Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4435 articles
Browse latest View live

CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

$
0
0
CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI | Menurut mazhab Syafi’ie; solat Aidilfitri bermula dari terbitnya matahari pada hari raya dan berakhir apabila tergelincir matahari dari tengah langit (yakni masuk waktu zohor).

Namun waktu terbaik ialah ketika matahari telah naik dengan kadar segalah atau dua galah. Kadar segalah (الرمح) ialah tiga meter pada pandangan mata iaitu lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit.


Beza Daripada Solat Fardhu

1. Tidak ada solat sunat sebelum dan selepas

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَرَجَ يَوْمَ أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا
“Rasulullah S.A.W pernah keluar pada hari raya lalu baginda mengerjakan hari raya 2 rakaat, tetapi baginda tidak mengerjakan solat qabliyah maupun ba’diyah.”[HR. Bukhari no. 964 dan Muslim no. 884.]

2. Tidak ada azan dan iqamah

Dari Jabir bin Samuroh, ia berkata:

صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الْعِيدَيْنِ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلاَ مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ.
“Aku pernah melaksanakan solat hari raya (Idul Fithri dan Idul Adha) bersama Rasulullah S.A.W bukan hanya sekali atau dua kali, ketika itu tidak ada azan mahupun iqamah.”[HR. Muslim no. 887]


Tatacara takbir ketika keluar solat Aidilfitri

1. Disyari’atkan dengan mengeraskan bacaan takbir

Ini berdasarkan kesepakatan empat ulama madzhab.[Majmu’ Al Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 24/220]

2. Di antara lafaz takbir adalah:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
“Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha illallah wallahu akbar, Allahu akbar wa lillahil hamd. Syaikhul Islam juga menerangkan jika seseorang mengucapkan “Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar”, itu juga diperbolehkan.


Tatacara solat Aidilfitri

1. Mula dengan takbiratul ihram.

2. Takbir tujuh kali

Takbir ini dilakukan sebelum memulai membaca Al Fatihah. Boleh mengangkat tangan ketika takbir-takbir tersebut sebagaimana yang dicontohkan oleh Ibnu ‘Umar. Ibnul Qayyim mengatakan :

“Ibnu ‘Umar yang dikenal sangat meneladani Nabi S.A.W yang biasa mengangkat tangannya dalam setiap takbir.”

3. Tak ada bacaan zikir tertentu di antara takbir

Namun ada sebuah riwayat dari Ibnu Mas’ud, ia mengatakan, “Di antara tiap takbir, hendaklah menyanjung dan memuji Allah.”

Syaikhul Islam mengatakan bahwa sebahagian salaf di antara tiap takbir dengan membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ . اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي
“Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar. Allahummaghfirlii war hamnii"

Boleh juga membaca bacaan lainnya asalkan di dalamnya berisi pujian pada Allah Ta’ala.

4. Baca Al-Fatihah dan surah lain.

Namun lebih afdhal membaca surah yang Nabi Muhammad S.A.W baca iaitu surah Qaaf pada rakaat pertama dan surah Al-Qamar pada rakaat kedua.

Waqid Al Laitsiy menjawab pertanyaan Umar bin Al Khattab mengenai surat apa yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W ketika solat hari raya. Ia pun menjawab,

كَانَ يَقْرَأُ فِيهِمَا بِ (ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ) وَ (اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ)
“Nabi S.A.W biasa membaca “Qaaf, wal qur’anil majiid” (surat Qaaf) dan “Iqtarobatis saa’atu wan syaqqol qomar” (surat Al Qomar).”[HR. Muslim no. 891 ]

5. Sambung seperti solat biasa : Rukuk, i’tidal, sujud dan seterusnya

6. Takbir ketika bangkit untuk mengerjakan raka’at kedua.

7. Kemudian bertakbir sebanyak lima kali takbir sebelum memulai membaca Al-Fatihah.

8. Kemudian membaca surat Al-Fatihah dan surah lainnya sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

9. Mengerjakan gerakan lainnya hingga salam.


Jika Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.

Jika ini terjadi, maka mereka yang telah melaksanakan solat hari raya digugurkan kewajipan untuk melaksanakan solat Jumaat, tetapi masih wajib untuk solat Zuhur.

Tetapi adalah lebih baik bagi pihak masjid untuk tetap mengadakan solat Jumaat kerana ia memberikan peluang kepada mereka yang mahu solat Jumaat dan bagi mereka yang terlepas untuk solat hari raya.

Wallahualam.




P/S: Moga manfaat untuk semua. #SisSharing

TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM

$
0
0
TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM | Bergema takbir maka, telah bergantinya dan berakhirnya sudah Bulan Kemuliaan, bulan Ramadhan, bulan penuh rahmah, maghfirah dan pengampunanNya.

Selesai sudah masa ujian dan dugaan iman kita, saat Allah menguji keteguhan hati, disiplin diri untuk menahan nafsu, menguji fokus ibadah kita ke arah tujuanNya yang menciptakan kita.

Bermula sudah kehidupan nyata, di mana syaitan dan iblis berkeliaran menggoda sampai ke aliran darah kita, di mana nilai ibadah sudah kembali ke nilai kebiasaannya sepanjang tahun, sampai tiba Ramadhan kembali.Setahun mendatang..

Mampukah kita tetap menjaga iman?

Tetap fokus pada ibadah, dan tetap mengingatiNya di saat baring, duduk dan berdiri?

Di sinilah ujian yang Allah berikan. Syurga bukannya mudah .. mampukah kita?

Hari esok marilah kita rayakan dulu kemenangan Aidilfitri yang Allah berikan pada kita. Hari di mana kita merayakan puasa kita yang sebulan.

Allaahu Akbar
Allaahu Akbar
Allaahu Akbar
Laa ilaaha illallaah
Wallaahu Akbar
Allaahu Akbar Walillaahil Ham'd..


Semoga semua dosa kita telah digugurkanNya, semoga semua amal ibadah telah mendapat redhaNya, dan semoga sebuah rumah di syurga telah menanti kita.. InsyaAllah

“Taqobbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”

Aamiin yarabbal alamin..




P/S: Sayu rasa hari raya kali ini...entah kenapa.. :(

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1440H/2019

$
0
0
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1440H/2019 | Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi, sebulan puasa tamatlah hari ini , lekaslah adikku hiaskan rumahmu , biar serba baru untuk para tamu.

Kita bermaaf dengan keikhlasan 
Moga bertambah rahmat dari Tuhan 
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema 
Hening dan mulia di pagi hari raya ..

Itu antara bait-bait lirik lagu Rafeah Buang Bila Takbir Bergema. Lagu raya kegemaran Sis dari dulu hingga sekarang.


1 SYAWAL 1440H - 5 JUN 2019

Alhamdulilah sampai sudah kita di 1 Syawal 1440H bersamaan dengan 5 Jun 2019. Masa sebulan Ramadhan pantas berlalu. Akhirnya berhari raya kita semua.

Syukur kepada Allah masih di lanjutkan usia untuk meraikannya bersama insan-insan tersayang. Tiada yang lebih membahagiakan Sis, apabila masih lagi mempunyai Emak dan juga punyai Suami dan anak-anak serta adik beradik yang sama-sama dapat Sis beraya bersama di pagi raya.

Terim kasih Allah ...


Kepada semua pembaca blog Aku Sis Lin, Sis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua, andai ada tersilap menulis dan terkasar penulisan, harap ampun dan maaf ya.

Juga Sis maafkan segala silap dan terlanjur bicara mahupun komen korang dunia akhirat.
Walaupun ada antara engkau anggap Sis ko ni musuh sekalipun, tapi Sis tetap maafkan..
*tapi ada seorang dalam dunia ni yang takkan Sis maafkan dunia akhirat,  J****, engkau mesti baca dan kau tau siapa kau kan..

Semoga kemenangan Aidilfitri ini kita sambut dengan penuh kegembiraan, keriangan, penuh kesyukuran, maniskan senyuman dan banyakkan sedekah ya.

Ingat, bagi duit raya tu niat sedekah...anda buat anda dapat ..

Opss, belum ada gambar raya nak upload, tahun ni punya gambar raya, petang nanti baru nak shoot hehehhe. So Sis up gambar raya Emak Sis posing tahun lepas di Empire Studio hehehe..

Doakan Emak kita sihat walafiat yer ..

[Pakej Photoshoot Raya] : Empire Studio Johor 

 #TeamRayaJohor ...





P/S: Lepas ni kalau blog sepi tu, faham-faham aje ler, tuan tanah tengah riang ria beraya hehehe..

LAFAZ NIAT GANTI PUASA (RAMADHAN) DAN LAFAZ NIAT PUASA ENAM (SYAWAL)

$
0
0
LAFAZ NIAT GANTI PUASA (RAMADHAN) DAN LAFAZ NIAT PUASA ENAM (SYAWAL) | Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Dikesempatan ini Sis suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat.

Puasa Adalah Satu Ibadah Yang Besar Keutamaannya

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman (dalam hadis Qudsi): Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”

(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Muslim no: 1151]

Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan kelebihan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata:

Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.


HUKUM PUASA ENAM SYAWAL

a. Hukumnya adalah sunat.

Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

b. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.

Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Ibadah puasa enam di bulan Syawal seperti sabda Rasulullah SAW bahawasanya sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dan kemudiannya puasa enam hari pada bulan Syawal, maka puasanya itu seperti dia berpuasa sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, seseorang itu yang ingin berpuasa sunat di bulan Syawal dikatakan sangat afdhal sekiranya beliau berpuasa berturutan seperti mana puasa pada bulan Ramadhan, tetapi boleh juga berpuasa secara berselang hari sepanjang bulan Syawal.


BILAKAH DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.
Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Abu Hurairah ra berkata:
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].


BAGAIMANA MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL?

Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.

Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.


LAFAZ NIAT PUASA ENAM SYAWAL

"Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala".

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah Taala “.


Puasa Sunat dan Puasa Ganti Secara Serentak

Ganti puasa dan juga puasa sunat boleh dibuat dengan serentak iaitu digabungkan dengan disertakan dengan niat. Walau bagaimanapun, ianya lebih afdhal jika anda melakukannya secara berasingan dan pahala juga boleh didapati dengan lebih banyak.


LAFAZ NIAT PUASA GANTI BULAN RAMADHAN DAN PUASA 6 SYAWAL SERENTAK 

“Nawaitu shauma ghadin an qadhaa’i Ramadhaana ma’a Syawwaali lillaahi taala”

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari qadha fardhu Ramadhan berserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

Info Tambahan:

Kita juga boleh menggantikan puasa untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia, malahan kita dibolehkan untuk berpuasa ganti terhadap si mati walaupun arwah bukan dari kalangan ahli keluarga kita tetapi dengan syarat salah seorang ahli keluarga si mati memberi keizinan kepada kita untuk melakukan ibadah ini untuk arwah seperti yang dinyatakan di laman Mufti Wilayah Persekutuan.

Betapa indahnya Islam.
#SisSharing



P/S: Ada yang dah mula ke? Alhamdulilah ...

LIRIK LAGU OST DRAMA BUKAN CINTA AKU - DINIE DAN KHAI

$
0
0
LIRIK LAGU OST DRAMA BUKAN CINTA AKU - DINIE DAN KHAI 
Komposer : L.Y. dari Kelarai Sakti
Peulis lirik : Baiduri dari Kelarai Sakti 


Andai kau cinta kepadanya
Jagalah dia sepenuh jiwa
Doakan ku juga bahagia
Lebih terbaik waktu bersamamu

Namun jika cintamu kerna
Engkau tertekan keterpaksaaan
Beranikan kembali padaku
Aku pertahankan seluruh nyawaku

Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji Sehidup semati
Sehingga ke syurga

Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti
Milikku selama-lamanya

Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji sehidup semati sehingga ke syurga
Dia hanya ingin kita berpisah

Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti Milikku selama-lamanya
Percintaan ini pasti miliku selamanya
Hadiah Tuhan untuk kita berdua






P/S: Pencipta lagu ni adalah guru sekolah menengah Sis dari Form 1 hingga ke form 5 hehehe.. Cikgu Rozman Shafie namanya. Sangat sporting orangnya! ..Tahniah Cikgu ! 

MENU RAYA DI PAGI SYAWAL

$
0
0
MENU RAYA DI PAGI SYAWAL | Hai korang! Selamat menjalankan tugas dan selamat kembali ke sekolah buat warga Johor dan juga negeri yang sewaktu dengannya. Untuk negeri-negeri lain, esok baru mula sekolahkan.

So? Amacam raya?

Alhamdulilah harini dah masuk hari yang ke-6 kita berhari raya. Pejam celik sekejap dah hampir seminggu berhari rayakan. Ada juga tu masih bercuti dan beraya lagi di kampung. Mesti meriah dan seronokkan.

Sis? Seperti tahun-tahun sudah, beraya di rumah Emak di Kampung Melayu dan setiap tahun juga beraya di Johor. Kami sekeluarga #TeamRayaJohor hehehehe. Suami pula memang dari dulu suka beraya di rumah Emak Sis dari nak meredah jem nak balik kampung Sabak Bernam dan KL sana. Lagipun Sis dah tak MIL and FIL pun. Nanti dah banyak raya baru kami ke sana.

Kebetulan pula rumah Emak betul depan Mesjid, jadi kalau malam raya dan pagi raya, memang meriah.

Korang masak apa pagi raya?

Untuk beberapa tahun lepas ni, Sis raya pertama dah tak masak di rumah sendiri. Sebabnya ikut cadangan Suami, katanya raya pertama kita duduk seharian rumah Emak, nanti esoknya raya kedua baru kita masak dan panggil Emak dan juga adik-adik semua datang ke rumah.

Makanya raya pertama tu memang lepak, makan dan beraya di rumah Emak aje, tunggu sedara sepupu semua datang. Dan kalau di rumah Emak, memang menunya dari dulu hingga sekarang, menjadi pujaan hati kami semua. Memang Emak akan anyam ketupat dan rebus sendiri, dan masak semua lauk-lauk yang biasa orang Johor masak di Subuh pagi raya.

Belum pernah lagi Emak masak Laksa Johor ke, Nasi Beryani ke Nasi Minyak ke atau apa-apa menu lainlah di pagi raya. Memang sepanjang raya dari dulu hingga kini, dan kalau kata raya, memang Emak masak menu raya. Bak kata arwah Abah Sis, 'ni baru betul raya' katanya hehehehe..

Antara menu yang di masak Emak..


Semestinya Lepat dan Palas (Beli), Ketupat, Kari Ayam Kerisik, Sayur Lodeh, Rendang Daging dan menu wajib mesti ada, iaitu Sambal Kacang Emak. Memang sambal kacang Emak tiada tandingannya, memang paling sedap setakat Sis makan di dunia ini hehehehe..

Kesemua lauk ini kalau takde pagi raya, memang bukan rayalah namanya. Dari anak, menantu dan cucu, memasing akan mencari semua menu Emak Sis ni. Dan masak bukan sikit-sikit punya, seperiuk bagai, biar puas semua makan.

Sebelum Solat raya memasing dah makan, nanti balik solat, makan lagi hahahaha..


Bukannya apa, ada juga Sis tau, sesetengah orang kalau raya, mereka tak masak menu ni semua, mereka masak Nasi Beryani, Nasi Minyak, Soto, Laksa dan lain-lain menu selain menu di atas. Bagi Sis dan keluarga Sis memang tak pandai dan tak reti. Baik raya puasa ataupun raya haji, menu raya tetap sama macam ni. 

Kalau tetamu datang pagi Syawal tu, ada rezeki mereka, kami jamu mereka makan menu ni semua. Barulah betul raya kan. Kalau di rumah Sis waktu Sis masak pagi raya dulu, Kari Ayam tu Sis tukar ke Ungkep Ayam atau Semur Ayam, kadang Ayam Masak Merah, lain-lain tetap sama. Tapi tetap sedap menu rumah Emak juga hehehehe.

Ikutlah kan masing-masing punya citarasa. Kadang sebab takde sapa nak makan, nak menolong, jadi masak aje yang simple. Ini pun selagi Emak Sis ada, meriahlah menu raya, esok-esok tak taulah, moga Allah lanjutkan usia Emak dan Emak sihat selalu. 

Korang pulak masak menu raya apa? Sama ke? Atau lain pula menunya?
Share lerr sini ..





P/S: Harini nak masak asam rebus atas permintaa Suami ..sedap jugakan...

ADAB RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

$
0
0
ADAB RUMAH TERBUKA SYAWAL | Rumah terbuka atau open house sudah sinonim dalam kalangan umat Islam hari ini terutamanya apabila tibanya Syawal. Syawal juga dirasakan seolah-olah tidak lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.

Dalam penganjuran rumah terbuka ini biasanya tuan rumah akan menerima kunjungan kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-taulan di kediaman masing-masing bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri manakala ada segelintir umat Islam yang berkemampuan memilih mengadakannya di hotel-hotel mewah dan dewan-dewan besar.

Tidak kurang juga ada yang sanggup berbelanja mewah dan berhabis-habisan semata-mata untuk mengadakan rumah terbuka dengan alasan bulan Syawal hanya sekali dalam setahun.

Meskipun Syawal hanya setahun sekali namun sebagai tuan rumah perlulah bijak dalam menguruskan majlis agar tidak berlaku pembaziran. Berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk dalam penganjuran keraian sehingga akhirnya menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga adalah dilarang sama sekali oleh Islam.

Hakikatnya, Islam menganjurkan umatnya supaya bersederhana dalam segala hal terutamanya dalam mengadakan rumah terbuka. Amalan ini adalah selari dengan apa yang ditekankan oleh Islam menyuruh umatnya beristiqamah setelah berakhirnya Ramadan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka tetaplah (istiqamah) engkau wahai Muhammad di jalan yang benar seperti yang diperintahkan bersama orang yang bertaubat dan janganlah kamu melampaui batas.” ( Hud, 11: 112).

Justeru meraikan rumah terbuka pada hari lebaran ini tidak semestinya secara besar-besaran namun apa yang penting niat kita untuk memuliakan bulan tersebut dengan penuh ke­syukuran.


Selain itu, dalam mengadakan majlis rumah terbuka umat Islam wajib menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang secara jelas dilarang oleh Allah SWT. Ada dalam kalangan umat Islam yang merosakkan ketaatannya selama sebulan sepanjang Ramadan hanya pada hari pertama Syawal. Mengadakan rumah terbuka dengan melayan tetamu sehingga meninggalkan solat, tidak menutup aurat, pergaulan bebas tanpa batas antara lelaki dan perem­puan yang bukan mahram, makan yang terlampau sehingga membahayakan kesihatan dan sebagainya.

Walaupun amalan rumah terbuka bukanlah satu syariat yang diwajibkan oleh Islam sempena Hari Raya Aidilfitri, namun jika dilakukan menurut garis panduan syarak amalan tersebut boleh menjadi satu ibadah. Konsep rumah terbuka ini sebenarnya menyediakan ruang luas kepada umat Islam untuk terus melakukan amalan yang dituntut oleh Islam.

Antaranya, memberi peluang kepada umat Islam untuk ziarah-menziarahi, mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan, bertukar-tukar fikiran dan dapat melayan serta menjamu tetamu yang hadir.

Di samping itu, amalan kunjung-mengunjungi ini juga membolehkan persaudaraan yang selama ini renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang jauh menjadi dekat dan sebagainya. Lantaran itu, akan terbentuk satu ikatan kasih sayang yang mengeratkan sesama insan.

Sebagaimana Islam sangat menggalakkan agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah.

 Firman Allah SWT yang bermaksud:“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (al Hujarat: 47: 10).

Dalam pada itu, Islam telah menggariskan beberapa adab ketika mengadakan rumah terbuka.

Sebagai tetamu perlulah berniat baik atas kunjungannya, tidak memilih-milih tempat untuk berkunjung seperti rumah orang berharta, berpangkat dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat manakala waktu berkunjung pula hendaklah memilih masa yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu tersebut pihak tuan rumah sedang berehat.

Begitu juga dengan adab bersalam–salaman dan berjabat tangan mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Jangan pula kita mengikut budaya Barat bersalaman tanpa mengira lelaki ataupun wanita. Majlis rumah terbuka juga perlu dijauhkan daripada menjadi medan pergaulan bebas antara te­tamu yang bukan mahramnya. Pergaulan bebas serta percampuran secara melampau antara lelaki dan perempuan boleh mengundang majlis yang asalnya untuk mendapat rahmat Allah SWT, bertukar menjadi majlis yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Selain itu, sebagai tetamu, seboleh-bolehnya kita menjaga adab terutama ketika mengambil juadah yang disediakan. Cuba elakkan makan dengan tamak dan gelojoh di rumah terbuka. Makanlah sekadarnya dan ingatlah masih ada ramai tetamu yang akan datang untuk menjamu selera. Menjaga adab bertamu pen­ting agar tidak tercemar dan dapat menjaga imej kita sebagai tetamu serta disenangi oleh tuan rumah.

Sementara itu, bagi tuan rumah, beberapa adab yang perlu dipelihara antaranya, mestilah berniat ikhlas menerima kunjungan dan bukannya menunjuk-nunjuk serta memilih tetamu yang berpangkat untuk diajak bersembang. Tuan rumah perlulah menghormati dan memuliakan semua tetamu. Ingatlah bahawa memuliakan dan me­layan tetamu dengan baik, adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu.

Konsep rumah terbuka sepanjang bulan Syawal adalah satu amalan yang baik. Walaupun penganjurannya hanya dilihat sebagai satu budaya masyarakat di Malaysia, namun jika caranya betul dengan menepati adab-adab yang bertiangkan syariat Islam serta jauh daripada perkara-perkara tercemar yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT, ia boleh dianggap ibadah dan wajar diteruskan.

#SisSharing
Perkongsian dari : Utusan





P/S: Jenis Sis pulak, tak payah tunggu rumah terbuka baru nak datang, kata pun raya, so datang ajelah kalau sudi..Ko nak makan ke ko nak datang salam raya? 😎

APA MAKSUD SINGKATAN #OOTD TU?

$
0
0
APA MAKSUD SINGKATAN #OOTD TU? | Korang mesti dah tau kan apa #OOTD itu. Yang mana ada instagram/facebook dan juga youtube mesti tau dah. Tapi ada juga yang tak tau. Dan baru-baru ni, kawan Sis tanya Sis, 'Eh pebende OOTD tu ha?, hehehe dia kata raya tahun ni ramai guna hashtag #OOTDraya ..

Terus Sis eksen pulak tu jawab, 'Laaa kau tak tau ke?' hahaha padahal Sis ko pun baru tahun ni tau maksud OOTD tu kui kui kui..Tu pun tanya anak, ye laaa zaman Sis dulu mana ada ayat OOTD tu, zaman sekarang siap hashtag bagai, kalau tak tanya, maka sampai ke sudahlah tak tau maksudnya hehehe..main tulis je ikut orang hahahaha...

Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan..tu pepatah orang tua. Tak tau ye tanya, jangan tak tau tapi buat-buat tau, haaa tu namanya 'Bodoh Sombong' ...

Maksud #OOTD tu adalah singkatan dari Outfit of The Day ..  
Ianya membawa maksud pakaian yang mereka kenakan atau pakai pada hari tersebut.

Pemahaman Sis mengenai maksud OOTD tu adalah, apa pakaian yang korang pakai pada haritu, then korang pose amik gambar kemudian korang tulis singkatan OOTD (OutFit of The Day), dan ada juga mereka selitkan atau tag sekali OOTD tu dari kedai/butik mana ke, haaaa begitu fahamnya..ada faham? ...

Yang suka bergambar dan posing sana sini, haaa memang akan guna hashtag OOTD ni. Termasuklah di kalangan artis. Ke korang yang ikut artis ek, eh eh ...entahlah hahahaha..

Kalau Sis ko pulak, asal post gambar je, asyiklah lupa nak letak hashtag tu hahaha..lagipun bukannya ada pun Sis ko nak selpie sengsorang nak berOOTD bagai oii..i is pemalu hahahahaha

So korang dah tau kan..sila gunakan hashtag tu sebaik mungkin. Jangan di salah gunakan ya..


Selamat berOOTD raya korang!

Haa? OOTDraya Sis? Hahaha sila bukak instagram dan facebook Sis yer..cukuplah sekeping tu jer Sis upload hahahaha...simpan buat esok-esok pulak 😜





P/S: Nak OOTD tu tak kisah, cuma berbalik tujuan asal kita, nak harap pujian manusia atau sebaliknya ..tepuk dada tanya selera.. Eh lapar, Jomm makan...

APA HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK?

$
0
0
APA HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK? | Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka dapat. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.

Zaman Sis dulu, duit raya anak memang bila anak dapat aje duit raya, terus masuk bag Sis, then Sis asingkan dan masukkan ke dalam akaun bank Sis. Tapi tidaklah gunakannya. Sis tau berapa jumlah duit anak yang kita simpan, then bila ada keperluan yang anak nak guna atau beli, keluarkan aja dari bank jumlah yang duit anak tu jer. Bagi Sis lagi mudah.

Sebab dulu, agak terhad nak buat buku bank bagai ni. Dan tidak berapa terdedah dalam usaha penyimpanan bagi anak-anak, tak macam sekarang, macam-macam ada cara untuk kita nak simpan kemana duit anak tu. Nak dengan taknak je.

Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.

Zaman sekarang? Jangan mimpilah nak pegang duit raya anak. Anak zaman sekarang dah pandai menyimpan sendiri, pandai mengira, kalau boleh 24jam nak kira duit raya hahahaha

Betul tak?

HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK

Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.

Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.

“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.



CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL

ASINGKAN

Pastikan duit raya untuk setiap anak korang diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)

• TABUNG KHAS

Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.

• SIMPAN DALAM BANK

Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak korang (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa.

Imam Al-Syafie, Abu Hanifah dan Malik berkata: Tidak boleh seorang ayah mengambil harta anaknya kecuali pada kadar yang diperlukan. Ini berdasarkan hadis sesungguhnya darah kalian dan harta kalian haram.

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin meletakkan 3 syarat membolehkan si Ayah atau Ibu  mengambil harta si anak:

1- Ia tidak menimbulkan mudharat kepada si anak.
2- Ia bukanlah sesuatu yang anak itu perlukan.
3- Ia tidak diambil untuk diberikan kepada anak lain yang tidak memerlukan harta tersebut.

Kesimpulan:

1- Si Ayah atau Ibu boleh mengambil harta anak apabila dia memerlukan dan tidak menimbulkan mudharat kepada anak.

2- Oleh itu, boleh si Ayah atau Ibu mengambil duit raya anak apabila dia memerlukan wang tersebut.

3- Harta anak bukanlah milik mutlak si Ayah kerana jika ia milik mutlak pastilah Ayah mendapat keseluruhan harta selepas si anak mati, dan bukan sekadar 1/6.

Wallahua'lam.

Bagi Sis, antara tabungan terbaik adalah di Tabung Haji. Korang bebas untuk memilih di mana korang nak simpan duit anak korang. Anak Sis pun tiga-tiga Sis buatkan tabung haji sejak sekolah rendah. Walaupun agak lewat buat akaun tu dan tidaklah setiap bulan masuk dan simpan duit, at least dah ada tabungan tabung haji untuk hari tua mereka.

Alhamdulilah.
#SisSharing





P/S: Paling mudah korang buatlah akaun SSPN-i anak-anak. Pendeposit SSPN-i akan menerima manfaat kesihatan dan pengecualian cukai simpanan bersih sehingga RM6,000 setahun! akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.

BERAYA KE RUMAH CHEF BLOGGER MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM

$
0
0
BERAYA KE RUMAH CHEF BLOGGER MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | Alhamdulilah, berkesempatan lagi raya tahun ini bertandang raya ke rumah blogger masak-masak, yang di kenali dengan nama Mat Gebu tuan punya blog tiffinbiru.com di Sedenak, Johor .

Takkan korang tak kenal kan...

Hampir setiap tahun dari tahun mengenali Mat Gebu 2008, Sis berpeluang beraya bersama dengannya. Sifat ramah, rendah diri dan juga pemalunya tu, membuatkan kita selesa berkawan dengannya. Sis dan Mat Gebu sebaya, kami tahun 1976, cuma beza bulan aje, mungkin sebab tu kami boleh jadi sekepala, cuma jantina aje lain-lain hahaha..

Yang mengenali Mat Gebu dan pernah bertemu dengannya pasti tau bagaimana sifat dan sikap orangnya.

Sebab itu Sis sentiasa berasa bersyukur kepada Allah atas kurniaan sahabat-sahabat yang baik kepada Sis, insyaAllah kalau kita hargai nilai persahabatan kita, dan ada batas-batasnya, persahabatan kita akan kekal selamanya.  InsyaAllah..


Untuk tahun ini, sahabat Sis, Suraya Yusof (Sue) wahtsapp mengajak ke rumah Mat Gebu pada raya keempat baru-baru ni. Sebab esoknya dia dah nak balik Seremban. Memang kebiasaannya tiap tahun ke Sedenak bersama Sue. Sis pun on aje, kebetulan Suami pun masih berada di Johor. Sampai Suami pun cakap, lama tak jumpa Mat dan Mak Yah (Emak kepada Mat Gebu).

Dan akhirnya berjumpa dan berkumpullah kami semua di rumah Mat Gebu raya keempat.

Macam biasa, rumah Mat Gebu tak pernah sunyi dengan kunjungan tetamunya pada hari raya, masa kami sampai pun, ada tetamu lain di rumahnya, so sebab itu Mat selalu pesan, kalau nak datang bagitau awal-awal, dia adjust time dia. Dia memang pantang kalau jenis terjah-terjah, bukan tak sudi nak terima tetamu katanya, tapi seeloknya bagitau dulu supaya tuan rumah tidak kelam kabut.

Dan menjadi kebiasaan kalau pergi rumah Mat, tak pernah balik dengan perut lapar, ada je menu dan makanan yang di sajikan, walaupun dah bagitau awal, jangan susahkan diri, dapat makan kuih tat dan kek lapisnya tu pun dah cukup bagus! Kann...

Tapi dah namanya Mat Gebu, maka di sajikannyalah juga dengan hidangan makan tengah hari. Dan yang gelihatinya, memasing terus ceduk nasi sampai lupa nak amik gambar hahahaha. Nampak sangat macam lapar kan katanya Sue hahahaha..

Sis sempat amik sekeping ni jer, tu pun dah duduk ceduk nasi hahahaha


Mat Gebu sajikan kami [Klik menu untuk resepi] Asam Pedas Tetel, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak, Sambal Belacan dan Ikan Kering Pari, juga buah-buahan. Memang semua menu pembuka selera sungguh. Kepedasan lidah Sis ko dek si Mat punya sambal belacan, pedas giler ko.

Boleh si Mat kata tak banyak cili dia letak, cuma segenggam aje..ko ngase? ...hahahaha

Sembang punya sembang, dari tengah hari membawa ke petang kami duduk di rumah Mat berborak. Tanpa di sangka, rezeki Sis dan Suraya, dapat bertemu dengan Roscobbage Mak Jah. Mat ada bagitau Mak Jah nak datang, cuma tak tau jam berapa. Kami hanya kenal komen di facebook ajer, tak sangka dapat bertemu peluk cium dengannya. Sangat ramah orangnya. Alhamdulilah ..


Dalam gambar:
Duduk: Sue dan juga Emaknya Mat Gebu.
Berdiri : Sis dan juga Mak Jah

Sambung sembang lagi, bergambar dan makan-makan lagi. Akhirnya memasing beransur balik, kebetulan juga ada tetamu lagi datang selepas tu, maka pulanglah kami semua. Ingatkan ke terus balik, eh sambung pulak di luar rumah berborak dan bergambar..bila nak balik daaaa hahahahaha...lawak betul!

Suami duk terpegun dengan pokok Buah Bidara Mat Gebu di luar sana yang kemain besar pokoknya dan banyak sekali buahnya. Buah bidara ni bagus untuk buat ubat, baik buahnya mahupun daunnya. Maka bersembang panjanglah Suami dengan Abangnya Mat Gebu di luar. Sis pun bawa balik gak yang kering, nak cuba tanam.

Yang lelain sibuk ler berOOTDraya .


Family Sis (Yana je tak ikut) dan juga family Sue.
Bergambar kenangan di luar rumah Mat Gebu .

Ramai yang tanya, 'Yang mana satu Mat Gebunya?'
'Di sini (dalam hati Sis)', cia cia ciaaaa...hahahaha.

Soalan ini memang akan bertalu orang tanya Sis. Sis takde jawaban, kan dah kata seperti di atas, orangnya sangat rendah diri dan juga pemalu, makanya memang takdelah gambar Mat Gebunya. Ekslusif okay, Mat Gebu ni limited edition aje, takde jumpa di mana-mana, kecuali di Sedenak ajer hahahaha..

Apa-apa pun terima kasih buat Mat sekeluarga. Moga Allah murahkan rezeki, sihat selalu untuk ko sekeluarga Mat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa ko pada kami semua. Aamiinn..


Haaa ada juga haaa, terima kasih Mat amikkan gambar aku yang cecantik gini. Aku sukalah kamera ko, hahahahaha...Sampai tunjuk Suami, Suami kata, apsal lain beno muka Sis hahahaha...magic laa kamera Mat Gebu ni hahahaha..

Okay sampai jumpa lagi ye Mat. Macam biasa, tak pernahnya sekali Sis datang beraya, esok-esok kang muka Sis ko lagi ke sana hahahahaha...

OkBai..panjang lebor membebelnya ..
Jom beraya! ..




P/S: Nak tengok wajah Mat Gebu...okay nantilah Sis tunjuk yer..syyhhhhhh.. 🙊

IKEA MALAYSIA DURIAN DESSERT FESTIVAL 2019

$
0
0
IKEA MALAYSIA DURIAN DESSERT FESTIVAL 2019 | IKEA Malaysia will have Durian Desserts including Musang King Frappe from June 10 onwards.

Now that the season of the King of Fruits is officially underway, IKEA Malaysia is holding a Durian Dessert Festival across its eateries for the very first time.

Starting from 10 June to 31 July, all IKEA outlets in Malaysia will be serving desserts inspired by the king of fruits at their restaurants as part of their Durian Dessert Festival to welcome the durian season.

Durian Dessert Festival 2019


Locals who can never get enough of the king of fruits should mark their calendars and cross the border. We’ve fallen for IKEA’s meatballs, but this time, durians will front their kitchen’s offerings.

Musang King frappe, durian tart & cream puffs
IKEA Malaysia’s menu features 3 delicious durian desserts that already have us grabbing our wallets.

Here are some of the durian treats you will find there.


Durian Tart 

Priced at RM6.50 each, durian tarts are available at all IKEA Bistros (a.k.a. where you get your ice cream and curry puffs).


Durian Cake

Priced at RM9.90 per slice, durian cakes are sold at all IKEA Restaurants.


Durian Puff 

Priced at RM5.90 per pop, durian puffs are sold at all IKEA Restaurants.


Musang King Frappe 

Priced at RM9.90 per cup, BUT Musang King Frappe is only available at IKEA Cafés in IKEA Mutiara Damansara and Cheras.

IKEA’s Durian Dessert Festival runs from Tuesday (10 Jun) until 31 July.

Aside from this, they even have exciting offers for everyone, such as:

From 17 June – 17 July 2019, spend a minimum of RM50 at the IKEA Restaurant to receive RM50 off on IKEA Home Furnishing products with a minimum purchase of RM350 on the same day.

IKEA Malaysia Johor Bahru 
Address: Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Opening Hours: 9:30am to 10:30pm
Contact Number: +60 3-7952 7575
Website: IKEA Malaysia

Photos from IKEA Malaysia and story from SAYS Malaysia.





P/S: Uishhh nengok je dah terliur, memang kena serang ni oiii...ajommm kita!

WORDLESS WEDNESDAY - PAGI RAYA vs PETANG RAYA

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - PAGI RAYA vs PETANG RAYA

Siapa ada macam ni ? Ada ke ? 

Kalau ada kes berat ni. Ingat-ingat ye, ni baru Syawal 8 oii..







P/S: Hahaha Tak habis-habis Sis ko gelak dek nengok gambar ni. Tak senonoh kan, takde ler sampai macamtu sekali gupenya kan hahahaha. Paling tak pun, tudung je berot kalau dah petang hahahaha..

PERTAMA KALI DAPAT DUIT RAYA DARIPADA ANAK

$
0
0
PERTAMA KALI DAPAT DUIT RAYA DARIPADA ANAK | Alhamdulilah syukur kepada Allah, selain dapat duit raya dari Suami tiap-tiap tahun, untuk tahun ini Sis dan Suami pertama kalinya dapat duit raya daripada anak Sis yang no2,Yana.

Yer anak Sis,Yana sudah bekerja, hampir 2 tahun sudah dia bekerja di sebuah kedai Proton di Bukit Dahlia, dan untuk raya kali ini pagi raya dia hulurkan duit raya kepada Sis dan juga Ayahnya.

Sebak, terharu dan sedih sebenarnya saat menerimanya. Memang nangis pun. Walaupun dalam hati terloncat-loncat melihat jumlahnya hehehehe. Tapi Sis tak kisah akan jumlahnya cuma terharu bila anak pula ingat dan memberi pula kepada kita ni.

Bertahun kita jaga dia, kita bagi dia duit raya tiap kali raya, tiba masa anak pulak yang bagi, terasa tua beno dah Sis ni hahaha..

Suami pun kata, syukurlah seadaanya, selagi anak ingat nak bagi dan hulur, kita terima aja, jangan kita meminta. Esok-esok kalau anak dah kahwin, kita pun jangan meminta, kita tak tau masaalah mereka, jadi selagi anak ingat nak bagi, amik dan bersyukurlah .

Masa Suami kata macamtu, airmata Sis ko, macam bukak air paip, huhuhu sedih sangat bila sebut 'anak dah kahwin nanti' tu haa. Tapi memang benar, masaalah orang kita tak tau, nampak zahir macam orang senang, pakai kereta besar, rumah besar, nampak pakai have-have, susah dia? Kita mana tau kan.

Jadi berapa jumlah orang bagi duit raya tu, bersyukurlah.


Ye laa raya tahun ni kan ada viral seorang MakCik ni dapat duit raya dari anak saudaranya tak silap, anak saudaranya bagi rm5, bukan main meroyan MakCik tu kat twitter adoii..

Kot ye pun MakCik oii, cubalah bersangka baik dulu, mana tau dia tersalah sampul ke kan, kita mana nak tau kan. Esok-esok kalau jumpa, dia hulurlah lagi. Bab ni Sis ko no komenlah. Tak tau nak nyampuk apa bila kawan share.

Sebab Sis pun ada anak, ada anak saudara, kot mana tau nanti one day kena muka sendiri, kita mana tau, so baiklah bersangka baik aje.

Nak suruh bersyukur, kepala otak Sis ada fikir jahat juga. Tersebut juga dalam hati masa mula Sis baca 'Takkanlah rm5 jer, kan orang tua tu' huhuhu...astaghfiruallah tapi bila fikir-fikir balik, tu le Sis kata, bersangka baik ajalah, mungkin salah sampul agaknya, kan kan...

Yang penting, syukur ajelah dapat duit rayakan. Ada juga yang tak dapat dan menadah tangan di luar sana. Kita? Tak payah minta, yee dapat.

#SyukurSeadanya .
“Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?” ..





P/S: Terima kasih juga buat Suami, sebab tahun ni duit raya untuk isterinya 'Up + Bonus' sekali kekekeke...kata Suami 'Hadiah Raya' hehehe 💕

KARI KAMBING DAN SOTONG MASAK HITAM, MENU PILIHAN KELUARGA

$
0
0
KARI KAMBING DAN SOTONG MASAK HITAM, MENU PILIHAN KELUARGA | DUA menu ni memang menjadi pilihan keluarga Sis kalau di tanya 'Nak masak apa ye hari ini?'. Tentunya Sis dah tau jawaban dari Suami dan anak-anak hehehe.

Tak payah tanya pun takpe, kalau kata ada kambing dan sotong, Sis sendiri dah tau apa yang Suami dan anak-anak suka makan dan dah tau nak di masak apanya. Kalau Suami, kambing dia memang suka masak kari aje macamtu. Anak pula hanya Amat dan Yana aje yang makan kambing. Si Kakak tak makan daging.

Yer anak Sis si Kakak dari dulu dia tak makan daging. Dulu dia makan, tapi sewaktu dia sekolah rendah darjah 2, Sis bawa dia ke mesjid untuk melihat ibadah korban, then dari sejak itulah si kakak tak makan daging. Apa je jenis daging, dia tak makan.

Makanya kalau nak masak daging, kenalah ada menu lain untuknya. So Sis masakkan sotong masak hitam juga haritu. Puaslah anak-anak makan, ada kari kambing dan juga sotong hitam. Sotong pun Suami beli dan bawa masa balik raya haritu. Kemain besau saiznya.


Ni nak cerita satu cerita gembira hehehe..

Korang mesti ada pernah terbaca kan kisah Periuk Noxxa Sis yang jatuh dan pecah tu ?
[Klik Sini] https://www.sislin76.com/2018/08/wordless-wednesday-jatuh-dan-pecah.html

Nak jadikan cerita, Sis nekad haritu, nak cuba juga guna semula. Kemain banyak bismillah dan doa permudah urusan Sis ko baca depan Noxxa tu hahaha. Sis mulakan dengan masukkan kambing dan air, then tekan suis ON, kemudian tutup periuk Noxxa tu walaupun tak konfiden penutup tu masih okay ke tidak, kemudian Sis setkan timer dia.

Dan tunggu.

Berzikirlah Sis ko sementara menunggu. Dan ada feedback positif, sebab tiada wap air keluar, dan timer dia berjalan seperti biasa. Ini petanda baik, kemain senyum Sis ko mengucap alhamdulilah.

Tapi tunggu lagi.

Habis aje timer dia, bunyi beep beep pun keluar. Then Sis biarkan sekejap 10 minit. Berzikir lagi hahaha. Then Sis lepaskan wap pressure dia dulu. Berhembus-hembuslah asapnya keluar. Kemudia Sis buka penutup Noxxa tu, amik garfu cucuk isi daging..

WOWWWW Noxxa ku berfungsi semula akhirnya!!!! Daging empuk sehempuknya...

Alhamdulilah...dah bolehlah masak daging, ayam tua dan segala bagai yang berdaging..yehaaaaa suka sangat-sangat hati Sis!!!..Suami pun sampai tumpang gembira mendengarnya. Sikit-sikit dia jengah dapur, kejap-kejap dia jengah dapur hahahaha..

Akhirnya, tidaklah rasa terkilan dek periuk Noxxa yang ku beli mahal tu jatuh..akhirnya boleh guna kembali..huhuhu..Berjasa sungguh oii, takde Noxxa susah woo..


Kambing Kerisik Periuk Noxxa

Kalau korang nak resepinya, bolehlah [klik sini] https://www.sislin76.com/2018/05/kari-kambing-kerisik-noxxa.html

Sedap dan memang pekat! Makan dengan roti jala ke roti canai ke perghh power habis. Tapi Suami makan dengan ketupat dan palas haritu. Sehingga menjilat jari hahaha.

Baca juga [klik sini] https://www.sislin76.com/2018/09/periuk-noxxa-aku-masih-berfungsi.html

Okay dah, nanti sambung lagi.
Misi nak mengosok baju raya semua, dah gosok ye senang nak pakai nanti.
Jom beraya!





P/S: Kalau ada yang nak jemput Sis openhouse ke rumahnya, PM je di FB/IG/Page Facebook yer. Sebab ada yang komen kat entri blog tanya no hp nak jemput beraya hahahaha.

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

$
0
0
KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN | Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, "Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan".

Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.

Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, 
lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka.

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”  (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”  (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

InsyaAllah ..
#SisSharing





P/S: Sis pun ada 2 orang anak perempuan, makanya tak berani nak komen apa-apa, hanya mampu berdoa moga Allah lindungan dan kuatkan Iman anak-anak Sis semua.

HOTEL DE ART - MALAYSIA'S 1st ART-THEMED HOTEL

$
0
0
HOTEL DE ART - MALAYSIA'S 1st ART-THEMED HOTEL | Ikutkan malas juga nak share cite ni sebab dah lama dah ni waktu bulan puasa lepas tapi fikir-fikir takpelah, buat satu post sebagai rujukan Sis dan juga korang, kot-kotlah nak ke sini ke menginapkan.

Masa bulan puasa lepas Sis dan dua orang anak Sis ke Shah Alam, sebab anak Sis ada interview untuk sambung Master dia di MSU. So anak kata, kita stay semalam di Shah Alam dan esoknya kita merayaplah mencari baju raya dan beli apa yang patut di sana.

Ye lerr, anak kata di sana semuanya murah. Harga beza dengan di Johor.
Okay. Baiklah, Emak mengikut aje, janji anak puashati.

Sehari sebelum tu, anak dah booking dan beli bilik di Hotel De Art ni melalui Agoda. Harga dia Sis lupa laa berapa rm, tak silap Sis rm115 ke gitulah untuk bilik yang Sis amik ni. Muat untuk 3 orang. So dah settle bab bilik.

Sampai Shah Alam Sis terus ke MSU, lama juga menunggu anak Sis siap, hampir 2 jam juga, melangguk duduk di Cafe dengan si bujang Sis tu hehehe. Muka dah toyee je kehausan dan kelaparan hahaha.

Selesai semua, merayaplah kami anak beranak, pusing satu Shah Alam termasuk ke SACC Mall juga PKNS. Dan juga masuk pulak ke Sunway Pyramid. Tapi sampai waktu berbuka, Sis berbuka di Sunway Geo, anak yang bawa. Kitaorang nak makan Nasi Ayam Penyet Wong Solo tu.

Sedap bak hang!. Korang kena cuba!

Habis berbuka merayap lagi then dekat jam 10pm juga barulah Sis check in di Hotel De Art. Hujan renyai-renyai pulak masa tu, nasib baik juga ada reserved parking untuk pelanggan hotel, so senang nak parking. Dan paling tak sangka bawah hotel tu pulak ada kedai mamak hehehehe.

Senanglah nak sahur pagi tu.


Hotel De Art ni banyak tempat ada tau, satu lagi di area i-City. Yang Sis menginap ni di 3, Jalan Kristal AS7/AS, Section 7, 40000 Shah Alam, Malaysia. Sebab dekat sikit dengan area soping-soping tu haa. So anak amik yang paling senang nak gerak.

Melangkah masuk terus Sis wowww, cantiknyaaaa, sangat gaya klasik romantik ko tempat dia. Cute-cute siap ada deko teddy bear lagi. Tapi seriuslah, memang deko Hotel De Art ni sangat cantik. Baik dari luar sampai ke dalam, dan juga dalam biliknya.


Bilik yang Sis dapat berada di tingkat 2, so naik guna lift. Banyak juga bilik yang ada, dan sepanjang menuju ke bilik, dinding-dinding semua di hiasi lukisan yang memang cantik. Korang kalau nengok mesti woww sana woww sini hahaha.

Dan taraaa , itulah bilik Sis bertiga pada malam itu. So cute kan...dia macam ala-ala fairytale gituu..

Walaupun setiap bilik di hotel ini membawa tema yang berbeza-beza, kesemuanya memiliki daya tarikan yang tersendiri, daripada lukisan perkampungan, animasi kartun, lautan, pokok-pokok sakura, bunga-bungaan dan banyak lagi, semuanya dihasilkan dengan penuh terperinci yang mampu memukau mata yang memandang.

Yang menariknya, lukisan ini bukanlah di atas canvas kecil, tetapi ianya adalah sebenarnya sebuah lukisan yang memenuhi segenap pelusuk dinding bilik yang membuatkan korang terasa seperti berada di laman seni. 

Ada juga bilik yang bertemakan Hello Kitty, romantik dan elegan. Semua bergantung kepada pilihan bilik yang korang nak.


So korang kalau nak menginap di sini Sis rekemenlah, sangat okay dan selesa. Sis takde amik banyak gambar keseluruhannya, sebab dah letih dan taunya sampai bilik nak baring dan tido je. Sebab esoknya nak bangun awal, nak sahur, nak merayap dan drive terus balik Johor, so kena simpan tenaga huhuhu.

Korang boleh baca di blog Ana Suhana untuk lihat keseluruhan gambar & review . Fasilitinya sama jer, cuma biliknya aje beza dengan Sis .
[Klik sini] : http://www.anasuhana.com/2018/06/hotel-de-art-seksyen-7-shah-alam-lokasi-strategik-untuk-menginap.html

So memang puashati.
Lepas ni dah taulah nak tido mana kalau ke Shah Alam hehehe.




P/S: Memang ramai bagi feedback kat facebook Sis kata bagus dan best Hotel De Art ni. Terbaekkk..

NASIHAT 11 - JAGA MULUT, JANGAN CABAR HUKUM ALLAH

$
0
0
NASIHAT 11 - JAGA MULUT, JANGAN CABAR HUKUM ALLAH | Dalam satu hadith pernah Baginda Rasulullah saw memberitahu anggota tubuh badan ini. Setiap pagi Baginda akan mengatakan kepada lisan yakni lidah pada mulut ini, "Wahai lisan, sesungguhnya kami semua ini mengikut kamu. Jikalau mulut lurus, kami juga akan lurus di belakang kamu. Namun jikalau kamu menyimpang, kami juga akan turut menyimpang."

Ini dapat difahami bahawa lisan itulah yang menjadi imam kepada seluruh anggota yang lain. Ditanya kepada Baginda Rasulullah saw oleh Saidina Muaz Bin Jabal radiallahu anhu iaitu, "Wahai Baginda, adakah setiap kalimah yang ditutur kami ini akan dihisab?'.

Jawab Baginda Rasulullah, "Kamu tidak tahukah wahai Muaz, akan dicampakkan muka (dalam riwayat yang lain,kepala) ahli neraka itu ke dalam neraka oleh kerana mulut mereka".

Bahkan di akhirat nanti yang pertama sekali dihukum adalah bahagian yang paling hampir dengan mulut, apakah itu? Ketahuilah, itu adalah muka.

Boleh sahaja Allah menghukum terlebih dahulu kaki ataupun badan dahulu, Namun mereka yang tidak benar-benar menjaga mulut ini, maka mukanya dahululah akan dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka.

Namun yang demikian, Baginda Rasulullah juga memberi jaminan, dan ketahuilah inilah sebaik-baik jaminan daripada Baginda Rasulullah.

"Bagi sesiapa yang benar-benar menjaga anggota di antara dua bibirnya, dan juga menjaga anggota di antara kedua-duanya pahanya, maka aku jamin dia masuk ke dalam syurga".


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 




P/S: Takutkan..kerana mulut badan binasa..Allahuakbar ..

SIAPA DI KALANGAN SAUDARA YANG KITA BOLEH DAN TAK BOLEH SALAM ?

$
0
0
SIAPA DI KALANGAN SAUDARA YANG KITA BOLEH DAN TAK BOLEH SALAM ? | Perkahwinan adalah satu rahmat Allah SWT kepada umat manusia untuk mengembangkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, kita wajib bersyukur dengan nikmat berkenaan kerana bukan semua orang dapat merasainya.

Bagaimanapun, bukan semua ahli keluarga pasangan halal untuk kita bersalaman atau membuka aurat sesuka hati seperti yang digariskan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan." (Surah al-Nur, ayat 31)

Oleh itu, untuk memudahkan setiap pasangan mengetahui hukum bersalaman dengan ahli keluarga mentua, kaedah paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu status mereka sama ada haram selamanya atau haram bertempoh.

Jika mereka daripada golongan yang haram selamanya maka bersalaman dengan mereka pada hari raya dan sebagainya adalah dibenarkan. Jika tidak, maka bersalaman dengan mereka adalah diharamkan dan aurat wajib dipelihara.

Di bawah ini Sis senaraikan mereka-mereka yang kita BOLEH SALAM SAHAJA menurut MAZHAB IMAM SYAFIE RAHIMULLAHU TAALA .


Lelaki:

- Isteri
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah isteri
- Bapa Saudara sebelah isteri
- Suami kepada Ibu Saudara belah isteri
- Abang dan Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/Isteri*
- Suami kepada Akak/Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*
- Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga isteri*
- Suami kepada Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga sendiri/isteri*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Suami kepada Ibu Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu lelaki
- Datuk/Nenek saudara
- Suami kepada Nenek Saudara
- Suami kepada Akak dan Adik Perempuan sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Suami kepada Anak Saudara perempuan
- Cucu saudara
- Sepupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Suami kepada sepupu perempuan sebelah bapa
- Dua pupu lelaki sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan


Perempuan:

- Suami
- Ibu/Bapa
- Datuk/Nenek
- Moyang lelaki/perempuan
- Adik-beradik kandung
- Ibu/Bapa mertua
- Datuk/Nenek sebelah suami
- Bapa Saudara sebelah suami
- Isteri kepada Bapa Saudara belah suami
- Akak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*
- Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*
- Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*
- Isteri kepada Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga sendiri/suami*
- Ibu/Bapa tiri
- Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
- Sepupu perempuan
- Datuk/Nenek saudara
- Isteri kepada Datuk Saudara
- Isteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiri
- Anak Saudara lelaki/perempuan
- Isteri kepada Anak Saudara lelaki
- Cucu saudara
- Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa
- Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa
- Anak tiri
- Ibu susuan
- Saudara susuan

#SisSharing
Tak semua yang ada depan mata kita tu kita boleh salam, dan ingat, pegang kulit babi boleh sertu dengan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak, tapi kalau sentuh manusia yang tidak selayaknya disentuh, neraka laa kita..

Wallahuaklam ..





P/S: Kadang khilaf juga Sis. Dalam tak sedar, lebih-lebih lagi ketika hadir di event-event. Allahuakbar. Moga kita sama-sama mengejar redho Allah .

GAMBAR RAYA KELUARGA #TEAMRAYAJOHOR 2019

$
0
0
GAMBAR RAYA KELUARGA #TEAMRAYAJOHOR 2019 | Ikutkan hati Sis taknak kongsi gambar keluarga di sini lagi, cukuplah kongsikan di FB dan IG sebagai kenangan privacy sendiri bersama kawan-kawan terpilih sahaja. Tapi tak apalah, dah namanya 'personal blog', maka Sis kongsikan di sini juga gambar raya Sis sebagai tanda kenangan di blog sendiri.

Sampaikan ada juga yang komen balas 'Mana gambar raya Sis?'..huhuhu ...

Bukannya apa, bukan taknak bersangka baik, tapi sekarang ni kisah benar macam-macam boleh berlaku, ada yang salah gunakan gambar kita untuk kepentingan mereka. Ada yang hasad dengki terhadap kebahagiaan kita. Biar kita bersangka buruk dulu, dan kita beringat, dan kemudian jadi peringatan buat semua yang rasa ingin berbuat jahat tu.

Berserah pada Allah. Tu je yang mampu.
Baik dan buruk orang kepada kita tu, kita pasrah ajelah. Yang penting kita niat, hanya sekadar perkongsian. Jika ada yang berniat jahat yang membaca ni, yang suka sangat SS copy and save gambar kita tu, dengan ucapan 'Awak jeles ke?' muahahahaha .

Kita tak kacau awak, kenapa suka sangat kacau kita? ..

Korang jangan ingat takde, ada... kisah benar tau-tau ada member yang tunjuk kat Sis dan bertanya 'Eh ni gambar ko kan?' hahahaha..perghhh siap SS copy dan save ko. Terkejut Sis nengoknya.
Apa kejadah yang ko nak buat ha!!! Tapi gelihati pun ada hahaha.

Allah sedang memerhati kau.

Okay dah, balik pada tajuk ajelah, kang panjang pulak Sis ko mebebel hohoho.
Untuk tahun ni sama juga tahun-tahun sudah, Sis #TeamRayaJohor . Dan tahun kedua juga Sis dan family Sis bergambar di studio sebagai kenangan peribadi .

Tahun lepas Sis bawa semua keluarga dan adik beradik Sis, kecuali yang no3, tapi tahun ni, atas sebab yang telah berlaku, maka tahun ini, hanya Sis dan family Sis aje bergambar di studio. Kebetulan Suami pun sporting melayan, anak-anak lagilah, kemain excited, so happeninglah kejadiannya heheheh.


Sis mulakan dengan gambar anak-anak.
Yang kiri, no1 Nastasea (25tahun) bulan 7 sambung Master di MSU, yang duduk yang no3, Ridzuan (19tahun) diploma masuk sem3 di Politeknik Mersing, dan yang kanan yang no2, Nazryyana (23tahun) SA di Proton Bukit Dahlia .

Tengok gambar ni, hati sebak tau, melihat anak-anak semakin membesar, seperti tidak percaya bahawa Sis bertuah menjadi seorang Ibu kepada mereka bertiga ni. Dan kemudian terus fikir, bahawa satu hari nanti mereka-mereka ini akan berkahwin dan akan jauh dan tidak tinggal bersama Sis.

Allah sedih rasa hati. Ianya akan pasti satu hari berlaku. Rasa seperti belum bersedia nak lepaskan mereka kepada orang lain. Kalau boleh nak bersama sampai bila-bila tapi...takkan lah anak tak kahwin pulak kan kalau dah jodoh sampai huhuhu.

Sis sentiasa berdoa yang baik-baik ajelah untuk anak-anak. Moga mereka sentiasa di hati dan ingat Sis dan Suami selalu walau di mana berada.


Ya so far so GOOD kata Suami hahahaha.
Asyik gambo skema je kan, kita bagi gambo agak gile sikit posenya hahahaha.

Tema raya tahun ni adalah Hitam Kelabu. Dah 2 tahun Sis dah anak-anak berlainan tema. Maklumlah bila anak dah besar, emmasing dah taknak sedondon hahahaha. So Sis dan Suami aje sama hitam, anak-anak lebih kepada warna kelabu.

Bila mood datang bergambar, masing-masing punya posing begitulah, macam-macam aksi, sampaikan jurugambar pun gelak pecah perut nengok aksi kami anak beranak hahahaha. Happening sungguh katanya. Lawak betul.

Inilah keluarga kecil Sis. Kami berlima beranak aje. Perkahwinan Sis dah cecah 25tahun. Alhamdulilah atas kurniaan anak-anak yang bijak molek, juga Suami yang penyayang, bertanggungjawab juga penyabar buat Sis. Nama pun Sabar kan hehehe.

Tak minta banyak, Sis mohon kepada Allah hanya penjangkan jodoh kami hingga ke Jannah, dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat dan bertemu di syurga.
Aamiinn ..

Untuk maklumat lanjut tentang pakej murah photoshoot studio, korang boleh ke Empire Studio Johor
[Klik sini] : https://www.sislin76.com/2018/06/pakej-photoshoot-raya-murah-di-empire.html

Berita baik buat semua, Empire Studio akan berpindah ke tempat baru yang lebih besar dan selesa. Sis akan update kemudian nanti ya bila dah dapat detailsnya.
Buat masa ni masih di tempat yang sama.

So gambar raya keluarga korang dah update belum?
Kalau dah, sila komen link di komen ya, nanti Sis nak terjah.





P/S: Jemputan openhouse dah mula masuk list. Marhaban taman pun dah masuk nama juga ..maka aktiviti makan akan bermula hahahaha.

16 JUN - SELAMAT HARI BAPA 2019

$
0
0
16 JUN - SELAMAT HARI BAPA 2019 | Hari ini adalah Hari Bapa buat seluruh dunia yang bergelar Bapa. Tak kira apa yang anda memanggil mereka Bapa, Papa, Abah, Ayah, Dad, 父亲, Appa, Bapa adalah harta suci untuk anak perempuan dan anak lelaki mereka.

HARI BAPA adalah hari untuk kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang insan yang dipanggil ayah,. Tak kisah apa pun gelarannya, mereka punya nilai yang mesti kita hargai, kita sanjungi dan kita ingati.

Pada hari ini , sekali lagi kita berpeluang menyambut hari yang cukup bermakna ini terutamanya kepada seseorang yang telah digelar "bapa". Jasa dan pengorbanan seorang bapa sangat besar terhadap anak-anak. Menyediakan berbagai keperluan, makanan, pakaian serta pendidikan sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang bapa.

Hari bapa merupakan peluang yang amat sesuai untuk anak-anak menunjukkan penghargaan serta sanjungan mereka terhadap seorang bapa yang telah banyak berkorban. Sudah menjadi kebiasaan pada hari ini anak-anak akan mengucapkan selamat hari bapa dan kemudiannya memberikan hadiah yang cukup bermakna kepada bapa mereka.

Bagi seorang bapa walaupun hadiah yang diberikan tidaklah seberapa harganya namun itu sudah mencukupi bagi mereka, kerana bagi golongan ini kasih sayang serta perhatian yang ditunjukkan anak-anak yang mereka mahukan.


Buat Suami Sis..
Selamat Hari Bapa kepada anak-anak kita. Moga Allah kuatkan kesabaran, kekuatan mencari rezeki dan sihatkan tubuh badan selagi nyawa di kandung badan ..

Buat Abah ..
Moga tenang, aman damai di sana bersama kalangan golongan orang-orang yang beriman..aamiinn
Al-Fatehah ..

“Mana-mana lelaki boleh menjadi seorang bapa. Ia mengambil seseorang yang istimewa untuk menjadi ayah.” ~ Author Unknown




P/S: Anak-anak sibuk nak surprisekan Ayahnya..hehehehe so tunggu..
Viewing all 4435 articles
Browse latest View live