Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live

LEGOLAND® MALAYSIA RESORT KINI DIBUKA SEMULA DALAM NORMA BAHARU

$
0
0
LEGOLAND® MALAYSIA RESORT KINI DIBUKA SEMULA DALAM NORMA BAHARU | Setelah sebulan sekian lamanya tidak beroperasi, kini Legoland Malaysia Resort kembali beroperasi semula dalam situasi norma baharu dan bersedia untuk menerima kunjungan orang ramai dengan mengamalkan dan patuhi SOP yang telah di berikan.

Korang ada yang ternanti-nantikan ke pembukaan semula Legoland ni? Bagi Sis, of course laaa, gile tak seronok bila dengar Legoland di buka semula. Rindu weii nak enjoy-enjoy di sana dan bergumbira lagak si anak kecik, walaupun Sis hanya mampu meronda-ronda aje tanpa naik roller coaster hahahahaha.

Oii bukan penakut laa nak naik roller coaster tu, cuma Sis ni 'hati kecik' takut kang naik, hati kecut terus, haaa kan susah, terus hilang perasaan sakit hati kang hahahaha.. alaa sebenornya memang takut oii, gayat dan arghh tak nak laaa..seremmm..

Dan baru-baru ni Sis berpeluang untuk pergi ke Legoland bersama anak dan team media yang lain sewaktu pembukaan semula Legoland dalam norma baharu. Apa yang lainnya? Selamatkah bawa anak-anak bermain di sini? Haaa nak tau, jom baca perkongsian Sis ketika ke Legoland baru-baru ni.



Sebelum ni korang ada baca tak posting Sis mengenai pengumuman Legoland sebelum di buka semula ni? Yang belum baca sila baca. Yaa mereka telah nyatakan pembukaan semula ini mengikut SOP yang di berikan dan pengunjung kena patuhi setiap arahan yang tersedia. Termasuklah sebelum mula masuk ke Legoland Malaysia Resort ni. 

Macam jugalah korang nak masuk soping mall atau mana-mana tempat pun, yang penting kena sihat! Kalau sakit, sila duduk rumah diam-diam. Sebabnya di sini akan di periksa suhu seperti biasa, guna penutup mulut dan sentiasa sanitiser tangan korang dengan kerap sebelum dan selepas bermain di dalam ni. Peraturan mereka memang sangat ketat. Tapi baguslah, ini menjamin keselamatan korang juga kan. 



Bila dah settle bab pemeriksaan kesihatan semua, jika korang sihat, maka korang lepas laa masuk ke dalam Legoland, jika tidak, sila make u-turn hahahaha. Sampai dalam, kalau korang belum beli tiket, haaa boleh beli sekarang, sangat murah woii jualan tiket sekarang, jauh beza dengan sebelum PKP ni. Tapi Sis syorkan korang belilah online, supaya penjarakkan sosial tu terjaga, tak payah nak beratur bagai kat kaunter tu. 

Bila dah beli tiket online, korang hanya tinggal redeem dan boleh terus masuk beratur. Oh ya, jangan lupa scan barcode MySejahtera dan pastikan korang dah siap sedia download, lebih mudah. Sebelum nak masuk dalam taman tema tu pun kena sanitiser lagi, then masuk mengikut giliran pada satu family satu persatu ya, jangan main serbu tolak menolak nak masuk. Kan dah kata jaga social distancing memasing mengikut kotak merah yang di sediakan tu. 



Bila dah dapat masuk dalam taman temanya, haaa jangan lupa diri plak, jangan buat seperti selalu sebelum-sebelum ni ya. Yang bawa anak-anak tu, pastikan anak-anak sentiasa bersama korang, sebabnya dalam situasi norma baharu Legoland ni, mana aje korang pergi, mesti bersama keluarga dalam satu 'group', macamtu... jika korang dalam satu family, so kalau duduk, nak main, di benarkan duduk atau main dalam satu kelompok, jika bukan ahli keluarga, kena jaga penjarakkan social korang satu meter jaraknya ya. Faham?.. 

Better eloknya korang kalau satu family, haaa jalan sesama, jangan biarkan anak-anak tu merayap sendiri, kita tak tau dia jumpa sapa, dan pegang sana sini kan, so awasi anak korang. Macam Sis ni pergi, dengan anak dan kawan-kawan, tapi sebab dari mula sampai memang kami bersama, so kami di kategorikan dalam satu group laa macamtu. So main ke duduk makan ke boleh sama-sama. 



Bab main-main permainan pun sama, jika korang dalam satu group family, boleh masuk duduk main dalam satu group, jika tidak, kena ada penjarakkan social antara tempat duduk dalam satu permainan tu. Tak seperti sebelum ni laa, semua permainan akan penuh tempat duduknya, tapi kali ni, kena ada jarak antara satu family dengan family lain. 

Dan yang tanya selamat ke nak bawa anak bermain di sini. Yaa selamat, jangan risau. Apa yang Sis perhatikan, setiap permainan yang korang main, baik atas air atau pun darat, crew-crew Legoland akan membersihkan dan sanitiser semua bahagian permainan dan tempat duduk tu semua. Dan ada jarak masa antara satu permainan dengan masa untuk pembersihan. So lepas main satu game, korang kena tunggu sekejap, untuk crew mereka bersihkan. So korang jangan risau. 




Okay tu bab bermain permainan, meh kita masuk plak ke restoran makan. Ye laa dah sakan main, tentu laaa lapar kan. Macam yang korang nampak tu dalam gambar atas, haaa setiap restoran makan dalam Legoland ni, korang kena juga sanitiser dulu sebelum masuk ke dalam. Dan penjarakkan social juga tetap ada ketika korang beratur nak order makan. So sila patuhi pada arahan.

Yang bestnya dan paling Sis puji ketika makan kat sini, crew restorannya memang patuhi SOP, sentiasa lap membersihkan meja, pakai sarung tangan, guna penutup mulut dan makanan yang dah kita makan atas meja tu, mereka akan bersihkan, so lepas kita makan, korang tinggalkan aje, mereka akan bersihkan serta merta. Baguskan! Bukan kita pemalas nak bersihkan, tapi mereka jaga rantaian virus tu supaya virus tu tak ke sana ke sini perginya. Kita just duduk dan makan aja. 



Dah puas bermain dalam taman teman, dan dah makan kenyang semua, haaa jom kita masuk SEALIFE Malaysia plak ya. Okay, bukan kata dalam taman tema tu je kena patuhi SOP, tapi nak tengok ikan-ikan tu pun walaupun dalam aquarium tetap kena patuhi arahan SOP okay. Macam biasa sebelum masuk, kena scan MySejahtera dan sanitiser tangan semua, termasuk juga bila korang melangkah masuk, kasut korang pun sama kena sanitiser hehehehe... kemudian barulah dibenarkan masuk. 

Masuk dalam ni, jarak semua kena jaga 1 meter juga. Kecuali ikan dalam aquarium, mereka takde social distancing ya hahahaha. Dan kapasiti masuk ke dalam SEALIFE ni pun ada limited juga. Jika terlalu ramai, korang kena tunggu dulu sehingga keadaan terkawal. Jangan main serbu masuk aje. 



Bila dah masuk dalam, pastikan kalau yang bawa anak, jaga dan awasi mereka, pastikan anak korang berada bersama korang. Ini bagi menjaga social distancing 1 meter antara satu keluarga atau group. Tak boleh laa nak kumpul beramai-ramai depan aquarium tu antara satu sama lain dengan yang tak kita kenal. So make sure anak-anak korang ada bersama korang. 

Crew Legoland juga akan ada di setiap penjuru san sini bagi mengawasi penjarakkan social korang antara satu sama lain dan bagi menerangkan juga apa yang ada dalam SEALIFE tu. Bagus tau gitu, tetiba Sis ko jadi blur bila dengar Seahorse bunting kakakakakah! Padahal kata geng lain, dah berapa kali mereka terangkan hahahaha adeii apsal lee blur Sis ko masa tu.. 


Haaa ko tengok, jangan kata dengar Seahorse bunting je Sis ko blur, tak nampak Pari pun Sis ko pelik, mana laaa pergi Pari ek, dah kena bakar ke apa ek hahahahaha... Memang biol le kalau melayan Sis ko ni ek, maklumlah dah tua, ada masa matang tu kita simpan, kita jadi bebudak sikit, kasi hepi sokmo, kang matang sangat, wajah pun jadi kereput.. Biar usia tua, janji tak kacau Laki orang..opsss.. 

So korang apalagi, jom le ke Legoland Malaysia Resort, jangan risau jangan was-was. Bagi Sis kini lebih terjamin selamat dengan penjagaan dan keselamatan mengikut SOP norma baharu, Janji korang ikut dan patuhi SOP yang di sediakan, insyaAllah semuanya akan baik-baik aja.



Yang bertanya pasal tiket murah tu, korang kena beli secara terus online di online tiket Legoland dan dapatkan tawaran harga hebat beserta penginapan dengan harga yang sangat berbaloi !!. Beli dan bawa anak-anak korang ke sini dan enjoy bermain dalam situasi norma baharu. 

Selamat bergumbira korang!..


P/S: Harini malas plak nak letak watermark gambar, siap curi, dosaaa hahahahaha..

MAKAN SORANG SEEKOR PUN JADILAH, JANJI SEDAP!

$
0
0
MAKAN SORANG SEEKOR PUN JADILAH, JANJI SEDAP! | Masak ketam lagi?, tak jemu-jemu ke haa makan ketam Sis Lin oii hahahaha. Weiii dah ada rezeki, dah Suami yang beli, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di panggil, so benda dah ada kita masak aje la kan..

Bab lauk basah ni memang boleh di katakan 90% Suami yang beli. Memang rutin Sis, hari Ahad atau hujung minggu, kami akan keluar pagi sarapan dan ke pasar untuk beli barang dapur dan lauk basah. Kekadang tu kalau tak pagi, Sabtu malam Ahad kami ke Pasar Borong pandan, haaa gitulah.

Tapi sebab Sabtu lepas Suami pergi memancing, so hari Ahad laa baru dapat keluar dating bersama. Tapi kami tak ke pasar, selesai aje sarapan, Suami kata nak amik ketam di Kong Kong dan sekali nak repair botnya yang rosak entah kenapa balik dari mancing semalamnya.

Sis pulak sibuk di rumah nak sediakan bahan nak masak untuk anak-anak, sebab petangnya kami ada temujanji makan malam bersama Geng Bas Sekolah Sis (nanti Sis cite). So Suami ajak ke Kong Kong pun Sis malas nak ikut, nak kemas dan gosok baju semua.

Sampai aje Suami di rumah, di bawanya ketam bangkang tu ada 4 ekor. Sis siap cakap, 'aitt 4 ekor aje ke?', terus Suami spontan jawab, 'Sorang sekor je tau, tapi Ayah punya yang besar', hahahaha tengok tu siap cop yang besar hahahaha...


Sampai rumah ketam tu masih hidup-hidup semua. Banyak betina aje semua, dalam hati Sis, mesti ada telur ni. Di sebabkan Sis dah siap masak Ikan Bawal Masak Kicap, so Suami kata esok aje laa masak ketam ni. Terus Sis masuk dalam baldi dan biarkan aje macamtu.

Yaa korang kalau nak ketam tu fresh tanpa matikan dia, korang masuk dalam baldi dan biarkan aje dalam tu. Dia akan hidup aje manjang selagi korang tak bunuh dia.

Apa bunuh ketam? Yee laaa, kalau dah hidup segar gitu, kenalah bunuh dia sampai mati dulu baru boleh masak, kalau tak, gile ko nak kena sepit dengan ketam tu? Hahahahaha.

Macam mana nak bunuh atau matikan ketam nipah tu?
Korang baca sini ya >> Cara Matikan Ketam Nipah Dengan Mudah Dan Cepat 


So semalam petang barulah Sis masak ketam nipah tu. Sis masak black pepper/lada hitam aje. Suami dah kata suruh masak gitu, so Sis masak aje la. Paling senang guna sos lada hitam aje kali ni. Bukan malas tapi saje nak cuba resepi sendiri, nasib baik sedap hehehe.

Resepi paling senang dan mudah aje.

Ketam Nipah Black Pepper / Lada Hitam 

Bahan-bahannya:
- 4 ekor Ketam Nipah di belah 2 dan di kukus hingga masak
- Sebotol kecik sos lada hitam
- Segenggam biji lada hitam*
- Setengah labu bawang besar*
- 3 biji bawang putih*
- 2 biji lada merah*
- Daun bawang
- Setengah labu hirisan bawang besar.

Cara memasaknya :
- Kisar kesemua bahan bertanda * di atas.
- Setelah itu, panaskan kuali, tumis hirisan bawang besar hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga betul masak.
- Tuangkan sos lada hitam dan kacau rata
- Masukkan air mengikut kepekatan kuah memasing
- Letakkan garam dan bahan perasa mengikut selera korang, tunggu mendidih
- Masukkan ketam yang telah di kukus dan kacau hingga kuah rata.
- Kemudian akhir sekali tabur hirisan daun bawang dan gaul lagi kasi mesra.
- Tutup api dan hidangkan.

Senangkan? Selamat mencuba.


P/S: Walaupun sekor, tapi puas makan, isi dalam ketam tu banyak! Alhamdulilah. 

LIRIK LAGU KECEWA - TUAH ADZMI

$
0
0
LIRIK LAGU KECEWA - TUAH ADZMI 
Composer : Tuah Adzmi
Lyric : Tuah Adzmi


Mengalir tangisan dikala sendiri
Kerna hati mula meragui
Mampukah dirimu untuk menghargai
Ataupun hanya sekadar segunung janji

Disaatku mula percayakan cinta
Diwaktu itu kau mengajarkan erti derita
Cinta yang dusta
Diselubungi kecewa membatasi rindu
Meratapi luka yang paling terdalam dihatiku

Tanpa alasan kau dustai semua janjimu
Kau mengkhianati cintaku

Kasih
Teganya kau permainkan perasaan ini
Dan menyalahkan aku saat kau ditinggalkan pergi
Betapa pedihnya luka di muara hati
Sesal mencintai

Disaatku mula percayakan cinta
Diwaktu itu kau mengajarkan erti derita
Cinta yang dusta

Diselubungi kecewa membatasi rindu
Meratapi luka yang paling terdalam dihatiku
Tanpa alasan kau dustai semua janjimu
Kau mengkhianati cintaku

Kasih

Teganya kau permainkan perasaan ini
Dan menyalahkan aku saat kau ditinggalkan pergi
Betapa pedihnya luka di muara hati
Sesal mencintai

Muzik video Youtube : https://youtu.be/cMuSckx4v-Q


P/S: Tadi sebelum maghrib ada kawan share lagu ni kat group, sekali dengar terus tersentuh hati, Sis kongsikan di sini.. 

WORDLESS WEDNESDAY - COMING SOON A'NASTASEA

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - COMING SOON A'NASTASEA | Apa tu Sis A'Nastasea? Jeng jeng jeng. Inilah di katakan rezeki anak sulung Sis yang suka meniaga dan inginkan nama branding dia sendiri. Dia buat percubaan kecil-kecilan saja sebelum ni dengan kawan-kawannya, tapi tak sangka sambutan amat mengalakkan.

Now setelah nampak ada pulangan hasilnya, now anak sedang buat semua preparation sebelum nak jual online termasuk daftar SSM. Perghh nampak macam best 'pro' sangat je kan, tapi takpe, lantak le orang nak kata apa pun, Sis sebagai Emak, sokong aje apa yang anak nak buat. Ayahnya lagi le menyokong siap beri bantuan modal sikit, alhamdulilah.

So korang tunggu ..
Follow rapat-rapat dulu Instagram @by_anastasea ya.



P/S: Anak Sis jual apa? Laaa nampak tak tu hanger? So hanger untuk apa? Baju laa hahahaha.. 

SELAMAT DATANG JULAI 2020

$
0
0
SELAMAT DATANG JULAI 2020 | Wowww harini dah 1 Julai 2020 kan, bermakna dah setengah tahun 2020 berlalu. Ermmm apa ada banyak ke yang korang dah berjaya tunaikan atau laksanakan sepanjang setengah tahun ni? Kalau untuk diri Sis sendiri sejujurnya, takde yang nak di banggakan tapi setakat harini, alhamdulilah, masih di beri peluang untuk nikmati bahagia bersama keluarga tercinta.

Yaa, untuk tahun 2020 ni, seawal tahun kita dah banyak mengalami bermacam situasi dan hidup dalam ketakutan, gara-gara wabak virus Covid19 tu. Bermula dari bulan Mac sampai laaa ke harini kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang dah masuk fasa 4 yaitu Pemulihan. Pun kita belum menang lagi, wabak tu masih berlegar-legar ke sana ke sini mencari mangsa. Kita ni haa kena waspada dan berhati-hati.

So korang, amacam pagi 1 Julai 2020 ni? Yang ada anak sekolah tabika dan pra-sekolah, harini dah mula laa kan sekolah. Sama juga dengan anak sedara Sis,Mia tu, harini dah mula bersekolah semula, kemain tak sabar nak jumpa tecer kesayangan dia dan juga kawan-kawannya. Ye laa budak kan, dia mana tau risau, yang dia faham dah boring duduk rumah aje hehehe.

Sis? Pepagi harini selepas Suami pergi kerja, bukalah 'opis' ni kejap, then blog walking sana sini kejap, baca email, jawab email, kemudian haa ada masa sikit ni, tu yang update ni haa entri ni. Sebab kejap lagi nak off opis dan nak keluar pi pasar jap beli barang dapur untuk masak malam ni.


Iyoo, malam ni Sis ada event potluck di rumah Sis. Ala kitaorang saja balas balik open raya yang tak jadi-jadi nak buat tu, so kira ni macam reunion raya le gitu hahahaha. Tema pun baju raya. Alaa bukan ramai mana pun, sekadar dapat jumpa setelah sekian lama gila tak jumpa mereka.

Menu-menu pun memasing semua bawa menu sendiri, kemain meriah dalam list menu. Tak apalah, biar banyak janji cukup makan, jangan kurang, kang segan Sis selaku tuan rumah. Menu-menunya nanti laa Sis kongsikan dalam sebuah entri ya.

Dan kepada korang yang dah mula happy-happy menjelang bulan Julai ni, yee laaa sebab dah banyak kelonggaran yang kerajaan telah umumkan, termasuk gak Suami Sis tu haaa, kemain senyum bila kata kedai urut dah di buka harini, badan dah sakit-sakit katanya minta urut...  tapi ingat yaa korang! Sentiasa amalkan SOP dan sentiasa berhati-hati tidak kira walau di mana sahaja ya.

𝐏𝐀𝐓𝐔𝐇𝐈 𝐒𝐎𝐏 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔

  • Kini pembukaan lebih banyak sektor sosial yang dibenarkan beroperasi, selepas lebih tiga bulan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
  • Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sejak 10 Jun 2020, sektor sosial mula dibuka beransur-ansur dengan kelonggaran dan kebebasan diberi kepada rakyat untuk ‘hidup’ dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID19.
  • Selain pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta, mulai 1 Julai juga lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi, selain saringan suhu badan dilakukan sekali sahaja di pusat beli-belah.
  • Selain itu sebanyak 54 taman tema termasuklah taman tema air akan beroperasi semula, yang melibatkan lebih 10,000 tenaga kerja di seluruh negara.
  • Selain itu, pusat spa, pusat perapian kesihatan atau wellness dan urut kaki, pawagam, teater serta acara secara langsung di dewan tertutup dan juga aktiviti riadah kolam renang turut dibenarkan beroperasi pada 1 Julai.
  • Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah, doa selamat serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir mulai pada tarikh sama.
  • Semua pihak diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk memastikan jarakan sosial dipatuhi pada setiap masa dan mengehadkan jumlah pengunjung berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan.
  • Bagi majlis sosial seperti majlis perkahwinan dan akad nikah pula, jumlah tetamu yang dibenarkan adalah tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa sama ada ia dijalankan di masjid, dewan, rumah ataupun lokasi lain.
  • Pastinya kita tidak mahu timbul pula kluster kenduri kahwin seperti di Bandar Baru Bangi sebelum ini atau pun kluster taman tema, atau apa jua kluster baharu sekalipun, maka sebab itulah pentingnya untuk kita mematuhi kawalan kendiri di kala berseronok.
  • Harus sentiasa ingat bahawa perang terhadap COVID-19 belum lagi tamat meskipun sudah ada petanda baik yang menyaksikan negara berada di landasan betul untuk menuju sifar kes, sekali gus bebas daripada ancaman COVID19, berdasarkan kes jangkitan yang kembali mencatatkan satu angka semalam.

Sumber telegram MKN
#KitaJagaKita


P/S: Ajom lee kita mula mengemas dan memasak masak..!! 

SAMBUT BIRTHDAY GENG BAS SEKOLAH DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

$
0
0
SAMBUT BIRTHDAY GENG BAS SEKOLAH DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL  | Akhirnya berjaya juga majlisnya, bila last minit plan, semuanya menjadi, cuba kalau ko dah plan awal-awal berbulan-bulan lamanya, memang tak jadi punya kan kan kan..

Kali ni cukup semuanya geng bas sekolah Sis walaupun ada juga yang takde. Tapi takde tu sebab jauh di mata dekat di hati tinggalnya. Yang sorang, Juwita, ada di Kuala Lumpur, bizi dengan Cafe Kopitiam dia, yang Haslinwati pulak, ada di Mecca Arab Saudi sana, nun jauh di Tanah Suci Mekah, tapi tetap dalam ingatan dan ada kiriman dari mereka berdua untuk besday boy dan besday girl semua.

Yup kali ni kami sepakat nak sambut terus birthday sekali gus, dari bulan Januari sampai ke bulan June, senangkan, beli sebiji kek aje dah, makanlah reramai. Dan kami sebulat suara gak nak celebrate makan malam di Renaissance Johor Bahru Hotel di Cafe BLD mereka. Ni pun Sis yang rekemen, ajak mereka makan malam dengan hanya RM 58 sahaja, sebab Sis dah review makan sebelum ni di sini, memang makan sampai puas, ye puas bukan buas ya! hahaha..

Korang boleh baca di sini >>> Makan Tengah Hari Dan Malam Hanya RM58 Sahaja !

Ingat boleh dapat ke makan di hotel taraf 5 bintang dengan harga RM 58 tu, hehehe sebab tu le bila ada peluang ni, jangan lepaskan. Promosi dia pun masih lagi berlangsung sehingga 31 Ogos 2020 tak silap, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan).

Dari Kiri : Ima, Kak Sue, Lily, Cha dan Sis Lin

Inilah antara bunga-bunga (gegirl) yang ada dalam group geng bas sekolah kami, tak termasuk Juwita dan Haslinwati, dan ada sorang lagi, isterinya Jeff. Pun turut sama jadi ahli group kami yang masuk air ni hahahaha cuma malam tu dia tak join, Jeff datang sorang aje.

Bila kata nak makan malam di hotel, kemain mereka ni semua oii, sampai beli baju baru memasing, ehemm termasuk gak le Sis ko, nasib baik Suami nak layan hahahaha. Alaa simple-simple aje laa kami semua ni, takde le kata nak blink-blink gabai, dah tua oii... mampus kang kena jeling dek Laki memasing hahahaha.

Berdiri Dari Kiri: Anak Kak Sue, Izam, Anak Kak Sue, Jeff. Duduk Dari Kiri: Suami Ima & Suami Sis Lin

Sebab apa kata nanti Suami jeling haaa nengokk, kami bawa Suami hohoho, sporting giler Suami kami semua malam tu, memasing turut sama juga menemani isteri memasing. Yang bestnya, bila kami semua bergurau gelak macam nak pecah pinggan, ehhh yang Suami ni pun sama gak tumpang sekaki gelak dan buat lawak, bertambah riuh dalam bilik makan tu hahahaha...nasib baik tak kena halau oii..

Tapi okay laa kan, kami semua memang kemana pergi, atau apa je event, memang semua bawa Suami, takde nak sorok-sorok Suami oii, lagi selamat bila Suami ikut. Yang takde Suami pula, mesti bawa anak memasing teman, jarang sangat kami semua keluar seorang gitu laa, kecuali memang kami pakat jumpa siang hari, barulah kami keluar sendiri, sebab Suami memasing kerja.



Inilah birthday girl dan birthday boy sepanjang bulan Januari hingga June. Yang takde di sini hanya Juwita dan Haslin aje laa, dan kebetulan ketika kami pergi ni pada 28/6/2020, betul hari tu genap 44tahun birthdaynya Eizam. So memang betul-betul sambut kena pada hari kejadian laaa..

Tu yang dia excited sangat, sampai dapat surprise dari Haslin di Mekah, dapat sejambak ayam goreng dan cokelat brownies untuknya. Memang Sis tau dah plan Haslin tu, sebab Sis nak stanby kamera video hehehe.. Yang lelain semua tak tau..menjadi gak surprisenya hehehe.

Yang kelakarnya sampai kami gelak macam nak pecah perut, si birthday boy ni buat hal, excited punya hal, sampai kasut dia tanggal tapaknya hahahahaha...dah le kasut tu dia kata beli jenama Zain Saidin (Laki Che Ta) katanya, habis tanggal ko!.. hapooo le memahal beli tapi sampai tapak tanggal oiii...hahahahaha...


Kalau korang tengok videonya, memang gelak semalam lee tak tido adoiii, mana yang tetiba jadi pakinson, macam-macam hal.. tapi tak kowser nak upload videonya sini hahahahaha...bior le jadi kenangan kami bersama ...

Untuk korang semua, happy belated day buat Juwita, Cha, Kak Sue, Haslin dan Iezam, Sis doakan moga persahatan kita kekal kasih sayangnya, jujur, amanah, dan bahagia hingga ke Jannah. Sis sayang korang semua!.. Dan untuk geng-geng yang lain juga, Ima, Jeff, Cik Yan dan arwah Syukri, korang tetap dia hati, 'Kita Sahabat Selamanya' ...

Throughout life you will meet one person who is like no other. You could talk to this person for hours and never get bored, you could tell this person things and they will never judge you. This person is your soulmate, your best friend. Don’t ever let them go. – Unknown



P/S: Terima kasih Allah atas kurniaan sahabat yang memahami diri ini dan saling berkasih sayang, alhamdulilah.. 

ENJOY A BUDGET-FRIENDLY HOME MAKEOVER WITH THE IKEA SALE!

$
0
0
ENJOY A BUDGET-FRIENDLY HOME MAKEOVER WITH THE IKEA SALE! | Shop online and in-store to enjoy discounts for over 900 low priced products. As Malaysians continue to spend more time at home, IKEA is making home count by lowering its prices even further for over 900 home furnishing products.

Ranging from cushions to dressers, mattresses to sofas, and planting pots to kitchen utensils, the IKEA Sale from 2 – 26 July will inspire Malaysians to explore fresh new looks around the home that are easy on their wallets.

To make things even more affordable, IKEA FAMILY members will enjoy an extra 10% discount on all sale items except for mattresses* when they shop in-store. Be sure to sign-up as an IKEA FAMILY member for FREE at IKEA.my/FAMILY/register or at the IKEA FAMILY kiosks at any IKEA Malaysia store.

Here are some of the great deals at the July 2020 IKEA Sale that will create a big impact.


Set-up your sanctuary for a good night’s sleep with a comfortable bed and bedroom furniture that gives you ample space to store your things. You are in for a comforting treat as IKEA has a wide array of mattresses that are on discount during this sale!


Consider a makeover for your living room with a fresh new pop of colour and patterns. Be it a brand new sofa or soft and cosy cushions, there is always something affordable to help you breathe new life around your home.


Having guests over for a mini barbeque party? Add a dash of chic to your style with these must-have utensils while you prepare the best food on your grill.


Your day out at IKEA should always end with food. Be sure to savour in these IKEA mouth-watering favorites after you are done shopping! The IKEA July 2020 Sale also includes a discounted price on a special set meal comprising of the Salted Egg Fish & Chips, 8-pieces Chicken Balls, Almond Cake, and Green Salad. This meal set is priced at RM26.90 and only available for dine-in and take-away.

In supporting Malaysians to create an affordable, better everyday life, IKEA has various measures in place to ensure the well-being of shoppers and co-workers across all four stores in Malaysia. These measures include markings for social distancing, thermal scanners for temperature checks, and hand sanitisers. 

For the safety and comfort of all IKEA customers and co-workers, everyone is required to wear a mask at all times while within the premise of all IKEA stores in Malaysia.

Customers may continue to shop online during this sales period*.
Contactless delivery and assembly services is available from the comfort of their homes. Stay inspired, stay safe.

For more information, please visit IKEA.my/sale.
*Terms and condition apply; 10% discount is not applicable for mattresses.


P/S: Tak sabarnya tunggu esok, nak makan meatball IKEA!! Hahahaha.. 

AIR TANGAN TERUNA? BETUL KE TERUNA?

$
0
0
AIR TANGAN TERUNA? BETUL KE TERUNA? | Hamboi soalan achik bawang rangers, kemain ek nak kepoh tanya teruna ke idok? Macam dia tau je nak belek teruna ke idok kan... tapi ye ke teruna? Opsss hahahaha... tapi setahu Sis laa, tercetusnya idea 4 sekawan ni 'Air Tangan Teruna' sebab memasing teruna le. Teruna maksudnya bujang, masih belum berkahwin.

Mula dengar tu, wowww! Kreatifkan mereka, status teruna pun boleh dijadikan market dalam minuman. Kekadang nama atau branding tu sendiri kalau pandai 'create', memang laku keras le jualan tau. Banyak dah Sis nengok kengkawan, yang mana buat jualan dengan nama yang tak terjangkau dek akal kita, jualan mereka laris gilerr.. yang penting usaha, yakin..nak seribu daya, taknak, jangan kata teruna, air anak dara pun belum tentu laku hahahaha...

Dan bila di beri peluang untuk merasa Air Tangan Teruna ni, memang le teruja. Nak juga rasa apa yang sedap nauu orang kata Air Tangan Teruna tu yer.


Masa founder salah seorang dari 4 orang teruna tu datang hantar ke rumah Sis Air Tangan Teruna ni, pertama kali Sis nampak air dia ni, Sis dah dapat rasakan Air Tangan Teruna ni rasanya memang kaw! Salah satu sebabnya dek tarikan color air dia tu dalam botol, nampak sangat pekat sungguh!. Bukan macam air minuman botol biasa kita beli tu, nampak cair je kan, ni pekat giler nengok airnya.

Air Tangan Teruna ni dia ada 5 perasa, setakat ini laa yang Sis di bagitau, akan datang tak tau laa kan kot ada perisa baru lagi, mana tau ada perasa Susu Pisang Teruna hehehehe. Tapi buat masa ni hanya ada Kopi Teruna, Bandung Jakarta, Jagung Teruna, Keladi Teruna, dan Teh Teruna. Yaaa semua teruna ya, masih belum ternoda hehehehe..


Kalau di tanya 'Mana yang sedap?', Tekak Sis lebih suka Kopi Teruna dia, ye laaa sebab Sis kan coffee lover, so pilihan Sis mestilah kopi. Masa mula nak cuba rasa Air Tangan Teruna ni, founder dia kata, mula pegang (jantung bergetar dek kesejukkannya), then goncang (perasaan semakin membara tak sabo), kemudian bau dulu (bikin hati berdebor), haaa lepas tu baru minum (dari tekak terus turun ke usus)..erkkkk semacam plak debaran dia sebelum nak minumnya hahaha..

Kemudian bila dah ikut step by step dia, ooo tang amik bau tu, kus semangat! Aura teruna dia masyukk terus ke dalam jiwa, walaupun air dia belum sampai ke dalam tekak lagi oii... aroma dia bikin nafsu nak mencuba Air Tangan Teruna semakin tak sabar! Slurpppp... memang betul-betul sedap, kaw!.. tengah jalan tu juga Sis ko cuba depan teruna tu hahaha..


Sis nak cakap lelebih kang, kang korang kata 'bedek' je lebih kann, so korang kena laaa cuba sendiri. Jujur rasa dia sebenarnya rasa asli yang di buat menggunakan susu segar atau susu yang berkualiti. Takde nanti korang rasa, air dia rasa pelik ke apa ke. Memang sedap.

Teh Teruna dia tu, anak Sis minum, masuk dalam gelas, letak air batu kemudian dia letaknya cincau, pun sedap gilerr... anak ada amik gambo, tapi gambonya, hampeh!..malas nak upload sini hahahaha.. Yaa memang agak manis, tapi kalau yang tak suka manis, boleh letak ais atau campur sikit air sejuk bagi mengurangkan manis. Tapi better Sis syorkan ais batu. kalau tambah air, dah hilang rasa kepekatan susu tu.


Sis tak boleh cite lelebih sebab dia sejenis minuman. Korang kena cuba sendiri dan rasa sendiri, barulah boleh komen. Apa yang Sis tulis ni, ianya adalah komen ikhlas sebab Sis dah mencubanya. Tak sedap Sis tak kongsi yaa..

Buat masa ni Air Tangan Teruna tu cuma ada 2 saiz botol aje. 1 bersaiz 400ml, dan satu lagi 1 liter. Dan terbaru dengarnya ada pek tiub yang macam Susu Pisang Nilofa tu haa, tu lagi bagus kan, cuma dah tak boleh laa nak cium ek, bukak terus sedut je tu hehehehe..

Harga terkini di pasaran di jual dengan harga RM 5 sebotol untuk 400ml tu. Yang besar Sis tak pasti pulak, lupa nak tanya. Tak masih lagi berjalan promosi pek combo PKPP mereka. Dan bagi korang yang ingin menjana pendapatan 'duit tepi', jom jadi agen sekitar Johor Bahru dan juga seluruh Malaysia, dan dapatkan harga agen yang sangat-sangat berbaloi!.

Kepada korang yang di Johor yang ingin dapatkan Air Tangan Teruna ni, jangan malu dan segan, tekan link ini https://wa.link/arr9kh keterangan lanjut. Buat apa nak malu, wahtsapp aje, nanti 'abang teruna' tu jawab hehehe...

Oh! Ya, Produk Air Tangan Teruna juga boleh di dapati di laman web rasmi Fashionvalet | FVbazaar. Search : Air Tangan Teruna. Bagi pembelian online, sila tekan link berikut untuk menempah https://www.fashionvalet.com/fvbazaar.

Atau korang terus ke facebook& instagram mereka ya.

Haaa semua details Sis dah letak, so achik bawang rangers yang tanya teruna ke idok tu, silalah memborong yaaa... sibuk tanya sana sini, duk kondem jee, belinya tak nakk hahahaha..


P/S: Minum kopi teruna dia tu, susah gile nak move on, kaw gile rasanya, kalah kopi Costa Sis!..

PUAS DAPAT MAKAN DURIAN HARI-HARI

$
0
0
PUAS DAPAT MAKAN DURIAN HARI-HARI | Siapa sini hantu durian? Sila komen di bawah sini hehehe. Yup, Sis antara salah seorang yang dalam kategori hantu durian, sampaikan Suami hampir setiap minggu belikan Sis durian hahahaha.

Yeee jangan tak caya, kekadang tu Sis tak minta pun, cuma Sis berkata dalam hati, 'Kalau dapat makan durian sedapnya', ehhh tau-tau, Suami balik bawa durian selonggok. Dah selalu macamtu, kadang ada gak sebut kat anak, nanti Ayahnya balik bawa durian, anak Sis kata, 'eh, tadi Mak baru kata nak makan durian', hehehehe..

Tu le orang kata 'sehati sejiwa' kita cakap dalam hati pun, Suami boleh tau apa yang terucap dalam diam tu. Ye laa ko, dah 5 tahun bercinta + 27 tahun hidup bersama, tidur sebantal, makan sepinggan, mandi bersama, so gerak geri tu dah dapat baca hehehe.. nak menipu belakang bini pun, memang tak menjadi aje manjang, belum apa-apa bini dah dapat tau kakakakakah!..

Berbalik pada cite durian tu haa... bila kata dah setiap minggu, kadang selang hari Suami beli, makanya ada masanya memang tak termakan, sebab banyak sangat. Anak-anak pun ada ketikanya taknak pun makan, jemu katanya.. Emaknya? Pantang nampak, selagi ada, selagi tu makan oii..


Dan bila dah banyak sangat, haaa gini lee jadinya, Sis kopek, asingkan dan masuk ke dalam bekas tupperware. Kemudian tutup rapat-rapat dan masukkan ke dalam peti ais. Nanti dah sejuk bila makan, perghhh alangkah nikmatnya rasa tekak oii..

Bau dia jangan cakaplah, bila buka je bekas tupperware tu, perghhhh hahahaha melantung bau duriannya, memang kuat giler bau. Lagi kalau durian baikk punya, kepahitan bau dia tu memang menusuk jauh ke dalam lobang hidung oii..

Kalau jenis siapa tak makan durian, kalau terbau aje, memang boleh migrain di buatnya hahahaha.


Ni pun masa menaip posting ni, baru je bedal 3 ulas durian hahahaha. Nikmatnya laaahaiii...nak habiskan pun sayang beno rasa. Yaa durian yang Sis sejukkan ni agak mahal Suami beli. Katanya Musang King gred bawah sikit, kawannya jual, so Suami belilah dalam 6 biji.

6 biji tu jer dah dekat RM 300 kata Suami uitt hahahaha.. tapi serius laaa puas makan. Patut orang suka makan Musang King ek, sekali makan seulas, dia punya kepuasan tu, tak tau nak kata apa.. memang heaven gilerrr!...

So bagi mereka yang tak makan durian tu, agak pelik laa kan, durian ni adalah raja segala buah, kalau tak makan memang ruginya laaa oii.. tapi ada juga yang tak suka makan sejuk macam ni. Dan ada juga yang tak makan durian segar, tapi bila dah di sejukkan, dia makan pulak...ehhhh memacam laaa... hahahaha..

Okaylah, nanti sambung lagi, korang tenung-tenung laaa ye durian tu hehehe..
OkBye..


P/S: Silap-silap hujung minggu ni, Suami beli lagi durian hahahaha best!!.. 

LAYANKAN ANAK-ANAK YANG NAK MAKAN SEOUL GARDEN

$
0
0
LAYANKAN ANAK-ANAK YANG NAK MAKAN SEOUL GARDEN | Agak lama sungguh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu, Sis anak beranak tak duduk makan di Mall. Yaa kalau makan dalam restoran yee ada, tapi kalau dalam Mall, inilah pertama kalinya kami makan.

Ini pun melayankan anak-anak yang nak sangat makan Seoul Garden. Ayahnya kerja siang hari, makanya Ayahnya hanya hulur duit dan Sis laa yang bawa dan layan anak-anak nak makan. Syukur juga sebelum Suami pergi kerja di hulurnya duit, Sis tak minta pun, tapi Suami hulur, Sis cecepat amik, sebelum hilang fikiran hahahaha.

Sepakat tanya anak nak kemana, memasing nak ke Jusco Bandar Dato Onn aje, sebab Sis pun nak masuk Daiso dan cari baju 'kerja' baru hehehe. Memang pantangkan kalau dah masuk Mall, ada je nak di belinya. So ke Jusco Bandar Dato Onn le kita.

Sampai aje terus menuju ke Seoul Garden. Si bujang dan Yana kemain ngadu lapar, lapar, hahaha..memang ngam le waktu kitaorang sampai jam hampir 2pm dah. Solat sesiap dulu kat rumah baru keluar. Yee sekarang susah le masuk Mall ke, nak solat kena giliran dan kena bawa telekung dan sejadah sendiri. Kadang tu penuh sangat, jadi nebes kita nak masuk surau sekarang tau, huhuhu..



Kalau di Jusco Bandar Onn, Seoul Gardennya ada di tingkat paling atas sekali, berdepan dengan Pizza Hut. Tapi kebetulan masa pergi tu, ehh penuh plak Seoul Garden, macam ada reunion dalam tu, tapi still boleh masuk, sebab banyak meja.

Seoul Garden ni masih dan tetap amalkan SOP, cuma bila Sis kata nak satu meja, dia kata 'tak boleh', then Sis jawab, 'kami serumah satu family', tapi tetap juga kata dia 'tak boleh nanti polis datang, kena saman RM5k' hahahaha..ni kes tak tengok tv dan baca berita up to date ke apa haaa? Kan dah boleh duduk meja ramai-ramai kalau serumah, aiyooo yooo..

Malas nak layankan pekerja macam bangla dia tu, Sis gan anak-anak terus je duduk, tapi meja dia tetap ada social distancing. Kelakar juga, apa kes oii nak makan bakar-bakar ni duduk jejauh, lawak sungguh..



Dapat aje duduk, pekerja dia tadi datang bawa menu. Katanya 'Kakak order sahaja tulis, tak boleh bangun amik, saya juga amik'..iyee laaa tau, sekarangkan mana bole beratur amik makanan ala buffet macamtu, tapi kalau di Seoul Garden ni, bukannya ada ramai orang, at least kalau ko control sorang-sorang amik makanan, rasanya ookay kot adeiii..

Dah kitaorang main tulis je laa apa nak, tanpa fikirkan apa ke bonda yang kitaorang amik makan hahahaha..tapi sebab anak dah biasa makan, so Sis iyekan aje laa apa yang anak order.

Tup-tup bila sampai ke meja, kuss semangat, okay dah tak payah order lagi, makan sampai kenyang semuanya, tak cukup baru round ke-2 hahahaha adeiii...

Cuma nak puji laa, menu dia pada hari Sis makan, semua rasa fresh giler, termasuk perapan-perapan daging, ayam dan seafood dia semua macam baru perap dan fresh. Yee ikutkan begitulah, tapi ada certain Sis pergi makan, bila makan, daging perapan mereka semua tak fresh rasanya dan potongan dia kemian nipis sampai hancur, so boila bakar, kecut dah tak sedap lee, takde rasa isi.

Tapi haritu makan situ, sedap! Potongan daging dia nipis tapi lebor, so puas le mengigit. Pekerjanya pun pakai penutup mulut dan sarung tangan, kebersihan pun bagus, sikit-sikit lap sana sini, Sis ko perhatikan aje budak bangla tu hahahahaha..

Settle makan, terus ke Daiso, dan juga merayap satu Mall. Dapatlah 2 pasang baju dan juga peralatan berkebun hehehe.. Balik terus hulur resit kat Suami, minta claim kakakakah..Selamat Suami tak bebel, cuma dia tanya, 'kenyang tak tadi makan?' hehehehe..

Alhamdulilah, tu le kisah Sis dengan anak-anak, tu tak cukup sorang tu. Si Kakaknya di Shah Alam tengah sibuk dengan A'Nastasea dia.. dah hampir 80% done untuk di promosikan, stay tuned laa korang ya..

Okay cukup dulu sini, nak masak.. nanti sambung lagi ya..


P/S: Bila hujung minggu dah tiba, apalagi, masa untuk 'dating'.. lalalalala.. 

COWAY UNVEILS ‘KECIL’ WATER PURIFIER FOR COSMOPOLITAN HOMES

$
0
0
COWAY UNVEILS ‘KECIL’ WATER PURIFIER FOR COSMOPOLITAN HOMES | Sleek and slim Kecil offers direct water purification system and digital temperature panel. Coway Malaysia unveiled its latest water purifier model Coway Kecil for the Malaysian market – where home space is increasingly a premium. Small but smart like Malaysia’s fabled Sang Kancil, the water purifier which features direct filtration technology with minimalist design will be available from end of July 2020 onwards.

Aptly named, Kecil (meaning small in Malay) shows that great things come in small packages. Its USPs can be summarized as "7-1-0"

  • 7-inch wide– it is compact, small and powerful!
  • 1 Touch digital panel– providing a convenient water extraction experience
  • 0 Seconds– the amount of time it takes to get clean and safe water from Kecil – with Coway's direct filtration technology.

Available in sago beige colour, it is specially designed for discerning and minimalist house owners with space-saving needs.


“Coway Kecil water purifier brings life-changing, clean water with urban Malaysian families in mind,” said Coway Malaysia’s Managing Director Kyle Choi Ki Ryong at the special virtual launch event hosted at Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). The launch featured Anslem Roy, one of Asia’s leading illusionists, who made the Coway Kecil water purifier ‘magically’ appear on stage in a sleek performance which delighted the audience!

The slim yet nifty water purifier offers infinite possibilities to “Change Your Life” - from a refreshing cold beverage to a steaming bowl of noodles with your loved ones in a jiffy. Coway Kecil is a perfect fit for cosmopolitan lifestyles.

“With a large number of residential properties at an average size of 1,000 square feet today, and modern house owners opting for compact appliances as opposed to bulky ones, we are confident that Kecil will be a hit among urban Malaysian households,” he said, adding that it can be well fitted into any nook and cranny in the kitchen or dining room.

The key features of the Coway Kecil are its direct water purification system, as well as its sleek and slim design. Coway recently won the Platinum award under the water purifier category for Reader’s Digest Trusted Brand 2020, the 6th year in a row.

“We are committed to ensure everyone is able to enjoy clean water free of impurities to safeguard their health and happiness. Unique to Kecil is its digital panel which provides a convenient, one touch water extraction experience with intuitive navigation, offering a variety of water temperature settings to meet the diverse needs of Malaysian households, allowing users to get easy and quick access to cold, hot or room temperature water effortlessly,” added Choi.

To optimise hygiene levels, the Kecil water purifier has a transparent faucet cover that is easily detachable for cleaning. It also allows users to spot dirt that may accumulate on its surface.

The Coway Kecil water purifier will be available for lease at a monthly rental rate of just RM99 or available for purchase at a retail price of RM 3,590.


The virtual launch event included a special video message from James Park, Managing Director of Global Business Division, Coway Co., Ltd. – streamed from Seoul, Korea. Park said Coway has been providing healthy, clean water options for over three decades and has been awarded the Water Quality Association Gold Seal Mark annually since 1995 in recognition of its high attention to quality. In 2010, Coway received Halal certification from Malaysia’s Islamic Religious Department for its water purifier series.

In his speech, Park has been proud of the Coway Malaysia team for successfully reaching 1.5 million customers across its entire customer base in Malaysia. This is a growth of half a million customers within the first half of 2020 and it appears to be on an upward trajectory as Malaysia heads into the recovery phase.

“As a market leader, we are dedicated to research and development of environmental solutions, particularly personal health and wellbeing. With the world’s best researchers working hand-in- hand, we strongly believe that we can achieve our mission of making the world a cleaner, safer and better place,” said James Park.

Coway remains at the forefront of innovative product design as The Life Care Company.

For more information on Coway’s Water Purifiers, please visit https://www.coway.com.my/products/water-purifier


P/S: Makin hari makin comel plak, cute kan sekali pandang ek...jimat ruang.. 

PAKAI TOPENG MUKA TERLALU LAMA, KULIT MUKA AKU JADI BERMASAALAH

$
0
0
PAKAI TOPENG MUKA TERLALU LAMA, KULIT MUKA AKU JADI BERMASAALAH | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pemakaian topeng muka sudah menjadi satu kemestian sewaktu keluar rumah. Ada ketikanya kita pun rasa tak selesa dan rasa lemas kan? Sis pun time mood ke-laut, kekadang tu tak pakai pun, agak masuk kedai yang ramai orang barulah Sis pakai.

Pemakaian topeng muka jelas bertujuan bagi mengurangkan risiko si pemakai daripada terdedah kepada jangkitan virus COVID-19. Namun, timbul pula masalah lain akibat daripada pemakaian topeng muka yang berterusan iaitu masalah kulit wajah.

Yaa tu ler satu masaalahnya yang Sis hadapi. Bila dah seharian pakai, dan keadaan cuaca terlalu panas, kulit muka Sis mula gatal dan naik bintik-bintik ruam, terutamanya di dagu, huhuhu dah banyak kali dah kena, jadi seriau kalau nak pakai topeng muka.

Tapi nak buat macam mana, terpaksa laa juga pakai dan serasikan diri dalam suasana norma baharu ni. KoraNg ada masaalah yang sama tak macam Sis?


Topeng muka sebabkan keradangan dan masalah kulit muka

Ada sesetengah orang yang boleh mendapat iritasi atau keradangan pada kulit wajah mereka apabila mengenakan topeng muka. Apatah lagi jika topeng muka yang dipakai itu digunakan dalam jangka masa yang agak panjang.

Sebagai contoh, petugas barisan hadapan yang memakai topeng muka selama berjam-jam sewaktu bertugas. Mungkin kita juga pernah memakainya dengan kadar waktu yang lama seperti sewaktu menaiki kenderaan awam atau ketika di tempat kerja.

Antara punca mengapa keradangan kulit ini boleh berlaku adalah disebabkan kurangnya laluan udara pada wajah, yang menyebabkan kelembapan berkumpul pada kulit muka. Selain itu, geseran antara topeng muka dan juga kulit wajah juga boleh menyebabkan keradangan.

5 jenis masalah kulit yang boleh berlaku dan cara merawatnya

Berikut adalah 5 jenis keadaan atau masalah kulit yang boleh berlaku, disebabkan oleh pemakaian topeng muka:

#1. Topeng muka sebabkan kulit yang kering, gatal

Pemakaian topeng muka secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas. Jika topeng muka tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering. Ini kerana kain topeng muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka korang.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Gunakan pencuci wajah yang bersifat lembut
  • Selepas selesai mencuci wajah, lapkan muka korang dengan menggunakan kain yang lembut sehingga kering. Jangan sesekali menggosoknya.
  • Setelah itu, gunakan krim pelembap untuk melembapkan kembali wajah korang. Gunakan krim yang mempunyai kandungan ceramide, gylcerin dan hyaluronic acid kerana sebatian ini mampu mengekalkan kelembapan kulit

#2. Jerawat

Bagi mereka yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian mask muka boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak. Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik mask muka yang dipakai itu. Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk.

Bagaimana untuk merawatnya:
  • Bagi merawat jerawat yang muncul, gunakan pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic), iaitu jenis produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi menghalang penyumbatan liang pori. Gunakannya sebanyak 2 kali sehari
  • Kurangkan penggunaan mask muka dengan cara mengurangkan pergerakan keluar rumah tanpa keperluan mendesak. 

#3. Rosacea berlaku disebabkan pemakaian topeng muka

Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan pipi, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan. Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan. Apabila korang memakai topeng muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi bagi merawat rosacea. Tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum membelinya. 
  • Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian berkenaan masalah kulit yang sedang dialami. 
  • Selain itu, korang boleh cuba menyejukkan kulit korang dengan merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan tersebut

#4. Dermatitis

Pemakaian mask muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis. Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit. Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Bagi kes dermatitis yang sederhana dan tidak serius, korang boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl
  • Boleh juga menggunakan krim steroid topikal seperti krim dengan kandungan hydrocortisone sebanyak 1%
  • Gunakan juga jenis pencuci muka yang lembut dan tidak merengsakan kulit

#5. Rasa sakit pada kawasan tertentu di telinga dan juga hidung

Korang pasti boleh bayangkan jika memakai mask muka dalam tempoh yang lama. Korang akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali topeng tersebut disangkut selain pada hidung. Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara topeng dan juga kulit wajah korang.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Rehatkan wajah korang daripada memakai topeng muka buat seketika. 
  • Jika korang berada di kawasan yang agak selamat, tanggalkan sebentar mask muka untuk memberikan kelegaan pada telinga dan hidung korang. 

Kesimpulannya, bagi mengelakkan korang daripada mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, cuba untuk kurangkan pergerakan keluar rumah. Keluar rumah hanya bagi urusan-urusan penting sahaja. Apabila korang kurang keluar rumah, maka korang juga tidak perlu memakai topeng tersebut.

Hal ini akan dapat mengelakkan wajah daripada masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas. Mencegah itu ternyata lebih berkesan daripada mengubat.

Fakta Perubatan Disemak oleh  
Oleh 


P/S: Nak taknak kita kena juga patuhi SOP...agak tak sihat, jangan keluar rumah, tu jerrr lebih selamat..

LIRIK LAGU AKU BIDADARI SYURGAMU - DATO' SITI NURHALIZA (OST 7 HARI MENCINTAIKU 2)

$
0
0
LIRIK LAGU AKU BIDADARI SYURGAMU - DATO' SITI NURHALIZA (OST 7 HARI MENCINTAIKU 2)
Komposer : Ippo Hafiz
Penulis Lirik : Siti Rosmizah

Gambar copy dari rafzam Tomomi

Takdir kita telah bersatu
Kerna keangkuhan kupinggir kasihmu
Kini baruku sedari
Abadinya cinta
Hingga akhir nafasku

Walau kau kusayangi
Ku turut kata kau yang terluka
Maafku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia

Tuhan jiwa aku merawan
Perasaan saatku kehilangan
Oh! Biarlah aku
Pendam tangis di hati

Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati kukan mencintai kamu
Kerna akulah bidadari syurgamu

Muzik video Youtube >> Aku Bidadari Syurgamu - Dato' Siti Nurhaliza 


P/S: Kalau tengok drama ni, memang penuh dengan emosi! Bersiap sedialah.. hahahaha..

JOM MENGINAP DI GBW HOTEL HANYA RM140 PERCUMA SARAPAN DAN MAKAN MALAM

$
0
0
JOM MENGINAP DI GBW HOTEL HANYA RM140 PERCUMA SARAPAN DAN MAKAN MALAM | Mungkin ramai tertanya-tanya, di manakah GBW Hotel ni kan? Sebab masa Sis berborak dengan kawan, dan Sis bagitau nak ke GBW Hotel ni, semua tertanya, GBW Hotel? Lorrr kesahnya ramai juga yang tak tau..

GBW Hotel yang dahulunya dikenali sebagai Grand Blue Wave Hotel, tapi dah di rebranding semula namanya kepada GBW Hotel...yaaa betul! hotelnya betul berdepan dengan RnF Mall tu haa. Memang tempatnya betul-betul di tengah bandar berdekatan dengan CIQ dan sangat strategik kalau korang nak datang Johor bercuti dan menginap di sini.

Dan baru-baru ini Sis menerima jemputan dari Ms Sutha Menon Manager Advertising, Promotion &  Administration, untuk datang ke sana bersama Sunah'melawat kawasan' dan makan tengah hari di D'Mezzanine Restaurant. Ternyata sewaktu Sis sampai, hotelnya tetap sama seperti dahulu juga. Layanan Selamat Datangnya tetap mesra dan hotelnya bersih sentiasa.



Untuk datang ke sini pun tak susah, korang boleh guna waze aje, teksi, Grab dan apa jua servis kereta sewa pun ada. So tak usah bimbang jika korang nak datang menginap di sini, korang tak ada kenderaan ya. Yang bestnya, pihak hotel juga ada sediakan FREE Shuttle Daily Service ke City Square dan juga Mid Valley,Sogo pergi dan balik mengikut jadual masa tertentu.

D'Mezzanine Restaurant terletak di tingkat 1 hotel ruang lobby. Di bawah D'Mezzanine Restaurant tu plak ada juga satu Cafe Chill Lounge, pun ada juga menyediakan makanan, minuman dan dessserts. Dan kalau korang nak buat apa-apa event, majlis harijadi atau apa aje keraian, mereka ada sediakan Celebration Package dengan harga seorang dewasa RM30.00 dan kanak-kanak yang berumur 4-11 tahun hanya RM15.00. Harga pakej termasuklah free basic decoration, free celebration cake, free usage of PA system, Free flow of cordial drink dan local or international menu.

Berbaloikan! So sebelum tengok promo penginapan, jom tengok apa yang Sis makan tengah hari di D'Mezzanine Restaurant.





Mulanya masa di hidangkan menu makan tengah hari ni, terus kata, ehh tak sangka plak dalam hotel gini ada menu Nasi Hujan Panas ala orang kawin gitu. Lengkap semua beserta Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan juga Acar Jelantah. Sedap sangat layan tekak, sampai dua pinggan Sis dan Sunah makan hahahaha.

Menu set hidangan tengah hari ni korang boleh nikmatinya di sini, samaada korang walk in atau pun korang menginap di sini. Kalau korang teringin tapi tak dapat nak duduk makan di sini, haa korang boleh Drive-thru aje, order di buka dari jam 11am sehingga jam 7pm dan korang boleh datang mengambil makanan bermula jam 12pm di ruang laluan lobi. Guna Foodpanda pun ada.

Untuk tempahan meja juga di sediakan, minimum 4 orang, korang call bagitau, dan mereka akan sediakan menunya dan juga meja untuk korang. Tinggal ko datang dan makan aja. Anytime!..




Dan bukan hanya menu dari D'Mezzanine Restaurant sahaja yang di hidangkan kepada kami berdua, malah menu pencuci mulut dari Cafe Chill Lounge juga ada di sediakan. Dan menjadi kesukaan  Sis Lin bila nampak menu Crispy Tachos itu...hehehehe sangat sedap, rangup dan isi dalamnya sangat terasa sekali! Ingat nak minta tambah tapi segan hahahaha..

Juga aneka Kek. Sebab itu laaa Chill Lounge tu menjadi pilihan ramai jika nak buat majlis hari jadi atau apa sahaja, sebab desserts dia semua sedap-sedap. Kek-kek dia tu nampak aje biasa-biasa, tapi bila dah makan, memang sedap. Kalau korang nak beli walk-in pun boleh. Jarang-jarang nak dapat makan kek hotel sepotong dan sedap gini oii hahahaha..


Yaaa..nampak itu iklan Fantastic Stay Deal?, itu bukan omong kosong ya, itu sebenar-sebenarnya promo rate bagi Deluxe Room di GBW Hotel. Jom laa datang menginap di sini bawa family sesekali tidur di hotel dua hari 1 malam dengan harga hanya RM140 sahaja. Bukan dapat tidur aje, dapat FREE sarapan dan juga makan malam lagi, haaa sapa nak bagi? Harga siap dengan pakej makan siang dan malam gitu. Memang sangat berbaloi.

 Rata-rata yang Sis baca review ketika mereka menginap di sini, biliknya sangat luas, 1 katil Queen dan beserta semua kemudahan dan kelengkapan bilik tersedia. Ishhh tak sabarnya Sis nak stay sini, nanti Sis review plak biliknya yaa.. stay tuned..


Dan kalau korang ada plan dengan kawan-kawan atau family korang yang ramai, dan belum ada tarikh tertentu, korang boleh buat tempahan dulu. Promo 'Let's Travel, Buy Now Stay Later' ni, korang boleh buat tempahan, bayar dan menginap kemudian. Bila korang dah ada tarikhnya, haa baru korang menginap di sini. Tapi dalam masa yang tersedia aje ya bermula sekarang sehingga ke 30 June 2021. 

Yang bestnya, korang beli 5 PERCUMA 1 bilik. Perghh berbaloi juga gitu kannn...


So korang kalau yang nak datang Johor atau nak menginap di sini, korang bolehlah hubungi nombor yang tertera di bawah ini atau ke laman website mereka untuk dapatkan semua details lebih terperinci.

Bab keselamatan dan SOP hotel korang jangan risau, pihak GBW Hotel sentiasa memastikan dan menjamin keselamatan dan kebersihan hotel mereka di jaga dengan baik dan selamat.
#KitaJagaKita #StaySafe

WEBSITE : https://www.gbwhotel.com.my/
FB PAGES : https://www.facebook.com/gbwhotel
IG : https://www.instagram.com/gbwhotel/

GBW HOTEL
9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor

Boleh Hubungi Untuk Pertanya Promosi
Mr. Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Urfa : +6016 710 0073
Ms. Aiza : +6016 723 3558


P/S: Terima kasih GBW Hotel for having us! ❤

DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 BIKIN EMOSI AKU TERGANGGU

$
0
0
DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 BIKIN EMOSI AKU TERGANGGU | Korang dah tengok ke sambungan drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni? Kalau yang mengikuti 7 Hari Mencintaiku 1, pasti memang menunggu sambungannya.. yang 1 pun dah penuh emosi, lagi kan 2 ni, aishhh baru episod 3 dah meluap-luap emosi Sis ko, rasa macam nak masuk tv aje kasi tumbuk satu kali muka Datin dan juga si Syakila tu hahahaha...

Tapi Sis pasti, emosi lagi bertambah geram bilamana Mia tu berpaling dan membenci Suaminya gara-gara hasutan dan hasad dengki Datin tu, dan tambah lagi Sis baca Mia tu sampai hilang hormat dengan Pak Samad, ayah mertuanya, eeee rasa nak aku balun jee mereka yang hati busuk dan tak boleh nengok ksenangan dan kebahagiaan orang lain..

Dan dan tu plak, masuk orang ketiga lagi mengeruhkan keadaan rumahtangga...arghhh tang ni memang emosi turun naik Sis ko di buatnya..kena banyak berzikir kalau tengok drama ni lerr hahahaha.. Tapi nasib baik lee Sis layan youtube aje, nak tunggu jam 7pm tu memang tak ler, time u banyak nauu kejenya, lagi nak maghrib, kang tak fokus nak melayan drama.

So korang dah tengok ke? Mungkin yang tak tengok 7 Hari Mencintaiku 1 tidak akan faham akan crita 7 Hari Mencintaiku 2 ni..so kalau tengok, jangan banyak tanya, kang engko plak kena hempuk hahahaha...


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 
Setiap Isnin hingga Jumaat 
Jam 7pm .

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana.

Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali) . Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Pelakon utama
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi

Pelakon pembantu
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
Bil Azali sebagai Zaidi
Faye Kusairi sebagai Syakila
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Sean Lee sebagai Adam

Pelakon sampingan
Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Razzuan Rosli sebagai Fariz
Shamielya sebagai Azura
Shahidan Izwan sebagai Sharif
Amelia Christie Lim sebagai Rafidah
Fadilah Mansor sebagai Emak Nurul Ain

Pelakon kanak-kanak
Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
Puteri Rafasya sebagai Harlina (Kenit)


P/S: Apakah Mia benar-benar tinggalkan Khuzairi??? huwaaaaa :(( ... kita tunggu dan lihat..

TERKINI! HANYA SATU BAG DIBENARKAN DALAM KABIN AIR ASIA

$
0
0
TERKINI! HANYA SATU BAG DIBENARKAN DALAM KABIN AIR ASIA | Korang dah tau mengenai berita ini? Yaaa tahu, memang ramai tau tapi ramai tak faham, sama gak macam Sis masa mula-mula baca berita ni. Siap kata dalam hati, 'Eh, bukan memang tak boleh ke bawa?', haaa tapi kalau di perhatikan sampai sekarang pun masih tak faham, dan masih bawa juga bag dalam kabin kapal terbang tu, betul tak?.

Bag macam mana yang Sis maksudkan? Tu haaa macam dalam gambar yang Sis pegang bag tu haa... yaa memang nampak kecik, dan memang ramai yang kita perhatikan bag sebesar tu le mereka bawa naik atas kan? Tapi tu duluuuu, sekarang dah TAK BOLEH dah.. so korang sila amik perhatian bab ini, jangan nanti meroyan plak kat airport ya..

Tapi ada sebabnya... meh baca Sis kongsikan dari sumber bacaan Sis di astroawani.com


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kini mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin. Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin yang kali terakhir dikemas kini pada Rabu lalu, hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang.

Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil. Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag.


Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:

  1. Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
  2. Tidak boleh melebihi berat 7kg
  3. Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan

Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7 kg.

Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.

Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini.

Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat dan dikuatkuasa selepas proses hibernasi pesawat AirAsia ditarik semula pada 29 April, 2020.

Baru-baru ini tular video dan kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut.

Sekian harap maklum ..


P/S: Haaaa korang faham tak? Ermm tak faham juga? Baca ulang-ulang ek hahahaa...

WORDLESS WEDNESDAY - POKOK KAKTUS

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - POKOK KAKTUS | Korang suka ke tanam dan bela pokok kaktus? Kalau Sis yaaa, dulu memang Sis penggile dan suka sangat tanam dan bela pokok kaktus. Lebih dari 30 pasu kaktus Sis ada. Pantang nampak memang Sis beli. Macam-macam jenis Sis ada..

Tapi pernah sekali, entah kenapa, angin takde, hujan takde, habis semua koleksi pokok kaktus Sis tiba-tiba mati dan busuk akarnya. Padahal Sis kemain jaga dan membelainya. Tapi tak tau sebab apa, hampir semua mati. Sejak dari haritu laa, dan seterusnya, Sis takde rasa nak membeli dan menjaga lagi pokok kaktus ni.

Cuma sejak-sejak ni je laa, bila tengok teringin...tapi tak 'rakus' nak beli semua, beli mana yang suka aje sikit-sikit.. antara semua tu pun, ada 2 pasu tu Mat gebu yang bagi...





P/S: 'Mereka' ini laaa buat jiwa tenang Sis melihatnya... 

FEDEX MALAYSIA INTRODUCE COUNTRY'S FIRST STOP SOLUTION FOR DANGEROUS GOODS SHIPPMENTS

$
0
0
FEDEX MALAYSIA INTRODUCE COUNTRY'S FIRST STOP SOLUTION FOR DANGEROUS GOODS SHIPPMENTS | FedEx Express (FedEx), a subsidiary of FedEx Corp (NYSE: FDX) and the world’s largest express transportation company, announced the company now provides a one-stop solution for dangerous goods shipments to further enhance connectivity of the southern Malaysia region to the world.

The first of its kind nationwide service is now available at the Senai Gateway in Johor

This solution allows customers the convenience of an end-to-end shipping experience. Shipments are packed, labelled and shipped via FedEx. All classes of dangerous goods for this service are accepted, except those categorized under class 1 explosive and class 7 radioactive materials. 

To utilize the one stop dangerous goods service, customers must ensure that their dangerous goods is in full compliance with the International Air Transport Association (IATA) dangerous goods requirements prior to shipment via the International Priority (IP) and International Priority Freight (IPF).


In addition to the one-stop dangerous goods service enhancement, the Senai Gateway
will provide customers with other service benefits:
  • A one-day transit time improvement for TNT inbound Worldwide shipments to Johor
  • A one-day transit time improvement for TNT Economy Express shipments on the Asia Road Network (ARN) from Thailand to Johor

SC Chong, Managing Director of FedEx Express Malaysia said, “As the first logistics provider in Malaysia to offer the dangerous goods one-stop solution, this serves as another way to highlight our long-term investment in the country. We are committed to meet the evolving needs of our customers by facilitating shipments of materials required to propel their businesses. 

This facility has proven to be timely, as we are also playing our part in managing dangerous goods shipment for essential items such as hand sanitizers, in view of the COVID-19 pandemic. We also see this enhanced service as a way to support firms of all sizes, from micro- SMEs to large enterprises, as they expand their international footprint.”

Johor is poised to become an economic powerhouse as the state alone has attracted RM93 billion in investments in the manufacturing sector, the highest generated in the country from 2013 to 2016. 

The Senai Gateway is the second newest facility by FedEx in Johor, following the Johor Station in Iskandar Puteri.

“At its core, FedEx continuously looks at ways to create possibilities for our customers
by improving our network in Malaysia,” Chong said.


P/S: Woewww tahniah FedEx..! Tak sangka Johor yang pertama.. 

WORDLESS WEDNESDAY - POKOK HALAU NYAMUK

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - POKOK HALAU NYAMUK | Rumah siapa ada pokok ni? Bagus! Musim-musim hujan sekejap, panas sekejap ni, eloklah korang yang suka berkebun tu beli dan tanam pokok halau nyamuk ni, atau lebih di kenali dengan nama Pokok Geranium.

Yaaa pokok ni bagus dan berkesan untuk menghalau nyamuk dari lepak membawang di celah-celah pokok kita tu haa.. Tumbuhan ini di katakan mengandungi geraniol dan sitronelol berbau harum yang sangat tidak disukai nyamuk. Korang beli dan tanam pokok ini dalam pasu kecil dan letak di kebun korang di balkoni ke atau dalam rumah di ruang tamu, bilik tidur atau dapur.

Selain dapat menghalau nyamuk, bunganya yang cantik juga menjadi hiasan. Tapi Sis punya ni baru lagi, so belum berbunga. Ada 3 pokok Sis beli.  Semua Sis letak di kebun mini Sis aje. Nanti laa kalau rajin alihkan dalam pasu-pasu kecil, letak semua sudut rumah.. kalau rajinnn.






P/S: Tak silap ada lagi jenis pokok halau nyamuk yang lain tau..korang google ler yaa.. 

LEBIH DARI 60 JENIS AISKRIM YANG BOLEH KORANG NIKMATI DI INSIDE SCOOP!

$
0
0
LEBIH DARI 60 JENIS AISKRIM YANG BOLEH KORANG NIKMATI DI INSIDE SCOOP! | Yaaa betul, tarak tipu punya, mengikut kata mereka, ada lebih 60 jenis aiskrim yang di sediakan di kedai aiskrim mereka yang di beri nama Inside Scoop ini mengikut pusingan penukaran bergilir setiap minggu.

Maksudnya, bukanlah sekali 60 jenis tu korang boleh nikmati dalam satu masa, tapi setiap hari hanya 20 jenis sahaja, dan jenis-jenis itu akan bertukar setiap minggu, means setiap minggu jenis aiskrim tu berbezalah, haaa gitu...

Contoh, kalau minggu haritu Sis makan aiskrim durian D24, so mungkin masa korang datang minggu depannya, aiskrim D24 tu tak ada, atau datang esoknya ke, sebab mereka memang akan bertukar perisa aiskrimnya secara bergilir. Kalau korang nak cuba semuanya, haaa korang datang laaa setiap hari yer hahahaha..

Dan lagi satu Inside Scoop di Johor ni adalah cawangan ke 25 dan yang pertama di Johor secara rasminya. Sebab tu teruja sikit nak pergi hehehe.




Inside Scoop ni terletak di Taman Mount Austin berdekatan betul dengan Taman Tema Austin Heights Water & Adventure Park tu haaa. Bila Sunah mengajak Sis menemani dia ke sini, kami tau le nak tujunya, tak susah mana pun mencari kedainya. Dari Ikea selesai kami makan tengah hari, terus kami ke sini, guna waze aje pasti sampai.

Kedainya memang cute aje, ada signboard Inside Scoop depan kedai dan warna kedainya dari jauh korang dah nampak hehehehe. Masa kami sampai, memang ngam le dengan cuaca panasnya, dan kehausan, so ini laaa masanya untuk kami makan aiskrim, tengok je semua iaskrimnya dah terliur hahahaha.

Sebelum masuk kedai, sila maklum laaa ye, masih mengamalkan SOP dan kena patuhi arahan yang tersedia. #KitaJagaKita #StaySafe dan amalkan social distancing ya.




Korang kena order dulu nak makan aiskrim apa di kaunter depan, kemudian bayar, then masuk dalam kalau korang nak makan di situ, jika tak, korang boleh tunggu aje di luar sementara mereka siapkan. Banyak ruang tempat duduk dan tempatnya pun instagrammable gak untuk korang yang suka bergambar.

Sebab kami pestime datang sini, so kami minta aje rekemen aiskrim paling sedap dan jadi pilihan ramai pengunjung datang sini. Dan mereka cadangkan aiskrim durian D24 juga aiskrim cokelat tu (lupa laa nama dia), dan satu lagi Sis amik perisa Mint. Yaa kesukaan Sis kalau makan aiskrim, suka makan perisa mint.

Di Inside Scoop ni pun bukan kata menjual aiskrima je, kek pun ada. Ada kek Ferrore Rocher ko, mesti sedapkan! Harga kalau mahal pun berbaloi le dengan lapisan kek di dalamnya, tak caya nanti korang boleh jenguk dalam peti aias di depan kaunter sana.




Haa tu haa aiskrim cokelat tu, Sis lupa namanya, korang tunggu Sunah datang komen di bawah ya hahahaha. Tapi memang pekat likat rasanya, tapi tekak Sis tak boleh nak makan banyak, Sunah aje perabiskannya. Sis lebih suka aiskrim mint dia tu haa, segar giler tekak bila makan.

Aiskrim durian dia jangan cakap lerr, dah kata D24 kan, so ko ngase? Mesti laaa sedap oii, rasa durian dia tu, perghh hilang terus rasa kesedapan aiskrim mint Sis ko dalam mulut hahahaha..adeiiii korang kena cuba!..

Dan lagi satu menu yang mesti korang cuba adalah, Apam Balik Waffle, memang waffle dia terbaekkk arr, lembut dan sedap! untuk topping aiskrim tu korang boleh pilih, cuma kami ni 'manja' masa tu, kami suruh je dia buatkan pilihan aiskrim mana yang sedap. Dan di berinya kami aiskrim perasa ferrero rocher dan juga caramel, haa gitulaaa.. Dan ternyata kombinasinya memang sedap! Sunah yang habiskan juga hahahaha..




Oh! Yaa di sini bukan aje aiskrim ada jual, tapi juga minuman, ye laa banyak nau makan aiskrim, sampai kehausan Sis ko, so Sis order air coffee Americano ice hehehehe..ada juga pilihan minuman lain, ikutlah suka korang.

Dan masa nak balik, kami tapau pulak aiskrim dalam cone waffle tu haa, uitt besar ookay cone dia tu, boleh share dua orang kalau korang tak berapa pemakan. Tapi Sunah habiskan juga sorang kakakakah. Pilihan aiskrim kali ni, Sunah amik cendol dan vanilla. Memang agak manis oi perisa cendol tu, tapi still sedap.

So korang kalau nak pergi, pergi jangan kenyang sangat, kang kenyang tak boleh makan plak semuanya. Walaupun ianya aiskrim tapi kalau dah 3 atau 4 scoop ko bedal, mau kenyang gak oii hahahaha.. lagi kalau makan waffle tu juga, perghhh lembut dan sedap!.


Haaa ookay tu bukti Sis dah sampai sini hokay hahahaha., Sis sudah, korang bila lagi? Oh! Ya, kalau korang nak beli bawa balik pun ada, ada bekas khas di sediakan beserta dengan bag kedap sejuk, tapi boleh bertahan selama 30 minit aje beku, lebih dari tu, aiskrimnya akan cair.

Promosi Promosi!! 
Bermula 9 hingga 11 Julai 2020 ni, ada promosi hanya RM5 one scoop sahaja (harga biasa RM10.20). Dari jam 5 hingga 9pm *Limited to TWO scoops per person.

Apalagi, ajommm le kita!!

Inside Scoop Mount Austin, JB
Scooping hours: 12pm - 10pm (everyday)
Location: No 41, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100, Johor Bahru, Johor
Call at: 07-3571733

Facebook | Instagram 


P/S: Mesti ada yang kata mahalnya.... ermmm ko pergi cuba dulu baru tau kenapa mahal aiskrimnya yek.. 
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live