Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4456 articles
Browse latest View live

PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI KRIPEKS SDN BHD SENGGARANG BATU PAHAT JOHOR

$
0
0
PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI KRIPEKS SDN BHD, SENGGARANG BATU PAHAT JOHOR | Kalau sebelum ni Sis ada kongsikan Sis membeli kerepek dan biskut raya di Kilang Kerepek Parit Laman Lapis, tapi kali ni untuk tahun ini Sis bertukar sikit, Sis dan Geng Sekolah ke Senggarang Batu Pahat untuk memborong kerepek dan biskut di Kripeks Sdn Bhd setelah nampak ada yang share di facebook, so kita cuba pergi tengok.

Kalau jarak tu, lebih dekat sikit tempatnya Kripeks Sdn Bhd ni dengan Parit Laman Lapis tu. Cuma bila dah sampai sana, tempatnya aje tidak sebesar seperti Kilang Parit Laman Lapis. Di Kripeks ni, hanya sebuah kedai dan memang khas hanya menjual kerepek dan biskut raya sedia ada sahaja. Tidak ada pembuatan kerepek atau pembungkusan secara 'live' atau jual 'panas' ..

Tapi masih okay, memang banyak pilihannya di sini. 



Kalau yang dah pergi Kilang Kerepek Parit Laman Lapis tu mesti rasa bezanya bila ada di sini. Bukan kata tak banyak tapi pilihan je tak banyak. Dan kalau nak bandingkan harga, sejujurnya Sis rasa Kilang Kerepek Parit Laman Lapis lebih murah sedikit di bandingkan dengan di sini. 

Tapi kalau memang nak membeli dan dah sampai, boleh aje, memang penuh sesaja kerepek dan biskut raya. Time Sis pergi ni kira awal lagi, baru seminggu puasa, so orang tidak berapa ramai, tapi kata pekerja di situ, mulai selepas 15 Ramadhan dan seminggu lagi nak raya, kedai akan penuh full house, dan pernah terjadi, kedai terpaksa tutup seminggu sebelum raya sebab kehabisan stok!

Perghh betul-betul memborong ni...



Beraneka jenis kerepek ada. Harga serendah RM 5.00 setengah kilo. Dan macam-macam jenis kerepek ada. Kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek pedas, kerepek sukun dan macam-macam lagilah. Rambang bijik mata nak pilih nak beli kerepek apa hahahha.

Pakaging dia pun ada yang setengah kilo dan juga ada yang sekilo, atau kalau korang nak pack 5 kilo pun ada. Bagitau ajelah, nanti mereka bungkuskannya. 



Biskut? Jangan cakaplah, beribu-ribu jenis biskut raya ada oii, pilih je laaa nak yang mana, design biskut apa. Dah macam pilih baju raya pulak design biskut dia hahahaha. Rasa korang memang tak boleh nak rasalah oii kan puasa hahahaha. Nasiblah kalau beli rasa kurang kat anak tekak, tapi Sis nengok semuanya sedap-sedap belaka. 

Harga pulak tak sama semua, ikutlah biskut dan jenis apa. Di sini semua biskutnya adalah homemade ya, yang di hantar oleh orang untuk di jual di sini, bukan biskut dari kilang . Comel-comel ko biskutnya hehehe. 



Sis perhatikan dan yang Sis beli adalah dua jenis biskut ni haaa...Gambar atas tu adalah Kuih Kapit tapi dah di designkannya menjadi seperti kuntum bunga ko, kemain lawaaa. Dalamnya ada di sumbat macam peanut kacang atau pun cokelat. Kreatif kan..

Dan gambar yang bawah tu, tu Tempe Pedas rangup, Sis beli untuk mencekik sendiri je sambil update blog memalam hahahaha. Sedap! Rugi beli sebotol..huhuhu Kalau korang ada ke sini, korang belilah tu, memang sedap. 



Bukan kerepek, dan biskut aje ada di jual, asam-asam pun ada, juga aneka kek lapis pun ada. Boleh pilih nak yang mana. Kekacang pun ada juga di jual di sini. Pakaging ada yang besar dan ada juga yang kecik. 

Dan ada juga makanan ringan lain yang di jual. Yelaa kadang time raya, ada Emak-Emak (Emak Sis le tuu) kita ni suka paket kecik-kecik bagi jajan beserta duit raya dalam satu bekaskan?, so kat sini pun ada jual jajannya. 



Dan yang bestnya, kat sini ada jual Pisang Keju tu haa hehehe. Sebelum ni kalau nak makan Sis beli atau kirim kawan yang pergi Bandung, tapi kat sini ada jual ko, apalagi belilah 2 paket buat makan sendiri, anak-anak kemain suka hehehehe. 

Juga Dodol pun ada juga. Korang nak dodol segitiga ada, dodol daun ada, dodok bekas ada, dodol bungkus pun ada..pilih je lerr..


So kalau belum membeli kerepek dan biskut untuk hari raya, sialah datang ke:

  Kripeks Sdn Bhd.
(100% pemilik melayu)
(100% pekerja Muslim).

Alamat : KG SERI DALAM 83200 BATU PAHAT JOHOR.
(google maps SK SERI TIMBUL SENGGARANG JOHOR).

Di buka setiap hari dari 8pagi hingga 12malam.

Untuk elakkn beratur panjang untuk memilih dan membayar, korang datanglah selain hari sabtu dan ahad ye..

*Bayar guna Cash/debit/kredit pun boleh .

Facebook : Kripek's 

Baca juga > Kilang Kerepek Parit Laman Lapis Parit Sulung 


Selamat bersoping !





P/S: Sis memang beli makan sendiri dulu je, untuk raya macam biasa, Suami yang urus hahaha, kang beli sendiri, dia membebel tak sudah huhuhu..



AMPHAWA BOAT NOODLE SPECIAL MENU 'DULANG RAMADHAN'

$
0
0
AMPHAWA BOAT NOODLE SPECIAL MENU 'DULANG RAMADHAN' | New dishes add on! Amphawa Dulang Ramadhan! Bring your families and friend berbuka puasa together! 

Amphawa Dulang Ramadhan :

Assorted Boiled Vegetable, Seafood Tomyam, Thai Fried Chicken Wings, Thai Basil Chicken. 

For serving 3/4 pax

Price : RM 49.90 


Amphawa Boat Noodle 

No.32, Jalan Tan Hiok Nee (13.37 km)
80000 Johor Bahru

Call : 07-220 0060








P/S: Korang dah cuba ke? Tak boleh tahan nengok tomyam dia tu.! Anak dah berkali mengajak Emaknya ni, tapi sebab adeii nak ke bandar dan mencari parking tu, jadi malas oii hahahaha.. tapi nantilah...kesian plak permintaan anak-anak kan..


22 MEI (17 RAMADHAN) - HARI NUZUL AL-QURAN 2019/1440H

$
0
0
22 MEI (17 RAMADHAN) - HARI NUZUL AL-QURAN 2019/1440H | Secara umumnya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M,  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. 


Secara ringkasnya..

Nuzul Alquran ni Bermaksud.

 Nuzul = Penurunan
Al-Quran = Kitab suci Al-Quran


17 Ramadhan merupakan tarikh ayat pertama Al-Quran diturunkan bersamaan dengan 6 Ogos 610M.

Berlaku di mana?
Di Gua Hira’

Apakah ayat pertama yang diturunkan?
Iaitu ayat 1 – 5 Surah Al-Alaq.



”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sekiranya kita masih belum boleh mengaji. Ataupun masih belum boleh mengenal huruf, usah risau.
Jika kita usaha untuk belajar insyaAllah pasti ada jalannya.

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-Quran,  As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.





P/S: Korang dah bayar Zakat? ...


WORDLESS WEDNESDAY - TIHANI CIKANG

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - TIHANI CIKANG 










P/S: Paling mudah senang nak buat. Jiran Sis jual, sepaket rm13. Semudah 123 jer. Cuma buka, masuk dalam periuk, didihkan dan siap! Boleh tambah longan ke apa ke ikut suka memasing. Masuk peti ais, minum sejuk-sejuk uii sedap sangat okay! Kalau suka minum panas pun boleh pun sedap. Dah ada senang macam ni, kalau malas juga tak tau lah kan hahahaha..


RESEPI KETAM BUTTER TELUR PALING SENANG DAN SEDAP SANGAT

$
0
0
RESEPI KETAM BUTTER TELUR PALING SENANG DAN SEDAP SANGAT | Yerr sedap sangat! Kenapa cakap sedap? Sebab resepi ni Sis yang godam ikut suka hati Sis, so bila terjadi hasilnya, sendiri masak sendiri pujilah. Nak tunggu korang puji? Lagi kata 'perasan' adalah hahahaha..

Rata-rata di sini ramai Emak-emak yang pandai masak resepi butter ni, tak kisahlah ketam ke, udang ke, ayam ke, tapi memasing ikut masing-masing punya citarasa. Bagi Sis ini kali terbuat resepi sendiri gara-gara nakkan kuahnya ada 'sesuatu' yang lain dari yang lain. 

Apakah 'sesuatu' itu? Yeee Sis tambah 'telur' dalam kuahnya. Pecahkan telur, bukan telur sebiji hahaha. Senang dan mudah aje. Permulaan cara memasak, sama je dengan yang lain-lain tapi bab pecahkan telur je yang lain. 

Korang nak cuba ke resepi Sis ni? Okaylah Sis masukkan resepi, kot kalau korang nak cuba ye cuba. Tak sedap itu tekak memasing ye.

Sedap itu 'subjektif' kalau di tekak, tapi Sedap itu 'keyword' bagi tajuk masakan hahahaha..
Tak faham? Abaikan ...


Resepi Ketam Butter Telur 

Bahan-bahannya : 

- 3 ekor ketam (di bersihkan dan di kerat dua, cengkerang tu jangan buang, cuci dan bersihkan je)
- Selabu bawang besar (di cincang)
- 5 ulas bawang putih (di cincang)
- 5 tangkai daun kari 
- sebatang lada merah (di buang biji dan di cincang)
- sebatang cili padi hijau di cincang
- 2 biji telur 
- 1 tin susu cair
- 3 sudu butter/marjerin

-Bahan perasa

Cara memasaknya: 

- Panaskan kuali dan masukkan butter/marjerin
- Setelah butter cair, masukkan bawang putih, bawang besar, lada merah dan juga cili padi hijau yang telah di cincang. 
- Setelah itu masukkan daun kari dan gaul sampai wangi.
- Ketepikan bahan-bahan tu di tepi kuali dan Pecahkan telur ke dalamnya. Biarkan sekejap
- Kemudian bila telur hampir masak, gaulkan dan hancur-hancurkannya dalam kuali
- Masukkan ketam dan terus masuk satu tin susu cair .
- Gaul sebati dan masukkan sedikit lada putih atau bahan perasa lain. Nak sedap jangan masuk garam, ianya akan buat rasa butter tu kurang sedap. Masuk secubit okaylah.
- Setelah ketam masak dan kuah butter menjadi pekat, tutup api dan hidangkan .
- Dan bolehlah korang makan bersama lauk-lauk yang sedia ada yer. 


Meriah tak meriah woo...hehehehe Menu banyak gini Sis masak sewaktu Emak dan adik Sis berbuka di rumah baru-baru ni. Ketam tu pun Sis masakkan khas untuk si Mia tu, dia paling suka dan kesukaan dia menu ketam. Sampaikan nak perabiskan di jilat-jilatnya ketam tu, alahaiii..

Nanti ada rezeki jumpa ketam Ayyom masakkan lagi ye Mia..


Menu lain tu ada, Sayur Kobis Goreng Sotong, Ikan Pekasam, Tauhu Sumbat, Ikan Kerisi Masak Lemak Eina Azman, dan juga Sambal Hitam Belimbing Petai..Sungguh menyelerakan..
Dan ada juga Sis rebuskan Tihani Cikang untuk minuman berbuka puasa petang tu . 

So korang Ketam Butter tu kalau nak cuba, silalah. 

Kenapa Sis letak telur? Sebab susah nak dapatkan ketam ada telur, so pecahkan telur sebagai penganti telur ketam dalam kuahnya, walaupun rasa tak sama dengan telur ketam, janji adaa le ala-ala telur ketam dalam kuahnya.. Bila makan semua ingat telur ketam hahahaha..

Bijak tak? hehehehe...
Macam sama dengan salted egg cuma ini telur ayam pecah, bukan telur asin ya. hehehe






P/S: Iftar harini Sis nak masak Nasi Lemak Sambal Sotong, Ikan Goreng dan juga ada Peria Goreng Rangup ...alhamdulilah ..


USAH MEGAH DENGAN REZEKI. HARUS DIINGAT KEJAYAAN DAN KEMEWAHAN HANYA SEMENTARA

$
0
0
USAH MEGAH DENGAN REZEKI. HARUS DIINGAT KEJAYAAN DAN KEMEWAHAN HANYA SEMENTARA | Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan kiamat.

Barang siapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah SWT sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya."

Ada tiga cara untuk membantu keluarga dengan sikap dan amalan terpuji antaranya :
memperbanyakkan syukur, sentiasa menyambung silaturahim dan bertawakal.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
 (Surah Ibrahim, ayat 7)
  

Nikmat Umat Bersyukur

Setiap detik kita menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT tetapi amat sedikit yang menyedarinya, apa lagi untuk mensyukuri kurniaan itu. Sesungguhnya Allah SWT pemberi nikmat menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur dan azab seksa bagi yang kufur.

Mungkin selama ini kita menjalani kehidupan tanpa ada rasa syukur atau hanya bersyukur sedikit sahaja. Manusia sering merasakan apa yang dimiliki adalah hasil usaha dan menjadi hak mutlak mereka, kerana itu apabila sesuatu keinginan tidak dapat dicapai atau diperoleh, kita mudah berasa kesal.

Mungkin juga kecewa lalu menyalahkan takdir dan mencari kesalahan orang lain. Itu akibat kurangnya rasa syukur dalam diri.

Pentingnya menyambung silaturahim dengan cara ziarah-menziarahi dan memberi hadiah.

Amalan sebegitu perlu dilakukan secara berlemah-lembut, berkasih sayang dengan wajah berseri. Silaturahim juga menyebabkan seorang hamba tidak akan putus hubungan dengan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Satu lagi amalan terpuji dalam membantu keluarga ialah memiliki sifat tawakal, penyerahan hati serta seluruh jiwa dan raga kepada Allah SWT terhadap semua yang berlaku. Tawakal tidak berlaku dengan hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT tanpa sebarang usaha.

Usah Megah Dengan Rezeki

Selepas mengecapi kejayaan, kita dituntut supaya tidak bermegah. Harus diingat kejayaan dan kemewahan hanya sementara. Allah SWT Maha Berkuasa dan mampu menariknya semula bagi insan yang tidak mensyukuri segala pemberian-Nya.

Yakinlah, segala perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Jika Allah SWT memberikan selain daripada apa yang kita pinta, berlapang dada menerima takdir Allah SWT itu. Ingat, Allah SWT menjanjikan pertolongan kepada hamba-Nya yang bertakwa.

#SisSharing 




P/S: Dah ucap alhamdulilah? ... 


DURIAN OH DURIAN

$
0
0
DURIAN OH DURIAN | Hurmmm tarik nafas panjang, lepas....tarik lagi...lepas... adeii bau durian ni menggugat lobang hidung betul. Setiap penjuru rumah bau durian..memang tak boleh nak buat apa dah, makanya tunggulah waktu berbuka hahaha. 

Mana datang durian? Semalam Suami balik Johor bawak 6 biji durian, katanya dia beli di kampung tepi jalan di Pekan, durian baru gugur. Terus masuk rumah, Suami panggil anak-anak, terus duduk mengnopek duriannya. 

Anak-anak semua memang hantu durian, apalagi, memang makan puaslah. Tapi semalam hanya kopek 3 biji aje, ada lagi 3 biji tu di dapur. Takut nak makan semua malam tadi, kang tidur kepanasan plak kata Suami hahaha. 


Isi duriannya kuning dan rasa dia pahit giler..memang sedap dan puas makan! Kami anak beranak suka yang pahit-pahit ala manis sikit. Tak suka yang manis manjang rasanya. Kalau dapat pahit memang berebut semua hahahaha.

Nak kata tengah musim tidak jugakan, tapi ada aje nampak orang jual durian. Agaknya sekarang durian dah takde musim, rasa nak berbuah dia berbuah aje, tak kira musim dah kan..


Makan sedap sangat sampai lupa pulak nak amik gambar hahaha. Biasa pun Suami yang rajin tegur, 'Tak amik gambar ke?' hahahah tapi semalam dengan dia sekali asyik beno makan durian hahahaha.

So harini kita ada permintaan menu untuk berbuka puasa. Menu apa? Tunggulah ...
Agak-agak korang Suami Sis minta menu apa? Hahahaha

Yang biasa baca blog Sis mesti dia perasan atau tau mungkin Suami selalu minta Sis masak menu apa hehehehe..

Okay jumpa lagi post lain ya. Sis nak tenung durian sekejap hahaha.





P/S: Bila Suami dah kata 'esok kita cari baju raya' hohohohoh...


KEKAL YAKIN 100% SEPANJANG HARI DENGAN PENJAGAAN DIRI DARI DETTOL

$
0
0
KEKAL YAKIN 100% SEPANJANG HARI DENGAN PENJAGAAN DIRI DARI DETTOL | Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100% sepanjang hari. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga korang daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, 

Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik.

Kalau dulu sebut je Dettol semua taknak sebab suka kaitkan Dettol dengan bau ubat hospital. Tapi sekarang tidak lagi. Dettol punya haruman berbau pain yang sangat wangi dan segar kesegarannya. 

Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. 

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol.


Kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan dengan Dettol!

Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam (Ramadhan), adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. 

Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga.

Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol.

Sabun Dettol Percuma > 20 Lokasi Bazar Ramadhan 

Selain Sabun Tangan Dettol, antara produk Dettol yang menjadi kemestian ada di rumah Sis, adalah : 


Dettol AntiBakteria Handwash 

Tahukah korang bahawa Sabun Tangan Dettol Antibakteria Original membunuh 99.9% daripada kuman dan bakteria? Penggunaan harian melindungi tangan korang daripada kuman dan membersihkan tangan korang secara lembut. 

Macam Sis memang suka letak di sinki dapur, jadi selesai buat kerja di dapur, memang keutamaannya mencuci tangan dulu hingga bersih . Ianya 100% yakin perlindungan yang dipercayai daripada kuman setiap hari dan juga nikmati kesegaran Sabun Tangan Dettol Antibakteria Original dengan haruman pain.

Formula pH-seimbang dengan perlindungan Dettol membersihkan dan melindungi kulit korang untuk rasa bersih dan sihat setiap hari.


Dettol Antibacterial Wet Wipes 

Dettol Antibacterial Wet Wipes membunuh 99.9% kuman pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kain yang bertekstur lembut membersihkan kulit korang tanpa kerengsaan. Rumusan yang dipercayai anti-bakteria Dettol membunuh 99.9% kuman berbahaya. 

Sebab itu Sis suka meletakkan wet tissue ini di area tempat Sis berkerja mengadap laptop, jari-jari kita menaip di keyboard tu, kita tak nampak kuman tersembunyi kan? Jadi Dettol Antibacterial Wet Wipes melindungi dari pelbagai kuman yang tidak kelihatan. 

Tidak terlalu basah kerana Pra-lembap airnya yang telah ditapis. Meninggalkan kulit korang berasa segar dengan haruman ringan selepas digunakan. Bebas daripada alkohol, pencerah optik, dan formaldehid. Senang di bawa kemana sahaja. 


Dettol Antibacterial Body Wash 

Membunuh 99.9% kuman. 100% yakin dengan perlindungan yang dipercayai daripada kuman setiap hari. Gel Mandian Dettol Antibakteria pH-seimbang Original dengan haruman pain. Formula pH-seimbang dengan perlindungan Dettol yang melembabkan kulit bertahan sehingga 8jam. Ia membersihkan dan melindungi kulit korang untuk rasa bersih dan sihat setiap hari.

Ianya Anti-Bakteria. Sesuai untuk mereka yang punya Enzema atau penyakit kulit atau jenis badan berpeluh. Kalau mandi gunakan Gel Mandian Dettol ini memang akan rasa segar, bersih sepanjang hari. 


Kekal Dilindungi Kebaikan Dikongsi 

Tentang Dettol 

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. 

Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. 

Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.






P/S: Siapa sini suka gunakan produk Dettol? Nanti Sis buat Giveaway di IG @akusislin dan korang joinlah ya ! Hadiahnya, tentulah produk Dettol. Tunggu...



NASIHAT 9 - PEMADAM API DERITA

$
0
0
NASIHAT 9 - PEMADAM API DERITA | Antara 7 golongan yang dilindungi oleh Allah swt di akhirat kelak, yang ada pada hari itu tiada perlindungan kecuali perlindungan dan naungan milik Allah swt, adalah golongan yang tatkala mengingati dan menyebut nama Allah dalam keadaan sendirian, maka matanya menitiskan air mata.

Dapat difahamilah, begitu bernilai harga air mata sesaorang yang disebabkan takutnya dia kepada Allah swt, sehingga nilainya itu adalah perlindungan daripada Allah swt di hari tiada lagi perlindungan daripada yang lain selain Allah.

Walau sebanyak mana duit ataupun emas yang kita miliki di dunia ini, langsung tidak menyamai nilai titisan air mata yang takutkan Allah swt yang lahir daripada sebuah hati.

Ketahuilah, perlindungan Allah swt ini tidak boleh dibeli oleh sesiapa kerana tiada siapa yang memilikinya kini. Ia ada dalam diri kita sendiri iaitu hati yang takut kepada Allah yang diterjemahkan pula kepada air mata,

Namun berapa ramai hari ini orang yang menangis kerana perkara yang remeh-temeh?

Wahai kaum mukminin, kita adalah insan yang dimuliakan dan diistimewakan oleh Allah dengan Iman, yang menisbahkan itu sebagai hubungan roh hati kita kepada Allah. Maka usah kita menggantung hati kita kepada sesuatu yang tidak bernilai di sisi Allah.

Kerana itulah yang menyebabkan hati akan menangis pada suatu yang sebegitu, saat ia hilangdari sisi kita.

Akan tetapi, bilamana kita kuatkan hati ini dengan keterikatan dengan Allah atau apa sahaja yang berkait dengan Allah swt, maka hati ini akan lembut dan mudah untuk titiskan air mata kerana Allah. Kerana ingatlah, air mata sebegini harganya cukup-cukup besar iaitu perlindungan Allah swt.

Selagi boleh menangis di sini untuk membeli nikmat yang besar itu, maka ambilah peluang yang ada ini sebaiknya. Penuhlah hati dengan kecintaan kepada Allah yang dengan itu akan memudahkan kita menangis kerana Allah.

Berbeza sekiranya hati kita dipenuhi dengan kecintaan dunia, teramat susah mata ini untuk menangis walaupun ingin berpura-pura. Ini kerana tiada langsung didapatikhusyuk daripada hati yang bergantung kepada perkara-perkara yang melalaikan itu.

Untuk hati yang sebegini, ubatilah ia dengan memenuhkan kembali hati itu dengan membanyakkan zikir kepada Allah dan kecintaan kepada Allah, supaya kembali terhubung connnection antara hati kita dengan Allah.

Jauhkan diri kita daripada sebarang perkara yang menambah kecintaan yang berlebihan kepada dunia dengan membanyakkan membaca dan menghayati Al-Quran, terutama ketika kita bersendirian.

Saat menyebut nama Allah, benar-benar rasai kemanisannya dengan hati, renungkankanlah bagaimana kedudukan kita di sisi Allah swt.

Sebelum kita menghadirkan rasa redha kepada Allah, persoalkan hati sendiri apakah Allah swt redha kepada kita,

Terutama saat kita bersendirian pada malam hari, waktu semacam itu kita akan lebih khusyuk, hadirkanlah persoalan sebegitu. Bagaimana pula kita ingin ada rasa bersendirian di malam hari itu, ingatkan diri akan banyaknya silap kita kepada Allah, ingat sebanyak mana nikmat Allah berikan kepada kita, dan sejauh mana pula kita mensyukuri akan setiap nikmat yang dikurniakan itu.

Dan juga berapa banyak yang kita korbankan kepada Allah swt.

Dengan ingatan yang sebegitu, berulah kita sedar akan kepentingan untuk kita bersendirian di malam hari mengingati Allah swt. Jikalau kita hanya memikirkan dan mengingati apa yang kita tiada, mana mungkin akan hadir rasa syukur kepada Allah swt,

Moga-moga mata yang dikurniakan kepada kita ini dihiasi oleh Allah dengan titisan-titisan air mata untuk memperoleh naungan yang tiada lagi naungan kecuali Allah swt.


Jikalau kita hanya memikirkan dan mengingati apa yang kita tiada, mana mungkin akan hadir rasa syukur kepada Allah swt, 

Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 





P/S: Menitis air mata tatkala menaip..Allahuakbar...sudah hampir masuk 10 Ramadhan...


BILA SUAMI PUJI SAMBAL SOTONG ISTERINYA SEDAP. ALHAMDULILAH

$
0
0
BILA SUAMI PUJI SAMBAL SOTONG ISTERINYA SEDAP. ALHAMDULILAH | Lalalalala tak pernah tak sayang, begitulah seorang isteri bila dapat pujian masakannya sedap di tekak suaminya. Isteri mana yang tak kembang lobang hidung oii, walaupun lobang dah sedia kembangnya bila dipuji oleh suaminya hahahaha.

Yerr sambal sotong memang pujaan hati suami Sis, dan suami memang suka membeli sotong. Dan bila kata dah beli sotong makanya kenalah masak sambal sotong.

Sotong pulak ko jangan di potong-potong kecik, memang pantang suami Sis kalau sotongnya dipotong. Katanya kalau sotong dah di potong, baiklah dibelinya sotong kecik. So memang Sis akan masak sotong tu seketul sekor-sekor. Tak kiralah beso mana, tetap kena sekor-sekor.

Ada memang orang tak suka sekor-sekor macam ni, ada yang memang suka gak macam Sis ni, puas makan katanya time gigit sotong tu hehehehe.

Kalau dah besar sangat, memang Sis akan masak ngam-ngam kira berapa orang yang nak makan. So sorang sekor, haaa puas laaa makan tak berebut .

Dan ada juga yang tanya, macam mana nak sotong masak jadi bulat-bulat? Ermmm bukan sotong kalau masak jadi bolat ke? Ermm ..

Macam Sis, Sis rebus dalam air mendidih, bila sotong tu nampak je masak, terus tutup api dan toskan. Bila masak sambal dan sambal dah mula garing atau pecah minyak, baru masuk sotong dan tunggu sekejap je dah siap sambalnya.

Yerr sotong tak boleh masak lama sangat nanti dia liat.


Sambal Sotong Mudah Dan Sedap 

Haaa begitulah ceritanya bila dah siap, membolat ke? Sis up kat IG haritu ada yang DM bertanya. Kalau Sis nampak memang biasa bolat je sotong kalau dah di masak. Tak tau pulak ada sotomg jadi leper hahahaha..

Tapi cubalah buat macam Sis tu yer, rebus dalam air mendidih. Mana tau jadi bolat nanti hehehehe.


Haa nak lebih jelas lagi, tu dia haaa...tergentel-gentel kepala sotong tu bila di rebus hehehe..Dua kali nengok jadi seremm plak hahahaha..

Untuk resepi sambal sotong ni, sama je resepi sebelum-sebelum ni. 

Sis ikut resepi yang ini >> Resepi Sambal Udang Mat Gebu Yang Sedap 

Cuma udang di tukarkan kepada sotong, mudah je kan, Resepi senang dan sedap!

Harini dapur OFF...berbuka di mana? Rahasia hahahaha...





P/S: Salam Jumaat semua. Selamat menunaikan solat Jumaat kepada kaum Adam ..


TARIKH PENUKARAN DUIT RAYA 2019 (CIMB, MAYBANK DAN LAIN-LAIN)

$
0
0
TARIKH PENUKARAN DUIT RAYA 2019 (CIMB, MAYBANK DAN LAIN-LAIN) | Bilakah tarikh penukaran duit raya Aidilfitri tahun 2019?

Apabila menjelangnya Raya Aidilfitri kita tak terlepas untuk tukarkan duit raya nilai RM1, RM5, RM10 dan RM50. Jadi kenalah alert dan semak tarikh penukaran, jangan nanti sibuk kata terlupalah, tak dapat tukarlah, duit habislah.

Padahal dah bagitau awal-awal dah tu kan. So pastikan semak tarikh penukaran duit raya tu ya.

Untuk memudahkan korang, Sis kongsikan tarikh tukar duit raya Aidilfitri tahun 2019 walaupun ada bank-bank lain yang dah mula buat penukaran.

Jangan kata hakak tak payung yo..


Tarikh Penukaran Duit Raya 2019 (CIMB Bank, Maybank & Lain-lain)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh penukaran duit raya di CIMB Bank, Maybank dan bank lain-lain bagi tahun 2019 :

CIMB Bank: 22 Mei (Rabu)
Maybank: 23 Mei (Khamis)
Bank Lain: 24 Mei (Jumaat) 

Hari ini bermula penukaran duit raya di SEMUA bank-bank .

Waktu pertukaran untuk setiap bank bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi sahaja dan selepas daripada waktu tersebut tidak akan dilayan. (tertakluk pada perubahan bank itu)

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat korang .

Korang dah siap tukar ke?

Alhamdulilah, Sis sudah, tukar di CIMB ..




P/S: Duit tahun ni berkilat macam baru lepas keluar dari mesin duit cetak hehehe.


10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN - LAILATUL QADAR

$
0
0
10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN - LAILATUL QADAR | “Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka”

Kita sekarang berada di fasa terakhir Ramadan dan 10 malam akhir Ramadan ini adalah fasa pembebasan daripada api neraka dan “puasa itu adalah perisai” yang menghalang pelakunya daripada memasuki neraka. Seperti yang kita maklum, di 10 malam terakhir ini juga terdapat 1 malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.

Hanya ibadah puasa Ramadan yang dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu fasa rahmat, keampunan dan kemerdekaan daripada neraka semata-mata kerana Allah s.w.t. ingin membesarkan pahala Ramadan. Subhanallah. Semoga kita dapat memanfaatkan setiap fasa yang telah kita lalui sepanjang Ramadan tahun ini.

“Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya” (Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu marilah kita tingkatkan dan tambahkan ibadat di 10 akhir Ramadan. Bersamalah kita mengisikan 10 hari terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan menjaga ibadat puasa Ramadan. Mari perkemaskan ibadah puasa di 10 hari terakhir ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang lepas dengan menambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu seperti solat,  bersedekah dan membaca Al-quran.

Bersamalah kita mencari Lailatul Qadar.

Bagi mencari malam Lailatul Qadar, ada baiknya kita membaca Doa lailatul-Qadar ini pada setiap malam di 10 malam terakhir Ramadan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya.

Sabda Rasulullah : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak.” (Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As)

Di samping itu, kita perbanyakkan berdoa dengan doa-doa 10 malam terakhir Ramadan.


Bersama entri kali ini, mari berkongsi juga doa-doa 10 malam terakhir untuk kita sama-sama membacanya dan mendapat syafaat daripada Allah SWT .

Doa hari ke-21

Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

Doa hari ke-22

Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku berkah-berkah Mu. Berilah kemampuan untuk ku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas, wahai penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa hari ke-23

Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, wahai penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa hari ke-24

Ya Allah! Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredhaanMu, dan aku berlindung dengan-Mu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu, dan aku memohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai pemberi para peminta.

Doa hari ke-25

Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai auliyaMu dan memusuhi musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup nabiMu, wahai penjaga hati para nabi.

Doa hari ke-26

Ya Allah! Jadikanlah usaha ku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosa ku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aib ku ditutupi, wahai maha pendengar dan semua yang mendengar.

Doa hari ke-27

Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan lailatul qadar, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai yang maha penyayang terhadap hamba- hambaNya yang soleh.

Doa hari ke-28

Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu di antara semua perantara, wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa hari ke-29

Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.

Doa hari ke-30

Ya Allah! Jadikanlah puasa ku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaanMu dan keredhaan rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,

Akhir sekali terimalah hakikat kefarduan ibadat puasa Ramadan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t.

Semoga perkongsian ini dapat menambah kekuatan kita dalam menjalani ibadah dengan penuh keinsafan. InsyaAllah

#SisSharing
Sumber : Madah Tazkirah .




P/S: ...............speechless, sedang tanya diri, apa yang dah aku 'dapat' sepanjang 20 hari Ramadhan? 😭

IKLAN RAYA PALING SEDIH 2019 : JASA

$
0
0
IKLAN RAYA PALING SEDIH 2019 : JASA | Seorang ibu/ayah boleh memelihara sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu/ayah. Ketika pertama kali mendengar kata-kata ini, sewaktu masih remaja dahulu, terus terang Sis agak tidak bersetuju.

Mana mungkin! Apa mungkin? Bagaimana mungkin begitu? Sepuluh anak tidak boleh menjaga seorang ibu/ayah sedangkan seorang ibu/ayah mampu menjaga sepuluh orang anak.

Meskipun tidak semua orang yang memiliki sifat-sifat yang yang kurang baik.Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang penyayang dan prihatin terhadap orang tua mereka.

Beruntunglah orang yang mempunyai anak yang ramai. Dan anak yang ramai itu pula, prihatin dan menjaga anak-anak mereka.

Seorang ibu/ayah mampu menjaga, memelihara dan membesarkan sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu/ayah.

Betapa benar kata ibu/ayah , betapa pahit realiti menjadi ibu bapa sekarang.

Terasa? Terkesan? Meh tengok video ini.

Sila sediakan tisu ..


Kalau tidak rasa terkesan..bawak-bawaklah muhasabah..
Huhuhu....maafkan owang Mak, sebab belum dapat menjaga Emak sepenuh masa.. rindu arwah abah .. Al-Fatihah ..
#AINAARAYA 2019 : IMPIAN AIDILFITRI


P/S: Sedih gilerr iklan ni... 😭

BILA ANAK MASUK DAPUR MEMASAK, PENUH SATU MEJA

$
0
0
BILA ANAK MASUK DAPUR MEMASAK, PENUH SATU MEJA | Beginilah jadinya bila si anak dara tu masuk dapur memasak. Segala macam ada dalam peti ais kalau boleh dia nak masak. Bukan tamak, tapi dia memenuhi permintaan Emak dan Ayahnya yang nak makan menu apa.

Yang Ayahnya nak ikan kerapu stim limau, yang Emaknya nak terung lada belacan, dan yang si adik-adiknya pula nak udang butter, maka terhasillah semua menu seperti dalam gambar di bawah hahahaha.

Eloklah juga dia memasak, belajar sikit-sikit, tak tau ye tanya. Jangan kang nak siang ikan pun tak tau, Laki juga yang kena bantu huahuahua, nasib juga Laki tau, kalau dua-dua tak tau, sampai ke sudah kang tak makan ikan hahaha.... opsss...

Nak tau apa anak dara Sis masak? Ini adalah menu kelmarin 18 Ramadhan ya..


3 menu tersedia di hidangkan ..

Sambal Terung Lada Belacan.
Udang Butter
Ikan Kerapu Stim Limau.

Tertunailah hasrat Emak dan Ayah nak makan air tangan si anak hehehe alhamdulilah.

Dah boleh di pinang kakakakah *mampos kalau si kakak baca ni ....


Dan yang puasnya si adik-adiknya makan adalah Udang Butter ni haa, penuh semangkuk kuahnya. Habis di hirup-hirup kuah butternya.

Memang kesukaan anak-anak menu butter ni, kalau boleh hari-hari masak pun tak apa katanya..mak aiii lemak oiii....

Alhamdulilah ada lah juga senangnya kerja di dapur sekarang bila ada pembantu macam ni. Tapi tak lama juga tu, lepas raya si kakak dah mula sambung Masternya di MSU dan tinggallah di Shah Alam sana..ermmm tinggal lagi Emaknya seorang...

Tak apalah selagi anak minat nak belajar, kita support ajelah kan.. biar sampai ke menara gading. Moga anak-anak Emak berjaya dunia dan akhirat.

Aamiinn..untuk anak-anak korang juga ya..





P/S: Harini dapur pun OFF juga heheheh...ada orang nak belanja makan sambil tengok ikan-ikan heheheh..


PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) FASA KE-2 AKAN DIBUAT PADA 28 MEI 2019

$
0
0
PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) FASA KE-2 AKAN DIBUAT PADA 28 MEI 2019 | Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat bermula Selasa (28 Mei) depan.

Ini bererti, pembayaran itu dibuat kira-kira seminggu sebelum Hari Raya.


TARIKH PEMBAYARAN BSH MEI 2019

Pembayaran BSH fasa 2 akan dibuat bermula 28 Mei 2019 membabitkan 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion.

Namun desas desus mengatakan pembayaran akan dibuat penghujung bulan Ramadhan nanti sebagai insentif bantuan Aidilfitri.

Seperti dimaklumkan tarikh kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup akan dibuka bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2019.

Kemaskini boleh dibuat di portal rasmi BSH online.

Antara maklumat yang perlu anda kemaskini ialah:

Status perkahwinan terkini (kahwin / cerai / kematian pasangan)
Alamat surat menyurat terkini dan emel
Nombor telefon bimbit dan rumah
Maklumat akaun bank
Maklumat pasangan dan tanggungan
Maklumat waris

KAEDAH PEMBAYARAN

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada 28 Januari.

Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran ini termasuklah:

AFFIN BANK
AGRO BANK
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
AM BANK BERHAD
AL RAJHI BANK
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
BANK SIMPANAN NASIONAL
CIMB BANK BERHAD
CITIBANK BERHAD
HONG LEONG BANK
HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
MAYBANK
OCBC BANK
PUBLIC BANK BERHAD
RHB BANK BERHAD
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Bagi yang tiada akaun, surat maklumanan penunaian akan diposkan ke alamat masing-masing.

Anda kemudian boleh membawa surat tersebut untuk ditunaikan di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda juga akan menerima surat makluman memandangkan surat baucar sudah tidak digunakan bermula tahun ini.

Kepada penerima yang berstatus “muflis” anda perlu merujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapatkan kebenaran khas bagi pengeluaran BSH 2019.

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

Jadi bagaimana caranya untuk semak sama ada nama anda layak atau tidak untuk menerima pembayaran BSH fasa pertama?

Semakan status pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk proses semakan online:

Layari bsh.hasil.gov.my kemudian klik pada pautan MyBSH
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
Klik pada mohon TAC
Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon anda
Klik pada SEMAKAN STATUS
Skrin akan memaparkan status permohonan sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima BSH fasa pertama.

Memandangkan untuk proses semakan memerlukan nombor TAC jadi pastikan anda telah mendaftar nombor telefon ketika proses permohonan sebelum ini.

Pembayaran fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada bulan Mei dan Ogos tahun ini.

Kemungkinan juga diawalkan atas faktor cuti umum dan sebagainya.

Maklumat lanjut boleh dibaca di blog rasmi https://bantuansarahidup.com/ 




P/S: Alhamdulilah, anak Sis pun dapat dan layak menerimanya  - status bujang hehehehe.


LIRIK LAGU INDAHNYA RAYA – FAIRUZ MISRAN

$
0
0
LIRIK LAGU INDAHNYA RAYA – FAIRUZ MISRAN

Pasang pelita di malam raya
Bermain bunga api bersama
Ada yang dari ke rumah ke rumah
Takbir bergema

Di pagi Syawal kian rasa
Baju melayu baju kebaya
Tersergam indah yang mempersona
Cantik dan lawa

Di hari raya sanak saudara
Berjabat tangan bermaafan
Sesama kita

Di hari raya pelbagai juadah
Tapi janganlah buat lupa
Hai duit raya

Terasa hati kepiluan
Pada yang sudah oh tiada
Sebak hati ku masih terasa
Sedih dan hiba
Kenangan bersama

Di hari raya sanak saudara
Berjabat tangan bermaafan
Sesama kita

Di hari raya pelbagai juadah
Tapi janganlah buat lupa
Hai duit raya

Terasa hati kepiluan
Pada yang sudah oh tiada
Sebak hati ku masih terasa
Sedih dan hiba
Kenangan bersama

P/S: Jangan mara aaa, lepas ni lirik lagu Sis ko lagu raya aje hahahaha. lalalalala

KONVOI EPIK FANTASTIK - IKLAN RAYA TNB 2019

$
0
0
KONVOI EPIK FANTASTIK - IKLAN RAYA TNB 2019 | Korang dah tengok iklan raya TNB 2019? Yer tiap-tiap tahun iklan dia memang tak pernah tak best! betul tak? Dan kali ni iklan dia membuatkan Sis ko rindu tak sabar nak berkonvoi raya.

Bertajukkan Konvoi Epik Fantastik, iklan dia membuatkan korang akan terkenangkan kenangan manis bila berkonvoi ramai-ramai dengan adik beradik ke rumah saudara-mara waktu raya. Tak kisah le satu dua tiga kereta pun, tapi tetap jalannya konvoi sesama.

Tapi kisah Atuk ni lagi best, siap walkie talkie hahahaha, dan siap singgah sempadan Thailand ko beli 'jajan' hahahaha..

Kalau Sis biasanya akan pergi konvoi 4 kereta, dan konvoinya dari Johor - Yong Peng - Muar. Tapi tahun ni agak sedih jugalah sebab adik ipar baru meninggal tahun lepas, jadi nak raya sakan sangat tu idok ler, kesian pulak kat adik Sis tu..sederhana ajelah.

Jadi tak tahulah samaada ada konvoi ke tidak tahun ni beraya.

Bestnya iklan ni, part beraya datang, salam, makan, balik hahahaha.. Ye laa, ko bayangkan kalau sehari 10 rumah, mau tak muncit perut oii, pakai kebaya boleh tanggal butang, belum lagi air manisnya lagi..masuk kereta terus ngantuk hahaha sian drvier...

Hahaha..lawakkan..

Korang layan dulu iklannya ni haa..pastu bagitau, part mana yang korang suka yer...Sis tengok sampai ulang-ulang oii..hahahaha..



Part kelakar yang cucunya salah rumah hahahaha. Then part myvi 'sagat' tu..ermmm ini memang samalah dengan kereta Suami Sis...

Tapi yang sangat best bila ramai benar adik beradik Ayahnya dan juga saudar-mara, sepupu sepapatnya dan anak buahnya kan..pergh ni sekali datang raya dah macam kenduri kawin orang nengok kan kannn...bestnya.

Kalau Sis keluarga kecil aja.. tu pun dah syukur sangat, masih ada Emak dan juga adik beradik semua.. Kalau arwah Abah masih ada, lagi meriah!!! ..

Okaylah..nak belek iklan raya lain pulak hahahaha...

Bye ..




P/S: Korang team raya mana? Sis #TeamRayaJohor .. 

SEA LIFE MALAYSIA, AN UP-CLOSE OCEAN EXPERIENCE, THROUGH MAGICAL STORYTELLING, INTERACTIVE DISPLAYS AND HANDS-ON ENCOUNTERS

$
0
0
SEA LIFE MALAYSIA, AN UP-CLOSE OCEAN EXPERIENCE, THROUGH MAGICAL STORYTELLING, INTERACTIVE DISPLAYS AND HANDS-ON ENCOUNTERS | LEGOLAND® Malaysia Resort has marked its second week of operations for SEA LIFE Malaysia, the country's first interactive LEGO® themed aquarium.

Now a new marine santuary comprising of 13,000 marine life of 120 species from 11 different habitat zones, this highly awaited double-storey aquatium is the latest attraction at the resort.



Legoland Malaysia Arch 

"We re thrilled with the amazing response we have received upon inveiling this new attraction earlier this month. The interactive aquarium at SEA LIFE Malaysia provides a fun and exciting learning experience that combines education and conservation. With a blend LEGO®s approach of building imagination through play, SEA LIFE Malaysia promise a grest day out for the entire family," said Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort.




Speech bt Kurt Stocks, General Manager, LEGOLAND® Malaysia Resort 
SEA LIFE Malaysia Junior Rangers Award Ceremony 

LEGOLAND® Malaysia Resort has been attracting locals and tourist to state, with Singapore, Indonesia, Thailand, Australia and China being amongst the top markets for the resort.

In line with this, the recent opening and hype around SEA LIFE Maalaysia is expected to provide an added boost in diving tourism in Johor, further supporting the state's ambition of becoming a high-value regional tourism destination by 2023, as outlined in the Johor Tourism Master Plan.




"SEA LIFE Malaysia has been a hit and we look forward to mesmerizing even more visitors while inspiring kids to learn, love and care for the ocean through edutainment," said Stocks.

Amongst the marine life now housed across 25 tanks are stingrays, Zebra Sharks, Black Tip Reef Shark, Seahorse, and more. Other amazing discoveries include magical storytelling, interactive displays, hands-on encounters at the Rock Pool zone, special habitat zones which comprises of a Malaysian Rainforest, a Stingray Bay and a fascinating Ocean Tank, the largest tank that filled 400,000 litres of water.




Spanning 6-metres long and over 2-metres wide, the Ocean Tank features fun and interactive experiencesthat introduces visitors to the marine life and marine conservation. On top of this, guests can keep a lookout for special LEGO® Mini-Figures and the other LEGO® sea creatures as they embark on their educational journey at SEA LIFE Malaysia.




Full Gate Rate (Day Ticket) SEA LIFE MALAYSIA for Malaysian, Singaporean, International - all in Malaysian Ringgit (MYR) :

Adult : rm 95 
Child : rm 74 

Behind The Scence Tour :

MYR rm25/pax, but guests need to buy a SEA LIFE entry ticket first.
Maximum allocation is 15pax at the following times.


For more latest update on promotion and activities, stay connected with LEGOLAND® Malaysia Resort via Facebook and Instagram.





P/S: Kalau anak-anak memag suka, tapi nampak macam Mak budak pun suka gak tu hahahaha.

AMALAN LAILATUL QADAR BAGI WANITA YANG UZUR

$
0
0
AMALAN LAILATUL QADAR BAGI WANITA YANG UZUR | Apabila bercakap tentang bulan Ramadan, umat Islam tentunya paling teruja menantikan 10 malam terakhir yang disebut sebagai malam Lailatul Qadar.

Fadhilat dan ganjaran yang diperolehi mereka yang menemui malam istimewa ini sangat besar, justeru tidak hairanlah ramai yang berlumba mahu melakukan ibadah.

Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang mengalami keuzuran atau haid?
Bolehkah mereka beribadat, dan bagaimana caranya?

Yang Tidak Boleh

Wanita haid hanya tidak dibenarkan solat, membaca dan menyentuh al-Quran serta berpuasa.
Ini bemakna, amalan lain adalah dibolehkan.


Niat dari awal

"Seeloknya, wanita berniat dari awal Ramadan untuk mencari Lailatul Qadar. Bukan sahaja niat, tetapi diiringi juga dengan aktiviti-aktiviti yang menghidupkan Ramadan, seperti solat terawih dan membaca al-Quran. Insya Allah ada ganjaran besar menanti biarpun dia tidak dapat melakukannya pada malam Lailatul Qadar."

- Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman


Perbanyakkan selawat dan zikir

"Bangun di tengah malam dan lakukan ibadah seperti berzikir, berselawat dan beristighfar.

"Wanita yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan mendapat ganjaran ibadah.

"Kalau selalunya kita solat ambil masa lima minit, tapi kerana uzur, ambillah masa lima minit itu untuk selawat dan instighfar."

- Ustaz Azhar Idrus

Bila malam Lailatul Qadar?

"Dalam 10 malam terakhir Ramadan, ada yang menyebut pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29. Tetapi lebih afdal jika kita hidupkan kesemua 10 malam.

"Malam Lailatul Qadar bukan bermakna kita perlu tunggu pada waktu tengah malam. Jika kita solat Isyak, terawih dan berdoa, kita dapat pahala Lailatul Qadar itu."

- Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin




P/S: Jom kita persiap diri, mudah-mudahan kita menjadi insan terpilih di sisi Allah ..

BAJU RAYA BERTEMAKAN MAKANAN MALAYSIA

$
0
0
BAJU RAYA BERTEMAKAN MAKANAN MALAYSIA | Hahahaha seriuslah masa nak menaip ni Sis ko pun gelak-gelak tak sudah ko hahahaha, macam-macam aje kan ragam kreatif manusia ni, ada je yang dia nak buat bahan lawak.

Bila korang baca tajuk, then korang nengok gambar pulak, mesti korang gelak punya hahahaha. Gambar ni anak Sis yang send dalam group wahtsapp family. Berdekah Sis gelak bila nengoknya.

Anak kata, haa Emak nak mana? cepat pergi tempah, masih ada masa ni hahahaha aje sewel anak Sis tau hahahaha..

Korang kalau nak pun boleh, silalah, save gambar ni dan tunjuk pada tailor korang hahahaha. adeii..takde pulak fesyen kuih Kuba Guling ek hahahaha..

Moh le ko layan gambar-gambar ni hahaha..


Fesyen Nasi Kerabu 

Hahaha paling lawak betullah..adoiii..tang kerongsang tu telur asin hahahaha

Fesyen Puding Sago

Yang ni nengok kecur pulak hahahaha..adeiii color dah lawa dah merah..fesyen pun okay. hehehehe


Bubur Cha-Cha 

Siapa suka makan bubur cha-cha, haa bolehlah buat baju raya fesyen color macam ni hahahaha..


Kuih Seri Muka 

Nampak ayu sopan aje kan, yang ni boleh terimalah fesyennya hahaha..


Teh Ais Ikat Tepi 

Hahahah yang ini tak boleh blah betuil ! Adeiii...fesyen dah lawa, sekali di samakan dengan teh ais ikat tepi tu berdekah gelak Sis anak beranak hahahaha....

Semua fesyennya bagus, muslimah tutup aurat semuanya, tapi bila di samakan dengan makanan, tu yang buat lawak gilee gelak hahahaha...

So yang mana satu pilihan korang? Hahaha..

Kreatif sungguhkan...




P/S: Sis punya fesyen apa? Entah fesyen ABC kot hahahaha...

Viewing all 4456 articles
Browse latest View live