manage potential health problems should it be necessary.

“PUMA had a vision to redefine the performance philosophy, and as this event promises participants a fun-filled, high-energy, and challenging experience, it is indeed exciting and truly inspiring to see participants getting pumped up for this event,” stated Tim Tham, PUMA’s Southeast Asia Marketing Manager.


Stay accountable to your fitness goals by signing up in this highly exhilarating sports event. Whether you are seasoned trainer, football player or a basketball fan, this event is made for you.

Head on to www.puma-hoh.com/my now to register for early bird rates as low as RM35 per pax
and get ready to hustle!


P/S: Hehehe Sis ko baru beli kasut running PUMA .. nak pakai gi holiday bulan depan 😍

LIRIK LAGU SAYANGI MALAYSIAKU - MALAYSIA BERSIH

$
0
0
LIRIK LAGU SAYANGI MALAYSIAKU - MALAYSIA BERSIH
Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff

Harapan semua
Moga kita berjaya
Bagai negara
Yang kekal merdeka

Amanah bangsa
Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia bahagia

Asal budaya kita
Budi pekerti indah
Amanah jujur
Amalan kita

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Kita bina negara
Perangi rasuah
Kita satukan hati
Demi ibu pertiwi

Keutuhan jiwa
Membina nurani
Moga kita terus disanjungi

Harapan semua
Moga kita berjaya
Sebagai negara yang kekal merdeka

Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Malaysia bersih
Harapan kita
Malaysia bersih
Harapan kita






P/S: Tema Hari Merdeka & Hari Kebangsaan 2019  “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”.

PROMISE YOURSELF - BE HAPPY

$
0
0
PROMISE YOURSELF - BE HAPPY | Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony. You will never be happy if you continue to search for what happiness consists of. You will never live if you are looking for the meaning of life. Count your age by friends, not years. Count your life by smiles, not tears.

'Promise Yourself'

To be so strong that nothing
can disturb your peace of mind.
To talk health, happiness, and prosperity
to every person you meet.

To make all your friends feel
that there is something in them
To look at the sunny side of everything
and make your optimism come true.

To think only the best, to work only for the best,
and to expect only the best.
To be just as enthusiastic about the success of others
as you are about your own.

To forget the mistakes of the past
and press on to the greater achievements of the future.
To wear a cheerful countenance at all times
and give every living creature you meet a smile.

To give so much time to the improvement of yourself
that you have no time to criticize others.
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world,
not in loud words but great deeds.
To live in faith that the whole world is on your side
so long as you are true to the best that is in you.”



The most important thing is to enjoy your life—to be happy—it's all that matters.”
- Audrey Hepburn.


P/S : Ko nengok Sunah macam tak puashati je gan Sis kan hahahaha 😆

LIRIK LAGU LERAIKAN OST DRAMA KERANA DIA MANUSIA BIASA - BLACK

$
0
0
LIRIK LAGU LERAIKAN OST DRAMA KERANA DIA MANUSIA BIASA - BLACK 
Album : OST Kerana Dia Manusia Biasa
Label : Monkey Bone

Jiwa Ku termenung
Terima Peristiwa kita
Tentang Kau dengan dia

Ada Saja yang tak kena
Peritnya Perhubungan kita
Ku Tak sanggup lagi untuk bersama
Biarlah Aku yang tersiksa

Kau Tahu aku tahu segala gala
Sedangkan Kau berpura bermain cinta
Akhirnya Aku sengsara

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Kau Tahu aku tahu segala gala
Akhirnya Aku sengsara

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita
Biarku Disini merawat luka ku ini
Untuk Ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan Segala aku tidak rela
Menjadi Setia untuk cinta kita





P/S: Leraikan....ooo leraikann....menghantui betul!

APA BEZA CEKODOK BAWANG DENGAN CEKODOK IKAN BILIS?

$
0
0
APA BEZA CEKODOK BAWANG DENGAN  CEKODOK IKAN BILIS? | Eh...ada beza ke? Hahaha mestilah ada, dah nama pun satu ikan bilis, satu lagi bawang hahaha aiyoooo itu pun tarak tau ka? Kekeke saje bergurau senda gan korang, jangan klik X haaa...hahaha.

Pagi tadi Sis goreng cekodok ikan bilis dan juga cekodok bawang. Sebab apa sampai dua jenis? Sebab ada tetamu Sis tu dia tak makan bawang hahaha. Siapa lagi kalau bukan seketul Sunah tu. Apa laa kan tak makan bawang, bawang tu kan bagus, anti kanser. Ermmm...

Nasib baik ikan bilis tu banyak dan dah siap kopek, so senang, main cekut aje hehehe.
[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/aku-paling-suka-kopek-ikan-bilis.html

Makanya kesian pulak kalau goreng semua cekodok ada bawang, kang habis di koreknya dak Sunah cekodok tu keluarkan bawang, jadi dari menyusahkan diri dia, baiklah Sis masak aje dua jenis hehehe.


Sis ko kalau buat cekodok atau jejemput ke, memang meleper gitu, tak pernahnya nak jadi bolat hahaha. Padahal jari tuannya bolat, tapi ehhhh tetap jadi meleper, tak apalah, leper ke bolat ke janji rasa cekodok.

Nak buat sambal kicap, sekali cili padi pulak dah habis, cecahlah dengan sos tomato (Sis punya) dan juga cili sos. Kenyang juga sarapan pagi tadi. Masa post ni update, Sis tengah nak menjala pulak, malam kang ada tetamu nak datang, teringin nak makan roti jala, so kita menjalalah..

Roti jala cecah dengan kari ikan, perghhh sedap kann hehehehe...
Kalau rajin, esok le Sis tayang ye..hehehehe..

Soalan biasa netizen: 'Rajin Sunah tidur rumah Sis ya'...

Oooo Sunah memang Sis yang paksa dia selalu tidur rumah, teman Sis hehehe. Semalam kebetulan kami ada event, so Sis minta dia tidur rumah Sis. Kat rumah pun, dia buat kerja dia, Sis buat kerja Sis. Malam kami layan Netflix hehehe..

Cuma pagi tadi je, Sis ada rajin sikit, ada masa, editkan blog Dilah, bolehlah kalau nak Sis tolong editkan sikit-sikit yang basic, kalau nak design semua, Sis tak reti, setakat nak suruh buat blog tukar layout yang basic aja Sis boleh tolong.

Okaylah...nanti sambung lagi..
Jom layan roti jala gan kari ikan hehehe..


P/S: Rindu Suami .... 😭

LIRIK LAGU IT'S YOU - ALI GATIE

$
0
0
LIRIK LAGU IT'S YOU - ALI GATIE
Penyanyi : Ali Gatie

It's you, it's always you.
If I'm ever gonna fall in love I know it's gon' be you.
It's you, it's always you.
Met a lot of people, but nobody feels like you.

So, please, don't break my heart.
Don't tear me apart.
I know how it starts.
Trust me: I've been broken before.
Don't break me again.
I am delicate.
Please, don't break my heart.
Trust me: I've been broken before.

I've been broken.
Yeah. I know how it feels
To be open
And then find out your love isn't real.
I'm still hurting.
Yeah. I'm hurting inside.
I'm so scared to fall in love,
But if it's you then I'll try.

It's you, it's always you.
If I'm ever gonna fall in love I know it's gon' be you.
It's you, it's always you.
Met a lot of people, but nobody feels like you.

So, please, don't break my heart.
Don't tear me apart.
I know how it starts.
Trust me: I've been broken before.
Don't break me again.
I am delicate.
Please, don't break my heart.
Trust me: I've been broken before.

I know I'm not the best at choosing lovers.
We both know my past speaks for itself.
For itself.
If you don't think that we're right for each other
(Baby, no.)
Then, please, don't let history repeat itself.

'Cause I want you. Yeah. I want you. Yeah.
There's nothing else I want.
'Cause I want you. Yeah. I want you. Yeah.
And you're the only thing I want.

It's you, it's always you.
If I'm ever gonna fall in love I know it's gon' be you.
It's you, it's always you.
Met a lot of people, but nobody feels like you.

So, please, don't break my heart.
Don't tear me apart.
I know how it starts.
Trust me: I've been broken before.
Don't break me again.
I am delicate.
Please, don't break my heart.
Trust me: I've been broken before.

'Cause I want you, baby. I want you.
Baby, I want you, baby. I want you.
Baby, I want you, baby. I want you.
Baby, I want you, you, you.

'Cause I want you, baby. I want you.
Baby, I want you, baby. I want you.
Baby, I want you, baby. I want you.
Baby, I want you, you, you.




P/S: Kalau betul-betul dengar, sayuu aje rasa... it's you! 

AKHIRNYA TERMINUM SECAWAN KOPI SETELAH 42 HARI CUT SUGAR

$
0
0
AKHIRNYA TERMINUM SECAWAN KOPI SETELAH 42 HARI CUT SUGAR | Yerrr akhirnya TERminum juga Sis ko secawan kopi kombat ni gara-gara pujukan si Sunah, hahaha. Ishhh boleh tahan dia memujuk tau, merayu-rayu suruh minum, padahal....sendiri yang memberontak nak minum kopi..fitnah semuanya!!!

Huhuhu dah beberapa kali keluar event, Sis ko kena tahan nafsu aje minum Latte yang tawar hebeh tu, nak telan Latte tu sampai berkerut-kerut dahi Sis, sangat tak sedap! Macam manalah ek orang yang minum kopi) takde gula tu, sedangkan Latte yang takde gula ni pun Sis ko terkulat-kulat nak telan oii.

Sebenarnya bukanlah tengah diet ke nak kurus ke oii, cuma Sis tengah cut sugar aje dalam minuman. Alhamdulilah dah bertahan selama 42 hari, last minum kopi di Coffee Bean 13/7 lepas, sehinggalah ke hari semalam, barulah ada hati nak minum kopi ni haa..

[Baca juga} : https://www.sislin76.com/2019/08/aku-bukan-diet-tapi-dalam-proses-cut.html


Kalau kopi kombat ni memang tak boleh tahan baunya oii, orang lain yang bancuh, orang lain yang bau kesedapannya termasuklah Sis ko ni, tergugat anak tekak den gara-gara Sunah membancuh kopi kombat tu.

Tapi takpelah, shesekali apalah salahnya kan..hehehehe.. Jangan selalu, kalau selalu, bukan cut sugar namanya hahaha.

Apalah Sis ko membebel pepagi ni ek hehehe, takpe buat hiburan pagi korang, jangan monday blues okay! Semangat okay, tak kiralah kerja ke sekolah ke, duk rumah ke, kena semangat!!.. Tak elok bad mood ni, nanti cepat tua. hehehe..

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/selamat-pagi-kelebihan-hari-isnin.html

Okaylah, nanti sambung lagi..harini nak keluar jap, nak ajak Sunah jenjalan cari makan opsss...hahahaha..Jom Sunah kita bersiap!

Jumpa nanti korang!
Bai..


P/S: Tahniah buat diri sendiri, semalam blog dah cecah 4 juta! 💗

MENU KARI IKAN MAKAN BERSAMA ROTI JALA UNTUK MEREKA

$
0
0
MENU KARI IKAN MAKAN BERSAMA ROTI JALA UNTUK MEREKA | Alhamdulilah, setelah lama tak buat roti jala, semalam berjaya juga Sis ko buat roti jala. Bukan banyak mana pun, buat sekilo aje, tapi kelam kabut juga hahaha. Tau-tau aje laa, kejap-kejap lobang sumbat! Mana nak gulung mana nak menjala, mana nak cucuk lobang botol sumbat, nasib baik Sis ko cool aje hahahaha.

Kalau jenis tak cool, memang ada kang nak ngamuk aje kat dapur. Gitulah kita kalau kat dapur, kena masak dengan tenang, penuh dengan kasih sayang, nanti semuanya akan jadi baik dan kelam kabut tu dapat di kontrol. Kalau ko stress memasak, memang semuanya jadi huru-hara, silap-silap masakan jadi tak sedap hehehe.

Sis kalau kat dapur memang tak suka rasa kelam-kabut, walau buat sendiri pun, lagi kelam kabut lagi rasa lambat betul nak siap. Lagi kalau time ada kenduri ke nak masak raya ke, anak-anak kadang nak menolong, tapi bila dah ramai kat dapur, Sis lagi rasa rimas semak terus serabut nak memasak. Biarlah masak sorang aje, lebih cepat dan tak stress hahahaha...itu Sis ko ler...orang lain Sis tak tau.

Kes botol lobang jala sumbat tu pun semalam masa mula-mula aje kelam kabutnya, dah lama-lama, banyakkan berzikir, semuanya jadi dipermudahkan dan cepat. Maka siaplah Kari Ikan dan juga Roti Jala untuk 'mereka' semalam.


Ikan yang Suami bawak balik dari Paka yang sampai empat ekor tu masih ada lagi, so Sis masak kari semalam, memang ngamlah kan, makan cecah dengan roti jala. Sis buat pekat-pekat. Sis masak 2 bahagian kepala, 1 ekor, dan juga 3 ketul isi. Puas makan semalam.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/08/empat-ekor-ikan-siakap-suami-bawa-balik.html

Sebenarnya bukanlah ada makan-makan ke atau ada majlis apa, tapi saja aje masak dan kebetulan ada benda nak dibincangkan bersama team Visit Johor, maka Sis ajak aje ke rumah dan lepak sambil makan semalam. Lagi senang nak duduk bincangkan. Tapi kekdahnya lebih banyak gelak dari makan hahaha.


Roti jala Sis buat sekilo, banyak juga dapat. Jadilah kami makan 4 orang, Sis, tu pun ada lagi sikit tak habis, buat sarapan pagi tadi. Seronok masak-masak gini kalau ada yang nak makan dan ada geng makan. Kalau tak, Sis ko aje laa makan sengsorang ngadap handphone sebagai teman, huhuhu.

Suami tengah bizi sangat kerja luar, kadang malam baru dia call, kesian penat dan letih katanya. Tu pun kadang Sis tak call pun, tunggu aje dia call, taknak mengganggu kerjanya. Memang tau dia tengah sibuk sangat sekarang.

Nasib juga ada kengkawan yang selalu ajak keluar, lebih-lebih lagi Sunah, dialah yang selalu meneman Sis di rumah dan kemana aja event dan makan-makan. Kan dah kata gemuk sama-sama hahaha.

Apa? Resepi Kari Ikan? Hahaha alaa resepi biasa-biasa aje, korang pergi aje lah blog Mat Gebu sana, banyak resepi kari ikan. Yang roti jala pun bukan susah sangat, Sis buat sekilo tepung gandum, 2 biji telur dan pewarna kuning, kalau takde pewarna, ko letak aje serbuk kunyit. Jangan lupa garamkan sikit, kang tawar sangat pulak.

Macam Sis, Sis blender aje, biar halus betul, kalau tak kang, ada ketul-ketul, tu yang jadi lobang botol jala sumbat, stress ko kang hahahaha. Guna kuali tak melekat, lebih senang nak menjala. Alaa Sis guna kuali DIY aje..

So harini korang masak apa?

Masa entri ni update, Sis dah kat IKEA, nak lunch promo Madness Merdeka tu ha yang Sis ada update tu, korang dah cuba?

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/08/jom-makan-makan-di-ikea-sempena-promosi.html

Okaylah, panjang pulak mencecehnya hahaha.
Nanti sambung lagi ya.

OkBai..


P/S: Tak ku sangka engko J**** begitu buruk perangai ko ek, tak ku sangka!!!

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH

$
0
0
DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH | Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan.

Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.


Doa Akhir Tahun
Bilakah waktu untuk membaca doa ini?
Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Bacaan doa tersebut adalah:


Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Apa jua perkara yang telah aku lakukan  di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan

Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.
Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.

Doa Awal Tahun
Bilakah waktu untuk membaca doa ini?
Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

Doa tersebut adalah:


Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah. Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.

#SisSharing

Semoga Allam menerima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baru kita akan sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat semata-mata kerana Allah SWT. InsyaAllah ..



P/S: Sekejap sungguh masa berlalu. Allahu..

BELI SELUAR DALAM KAT SHOPEE AJE MURAH

$
0
0
BELI SELUAR DALAM KAT SHOPEE AJE MURAH | Iyerr Sis beli spender (seluar dalam) kat Shopee aje. Murah dan berbaloi. Alaaa buat apa nak malu nak update kat sini, beli seluar dalam je pun, dah memang semua orang beli seluar dalam, so nak malu apa? Sis ko jenis open minded, benda boleh kongsi buat apa nak simpan-simpan.

Bagi mereka yang utamakan brand ke, takpelah, beli aje laa kat soping mall sana, harga memang mahal woo. Sejujurnya kalau Sis beli kat luar pun Sis beli brand Scarlet aje, Trumph ke apa brand lain ke tak pernah beli, bukan tak mampu nak beli mahal-mahal tapi jenis Sis, beli aje laa memana yang biasa janji selesa pakai ye sudah, dan lagi satu, janji pakai seluar dalam!

Tapi sejak terbeli sekali di Shopee, brand Munafie tu, terus rasa best sangat! Sebabnya seluar dia macam girdle, getah pinggang dia sampai menutupi perut semua, so sangat selesa. Rasa macam kita pakai bengkung.



Kat luar sana tu pun ada je jual yang jenis macam ni tapi bak kata Sis tadi ler harga mahal, dan dia jual selai. Biasa selai aje Sis nengok dah cecah sampai lebih dari rm20, tapi yang Sis beli Munafie ni, 5 helai baru rm 12.90 masa ada sale haritu hehehe berbaloi tak?

Pasal tu ler nak kongsi kat korang, benda ada murah buat apa beli mahal-mahal. Beli mahal pun bukan orang nengok pun, hahahaha. Tapi takpelaaa, mungkin mereka yang beli mahal sebab kepuasan si pemakai, so Sis no komen, untuk diri Sis, asal boleh pakai, dan selesa, jadi lerr...janji pakai seluar dalam katanya hahaha.


Yang nak beli macam Sis ni, alaa korang bukak je Shopee then search aje Munafie Panties, nanti akan keluar banyakk item dia, korang pandai-pandailah pilih yang mana murah dan tengah sale. Kalau selai ada juga yang di jual hanya rm 2.70, Sis pernah beli selai-selai, yang macam Sis update ni Sis beli set, 1 set ada 5 helai. Dan color dia pun random. nasib dapat color lelain hehehe.

Lagi satu nak pesan, kekadang nasib juga, ada yang dapat bukan Munafie original, dia macam klon, macam yang Sis beli ni, sekali dapat, ehhh awat lain plak pakaging dia hahahaha. Tapi takpe, janji muat, selesa dan murah!

Saiz? Ooo saiz pun sama, ada yang jual ikut saiz, ada yang jual free saiz, so bagi yang 1 st try, korang belilah yang ada saiz, nanti kalau dah selesa, korang boleh try plak yang free size. Macam Sis, Sis beli yang free size, alhamdulilah selesa dan muat. So sampai sekarang Sis beli free size.

Kebetulan juga bulan 9 nanti banyak nak pergi travel, so Sis ko satu perangai, kalau nak travel jauh mesti nak beli seluar dalam dan baju dalam hahahaha.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/02/siapa-macam-sis-asal-nak-pergi-bercuti.html

Apa-apa pun, berbaloilah kalau korang beli spender kat Shopee ni, bagi yang sukalah, yang tak suka tu, ko beli je dendiam, takde sapa tau pun hahahahaha...

Okaylah, harini Sis ada event bersama Honda 'Terima Kasih 900k'.
Yang ni nanti Sis share kemudian ya. Moga dipermudahkan semua urusannya hari ini. Aamiinn..

OkBai.


P/S: Cerita pasal seluar dalam ko kata lucah?! Kau dah kenapa haaa???? Otak senteng!!

GUARDIAN VITAMIN C + ZINC #FIZZWITHME CHALLENGE PROMOTES BETTER HEALTH

$
0
0
GUARDIAN VITAMIN C + ZINC #FIZZWITHME CHALLENGE PROMOTES BETTER HEALTH | Introduces A Range of High Quality, Affordable Supplements for A Healthier Malaysia. Take the Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe challenge – make a fizzing sound for more than 30 seconds on a single breath.

Sounds simple? Try it because this fun challenge is not as easy as it sounds, but it will help family and friends improve their health, while reminding them to take their daily dose of health supplements. Guardian created this challenge to raise awareness on the importance of getting the vitamins and minerals needed for good health.

The Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge is simple according to Marketing Director, Health And Beauty, South East Asia Guardian Health And Beauty Sdn Bhd , Cho Do Youn. “Go to the timer on your mobile phone, take a deep breath, pop a Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet into a small glass of room temperature water, hit the timer button and breathe out through your mouth while keeping your teeth together to create a fizzing sound. Aim to fizz for as long as you can.


"When you’ve run out of breath, drink your Guardian Vitamin C + Zinc for the health benefits. Challenge friends and family to the Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe on social media for some fun, and to encourage them to remember to take their supplements,” Cho Do Youn said.

“Fizzing requires practice and breath control. Thanks to my habit of doing the Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe challenge with my morning effervescent tablet, I can fizz for 38 seconds. I’d like to challenge everyone over 18 years of age to take the Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe. Do it for the health benefits and do it to have fun! Use the hashtag #FizzWithMe on Instagram or Facebook and we will find you, and surprise the most creative fizzers with prizes,” he added.

The Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe is part of the brand’s plan to help more Malaysians get healthier. The largest health, beauty and personal care chain in Malaysia has introduced a quality range of supplements tailored specifically for adults. With more than 400 stores nationwide and the Guardian e-store, Guardian health supplements are easily accessible, while being affordably priced so that more Malaysians can experience the benefits of supplementing their diet for better health.

The Guardian Health Supplement Range

Vitamin C 1000mg + Zinc10mg


Vitamin C is a water-soluble vitamin, that cannot be produced by our body 1 . Thus, you need to replenish your body's supplies of water- soluble vitamin C daily.

Vitamin C is for the general maintenance of the body. Zinc is a mineral for the maintenance of good health. The Dual Action Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet contains 1,000mg of Vitamin C and 10mg of Zinc, which supplements your daily needs.

MAL16085003NC
Available in 10s, 30s and 90s.

Vitamin B-complex + Vitamin C + Minerals


This combination of vitamin B-Complex, vitamin C and minerals helps you to stay energized and aids in daily performance to cope with a demanding lifestyle.

MAL16085038NC
Available in 15s and 45s.

Vitamin D3 1000IU


Guardian’s Vitamin D3 1000IU provides the essential vitamin D3. Vitamin D3 supports good health. Adults are advised to take one tablet once daily after meals or as prescribed otherwise by a doctor or pharmacist.

MAL18066029NC

Co-enzyme Q10 150mg


Co-enzyme Q10 is made naturally in our body and plays a vital role in energy production. The Guardian’s Co-enzyme Q10 supplement is made for a one-a-day dose to support good health and energy production, and nourishes the body. It is advisable for adults to take 1 .

https://www.healthline.com/nutrition/vitamin-c-benefits#section6

MMT Code: QR/2019/MY0318r7 KKLIU 1555/2019
This is a supplement product advertisement. one softgel once daily, with or after meals or as prescribed by a doctor or pharmacist.

MAL18066028NC

Evening Primrose Oil 1000mg


Evening primrose oil is used to promote women’s health and wellbeing. Guardian Evening Primrose Oil 1000mg contains Gamma-Linolenic Acid (GLA), Linoleic Acid (LA) and natural Omega-6 fatty acids. Available in bottles of 60 or 300 softgels of 1000mg EPO each. One softgel should be taken three times a day with meal or as prescribed by a doctor or pharmacist.

MAL18066031NC

Vitamin B Complex


Guardian’s Vitamin B Complex supplement is for energy and vitality. Adults are advised to take one tablet per day after meals or as prescribed by a doctor or pharmacist for energy and vitality.

MAL18086001NCZ

Vitamin E 400IU


Guardian Vitamin E helps with the maintenance of good health. It is a natural source of vitamin E. Take one softgel once daily after meals for adults or as prescribed by a doctor or pharmacist.

MAL18056140NC

Omega-3 Fish Oil 1000mg


MMT Code: QR/2019/MY0318r7 KKLIU 1555/2019
This is a supplement product advertisement.

Guardian’s Omega-3 fish oil 1000mg contains essentials fatty acids in the form of Eicosapentaenoic Acid (EPA) & Docosahexaenoic Acid (DHA) from fish. It provides essential fatty acids for our body and supports general wellbeing. It is best to take one softgel twice a day with meals or as prescribed by a doctor or pharmacist. Available in bottles of 60 softgels or 300 softgels.

MAL18026048NC

Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg


Guardian Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg contains essential fatty acids, Eicosapentaenoic Acid (EPA) and Docosahexaenoic Acid (DHA) and contains 360mg of EPA and 240mg of DHA in each softgel. Adequate amounts of these fatty acids must be obtained from our diet. It provides essential fatty acids for our body and supports general wellbeing. It is advised to take one softgel twice a day or as prescribed by a doctor or a pharmacist.
Available in bottles of 60 softgels or 300 softgels.

MAL18066030NC

Get more information, go to Website : https://guardian.com.my/


P/S: Sis selalu beli supplement pun kadang brand Guardian. Korang?

ASAL HUJAN AJE LAPAR, ASAL LAPAR AJE HUJAN

$
0
0
ASAL HUJAN AJE LAPAR, ASAL LAPAR AJE HUJAN | Haaa begitulah kan, asal lapar aje hujan, asal hujan aje lapar, sama aje dua-duanya tu hehehe. Dah tu kalau kat rumah bila hujan time tu laaa mata taknak tido kan, kalau time panas berdenting, time tu pulak mata layu macam mat gian! Stress gak kann...

Semalam hujan lebat dari Sis keluar Ikea sampailah ke Permas Jaya, tempat korang hujan tak?. Iyerr ke Ikea semalam makan tengah hari di sana, alaa makan yang promo Madness Merdeka tu, Sis makan Smoked Beef dia tu, memang sangat kesedapan, dah try masa review tu sekali, sampai datang kedua kalinya, tu namanya betul-betul review kata sedap sampai datang kemudiannya, tak gituuu hehehe.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/08/jom-makan-makan-di-ikea-sempena-promosi.html


Macam biasa peneman makan Sis, yang sama-sama gemuk, siapa lagi kalau bukan dak Sunah. Bagi makan puas-puas, sebab harini dia dah balik rumah dia, Sis balik nanti sepilah rumah Sis huhuhu.

Kami makan lunch dan kemudian kami terus ke Midvalley cari pasal. Yang sebenarnya nak mencari The Alley, sebab Sis macam perasan kat MidValley ada, rupa takde ek, Zing Fu Tang aje ado, ermmm manalah yang Sis ko nampak The Alley tu, kalau di Permas memang ada. Dalam pada pusing-pusing, masuk kedai Zhoe Factory.

Kus semangat korang yang nak beli kasut, boleh ke sini, semua murah! Sunah sampai beli sepasang hehehe. korang boleh nengok di IG dan Facebook Page Zhoe Factory tu ya.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/minuman-boba-tea-xing-fu-tang-tu-halal.html


Lepas dah soping sana sini, kami terus ajelah keluar dari Midvalley dan terus ke Permas. Dak Sunah tu nak juga pergi The Alley. Biar kasi dia puashati, selagi tak dapat, memang akan dia sebut aja hahaha. Maka ke Permas la kami dalam hujan-hujan tu.

Sampai je di The Alley, dak Sunah dah konpius depan kedai hahahaha sebabnya, sebelah The Alley tu ada The Black Whale, kelako hahaha. Dia memang nak juga aiskrim boba The Black Whale tapi dalam masa sama nak The Alley kakakakah!

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/aiskrim-boba-tea-brown-sugar-black.html


Yang mana satu, pilihan kalbu, The Alley atau The Black Whale hahahaha. Dalam hujan Sis ko turun kereta nak amik gambo dia ni hahahaha. Psttt kasut baru nampak hahahaha habis basah kena hujan kekeke. Last-last dak Sunah beli The Alley juga, akhirnya!! .

Sis? Oh tidakkk! Cukuplah semalam aje TERminum secawan kopi tu ya, bawak-bawaklah insaf! Hahahaha. Lepas dah beli The Alley, Sis ajak Sunah lepak di JTL Container. Sis nak minum chinese tea.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/akhirnya-terminum-secawan-kopi-setelah.html


Bukan kata nak minum chinese tea aje, sekali kami nampak pulak waffle tokoyaki Hong Kong Snack, apalagi dak Sunah kata nakkkk, Sis ko suka aje, sebab ada geng gemuk lagi hahahaha. Sis pun pestime nak try tu. Mula macam pelik gak, apalah rasa waffle tokoyaki ni, sekali dah makan, licinnn, sedap!

Time tu laaa hujan selebat-lebatnya turun. Alhamdulilah setelah sekian lama tak hujan, sampai hutan kat rumah Sis sana pun terbakar, haritu kes hutan terbakar gak kat area Legoland, begitu panas sekali kan. Syukurlah semalam hujan.

Dalam pada drive balik tu lee selebat hujan, tapi alhamdulilah sampai area rumah Sis dah reda hujan. Dak Sunah kata jom tidur sekejap hahaha, so aktiviti seterusnya tidur. Bangun tidur ngadap laptop, blog walking dan sambung lagi update blog. Malamnya layan Netflix, begitulah kami berdua.

Tapi harini Sis ko dah takde geng dah, sepilah rasa rumah dan mesti kebuhsanan nanti Sis *mohon simpati agar Sunah tidur sini lagi...

Apa-apa pun makaseh Sunah sebab selalu menemani Sis.
Okaylah now Sis tengah dalam event Honda lagi ni, nantilah sambung lagi ya.
Jumpa nanti, OkBai.


P/S: Siapa sini ada resepi buat tokoyaki guna periuk Noxxa? Nanti bagi link kat komen ya. TQ
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live