Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live

PROGRAM SEPANJANG PELANCARAN LOGO & MASKOT VISIT JOHOR 2020

$
0
0
PROGRAM SEPANJANG PELANCARAN LOGO & MASKOT VISIT JOHOR 2020 | Dalam merealisasikan misi Tahun Melawat Johor 2020, Majlis Pelancaran Logo & Maskot anjuran Tourism Johor bakal berlangsung pada 17 Ogos 2019 di Paradigm Mall Johor Bahru dan akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Nikmati kemeriahannya dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan & pameran, persembahan kebudayaan, kuiz pelancongan, maskot dan banyak lagi bermula (Hari Ini) pada 16 hingga 18 Ogos 2019.

Jom raikan program ini! Semua dijemput hadir.


Johor Tourism will be organising Logo & Mascot Launch of Visit Johor 2020 on Aug 17th 2019. The Honorable Chief Minister of Johor will officiate at Paradigm Mall Johor Bahru. Enjoy exciting activities such as exhibition booth, cultural performances, tourism quiz, mascot appearance and much more from 16 - 18 Aug 2019.

Bring the whole family, come and join us!

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/malaysia-prime-minister-launches-visit.html

#visitjohor2020 #johor #tourismjohor #luaskankuasamu #johorbahru #majesticjohor 



P/S: Nampak ada Zapin tu, bestnya!! Jom korang ke Paradigm Mall JB! Siapa nak ikut? Jomm..

KFC GREEN CHILI CRUNCH TU, TAK SEDAP BAGI TEKAK AKU

$
0
0
KFC GREEN CHILI CRUNCH TU, TAK SEDAP BAGI TEKAK AKU | Sejujurnya, ye kena tulis dengan jujur, sedap itu subjektif, ikut tekak masing-masing, jangan kerana post ini, korang nak kecam Sis pulak ya. Bagi tekak Sis, sorry to say, KFC Green Chili Crunch ni atau lebih viral orang gelarnya 'Kfc lumut' tak sedap bagi tekak Sis.

Entah, memang teringin sangat nak mencuba dan rasa, sebab sejenis Sis tak suka baca apa orang kata, mesti nak cuba dan rasa sendiri, baru boleh kata. Dan akhirnya dapat juga merasanya. Makaseh anak Sis,Yana yang belikan untuk Emaknya.

Pertama kali bukak dan lihat aje KFC tu, Sis ko dah ada bau semacam, erkkk..ni bau cili ke bau hangus ni? Memang ayamnya panas, tapi bau dia ada sumting yang kurang senang di hidu.

Okay takpe, kita cuba rasa dulu.


Tengok pada tekstur dia, memang nampak rangup dan rapuh kulitnya, dan nampak hijau cilinya. Tapi bila dah gigit..ermmmm apakah ini rasa cili hijaunya?? Erkkkk ini bukan rasa cili hijau, ini rasa hangus, hangit! Rasa pedas cili pun takde. Kecewa sungguh rasa hati..Tak tau nak kata macam mana.

Apakah semua KFC Green Chili Crunch ni rasa macam ni atau mungkin rezeki tidak menyebelahi Sis dapat yang digoreng agak hangus? Ke tempat korang rasa sama macam Sis rasa?



Serius tak tau nak cakap apa rasanya, tang mana yang rasa cili hijaunya entah...rupa ada, rasa tak kena dengan tekak Sis. Last-last makan seketul paha tu je ler. Lebih bagi kat anak bujang.

Bila ditanya sedap ke Amat? Anak kata, makan je laa dari membazir hahahaha. Dah fahamlah maksud yang tersirat jawaban si Amat tu kekekeke.

Kita makan sedap kata sedap, tak sedap kata tak sedap, ikut memasing punya tekak. Tapi sebenarnya, sebelum mencuba KFC Green Chili Crunch ni, memang banyak Sis baca dan dengar, semua kata tak sedap, sebab itulah Sis ko nak cubanya sendiri, bagi puashati..

So sekarang puashati aku! Rasanya lebih sedap KFC Salted Egg yang sebelum ni atau pun McD 3x Pedas tu woo..korang dah cuba?

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/aku-dah-makan-dah-ayam-goreng-mcd-extra.html


Apa-apa pun, jangan kecam dulu, sila pergilah mencuba sendiri dan rasa KFC Green Chili Crunch ni ya, tengok apa kata tekak korang plak. Kalau sedap, alhamdulilah laa, mungkin rezeki Sis dapat yang hangus! .

Tolong, ada kan balik KFC Salted Egg tu, itu lebih sedap!!
Harga boleh tahan mahai..2 ketul tu tak silap RM 17.50 kot...ingat-ingat lupa Sis.

Okaylah..harap pihak berkenaan alert le dengan rasa ayamnya setiap kali keluar promo ya.
Sis ko suka mencuba, so salahkan diri sendiri aje hehehehe


P/S: Nak cuba yang promo Marrybrown plak, ramai kata sedap! Mesti cuba!

'DIET' - SALAH FAHAM UNTUK KURUS

$
0
0
'DIET' - SALAH FAHAM UNTUK KURUS | Berat badan berlebihan adalah masalah yang semakin serius dalam masyarakat di Malaysia hari ini. Malaysia adalah 'juara' di Asia Tenggara untuk masalah obesiti.

Ramai mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan. Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai adalah melakukan 'diet' dengan kaedah salah.

Sesetengah daripada kita yang ingin menurunkan berat badan akan mula melakukan 'diet', yang bermaksud tidak makan secara tiba-tiba atau berpuasa secara melampau.

Kaedah ini tidak sihat dan membahayakan kesihatan. Walaupun terlebih makan antara punca berat badan berlebihan, jangan makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga korang menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan.

Jika korang terlalu kerap berlapar, sistem metabolisme badan berubah iaitu metabolisme badan turun, dan segala yang korang makan walaupun sedikit disimpan sebagai 'lemak' dan 'otot' menjadi kecut.

Apabila korang tidak mampu meneruskan 'berdiet' melampau seperti ini, korang mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah dan semuanya menjadi lemak.

Berat badan korang bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya. Akhirnya, korang berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan tetapi gagal menurunkan berat badan.

Sesetengah orang menggunakan kaedah berdiet Atkins yang dipopularkan oleh Dr Robert Atkins pada 1958. Atkins mencadangkan pengambilan karbohidrat dengan jumlah sangat rendah iaitu kurang 20 gram sehari dan mengambil lebih banyak makanan protein dan lemak.

Menurutnya, kaedah ini menyebabkan badan membakar lebih banyak lemak kerana tubuh berubah kepada keadaan 'ketosis' dan paras insulin yang rendah menyebabkan hati membakar simpanan glikogen.

Kaedah ini boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi membiarkan tubuh dalam keadaan berasid dengan 'ketosis' adalah tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.

Ada juga kajian menunjukkan kaedah Atkins boleh menyebabkan masalah batu karang, buah pinggang dan reput tulang (osteoporosis).

Kaedah ini tidak lagi popular sekarang selain menimbulkan kontroversi kerana pemakanan tidak seimbang dengan mengurangkan karbohidrat secara melampau didapati menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari.

Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.

Pemakanan seimbang yang disaran adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.

Seseorang juga perlu meninggalkan 'makanan proses' yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.

Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.

Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk 'pinggan makan' yang dipanggil 'Healthy Eating Plate'.

Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil 'Choose MyPlate.gov' dan di Malaysia dipanggil sebagai 'Model Pinggan Sihat'.

Buku, "8 Rahsia menguruskan badan tanpa berdiet" antara yang boleh korang baca untuk mendapat maklumat tepat bagi menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat, dapatkannya dengan e-mel: drnormanmlk@yahoo.com.my.


Menurunkan berat badan hanya dengan bersenam

Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.

Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun korang bersenam.

Memilih produk 'rendah lemak'

Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai 'rendah lemak' dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.

Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.

Memilih minuman 'diet'

Kajian mendapati pengambilan minuman 'diet' menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman 'diet' menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman 'diet'.

Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman 'diet' meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat 'isyarat kenyang' apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.

Jika korang gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikitpun.

Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.



P/S: Sangat bagus buku ni, Sis ko masih tengah hadamkan..hehehehe

TENGOK TRAILER FILEM MAKMUM, GILA SERAM!

$
0
0
TENGOK TRAILER MAKMUM, GILA SERAM! | Kuss semangat gila seram plak filem ni. Sampai terbawak-bawak Sis ko nak solat duk toleh belakang dulu adoii haru! Padahal sejak-sejak ni kemain berani Sis ko layan movie hantu di Netflix, tapi bila nengok trailer movie Makmum ni, seram tak boleh bawak bincang oii!!

Filem ni baru di tayangkan pada 15 Ogos 2019. Ini kalau Sis ko nengok dalam panggung, mau menjerit Sis hahahaha.

Tapikan...kisah makmum ni memang ada yang benar terjadi. Pernah Sis dengar kawan cerita dulu, bila dia solat, seolah ada yang membisik di belakang mengikut solat sebagai makmum. Sampai pergi berubat kawan Sis tu. Seram tak seram kan? Iman kena kuat, tapi kalau dah membisik macamtu, mau lari Sis seribu langkah hahahaha.

Ermmm syaitan sekarang tak takut ek...walaupun kita tengah solat. Hantu apa tu yekkk...ermmm
Okaylah korang layan trailer filem ni, seram ke tak seram hahaha.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/aku-penakut-tapi-tetap-juga-nak-layan.html




Filem Makmum 

Film horror “Makmum” yang diadaptasi dari film pendek berjudul Makmum mulai tayang serentak hari Kamis 15 Julai 2019 di Indonesia. Sebelumnya, film pendek karya Riza Fahlevi itu berhasil meraih berbagai penghargaan di industri perfileman hingga akhirnya diangkat ke layar lebar.

Film ini berkisah mengenai satu sosok makhluk halus yang suka berdiri di belakang para penghuni asrama tersebut, bahkan saat mereka sedang melaksanakan salat, hingga sosok ini disebut makmum.

Film Makmum itu ditulis oleh Riza Pahlevi, Vidya Talisa Ariestya, dan Alim Sudio. dan dibintangi oleh Ali Syakieb, Titi Kamal, Tissa Bianni, Adila Fitri, Bianca Hello, Jajang C Noer, Misha Jete, dan Arief Didu.

Tak hanya tayang di Indonesia, film ini juga tayang di Singapura, Malaysia, dan Brunei Darussalam.

Sinopsis Filem Makmum : Bahasa Indonesia ya.

Film Makmum berkisah tentang pengalaman penghuni asrama yang tidak khusyuk dalam melakukan ibadah salat, ketika mendengar suara yang berada di belakang mereka. 
Sosok ghaib yang disebut hantu Makmum oleh para penghuni asrama semakin mengganggu Rini (Titi Kamal).

Saat itu Rini (Titi Kamal) memenuhi permintaan Ibu Kinanti (Jajang C Noer) yang kesehatannya terus menurun. Namun Rosa (Reny Yuliana) sebagai pemimpin asrama yang baru tidak menanggapi ketakutan ketiga murid asrama yang bernama Nurul (Tissa Bianni), Nisa (Bianca Hello), dan Putri (Adila Fitri).

Ketiga murid asrama tersebut dilarang keluar asrama selama masa liburan karena nilai ketiga murid itu tidak bagus. Putri (Adila Fitri) mengalami kesurupan yang semakin sering, hal tersebut membuat suasana semakin tidak kondusif.

Hingga akhirnya Rini (Titi Kamal) menyadari ada sesuatu yang tidak beres di dalam asrama tersebut. Rini (Titi Kamal) mencoba membantu ketiga murid asrama dan berusaha menguak misteri tersebut.
Hingga Rini (Titi Kamal) tidak sadar bahwa nyawanya sedang terancam.



P/S: Ada yang dah tengok ke? Cer cite cer cite hehehehe...

LIRIK LAGU LEMBAH KESEPIAN OST DRAMA PUTERI YANG DITUKAR - HAQIEM RUSLI

$
0
0
LIRIK LAGU LEMBAH KESEPIAN OST DRAMA PUTERI YANG DITUKAR - HAQIEM RUSLI
Lagu: Haqiem Rusli
Lirik: Haqiem Rusli, Gouffran, Ibnu

Terhiris..
Aku di dalam lembah yang tak berbunyi
Menyedari mengharungi...

Biarkan kuterus sendiri
Tak usah engkau peduli
Kumahu kau bahagia
Jiwa...

Tersedar badai hati ini menghempas lenaku
Kuterjaga dari tidur

Biarkan kuterus sendiri
Tak usah engkau peduli
Kumahu kau bahagia
Jiwa...

(Monolog)
Aku halalkan segala titik keringatku
Yang jatuh bertitis-titis
Demi membuat kau tersenyum
Senang dalam lara
Kenyang dalam payah

Biarkan kuterus sendiri
Tak usah engkau peduli.

Biarkan kuterus sendiri
Tak usah engkau peduli
Kumahu kau bahagia
Jiwa...

Tersiksa menagih simpati
Menyangkarkan relung hati
Ruang kasih yang abadi
Sepi...

Terhiris..
Aku di dalam lembah yang tak berbunyi





P/S: Sis tak tengok pun drama Puteri yang ditukar tu, korang tengok ke?

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK DENGAN AGENDA MAKAN DAN MAKAN

$
0
0
HUJUNG MINGGU YANG SIBUK DENGAN AGENDA MAKAN DAN MAKAN | Makan makan dan makan, itu aje laa kerjanya Puan Sis Lin ni, hehehe. Yerr laaa, rezeki jangan di tolak, maut jangan di cari, ye dakkk, so bila ada rezeki sapa-sapa ajak makan kita pergilah makan hehehe.

Oii tapi bukan makan main makan jerr, makan sambil 'bekerja' okay. Kata blogger, so bila dah di jemput makan, kenalah pulak update, promo dan ping pong ping pong sana sini hahaha.

Sebenarnya, bila ada je orang ajak Sis pergi memana, event ke review ke, atau apa aje, Sis ON aje, tak kisahlah bayar ke tak bayar ke atau kemudian bayar ke, memang Sis ON aje, bukannya apa, sekarang ni anak-anak semua dah balik U, so kadang buhsan giler bila stay kat rumah, nak makan ke nak buat apa ke jadi blur! Sungguh!

Yang tau rasa buhsannya aje yang faham, tapi bukanlah kata buhsan macam nak giler, cuma buhsan takde siapa nak teman borak. Nak ngadap tv plak, pun kadang buhsan, balik-balik cite yang sama, ermmm...

So nak kembangkan minda supaya tak tepu, keluarlah makan dan makan bersama kawan-kawan, janji Suami iznkan dan tau nak balik rumah hehehehe.


Untuk Sabtu (semalam) Sis ada 2 jemputan media untuk makan. Siangnya di SDS, malamnya di Capri. Sendat perut jadinya hahaha. Dan untuk harini juga, akan ada 2 juga jemputan media, di mana? Nantilah cite hehehe.

Tapi beringat juga ni time makan, lagi-lagi tengah 'cut sugar' ni, so toleh sana sini kena tahan nafsu gak nengok semua menu hehehehe. Setakat ni masih bertahan! Walaupun semalam minum Latte TANPA GULA, gile tawar! Sunah le yang paksa hahahaha..

Okaylah ni pun menaip mana sempat sementara menunggu Sunah bersiap. Nanti kita sambung ya.
Banyak benda nak share gan korang semua.

Sambung lagi ya..
OkBai.



P/S: Ada kata dah kurus? Hahahaha gelak guling Sis ko baca 😆

RUN TO GIVE 2019 BY RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

$
0
0
RUN TO GIVE 2019 BY RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Are your ready? Take your running shoes out for a spin as Renaissance Johor Bahru Hotel invites everyone to join RUN TO GIVE 2019, a charity run on 22 September 2019 at Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru).

Run category is set at 5km & 10km plus exciting activities and freebies are up for grabs! Mark your calendar!

Registration starts on 15 August 2019 via JomRun App at http://jomrun.com/event/run-to-give. (Available on Google play & App Store)

Proceeds will be channeled to NKF Malaysia which funds a comprehensive centre for patients of kidney-related illnesses as well as providing dialysis treatment for the needy.

Our target this year is to collect sufficient funds to purchase three machines under Marriott International.


RUN TO GIVE 2019

REGISTRATION FEE:

5km Men Open RM60
5km Women Open RM60

10km Men Open RM70
10km Women Open RM70

Each registration you will receive a ‘Run To Give 2019’ t-shirt, a certificate and a medal.

Registration closing date: WEDNESDAY, 4 September 2019 before 11.59pm. (With full payment).


P/S: Jom kita lari yokkk! Tak lari pun kita join aje, jadilah lari-lari anak kata orang hehehe.

LIRIK LAGU ISTIKARAH CINTA - SIGMA

$
0
0
LIRIK LAGU ISTIKARAH CINTA - SIGMA 
Judul Lagu : Istikharah Cinta
Label : Sigma Entertainment

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta...





P/S: .......................................................... 😭

SELAMAT PAGI - KELEBIHAN HARI ISNIN

$
0
0
SELAMAT PAGI - KELEBIHAN HARI ISNIN | Morning korang! Selamat pagi Isnin 19/8/2019. Macam mana hujung minggu korang? Bercuti kemana? Ada yang ke Awana Kijal ke? Atau ke Mesra Mall ke? Kakakakah 😆.

Bagi yang baru balik bercuti tu, haaa harini Isnin, jangan nak Monday Blues plak ye. Mana le tau, kang pergi ofis, tersengguk-sengguk mengantukkan, tu biasa tu simptom hari Isnin hehehe. Yang dah mulakan kerja, selamat bekerja, semangat! semangat! Teruskan bersemangat mencari rezeki. Mudah-mudahan bertambah rezekinya nanti hari ini.

Bagi surirumah macam Sis ni, dah tak kisah dah, hari Isnin ke hari Ahad atau hari apa sekalipun, sama aje, cuti selalu hehehe. Cuma pepandailah nak isi masa lapang tu supaya lebih bermanfaat. Kalau tak nanti pandai plak mulut cakap 'Eh cepatnya dah hari isnin' hahahaha. Selalu macam tu kann...

Jadi tak kisahlah hari apa pun, setiap hari itu ada kelebihan tersendiri, termasuk hari Isnin ni. Tau apa kelebihan hari Isnin? Jom kita baca sesama ya.

Selamat bekerja korang! .


Peristiwa Hari Isnin ~ Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan iaitu:

1. Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Isnin,
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.

Oleh kerana itu, barang siapa yang berlayar atau ingin mengadakan perjalanan maka seeloknya lakukanlah pada hari Isnin. Selain itu, Ummat Islam juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin.

Hadis Rasulullah tentang Kelebihan hari Isnin dalam Islam:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; "Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa" (Riwayat Imam Tirmizi).

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; "Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku" (Hadis riwayat Imam Muslim).

Zikir Hari Isnin

لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِمِ
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah", maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (Hadis Riwayat Tabrani)

So , sesiapa yang ada Monday Blues... mari kite amalkan ni bersama-sama..



P/S: Jom ke kedai nak siang ikan! ..

SDS MERDEKA SPECIAL MENU & SDS MID-AUTUMN MOONCAKE FESTIVAL

$
0
0
SDS MERDEKA SPECIAL MENU & SDS MID-AUTUMN MOONCAKE FESTIVAL | Kalau warga Johor pasti tau SDS Bakery & Cafe ni, tapi bagi di luar kawasan Johor, mungkin agak frust sikit sebab SDS tidak ada di tempat lain selain Johor hehehe. Yaa SDS Bakery & Cafe hanya di Johor sahaja.

SDS adalah satu tempat kesukaan Sis untuk datang lepak dan makan. Selalu Sis pergi di cawangan Johor Jaya. Tempatnya besar dan luas. Suka dengan dekorasi Cafenya. Gaya romantis gitu, penuh dengan bunga-bunga hehehe.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/04/lunch-sds-bakery-cafe.html

Dan untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Merdeka, SDS telah mengeluarkan menu istimewa sempena Hari Merdeka (31/8) sehingga Hari Malaysia bulan September (16/9). Dan menu special ini telah pun berlangsung dan korang boleh datang makan di semua cawangan SDS yang terdekat.

Yaa! promosi ini telah pun berlangsung dari sekarang (Ogos) sehingga bulan September 16/9/2019.



Merdeka Special - All Your Favourite Malaysian Flavours in one set meal. 

Hanya RM16.90 per/set sahaja!!
Korang boleh add-on RM 6.20 untuk dapatkan minuman air Limau Kasturi yang sangat segar! .

Dalam set tu ianya tersedia dengan Roti Paratha, Kari Ayam, Satay Ayam, Acar Sayur, juga Tauhu Sumbat. Dan juga di hidangkan bersama Puding Gula Melaka dan Air Limau Kasturi (add-on).
Dan jika korang nak add-on Nasi Portugese atau Roti Paratha (1 keping), add-on hanya RM 2 sahaja.


Makan, Selfie dan menang!

Dan yang bestnya, bila korang makan, jangan lupa amik gambar bersama menu dan upload guna hashtag #SayangiMalaysiaku dan juga tag @sdsgroups di IG atau page facebook.
Like yang terbanyak akan memenangi baucer makan di SDS .

Mana tau rezekinya, haaa menang baucer makan kan!!



Mid Autumn Mooncake Festival datang lagi di SDS Bakery & Cafe .

Buat peminat Kek Bulan pula jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya di SDS beserta kotak terbaru edisi 2019 yang sangat cantik!

Tahun ni SDS keluarkan kotak kek bulan sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang dengan design yang begitu cantik sekali!. Sis ko pun tersuka juga dengan beberapa jenis kotaknya. Bukan kotaknya aje, kek bulannya pun juga, kali ni sangat banyak jenis kek bulan yang dikeluarkan dan yang terbaru perasa cempedak!

Kalau yang Snow Skin Durian tu jangan cakaplah, tiap-tiap tahun rasa dia sangat tidak mengecewakan, gilerr sedap!!.



Signature Top seller :

- Kingu Durian Yuki (Yukino)
- Bamboo Guji Berry (Snowskin Mooncake)
- Traditional White Lotus Mooncake (New)
- Jack Fruit Crystal (New)




Beli secara online dan dapatkan diskaun sebanyak 10% !!
Website : https://sdsgroups.com/

FB : https://m.facebook.com/sdsgroups/ 
Instagram : https://instagram.com/sdsgroups

Dan untuk lihat lebih banyak gambar, boleh ke page facebook @akusislin ya


P/S: Ada yang tanya, apa rasa kuih bulan? Hahahaha rasa dia rasa kuih bulan laaaa 😆

EMPAT EKOR IKAN SIAKAP SUAMI BAWA BALIK DARI PAKA

$
0
0
EMPAT EKOR IKAN SIAKAP SUAMI BAWA BALIK DARI PAKA | Yaaa kali ni Suami bawa balik lagi banyak, sederhana besar tapi sampai empat ekor Suami bawa balik untuk Sis dan anak-anak. Ikan-ikan ni semua adalah hasil memancing Suami di Paka sana. Dan ada sebesen ikan lagi, hasil dari 'bubu' ikan Suami.

Nampak tak di situ, dah macam nelayan Suami Sis ko kan hahaha. Yer laa katanya, kalau dah kadang selang hari pergi memancing, dapat ikan bebanyak, muak juga makan ikan hari-hari, tu belum lagi hasil dari naikkan bubu, lagi lee penuh se-bot. kalau Sis pulak memang suka makan ikan, lagi kalau ikan siakap besar gini, goreng pun sedap!

Asal dapat je siakap mesti Suami hantar gambar, Suami tau Sis suka ikan siakap. Tapi geram lee Sis ko, asyik nengok gambo aje, tu yang baru-baru ni Suami mancing dapat banyak, dia kata dia simpan, nanti balik Johor dia bawak. Alhamdulilah rezeki untuk anak bini kata Suami.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/02/hasil-memancing-suami-dapat-ikan-siakap.html



Haa nampak tu, empat ekor telah selamat Sis ko bawak ke kedai untuk di siang. Nak nyiang sendiri memang tak lerr, habis jari kulit Sis ko kang jahanam dek kena insang dan sisik ikan tu. lagi satu malas nak kecah dapur sinki huhuhu.

Jadi senang, hantar aje kedai, bayar upah budak yang tolong siang tu je. Sis bagi dia RM 15, jadilah buat duit makan tengah hari dia kan..sedekah gak tu.


Balik rumah, asingkan kepala dan ekor dengan isi. Then masuk dalam tupperware ikut beberapa keping (lupa nak amik gambar), senang nanti nak makan keluarkan aje. Dan ada rezeki dapat juga Sunah merasa, bagi Sunah sikit untuk dia bawa balik. 

Biasa ikan siakap ni Sis goreng aje, makan nasi panas-panas dan buat ratah, sedapnya lahaii..dan ada juga kadang Sis masak asam pedas dan lemak cili api, tapi kalau ada geng makan, kalau takde, memang tak kowser Sis nak masak berkuah gitu. 



Dan bila tadi Sunah balik tinggalkan Sis keseorangan (mohon simpati supaya dia tidur rumah lagi), Sis dah memang asingkan 4 keping isi ikan untuk Sis goreng makan tengah hari. Masak nasi, goreng ikan, goreng telur mata, makan dengan Bukan Sambal Hitam dan Bukan Sambal Hijau tu, perghhh terus selera makan ikan sampai 2 ketul licin hahaha. 

Lagi 2 ketul kita simpan untuk petang atau malam kang hehehehe. Si Sunah pun terus goreng gak tu, tak boleh tahan katanya nengok Sis hantar gambar ikan dah goreng hahahaha

Kenyang sudah..kerja pun banyak ni nak buat. Update blog pun bersusun ni nak update. Ermmm .
Takpe kita buat pelan-pelan, jangan paksa diri, nanti penulisan takde kualiti , gituuuuu!

Okaylah, sambung nanti. 
Bai bai ..


P/S: Ikan siakap masak cuka sedap tak ek? Biasa masak cuka tu ikan tenggiri..nak cubalah..

KENNY ROGERS ROASTERS UNVEILS AN EGGS-PLOSION OF FLAVOURS WITH NEW MEAL

$
0
0
KENNY ROGERS ROASTERS UNVEILS AN EGGS-PLOSION OF FLAVOURS WITH NEW MEAL | EGG-CITING TREAT IN MOTION! Kenny Rogers ROASTERS unveils an eggs plosion of flavours with new meal. One flavour that can hardly go wrong in any dish is none other than the much-loved salted egg yolk, a burgeoning frenzy in Malaysia.

As a highly versatile food, it can be relished with almost everything, ranging from snacks, pastries and now, even in a wholesome meal at Kenny Rogers ROASTERS (KRR)! Making its debut in the salted egg yolk repertoire, KRR’s Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken Meal is set to make more mouth-watering moments!



From now onwards, get a buzz out of the juggernaut flavours of the already succulent KRR rotisserie- roasted chicken lustered with a grandeur of salted egg yolk dressing, made eggstra aromatic with curry leaves fused into the sauce! With an interesting variation to KRR meals, guests will be spoilt for choice with a number of options catered for sharing or to have on its own:

  • Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken Meal @ RM 25.90 – 1 Salted Egg Quarter Chicken + 3 side dishes + 1 Muffin
  • Eggstra-Sedap Salted Egg Chicken & Soup Meal @ RM 27.90 – 1 Salted Egg Quarter Chicken + 1 side dish + Kenny’s Mushroom & Chicken Soup + 1 Muffin
  • Eggstra-Sedap Salted Egg Quarter Chicken À la carte @ RM 15.90
  • Eggstra-Sedap Salted Egg Whole Chicken À la carte @ RM 60.00
  • Eggstra-Sedap Salted Egg Family Feast @ RM 95.00 – 1 Salted Egg Whole Chicken + 2 side dishes + 4 pieces of Muffin + 1.5 litre of Coca-Cola



Enhance the meal experience with a glass of refreshing Triple Passion drink, a concoction of tropical fruits such as guava, passion fruit and mango for only RM10.50 À la carte or RM8.50 on top of the purchase of a KRR Egg-citing Giler meal.


Be sure to also feast on the Eggstra-Sedap Salted Egg Ayam Goreng exclusively at selected KRR restaurants which is available in Eggstra-Sedap Salted Egg Ayam Goreng Meal and Eggstra-Sedap Salted Egg Ayam Goreng & Soup Meal.



“We have seen how the salted egg trend in Malaysia has flourished and how it has become a staple favourite, so we are turning up the notch by introducing this meal that will tingle our guests’ taste buds further! At KRR, we constantly present our guests with innovative ideas to bring exciting flavours to the table so that they can expect something different every time they come back for the next visit!,” commented Kennie Thong, Marketing Manager of Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd.




As a reward to loyal guests who spend a minimum amount of RM80 per receipt with the KRR Card*, guests are entitled to the exclusive 25 th Anniversary KRR canvas tote bag**. For more information on Kenny Rogers ROASTERS, kindly contact 03 - 2119 9888. You can also visit www.krr.com.my or connect to www.facebook.com/krrmalaysia .

* Exclusively for KRR Card members only
** Promotion available on a first-come, first-served basis, while stocks last
*** All prices are inclusive of 10% service charge and 6% Service Tax where applicable





P/S: Mesti cuba sebab salted egg memang kegemaran Sis ko!! Jomm!

JOM NIKMATI MAKAN MALAM SECARA BUFFET BERTEMAKAN BBQ DI CAPRI BY FRASER JOHOR BAHRU

$
0
0
JOM NIKMATI MAKAN MALAM SECARA BUFFET BERTEMAKAN BBQ DI CAPRI BY FRASER JOHOR BAHRU | Korang suka makan BBQ? Nak makan BBQ di hotel tapi dengan harga yang murah dan berbaloi? Yerr Sis nak rekemen korang makan malam secara BBQ di Capri by Fraser Johor Bahru yang terletak di tengah-tengah bandar Johor.

Kalau korang makan malam di sini, korang akan nampaklah Singapura di sebelahnya. Dan juga CIQ yang sentiasa sibuk keluar masuk. Yang bestnya, kalau dah malam, suasana jadi cantik bila bergambar, sebab cermin kaca tu nampak romantik sangat dengan cahaya lampu di luar dan juga akan terlihat bulan di atasnya.

Untuk buffet BBQ kali ini, Capri menawarkan permulaan harga bagi seorang hanya RM 98nett. Dan jika korang menginap di sini, korang akan dapat diskaun sebanyak 20%.

Lebih dari 50 menu yang di hidangkan oleh Chef Suhaime bersama team dapurnya dan yang menarik perhatian adalah di bahagian bakar dan panggang. Semestinya kambing golek dan juga kambing bakar jadi pilihan ramai.

Sis berkesempatan untuk merasainya dan sudah tentulah, amat menyukainya! Maklumlah peminat kambing embekkkk...Bukan kata jenis BBQ aje, main course dia pun semua sedap!
RM 98 makan sampai kenyang! .

Jom kita lihat apa yang menariknya. Yang Sis tunjuk ni antaranya aje tau, kang masuk semua, jenuh korang nak scroll. Kat page facebook Sis ada semua gambarnya. Silalah terjah yer.
*Biar gambar berbicara ..





BBQ Section :

Untuk BBQ section ni, memang sebelum masuk je ke dalam Caprilicious, dah nampak tergolek dok si kambing tu tengah bakar. Dan ada juga kambing perap, ayam madu, satay, scallop, ikan kembong sambal, otak-otak, kupang, dan banyak lagi. Tak tersebut Sis semuanya..

Korang boleh pilih dan amik yang mana suka, dan mereka akan bakar untuk korang. Ingat! Amik berpada-pada, jangan membazir ya,




Untuk menu main course atau menu makan malamnya tu, Capri ada menyediakan nasi goreng bersama sotong kurita. Memang sedap, Sis ko terkorek-korek sotong tu juga hahaha. Tapi kalau korang taknak makan nasi, boleh juga makan roti, ada banyak pilihan roti.

Lauk pauknya jangan cakap, semua sedap, sebab apa, semuanya Sis amik dan rasa, bagi tekak Sis semua menetapi citarasa. Lebih-lebih lagi udang goreng tu dan juga ikan dori lemon tu, uii sedapnya. Korang pun mesti sukakannya. Juga ada masakan ayam dan juga sup.




Untuk bahagian salad ini, ada bermacam jenis yang korang boleh makan. Antara yang menarik perhatian adalah salad-salad beserta dengan ham dan juga itik yang di hidangkan bersama salad dan juga salmon yang memang sedap di makan bersama sosnya. Itik dia sangat juicy!

Juga ada kerabu mangga, somtam, dan mereka yang sukakan cheese pun ada juga di sediakan. Yang mesti cuba menu sotong tu ha, Sis ko dah lupa namanya, nanti Sis update balik bila dah ingat ye.



Dah makan memacam tu, jangan lupa sayur-sayuran ya, hahahaha. Weii jagung krim tu sedap gile. Lama nak buat sendiri tapi tak buat-buat, last-last rezeki dapat makan kat hotel hehehe, sampai 3 ketul Sis ko makan jagungnya hehehe.

Meh jom ke pencuci mulut pulak ya.




Untuk bahagian dessert atau pencuci mulut, korang kena cuba itu puding roti kukus, sedap, mula makan satu suap, sekali kesedapan, terus bersuap-supa Sis ko makan hahaha. Bahagian kuih muih dia pun banyak jenis. Buah-buahan juga fresh!

Dan tak lupa ada ais kacang dan minuman panas dan sejuk. Semua tu korang buat sendiri ya. Jangan tak caya Sis ko minum Latte tanpa gula adeiii..seksaa menahan nafsu..




Capri by Fraser, Johor Bahru / Malaysia Caprilicious’s BBQ Night .

Saturday . 
6:30pm to 10:00pm
RM 98 per-person

For bookings, call +60 7 288 0888 or email sales.johorbahru@capribyfraser.com .
Facebook : https://www.facebook.com/capribyfraserjb/
Instagram: https://www.instagram.com/capribyfraserjb/

Next Saturday 24/9/2019 adalah Caprilicious's Seafood Night
Booking table korang sekarang!


P/S: Terus teringat-ingat itu kambing golek hehehehe. 

GRAND OPENING PARTY OF HARD ROCK HOTEL DESARU COAST!

$
0
0
GRAND OPENING PARTY OF HARD ROCK HOTEL DESARU COAST! | Save the date this 28th September 2019 (Saturday) and brace yourself for the Grand Opening Party of Hard Rock Hotel Desaru Coast! Headlined by the legendary Rockstar of Malaysia, Amy Search!

Hosted by Terry Ong and Azura Zainal, you’ll be sure to be entertained throughout the whole party. Among other artists performing live inclue DJ Chinois, Hydra, The Sharp 9, dan Mira & Friends.

Enjoy the promo package of 3D 2N stay from 27th to 29th September 2019.


HRHDC GOP Ticket price:

Adult – RM180
Children – RM90
*FREE for children below 5 years.

Tickets can be purchased through this link :
https://airasiaredtix.com/tickets/hard-rock-hotel-desaru-coast-grand-opening-party#tab-tickets

DATE: 28 September 2019 (Saturday)
VENUE: Hard Rock Hotel Desaru Coast
(Jalan Pantai 3, Desaru Coast, 81930 Kampung Punggai, Johor)

TIME: 7pm onwards
CONTACT: 07 - 838 8888


P/S: Excited gile! Menghitung hari ...

WISHLIST : TERINGIN NAK BERCUTI ATAS KAPAL CRUISE

$
0
0
WISHLIST : TERINGIN NAK BERCUTI ATAS KAPAL CRUISE | Yaaa ini adalah wishlist Sis ko satu-satunya yang Sis inginkan dan belum dapat ditunaikan! Dah tanam niat dalam kepala, kalau boleh tahun depan nak tunaikan impian keinginan sendiri untuk bercuti diatas kapal cruise gini.

Yaa...Tak dapat bayangkan macam manalah bestnya kan.

Bagitau dengan Suami, dia pun excited juga dengar, katanya bercuti dalam kapal, tidur aje la ek hahahaha. Sis nak cakap lelebih pun tak tau, sebab tak pernah merasainya, jadi masih survey-survey lagi cruise yang mana best! dan destinasi kemana yang best.

Korang yang pernah bercuti atas cruise ni kalau ada link update kat blog atau info, boleh share kat Sis di ruangan komen ya. Kot mana tau boleh Sis jadikan panduan dan info pembelian.

Harap-harap tertunailah hasrat di hati.

Contoh Cruise : Sumber Google
Sebelum ni memang rajin Sis baca kalau ada kawan-kawan bercuti atas cruise ni. Tengok gambar mereka seronok betul. Lagi pulak teruja bila kata, bercuti atas kapal ni, memang tak rasa macam atas kapal, ibarat macam hotel aje.

Yelaaa siap ada shopping mall bagai, cafe, dan semuanya laaa yang ada di darat. Apa aje yang takde katanya. Bestkan! Sangat teruja..

Kalau tanya mabuk? goyang-goyang tak kapal? Ada yang kata goyang tu biasa je sikit-sikit, tapi takde sampai mabuk. Yerr le tang goyang tu terus terbayang cite Titanic ko hahahaha dan juga cite Jaws 😆

Takpelah, kita berangan dulu, angan-angan tu kan percuma je. Mana tau dari angan-angan laaa jadi kenyataan, ye dakkk..so jom kita sama-sama berangan hehehehe...

Sambil berangan kita survey..heheheh destinasi cruise yang Phuket - Krabi tu best ek...
Takpe memana pun okay, janji naik cruise.. InsyaAllah, one day ...


P/S: Atas cruise boleh mancing tak? Tanya Suami.... ermmm...

WORDLESS WEDNESDAY - CAFFE LATTE & CHOC MUFFIN

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - CAFFE LATTE & CHOC MUFFIN | Caffe Latte, pekat, harum tapi tawar. Choc Muffin, hitam, kering tapi sedap, moist di dalam. So begitulah dalam kehidupan kita. Bukan semua benda yang nampak indah elok tapi semuanya baik-baik belaka.

Belajar dari kesilapan sambil perbetulkan kesalahan.
Bukan cari kesalahan untuk tutup kesilapan.





P/S: Muka kekenyangan selepas nengok wayang di Emperor Cinemas RnF Mall Johor!

JOM MAKAN-MAKAN DI IKEA SEMPENA PROMOSI 'MADNESS MERDEKA'

$
0
0
JOM MAKAN-MAKAN DI IKEA SEMPENA PROMOSI 'MADNESS MERDEKA' | Siapa sini sukakan kepak ayam? meatball Ikea? dan juga udang krai (mini lobster)? Yaaa kalau korang sukakannya, jom datang ke Ikea sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia untuk promosi menarik dan juga set menu 'Madness Merdeka'.!

Rasanya semua Ikea di Malaysia kot buat promosi ni, untuk Sis tentunya di Ikea Tebrau. Promosi Ikea Madness Merdeka ini berlangsung bermula 15 Ogos – 2 Sept 2019. Korang kena cepat sebelum ianya berakhir. Setahun sekali aje tau ada!

Baru-baru ini Sis berkesempatan untuk mencuba semua menu yang sedang di promosikan, dan ternyata kesemuanya memang sedap dan menepati citarasa anak tekak Sis. Dan Sis pasti korang pun sukakannya. Lebih-lebih lagi buat peminat tegar 'fans' makanan di Ikea ni hehehe *Sis lee tuu ..

Harga yang di jual pun tidak terlalu mahal, berbaloilah dengan menunya dan rasanya yang sedap. Puashati tau! Jom Sis tunjuk (gambar je ye) menu apa yang Sis makan dan set apa yang Ikea sediakan sempena promosi Madness Merdeka ni.

Harap jangan terliur hehehe.


Smoked BBQ Beef Rib with Soup dengan harga RM36.90 sahaja.

Yang ini korang kena cubalah, memang ternyata sangat sedap! Makan sorang pun puashati, isi daging dia sangat lembut dan juicy sangat, fresh! Di makan dengan Soup Cendawan dan juga ada di sediakan bersama kentang goreng dan juga sayur brocoli. Mesti cuba!

Sos dia aje agak sikit Ikea curah, kalau korang beli minta lebih kuah sikit ya.


Udang Krai Platter (Udang Krai bersama Salmon) RM21.90

Untuk set Udang Krai Platter (KRÄFTOR Frozen crayfish) ni, udangnya frozen, maksudnya, senang cakap, macam seafood on ice gitu, haaaa. Kalau korang order dan bila dapat, nampak macam udangnya macam plastik gitu, tapi serius bila makan, sedap! Di sediakan bersama Salmon fresh dan juga mini udang rebus di makan bersama salad dan juga sos.

Biasa udang gaya frozen macam ni akan rasa tawar sikit, so korang kena makan dengan sos dan juga berulamkan salmon, tapi tetap sedap!.


Udang Krai bersama Sos Tomato Pedas RM29.90

Untuk menu Udang Krai yang ni berbeza dengan yang sebelumnya. Yang ini udangnya di masak bersama dengan sos tomato pedas, tapi tidaklah terlalu pedas, masih boleh bawak bincang. Rasa sos tu membuatkan isi udang krai tu sangat sedap! Sis sukakannya.

Korang kena cuba menu ni, sebab ianya hanya ada setahun sekali aje okay sempena Merdeka!


Chicken Wing boleh dibeli dengan hanya RM2 sahaja!! 

Peminat kepak ayam Ikea tentu sukakan offer ini kan! Kini boleh di beli dengan hanya RM2 sahaja seketul. So korang boleh beli ikut berapa yang korang nak makan aje. Berbaloi-baloi kannn.. Ternyata memang kepak ayam Ikea ni jadi pilihan utama semua, entah kenapa..sedap giler kan!

Tapi hanya dijual pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9am - 9pm. Limited seorang boleh beli 12 ketul aje.



Set Turf and Surf Combo (Meatball & Kupang) hanya RM 29.90 sahaja untuk Ikea Family.
 (Non member harganya RM33.90) .

Yang ini lagi special, kesukaan Sis hehehe. Kalau ke Ikea mesti makan meatball dia, cuma yang bestnya untuk promosi ini, korang boleh beli meatball tu dengan kuantiti paling sikit iaitu 8 ketul sahaja, dan beserta set kupangnya dengan harga RM 29.90 jika korang ahli, kalau bukan ahli korang bayar dengan harga RM33.90.

Meatball tu jangan cakapla kesedapannya, tapi yang kupang tu, sangat segar dan sedap! Korang kena cuba set ni.


Durian Dessert Festival 

Ikea kalau korang tau sebelumnya ada promosi durian festival kan? Mesti korang dah cuba kek durian dia yang harga RM9.90 tu? Sedap kann? Tapi kali ini sempena Madness Merdeka, Ikea mengeluarkan satu lagi pencuci mulut iaitu Mochi Durian yang boleh dibeli di Ikea Sweedish Food Market dengan harga RM38.90 10 biji .

Nampak mahal harganya, tapi bila ko makan! rasa durian D24 dia sangat sedap, tak tau nak cakap macam mana. Korang kena cuba sendiri. Ko letak 10 biji depan Sis, 5 saat boleh licin kot hahahaha.





IKEA SWEDISH FOOD MARKET:

Korang pergi Ikea tu, pernah singgah tak Ikea Swedish Food Market ni? Ooo kalau yang tak pernah singgah, bolehlah singgah. Sini banyak sediakan dan jual makanan dari negara Sweden. So tak payah pergi jejauh, kat Ikea je ada hehehe.

Bagi korang yang nak beli frozen udang Krai (Crayfish) atau Salmon frozen atau aneka frozen dari menu Ikea, pun korang bole dapatkannya di Ikea Swedish Food Market ni. Sis nampak haritu hotdog dia pun ada jual, nanti nak belilah.

Juga ada menjual pelbagai makanan termasuk biskut, cokelat dan coffee. *paling ramai orang beli cokelat dan biskut dia hehehe.


Get Spotted!! .

Dapatkan sticker pelekat kereta dengan berbelanja sebanyak RM100 (bermula 29 Ogos sehingga 30 September 2019) dan berpeluang memenangi baucer RM50 dari Ikea . Setiap hari akan ada 1 pemenang.

Ianya macam ni, korang dah belanja lebih dari RM100, then dapat sticker, korang tampal di kereta korang. Kemudian kalau esok-esoknya korang datang ke Ikea dalam tempoh 29 Ogos sampai 30 September 2019 tu, pihak Ikea akan ronda-ronda di parking Ikea, then kalau ada rezeki korang, kete korang terkena 'Get Spotted', haaa koranglah menang baucer Ikea tu. Faham?

Cuma jangan harini korang datang bawa kereta, tampal kat kereta, esok ko datang bawak lori, so takde laa sticker tu oii.. Haa apalagi, jom le shopping di Ikea!! Shopping sambil makan hehehe..


Madness Merdeka - 15 Ogos – 2 Sept 2019

Food offer details can be found on website https://www.ikea.com/my/en/stores/restaurant/ 

STORE OPENING HOURS: 
- Sunday – Thursday: 10am – 10pm
- Friday and Saturday: 10am – 11pm
- Day prior to Public Holiday: 10am – 11pm

Restaurant Opening Hours : 
- Breakfast is available from 9.30 AM - 11 AM for IKEA Tebrau
- Lunch is available from 11 AM - 3 PM for IKEA Tebrau
- FIKA is available from 3 PM - 5 PM
- Dinner is available at 5 PM onwards

IKEA serves farmed responsibly ASC & MSC certified sustainable seafood in their restaurants & food stores.

A better home with IKEA FAMILY (Member benefits) 
More info https://family.ikea.com.my/en/about-us 

Redeem rewards. Earn 1 point for every RM1 spent at the IKEA stores, IKEA Restaurant, Bistro or Swedish Food Market
Special prices
Birthday special
Special deals
Book a kitchen specialist
Enjoy food offers
Get free coffee or tea
Partner promotions

Sign up online or register at IKEA FAMILY kiosk in IKEA TEBRAU. http://family.ikea.com.my/membership/Family-LogIn.aspx?lang=en

*Temporary card owner would need to spend RM200 within 1 year from application date to receive permanent card

Website: https://www.ikea.com/my/en/stores/tebrau/
 Follow: IG @ikeamalaysia or FB @IKEA ya! .



P/S: Haa apalagi, jom start enjin! kalau ada terkurang info, korang boleh tengok web dia ya. Jangan balas membaca.!

WORDLESS WEDNESDAY - PANAS

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - PANAS | Yaaa sejak-sejak ni cuaca panas kemain yer, terkadang cecah sampai 34 - 37'c suhu di luar tu. Apa musim panas ke sekarang ek? Bukan nak masuk musim tengkujuh ke? Ermm..

Tempat korang panas juga ke? ..

Okaylaa, jom bukak ekon, tengok Netflix sambil makan buah Naga..yumssss..


Yang ko panas-panas tu buat apa haaaa Zam hahahaha 😆
#GengBasSekolah76



P/S: Harini Sis masak Daging Kurban Lemak Cili Api, sedapnyaa...esok laaa tayang hahaha..

EMPEROR CINEMAS REDEFINES CINEMATIC EXPERIENCE WITH THE LAUNCH OF ITS FIRST LUXE OUTLET IN MALAYSIA

$
0
0
EMPEROR CINEMAS REDEFINES CINEMATIC EXPERIENCE WITH THE LAUNCH OF ITS FIRST LUXE OUTLET IN MALAYSIA | Featuring unparalleled service, luxurious design, and food that satiates the appetite. Hong Kong business’ conglomerate, Emperor Group, founded by Dr Albert Yeung has grown exponentially and expanded into a diversified group of businesses.

Ranging from financial services, property, watch and jewellery, entertainment, hospitality and others, the Emperor Motion Pictures (EMP) has made its mark into a leading player in the Chinese film production and distribution scene, focusing on the production, sales and distribution of quality motion pictures.

Emperor Cinemas, a core business under Emperor Motion Pictures, was introduced in 2015 and has spread across various cities in Mainland China and Hong Kong. With the success of its cinemas in these locations, Emperor Cinemas is proud to establish its presence in Malaysia, with the introduction of Southeast Asia’s first luxe cinema in R&F Mall, Johor Bahru. Paying homage to the brand, the cinema takes pride in their first-class service, extraordinary interior design, and exquisite Hong Kong styled menu.

Alex Yeung, Executive Director of Emperor Group, mentioned that the Group is delighted to introduce Emperor Cinemas in Malaysia, especially in a strategic location like the R&F Mall which caters to both the Malaysian and Singaporean moviegoers.

“I am extremely delighted that ourfirst South East Asia cinema has arrived in Malaysia. Over the recent years, the Group has been keen to expand their presence in the film and entertainment industry by taking a streamlined approach with its diversified business resources, enabling an enhanced viewing experience for audiences across the region”, said Alex.



Luxury Cinematic Offerings
Unparalleled first-class service

Emperor Cinemas delights in their professional team who are knowledgeable and well trained to provide exceptional service to all guests. The team includes Theatre Managers, Audio Visual Specialists and Service Ambassadors. Each employee is also given the important task of ensuring that each customer’s cinematic experience is met to the highest standards.



Luxurious cinematic interior design

As Emperor Cinemas focuses on providing a wholesome experience through in-depth design features when introducing a new cinema, expect unconventional interiors when you pass through the doorway at the outlet in R&F Mall. With the wide use of suspended geometric structures across the entire two- story cinema, the overall design celebrates the various forms of imagination and the possibilities of
creativity.

The lobby features a subtle colour palette of grey, silver and bronze, to complement the spectacular pendant light above the doorway and the suspended ceiling structures. The staircase that glows with a flight of hidden LED lights, the black hairline stainless steel door to each screening house, the various shades of blue fabric walls in Hall Type A and the hues of green in Hall Type B, all of which desire to lead the audience to enter another universe and embark on an adventure.




Exquisite Hong Kong delectables

Breaking tradition of the customary popcorn and soda, Emperor Cinemas introduces their gourmet Hong Kong snacks with a high-end twist. With the passionate culinary team on board, movie goers can indulge in a Hong Kong styled menu and specialised drink recipes. Introducing their signature egg waffle, Emperor Cinemas invites guests to relish in the rich and buttery original egg waffles, or top it off with a spoonful of delectable ice cream of their choice to achieve an invigorating balance.

For a sweet indulgence or to experience a typical high tea in Hong Kong, customers can request for the delicious ice-cream red bean fleecy. Similar to our local dessert cendol, this drink is made using adzuki beans, light rock sugar syrup and evaporated milk. Complement the staple ice cream with the famous Cha Chaan Teng French toast to experience a palette of powerful flavours.




Where passion meets innovation, other popular food items available include scrumptious hotdogs, with best-selling options of ‘smoked salmon’ or ‘meat lover’, melty cheese nachos, crispy popcorn chicken and a wide range of mouth-watering dishes, spoiling guests with a variety of choices. All in all, the menu promises to bring together one of the best snacking experiences at a gourmet standard.

Emperor Cinemas has a wide spread of F&B offerings over 2 levels, each serving different types of cinematic delectables. Guests can either choose to indulge in the traditional cinematic snacks of popcorn and hotdogs at the cinema concession counter on Level 1, or satiate their taste buds with local Hong Kong food at the Monkey Cafe on Level 2 of the cinema.

The café promises audiences an experience different from the traditional cinema concession counter on Level 1 and becomes a perfect place for movie goers to hang out whilst waiting for a movie or to simply enjoy the gourmet standard food and beverages served there.

Other Cinematic Features

Tailor-made for movie connoisseurs who appreciate only the highest quality, the cineplex has 8 luxuriously-appointed cinema halls. There are 2 Dolby Atmos halls and 6 Dolby 7.1 halls with a combined seating capacity of 745 seats. All seats come with flexible armrests, allowing audiences to adjust according to their needs. “Featuring sofa leather seats, audiences are guaranteed to be delighted with the cinematic experience of high-end comfort and style, and they may even forget that they are sitting in a theatre,” mentioned Vicky Wong, Director of Administration and Special Projects.

For the more dedicated movie fans, each cinema hall has been equipped with state-of-the-art technology. The SONY 4K Laser projector system, the first of its kind in Malaysia, brings advanced image quality to the screen with outstanding brightness, high contrast, and superior colour performance. “Cinemas have to constantly raise their game to provide an unmatched immersive experience in both sight and sound. We found Sony 4K Laser Projector System ticking all the right boxes for true 4K image quality”, added Vicky.

There are 5 ticketing kiosks and 2 box office counters available at the cinema. Emperor Cinemas is also providing the sale of e-tickets through their online platform as well as their newly launched Emperor Cinemas mobile application, where guests can manage bookings and receive the latest news all at their convenience. By booking online, customers can enjoy service fee waiver, a first in Malaysia.



Moviegoers are encouraged to join Emperor Cinemas VIP membership for free and enjoy a lifetime of exclusive benefits, such as receiving two complimentary tickets on your birthday month, annual 10% discount on food and drinks, exclusive invitations to member events and many other privileges. On top of all the goodies, VIP members can accumulate tokens for all spending at the cinema and redeem exciting rewards such as free tickets or items from the concession counter.

Use the mobile app to access VIP membership programs for e-membership cards, coupons, special reward offers and enjoy the ease of e-ticket admissions. For truly worthwhile rewards to savor, download the Emperor Cinemas app via Play Store or Apple Store and join the VIP membership now!

Beyond the Conventional Cinema Offerings

Emperor Cinemas now opens its doors to the public for private screenings and parties. Situated at an ideal location between 2 fast-paced cities, Emperor Cinemas does not only offer the best venue for private parties, meetings and business events, but also provides guests with the opportunity to decide the type of content they wish to project on screen during these special events. Screenings include any typical movies, live sports events or even e-sports competitions.

Guests are also allowed to create their own themed activities such as birthday parties for kids and adults, family reunions and social gatherings – a unique alternative to host events in Emperor Cinemas with families and friends. Emperor Cinemas orchestrates the type of experience that speaks to all the senses. With cinemas across Mainland China and Hong Kong, the brand plans to have more establishments in the near future.



Facebook Page : https://www.facebook.com/EmperorCinemasMy/
Instagram : https://www.instagram.com/emperorcinemasmy/



P/S: Korang nak tau best ke tidak pengalaman Sis sewaktu ke sini? Tunggu esok ya, Sis cerita. Ni Sis bagi korang intro dulu hehehehe.

DAGING KURBAN MASAK LEMAK CILI API IKUT SEDAP TEKAK SENDIRI

$
0
0
DAGING KURBAN MASAK LEMAK CILI API IKUT SEDAP TEKAK SENDIRI | Semestinya ikut tekak sendiri, takkan nak ikut tekak orang pulak. Lainlah kalau nak makan ramai-ramai, memang kena tanya tekak orang lain, kot ada yang taknak pedas ke, nak pekat ke, nak cair ke, tapi kalau ikut tekak sendiri, yaaa kita masak ikut sukahati..

Kan dah kata, jarang sangat Sis nak masak lauk berkuah kalau tak ye ye. Sebab takde siapa nak makan, tapi sebab dah berkali-kali sendiri sebut, nak masak daging kurban tu masak lemak cili api, makanya kena tunaikan, supaya tidak kempunan tersandung batu di tengah jalan hahahaha.

Dan akhirnya, terjadilah Daging Kurban Masak Lemak Cili Api. Rasa dia sedap sangat! Ye laa sedap ikut tekak sendiri hehehe tapi anak Sis, Yana pun kata sedap hokay!!


Semangkuk ni ada 2 kilo daging kurban. Daging kurban adik yang buat kurban raya haji lalu tumbang sekor dia satu family, alhamdulilah. Simpan aje tak masak-masak, last-last termasak juga akhirnya. Sis rebus masuk dalam Noxxa Sis selama 15 minit aja, sebab taknak dia rapuh lembut sangat, tapi tetap juga lembut!

Nasib juga Noxxa masih boleh guna lagi lepas jatuh tu, kalau tidak..jenuh nak merebusnya uii..
[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/08/wordless-wednesday-jatuh-dan-pecah.html



Ikutkan mulanya Sis nak salaikan daging tu dulu, konon-konon nak buat macam daging salai, tapi perut dah lapar sangat, makanya rebus dan terus je masak kekdahnya..Resepi biasa aje, Sis pun belek resepi Mat Gebu masak lemak cili api dia, pun lebih kurang je bahan yang Sis guna.

Cuma nak pelbagaikan tu je ikut suka korang. Nak letak belimbing buluh ke, nanas ke, kentang ke, terpulang, macam Sis, takde letak apa-apa sebab masak apa yang ado jer. Pun sedap! Terlebih kunyit je, tu yang macam nak pitam nengok kuning kuahnya hahaha.

[Resepi Mat Gebu] : https://www.tiffinbiru.com/2010/03/daging-lemak-cili-padi.html


Sis masak, Sis belender bahan semua. Lepas tu tumis sampai pecah minyak, then masukkan air dan santan, biar sampai mendidih baru Sis masukkan daging, then buka api kecik, biar mereneh sampai daging resap dan kuah pekat sikit.

Lain orang lain cara. Janji sedap tekak sendiri sudah lerr.. Lepas dah siap je, ceduk nasi terus makan. Lapar dia kemain lapar, tak boleh bawak bincang betul! Hahahaha. Sampaikan nak ceduk semangkuk tadi sampai menjilat di tepi pinggan hahaha. Dan satu perangai sejak-sejak ni, asal nak makan nasi mesti nak telur mata, asal goreng telur mata, mesti nak makan nasi. hahahaha

Sebelum makan tangkap gambar send kat anak,Yana...tak sampai setengah lepas makan, eh tup-tup dia balik..katanya lapar tengok lauk Mak hahahaha. Nak send kat Suami, malas...sian lak dia tengah bizi kerja 'shutdown' tu kat sana. So biarkan le dia buat kerja dia ..kita buat kerja kita hehehe.

So korang masak apa harini? Sis harini tak masak, lauk tu ada lagi, cukuplah buat makan tengah hari kang. Petang ke malam kalau lapar, pepandai le merangkak dapur cari makan ...

Dah, jom sambung tidur buat kerja ..
Jumpa nanti..Bai



P/S: Teringin nak minum Starbucks tetibaaaa....aje gile!!! Oii Sis Lin!! Bawak mengucap!!
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live