Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live

RESEPI SERAWA PULUT DURIAN MAT GEBU

$
0
0
RESEPI SERAWA PULUT DURIAN MAT GEBU | Korang kenal siapa Mat Gebu? Yaa kalau di facebooknya, nama sebenarnya Adnan Ibrahim, manakala kalau di instagramnya, nama penanya @matgebu yaitu pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan yang bertrademarkkan mangkuk tingkat birunya yang lebih di kenali dengan nama Mat Gebu di kalangan blogger-blogger semua.

Sis dah hampir masuk 12 tahun mengenali Mat Gebu, memasing dah faham dan tau sangat perangai memasing. kalau dah berjumpa, macam nak pecah cermin gobok antik si Mat tu, sampai menangis mata kalau gelak oii, macam-macam cite kang keluar. Tambah pulak dengan cerita Mak Yah, Emaknya Cik Mat.

Dan macam biasa ler, tiap kali raya, tiap tahun juga pasti akan singgah beraya ke rumah Mat Gebu ni. Dan siapa lagi geng beraya ke sana, kalau bukan jelitawan dan kesayangan hamba, Puan Suraya tu. Asal dia datang Johor aje, mesti kami akan ke rumah Mat Gebu. Geng Mesyuarat Tingkap katanya si Mat hahahaha..

Cerita raya baru-baru ni, tu nanti Sis update posting lain ya, harini nak kongsi resepi Serawa Pulut Durian air tangannya Mat gebu ni. Aje sedap sungguh weyy, Sis ko makan sampai 2 mangkuk. Rasa dia tak manis sangat, duriannya pun terasa, yang sedapnya tu, bila dah di masuknya pulut dalam serawa tu, perghh memang sedap tak tau nak kata! Masa menaip ni terliur di buatnya oii..

Mat kata dia guna sebiji durian, gula pun ikut tekak katanya, tapi memang sedap sangat kuah serawa tu. Tekak Sis suka beno. Color dia pun nice je, biasa Sis nampak kuah serawa gelap pekat, mungkin gula melaka dia banyak kot.. Nanti Sis pun nak try gak lee buat, tapi nak kena beli durian dulu la ek..hehehehe

Jom kita tengok resepinya...



Resepi Serawa Pulut Durian 
Sis copy paste je resepi asal Mat Gebu dari SINI

Bahan Kuah Serawa : 
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

Bahan Pulut : 
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul


Cara Membuatnya : 

Untuk Pulut : Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.

Untuk Kuah Serawa : Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Untuk Serawa Pulut Durian :  Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau korang boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi.

Selamat mencuba!


P/S: Makan dengan roti pun sodap kan! Arghhh ngences ar... 

SELAMAT HARI BAPA 2020

$
0
0
SELAMAT HARI BAPA 2020 | Siapa masih ada bapa/ayah/abah/baba/papa/buya/abi atau apa sajalah gelaran yang korang panggil pun? Jika ada bersyukurlah kepadaNya, kerana korang masih lagi diberi kasih sayang dari seorang bapa. Untuk Sis, Allah lebih menyayangi arwah abah Sis. Dah hampir lebih 25 tahun arwah abah pergi meninggalkan kami di sebabkan komplikasi sakit jantung.

Tapi syukur alhamdulilah, Allah kurniakan seorang Suami juga ayah kepada anak-anak Sis yang telah 26tahun kami berumahtangga. Sesungguhnya itulah satu kenikmatan kebahagiaan saat anak-anak mula kenali dan memanggil Suami Sis dengan panggilan 'Ayah'...

Besar sungguh pengorbanan seorang Ayah...bak kata pepatah, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa tiada ganti...makanya selagi ada 'mereka-mereka' ini yang bergelar 'bapa', maka hargailah dirinya selagi ada.. lebih-lebih lagi jika beliau adalah bapa kita atau dia adalah bapa kepada anak-anak kita. 


Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan Ibu dan Bapa, pastinya mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu atau hari Bapa dan ianya sudah menjadi resam oleh masyarakat dunia termasuk di Malaysia untuk meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa.

Mungkin ada di kalangan daripada kita yang terlupa, sebagai peringatan, seperti tahun-tahun sebelumnya di Malaysia hari ibu akan disambut pada Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun manakala Hari Bapa pula di sambut pada Ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun

Tidak kira apa anutan agama seseorang, Ibu dan Bapa tetap dihormati dan dihargai kerana pengorbanan dan jasa mereka kepada anak-anak. Sejauh mana pula penghargaan anak-anak terhadap ibu bapa mereka hanya anak-anak sendiri yang dapat menjawabnya.

Oleh sebab itu juga, sambutan Hari Ibu serta Hari Bapa diwujudkan bagi menghargai atau mengenang jasa dan tanpa mereka siapalah kita. 

Selamat Hari Bapa... Kepada abah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Abah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki perancangan yang lebih indah dan baik untukmu. Kini doa menjadi satu-satunya alat komunikasi denganmu. Aku percaya tuhan maha mendengar. Kepergianmu membuatku mengerti bahwa rindu paling menyakitkan adalah merindukan seseorang yang telah tiada. Namun kepergianmu pun mengajarkan bahawa tuhan selalu ada untuk mendengarkan segala doa dan harapan. Al fatihah untuk abah dan semua yang telah pergi.

Buat Suamiku Tersayang… Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang melindungi anak-anak dari dunia luar yang mencabar sehingga anak-anak terdidik menjadi manusia berguna. Moga Allah panjangkan umur ayahnya. Belajarlah dari Luqman, seorang ayah yang diabadikan namanya dalam Al-Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuiri liku-luku kehidupan. Kasihnya Ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa.


P/S: Happy Father's Day!! Harap Suami suka hadiah yang Sis belikan tu.. 

KISAH KAMI 3 BERANAK SEMALAM

$
0
0
KISAH KAMI 3 BERANAK SEMALAM | Kisahnya semalam seharian Sis, Suami dan anak bujang Sis keluar bersama dari awal pagi sampailah ke lewat petang sebelum Suami gerak ke Paka,Trengganu.

Sis tak ikut ke? Mulanya plan nak ikut, tapi last minit katanya Suami, ada budak kerja tumpang sekali, so ni kali Sis tak follow. Siap Suami cakap, bulan boleh ikut hahaha lama lagi bulan depannya..

Memang semalam Sis sibuk melayan keluarga aje, sampai kawan-kawan mesej mencari di wahtsapp Sis tak sempat jawab. Sabtu dan Ahad, Sis lebih kepada urusan keluarga, sebab tu kadang blog pun taks empat nak update 2/3 posting. Komen pun tak terbalas dan tak nyempat nak blog walking. Harap faham ya.

Semalam pepagi lagi Suami dah kejutkan si anak bujang, suruh bersiap, biasa le kalau tak di kejutkan, kang menunggu bersiap macam anak dara lamanya. Entah mandi ke berendam pun tak tau ler. Sebab tu kena kejut awal.

Anak Sis,Yana semalam kerja, so hanya kami bertiga aje la. Lepas aje Suami settle kerjanya pagi tu, dalam jam 10am baru le Sis keluar. Terus ke pusat memandu Berjaya di Pekan Masai nun. Selesai mendaftarkan anak bujang tu terus pi makan tengah hari di Nasi Padang area situ gak. Tengok jam baru 11am tapi dah pi makan nasi hahahaha adeiii macam mana nak kurus ni oii..

Dia dua beranak tu suka lerr dapat makan nasi padang, Emaknya ni haa nampak nasi terseksa rasa nak telan hahahaha..adoii .. nak taknak habis gak sepinggan kata Suami kakakakakah!..


Semalam pun seharian keluar hari hujan aje, gerimis kejap, lebat kejap, so apalagi, kalau dah makan nasi, mata mulalah kan mengantuk giler. Sis yang duduk belakang tu, mata dah berkali tertutup sampai kena tegur gan Suami, 'oii tido ke' hahahahaha...adeiii

Lepas aje makan, terus Suami ajak ke AEON Tebrau, nak cari dan belikan anak bujangnya hadiah harijadi yang terpostpone sebelum ni gara-gara PKP bulan 4 lepas. So ini laa baru dapat ada masa bawa anak bujang pi pilih beli hadiah harijadinya. Gitu lerr Suami, selagi tak belikan, selagi tu dia tetap akan cuba nak belikan.

Bila dah masuk Jusco, apalagi, bukan anak aje yang menyoping, dengan Emaknya sekali tumpang sekaki , ehhhh Ayahnya pun sama ek, sampai jenuh menunggu dia pilih barang dia hahahahaha.


Lepas dah settle semua beli barang anak dan bersoping sakan hihihi, kami terus ke Holiday Plaza. Haaa sini memang tempat yang mesti Sis dan Suami pergi bila hari cuti. Biasa kami pergi memang saja je jenjalan dan cuci mata, dan duduk minum kopiO di kedai luar pintu masuk Holiday Plaza tu, perghh kopiO dia kaw giler!.

Yang sebenonya masuk Holiday Plaza, bukannya apa, Ayahnya nak mencari barangnya. Keluar masuk kedai mencari barang yang dia cari. Last-last masuk Parkson, barulah dapat jumpa apa yang dia cari tu. Barang apa? Hahaha adalah, rahasia... :p

Lepas dah siap semua, duduk plak kat McDonald's menikmati aiskrim dan juga kentang goreng. Naik lenguh gak kaki berjalan uittt...so kenalah rest kejap. Ye laa, Suami tu bukan boleh renyah sangat, kang malam mula sakit dada semua.

Lepas Asar juga laa baru sampai rumah. Nasib baik sekarang memana pam minyak surau dah di buka, tapi kena bawa sejadah dan telekung sendiri ya. Kalau tak sebelum ni, memang rushing kena balik awal nak kejarkan Zuhur.

Alhamdulilah, hari hari Bapa pun, walaupun tak dapat nak belanja Suami makan, semalam anak-anaknya semua dah video call wish advance kat Ayahnya. Hadiah pun nasib Sis dah beli awal, so semalam dah beri dan Suami dah pakai pun hehehe..Nasib dia suka.

Okaylah, Sis nak ke rumah Mak Sis kejap. Nanti kita sambung lagi ya. OkBye.


P/S: Harini dah last Hari Raya kan? .. Tapi kenapa mood raya Sis masih ON ek hahahaha.. 

LIRIK LAGU TAK KISAH PUN - NAJWA LATIF ft AKWA ARIFFIN

$
0
0
LIRIK LAGU TAK KISAH PUN - NAJWA LATIF ft AKWA ARIFFIN
Lirik Lagu : Najwa Latif Feat Akwa Arifin
Muzik/Lagu : Najwa Latif Feat Akwa Arifin


Matamu inginku tatap selalu
Senyummu buat aku terpaku
Dirimu sempurna begitu
Pada aku pada aku

Walau kita berbeza
Tak serupa pendapat
Tapi aku ingin kau tahu yeah

Walau kau pakai T-shirt biasa
Dengan selipar je pun
Dengar sini aku kata
Aku tak kisah pun

Macam aku cakap dekat engkau
Over the phone
Listen babe
I’m so proud to call you my own

Kau tak perlu try so hard
To make me wanna piece you in my heart
You’re the missing piece of my art
That I’ve been searching from the start

Walau kita berbeza
Tak serupa pendapat
Tapi aku ingin kau tahu yeah

Walau kau pakai T-shirt biasa
Dengan selipar je pun
Dengar sini aku kata
Aku tak kisah pun

Macam aku cakap dekat engkau
Over the phone
Listen babe
I’m so proud to call you my own

Like I said
I don’t care what you look like now
But I’m still gonna say
That you look so good right now

Baru bangun muka masyam
Manja macam meow meow
Belum mandi flawlessly
Masih pretty somehow

Will not cakap yang you cantik
Tanpa make up
When you dress up it will boost
Your confidence level way up

Yang penting you yakin
Dengan diri sendiri
So that you don’t have to overthink
About your insecurities huh

I appreciate everything you do
You’re so funny naturally tanpa tahu
Anytime I’m ready to give you my bahu
I understand all the pain
That you’ve been through yeap

I’m glad you’re already mine
Can’t get you out of my mind
Ada flaws? You know I don’t mind
I’m serious dengan you
I tak main main

Walau kita berbeza
Tak serupa pendapat
Tapi aku ingin kau tahu yeah

Walau kau pakai t-shirt biasa
Dengan selipar je pun
Dengar sini aku kata
Aku tak kisah pun

Macam aku cakap dekat engkau
Over the phone
Listen babe
I’m so proud to call you my own

Tudu tudu tudu
Lala lala lala
Hooh woho ohoh

Youtube Muzik Video : https://youtu.be/L7zX-BYQNPo


P/S : Lama tak nampak budak Najwa ni kan, tup-tup keluar dah lagu baru.. anak Sis le yang selalu dengar lagu ni.. 

JOM LEPAK DAN MAKAN DI SUNWAY BIG BOX BERKONSEPKAN 'DRIVE THRU DINE IN'

$
0
0
JOM LEPAK DAN MAKAN DI SUNWAY BIG BOX BERKONSEPKAN 'DRIVE THRU DINE IN'| Bagi memudahkan semua orang ramai, kini Sunway Big Box memperkenalkan konsep 'Drive Thru Dine In' yang dibuka setiap hari dari sarapan pagi (10am - 12pm), makan tengah hari (12.30pm - 2.30pm), minum petang (3pm - 5pm) dan juga makan malam (5pm - 7pm) bermula pada 17 June sehingga 10 Ogos 2020.

Mulanya kan masa dapat tau hal ni, Sis pun tak faham tau konsep yang di ketengahkan. Duk fikir macam mana Drive Thru kemudian Dine In plak, tapi bila dah pergi dan mencubanya sendiri, oo baru tau macam mana cara Drive Thru-nya dan juga Dine In-nya dan juga Sis faham apa yang ingin mereka sampaikan.

Untuk menjaga kseselamatan dan juga bagi mengawal pergerakan dan Social Distancing, kerana itulah konsep Drive Thru Dine In ini diperkenalkan kerana pengunjung yang ingin makan di sini, tidak perlu bangun ke sana ke sini untuk membuat pesanan makanan mereka. Mereka hanya klik link website untuk tempahan meja, kemudian buat pesanan menu melalui online, dan pandu kereta/walk-in ke tempatnya, kemudian duduk dan makan sahaja.

Sangat memudahkan kita dan kita tidak perlu bimbang untuk bertembung dengan orang ramai, beratur dan bersesak di kedai makan. Bestkan macamtu kan? Kalau nak order lagi macam mana? Kalau tak cukup dan korang nak order lagi, korang just add-on di meja aje.. terus mereka hantar ke meja korang.

Macam mana caranya? Meh Sis tunjuk satu persatu kisah Sis makan tengah hari di sini bersama Sunah Sakura baru-baru ni..

Kredit Pic by KK Lew

Ini Step Pertama yang mula sekali korang kena buat. Korang bukak link web ni --> https://www.sunwaybigbox.com/events/drive-thru-dine-in-2020-05-17-21 ..

Kemudian korang scan barcode yang ada tu, then korang terus akan di beri borang isi details tempahan dan pilihan meja (outdoor atau indoor) dan pesanan menu korang. Korang isi semua details, termasuk nombor plat kereta dan juga masa/jam korang akan sampai. Masa/jam tu korang kena betul-betul comfirmkan ya, sebab bila waktu yang korang sampai di sana, jika korang awal, maka pintu entrance untuk masuk tu memang tak buka. Hanya di buka untuk yang dah booking sahaja.

Dan hanya nombor plat kereta yang dah daftar sebagai tempahan meja sahaja yang di benarkan masuk. Security akan jaga di situ untuk check nombor plat kereta dan akan buka pintu entrance tu untuk korang. Jika korang terdatang lambat, korang call nombor tu, nanti security akan datang buka.



Untuk pesanan menu pula, pihak restaurants yang korang buat tempahan menu tu, akan wahtsapp korang untuk dapatkan pesanan menu korang pada hari kejadian. Jangan risau... tak remeh pun, lagi memudahkan kerja kita ada laa. Semua hanya di hujung jari korang sahaja.

Okay, lepas korang dah dapat masuk entrance tu, korang terus naik atas dan pergi ke park GF. Dan korang park kereta korang (seperti dalam gambar) di situ. Park tu memang khas untuk mereka yang buat tempahan makan secara Drive Thru Dine In sahaja.

Oh! Ya lupa nak bagitau dan mention. konsep Drive Thru Dine In ni ada 2 konsep, satu secara Indoor (sebelah parking tu haa), dan satu lagi secara Outdoor (nanti Sis tunjuk gambarnya). So korang boleh pilih samaada nak Indoor atau pun Outdoor. Better musim panas ni amik ler Indoor, sejuk aje makan dalam tu weyy hehehehe.



Okay yang Sis kongsi ni konsep Indoor. Tak silap ada 3 jenis paten konsep Indoor yang ada. Sis dan Sunah pilih Summersalt, deko dia ala-ala romantik gitu, dengan kain putih kat tiang macam khemah orang kawin hahahaha. Ikutlah suka korang nak duduk mana makan.

Meja yang di sediakan pun masih lagi mengikuti SOP yang di tetapkan, cuma kalau korang dalam keluarga yang lebih dari 4 orang, bolehlah duduk di bawah satu bumbung tu dan makan bersama.

Haa lagi satu nak bagitau ya. Jika korang datang sini, selepas park kereta, korang tidak pakai mask, mereka akan beri korang mask secara percuma beserta wet tissue kepada korang setiap sorang. Pemeriksaan kesihatan macam biasalah, tetap kena buat sebelum korang masuk dalam ya. Jadi pastikan korang sihat untuk keluar dari rumah.



Yeee kalau korang dah order pesanan menu online tu, tentu korang dah tau kan, restaurants apa yang hanya ada dalam Drive Thru Dine In ini. Ada 8 restaurant makan beserta minuman yang boleh korang buat pilihan. Antaranya  PiZZ@, Awesome Brew, Mr Dakgalbi, Dum Dum Thai Drinks! Juga Kenny Rogers ROASTERS Malaysia, The Chicken Rice Shop, Shake Shake Malaysia dan juga Tealive Asia. 

Di atas meja setiap meja korang duduk, akan ada scan barcode menu semua restaurant yang ada, so bila menu korang sampai yang pertama korang order, kemudian korang makan tak cukup, nak order lagi, so korang hanya scan barcode untuklihat kesemua menu, then korang call untuk buat pesanan. Mereka akan hantar terus ke tempat korang.

Cara hidangan dan persembahan yang mereka bawa ke meja pun, tetap sama seperti kita datang makan di restaurant mereka juga. Bayaran pula, korang boleh bayar sewaktu pesanan menu secara online atau pun Cash On Delivery ketika menu sampai. Pun boleh!. Mudah sangatkan..



Yaaa kalau korang dah pesan masa isi detils tu dan mereka dah wahtsapp korang, menu korang tu akan sampai on time mengikut waktu yang korang dah bagitau mereka. Sebab itu Sis kata, comfirmkan betul-betul masa/jam yang korang akan sampai ya.

Menunya pun panas-panas lagi masa sampai. Sunah order menu dari Awesome Brew, dia makan Spageti Cabonara dan Caffe Latte. Sis makan set Kenny Rogers ROASTERS Malaysia, tapi lebih tertumpu makannya dekat PiZZ@ ajer, sedap uitt.. pepanas lagi semua PiZZ@ yang kitaorang order. Fresh from oven.

Harga? Harga tetap sama dengan harga yang korang makan di restaurant mereka, tiada caj delivery atau tiada caj servis hidangan ya. Jangan risau hokay.



So ini haaa dia yang Outdoor punya, tempat makannya ada di luar tepi-tepi kaki lima sepanjang jalan di Sunway Big Box tu. Kalau sebelah malam, siap ada lampu, terang je situ, dan cuaca pun mungkin sejuk sikit. Tapi kalau siang hari, Sis rasa panas berdenting kepanasan gak uitt..

Tapi ikutlah pilihan mana korang suka. Cara dan makan, sama je, cuma suasana konsep tempat korang pilih je berbeza. Kalau Sis, Sis pilih Indoor, selesa dan agak privacy sikit. Dekat pun ye dengan tempat parking kereta, so lebih selamat dan yang bestnya, depan je dengan washroom hahahaha.. Serba serbi dekat.

So korang jomlah lepak dan makan di sini. Bawa keluarga, kawan-kawan atau pun pakwe/makwe datang makan di sini ya.

Untuk lebih info dan details, korang klik sini ---> https://www.sunwaybigbox.com/events/drive-thru-dine-in-2020-05-17-21 atau ke facebook mereka Sunway Big Box .
Note: Pre-booking reservation has to be 3 days in advance thru Sunway Big Box FB page

Enjoy korang !! ..


P/S: Sis suka konsep gini, nanti next nak bawa Geng Bas Sekolah Sis plak ke sana, siap lee mereka berOOTD bagai hahahaha..

SATU KEPUASAN BILA DAPAT BELI APA YANG KAU NAK BELI!

$
0
0
SATU KEPUASAN BILA DAPAT BELI APA YANG KAU NAK BELI! | Betul tak? Bila mana kita ni sebagai surirumah dapat beli apa yang kita nak beli, ianya menjadi satu kepuasan dalam diri sendiri bila apa yang kita nak, kita dapat beli. Walaupun benda tu tak mahal mana pun.

Kalau sebelum ni Sis banyak habiskan duit hasil menulis di blog dengan pergi sana sini makan dan makan, tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu, Sis banyak habiskan duit penulisan blog Sis dengan membeli barang rumah, barang dapur atau barang keperluan Sis yang berbaloi sikit. Berbaloi tu maksudnya, nampak le duit tu buat apa, kalau tak, asyik keje makan aje, duitnya tau-tau hilang aje jadi taik! hahahaha..

Bukan sebelum ni tak fikir nak membeli barang, ada juga yang Sis beli barang, tapi sejak PKP ni, hampir setiap bulan Sis guna duit hasil penulisan blog Sis hanya membeli barang Sis aje. Bulan April lepas, Sis beli mini radio ala ipod gitu (malas nak amik gambar). Berguna gile untuk Sis, now senang nak dengar lagu dan hiburkan hati hehehe. Kemudian bulan May lepas Sis beli dompet brand Coach di JPO. 

Dan untuk bulan June ni, Sis beli set barang dapur plak. Yaitu set mangkuk 14 in 1 dari GoShop dan juga set Tupperware berupa mangkuk tingkat dan bekas makanan.


Haaa tu dia, kesemua barang reward untuk diri sendiri bulan Jun hasil dari duit menulis sebagai 'Ghostwriter' di blog orang. Bukanlah banyak ribu-ribu beno dapat duitnya, tapi ada le juga masuknya tiap bulan. Dapat beli barang dan juga belanja anak-anak makan. Dah cukup memadai dah buat Sis sebagai surirumah. Bila nampak hasilnya, lagi tambah semangat nak menulis jadinya.

Yaa selain menulis blog, buat review, Sis ada juga menulis sebagai 'Ghostwriter' di blog orang dan juga website majalah hospital. Sebelum ni kan Sis ada cerita kan. Dari situ ler, dapat laa income sikit-sikit masuk setiap bulan tiap kali job dah settle. Bukanlah beribu-ribu pun, cukuplah rasa berbaloinya dengan apa yang dah kita tulis tu pun jadi ler.

Nak tunggu claim adsense bukan sonang nak dapat tiap bulan oii, blog Sis bukanlah popular nau, tapi kalau dah orang tawarkan kita menulis dan di bayar, so rezeki jangan di tolak. Dapat 30 hingga 50 USD pun dah kira banyak tau. Tukar MYR 5 kali ganda, woww sangat hokay!.. tu satu posting, kalau 2 atau 3 posting sebulan? Bukan ke rezeki namanya..


Yang set ni Sis beli dari GoShop. Kesahnya, setelah sekian lama Sis tak bukak tv dan tengok tv, apalagi rancangan GoShop, tapi masa ke Paka,Trengganu baru-baru ni, Sis TERbukaklah GoShop ni dan TERnampaklah set periuk Aurasia ni, terus Sis berkenan dan tanpa lengahkan masa, terus aje Sis membelinya hahahaha.

Satu Set tu RM119 sahaja, beserta periuk stainless steel dan juga bekas makanan bertutup tu haa. Sis tersuka dengan warna-warna yang ada tu, sangat cantik di mata Sis. Tu yang terus terpikat dan terus membelinya. Buat pakai kegunaan harian, so bekas lama dah boleh buang. Ye lerr, kalau tak beli baru, yang lama bila lagi nak di buangnya kan..

Nasib baik juga bila Suami nampak masa barang ni semua sampai, dia tak bebel, sebab dia tau Sis suka beli barang gini. Lagipun dia tau Sis guna duit sendiri hehehe. Cuma dia tegur la, 'Beli banyak-banyak ni, bilanya nak guna?', hahahahaha...


Sis bukanlah pengile pengumpul barang Tupperware, tapi Sis suka beli dan kumpul set mangkuk tingkatnya dan bekas makanan yang saiz besar dan empat segi dengan warna yang cantik. Kadang tu pantang nampak color yang cerah cantik, memang terus Sis belinya. Lagi satu time offer, haaa memang tak lepaskan peluang, dia punya offer kemain murah oi..

Kena pulak dalam group jiran perjiranan Sis ada yang menjualnya, lagi bertambah membelek katalog lee Sis ko gamaknya hahahah. Bulan lepas ada gak beli satu set magkuk timgkat sempena raya, tapi malas nak amik gambar, dah letak dalam lemari, yang ni sebab sampai sekali dengan bekas GoShop tu, tu yang Sis kongsikan sekali amik gambar.

Rasanya Sis dah ada hampir 9 koleksi mangkuk tingkat Tupperware. Ye laa orang lain dah banyak, Sis ni baru-baru ni je duk mengumpul. Sebelum ni tak kisah pun hahahaha. Mungkin faktor usia barangkali hahahaha.

Tak apa, janji sendiri puashati!. Orang lain nak kata apa, lantak pi lerr, bukan minta duit dia pun kann.. orang kata nak menunjuk pun, haaa ko pi kojol sana laaa... hahahahaha tak suka jangan baca, Sis kongsi sekadar untuk kepuasan diri. Ko tak puashati, sila mereput hujung tiang jalan sana yer hahahaha..

Okaylah, sebelum panjang lagi Sis ko membebel, jom le kita pi mandi dan menunggu Asar. Kang lepas Asar baru nak masak. Nak masak apa pun tak tau ni..lagi fikir hahahaha..

So korang, rajin-rajinlah menulis yaa..pasti nanti ada habuannya..
OkBye.


P/S: Rezeki memasing, yang penting, keep writing and dongibab!..

BIAR KUALI HITAM BERKILAT, JANGAN HATI HITAM BERKULAT

$
0
0
BIAR KUALI HITAM BERKILAT, JANGAN HATI HITAM BERKULAT | Kalau nak masak tu, kenapa mesti nak kuali berkilat bersih, putih melepak? Kenapa mesti nak tayang kuali cecantik jer? Ingat lagi waktu artis Faradhiya masak buat video guna kuali hitam dia berkerak, kemain lagi nitizen ni kecam bagai nak haper dek sebab kuali dia tu. Tapi ko tak tau, dalam pada ko komen tu, ayat ko tu je dah menunjukkan hati ko tu hitam berkulat!.

Diri sendiri aje yang tak nampak, tapi sebuk nak kondem hal orang, kann?.. Kalau Sis bab masak ni, tak kisahlah kuali hitam ke, kuali mahal ke, janji ko masak!, dari ko beli kuali mahal-mahal, tapi tergantung simpan je tak masak, balik-balik Foodpanda manjang... hampeh!..

Yee ada kawan Sis gitu, duk up le gambar dapur berkilat, piuk belanga kilat tergantung, kemain tersusun, sekali anaknya update status, duk cakap, 'Hari-hari makan bungkus Foodpanda, bilalah Mak aku nak rajin masak ni?', kau ngase? hahahahaha... adeiii siapa? Ada le kawan tuuu...tuuuuu...

Tu sebagai pengajaran contoh..jangan sebab kuali hitam berkilat, sampai ko nak kutuk orang mcam berdosa sangat je kann... sekali lagi nak bagitau...'Biar Kuali Hitam Berkilat, Jangan Hati Hitam Berkulat'...


Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana. 

Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Bagi Sis diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa. Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.

Semuanya berpunca daripada nafsu. Nafsu yang mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba.

Ada yang bertanya, apakah itu nafsu? Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia.

Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat. Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.

Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri.

Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit-penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT.
Hati-lah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan.
Dan hati-lah tempat taqwa bertapak dan bernaung.
Ingat tu!..

Sekian bebelan kuali hitam dari Dapur MamaDD ..


P/S: Petua dari Sugu Pavitra, gosok dengan sabun cap Kapak (Buruh) untuk putihkan bontot kuali, cubalah! hehehehe.. 

SAMBAL IKAN BILIS SPICYMAMA BETUL-BETUL PEDAS DAN RANGUP!

$
0
0
SAMBAL IKAN BILIS SPICYMAMA BETUL-BETUL PEDAS DAN RANGUP! | Korang tak percaya ke sambalnya betul-betul pedas? Sis dah mencubanya oii, memang terasa kepedasannya. Yang suka akan pedas pasti suka, macam Sis jugalah yang memang suka makan pedas, so pedas dia tu masih boleh terima dek tekak Sis.

Apa yang Sis suka akan sambal SpicyMama ni, ianya bukan hanya pedas aje, tapi sambal bilis dia rangup, senang cakap tekstur dia kering. Yang biasa kita makan tu kan macam betul-betul jenis sambal basah kan, tapi berbeza dengan SpicyMama ni, ianya betul-betul kering dan rangup bilisnya.

Mula Sis kenal SpicyMama ni, Sis ternampak di PGMall.my, tapi belum ada kesempatan nak membelinya. Tapi bila dah asyik lalu lalang aje nampak kawan-kawan beli dan mencubanya, apalagi, nak jugalah Sis mencubanya ..

Sekarang kalau kat rumah, mesti nak ada stok simpanan SpicyMama ni hehehehe.



Dah banyak juga Sis cuba sambal bilis jenis macam ni, tapi SpicyMama ni juga yang Sis rasa betul-betul pedas dan rangup. Nak simpannya pun senang tau, sebab bila dah guna tak payah masuk peti ais. Sebab sambalnya betul-betul kering dan tahan lama.

Kalau bagi Sis memang sedaplah, pedasnya masih boleh Sis tahan, tapi kalau bagi mereka yang kurang suka pedas, kena cuba sesudu dulu, kalau boleh terima pedasnya, bolehlah terus makan, tapi silap-silap, dah cuba sesudu, terus sesenduk kang ko ceduk hahahaha.

Macam anak Sis laa, mula makan, katanya pedas, ehh dalam pedas ceduk lagi sesudu hahaha. Sedap katanya..



Sis suka dan lebih gemar makan sambal bilis SpicyMama ni bilamana Sis goreng nasi goreng. Kadang tu anak tak suka nak letak cili dalam nasi goreng, just letak telur je, so apalagi, time Sis makan, Sis tuang le bersudu sambal bilis SpicyMama ni dalam nasi goreng Sis. Memang jadi sedap terus nasi gorengnya.

Ada kawan Sis pun cuba makan dengan bubur nasi putih, pun katanya sedap, nanti Sis nak cuba juga. Kiranya SpicyMama ni boleh di makan dengan pelbagai menu pilihan juga laa kan. Makan dengan roti pun boleh, dengan ubi rebus pun boleh, makan dengan mee goreng pun boleh, nak makan macam tu saje pun boleh. Ikutlah citarasa memasing.

Tapi kalau dah meratah gitu aje, mau tak cukup sebotol oii..hahahaha


Harga sebotol ni 100gm hanya RM 16.90 sahaja. Nampak je botolnya kecil sebeso tapak tangan, tapi isi kandungan dia puashati, berkali-kali makannya pun tak habis-habis gak, kecuali ko gelojoh makan sebotol terus hahahaha.

Lagi satu, Sis nak bagitau korang, korang jangan was-was nak makannya, ianya semestinya HALALproduk tempatan, dan menggunakan Ikan Bilis Berkualiti tinggi sahaja dan cili kepedasannya guna Cili tempatan kita. Tiada bahan pengawet!. 

Sis jamin, sekali korang cuba, pasti korang akan nak lagi.. serius!. Korang boleh tengok juga review Youtube Siti Hajar yang makan SpicyMama ni, kemain syok Sis ko nengoknya.


Berita baik buat semua!! 

Korang masih belum terlambat lagi untuk join dan redeem 50 hadiah GIVEAWAY dari SpicyMama ni, Giveaway ini akan tamat sehingga akhir bulan Jun ini ya! So cepat, masih ada masa lagi untuk korang redeem dan mencubanya sendiri!.

Klik Link sini untuk dapatkan Giveaway  SpicyMama Sambal Bilis Rangup 

Jangan lepaskan peluang ini tau! Sis pun cuba nasib gak, kot laa kan dapat juga.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke : Facebook | Instagram


P/S: Nak juga tanya, macam mana ek nak masak sampai kering sambalnya gitu ek...ermmm 

INISIATIF PANTRI KOMUNITI AYAMBERSAMAMU TULAR DI JOHOR

$
0
0
INISIATIF PANTRI KOMUNITI AYAMBERSAMAMU TULAR DI JOHOR | Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand.

Alhamdulilah, Sis amat bertuah dan berbangga menjadi antara salah seorang sukarelawan yang dapat turut serta dalam Projek Pantri ini di rumah Kebajikan di Johor baru-baru ini bersama geng blogger JDT Blogger yang lain.

Bukan itu sahaja, dapat juga kami memasak untuk mereka dari rumah, dan datang menziarah sekejap, dan memberi sedikit sumbangan hari raya kepada rumah kebajikan tersebut sebagai tanda perihatin kami kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia juga turut meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.

(From the left) Nurul Alyea, Puan Fauziah, Sis Lin and Farah taking a group photo with the Ayam Brand Food Pantry at Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru

Di Johor Bahru, Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Nurul Alyea, Sis Lin dan Farah turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.


“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan sardin, santan dan mackerel menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Roti Jala Kari Sardin, Nasi Lemak Ayam Rendang, Sardin Sandwic dan Ayam Merah yang kami siapkan” jelas Sis Lin.

“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.


“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nurul Alyea, Sis Lin dan Farah menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak.

Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar.

Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.


“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. 

Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.




“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

  • KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 
  • PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 
  • TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 
  • KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
  • PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
  • PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
  • KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
  • PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
  • NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 
  • JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
  • SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
  • SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
  • SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu


Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my



P/S: Sehingga sekarang ya Pantri Komuniti tu masih lagi ada, bagi yang nak menyumbang, sangat-sangat di alukan. 

WORDLESS WEDNESDAY - HELLMAN'S SALAD DRESSING

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - HELLMAN'S SALAD DRESSING | Selamat pagi! Eh Good Morning, how are you?. Tiberr cakap omputih plak, mentang-mentang pepagi dah sarapan Salad ek, terus bertukar lidah tu yaa hahahaha.. Korang dah sarapan ke tu? ..

Sis pagi ni sarapan salad telur aje, letak mayonis dan curah dengan Hellman's Salad Dressing. Yang ni Sis guna Roasted Sesame. Ada lagi 2 perasa Sis ada. Tapi yang ini anak Sis punya kesukaan, Emaknya curik sikit hehehe. Rasa dia sedap, kalau gaul dengan salad tu, terasa dia punya bahan ramuan tu. Sis ko nak tulis pun tak reti lerr...

Taunya curah, siap, makan...hahahaha nak cuba, sila beli sendiri.




P/S: Thank you pageviews 6 666 666 !!! ...

TERIMA KASIH PAGEVIEWS 6 666 666

$
0
0
TERIMA KASIH PAGEVIEWS 6 666 666 | Yehaaa alhamdulilah, tunggu punya tunggu, ingatkan nak skrin shoot lee angka 6 666 666 tu, sekali bukak semula dalam beberapa minit, eh alamakk dah jadi 6 667 666 plak, melepas nak skrin shoot buat kenangan. Tapi takpe, jadi lerr juga angka 6 667 666 ni sebagai bukti dan kenangan buat blog sendiri.

Yaa satu kegigihan di situ, hasil usaha keras, mengupdate, berkongsi dan mengodeh blog untuk menaikkan pageviews (PV) juga SEO dan keywords dalam search engine google bagi menjadikan blog Sis ni lebih ramai viewers nya. Walaupun diri sendiri bukanlah pakar dalam bidang ini.

Setakat harini pun, masih lagi tak puashati, akan terus cuba dan cuba lagi untuk dapatkan yang lebih terbaik!. Kalau dulu tulis minat kosong-kosong, sekarang, menulis sebab minat pun ya, lagi satu, nampak adsense tu up up, makin seronok plak jadinya hehehehe..

Kalau sebelum ni Sis buat giveaway Pageviews 5 555 555, tapi untuk 6 666 666 ni bukan Sis tak nak buat, tapi agak kesuntukkan masa dan Sis pun memang takde rasa nak buat pun hehehe. Makanya takde laa giveaway untuk 6 666 666 ni.

Tapi takpe, ada rezeki kita tunggu giveaway pageviews untuk 7 777 777 atau pun 8 888 888 nanti ya.


Sis nak ucapkan terima kasih buat semua pengunjung blog @akusislin dan semua yang telah memberi support dari dulu hingga sekarang, sehinggalah Sis masih lagi aktif menulis dan berkongsi bercerita di blog Sis.

Bukanlah nak dibanggakan dengan pencapaian yang ada, tapi sedikit sebanyak, Sis tau laa bahawa penulisan kita ni di blog masih lagi relevan, masih lagi ada yang nak bukak baca cari info dan bermanfaat buat semua.

Sis akan cuba lagi dari semasa ke semasa, berkongsi info, dan sebagainya kepada semua, selagi minat dan kesihatan mengizinkan untuk terus menulis.

Walaupun ada juga pihak yang tak puashati dengan apa yang Sis buat (kepoci), tapi 'ada aku kisah', apa yang Sis kongsi, apa yang Sis cerita, semua hanya ceritera diri dan keluarga Sis sendiri, takde kena mengena dengan hal orang dan ganggu kehidupan orang. Melainkan....kalau 'kau' lebih sudu dari kuah, aku pun tak agak-agak le kan nak 'viral' kau dalam blog ni satu hari nanti.. hahahahah.. so AWAS! ..

Dan terima kasih juga buat sifu Hasrul Hassan yang banyak juga membantu, dan baru-baru ni juga Sis amik servis upah berbayar, untuk dia kemaskinikan coding dan adsense Sis, dan boleh nampak impak kesannyaadsense tu selepas HH bantu Sis. Alhamdulilah..

So korang, teruskan menulis, berkongsi walau apa jua cerita dan pengalaman korang. Tak kisahlah ada pembaca atau tidak, pelan-pelan kita naik, kita belajar sama-sama, insyaAllah satu hari nanti pasti nampak habuanya..


P/S: Orang kata syok sendiri? Lantak ler weii hahahahaha.. 

WORDLESS WEDNESDAY - HOBI SUAMI (MEMANCING)

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - HOBI SUAMI (MEMANCING) | Jeng jeng jeng, ingat owang pompuan aje ada hobi, owang lelaki kalau ada hobi lagi dasyat woo hahaha. Tapi hobi yang satu ni syok sikit, sebabnya dapat 'hasil' hehehe.

Yaa, hobi Suami Sis suka memancing, tak kisah mancing kolam atau pun laut. Dapat je peluang, ada je masa, memang dia akan pergi memancing. Kalau mancing kolam, puas lee bawak hasil ikannya, paling banyak dulu hampir 12 ekor ikan di bawa balik hanya mancing 1 malam sahaja.

Koleksi rod, dan mesin pun Suami beli sebagai koleksi, alaa yang biasa-biasa aje, belum mampu nak beli yang mahal tu, ada juga antara mesin tu, Sis belikan hadiah sempena hari jadi Suami, alhamdulilah, ada gak gunanya hadiah mesin tu hehehe.

Bawah ni antara koleksi yang Suami ada. So..Suami korang ada hobi tak? Hehehe..






P/S: Dah macam kedai pancing pulak gayanya kan...tu pun ada lagi dalam stor tak muat nak letak hahaha. 

RESEPI MASAK SARDIN PALING MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
RESEPI MASAK SARDIN PALING MUDAH DAN SEDAP | Korang pernah rasa tak ada ketikanya kan, lauk sardin ni kita anggap lauk emergency tatkala rumah takde lauk? Ke korang selalu memang masak menu sardin pada hari-hari tertentu?.

Kalau bagi Sis, jujurnya memang menu sardin ni antara lauk yang kira last minit atau menu yang tiba-tiba rasa nak makan barulah Sis masak. Sebab itulah stok sardin memang kena sentiasa ada. Bukan kata masak menu cara berlauk je, kekadang buat sandwich laa, buat roti jala gulung sardin la, dan ada je la menu lain yang di buatnya dengan sardin ni.

Sesekali makan sardin memang sedap woo, lagi kalau time hujan dan makan dengan nasi panas, memang terangkat le kening kan. Sama juga baru-baru ni, Sis ke rumah Emak, last minit sampai, kebetulan rumah Emak pun kehabisan lauk basah, so adik Sis MamaDD, masakkan Sis lauk sardin aje. Perut kalau dah lapar, apa ado depan mata, semuanya sedap aje kan hehehe.


Korang mesti lagi pro tang masak sardin ni kan hehehe. Tapi ada gak rupanya bermacam style dan cara orang masak sardin, yang penting ikut laa citarasa memasing. Pilihan Sis semetinya laa sardin dari Ayam Brand.

Dan kali ni Sis kongsikan resepi sardin turun temurun memang dari dulu Emak ajar sampai le ke harini Sis guna pakai. Adik pun ikut resepi yang sama juga.

Resepi Masak Sardin Paling Mudah Dan Sedap 

Bahan-bahan :

  • 1 tin sardin Ayam Brand atau apa-apa je la brand. 
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 ulas bawang putih - hiris/ketuk
  • 1 biji lada hidup - hiris
  • garam, gula, kicap - ikut citarasa memasing

Cara-cara Memasaknya : 

  • Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada hidup. 
  • Tumis hingga sedikit garing dan naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan sardin. 
  • Masukkan air sedikit. Kalau yang suka pekat, tak payah letak pun takpe. 
  • Masukkan secubit garam, satu sudu kecil gula dan sedikit kicap manis. 
  • Akhir sekali, biar mendidih, kecilkan api, biarkan dalam 2 minit
  • Kemudian tutup api, hidang. 

Sonang aje kan..apa ada susah, yang susahnya kalau MALAS hahahaha..Makan tau nak, masak malas ek..hehehehe.. Opss terasa ke? Kalau terasa, pepandai le ubah diri tu jadi RAJIN. Adoii masak sardin je ponnn...

Selamat mencuba.. 


P/S: Dah tetiba kecur pulak memalam ni nengok sardin oii.. adeii 

AKU RINDU NAK TRAVEL! #KEMANAKAHKITA?

$
0
0
AKU RINDU NAK TRAVEL! #KEMANAKAHKITA? | Rindu banyak erti rindu, travel banyak jenis travel, keduanya maksud berbeza. Tapi pada tajuk Sis tu lebih tertumpu kepada travel 'Me Time' untuk diri sendiri setiap tahun. Yaa setiap tahun Suami beri keizinan dan 'sponsor' pergi bercuti bersama kawan ke luar negara. Hampir dah 6 tahun kot rasanya Sis pergi bercuti menghabiskan masa 'Me Time' tu.

Dan sepatutnya untuk tahun 2020 ni, Sis dan kawan travel Sis,Retna akan bercuti ke Tokyo & Osaka, Jepun pada bulan September nanti selama 8 hari 7 malam. Tapi di sebabkan gejala wabak Covid19 ni, kami terpaksa dan dalam keterpaksaan merelakan aje tiket kapal terbang kami ANA Air tu burn macam tu aje. Retna dah cuba nak claim, tapi takde rezeki kami nak dapat pulangan wang kembali.

Malas juga nak fikir, lagi fikir lagii sedih hati kita huwaaa :(( ..

Takpelah, ada hikmahnya juga, kang tak memasal main redah aje, bawa penyakit plak balik Malaysia kan. Nasib juga semua pintu keluar dan masuk ke Malaysia masih lagi di tutup. Semakin menular keadaan sekarang, walaupun nampak grafik status wabak di Malaysia menurun, tapi di luar sana, masih lagi dalam keadaan bahaya dan berjaga-jaga, so kita ni Malaysia kena sentiasa alert dan berhati-hati dengan pendatang asing.

Gilerr tak rindu... best tau jenjalan ke negara orang, satu pengalaman yang sukar di lupakan. Last travel 'Me Time', Sis ke Medan,Danau Toba bersama geng Blogger & influencer. Meriah huru hara di buatnya. Masa tu Covid19 masih lagi di gelar Corona, tapi kawalan pergerakan dah mula di periksa sana sini. Tiap kali nampak kastam imegresen, berdebor jiwa rasa hahaha.

Untuk tahun ni dan mungkin tahun depan juga, terpaksa hold dulu plan atau segala percutian ke luar negara, kasi reda dulu keadaan barulah boleh fikir balik nak sambung travel mana.

Untuk lepaskan rindu, harini Sis nak flashback/throwback balik, antara semua negara yang dah Sis pergi. Walau tak banyak mana pun, tapi syukurlah, di beri kesempatan untuk pergi melawat negara orang. Terima kasih buat Suami Sis yang sentiasa support Sis. Alhamdulilah.

#KeKoreaKita 2015 (Januari)
Sis pergi 5 hari 4 malam, bersama Retna dan kawannya Retna,Sri Salwani. Jakun pestime sampai, sebab sampai aje terkejut dengan kesejukan dan mulut berasap hahahaha. Tapi tu le, takde rezeki nak jumpa salji turun..

Yang tak dapat di lupakan : Pertama kali merasai kesejukan yang buat diri sendiri terkejut! Sampai jakun tengok mulut keluar asap. Kemudian jakun plak nampak salji yang dah jadi ais tu di tepi-tepi jalan hahaha..



#KeKoreaKita 2015 (December) 
Bayangkan tahun 2015 sampai dua kali Sis ko ke Korea hahaha awal tahun dan hujung tahun. Cuma beza geng travelnya aje lain. Kali ni Azlinda plak ikut. Lagi riuh!. Dan trip yang ni kami singgah bermalam di Busan dulu naik keretapi then esoknya baru ke Seoul.

Yang tak dapat di lupakan : Geng travel kali ni banyak nau gelak sampai nak terkencing di buatnya. Si Azlinda tu le, memang suka buat lawak hahahaha. Dan lagi satu terus dapat satu negara advance (transit) yaitu Vietnam, sempat soping bagai kat sana hahaha.



#KeBandungKita 2016 
Trip ke Bandung ni memang best! Syurga soping oii hahahaha, pergi satu bag, balik berbag-bag jadinya hahaha. Trip kali ni Sis hanya berdua aje dengan Retna. So lebih ringkas dan senang di urus, cuma kali ni kami amik travel agent di sana. Kenalah rushing sikit sebab ikut time dia.

Yang tak dapat di lupakan : Sis ko naik roller coaster indoor dalam tu, kena paksa dek Retna teman dia. Ingat biasa-biasa aje kan, sekali Ya Allah macam nak tanggal kepala duk menjerit aje.. serik!



#KeHongKongKita 2018 
2017 kitaorang rest setahun, kesihatan tak mengizinkan. Then sambung 2018 plak, kami ke Hong Kong. Sis pergi berdua juga dengan Retna aje. Habis satu Hong Kong kami pusing selama 4 hari 3 malam. Paling puashati, Sis dapat pergi ke Disneyland!! Best giler.. hahahaha..

Yang tak dapat di lupakan : Semestinya laa berjimba dalam Disneyland ni. Wishlist dari kecik sampai laa dah besar tak sangka dapat jejak sini! Sakan Sis ko enjoy dalam tu. Sakit lak hati tengok gambo time kurus tu ek hahahaha..



#KeBangkokKita 2019 
Yeah, plan last minit, akhirnya menjadi juga, jejak juga Sis ko ke Bangkok. Bila kata nak ke Bangkok aje, apalagi, dalam kepala ni nak soping dan nak massage hahahaha..memang yeee, betul-betul kami soping dan juga massage kekeke puashati!.

Yang tak dapat di lupakan : Makan sesaja masa ni kat sana. Dan apalagi puas soping juga hehehehe.



#KeDanauTobaKita 2020
Yang ni travel secara 'surprise', tetiba geng blogger, Tatie tu ajak, then minta izin Suami, dapat plak keizinan dan ada rezeki dari duit simpanan tabung kecil, Sis guna duit sendiri untuk bayar tiket dan penginapan. Suami hanya 'sponsor' Sis duit belanja aja, alhamdulilah. Tapi trip yang ini, kuss semangat, muntah hijo nengok gambo hahahaha..

Yang tak dapat di lupakan : Banyakkk! Sampai tak tertulis kalau nak tulis. Sebab setiap detik, mereka ni sangat menghiburkan dan sporting habis. So memang 24jam kami semua seronok bersama hahaha.



Semuanya punya kenangan manisnya tersendiri. Walaupun berkali-kali ko pergi bercuti dengan orang yang sama. Ye laa sebab kita pergi di tempat yang berbeza kan, so mestilah setiap kenangan tu ada lainnya dari sebelumnya. Bermacam ragam, dan macam-macam hal pun ada okay hahahaha..

Yang penting, setakat ni geng travel yang Sis pergi sama, semuanya okay dan awesome. Lagi-lagi Retna. Dialah paling sabar dan buat dekk je dengan perangai Sis ko yang kekadang kalau dah penat, mulalah malas nak bercakap hahahaha... tapi enjoy tu tetap puas! Tak pernah balik dengan ketidak kepuasan.

Alhamdulilah, ada rezeki kita travel lagi.. rindu dah sama korang-korang semua.
Next #KemanakahKita? Jeng jeng jeng..


P/S: Ada lagi tempat 'luar negara' Sis pergi, tapi tu bukan 'Me Time', tu atas urusan kerja sebagai 'blogger' dan juga 'Family Holiday' ..

COVID RAYA BERSAMA GENG BAS SEKOLAH

$
0
0
COVID RAYA BERSAMA GENG BAS SEKOLAH | Dah kata wabak Covid19, raya pun terus jadi Covid Raya ek hehehe. Sebenonya ikutkan berkira-kira juga nak mengajak Geng Bas Sekolah (GBS) Sis ni ke rumah, sebab ye laa, kita kena patuhi SOP yang telah kerajaan keluarkan. Tapi sebab desakkan hati dan naluri persahabatan ini, makanya kami semua sepakat, berhari raya tahun ini sederhana sahaja di rumah Sis secara 'potluck'.

Sederhana tu maksudnya, kami tak round semua rumah GBS kami macam tahun sudah-sudah, hanya kumpul rumah Sis dan last minit plak ke rumah Lily (seminggu kemudiannya). Yang lelain kami tak round raya tahun ni. Sebab memasing ada anak kecil dan juga ada orang tua di rumah.

Kami semua faham dan masing-masing tau #KitaJagaKita dan sama--sama berhati-hati dalam apa jua pergerakan. Janganlah sampai kecam macam kami ni tak peka keadaan sekeliling. Kami tau dan kami faham. Tapi yang kami pergi ni semua antara kalangan GBS kitaorang je, takde melibatkan terlalu ramai dalam serumah. So mohon maaf la ye yang komen 'tak ajak pun' tu ya. Limited!.



Adat le kan kalau dah reramai gitu, duk sibuk bercakap membebel, tup-tup nampak kamera, ehhh terus senyap memasing posing elok gitu hahaha. Walaupun kali ni tak cukup gengnya, sebab Jep, Juwita dan Haslin takde, tapi tetap meriah macam nak retak dinding rumah Sis hahaha.

Petang tu kami semua tema hari raya dan pakai pun baju raya. Baju Sis pakai tu adalah baju raya kedua selepas baju raya pertama tu, maklum le ada enam pasang kan hahahaha. Tapi baru pakai dua pasang. Nasib gak ada potluck, kalau tak, terus tergantung aje.

Kebetulan tahun ni taman mini Sis tu baru je siap, walaupun belum siap sepenuhnya, tapi memasing sakan berOOTD di taman mini tu hehehehe, berbaloi gak Sis ko buat taman mini kat tepi rumah tu, sejuk mata memandang, lepak borak situ tu kemian asyikkkk...



Dah nama pun potluck kan, so memasing bawa ler menu raya memasing. Masa dalam group kitaorang dah pakat sepakat semua bagi-bagi menu apa yang nak bawak, so takde la membazir kang banyak sangat kan.

Macam Sis tuan rumah, Sis hanya masak nasi putih, buat serunding, order kek pisang dan juga minuman, tapi datang rajinnya, TERmasak pulak Lemak Ikan Patin Tempoyak, perghh rezeki mereka le dapat merasa semua. Ingat ke takde sapa suka, rupanya laku gak ek hehehe. Menu lain ada rendang ayam & sambal kacang (Ima), ayam masak merah & nasi impit (Kak Sue), Roti jala kuah kari (lily), buah-buahan (Cha) dan kuih raya (Izam).

Memang banyak makanan petang tu, kenyang sampai tersandar memasing. Alhamdulilah rezeki kan orang kata.



Dan seminggu kemudiannya, kami semua GBS beraya pulak ke rumah Lily di Kempas. Kali ni kena buat malam, sebab Suami memasing kerja di siang hari hehehe. Dan malam tu Jep (baju purple) ada bersama isterinya Cik Yan. Apalagi tambah meriah lee suasana, macam tetamu 30 orang gamaknya.

Nasib baik tak kena halau dek pak guard oii hahahaha.. ye laa ada je cerita yang mereka bukak. Pastu buat lawak plak, yang kena bahan tuu haaa (gambar atas) si Kak Sue (kanan) dan si Lily (kiri). Habis semua ubat ketayap dan kemut kemit bagai keluar adoii haiii...ni semua gara-gara Cik Yan yang nak interview si Lily tu laaa.... susah sangat nak bukak ayat, kena Sis ko, straight to the point! haaa amekkawww tersedak si Cik Yan & Lily .... hahahahaha

Tapi kami semua open minded, takde nak rasa hati ke kecik hati ke, mereka sporting habis, paling tak, 'rasa nak balun je dak Sis ni' kakakakakakah..



Untuk menu di rumah Lily, sama juga potluck, memasing bawa makanan. Sis bawa ayam pandan frozen, menu lain ada, mee goreng basah & karipap (tuan rumah), mee hoon putih (ima), murtabak (Kak Sue), kek durian dan strawberi (Jep & Cik Yan), buah-buahan (Cha), dan kuih raya (Izam).

Korang nak tau, kuih raya tu si Izam tu bawak dengan balangnya sekali dari rumah dia tau hahahaha. Dari beraya rumah Sis, sampai ke rumah si Lily di hurungnya balang kuih raya Omak dia, nasib baik tak pecah oii...kalau tak kena balun gan Omak ko hahahaha.. lawak sungguh..

Jap tarik nafas jap... senak perut ketawa sambil menaip... begitulah kemeriahan raya Sis bersama Geng Bas Sekolah Sis setiap tahun. Umur dah 44 tahun, tapi kekadang, perangai memasing macam baru umur 24tahun gitu hahahahaha.... *mampos makan hati lee sapo baca ni ek hahahaha..

Kalau tak kumpul memang tak sah laaa... tu baru raya, belum lagi yang lepak luarnya, ngetehnya, ngopinya, aishhh macam ribut di buatnya satu kedai. Ni minggu ni nak masuk hotel, entah camne laa gamaknya kang...adoii jangan bikin malu oii hahahaha..

Kitaorang ni suka gelak, memasing ada je buat lawak. Tapi di sebalik gelak itu, tersimpan mungkin seribu masaalah, ujian, dugaan yang orang semua tidak tau... mungkin... yang penting, kami semua gembira bahagia bila bersama.. segala masaalah hilang sekejap begitu aja. Kan korang kan...

Aku sayang korang semua!!!... dunia akhirat..


P/S: Yang di uji moga terus tabah menghadapi.. kami tau ko kuat untuk hadapinya! Chaiyokkk.. 

SUDAH BERSEDIAKAH KORANG UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH?

$
0
0
SUDAH BERSEDIAKAH KORANG UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH? | Baca aje tajuk, Sis percaya ramai yang masih ragu-ragu dan was-was untuk jawab YA kan? Baik sekolah menengah, rendah, mahupun tabika dan juga IPTA/IPTS.

Yerr sama juga macam Sis. Walau anak Sis dah besar, tapi kerisauan kita sebagai ibu bapa ni memang tak di nafikan, biarlah anak ada depan mata dalam keadaan negara sedang di landa wabak Covid19 ni. Masa mula anak Sis kata nak balik ke Shah Alam untuk sambung Masternya balik tu, hati ni berdebar juga rasa. Fikir boleh ke anak tu jaga diri, selamatkah dia di sana, aishh macam-macam fikir..

Ini kan pulak bila kata sekolah tabika akan di buka, lagi lee budak kecil bawah 6 tahun, makin risau hati ibu bapa kan. Termasuk juga adik Sis MamaDD tu. Anaknya Mia akan mula naik sekolah pada 1/7/2020 ni. Risau juga dia kata, tapi dia dah siap sedia juga segala penjagaan diri buat anaknya Mia tu.

Ye laa dah nama pun budak, lama duduk rumah, bila kata sekolah boleh mula, kemain seronok laaa dia, budak mana tau apa kan..dapat jumpa kawannya dah seronok sangat dah, bukan nak sekolah sangat pun hehehe.


Pada 10 Jun yang lepas, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin telahpun membuat pengumuman tentang SOP sekolah yang baharu. Pengumuman ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak lebih-lebih lagi para ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.

Sebagai permulaan, hanya pelajar yang menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SMV dan STAM sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke sekolah bermula 24 Jun 2020 lalu. Terbaru pula, kerajaan membenarkan prasekolah dan tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini. Oleh itu, bukan pelajar sahaja perlu bersedia, malah ibu bapa juga!

So lengkapkan anak korang dengan semangat kembali ke sekolah, dan juga hand sanitiser serta pelitup muka.

SOP sekolah dirangka hasil perbincangan pelbagai pihak

Sebuah garis panduan telahpun dirangka bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai rujukan semua sekolah sebelum dibuka. SOP ini bertujuan untuk memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah ketika berada di kawasan sekolah.

Sebagai ibu bapa, pasti korang rasa bimbang akan keselamatan anak korang ketika di sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan SOP ini dapat direalisasikan. Penting untuk korang ambil tahu persediaan yang patut dilakukan sebelum anak-anak kembali ke sekolah.

SOP di sekolah, apa yang perlu anda tahu

1. Jika tidak sihat, duduk sahaja di rumah!

Pemeriksaan suhu akan dijalankan di pintu masuk sekolah. Pelajar atau guru yang bergejala ataupun mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah

Oleh itu, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum menghantar mereka ke sekolah. Ingatkan anak korang untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan sosial.

2. Susunan meja berjarak 1 meter antara satu sama lain.

SOP sekolah telah menetapkan kapasiti maksimum mungkin bergantung kepada keluasan kawasan kelas. Namun, untuk kelas bersaiz biasa, hanya 20 orang murid sahaja yang dibenarkan pada satu-satu masa.


 3. Bersihkan permukaan kerap disentuh 2 kali sehari.

Permukaan yang kerap disentuh seperti suis lampu dan kipas, tombol pintu, penutup tandas, pengepam tandas dan sebagainya akan dibersihkan dengan rapi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

4. Penjarakan sosial di kantin sekolah.

Murid masih perlu mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter dari satu sama lain ketika berada di kantin sekolah. Murid juga tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Hanya makanan berbungkus sahaja yang akan dijual dan murid akan makan di bawah seliaan guru dalam kelas pada waktu rehat.

5. Pastikan ada bilik isolasi untuk murid bergejala. Bilik ini perlu dilengkapkan dengan pelitup muka dan juga hand sanitiser.

6. Aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga tarikh yang akan diumumkan nanti.

7. Penggunaan pita pelekat sebagai tanda penjarakan sosial.

Penjarakan akan ditanda pada lokasi yang bersesuaian. Sebagai contoh, tanda penjarakan akan diletakkan di kantin untuk tujuan berbaris. Tanda yang sama juga akan diletakkan pada kerusi, meja dan tempat mengimbas kehadiran untuk memastikan semua orang dapat mematuhi SOP di sekolah.

8. Katil asrama juga akan disusun pada jarak 1 meter.

Hanya pelajar yang berada dalam kelas peperiksaan sahaja dibenarkan untuk pulang ke asrama. Katil pelajar juga perlu dijarakkan sejauh 1 meter daripada satu sama lain.

9. Menyediakan laluan pergerakan sehala.

10. Menyediakan tong sampah berpenutup.

11. Menyediakan sabun dan hand sanitiser yang mencukupi di lokasi yang bersesuaian seperti di surau, kantin, tandas dan bilik guru.

12. Meletakkan tanda peringatan COVID-19 di pintu masuk dan juga sekitar sekolah.


Kesimpulannya : 

Perlaksanaan SOP di sekolah ini adalah penting untuk memastikan keselamatan semua pihak. Oleh itu, para guru, pelajar dan juga ibu bapa haruslah memainkan peranan demi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kita masih lagi belum menang dari melawan virus korona. Malah, jika kita tidak berjaga-jaga, ada kemungkinan untuk kita dilanda gelombang ke-3 COVID-19 pada masa akan datang.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bukan daripada kelas peperiksaan awam, sekolah akan dibuka secara peringkat demi peringkat. KPM akan memaklumkan mengenai hal ini mengikut perkembangan semasa. Pasti yang paling teruja untuk pulang ke sekolah ialah pelajar sendiri.

Jangan lupa untuk jaga penjarakan sosial, amalkan tabiat membasuh tangan dan pakai pelitup muka ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh  
Oleh 


P/S: Sama-sama kita berdoa moga semuanya dalam keadaan terkawal dan selamat.. aamiinn..

SINGGAH BERAYA KE RUMAH BLOGGER MAT GEBU

$
0
0
SINGGAH BERAYA KE RUMAH BLOGGER MAT GEBU | Ramai kalau Sis sebut nama Mat Gebu ada juga yang tak berapa kenalinya, sebab kalau di facebooknya lebih di kenali dengan nama Adnan Ibrahim dan di instagramnya di kenali sebagai @matgebu, tapi bila pergi blognya, ramai kenalinya dengan Dapur Tanpa Sempadan atas nama www.tiffinbiru.com, alaa yang mangkuk tingkat biru tu laa.

Tak kisahlah nama apa pun korang kenali dia, tapi bagi Sis, cukuplah mengenalinya dengan nama Mat Gebu. Beliau seorang yang sangat merendah diri, sangat-sangat!.. dari dulu 11 tahun lepas kenal dia, hinggalah ke hari ini orangnya tetap sama dan masih juga seorang yang begitu 'misteri' di kalangan peminat-peminatnya.

Ye laa, mana-mana Sis pergi, kalau sebut je nama Mat Gebu, semua akan tanya, 'Eh, mana Mat Gebunya, takde ke gambar Mat Gebunya'...hahahah sedangkan kannn, dulu pernah aje Sis terlepas masuk gambar orangnya ketika Mat datang ke rumah Sis, tapi korang je tak perasan, sebab korang tak kenal dia hehehehe.

Alhamdulilah, untuk tahun 2020 ni, ada rezeki dapat berhari raya ke rumah Mat bersama geng 'jauh di mata dekat di hati', siapa lagi kalau bukan Puan Suraya. Dulu kami ni sama-sama juga blogger. Suraya ni blogger macam Mat, share resepi masak semua. Tapi sekarang dia dah delete dah blog dia, dah tak jadi blogger dah. Kenapa? Usahla tanya, mungkin dia ada sebab tersendirinya. Tapi lama dah le...yang tau blog dia ye kenal le Suraya ni.



Haritu Sis datang awal, ye laa selalu memang Sis paling lambat, nanti kena 'sound' dengan Mak Yah (emaknya Mat Gebu), so haritu awal giler Sis ko sampai. Tapi Mat dah siap semua menu dia berhidang cantik atas meja ko. Perghh memang pantas dia buat kerja.

Sambil menunggu Suraya sampai, duduk le 'meraba-raba' kursi mewah dari Bardeaux Meuble Furniture yang Mat beli dengan Dura Hatta ni. Perghh sambil bersilang kaki Sis ko verangan macam boss jual petai aje ko kat hall Mat tu hahahaha..

Korang kalau nak set perabot atau kursi gaya mewah gini dengan harga berpatutan, boleh berurusan terus dengan Dura Hatta dan di PM di facebooknya.



Haaa korang tengok, kan Sis kata masa Sis sampai semua dah terhidang siap Mat hidang atas mejanya. Dia kalau bab menghidang memang 'first class', dengan pinggan mangkuk dia yang klasik tu semua di keluarkan. Yee Mat jenis beli dia pakai dan guna untuk jamu tetamu, bukan macam sesetengah orang, beli memahal, perap simpan jadi pekasam dalam lemari hehehehe.

Tapi Mat Gebu ni, semua dia guna. Cuma nasib baik dia tak hidang periuk Le-Creuset dia je tu, kalau tak, penuh dah satu meja tu oii. Ada kang sambil makan menjeling nengok periuk aje hahaha.

Korang nak tengok periuk Le Creuset cecantik yang macam Mat beli tu? Boleh ke SINI ya .



Menu utama pada hari Sis dan Suraya datang tu, Mat Gebu masak Laksa Johor. Yaa cukup lengkap semua menunya dan bahan laksanya. Sis ko ni dah le 'hantu' segala macam laksa, lagi plak Laksa Johor ni, memang laa kesukaan.

Makanya apalagi, bila dah di ceduk, memang tak cukuplah semangkuk hahahaha habis Sis ko makan sampai 3 kali tambah, aje gilerr Sis Lin hahahaha...orang lain (Mak Yah & Suraya) duk sibuk berborak, Sis ko bantai je makan tanpa toleh kiri kanan tengok muka Mat. Ye laa entah-entah, dia tengok Sis makan dia kata 'gelojohnya' kakakakakah!..

Korang kalau nak resepi Laksa Johor Mat Gebu, boleh baca SINI ya ..



Bukan kata ada Laksa Johor aje, Mat hidangkan juga Serawa Durian dia oii..adeiii macam mana Sis ko ni nak diet? Haa jwab jawab?!!.. Memang kalau ke rumah Mat ni, tak pernahnya ko balik dalam keadaan lapar, memang balik pusat ko tersembul keluar gamaknya okay.

Serawa Durian tu pun, Sis ko bantai 2 mangkuk kakakakah. Time ni apalagi, kopiO Mat jadi mangsa berulang-ulang teko di togaknya, sebab time ni dah masuk plak menu Binga Ubi tu haaa.. adeiii, sampai tak larat nak makan oii, jamah seketul, kemudian Mat bungkuskan bawa balik 5 ketul.

Korang nak Resepi Serawa Durian Mat Gebu? Boleh baca SINI ya ..


Gitulah.. kalau datang rumah Mat Gebu, orangnya memang pemurah bab menghidang tetamu. Ada aje yang di masaknya. Kadang ada gak rasa malas nak bagitau dia nak datang, nak terjah aje rasanya... tapi takut kang kena sumpah jadi mangkuk tepen tu kang, mampos! Hahahaha...yeee Mat tu tak suka main terjah-terjah okay. At least ko nak datang, bagitau sehari sebelum dengan dia, kalau tak, dia buat-buat tak baca je wahtsapp ko nanti hahahaha..

Sepanjang kenal Mat, belum pernah lagi Sis terjah dia, takut oiii... kita hormat pendirian dia. Sis kalau ke sana, memang selalunya dengan Suraya ni laa. Bila Suraya datang balik Johor, dia akan roger Sis ajak ke rumah Mat. Bila kami dah jumpa bertiga, mulalah, macam burung murai terbang sekawan mencari makan. Sumbat mulut tu makan, diam terus hahahahaha..

Apa-apa pun, terima kasih Mat, mudah-mudahan Allah murah dan tambahkan rezeki ko selalu dan sihat-sihat selalu ya. Dan juga Suraya. Nanti balik Johor kita jumpa ya. Sebab haritu sekejap snagat kan kita jumpa..

Ada rezeki kita jumpa di Raya Haji pulak..jeng jeng jeng...


P/S: Hari OFF memasak yehaaa... Suami pi mancing, so Sis nak membelai pokok-pokok bunga hehehe.. 

LIRIK LAGU IPPO HAFIZ - AINAA

$
0
0
LIRIK LAGU IPPO HAFIZ - AINAA
Lirik Lagu : Ippo Hafiz & Hafiz Mahamad
Muzik/Lagu : Ippo Hafiz & Hafiz Mahamad


Cinta ku selalu
Ada bersama dengan mu
Senyum mu begitu indah
Buat diriku sempurna

Dengan kamu
Hidup telah bahagia
Namun terus ku berdoa
Kekal bersama

Cinta ku tiada ganti
Ku mohon kau terus tersenyum
Cinta ku tiada ganti
Teruskan gelak tawa mu

Percayalah sayang
Antara kita takkan terpisah
Percayalah sayang
Cinta kita kan selamanya



Dengankan kamu
Hidup telah bahagia
Namun terus ku berdoa
Kekal bersama

Cinta ku tiada ganti
Ku mohon kau terus tersenyum
Cinta ku tiada ganti
Teruskan gelak tawa mu

Percayalah sayang
Antara kita takkan terpisah
Percayalah sayang
Cinta kita kan selamanya

Ainaa…
Ainaa…

Cinta ku tiada ganti
Ku mohon kau terus tersenyum
Cinta ku tiada ganti
Teruskan gelak tawa mu

Percayalah sayang
Antara kita takkan terpisah
Percayalah sayang
Cinta kita kan selamanya

Ainaa…

Muzik video Youtube : https://youtu.be/HZIk60ScdBY


P/S : Sweet sangat lirik dia, Sis suka!! ..

APA ITU DEMAM DENGGI?

$
0
0
APA ITU DEMAM DENGGI? | Sejak-sejak ni banyak sangat kes demam denggi di sana sini kan? Tak terkecuali juga di tempat perjiranan Sis sini, rasanya baru 2 minggu lepas tempat Sis kena semburan aedes. Biasa kalau ada semburan aedes, mesti ada kes denggi. Takut plak kita.

Denggi ni kadang, kita jagalah macam mana persekitaran kita, tapi nyamuk aedes tu tak semestinya dari rumah kita. Mungkin dari rumah jiran, dari kawasan hutan, tempat yang semak, atau mana-mana aje la yang memang berisiko ada tempat pembiakan aedes. Baik nampak atau pun tersembunyi.

Cuma yang pentingnya #KitaJagaKita, sentiasa awasi persekitaran rumah kita, supaya bersih, tidak ada tempat takungan air dan juga pokok-pokok yang terlalu semak di satu sudut, haaa nyamuk suka tu duduk tempat semak bergelap gitu kan.

Sebab tu Sis berkebun menanam pokok di taman mini Sis, Sis limitkan, taknak terlalu banyak dan padat sangat dengan pokok, cukuplah sekadar hijau mata memandang ye udah.

Apa Itu Demam Denggi?


Demam Denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi bawaan spesies nyamuk Aedes aegypti dan juga (walaupun sedikit dan jarang berlaku) spesis nyamuk Aedes albopictus. Lebih tepat lagi, nyamuk yang menjadi ejen penyebaran penyakit ini adalah nyamuk betina yang ingin mendapatkan protein dalam bentuk haemoglobin pada darah manusia.

Apabila dijangkiti, seseorang itu berupaya untuk mengalami simptom-simptom seperti demam panas, sakit kepala, muntah, sakit perut, sakit sendi dan otot dan juga ruam pada sebahagian anggota badan. Terdapat tiga fasa dalam demam denggi iaitu fasa demam (fasa pertama), fasa kritikal (fasa kedua) dan akhir sekali, fasa kebah demam (fasa ketiga dan yang terakhir).



Lazimnya, seseorang yang mengalami demam denggi akan sembuh dengan sendirinya setelah tempoh kira-kira seminggu. Namun yang demikian, terdapat segelintir yang kurang bernasib baik, akan menjadi bertambah teruk di mana demam denggi mereka berubah kepada demam denggi teruk dan/atau demam denggi berdarah.

Apabila paras platelet dalam darah jatuh terlalu rendah dan pendarahan spontan yang banyak mula berlaku, tekanan darah pesakit tersebut akan jatuh dan mereka berisiko untuk mendapat sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome).

Asalnya terdapat 4 jenis serotaip untuk virus denggi ini (DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4). Namun yang demikian, sekitar bulan Oktober 2013, satu lagi jenis serotaip virus denggi berjaya dikenal pasti, menjadikan keseluruhan jenis serotaip yang ada menjadi 5.

Apabila seseorang itu dijangkiti oleh satu serotaip virus denggi, sistem imun mereka akan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan daripada virus denggi daripada serotaip yang sama untuk jangka masa yang panjang. Dalam masa yang sama, imuniti jangka pendek akan terhasil untuk serotaip yang lain. Komplikasi demam denggi yang membawa kepada denggi teruk dan akhirnya kematian, lazimnya disebabkan oleh jangkitan sekunder oleh serotaip yang berbeza.

Bagaimana Demam Denggi Didiagnosis?

Diagnosis demam denggi lazimnya disyaki berdasarkan tanda-tanda klinikal. Ini membabitkan sejarah pesakit, simptom-simptom dan juga tanda-tanda yang dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa penyakit lain yang mampu menghasilkan profil yang hampir sama, khususnya bagi jangkitan virus lain dan juga jangkitan kencing tikus.

‘Berkemungkinan sebagai Denggi’ merupakan satu diagnosis sementara yang diberikan kepada pesakit di kawasan endemik Denggi, yang mempunyai demam panas bersertakan mana-mana dua tanda lain daripada berikut:

  • Loya dan muntah.
  • Ruam di sebahagian badan.
  • Rasa sakit sendi dan otot yang menyeluruh.
  • Paras sel darah putih dalam darah yang rendah.
  • Positif ujian tourniquet.
  • Mana-mana tanda amaran denggi.

Tanda-tanda amaran denggi lazimnya muncul sebelum bermulanya simptom denggi yang teruk (fasa kritikal). Ujian tourniquet bukanlah sesuatu yang kerap diamalkan namun, dalam keadaan di mana ujian makmal tidak mudah diakses, ianya bertindak sebagai saringan yang mudah dan pantas.

Perubahan terawal yang boleh dikesan melalui ujian makmal adalah penurunan paras sel darah putih, yang kemudiannya diikuti oleh paras platelet yang menurun dan juga kewujudan asidosis metabolik. Diagnosis demam denggi perlu dijadikan sebagai salah satu diagnosis dalam fikiran seorang doktor apabila berdepan dengan pesakit yang menghidap demam panas dalam tempoh 2 minggu selepas pulang daripada mana-mana negara tropika.



Dalam penyakit demam denggi yang teruk, kebocoran plasma boleh berlaku menyebabkan darah menjadi pekat (berdasarkan bacaan hematokrit) dan juga paras albumin dalam darah menjadi rendah. Apabila kebocoran ini terlalu banyak dan air terkumpul dalam ruang tambahan antara sel, ianya boleh dikesan sebagai air dalam paru-paru (pleural effusion) ataupun air di dalam ruangan di sekitar abdomen (ascites).

Ujian makmal boleh melibatkan ujian berteraskan isolasi virus dalam kultur sel, pengesanan asid nukleik menggunakan kaedah PCR, pengesanan antigen virus (seperti ujian NS1) ataupun ujian berteraskan antibodi (serologi). Ianya berupaya untuk memberikan kepastian diagnosis dan berdasarkan fasa dan hari tertentu, terdapat ujian yang berbeza-beza yang boleh digunakan.

Sup Ketam Mampu Merawat Denggi?


Ramai rakyat Malaysia mempercayai bahawa sup ketam mampu untuk merawat penyakit demam denggi. Pendapat berkaitan manfaat sup ketam ini telah lama berada dalam kepercayaan masyarakat setempat namun, adakah ianya benar bahawa hidangan sup ketam berupaya untuk memulihkan seseorang itu daripada penyakit demam denggi?

Jawapan mudah dan singkat untuk peranan sup ketam sebagai rawatan untuk demam denggi ini adalah‘ianya tidak benar’.

Sekurang-kurangnya, mitos alternatif lain untuk rawatan denggi seperti pengambilan jus daun betik mempunyai kajian untuk menunjukkan ianya mampu untuk mengekalkan atau menaikkan paras platelet dalam darah. Sup ketam tidak langsung mempunyai sandaran saintifik untuk mengatakan bahawa ianya membantu dalam menyembuhkan seseorang yang menghidap demam denggi.

Kajian berkaitan peranan jus daun betik itu juga mempunyai beberapa kekurangannya. Sebagai contoh, kajian tersebut hanya membabitkan pesakit yang mengalami demam denggi tahap sederhana dan ke bawah. Sekiranya seseorang itu mengalami demam denggi teruk, terdapat kemungkinan bahawa keputusan akhirnya mungkin tidak sama dan pesakit berupaya untuk mati. Tambahan lagi, peningkatan paras platelet tidak mencerminkan kadar kesembuhan.

Ini kerana paras platelet bukanlah satu-satunya parameter yang diperhatikan untuk memberi gambaran penuh tahap demam denggi tersebut dan juga ianya bukanlah punca mengapa pesakit demam denggi menemui ajal mereka. Sebaliknya, kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma. Komplikasi yang cukup digeruni, yakni demam denggi berdarah, berlaku bukan kerana paras platelet dalam darah yang rendah. Ianya disebabkan oleh sindrom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah.

Ketaksuban dan penyebaran mitos peranan rawatan alternatif seperti pengambilan sup ketam dan juga jus daun betik ini merupakan sesuatu yang berbahaya untuk beberapa sebab. Pertamanya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi. Ini boleh menyebabkan kekeliruan untuk masyarakat am tentang punca sebenar kematian dalam penyakit demam denggi.

Selain itu, kepercayaan yang kuat terhadap peranan rawatan alternatif seperti ini akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera. Dalam kes demam denggi, masa adalah penting. Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielakkan.

Sehingga kini, tiada rawatan yang khusus untuk melawan virus denggi. Sebaliknya rawatan yang ada seperti saluran intravena dan juga span tepid bertujuan untuk mengawal simptom akibat demam denggi dan mencegah daripada berlakunya komplikasi yang tidak diingini.

Langkah Pencegahan yang Boleh diambil

Untuk penyakit yang tidak mempunyai rawatan yang khusus seperti penyakit demam denggi ini, langkah pencegahan adalah penting bagi menghapuskan terus kemungkinan anda untuk dijangkiti.

Korang boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan diri korang daripada terkena gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar dari rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Untuk memelihara keluarga di sekitar kediaman korang daripada menghidap demam denggi, korang disarankan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Ianya boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. 
  • Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air pada bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak korang disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak korang segera ke hospital/ klinik jika mereka mengalami:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Demam denggi adalah satu penyakit yang sangat boleh dicegah namun ianya masih menyebabkan kematian dan juga kehilangan produktiviti rakyat Malaysia setelah sekian lama. Peranan pendidikan dan kesedaran perlu diperkasakan bagi memastikan rakyat Malaysia cakna dengan pembiakan nyamuk aedes, berupaya untuk memahami proses penyakitnya, mampu untuk memisahkan mitos seperti sup ketam daripada fakta sebenar dan juga supaya mereka mampu mengambil tindakan yang cepat sekiranya disyaki menghidap demam denggi.

Pencegahan adalah peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak. Dengan mengenal pasti serotaip tambahan untuk virus denggi, ini boleh menyebabkan vaksin untuk virus ini memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan bagi memastikan ianya mampu untuk memberikan perlindungan yang efektif. Sekiranya korang ada sebarang kekeliruan berkaitan penyakit demam denggi, bertanyalah dengan doktor korang bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi.

Jika korang mengesyaki korang mempunyai mana-mana tanda yang disebut dalam artikel ini, pastikan korang segera ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan rapi dan ujian makmal yang tepat demi mengetahui sama ada korang benar-benar menghidap penyakit demam denggi ataupun penyakit lain. Diagnosis yang awal membolehkan rawatan dan pemerhatian awal dilakukan.

Fakta Perubatan Disemak oleh  
Oleh 


P/S: Seumur hidup Sis ni, baik Sis mahupun family Sis, belum ada yang pernah kena, moga Allah pelihara kami semua..aamiinn

SELAMAT PAGI ISNIN YANG BAHAGIA

$
0
0
SELAMAT PAGI ISNIN YANG BAHAGIA | Assalamualaikum korang! Happy working buat semua yang sedang atau dah masuk bekerja. Jangan moody dan monday blues sangat hokay, tak elok untuk kesihatan diri. Hidup kena ceria-ceria selalu dan sentiasa mulakan hari-hari mu dengan fikiran positif, barulah semuanya yang berjalan harini positif belaka.

Ni tak, kalau dah pepagi meroyan marah sana sini, memang sepanjang hari ko nanti akan moody spoil aje tau. Yee faham, lagi kalau ada anak kecil kan, kekadang benda remeh kecik aje, dah jadi mood kita ke-laut, sebab Sis dah rasa dah. Sebab tu Sis cakap, berdasarkan pengalaman, bagi ibu-ibu yang ada anak kecik tu, sedar aje dari bangun Subuh, terus set dan kata dalam diri, 'Aku akan buat yang terbaik harini, positif positif!'...insyaAllah semuanya akan Allah permudahkan, cubalah!.

Bukan kata ada anak kecik aje Sis amalkan, sampai sekarang pun, celik aje mata, ucap alhamdulilah tanda kita bersyukur kepada Allah masih di beri peluang hidup, kemudian kita kata laa dalam diri, yang kita akan positif dan mohon moga dipermudahkan semua urusan kita sepanjang hari ini dan seterusnya. Amalkanlah, korang akan nampak kesannya. 


Untuk hari ini quote of the day adalah "Ucapkanlah syukur kerana pagi ini kita masih boleh bangun daripada tidur. Hidup ini merupakan anugerah yang sangat berharga yang patut kita hargainya setiap detik"

Belajarlah untuk bersyukur sebabnya, kita tidak selalu dapat apa yang kita sukai, tapi belajarlah bersyukur dengan menyukai apa yang kita dapat. Percayalah, hari akan lebih indah jika diawali dengan rasa syukur. Jadi persiapkan diri korang untuk meraih kebahagian itu. Mulakan hari ini dengan senyumanmu yang manis itu.

Setiap hari merupakan satu kesempatan yang diberikan Allah untuk merubah diri menjadi lebih baik. Setiap hari kita diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika semalam kurang baik, jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Buatlah yang paling terbaik untuk hari ini.

Dalam hidup ini, banyak perkara yang kita boleh belajar dengannya, antaranya :

Belajar bersabar walaupun diri sendiri terbeban,
Belajar memaafkan orang lain walaupun pernah disakiti,
Belajar ikhlas walaupun masih belum dapat terima,
Dan belajar untuk memahami dengan orang sekeliling.

"You never fail until you stop trying"

Maksudnya, korang belum gagal sehingga korang berhenti mencuba.

Harapan dan jalan selalu datang untuk mereka yang sentiasa berdoa serta berjuang tanpa mengenal sebuah kata menyerah. Berjuanglah demi cita-cita yang diimpikan sejak kecil lagi. Pedulikan orang lain yang selalu merendah-rendahkan cita-cita kita. Kita lebih tahu diri sendiri, samaada atau tidak mampu untuk capai cita-cita itu.

Akhir sekali, selamat pagi buat semua yang mengenali, semoga Allah memberkati setiap langkah kita pada hari ini dan semoga hati kita juga berbahagia seperti pagi yang cerah ini.

Senyumlahlah di waktu pagi ini, mungkin dengan senyuman itu mampu membuatkan korang dan orang lain tersenyum sepanjang hari.


P/S: Terima kasih 'sayang' untuk semalam ❤
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live