Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4456 articles
Browse latest View live

MAKAN SEBANYAK TU HANYA RM126.00 DI LC CATERING

$
0
0
MAKAN SEBANYAK TU HANYA RM126.00 DI LC CATERING | Yerr sebanyak tu haa hanya bayar rm126, kecuali burung puyuh goreng tu ya. Menu ni pakej untuk makan 3/4 orang tapi Sis datang masa tu bertiga bersama Suami dan juga anak Sis,Yana.

Yang lagi 2 orang tu berjimba di Legoland hahahaha. Kebetulan anak Sis,Yana nak belanja Emak dan Ayahnya, so Suami kata kita makan di LC Catering ajelah, sebabnya dah lalu arah sana, so pilih yang dekat-dekat aje sebab takut tak sempat nanti, tempat makan penuh.

Sis terus ke LC Catering dulu sebelum pusing-pusing bandar. Datang dan order dulu. Sekali bayar deposit. SIs tengok daN belek menu, anak kata amik yang set ajelah, semua ada. Tapi Sis teringin nak makan burung puyuh, so order buat tambahan.

Lepas dah order kami pergilah berjalan pusing-pusing bandar. Entah apa yang Suami Sis cari pun tak tau, masuk kedai ini masuk kedai itu, semua takde yang kenan katanya. Hahaha apalagi baju raya Isteri dialah hahaha. Kan dah kata baju raya Sis Suami yang settlekaN, so ikut suka mata dialah. Fesyen apa pun tak taulah, tunggu aje lah .

[Baca juga]: Baju Raya Bertemakan Makanan Malaysia 

Dah pusing-pusing nengok jam dah jam 6.45pm, so terus aje ke Lc Catering. Sampai aje, waa dah siap dah semua menu atas meja, orang plak dah full dah.

Sekali nengok, makk aii gulp!


Terbeliak mata Sis, anak Sis dan Suami Sis hahahaha, punyalah banyak, nengok menu macam tak banyak je lauknya hahahaha. Boleh habis ke ni makan bertiga kata Suami hahaha..

Set ni 3/4 orang makan dengan harga RM 126nett . Puas hati ko, berbaloi dan semua sedap!

Antara menunya:
Ikan Siakap stim limau
Tomyam Campur
Sayur kailan asin
Udang goreng tepung
Sotong goreng tepung
Tauhu jepun masak apa ntah
Buah-buahan
*ikan dan sayur korang boleh pilih nak ikan atau sayur apa dan juga nak masak apa.

Minuman pun banyak jenis, Sis minum kedondong asam boi, anak Sis Jus Epal dan Suami Ais limau. Juga mereka akan letak ais jelly kelapa dan juga pepes. Sedap tau pepes kat sini.

Kalau koranglah RM 126 tu berbaloi ke tidak? Okay ke tak? ermmm...
Bagi Sis okay je, selamat juga habis semuanya hahahaha. Kami makan slow-slow, dah selesai solat pun makan lagi, bergilir ke surau sebab nak jaga meja hahahaha..

Selepas makan ....


Beginilah selalu terjadi bila selepas makan..mengenang nasib perut memasing hahahaha..Aishhh nak nyesal pun tak guna, sendiri mau ingatlah hahahaha..

Tapi Suami kata tak pe makan habis, jangan membazir, kalau membazir amalan syaitonnn katanya ngekek gelak dengan anak. Tapi boleh tahan juga Suami Sis ko makan haritu, mungkin sedap kot, kena kat anak tekak dia, biasa jarang dia nak makan tomyam tu, haritu bertambah dia makan.

Ke sedap sebab free, anak belanja kakakakah ...alhamdulilah ..

Korang kalau nak cuba, pergilah, ada banyak set boleh cuba.




P/S: Harini dapur off juga, ada event nengok wayang woo ini petang..bye..

BUAT FOLLOWER BLOG, SILA TINGGALKAN KOMEN DAN LINK BLOG KORANG YE

$
0
0
BUAT FOLLOWER BLOG, SILA TINGGALKAN KOMEN DAN LINK BLOG KORANG YE | Siapa-siapa yang terbaru yang datang singgah blog Sis dan follow blog Sis, sila tinggalkan komen dan link blog korang ya, sebabnya bila Sis klik profile korang, takde link blog korang, so tak tau apa nama blog ko.

Kang kata sombong pulak kata Sis taknak singgah dan komen blog korang kan, tapi memang takde details link blognya, yang ada cuma blog yang korang follow je yang ada dalam profile tu.


Memang sejak tak G+ ni agak susah nak trace follower, kalau dulu klik je akan keluar terus ke profile G+, kat situ dah boleh nampak link blognya, ni guna follower blogger, takde plak, ke tak setting ek.

Kalau Sis punya, rasa ada nama blog Sis. Pernah cuba, ke nanti korang try check klik profile follower Sis kat follower korang, tengok ada ke takde nama link blog Sis.

So nanti bagi mereka yang baru follow blog Sis, sila tinggalkan komen dan link blognya yer..

Terima kasih ..




P/S: Pengumuman macam retis sangat khenn hahahaha...

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL PADA 3 JUN 2019

$
0
0
TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL 1440H PADA 3 JUN 2019 | Tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Isnin, 3 Jun bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah, menurut kenyataan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen.

Gambar di ambil depan rumah Mak, Masjid Bulatan Kampung Melayu 

Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu :

Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, 
Melaka; Teluk Kemang, 
Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor. 

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, 
Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, 
Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi di Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram di Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan.

Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.

Esplanade Luak di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu, Sarawak; dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.

Sumber : Bernama 




P/S: Semakin terasa bahang Syawal... korang dah berapa peratus siap persiapan raya? Sis? 30% jer, ko ngase? 

WORDLESS WEDNESDAY - DAH BAYAR ZAKAT FITRAH?

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - DAH BAYAR ZAKAT FITRAH?


MAINJ Tetapkan Zakat Fitrah 2019 Dengan Kadar RM7.00 dan RM10.00

Panduan Pembayar

  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib meNunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
  • Tiada pembayaran Zakat Fitrah secara online, bayaran hendaklah menerusi Amil fitrah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor diseluruh negeri Johor.


Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:

” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)” - Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah 



P/S: Alhamdulilah..Suami sudah tunaikan dan laksanakan ..

ISTERI SELALU MERUNGUT DUIT SUAMI TAK CUKUP, JANGAN RISAU, YFS KAN ADA

$
0
0
ISTERI SELALU MERUNGUT DUIT SUAMI TAK CUKUP, JANGAN RISAU, YFS KAN ADA | Buat para suami di sana, jika terbaca tajuk post ini, cepat-cepatlah bukak/klik dan baca post ni sebabnya YFS boleh membantu korang.

Tapi YFS bukanlah 'ahlong; atau pun 'pinjaman wang berlesen' tapi ianya adalah YFS Concept Store, sebuah kedai pakaian yang menawarkan harga jauh lebih murah dari harga biasa.

Sedia maklum, hari raya semakin dekat, sudah tentu banyak persiapan raya yang kena buat, dan tentunya masing-masing nak berjimatkan. Kalau boleh nak beli dengan harga yang murah tapi berkualiti.

Semestinya bagi orang perempuan ni nak baju baru bila beraya. Jadi pening kepala sang suamikan hehehe. Tak dapat kang, isteri merungut dan membebel hehehehe..


Jadi sebelum isteri tuan-tuan semua merungut duit tak cukup nak membeli pakaian tambahan, haa so bersiap sedialah nanti surprisekan isteri dan bawa dia ke sini ya, tentu isteri korang gembira punya.

Kalau korang masuk sini semestinya tidak akan pulang dengan tangan kosong, mesti akan membeli punya, sebab banyak harga diskaun  yang di tawarkan.

YFS Concept Store ada 32 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. So, korang bolehlah walk in di cawangan yang berhampiran tempat korang .


YFS Concept Store Raya sale 

Sejujurnya ini adalah kali pertama Sis masuk ke YFS Concept Store Jusco Tebrau,Johor ni, sebelum ni hanya lalu-lalu je, tapi sebab nak mencari baju raya tambahan, so Sis heret suami masuk sini.

Ternyata wowww ada sale laaa..

Sempena menyambut hari raya, YFS menawarkan harga yang mampu milik buat semua pembelinya. Harga diskaun sehingga rm20 dan juga free baucer rm50 dengan setiap pembelian rm200 ke atas, so bukan sikit-sikit punya murah, banyak murah woo..

Sis masuk sini pertama kali pun boleh meroyan membeli hahahaha. Design pakaian dia sangat up to date dan menepati citarasa terkini, tu yang Sis suka dan fesyen gaya muslimah pun ada.




Banyak Pilihan, Warna dan Saiz 

Baik pakaian wanita mahupun lelaki semuanya harga sangat berpatutan jika nak di bandingkan dengan kedai-kedai branded jenama sedia ada. Di sini pun banyak pilihan.

Saiz juga tersedia dari XS hingga ke XL bagi perempuan. Tapi XL dia pun besar. Sis pakai XL, pun nampak gedoboh hahaha, nak amik L masih tak konpiden hehehehe.

Tawaran 3 rm100 dan 2 rm100 tu cukup berbaloi dan ada juga tawaran harga berlainan tapi semuanya sangat jimat.




Harga Serendah rm20 

Pakaian lelaki yang di tawarkan dengan harga 2 rm100 untuk seluar slack, sangat berpatutan, kualiti kain pun bagus. Juga baju kemeja-T di jual dengan 2 rm70 sahaja. Banyak pilihan dan saiz yang ada.

Kalau anak bujang Sis memang kena beli kemeja-T berkolar tu, sebab memang kena pakai berkolar di dalam Politekniknya. so nanti Sis nak bawak dia ke sinilah berbelanja.

Benda ada murah, buat apa nak beli mahal-mahal.




Setandimg Dengan Jenama Lain 

Yer bagi Sis yang pertama kali ni nengok sama aje, ko beli mahal-mahal pakai pun sama, pastu kalau dah mahal nak bertukar banyak kali dah payah, so baiklah ko beli biasa-biasa macam ni, dengan harga rm39 gitu, ko boleh beli banyak!

So mana yang lebih berbaloi?

Kalau Sis takdenyalah cerewet, beli murah pun tak kisah, janji lawa kualiti bagus, banyak pilihan warna, saiz ada, so jangan banyak fikir, rembat aje beli. hehehehe. Sis memang tak cerewet. Sebab tu Suami tak kisahnya kalau kata Sis nak beli baju, dia tau standard kedai Sis macam ni jer hehehehe.

Nak malu apa boskurrrr...




YFS Concept Store Raya sale 

Dengan adanya YFS Concept Store Raya sale macam ni sekurangnya dapatlah membantu Sis dan juga anak-anak lebih berjimat dengan memilih pakaian berhari raya. Bukan kata hari raya sahaja, malah pakaian harian pun kami sekeluarga cari dan beli di sini.

Memang berbaloi.

Kalau korang yang belum pernah masuk dan membeli di sini, cubalah dan bezakan kebiasaan harga yang korang beli dengan jenama yang lain., pasti jauh beza lebih murah.

Jangan kata hakak tak payung arr..



Terima kasih YFS Concept Store 

Haa tengok, Emaknya shopping dulu sebelum anak. Jadilah kann beli 2/3 pasang buat tambahan baju raya, terima kasih Suamiku..hehehe 

Korang bila bila? Cepat sementara sale masih ada. 

Untuk maklumat dan info terkini berkenaan promosi dan sale, korang boleh ke :

Website : www.yfscorp.com
Facebook : YFS Concept Store
Instagram: @yfsconceptstore




P/S: Siapa macam Sis, kalau raya dah banyak hari, memang pergi beraya pakai blouse dan seluar aje? hehehe sila komen..

PENGALAMAN SELAMA 9 TAHUN MEMAKAI IMPLAN DI LENGAN KIRI

$
0
0
PENGALAMAN SELAMA 9 TAHUN MEMAKAI IMPLAN DI LENGAN KIRI | Ikutkan malas nak cerita pasal benda ni, bukan malas menaip tapi takut jadi isu sensitif, tapi selepas update di facebook, ramai yang PM bertanya, so Sis tanya Suami, boleh share tak di blog, Suami kata okay, so takpe, untuk kali ni Sis akan kongsikan pengalaman Sis memakai Implan buat ibu-ibu yang ingin mencubanya yer.

Diam tak diam, sudah 9 tahun Sis menggunakan Implan atau Implanon ini sebagai alat mencegah kehamilan. Ianya di tanam di sebelah kiri lengan Sis. Alat sebesar batang mancis itu setelah di masukkan ke dalam lengan, ianya mencegah kehamilan sehingga 3 tahun.

Dan risiko untuk TERmengandung adalah 90% sahaja berbanding alat cegah hamilan yang lain-lain. Dan korang tak payah susah-susah nak fikir nak makan ubat ke, nak pergi buat injektion ke, takut hamil ke, semuanya okay aje bila korang pakai Implan ni.


Dan soalan yang biasa Sis dapat bila kata pakai Implan ni adalah :

Tak sakit ke? 

Sakit! Siapa kata tak sakit. Walaupun ianya sebesar batang mancis aje Implannya Tapi sakit dia sewaktu kena bius aje, lepas dah bius, bila Doktor potong dan masukkan Implan tu, kemudian jahit, dah tak rasa. So biasa aje rasanya, cuma lepas tu, adalah rasa sakit sikit, berdenyut di tempat jahitan, tu jer.

Berapa harga? 

9 tahun dahulu, masa mula Sis pasang, harganya hanya rm350 sahaja, dan selepas 3 tahunnya, naik sikit harga ke rm500++ then selepas 3 tahun kemudiannya, cecah hingga rm680 sehingga kini yang terbaru Sis pasang. Tapi mungkin juga harga di klinik-klinik lain berbeza harganya . Cubalah tanya di tempat korang dan bezakan harganya yer.

Berapa lama untuk sekali pakai?

Sekali pasang, untuk 3 tahun. Dan Sis pasang, then sebulan sebelum tarikh tempoh habis, Sis pergi bukak dan terus masuk yang baru. Ada juga terbabas sebulan dari tarikh tempoh, alhamdulilah still selamat hahahaha. Kalau yang terlewat bukak dari tarikh tempog tu, dan korang rasa was-was, sebelum pasang, mintalah Doc scan, manalah tau takut sangat TERmengandung ke hahahaha..so far okay aje Sis ni ..

Buat di mana? 

Sis pasang di Poliklinik Gan di Taman Sentosa Johor. Sudah biasa dan terbiasa dengan klinik tu. Doktornya (lelaki) pun peramah. Buat kerja cekap dan pantas. Korang jangan takut, sangat profesional kerjanya. Tapi di Klinik kerajaan pun ada juga dengarnya, cubalah tanya.

Kesan Sampingan ada tak? 

Pertama dulu Sis tanya Doktor 'Doc, nanti badan gemuk tak?' hahahaha. Then Doktor kata hanya 10% aje badan akan naik. Tu pun tengok pada hormon sesaorang. Macam Sis, kalau makan pil badan naik kurus kering, ngeri nengok, dah macam jerangkung. Kalau buat injektion 3 bulan tu, kuss semangat naik badannya, macam donut gebu hahahaha. So far guna Implan, alhamdulilah walau nampak gebu, tapi maintain aje hehehe..

Kitaran Haid? 

Yang ini memang haid akan tidak teratur, ada masa tidak akan datang haid langsung dalam beberapa bulan. Ikut hormon badan memasing. Dan ada ketikanya datang haid hanya sikit-sikit aje, tidak normal seperti kebiasaannya. Ada pernah tanya Doktor, tapi Doktor kata biasa aje, hormon katanya. Ada juga terus tak datang selama 3 tahun tu. Pun ada juga.


Okay, rasanya itu je soalan yang biasa di tanyakan dan Sis dah jawab dah tu hehehe. Kalau korang ada lagi nak tanya, boleh email aje Sis ya. Jangan malu jangan segan. Benda boleh bincang, malu apa Boskurrr,,...

Buat korang yang nak pakai Implan ni, ingat! Pergi ke klinik yang berdaftar dan bertauliah yer, jangan main pergi pasang aje. Nanti dapat risiko ke apa ke, jangan salahkan Sis yer.

 Dan pastikan dapatkan nasihat Doktor dulu dan check tahap kesihatan korang dulu sebelum menggunakannya. Jangan cakap hakak tak payung ar..

Okay, nanti sambung lagi ya..
*masih di KL lagi ni..hehehehe..





P/S: Mengandung lagi? Tak payah le, umur dah 43tahun ni, dah masa untuk berehat dan honeymoon dengan Suami aje heheheh.. Kasi can korang mengandung dulu yerr hahahaha...

IKLAN RAYA PETRONAS 2019 - RENDANG SORAYA

$
0
0
IKLAN RAYA PETRONAS 2019 - RENDANG SORAYA | Korang dah tengok iklan raya Petronas ni? Satu yang Sis fahamkan sangat pasal iklan ni, air tangan ibu tiada tandingannya. Kau buatlah macam mana sekalipun resepi Emak ko, tapi takkan sama dengan airtangan Emak.

Kecuali kau betul-betul mewarisi masakan Emak ko. Maka akan samalah rasa masakan ko dengan masakan Emak ko.

Setuju? Cuma, selagi boleh belajar, kita belajar, korek resepi Emak tu selagi boleh, nanti bila Emak dah tiada ke, kalau rindukannya, kita masak resepinya, setidaknya dapat juga kenangkan airtangan Emak.

Paling suka Emak masak sambal kacang raya! Mabelessss...



Bagi korang yang belum nengok lagi, haa nengoklah, sedih pun yer..

Sila sediakan tisu..

#RendangSoRaya #AnugerahKita #PETRONASRaya2019 





P/S: Aaaa jomm shopiing raya di Shah Alam yo ! hahahaha ..

LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA MUSIM PERAYAAN

$
0
0
LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA MUSIM PERAYAAN | Apabila tibanya musim perayaan ataupun cuti-cuti panjang sudah tentu ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman atau melancong. Tak kiralah balik kampung jauh ke atau pun kampung dekat ke?

Macam Sis Kampung Melayu ajer hahaha..tapi tiap kali nak keluar meninggalkan rumah memang akan berhati-hati, lebih-lebih lagi Suami Sis, memang akan di periksa satu-satu, walaupun rumah ada guard tapi sendiri mau ingat ar.

Biasa yang mengundang jenayah ni siapa? Cuba tanya diri sendiri ...

Oleh itu, bagi korang yang akan meninggalkan rumah masing-masing sewajarnya mengambil beberapa langkah supaya rumah korang bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini.


Rasanya ramai juga dah balik kampungkan? Sebab cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat lepas lagi, mestilah masing-masing dah berkampung di kampung memasing. Seronoknya rayakan!!

Tapi ingat tau, bagi mereka yang akan pulang ke kampung, amik langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah masing-masing okay.

Antaranya terdapat beberapa tip ringkas untuk menghindari kemalangan khususnya kebakaran sepanjang kita berada di kampung atau pergi bercuti. Beberapa hari sebelum bercuti seharusnya kita membuat langkah-langkah keselamatan bagi memastikan rumah serta harta benda yang di tinggalkan berada dalam keadaan selamat dan teratur.

Palam (Plug) Peralatan Elektrik - Soket 

Sebelum keluar rumah hendaklah dipastikan setiap palam (plug) peralatan elektrik dicabut daripada soket bagi mengelakkan berlakunya kebakaran yang berpunca akibat litar pintas. Boleh dikatakan sebahagian besar kejadian kebakaran di negara ini disebabkan litar pintas.

Kita tidak boleh sesekali mengambil mudah tentang perkara ini sebaliknya perlu sentiasa peka bagi mengelakkan berlakunya kebakaran akibat daripada faktor tersebut.

Alat-Alatan Mudah Terbakar 

Selain itu, pastikan juga alat-alat mudah terbakar seperti tong gas, kerosin dan mancis disimpan di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya kepala tong gas ini hendaklah ditutup.

Langkah-langkah ini juga bertujuan mengelakkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Keprihatinan terhadap keselamatan bahan-bahan mudah terbakar ini boleh mengelakkan kita kerugian berpuluh ribu ringgit akibat kebakaran.

Pintu Dan Tingkap Dikunci Dan Dimangga

Bagi mengelakkan kecurian pula, kita hendaklah memastikan setiap tingkap dan pintu dikunci dengan mangga kunci yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan mangga kunci dipasang di tempat yang kemungkinan mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang termasuk juga pintu besi hadapan dan belakang rumah.

Maklumkan Kepada Jiran Terdekat

Kita juga perlu memaklumkan kepada jiran yang tidak ke mana-mana supaya memerhatikan keadaan rumah sepanjang tempoh bercuti. Berikan juga nombor telefon yang mudah dihubungi.

Jika berlaku sesuatu mereka boleh menghubungi kita secepat mungkin.

Barang-barang Berharga

Barang-barang berharga seperti barang kemas, wang tunai, koleksi jam mewah, komputer riba dan tablet hendaklah dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat.

Tanggungjawab terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang di tinggalkan semasa bercuti amatlah penting.

Laporkan Kepada Polis/Guard 

Laporkan juga ketiadaan kita di balai polis berhampiran serta pihak pengawal sekiranya rumah kita mempunyai khidmat kawalan berpagar.

Dengan perancangan yang rapi kita tidak perlu bimbang tentang keselamatan rumah apabila pulang bercuti ke kampung atau melancong ke mana-mana lokasi menarik. Malah melalui langkah-langkah yang diambil ini akan membuatkan percutian kita akan lebih selesa dan tenteram.





P/S: Rasa macam badan tak sihat. Demam rayakah ini? Huhuhuhu ..

NASIHAT 10 - DOSA YANG SANGAT BESAR

$
0
0
NASIHAT 10 : DOSA YANG SANGAT BESAR | Baginda Rasulullah saw diceritakan tentang sahabat yang berperang lalu mengangkat pedangnya kepada seorang yang kafir. Saat dalam keadaan jatuh dan tidak berdaya lantas si kafir itu mengucap kalimah syahadah. Namun sahabat itu tetap memenggal musuh tersebut.

Kemudian sampai berita itu kepada Rasulullah, diminta sahabat iru bertemu Rasulullah. Bertanya Rasulullah kepada beliau, "Adalah kamu bunuh dia setelah dia mengucap kalimah syahadah?". Jawab beliau, "Dia mengucap syahadah kerana takutkan pedang aku dan hendak lari daripada pedang ini".

Kemudian Rasulullah kembali bertanya soalan yang sama kepada beliau. Beliau turut mengulangi jawaban yang sama dan diulangi itu sebanyak 3 kali.

Baginda Rasullullah memgulangi soalan itu supaya ingin memastikan orang yang mengucap kalimah syahadah itu mempunyai kehormatan darahnya dan tidak boleh untuk ditumpahkan sewenangnya.

Setelah ditanya 3kali dan dijawab dengan jawaban yang sama, lalu Baginda Rasullullah bersabda, maksudnya, "Apakah telah engkau belah dadanya dan sudah tahu isi hati orang itu benar mengucap syahadah kerana takutkan pedang kamu?". Terdiam sahabat itu setelah mendengar kata-kata Rasullullah tersebut.

Kemudian Baginda Rasullullah berkata lagi, "Pergilah engkau ke sana. Engkau tidak akan diampunkan oleh Allah swt. Kerana dosa yang paling besar setelah syirik kepada Allah swt adalah membunuh nyawa yang tidak berdosa lebih-lebih lagi nyawa orang yang beriman.

Bukankah dalam satu hadith Rasulullah iaitu maksudnya, "Saya diperintahkan untuk memerangi orang sehinggalah diucap syahadah".

Namun ada sahaja segolongan kumpulan cetek pemahamannya tentang hadith ini lalu berkata, "Saya diperintahkan untuk memerangi orang sehinggalah orang itu mengucap kalimah syahadah. Lalu sesiapa sahaja yang enggan mengucap akan dipenggal lehernya".

Ini jelas langsung tidak bertepatan dengan maksud hadith Nabi tersebut.

Berapa ramai orang Islam hari ini dek kerana tidak belajar dan cetek pemahamannya lalu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasullullah seakan-akan memperjuangkan kesucian agama. Padahal merekalah yang sedang merosakkan agama ini, bahkan perbuatan ini boleh menatijahkan mereka ke neraka jahanam.

Ketahuilah, sesuatu ayat Al-Quran dan hadith itu perlu dibaca dan difahaminya mengikut keadaan, dan bagaimana kaitannya dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang lain.

Ini kerana setiapnya mempunyai keadaan-keadaan tafsiran tertentu yang ditujukan kepada golongan tertentu dan keadaan tertentu. Keadan itulah yang sangat penting untuk difahami.

Bukankah baru-baru ini berlaku di salah sebuah negara di barat, seorang yang mengaku muslim membunuh seorang yang kafir lalu membawakan dalil Al-Quran ketika ditangkap oleh pihak berkuasa.

Ini kerana gagalnya orang itu memperolehi cara memahami ayat tersebut dengan tepat dan betul.

Berusahalah untuk memahami ayat-ayat Al-Quran dan hadith mengikut apa yang diajar oleh Baginda Rasullullah supaya tepat pemahamannya. Bukan apa yang anda sendiri faham.

Jika mengikut apa yang anda faham, maka akan lahirlah setiap orang itu fahaman yang berbeza-beza. Tapi ini tidak akan berlaku jikalau kita merujuk kefahaman Al-Quran ini kepada yang berhak mentafsirkan Al-Quran ini iaitu Baginda Rasullullah, dan kemudian yang telah diperincikan oleh para sahabat dan ulama selepasnya.

Ketahuilah, orang yang membunuh seseorang lain yang beriman dengan sengaja, maka balasan pertama adalah akan diseksa dirinya ke dalam neraka jahanam. Dan balasan seterusnya adalah orang itu kekal di dalamnya dan juga dimurkai Allah swt serta dilaknat dan disediakan azab yang amat pedih oleh Allah swt.

Azab neraka jahanam itu sudah cukup dahsyat, inikan pula ditambah lagi kemurkaan Allah, dilaknat Allah, dan ditambahkan azab keatasnya. Hanya kerana ditumbangkan satu nyawa tanpa sebab yang benar.

Lihatlah hari ini, berapa ramai nyawa orang-orang Islam yang dibunuh begitu shaja dek kerana berbeza ideologinya.

Apakah nyawa yang hilang itu dibiarkan oleh Allah tanpa dipertanggungjawab ke atas sesiapa?

Atas nama Allah, percayalah bahawa setiap nyawa yang hilang itu pasti akan dipertanggungjawab di hadapan Allah kelak .


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 





P/S: Bayangkan juga, hukum memfitnah itu sama dosanya dengan hukum membunuh. Allahuakbar.

SEPASANG BAJU RAYA HARGA MENCECAH SEHINGGA RATUSAN RINGGIT, BERBALOI KE?

$
0
0
SEPASANG BAJU RAYA HARGA MENCECAH SEHINGGA RATUSAN RINGGIT, BERBALOI KE? | Sebelum nak tulis panjang-panjang lagi, nak minta maaf dan bagitau dulu. Ini bukan post kecaman atau berkaitan sesiapa ye, ini hanya sebagai luahan dan pendapat peribadi Sis sahaja. Ampun maaf jika ada yang terasa.

Siapa makan cili takde sini, sini hanya makan nasi aje. hahahaha.

Berbalik pada tajuk, korang rasa berbaloi ke beli baju raya beratus-ratus harganya? Sehinggakan sehelai di jual harga rm300 hingga ke rm600 sepasang. Baik di IG, Facebook mahupun secara live depan mata di kedai dan shopping mall terkemuka.

Sejujurnya Sis belum pernah lagi pakai baju raya yang harganya melebihi dari rm200 sebelum-sebelum ni. Bukan tak mampu nak beli, tapi sebelum ni, bila mata nampak je yang berkenan, itu yang cantik dan terus beli dan harga pun tak mahal.

 Cuma pada tahun ni boleh Suami pilih dan belikan dan harganya rm250. Terbeliak mata Sis ko masa Suami nak bayar. Sis kata tak payah ler, nanti pakainya sekali dua aje, tapi Suami kata takpe, cantik dia suka, huhuhu. Haaa tu mata dia.

Berbaloi?

Entahlah, kalau yang kenal Sis memang akan taulah, makanya akan di pakai sekali dua ajelah, nanti selepas tu memang jarang sekali Sis pakai baju kurung, melainkan ada event tertentu sahaja, baru Sis pakai. Ada separuh tu dah di bagi orang baju tahun-tahun sudah, masih elok lagi. Sebab pakainya memang sekali dua aje.

Kenapa ye harga baju raya mahal dan semakin mahal?

Memang jauh beza dulu dengan sekarang punya harga. Sekarang memang susah nak cari baju harganya rm100 dengan design yang cantik dan puashati. Kalau ada pun hanya kurung biasa aje. Kalau nak cantik lagi, haa harga dah lain dah, dah cecah lebih rm150 pulak. Ermmm...

Tu belum lagi ikut fesyen terkini ke, lagi harga mahal.

Sis tenung-tenung baju yang Suami belikan, kenapalah mahal kedaung ni. Agaknya sebab kainnya ke? Design dia ke? Belinya pun bukanlah dalam butik, hanya di Pasar Smart tu jer, pun harga mahal oii. Lainlah kalau dalam butik ekon, ye le mahal, ni kedai dalam pasar aje..ermmmmm so korang fahamlah kan, harga butik dengan harga di jual di bazar ke, sama jerr.

Yang beza, korang boleh minta tawar kalau beli di bazar, kalau di butik harga dah muktamad. Tiada talian hayat. Hahahaha

Dan mungkin ada sebab tersendiri yang kita tak perlu tau kenapa di jual mahal.Tak payah fikirlah, buat pening head ajer.

Nak malu apa boskurrr beli baju di pasar, apa...berdosa ke? Haram ke? Sis ko jenis tak kisahlah beli baju di mana. Bazar raya pun Sis layan, lagi kalau bazar Kota Tinggi tu, perghh best gile oii, takdenya nak ke butik-butik besar ke apa ke. Janji syukur ada baju raya ye sudah.

TAPI ...

Anak-anak muda sekarang punya pilihan, kuss semangat...kalah Sis ko zaman muda oii..semua nak ada 'kelass', nak ada nama branded nak yang retis-retis atau yang viral...tak payah cakap anak orang, anak Sis ye sudah contohnya hahahaha..

Beli kemain cerewet, kalau merayap, sampai lenguh kaki oiii, macam nak demam Emaknya kalau teman. Kalau Johor ni rasanya boleh habis semua kedai masuk, belinya nasib le kalau jumpa, kalau tak jumpa, esok-esok sambung lagi cari.

Entahlah kenapa, mungkin peredaran zaman, up to date katanya, atau mungkin sejak ada jualan online di IG, FB, so banyak terdedah di situ. Sis ko ni je jakun kolot ke entahlah...tapi bagi Sis kalau baju raya beratus ringgit tu, memang MAHAL, dan sampai jadi fikiran dalam otak berhari-hari duk mikir dan tenung baju 'apsal le baju aku ni mahal sangat' hahahahaha...adeiii

Yer itu Aku Sis Lin...

Kalau korang mungkin berbeza pendapat dan citarasanya. Ikutlah suka dan pilihan masing-masing yer nak bergaya. Kalau mampu, ye beli, satu kepuasan buat diri sendiri...cuma jangan beli dalam keadaan riak, lain jadinya yer..


Dewi Sambi Tenun.

Dan nak kongsi dengan korang semua. Apa erti berbaloi dan puashati kalau bagi Sis beli mahal-mahal hahahaha..

Puashati dan berbaloi beli sebab 1 pasang 1 design [HANYA sepasang aje untuk satu design dan saiz]. Maksudnya di sini, kalau korang beli, hanya korang sahaja seorang yang pakai hehehehe. Haaa tu tu baru betul puashati! Hehehehe..

Ko pakai akan selamat dan takkan sama dengan orang lain, gituuu...

Harga sepsang? Duit rupiahnya dalam 1 juta sahaja. Tu pun suka sebab dia fesyen ala kebaya labuh dan berseluar ala palazo, bukan kain. So bolehlah buat lasak pakai kemana-mana.

Yerr, dan yang ini Sis mengaku, Sis beli sendiri untuk reward diri sendiri menggunakan duit sendiri. Lama nak beli. Alhamdulilah dapat beli juga akhirnya. Kira berbaloilah Sis beli dengan duit hasil titip peluh jari menaip blog ni haa hehehehe..

Kalau korang nak tengok koleksinya, korang boleh datang terus walk in di boothnya di Jusco Bukit Indah.

Apa yang korang nengok kat boothnya, akan hanya ada satu design, satu pasang dan satu saiz sahaja.

Silap-silap esok Sis ko dah pakai nak pergi berbuka puasa hahahaha...opsss





P/S: Saiz XL bukan sebab Sis ko ni besar sangat tak mengaku gemuk tapi Dewi Sambi hanya ada dua saiz sahaja yang mereka design dan buat. Medium dan Xtra Large sahaja.

MBO CINEMAS PERLUAS RANGKAIAN PAWAGAM MESRA KELUARGA DI JOHOR BAHRU

$
0
0
MBO CINEMAS PERLUAS RANGKAIAN PAWAGAM MESRA KELUARGA DI JOHOR BAHRU | Penggemar filem di Johor Bahru kini boleh menikmati pengalaman sinematik yang menyeluruh di MBO Cinemas yang telah melancarkan beberapa konsep tontonan unik di cawangan terbaru mereka di AEON Mall Bandar Dato 'Onn, Johor.

Pawagam yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah tersebut akan menampilkan tiga dewan tontonan khas MBO, iaitu KECIL yang mesra keluarga, BIG SCREEN yang mempunyai antara skrin yang terbesar di Johor dan MX4D yang menjanjikan pengalaman yang imersif dengan teknologi 4D.

Photo Group Media Tour 

MBO BIG SCREEN dan MX4D juga diperkenalkan buat kali pertama di Johor. 

Selaku peneraju konsep dewan pawagam yang mesra keluarga di Malaysia, MBO telah lama menubuhkan reputasi yang kukuh untuk dewan KECIL mereka, terutama dengan golongan kanak-kanak dan ibu bapa.

Antara aspek yang paling ikonik dan berbeza di dewan KECIL ialah pengenalan taman permainan kanak-kanak di dalam dewan pawagam.



MBO Cinemas setakat ini telah menubuhkan sejumlah 9 dewan berkonsepkan KECIL di seluruh negara termasuk di cawangan terbaru mereka di AEON Bandar Dato' Onn.

MBO Bandar Dato' Onn adalah lokasi ketujuh di negara untuk menampilkan konsep KECIL dan ia juga akan menjadi cawangan MBO pertama di wilayah selatan untuk melancarkan dua buah dewan KECIL di bawah satu bumbung.



Ketua Pegawai Operasi MBO, Cheah Chun Wai berkata, "MBO Cinemas adalah rangkaian pawagam pertama di negara ini untuk memperkenalkan konsep dewan pawagam yang mesra keluarga melalui KECIL dan kami percaya ia telah membawa perubahan yang ketara dengan cara ibu bapa dan anak-anak berinteraksi di dewan pawagam."

"Kami amat berbangga menjadi syarikat pencetus perubahan di dalam industri pawagam tanah air, beroperasi dengan jumlah pawagam mesra keluarga yang terbanyak di negara," kata Chun Wai.


Chun Wai juga menyatakan kegembiraannya kerana akhirnya dapat memperkenalkan dua tawaran perdana syarikat itu, BIG SCREEN dan MX4D buat kali pertama di Johor.

"Dua konsep pawagam kami yang paling inovatif, iaitu BIG SCREEN dan MX4D memang digemari ramai dan kami sangat bergembira untuk memperkenalkannya di sini untuk warga Johor," tambah Chun Wai.

Membawa Pengalaman Sinematik Yang Berbeza ke Pawagam MBO Bandar Dato 'Onn, Johor Bahru

Antara dewan konsep khas yang dilancarkan di MBO Bandar Dato 'Onn termasuk:

MBO Kecil: Konsep dewan filem mesra kanak-kanak yang pertama di Malaysia, berfungsi sebagai ruang khas yang disediakan untuk ibu bapa dan kanak-kanak dari semua peringkat umur dan saiz. Tidak seperti pawagam tradisional, MBO Kecil membolehkan anak-anak lari bebas dan bermain sambil menikmati filem-filem kegemaran mereka.

Ciri-ciri utama termasuk:

  • Dewan yang lebih cerah
  • Audio yang lebih lembut
  • Tempat duduk yang luas dan selesa - family bed dan 'beanies'
  • Sebuah taman permainan di dewan pawagam


Memang sangat santai. Tersedia tempat duduk kecil single, besar dan juga sofa bed. 

MBO BIG SCREEN: Dewan pawagam yang memaparkan skrin terbesar dilengkapi dengan teknologi terkini dari hasil kerjasama MBO Cinemas bersama BARCO. Projektor laser yang digunakan di dewan ini adalah yang pertama di Malaysia membawa prestasi visual yang unggul ke skrin besar.

Dewan yang inovatif ini juga dipertingkatkan dengan teknologi audio Dolby Atmos yang membawa penonton ke dalam cerita dengan audio bergerak yang mengisi 360' keliling panggung wayang malah di atas kepala juga, untuk menyampaikan pengalaman yang berbeza.

Dolby Atmos telah menjadi pilihan untuk kualiti audio masa depan di pawagam dan telah dipakai guna oleh pelbagai studio utama, pengarah filem dan organisasi di seluruh dunia. Pada masa ini lebih daripada 1,000 filem dikeluarkan dengan teknologi Dolby Atmos.


Tempat ruang laluan sangat luas dan juga di bahagian atas ada tersedia kursi yang boleh di adjust mengikut keselesaan masing-masing. 

MBO MX4D: Dilengkapi dengan teknologi MX4D® Motion EFX Theatre yang pertama Di Malaysia, MX4D memaparkan dewan pawagam yang lengkap dengan kerusi bergerak 4D yang bertindak balas dengan adegan filem yang dimainkan di skrin.

Peminat filem akan mendapat pengalaman tontonan filem yang luar biasa di Teater EFX MX4D® di MBO Bandar Dato 'Onn dengan elemen-elemen seperti:

MX4D® Seat EFX*:

  • 1. Rumbler
  • 2. Water Blast
  • 3. Seat Popper
  • 4. Back Poker
  • 5. Leg Ticklers
  • 6. Air Blast
  • 7. Bubbles


MX4D® Theatre EFX*:

  • 1. Air Blast
  • 2. Wind
  • 3. Neck Tickler
  • 4. Scent
  • 5. Strobe
  • 6. Fog
  • 7. Bubbles

*Ketersediaan EFX adalah berdasarkan kepada filem yang dipaparkan dalam MX4D®.
Tidak semua EFX boleh didapati sekaligus.


Korang boleh tengok video di IG Sis ni dan lihat pengalaman Sis mencuba EFX ni .

Pesat mengembangkan operasi mereka di seluruh negara, Chun Wai menyatakan bahawa syarikat tersebut komited untuk menyediakan hiburan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk pelanggannya.

"Kami ingin memberi penonton kami pengalaman yang memuaskan bila-bila dan di mana sahaja mereka melawat pawagam MBO dan untuk itu kami sentiasa berusaha keras untuk melengkapkan dewan pawagam kami dengan teknologi audio visual tercanggih untuk keseronokan tontonan maksimum," kata Chun Wai.

Dengan lebih 203 skrin pawagam di seluruh negara, cawangan MBO di AEON Mall Bandar Dato' Onn adalah yang keenam untuk syarikat tersebut di Johor dan yang ke-26 di negara.





P/S: #MediaTour haritu tengok filem Godzilla. Bayangkan kalau tengok menggunakan effect EFX tu hahaha.. Mesti real gegarannya kan hehehe..

KORANG SUDAH SERVIS KERETA KE BELUM?

$
0
0
KORANG SUDAH SERVIS KERETA KE BELUM? | Alhamdulilah Sis sudah. Kesemua kereta sudah di servis. Walaupun takde nak balik kampung jauh mana pun, tapi memang jadi resam Sis dan Suami dalam penjagaan kereta, tiba masa servis mesti hantar servis, tak tangguh-tangguh takut terlupa.

Lagi satu kalau dah servis, senang kerjanya, nak kemana jauh pun tak risau lagi, semuanya akan baik-baik aja, insyaAllah. Lain kalau tak servis, selagi tak servis, nak tekan minyak pun takut. Memang ada cakap kat Suami, kalau taknak servis kereta, dan kalau sampai kereta breakdown tepi jalan, Sis tinggalkan aje hahaha..

Kena musim perayaan ni, elok sangatlah pergi bawa kereta servis dan check semua. Bukan manusia je kena medical checkup, kereta pun kena juga tau. Biarlah yang pakar memeriksa, jangan ko sibuk nak check sendiri semuanya.

Yerr ada orang dia kata dia check sendiri je, minyak hitam, air dan semuanyalah. Takpe tu dia, mungkin dia arif, tapi kita yang tak tau ni jangan memandai. Bawa ajelah pergi kedai dan suruh orang buat. Lebih selamat.

Kalau kata mahal ke, patut kena awal-awal stanby, dah tau nak guna kereta, so menabung dan ketepikan sedikit duitnya untuk servis kereta.

Sendiri mau ingatlah yer.

Jangan dah terhantuk baru nak adoii...neno neno neno le jawabnya kang.

Sis pun baru-baru pergi ni bawa kereta Honda Jazz Sis servis. Kali ni servis ada mahal sikit, ada benda perlu di tukar. Sebab terlepas appoinment, makanya Sis walk in aje. Ikutkan tak boleh sebab dah full, tapi Sis pujuk dan pujuk akhirnya dapat juga selit. Sebab nak ke KL Rabu lepas, so bimbang kalau kereta tak di servis dulu. Sudah tiba masa servis meternya.

Servis kali ni kena tukar plug 4, sebab meter dah lebih dari 100 000km, (Sis ko bukan tau sangat, iyekan ajelah) yang lain-lain biasa aje. Semuanya okay dan takde masaalah. Alhamdulilah baru lega,.

So next time servis biasa aje. Maksudnya murah sikitlah servisnya, katanya..

Kalau korang belum servis, pergilah ye. Pandu cermat, jiwa selamat.
Ingatlah orang yang tersayang yer.



Dapatlah sampul raya dari Honda hehehe. Jadilah jangan tidak. Cantik hijau gitu. Dan satu lagi tu anak Sis bawa balik, sampul raya dari Proton. Pun cun gak, ada gambar depan semua model Proton terkini hehehe..

[Baca sini juga] : Jual Beli Kereta Gerenti Lulus 


So korang, ingat! Jangan lupa servis keretanya yer..





P/S: Kalau rasa servis kereta membebankan, pakai je kereta tolak, senang tak payah servis.

RESEPI KEK BATIK LEMBUT MACAM KEK

$
0
0
RESEPI KEK BATIK LEMBUT MACAM KEK | Korang tengok gambar je dah tau itu bukan gambar Kek Batik Sis yer, heheheh. Sis belum nak cuba lagi, tapi nak kongsikan di sini dulu supaya senang nanti nak buat, dah ada rujukan di blog sendiri. Tak payah susah-susah nak mengoogle.

Post resepi ni Sis ternampak di Facebook Cerita Viral. Tengok Kek Batiknya makk aii melting giler kann, siap ada topping ko atasnya. Kalau resepi Kek Batik biasa tu, anak selalu buat, takde topping bagai, hanya tabur kacang atau milo serbuk aje, tapi yang ni, perghh mewah gilerrr..

Moga murah rezeki tuan punya resepi yang kongsikan resepinya.

InsyaAllah one day nak try buat, lebih kurang sama je dengan yang biasa, cuma beza ada topping. Siap dah save dan forward kat anak dah. Yang ngajin membuat, anak Sis Yana tu ler. Tiap kali raya mesti nak buat Kek Batik.

Korang kalau nak cuba, silalah, nanti share pulak versi korang punya yer.

Jom nengok resepinya ..


RESEPI KEK BATIK PALING SEDAP

Bahan kek batik :

600g biskut marie (patah-patahkan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila

Bahan2 topping@ganache

100g milk compound
100g dark compound
(Sis guna beryls)

200ml whipping cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sudu kecil hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)

**Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave.
Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

Cara membuatnya : 

1. Masak butter sampai cair (masak kek batik guna api kecik je ek), kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat-cepat takut berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dulu bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar semua sekata.
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Ok boleh tutup api.
5. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bagi biskut tidak melekat dan senag tarik keluar) dan tekan-tekan bagi padat.
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.

**Tips nak bagi potongan cantik.
Pisau yang nak guna untuk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.


Ucapan tuan punya resepi:
Silakan share dan berniaga dengan resepi ni. InsyaAllah customer akan suka, manis pon just sweet. Tak minta banyak, doakan semoga kami dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan agar dapat membesarkan anak-anak dgn sempurna. Amin

Kredit resepi: Tuan Adriana Arissa





P/S: Sis tak taulah, gambar dan resepi tu orang yang sama atau tidak. Makaseh dan mohon halal kongsi resepinya di sini.

LIRIK LAGU BERSYUKUR SEADANYA - HAEL HUSAINI

$
0
0
LIRIK LAGU BERSYUKUR SEADANYA -  HAEL HUSAINI 

Wahai Semua insan
Takbir Berkumandang akhir ramdhan
Siap Sedia pulang ke desa menyambut raya

Wahai Semua insan
Berjabat Tangan bersama semua
Pinta Ampun maaf pada mereka jernihkan sengketa

Hati Gembira berjumpa semua
Sanak Saudara pagi raya
Sedih Terasa mengenang pada
Insan Yang dulu kini tiada

Selamat Hari raya
Selamat Hari raya
Sambut Sederhana biarlah bersyukur seadanya

Selamat Hari raya
Selamat Hari raya
Bahagiakan Keluarga bersyukur seadanya

Wahai Semua insan
Ingat Ingat bila nak berbelanja
Sedikit Tak apa berpada pada bersyukur nikmatnya

Hati Gembira berjumpa semua
Sanak Saudara pagi raya
Sedih Terasa mengenang pada
Insan Yang dulu kini tiada

Selamat Hari raya
Selamat Hari raya
Sambut Sederhana biarlah bersyukur seadanya

Selamat Hari raya
Selamat Hari raya
Bahagiakan Keluarga bersyukur seadanya

Selamat Hari raya
Bersyukur Seadanya
Selamat Hari raya
Bersyukur Seadanya

Selamat Hari raya
Selamat Hari raya
Sambut Sederhana biarlah bersyukur seadanya

Selamat Hari raya
Selamat Hari raya
Bahagiakan Keluarga bersyukur seadanya
Bahagiakan Keluarga bersyukur seadanya







P/S: Sis ko duk sengih-sengih kalau nengok muzik video dia hahahaha...

23 LEBUHRAYA MENAWARKAN DISKAUN TOL PADA HARI RAYA PERTAMA

$
0
0
23 LEBUHRAYA MENAWARKAN DISKAUN TOL PADA HARI RAYA PERTAMA |  Menteri Kerja Raya Baru telah mengumumkan 23 lebuhraya di negara ini bakal memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33% kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri Rabu depan, iaitu pada 5 Jun 2019 (Rabu).

Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.

PLUS juga mencadangkan cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kemalangan semasa hari-hari paling sesak.

PLUS mengesyorkan bahawa mereka yang menggunakan laluan antara Lembah Klang dan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, dan Johor memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 10 pagi, manakala mereka yang pergi ke dan dari negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung Malaysia harus memasuki lebuh raya selepas pukul 10 pagi.


Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuhraya yang terlibat :

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33%
Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30%
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20%
Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20%
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20%
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20%
Jambatan Pulau Pinang – 20% (kenderaan Kelas 2 sahaja)
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20%
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20%
Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20%
Lebuhraya BESRAYA – 20%
Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15% (semua Kelas kenderaan)
Lebuhraya Grand Sepadu – 15%
Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10%
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10%
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10%
Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10%
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10%
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10%
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10%
Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10%
Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10%

Laporan Bernama turut menyebut, tiga lagi lebuhraya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu; Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dengan 10%, 20% di Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA), 10% di Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja. Ia adalah untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi pada 7 Jun 2019.

Ada yang dah mula gerak balik kampung harini yer. Dah mula cuti hingga raya. Moga semuanya selamat sampai dan memandu dengan penuh berhati-hati ya dan sopan.

Jangan jadi pembuli jalan raya okay.

Buat Suami juga, moga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke Johor. Jangan lupa baca doa perjalanannya dan niat musafir ya korang.

Aamiinn..




P/S: Mood...balik kampung oooo oooo balik kampung....hati girang,..

LIRIK LAGU BALIK KAMPUNG - SUDIRMAN

$
0
0
LIRIK LAGU BALIK KAMPUNG - SUDIRMAN 

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin ku jumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Hati Girang!

Oh, oh, oh Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Hati Girang!

Terbayang wajah
Wajah yang ku sayang
Satu satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati

Menyambut kepulangan ku nanti
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin ku jumpa sanak saudara

Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Hati Girang!

Oh, oh, oh Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Oh, oh, oh Balik Kampung!
Hati Girang!

Terbayang wajah
Wajah yang ku sayang
Satu satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti






P/S: Jommm balik kampung. Kampung mana? Kampung Melayu hahahahaha 

MENU DI PENGHUJUNG RAMADHAN. DAH MALAS NAK MASAK OII

$
0
0
MENU DI PENGHUJUNG RAMADHAN. DAH MALAS NAK MASAK OII | Yerr mood nak masak dah kelaut China Selatan. Rasa nak tutup dapur nak cuci kasi kilat dan bagi wangi. So siapa nak makan sila beli dan makan di luar hahahaha..

Kau ingat Emak ni sampai hati ke nak buat lagu tu haaa..tiba-tiba ada permintaan asam pedas semalam, erghhh dalam kemalasan Sis ko gagahkan juga memasak, maka terjadilah beberapa menu yang ada. Nak senang cerita, kasi kosongkan peti ais tu ha, harini nak kasi cuci bersih nak masuk lauk menu raya pulak.

Nanti Suami balik, dah mestinya lerr penuh berbakul dia belanja dapur hahahaha macam nak raya sebulan hahahaha.

Yang dah berada di kampung tu seronoknya kan. Rewang masak ramai-ramai meriah gitu. Ada yang tanya 'Sis tak balik kampung ke?',...Sis jawab, 'Gile ko tak balik kampung, helikopter dah tempah okay'... 'Sis balik mana?'...'Kampung Melayu jerr' hahahahaha...

Korang kalau nak tanya lagi, nanti Sis tak bagi duit raya okay hahahaha ...Okay dah meh le nengok menu asam pedas Sis tu haa. Lepas ni dah payah dan lama ler nak makan asam pedas oi.

Balik-balik rendang, kari, kurma, merah dan soto juga laksa hahahaha...


Asam Pedas Ikan Pari 

Kalau diperhati tapi korang memang tak nampak pun hahahaha. Sis ada campurkan juga dengan ayam. Si Kakak nak ayam, si bujang nak ikan, maka nak senang, Emaknya campur aje sekali dua. Haaa bertemulah jodoh mereka dalam seperiuk gitu..

Ye laa nak raya ni, kang orang tanya pulak 'Single lagi ke?', haaa sebelum orang tanya ku jodohkan si pari dengan ayam ni haa...bolehlah mereka berhari raya bersama-sama...gitu...


Sotong Kari Berempah

Yang ini pulak permintaan si Yana, maka korek-korek peti ais ada lagi baki sotongnya, maka terjadilah sotong kari berempah ni. Ni menu dah paling malas dah. Main campak-campak ajer. Kalau menu rajin dah Sis ko sambalkan dah hehehehe..

Dapatlah 5 ekor, jadilah, tu pun berebut! Aishhhh....


Dah penghujung ramadhan ni, serba serbi tak kena. Nak mengemas pun, makin mengemas makin tak siap, pelik juga hahahaha. Alaaa Sis ni raya sederhana aje, takde nak beli baru segala bagai. Raya tetap raya. Rumah tetap color merah hahahaha..

Harini memang bizi giler, banyak urursan nak settlekan di saat-saat akhir ni. Aishhh tu baru raya, belum lagi anak nak kawin ek, camne gaya entah hahahaha..

Apa-apa pun, korang jaga diri jaga makan, bukan apa, kang makan memacam, tibaa raya, haaa mencirit pulak kang...dah melepek macam kerepek pisang hahahaha...#SisPesanAjer. 

Okay jumpa lagi yaa...nampak gaya macam semakin sunyi blog , ye laaa memasing sibuk beraya, tak kowser nak hangkup laptop nak update bagai. Sis ko jee yang curi masa ni haaa menaip sambil mengemas, semantara menunggu lantai kering hahahah..

OkBai...




P/S: Tak sabar nak makan sambal kacang Emak..yumsssss...

MAJLIS RUMAH TERBUKA ISTANA JOHOR 6 JUN 2019

$
0
0
MAJLIS RUMAH TERBUKA ISTANA JOHOR 6 JUN 2019 | Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi pada 6 Jun 2019 iaitu pada hari raya kedua.


MAJLIS RUMAH TERBUKA ISTANA JOHOR

Tarikh: Khamis 6 Jun 2019 – Hari Raya Kedua

Masa: 10 pagi hingga 2 petang

Lokasi: Istana Pasir Pelangi

Beralamat : 107, Jalan Tun Dr Ismail, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

Semua rakyat Johor yang berkelapangan dijemput hadir.





P/S: Sepanjang hidup duduk di Johor, belum pernah lagi pergi, sebab fikir sesak dengan orang ramai, Sis fikir dua tiga kali nak pergi, tapi teringin nak pergi Istana ...

TIPS MEMILIH BUAH OREN YANG MANIS DARI BLOGGER CIK EPAL

$
0
0
TIPS MEMILIH BUAH OREN YANG MANIS DARI BLOGGER CIK EPAL | Tau tak macam mana nak pilih buah oren yang manis? Siapa tau, memang bijak. Atau korang tau setelah tengok IGs blogger @cikepal06 di instagram haaa? Hahaha...

Nak jadikan cerita, Sis pun tak tau macam mana nak pilih buah oren yang manis. Tapi selepas Cik Epal tu bersalin, dan sewaktu dalam pantang dia selalu makan buah oren. Jadi bila nak berbelanja maka si Suaminya incik Jofliam yang pergi beli barang dapur.

Nak pendekkan cerita, Cik Epal suruh Jofliam belikan buah oren dan siap komen di IGs, pilih buah oren yang BONTOTnya BERLOBANG. Haaa yang tu baru manis hahahaha.

Masa nengok video tu, Sis ko berdekah gelak kau, sampaikan ramai yang sama juga ikut petua Cik Epal tu masa beli buah oren hahahaha..Yang kelakarnya, sekali nitezen upload dan Jofliam repost, bukan kecik punya lobang, yang ada tu, kemain besau lobangnya buah Oren tu oii hahahaha adeii lawakk gilerr..

Habis satu pasaraya memasing cari buah oren bontot berlobang hahaha termasuk Sis ko hahaha. Tapi serius memang betul! Sis ada buat testimoni, Sis beli sebijik takde lobang bawahnya, yang lain semua Sis pilih bontotnya berlobang, dan ternyata yang bontotnya berlobang buahnya manis, manakala yang takde lobang, masam kedaung hahahahah...


Lobang macam mana?

Haa tu haaa lobang macamtu. Lepas ni pastikan bila korang beli buah oren, cari bontotnya lobang macamtu yer hehehehe...Kompom manis..

Ini bukan auta ini fakta..

Terima kasih Cik Epal bagi tips dan petua memilih buah oren manis ni, kalau tak...sampai kesudahnya asyik beli oren dapat masam aje, rupanya bontot dia tak berlobang hahahahaha...

Biasa raya Sis ada gak beli oren, buat fresh oren untuk tetamu, atau hiris masuk dalam jug air sunkist, sedap!




P/S: Kalau tak jumpa yang berlobang, jangan beli...hahahahaha kompom masam hahahaha..

YANG PERLU DAN JANGAN DI BUAT KETIKA DI HARI RAYA

$
0
0
YANG PERLU DAN JANGAN DI BUAT KETIKA DI HARI RAYA | Masa berlalu begitu pantas. Dalam keasyikan melaksanakan ibadat pada Ramadan ini, akhirnya ia bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi.

Apakah kita masih berpeluang bertemu lagi bulan Ramadan pada tahun akan datang?

Ramadan meninggalkan begitu banyak kesan dalam kehidupan beramal kepada Allah SWT serta amal kebajikan sesama manusia.

Masing-masing tidak mahu ketinggalan menyertai ‘perlumbaan’ meraih keberkatan dan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah SWT. Hari raya merupakan hari istimewa umat Islam. Selepas berpuasa selama 30 hari, kita dikurniakan hari kemenangan. Semoga segala amalan kita sepanjang bulan puasa diterima Allah s.w.t. Dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Sebelum menjelangnya hari raya, marilah kita semak amalam dan kesilapan yang biasa atau tanpa kita sedar kita telah melakukannya.

Moga manfaat buat semua #SisSharing


Amalan di Hari Raya

Di hari mulia Syawal ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

3) Memperbanyakkan takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه
Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Kesilapan di Hari Raya

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini.

Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah.

Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri.

Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali.

Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Sumber : Ustaz zaharuddin.net




P/S: Korang dah mula bizi ke tu heheheh.. Sis ? Harini menolong di rumah Emak dulu, then malam nanti baru sibuk di rumah sendiri :)
Viewing all 4456 articles
Browse latest View live