Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4427 articles
Browse latest View live

NAK PANJANG UMUR? KORANG MAKAN MAKANAN JEPUN INI

$
0
0
NAK PANJANG UMUR? KORANG MAKAN MAKANAN JEPUN INI | Korang biasa makan makanan Jepun? Apa hidangan kegemaran korang jika datang ke kedai-kedai makanan Jepun ini? Sis pasti, ada yang menggemari sushi, ramen, udon dan juga tempura. Jika korang menggemari semangkuk ramen, Sis ada berita baik untuk korang di sini.

Pes miso panjangkan umur?

Mengikut kajian terbaharu, individu dewasa yang biasa memakan pes miso yang dicampur di dalam sup ramen atau sushi akan menikmati usia yang lebih panjang.

Kajian tersebut menyatakan, individu yang memakan produk daripada kacang soya yang difermentasi seperti miso dan natto adalah 10% kurang cenderung untuk meninggal dunia lebih awal. Penemuan ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan terhadap diet 100,000 individu di Jepun yang dikaji selama 15 tahun.


Apakah miso dan natto?

Miso adalah sejenis pes penting dalam masakan Jepun dan biasa digunakan sebagai asas sup seperti sup miso. Ia terbuat daripada campuran kacang soya, bijian seperti beras atau barli, garam dan juga koji (sejenis kulat). Ia kemudiannya ditapai atau difermentasi selama beberapa minggu, bahkan beberapa tahun sebelum digunakan. Semakin lama ia ditapai, semakin gelap warnanya.

Natto juga adalah poduk hasilan daripada proses fermentasi kacang soya. Ia biasanya diambil sewaktu sarapan pagi dan dimakan bersama ikan, tauhu, sup miso dan juga nasi. Natto mempunyai tekstur yang agak berlainan. Kacang soya yang ditapai ini akan kelihatan berlendir dan mempunyai bau yang agak kuat. Walaupun ia kelihatan agak kurang menyelerakan, tetapi ia sebenarnya adalah sejenis makanan yang menyihatkan.

Bagaimana miso dan natto boleh memberikan kesan sebegini?

Para penyelidik menyatakan, ini mungkin kerana produk makanan ini tinggi dengan sebatian yang bermanfaat yang membantu memastikan tahap kolesterol berada dalam keadaan yang stabil. Walau bagaimanapun, tidak semua produk kacang soya boleh mampu memberikan kesan sebegini.

Sebagai contoh, tauhu biasa tidak mempunyai kesan terhadap mortaliti seseorang individu. Kebiasaannya, individu di Jepun akan memulakan setiap hari mereka dengan hidangan sup miso bagi memudahkan penghadaman.

Kajian libatkan 100,000 orang, 15 tahun tempoh masa

Sekumpulan penyelidik dari Pusat Kanser Negara Jepun menyiasat hubungan antara jenis-jenis produk makanan kacang soya dengan kematian daripada pelbagai sebab termasuklah kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit pernafasan dan juga kecederaan.

Data kemudiannya dikumpulkan daripada 42,750 orang lelaki dan juga 50,165 orang wanita yang berumur antara 45 hingga 74 tahun. Peserta kajian mengisi borang soal selidik mengenai tabiat pemakanan, gaya hidup dan juga status kesihatan masing-masing.

Kematian pula dikenal pasti daripada pendaftaran kediaman dan sijil-sijil kematian berdasarkan susulan yang telah dilakukan selama hampir 15 tahun. Penyelidik kemudiannya mendapati bahawa, pengambilan kacang soya yang telah difermentasi dengan jumlah yang tinggi mempunyai kaitan dengan risiko yang lebih rendah bagi mortaliti atau kematian yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Jumlah pengambilan soya termasuklah produk seperti tauhu, susu soya dan okara (pulpa soya) pula tidak memberikan sebarang kesan terhadap kematian atau mortaliti. Individu yang memakan natto juga mempunyai risiko yang lebih rendah daripada kematian akibat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang tidak memakan natto.


Apakah lagi jenis makanan yang dimakan orang Jepun untuk tingkatkan jangka hayat mereka?

Ramai yang mengetahui mengenai purata jangka hayat orang-orang Jepun yang hidup lebih lama. Mereka bukan sahaja memiliki jangka hayat yang lebih panjang malah gaya hidup mereka juga adalah lebih sihat. Pakar-pakar menyimpulkan bahawa ia adalah hasil daripada beberapa jenis diet mereka yang lain.

Antara jenis makanan lain yang sering dimakan oleh orang Jepun ialah:

#1. Ikan
Ikan merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3, yang bertanggungjawab terhadap kesihatan jantung korang. Asid lemak omega-3 ini bukan sahaja memastikan peredaran darah yang lancar, malah ia juga memberikan manfaat kepada otak, mata dan juga mengurangkan keradangan.

Ikan kaya dengan kandungan selenium yang amat penting untuk pertahanan antioksidan dan sistem imun. Vitamin B daripada ikan juga penting bagi membantu menyeimbangkan kimia otak kita.

#2. Rumpai laut
Bagi korang yang masih tidak tahu, rumpai laut kaya dengan kandungan mineral, termasuklah iodin, zink, magnesium, kalsium, kalium dan mineral-mineral lain. Mineral-mineral ini diperlukan untuk menyokong sistem imun tubuh, pertahanan antioksidan dan juga kesihatan jantung.

#3. Teh matcha
Matcha ialah serbuk teh hijau tradisional yang diperbuat daripada pucuk daun segar daripada pokok teh. Matcha mengandungi jenis flavanol khusus yang dipanggil sebagai catechin. Catechin membantu meningkatkan antioksidan tubuh manusia.

#4. Sayur-sayuran jeruk
Sayur-sayuran yang dijeruk secara tradisional adalah sumber terbaik bagi probiotik semula jadi. Ia mampu menggalakkan kesihatan sistem penghadaman, membantu pencernaan yang lebih lancar selain menyerap nutrien daripada makanan yang kita makan.


Bersederhana dalam pemakanan

Walaupun pes miso didapati mampu memberikan manfaat pada tubuh, ini tidak bermakna korang boleh mengambilnya dengan jumlah yang banyak. Disebabkan oleh faktor kehadiran garam dalam kandungan pes miso, korang perlu mengehadkan pengambilan harian pes miso ini.

Pastikan korang makan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kaedah Pinggan Sihat Malaysia (Suku Suku Separuh). Ia boleh membantu korang mengambil mengikut jumlah makanan yang yang disarankan agar korang tidak terkurang mahupun terlebih ambil makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh  
Oleh 


P/S: Fakta atau Auta, tepuk dada tanya selera. Makan laa apa aje, kalau beringat, insyaAllah sihat dan panjanglah umur tu yaa.. 

APA BAGUSNYA TANAM POKOK LIDAH MERTUA NI?

$
0
0
APA BAGUSNYA TANAM POKOK LIDAH MERTUA NI? | Korang perasan tak, sejak-sejak ni kemain sana sini orang mencari pokok Lidah Mertua ni, atau Lidah Jin. Mula agak blur kejap Sis, rata-rata semua kengkawan duk tanam dan mencari pokok ni, sebabnya, dirumah Sis ni ada sepasu yang memang Sis biarkan je tanpa jaga dan belai hahahaha..ada tu Sis letak di luar nuu...

Tapi bila dah baca sana sini, ooo baru Sis tau apa bagusnya dan kebaikannya tanam dan letak pokok Lidah Mertua ni di dalam rumah. Tapi yang bestnya, masa Sis bagitau Emak kan, yang pokok ni boleh kurangkan habuk, Emak Sis jawab apa tau, 'kalau dah pemalas, tanam pokok Lidah Bapak Mertua pun rumah jadi berhabuk', kakakakakakah kau ngase????...

Yerr sebab apanya, kat rumah Emak Sis pokok ni sampai dah di timbuni dek lalang oii kat belakang rumah, kalau siapa nak pi le rumah Emak amik sana hahaha..Sis punya pun amik dari rumah Mak juga, dulu kecik rendah aje, sekarang tinggi panjangg oii...

So bagi siapa yang tak tau dan belum kenali pokok Lidah Mertua ni, meh laa baca perkongsian ni ya. sebagai panduan korang sebelum dan selepas membeli pokok tu.

Tu lee mini garden Sis dengan pokok Lidah Mertua  yang ado, jadi lee ada sepasu kan hehehe... 

Pokok lidah mertua atau juga dikenali sebagai pokok lidah jin adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika. Nama saintifik pokok ini adalah sansevieria trifasciata yang memiliki daun yang panjang dan runcing. Pokok ini terdapat pelbagai jenis dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga.

Selain itu, pokok ini juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang. Pokok ini boleh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.

Satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini, mendakwa bahawa pencemaran udara dalam rumah boleh menjadi buruk seperti pencemaran udara luar.

#1. Membekalkan oksigen
Satu kajian yang diterbitkan oleh Harvard University Extension mendapati bahawa pokok lidah mertua merupakan salah satu tumbuhan yang membekalkan kadar oksigen yang tinggi. Pokok ficus dan potho adalah tumbuhan lain yang juga mampu membekalkan kadar oksigen yang tinggi.

#2. Pokok hiasan yang cantik
Mengikut kajian sains, tumbuhan dapat memberi kesan positif dalam membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus. Jadi, selain daripada menjadi pokok hiasan yang cantik di ruang tamu atau di dalam bilik, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau dapat memberikan ketenangan kepada anda apabila melihatnya.

#3. Membersihkan udara yang tercemar
Pokok lidah mertua merupakan tumbuhan yang dapat membersihkan udara yang tercemar di dalam rumah anda. Selain karbon monoksida, udara yang tercemar dengan benzene, formaldehyde, xylene, and toluene dapat ditapiskan oleh pokok ini.

Berdasarkan kajian NASA, tumbuhan yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan bahan-bahan toksik dalam udara sebanyak 87 peratus dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah) dan pokok lidah mertua adalah salah satu daripada tumbuhan tersebut.

#4. Menyerap karbon dioksida pada waktu malam
Pokok lidah mertua mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam.

#5. Efektif dalam melawan alahan
Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik, mengurangkan kadar karbon dioksida dan gas berbahaya dalam udara mampu untuk mengurangkan alahan yang berpunca daripada udara yang tercemar.

#6. Mudah untuk dijaga
Pokok lidah mertua sangat mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pokok ini dapat bertahan hidup dengan baik di bawah sinaran cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.- Balcony Garden

Sumber: SiakapKeli


Haaa tu le pokok Lidah Mertua Sis hahahaha...ni baru letak baja, so ada laa daun lama dah gugur dan tumbuh daun baru..kalau tak, segitu aje lee, dari dulu hingga sekarang. Sis minat nak tanam pokok, tapi Suami tu haaa, dia tak berapa suka, semakk mata katanya, sebab tu bila kata nak letak dalam rumah pokok-pokok ni, Sis dah tau dah jawaban Suami nanti..

So bior aje lee di luar tepi rumah tu dalam mini garden Sis tu..petang-petang makan cekodok, sambil nengok pokok di selangi dengan bunyian deruan air pancut, tenang jiwa rasa...

Ni mesti ramai dan penuh nursery kann, memasing memborong hahaha..
Bagus! ...hidupkan kehijauan rumah kita..gituuuuu...


P/S: Kang nk pi kedai bunga gak, nak beli pasu lelawa sikit, kita kasi tukar sama dia! Ayuh!..

RAJA AZURA RINDU UNTUK BERSIARAN, ALIF SATAR BERSYUKUR MENANG ANUGERAH

$
0
0
RAJA AZURA RINDU UNTUK BERSIARAN, ALIF SATAR BERSYUKUR MENANG ANUGERAH | Undian peminat menentukan Anugerah Jenama yang Dipercayai Reader’s Digest 2020. Penghibur serba boleh Raja Azura dan Alif Satar diumum antara pemenang Anugerah Jenama yang Dipercayai anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest bagi tahun 2020 bagi kategori Personaliti. 

Sekali lagi Raja Azura diundi oleh peminat di Malaysia sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai manakala Alif Satar pula menjuarai kategori Penyampai Televisyen untuk Berita & Ehwal Semasa Paling Dipercayai, mengambil tempat Henry Golding yang memenangi kategori yang sama tahun lepas.

Bukan nama asing dalam industri hiburan tanah air, Raja Azura yang lebih mesra dikenali dengan jolokan Kak Engku berasa terkejut dan terharu atas sokongan yang diberikan oleh peminat walaupun telah meninggalkan bidang penyiaran radio sejak empat tahun yang lalu. 

“Wah, saya tidak percaya yang saya masih memberi satu impak sebagai penyampai radio yang paling dipercayai setelah beberapa tahun. Saya berharap agar rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong orang lama seperti kami agar dapat terus melahirkan karya dan hiburan yang berkualiti.” kata daripada ibu kepada tiga orang anak remajanya.


Mengakui amat merindui bidang penyiaran radio, Raja Azura berharap untuk terus bergiat aktif dalam semua aspek industri hiburan untuk memantapkan jenama tersendirinya sebagai personaliti serba boleh di Malaysia. Gandingan hebatnya dengan rakan selebriti, Salih Yaacob dan Krill Rashid menerusi program ‘Sinar Pagi’ terbitan SinarFM diakui oleh peminat sebagai satu gabungan yang amat serasi dan menghiburkan dengan elemen informasi, hiburan serta lawak jenaka. Sebelum SinarFM, Kak Engku merupakan sebahagian daripada trio 3K di EraFM bersama Krill dan Kiran.

Raja Azura telah memulakan kerjaya pertamanya di dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon pada awal tahun 1990-an dan mula popular menerusi watak “Ratu Pendekar” dalam drama bersiri “Pendekar”. Kemudian, beliau menguji bakatnya dalam genre komedi termasuk menerusi cerekarama terbitan 1994 “Pengantin Popular” dan drama bersiri “Mat Despatch”, Raja Azura juga muncul dalam genre dramatik dan aksi termasuk “Lurah Dendam” dan “Jimi Asmara”. Terbaharu Raja Azura mengacarakan program berjudul ‘Mingguan Wanita’, versi kandungan televisyen untuk majalah terlaris terbitan Karangkraf dengan judul yang sama.

Bagi Alif Satar pula, “Saya rasa sangat berbesar hati atas anugerah ini,dan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga para penyokong saya yang sememangnya sumber inspirasi saya, dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Semoga atas penganugerahan ini, dapat menjadi satu contoh bagi sesiapa saja di Malaysia bahawa, tidak kira siapa, dan tanpa mengira latar belakang kita, jika kita mempunyai visi dan misi dalam diri, dengan usaha dan ketekunan, kita mampu untuk mencapai apa jua matlamat dalam hidup”.

Alif Satar juga berpegang pada mutiara kata yang pernah disuarakan oleh mendiang Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang berbunyi, “It always seems impossible, until it is done” - semuanya tampak mustahil sehinggalah kita melaksanakannya.

Nama penghibur ini mula meniti di bibir peminat seni tanah air menerusi penglibatannya dalam pertandingan nyanyian ‘One in A Million’ di rangkaian 8TV seterusnya memenangi tempat ketiga selepas diatasi oleh Suki Low dan Faizal Tahir. Malah, imej positif yang ditampilkan di layar perak dan media sosial terus mendapat pujian dan rasa hormat peminat.


Selain Raja Azura dan Alif Satar, personaliti tempatan, Adibah Noor turut memenangi kategori Penyampai Hiburan/Serba Boleh Paling Dipercayai manakala bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus kekal sebagai Personaliti Sukan Paling Dipercayai.

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke- 22 menonjolkan jenama yang dipercayai berdasarkan undian oleh lebih daripada 8,000 individu yang telah dipilih merentasi lima pasaran utama di rantau ini: Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. 

Lebih daripada 40 jenama tempatan terpilih untuk memenangi lebih daripada 50 kategori termasuk Produk Isi Rumah, Perkakas Elektronik Pengguna, Institusi Pendidikan Swasta, Universiti Awam, Bank Yang Paling Dipercayai, Penyedia Perbankan Islam dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut pada Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke- 22, sila layari: https://www.trustedbrands.asia/malaysia/

Tahniah buat semua pemenang!...


P/S: Okay jap ea, kang sambung lagi.. nak pi kedai bunga sat hehehe..

PEMINAT SALTED EGG, KENA CUBA SET TERBARU MARRYBROWN EGG-STRA PADU NI

$
0
0
PEMINAT SALTED EGG, KENA CUBA SET TERBARU MARRYBROWN EGG-STRA PADU NI | Yaa Sis ko ni bukanlah kaki viral ataupun pantang nampak viral mesti nak cuba, tapi sebab Sis ni suka akan makan yang ada salted egg (telur asin), sebab itu bila rakan-rakan blogger duk asyik tayang promote set terbaru Marrybrown Egg-Stra Padu ni, memanglah tergedik-gedik Sis ko nak mencubanya juga.

Dari ko baca dan tanya sana sini, 'Eh sedap ke, betul ke sedap?', eloklah ko beli dan makan. Then ko review laa secara jujur apa yang tekak ko rasa. Ye laa sebab baru-baru ni kecoh sekejap di sebabkan ada permis MB ni yang agak 'lokek' bila letak sos salted eggnya, dalam gambar kemain menjejes-jejes, sekali dapat, makk aii, secolet jari aje ko...

Tapi mungkin agaknyalaaa kan, dah banyak pihak berkata dan komplen begitu, makanya, apabila Sis membelinya tiba-tiba ada plak extra sos dalam bekas kecik, hehehehe...so memang puaslah makannya kan.



Mulanya Sis nak beli walk-in aja. Paling dekat MB area rumah Sis di Kipmart Masai sini. Tapi masa Sis pergi, ramai pulak beratur dan ramai orang dalam restorannya, so tak jadilah membeli pada hari itu. So esoknya, nak puaskan hati, Sis cuba order guna FoodPanda, waaa dapat pulak..

Makanya akhirnya dapatlah merasa set menu Marrybrown terbaru Egg-Stra Padu ni. Kalau nak tau, Sis siap tulis dalam nota Foodpanda tu, Sis tulis, 'Sila bagi sos salted eggnya lebih sikit', hahahahaa yeee Sis tulis macamtu dalam nota masa membeli.

Tak tau laaa sebab nota tu Sis dapat extra sosnya atau memang sekarang MB dah asingkan sosnya..entah! Tapi bagi Sis, elok di asingkan sosnya, sebab bila ko dah curah awal-awal sosnya dalam burger, bila dah sejuk, ianya akan kering. Memang jadi kureng rasanya. Dia sedap, masa nak makan baru curah, tu baru paduuuuu....

Tapi sedap memang sedap! Puashati beli ..
Burger Ayam Goreng Telur Masin RM15.00


Dan satu lagi set terbaru Marrybrown Egg-Stra Padu adalah set hidangan Ayam Goreng Telur Asinnya. Yang ni jangan cakap laaa, Kalau dah ayam goreng makan dengan sos telur asin, memang lee sedap oii...Dah le Sis ko memang suka akan telur asin, so bila makan ayam goreng tu cecah dengan sos tu, ermmm sedap kemain, paduuu....

Set Ayam Goreng telur asin ni korang boleh beli dengan harga RM15.90 untuk 2 ketul ayam atau RM18.90 untuk 3 ketul ayam. Sis cuba 2 ketul aje dulu, pun tak cukup rupanya hahaha. Makan kongsi dengan anak-anak. Anak-anak pun kata sedap, tapi mereka lebih suka ayam, sebab burger tu burger ayam, so anak kurang sikit makan kecuali kakaknya yang memang makan burger ayam.

Korang boleh pilih laaa sama ada nak ayam goreng atau burger, tapi semuanya ada telur masin! Dan ianya diperbuat daripada telur masin sebenar!.

So korang yang belum cuba tapi duk tanya-tanya tu, haaa silalah cuba ya. Cuba sendiri baru tau macam mana perginya. Cuma SEDAP itu SUBJEKTIF. Lain tekak lain le rasanya yerkk..

Sekian food review tanpa bayar dari Sis, jangan takde orang kata kannn hehehehe...


P/S: Burger McD je belum try ni, gile panjang Drive-thru dia..tak kowser nak nunggu! Nanti ordr FP gak ler lalalalala. 

PUDING BUIH TAK SALAH!

$
0
0
PUDING BUIH TAK SALAH! | Yaaa kes viral mengenai Puding Buih ni baru-baru ni je Sis tau, sampaikan Sis bertanya di wall facebook Sis, macam mana rupa Puding Buih tu, sebab pertama kali Sis dengar nama tu. Dan berita terbaru, beberapa hari lepas, mangsa Puding Buih tersebut telah meninggal dunia khabarnya, salam takziah buat ahli keluarga mangsa.

Tertanya-tanya juga Sis, kenapa dengan Puding Buih tu sampai jadi kes kematian begitu teruk sekali, dan bukan itu aje, hampir berpuluh orang yang makan Puding Buih tu keracunan makanan yang melampau dengarnya. Aishhh menakutkan sekali. Masa tu pulak time penghujung-hujung bulan ramadhan. Kesian kan mereka. Sakit oii bila dah terkena keracunan makanan, azabnya tu Allah aje yang tau, Sis pernah alami, so faham keadaan mereka.

Tapi setelah baca dan menggoogle sana sini, kesahnya Puding Buih Tak Salah, yang salahnya cara memasak dan penyediaannya. Dan pihak yang harus di persalahkan si TELUR. Hahahaha..dengar macam kelakar aje kan, tapi betul tau, ni kes serius.

Oleh sebab itu, selepas ni kalau nak makan telur, pastikan lihat tarikh akhir telur itu, jangan main beli dan masak, dan jaga tahap kebersihan penyimpanan telur itu. Apa ingat bahan lawak ke? Kalau rasa lawak, sila baca info yang Sis kongsikan di bawah ini ya.


PUDING BUIH TAK SALAH!

Mungkin sebelum ini, ramai yang tidak kenal dengan pencuci mulut tradisi yang sebenarnya telah dimakan berkurun lamanya oleh masyarakat kita. Namun, sejak beberapa hari ini, berbuih mulut netizen bercakap mengenai ‘PUDING BUIH’ dek kerana kejadian keracunan makanan yang berlaku di Terengganu.

Kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat. Berikut adalah 4 elemen utama yang menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:

TELUR
Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella. Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!

TEKNIK PENYEDIAAN
Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan iannya tidak dimasak! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan. Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C.

SUHU PENYIMPANAN
Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C.

TEMPOH MASA
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria!.

Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut dan JKNT turut menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan.

Sumber Rujukan :
https://www.sinarharian.com.my/article/85162/EDISI/Terengganu/Mangsa-keracunan-puding-buih-meningkat-kepada-99-orang
https://www.fsis.usda.gov/wps/portal/fsis/topics/food-safety-education/
https://www.foodsafety.gov/food-safety-charts/safe-minimum-cooking-temperature
https://www.chilledfood.org/handling-of-chilled-foods-consumer-advice/


SALAH TELUR RUPANYA.

Telur sememangnya salah satu bahan ramuan yang paling popular digunakan dalam pelbagai jenis masakan di Malaysia, termasuklah menu pencuci mulut yang menjadi sebutan netizen sejak seminggu dua ini iaitu Puding Buih. Semalam, berita telah melaporkan bahawa penggunaan TELUR TAMAT TEMPOH adalah punca utama 99 orang menghadapi kes keracunan makanan puding buih tempoh hari.

Telur mempunyai selaput protein nipis yang wujud secara semulajadi yang dipanggil sebagai 'cuticle'. Selaput ini bertujuan melindungi kandungan dalam telur daripada dicemari oleh bakteria. Manakala kulit telur pula mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bagi menahan kemasukan bakteria dan juga udara dari persekitaran.

Menurut satu kajian saintifik, tahap kualiti selaput perlidungan ini mempengaruhi tahap kesegaran telur tersebut. Di mana, telur lama atau telur tamat tempoh akan mempunyai selaput perlindungan yang nipis serta liang-liang halus di permukaan kulit yang semakin terbuka. Keadaan ini menyebabkan telur akan mudah dicemari oleh bakteria!

Jadi sebelum korang memasak menggunakan telur, jangan lupa untuk periksa terlebih dulu tahap kesegaran telur tersebut. Ada empat (4) cara mudah yang korang boleh amalkan untuk kenal pasti tahap kesegaran telur.

#1. RENDAM TELUR DALAM AIR
Ini adalah teknik yang paling popular iaitu dengan merendam telur dalam semangkuk air sejuk dan lihat sama ada telur tadi tenggelam atau terapung. Telur segar akan tenggelam di dasar manakala telur lama akan terapung di permukaan. Kenapa ini berlaku? Ini kerana semakin lama usia telur itu, semakin banyak udara yang memasuki telur melalui liang-liang halus tadi dan menyebabkan telur semakin mudah untuk terapung!

#2. LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR
Teknik ini memerlukan telur dipecahkan terlebih dahulu kerana kita akan melihat keadaan kuning dan putih telur secara visual. Telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental, elok bentuk bulatnya. Manakala keadaan kuning telur lama pula agak meleper dan agak cair (bentuk bulat tidak elok), malah kadang-kala ada yang melekat pada kulit telur. Perhatikan juga keadaan putih telur, jika warnanya keruh dan keadaannya agak melekit serta tidak cair ianya masih segar. Manakala jika warnanya agak jernih dan keadaannya cair makan ianya sudah lama.

#3. HIDU AROMA TELUR
Telur yang sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk átau orang dulu-dulu panggil ‘Telur Tembelang’. Kalau terpecah telur tembelang ni dalam rumah, mahu pengsan seisi keluarga korang dek tak tahan menahan bau busuknya.

#4. LIHAT TARIKH LUPUT TELUR
Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya telah dibungkus dan ditandakan dengan tarikh luput sama ada pada kotak bungkusan atau permukaan kulit telur itu sendiri. Namun, jika korang membeli dari kedai runcit atau pasar borong mungkin telur tidak ada ditandakan dengan tarikh luput tapi korang boleh bertanya bilakah tarikh telur tersebut diterima oleh penjual tersebut. Sekurang-kurang tarikh itu dapat dijadikan rujukan kepada korang.

KESIMPULANNYA, jom kita ambil peduli tahap kesegaran telur sebelum memasak! Kita tidak memerlukan alat analisis yang mahal atau canggih untuk memeriksa tahap kesegaran telur tersebut, malah kita juga tidak perlu menjadi seorang doktor atau saintis untuk mengenal pasti sama ada telur tersebut masih segar ataupun sudah rosak. Semuanya boleh dilakukan sendiri dengan mengamalkan empat cara mudah tadi.

Sumber : FoodSafetyMalaysia 


P/S: Takut plak weii nak makan telur ...adeiii

PELAN JANA SEMULA EKONOMI JANGKA PENDEK TAKDE KENA MENGENA DENGAN PKPB

$
0
0
PELAN JANA SEMULA EKONOMI JANGKA PENDEK TAKDE KENA MENGENA DENGAN PKPB | Sibuk PM kita bentang Pelan Jana Ekonomi Jangka Pendek hari ni, sibuk manjang orang tanya PKPB sambung lagi tak ke. Termasuk gak Sis hahahaha. Tapi setelah di fahamkannya perutusan PM harini hanyalah fokus kepada ekonomi negara aje, takde kena mengena dengan PKPB.

Kalau ada sebut mengenai Covid-19 ni pun hanya PM nasihat dan bagi teguran kepada rakyat Malaysia agar patuh dan terus ikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diberi mengikut SOP yang di tetapkan. Ini kerana negara kita sedang dalam tahap 4 dalam 'Pemulihan', so harap bersabar.

Sememangnya setengah dari kita mau kan PKPB ni di stopkan, dan ada juga setengah darinya mohon agar PKPB ni di sambung. Tapi pilihan bukan di tangan kita. Kita hanya patuh dan ikut perintah yang di tetapkan sahaja, selainnya, kita tunggu dan lihat.

Kalau tanya Sis, Sis harap PKPB ini di sambung semula. Bukan pentingkan diri sendiri, tapi lebih utamakan keselamatan rakyat yang akan dan bakal hadapi kemelut berdepan dengan warga asing yang semakin hari semakin meningkat ramainya terkena positif Covid-19 ni.

Lagi pulak kita akan sambut Hari raya Aidiladha tak lama juga lagi, kalau dah PKPB di hentikan, maka kebenaran solat di mesjid dan di semua tempat awam akan di buka secara serentak, so tidakkah itu membimbangkan. Sis sangat takut, belum bersedia nak hadapi dunia luar yang seperti dulu. Dah selesa dengan norma baharu sekarang.

Sampaikan sekarang kalau nampak warga asing, maaf cakap, Sis jadi takut, serius sangat takut..Eloklah kita cegah sebelum melarat, dari kita dekat jadi mudarat..


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan bertema bersama menjana ekonomi itu membabitkan tiga teras utama iaitu memperkasa rakyat, melonjak perniagaan dan meransang ekonomi.

Dengan tema 'Bersama Menjana Ekonomi', menerusi PENJANA beliau berkata, kerajaan mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat; melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi. Tegasnya, PENJANA juga merupakan strategi keempat pemulihan yang diambil kerajaan dalam berdepan cabaran COVID-19.

"Secara keseluruhan terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Penjana ini. Daripada jumlah itu, RM10 bilion suntikan fiskal langsung daripada kerajaan," katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini."

Teks ucapan penuh baca di SINI 

So korang, jangan risau, buat masa sekarang kita masih lagi dalam PKPB yang akan tamat pada 9 June 2020 ni, selepas tu, kita tunggu perutusan khas dari PM lagi ya.

Stay safe dan Just Stay at Home.


P/S: Sungguh terkesan ekonomi negara akibat wabak Covud-19 ni kan.. Takziah buat mereka yang kehilangan pekerjaan :( ..

JOM MENGINAP DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST SEPANJANG JUN 2020, HANYA RM 333 SAHAJA!

$
0
0
JOM MENGINAP DI HARD ROCK HOTEL DESARU COAST SEPANJANG JUN 2020, HANYA RM 333 SAHAJA! | Tetiberr rindu plak nak tido hotel kann.. agak lama sudah tidak 'Check-In' di mana-mana. Ye laa, sepanjang wabak Covid-19 ni melanda, banyak penginapan dan agensi pelancongan yang terjejas akibat penularannya. Sangat-sangat terkesaan akibat dari wabak itu. Makanya #JustStayAtHome aje laa.

Tapi setelah hampir berbulan Malaysia menangani dan melawan wabak Covid-19 ni, akhirnya semakin hari semakin membaik carta kes positif dan sembuh setiap hari. Malaysia kini dalam situasi tahap 4 'Pemulihan' dan rata-rata selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut SOP yang di benarkan, banyak juga hotel, kedai makan dan soping mall yang telah di buka.

Namun masih lagi belum di jamin selamat sepenuhnya. #StaySafe and #SocialDistancing perlu di titik beratkan. Bagi mereka yang rindu nak stay di hotel, Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) menawarkan tawaran istimewa penginapan sepanjang bulan Jun 2020 ini dengan harga serendah RM 333 sahaja!.

Giler arrr, mana nak dapat harga semurah itu tidur di HRHDC ni? Ini kalilah kalau bagi yang nak mencubanya, silakan, jangan lepaskan peluang keemasan ini ya!

Hard Rock Hotel Desaru Coast tengah promo penginapan bermula dengan harga RM333 sahaja sehingga 30 Jun 2020 ini!

- Diskaun 30% untuk setiap tempahan bilik
- Diskaun 20% untuk dining
- Diskaun 20% untuk Rock Shop Merchandise
- Percuma Sarapan Pagi
- Percuma in-room demand blockbuster movies
- Percuma The Sound of Your Stay Music amenities

*Tertakluk pada Terma & Syarat


Let the good times roll again ! 
With an exclusive stay offer for the month of June 2020.

Starting from RM333 per room per night.

Inclusives:
▪️ Save 30% on room bookings
▪️ Save 20% on dinings and Rock Shop merchandise
▪️ Complimentary daily breakfast
▪️ Complimentary in-room on-demand blockbuster movies
▪️ Complimentary The Sound of Your Stay music amenities

Kredit Info bahasa & Pic by Visit Johor 

Don't miss out on this opportunity and book your stay now!
**Terms and conditions apply.

Book Now https://bit.ly/june-special-offer
#HRHDesaruCoast #JuneSpecial #LoveAllServeAll


P/S: Ada tak yang nak ajak Sis ko bermalam di sini hahahaha...Jom Incik Suami jomm...

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API YANG PALING MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API YANG PALING MUDAH DAN SEDAP | Sepanjang berkahwin laaa, ini kali kedua rasanya Sis masak Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni. Tapi yang pertama kali masak dulu, dagingnya Sis potong hiris dan salai sendiri, nak share pun masa tu belum jadi blogger hahahaha, tapi untuk kali kedua ni, masak jadi mudah dan sedap sebab Sis guna Daging Salai Mak Ngah ni.

Masa tu beli 2 paket dengan Mak Suzlin, dah masak sepaket, so lagi sepaket baru semalam Sis masak lemak cili api, kemain suka Ayahnya dan juga si Yana. Sebab mereka berdua aje peminat masakan daging. kalau Kakaknya dan si bujang, kurang sikit dengan daging. Biar ayam hari-hari pun takpe.

Bila benda dah mudah, mestilah masak pun nak sedapkan? Sebab itu tajuknya mudah dan sedap hehehe. Untuk kali ni Sis amik guna resepi asal dari Sheila Rusly. Dah berapa kali dah Sis nengok dan baca dalam buku resepinya, tunggu nak mencubanya aje. So alhamdulilah, berjaya juga akhirnya memasaknya.

Kalau korang ada buku resepi dia, boleh laaa mencubanya. Banyak gilee resepi yang ada. Korang boleh cuba, sedap-sedap resepi yang di kongsikannya!.


Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Yang Paling Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahannya : 

500gram daging ( disalai dan dihiris nipis )
2 batang serai
10 biji cili padi (Kisar)
2 cawan santan pekat (Sis guna santan Ayam Brand sekotak kecik)
1 keping asam gelugor atau asam keping
1 inci kunyit hidup (kisar) atau 1 sudu besar kunyit serbuk
Daun kunyit (Sis hiris)
Daun limau purut
Sedikit garam
Belimbing buluh (kalau ada) atau mangga muda (jika ada) ATAU
2 atau 3 biji kentang dipotong panjang,

Cara memasaknya: 




1. Kisar ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian panaskan minyak dan curahkan bahan kisar ke dalam periuk atau pot dan masukkan serai yang telah dititik
2. Masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, gunakan api perlahan, dan kacau perlahan-lahan sampai mendidih, setelah kuah mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, masukkan garam secukup rasa. kacau perlahan dan  jangan lupa jika ada belimbing atau mangga muda boleh masukan sekali.
3. Pastikan Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidang.


Haa senang je kan? Silap-silap semua bahan semua ada je dalam peti ais tu, kecuali daging salai, tu ko kena le beli daging dan salai atau nak mudah, beli je dah siap macam Sis tu haaaa...Yang penting sedap!..Kalau dah Suami makan bertambah 2 pinggan, tak sedap ke tu namanya hahaha..

Selain dari Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni, ada juga Sis masakkan menu lain, antaranya, Sotong Masak Hitam, Kacang Panjang Goreng Belacan, Tempe Goreng dan juga Sambal Goreng Raya yang Sis frozenkan. Penuh satu meja hahaha..

Takpe janji anak-anak dan Suami makan sepuasnya, itu sudah cukup membahagiakan Sis. Alhamdulilah..



P/S: Jom kita siram dan belai pokok bunga kita...Jommm.. 

JENAMA SYARIKAT YANG BERUSAHA SAMA DALAM MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA

$
0
0
JENAMA SYARIKAT YANG BERUSAHA SAMA DALAM MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA | Jenama Malaysia telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam membantu rakyat Malaysia dengan jumlah bantuan yang bersamaan jutaan ringgit. Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh Vase.ai ke atas seribu lapan puluh tiga (1,083) rakyat Malaysia di seluruh negara, menunjukkan 10 jenama terkemuka yang menarik perhatian para pengguna dalam tempoh yang mencabar ini.

Dalam satu tinjauan terbuka, seribu lapan puluh tiga (1,083) rakyat Malaysia diminta untuk menyenaraikan semua jenama yang telah menunjukkan rasa prihatin kepada pengguna semasa wabak COVID-19.

Laporan ini memperincikan 10 jenama yang kerap disenaraikan oleh responden. Terdapat 5 jenama lain yang juga mendapat perhatian rakyat Malaysia atas usaha mereka. Tinjauan ini disertai oleh panel Vase.ai yang direkrut melalui GetVase.Com.

Hasil dapatan dari 1,083 rakyat Malaysia terhadap sokongan dan inisiatif jenama tempatan:

● Jenama yang didapati mengambil initiatif awal pada peringkat awal COVID-19 adalah syarikat telekomunikasi.
● Jenama kategori Kesihatan & Kecantikan membantu menangkis mitos mengenai COVID-19. Jenama ini berkongsi informasi yang berkualiti untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
● Jenama hiburan menawarkan pakej-pakej promosi dan kandungan secara percuma semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
● Jenama Barangan Pengguna yang Bergerak Pantas (FMCG) menyumbang dana dalam jutaan ringgit untuk membantu golongan yang memerlukan, serta para petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19.

10 jenama ini dikenali atas sokongan mereka:


1. Digi menawarkan data & faedah internet percuma untuk perniagaan.


2. Celcom menawarkan perlanjutan waktu untuk akses internet tanpa had dan tempoh pembayaran pada bil.


3. Maxis melancarkan #KitaSapotKita untuk mendorong rakyat Malaysia untuk menyokong satu sama lain dan perniagaan tempatan pada waktu yang mencabar ini.


4. Dettol menangkis mitos COVID-19 bersama ‘Myth VS Truth Series’.


5. U Mobile turut serta dalam memerangi COVID-19 dengan menyediakan Data Internet Percuma, menaik taraf liputan mereka dan berkolaborasi bersama artis tempatan dan perniagaan.


6. Unifi menyediakan saluran percuma di UnifiTV, melancarkan E-Bazar, Pakej Mobil Pelajar dan Pakej Sokongan Data Internet.


7. Gardenia memperuntukkan RM 1 Juta untuk Bantuan COVID-19.


8. Astro menawarkan tontonan percuma untuk semua rakyat Malaysia.


9. Shopee memulakan Dana Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) COVID-19 untuk membantu petugas kesihatan barisan hadapan Malaysia.


10. Grab membantu petugas barisan hadapan dan memastikan rakan strategik mengambil langkah keselamatan optimum.

Jenama-jenama ini juga penting dalam membantu untuk menangani wabak COVID-19:

Nestlé bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, menyumbang sebanyak RM15 Juta untuk mengatasi wabak COVID-19.
Watson Malaysia menyumbang produk dan bekalan ke hospital dan petugas kesihatan barisan hadapan.
Ayam Brand menghantar 9,600 produk sedia makan kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh.
McDonald Malaysia menyumbang wang tunai sebanyak RM25,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lifebuoy Malaysia berkongsi himpunan soalan lazim berkenaan COVID-19 dan mitos, serta fakta untuk pengetahuan rakyat Malaysia.
Vase.ai berkongsi maklumat tentang tabiat pengguna yang berubah semasa COVID-19.

Laporan penuh boleh didapati di: https://vase.ai/resources/covid-19/

TAHNIAH buat semua yang terlibat terlihat atau tersembunyi sekalipun..


P/S: Moga wabak Covid-19 ni segera berakhir ..aamiinn..

EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON

$
0
0
EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON | Sometimes people come into your life & you know right away that they were meant to be there, to serve some sort of purpose, teach you a lesson, or help you figure out who you are & or who you want to become.

You never know who these people may be (possibly your roommate, neighbor, professor, long lost friend, lover, or even a complete stranger), but when you lock eyes with them, you know at the very moment that they will affect your life in some profound way.

And sometime things will happen to you that may seem horrible, painful, & unfair at first, but in reflection you find that without overcoming these obstacles that you would have never realized your true potential, strength, will power, or heart.

Everything happens for a reason.

Nothing happens by chance or by mean of good luck. Illness, injury, love, lost moments of true greatness & sheer stupidity all occur to test the limits of your soul. Without this small test, whatever they may be, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere. It would be safe & comfortable, but dull and utterly pointless.




Make everyday count.

Appreciate every moment & take from those moments everything you could possibly can for you may never be able to experience it again. Talk to people that you have never talked to before & actually listen...

Let yourself fall in love again, break free. Hold your head up because you have every right too.

After few years what you will have is the memories which these people will give you and if you cherish those memories and will bring a smile or tears on your face.

Hati berbunga-bunga bila lihat pokok bunga sedang ebrbunga..Cantik sungguh wahai kau bunga..mekarlah dan jangan sesekali engkau layu..


P/S: Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti 3 hari sehingga Isnin.. :) 

8 JUN 2020 HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

$
0
0
 8 JUN 2020 HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA | Daulat Tuanku! Bermula dan mulai tahun ini dan seterusnya, hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah pada Isnin pertama pada setiap bulan Jun setiap tahun. Maka dengan itu, pada tahun 2020 ini, hari keputeraan rasmi Seri Baginda jatuh pada hari Isnin 8 Jun 2020. Dan ianya merupakan cuti umum/kelepasan am bagi rakyat Malaysia.

Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265). Hari kelepasan am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265.



Dirgahayu Tuanku, merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgonG.

Burung nasar terbang ke Bandan,
Bulunya jatuh ke Patani,
Banyak raja sudah ku pandang,
Mana nak sama Tuanku ku ini.

Bergelang bulat bimasakti,
Sinar sampai ke hujung kota,
Rakyat jelata bersatu hati,
Teguh di bawah payung mahkota.




Biar apa jua sistem Raja itu dilandaskan, peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa tanpa jiwa.

Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam Negeri dan Negara agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang Kedaulatan Negara..

Daulat Tuanku! Daulat Tuanlu! Daulat Tuanku!..

Sembah Takzim Daripada admin blog @akusislin


P/S: Yay! Esok cuti, so dapur pun OFF hehehehe...

LIRIK LAGU IF I FALL IN LOVE - ALI GATIE

$
0
0
LIRIK LAGU IF I FALL IN LOVE - ALI GATIE
Director: Russell Majik


It feels like magic
It feels like magic
If I....
It feels like magic

If I fall in love
With you
Then it’d be magic

And if you gave me a chance
Then I could prove
What I’ve been planning

Cuz your smile takes me places I’ve never been
It could travel continents
In our love I’m confident

Cuz your eyes make me see things I’ve never seen
Baby it’s just you and me
You’re part of my destiny

Yah when you talk , it’s different
The way you feel , it really makes a difference
So in love and lately I been thinking
Why are you the one that got me tripping

Baby there’s just something about you got me thinking bout you
Every time you’re r gone I wanna be around you
Tell me where you are , I’ll come and grab you
Girl I’ll never leave cuz I can’t leave without you

You my first and last choice ima always choose you
I would rather die before I lose you
Having you around is something I’m used to
If I gotta lose you now then girl I lose too

But I don’t wanna lose you it’s not an option
If you wanna talk let’s get to talking
Everything you want you know I got it
Ima love you till the end I’m never stopping
Baby

If I fall in love
With you
It’d be like magic

And if you gave me a chance
Then I could prove
What I’ve been planning

If I fall in love
With you
It’d be like magic

If you gave me a chance
Then I could prove
What I’ve been planning

I can’t lose you no, no, no
Girl I can’t lose you no, no, no
Girl I can’t lose you no, no, no
Girl I can’t lose you no, no



P/S: Dengar anak asyiklah bukak lagu ni, dah Emaknya tersampuk gak dengar hahahaha. 

PM UMUM PKPP DAH BOLEH RENTAS NEGERI DAH, SO APALAGI? JOM BALIK KAMPUNG!

$
0
0
PKPP DAH BOLEH RENTAS NEGERI DAH, SO APALAGI? JOM BALIK KAMPUNG! | Semalam memasing tunggu perutusan khas PM tentang Perintah Kawalan Pergerakan tu, dah macam menunggu pengumuman raya aje ek. Bila mana PM kata PKPB bersambung dan di tukarkan kepada PKPP, terus memasing ucap tanda syukur sebab PKPP ni dah boleh rentas negeri kecuali negeri/tempat yang masih lagi dalam PKPB.

Alhamdulilah, Sis pun turut tumpang gembira buat mereka-mereka yang ada kampung halaman yang dah sekian lama tak balik kampung, dan akhirnya dengan pengumuman PM semalam, bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan di laksanakan. Banyak kelonggaran yang telah diberikan, dan menurut kata PM, dalam tempoh pemulihan ini, bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid19, semuanya bergantung di tangan KITA semua.

Korang jangan suka sangat tau, hati-hati dalam setiap pergerakan, bukan bermakna PKPP ni kita dah bebas dari wabak Covid19, tapi kita kena lebih berhati-hati dengan 'musuh dalam selimut' ini, kita kena amik langkah keselamatan seperti mana sebelum-sebelum ni kita buat. Ikut SOP yang telah di tetapkan dan jangan 'buat-buat lupa' akan apa yang boleh dan yang tidak boleh.

Sis sendiri pun sejujurnya belum ada keberanian ikutkan nak keluar bercuti kemana-mana. Bukan sebab tak percaya akan langkah kebersihan yang telah di ambil, tapi sebab lebih kepada #KitaJagaKita buat masa ni. Hari-hari ada je kes baharu yang masuk, dan buat masa ni, kes warga tempatan plak melebihi dari kes warga asing. So ada sikit was-wasnya. Mungkin kalau bercuti pun, bukan dalam masa terdekat ini.

Bagi korang yang nak balik kampung, atau akan pergi bercuti, berhati-hati, jika korang ada orang tua atau kanak-kanak yang kecil, jika boleh, #StaySafe ya, sebab mereka ini golongan yang berisiko tinggi. So tolong amik peduli.

Dan tahniah juga buat rakyat Malaysia yang telah berjaya patuh kepada PKP, PKPB dan seterusnya ayuh kita amik langkah yang sama dalam menjalani PKPP yang bermula esok sehingga 31 Ogos 2020.


Berikut merupakan senarai kelonggaran yang diberikan sepanjang tempoh PKPP:

- Dalam tempoh PKPP ini, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

- Seperti mana yang telah diumumkan oleh sebelum ini, perkhidmatan gunting rambut dan salun juga dibenarkan.

- Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga boleh dibuka.

- Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan.

- Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

- Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

- Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

- Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.

- Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

Sebelum ini, PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei lalu dijadualkan berakhir pada 9 Jun (hari ini), susulan tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan pada 18 Mac.


P/S: Sudah selesa dengan norma baharu, so terpulang masing-masing, yang penting 'sendiri mau ingat!'.. 

CUTI-CUTI GINI BELEK DAN BELAI POKOK BUNGA AJE

$
0
0
CUTI-CUTI GINI BELEK DAN BELAI POKOK BUNGA AJE | 3 hari cuti, so ada yang tanya Sis, 'Ko buat apa Sis kat rumah?', hahaha agak lucu soalan tu, macam lee duduk rumah ni goyang kaki ek, adoii banyak kerja weyyy, kalau tak layan Suami, apalagi...masak, makan, masak, makan..hahaha tu je le kejenya. Rutin macam biasa, pepagi Suami akan ajak ke Kong Kong laut melihat lauk basah dan juga melawat bot dia yang tengah baiki tu.

Nanti lepas dah settle, Suami bawa lee pusing bandar, tengok-tengok, jenguk-jenguk kedai kereta pulak, tu memang kesukaan dia, dari dulu sampai sekarang. Dah puashati, balik singgah pasar, beli bahan nak masak. Sampai rumah mulalah bertukang kat dapor settlekan makan Suami dan anak-anak. Walau ko puasa sekalipun, tanggungjawab memasak dan menghidang tu kena buat.

Bila dah settle semua, Sis jarang tidur siang, kalau Suami ya, masa cuti gini laa dia nak rehat nak tidur siang tanpa gangguan. Tu pun kadang ada gak bunyi telefon, tapi Suami kalau cuti biasa dia silentkan. Sejak-sejak ni lerr, agaknya banyak sangat gangguan kot time cuti hahahaha.

Sis? Bila anak-anak semua dah leka tengok tv, dan Suami pun dah terlelap, Sis akan melayan pokok bunga Sis di taman mini Sis hehehe. Sejak dah ada taman mini ni, lebih masa je Sis akan duduk belai pokok, sebelum ni kalau takde taman mini tu pun sama juga, cuma mood dia je berbeza.

Lagi pulak bila dah beli satu persatu pokok bunga yang selama ni Sis suka, cuma malas nak beli awal-awal sebab taman mini tak siap lagi. Kang nak angkut semua jadi malas. Bila dah siap lee baru Sis beli, tu pun ada yang kawan bagi dan ada Suami belikan. Macam tak caya Suami boleh belikan Sis pokok bunga okay hahahaha..

Meh tengok pokok-pokok yang dah Sis ko tanam sepanjang PKP dan pokok sebelum-sebelumnya hehehe..ada yang subur gemok macam tuannya hahahaha..

Pokok Mint Pudina ni. Tanam dari sebelum PKP, beli kecik jer, sekali sekarang, kus semangat gemok subur. Dah berapa kali petik buat minum teh..

Yang ni tak tau nama apa pokoknya. Tapi paling senang nak tanam. Berapa kali buang potong pun, tetap tumbuh aje segar. Sekarang viral plak pokok ni. Siapa nak anaknya mai lerr amik hehehehe.

Yang ni paling lama Sis tanam, dari duduk rumah lama dulu. Rasanya dah lebih 10 tahun. Cuma tak rajin nak tukarkan ke pasu dan tanam semula hehehehe..Sampai dah sengget-sengget. 

Ni pun sejak-sejak ni jadi pokok viral. Nama dia Sis tak tau. Dah lama tanam, tapi sejak letak baja kawan rekemen tu, nampak naik hijau daunnya segar hahahaha. Banyak anak tu, Sis sumbat dalam satu pasu aje.

Ni lee yang Sis kata Suami belikan hehehe. Tau-tau balik kerja dia bawak balik, dia bagi pokok ni. Cantikkan..bunga dia tahan lama, lama dah tu, tak gugur-gugur...

Kalau korang nampak, tu lee pokok waterlily Sis. Sis tanam dalam pasu aje, tu yang kedingking je daun, tapi berbunga dah..bunga dia ikut daun melentuk tau, bukan memang terlentuk sesaja hahahaha.

Daun pandan ni Sis baru tanam semula, Yang lama dah mati layu, tak tau kenapa hahaha. Minta kawan anak pokoknya. Dapatlah sepasu tu.

Sama juga bayam basil ni. Minta kawan anak pokok dan Sis tanam semula. Harap tumbuh laaa dengan suburnya. 
Okay dah tu je pokok nak tunjuk. Sebenarnya banyak lagi, cuma Sis malas nak upload hahahaha. Kang buhsan plak korang bacanya ek.. dan segan juga, ye laaa, ramai sana lagi banyak pokok korang tanam dan cantik-cantik subur. Sis ni alaaa baru je nak mula ada mood tanam hahahaha..

Tapi okaylah, buat hilang bosan dan isi masa lapang. Ada gak aktiviti masa lapang, duk belek pokok bunga time cuti. Kalau tak, tidur di siang hari juga kot hahahahaha...Now pantang nampak kedai bunga, kalau boleh semua nak di belinya hahahaha...

Sis kan teringin sangat nak beli dan tanam pokok orkid macam dulu-dulu Sis tanam, tapi tu lee, keadaan tempat takde lagi satu, Sis ko kurang sabo hahahaha sebab orkid lambat gile nak tumbuh bunga kekekeke...


P/S: Siapa ada taman dan tanam pokok bunga, dia tau laaa feel tu macam mana, kan kan..

DOA PAGI HARI YANG BAIK DIAMALKAN SETIAP HARI

$
0
0
DOA PAGI HARI YANG BAIK DIAMALKAN SETIAP HARI | Selamat pagi semua. Walaupun tak berapa nak pagi sangat lagi sebab dari tempat Sis menaip ni di ruang meja makan, kelihatan matahari dah naik dah depan rumah hehehe. Bukan bangun lambat, tapi tadi lepas Subuh, uruskan Suami pergi kerja, buatkannya sarapan dan minuman, kemudian bila Suami dah pergi kerja, Sis boleh terlelap di kursi ruang tamu tadi, masyaallah...

Terjaga bila Suami call tanya pass kerjanya. Terkejut bila bangun, memang tak tersedar bila masanya entah tertido hahahaha. Adeiii...Suami pun gelakkan Sis..

Terus bangun dan kemas dapur, sapu rumah semua, ni haa baru duduk bukak laptop dan menaip. Cuma pagi ni Sis nak update ringkas aje. Sebab semalam kawan ada share di group wahtsapp doa pagi hari yang baik diamalkan. Suka plak Sis doanya dan terus rasa nak kongsikan di sini.

Korang boeh baca dan cubalah hafalkan. Sis sedang cuba ni. Sama-sama kita mendapat keberkatan dariNya ya..


Doa Yang Baik Diamalkan Pada Waktu Pagi

Ya الله Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya الله semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.

Ya الله bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.
Ya الله takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.
Ya الله bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya الله .
Ya الله sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya الله ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya الله .
Ya الله , jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami.
Ya الله kami percaya Ya الله Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.
Ya الله , dorongilah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.


Ya الله Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya الله .
Ya الله sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .
Ya الله janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari-hari mendatang.

Tapi Ya الله , andainya hari ini hari terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan cahaya iman, menerangi kasih sayangMu.
َYa الله Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله . Aamiinn..


P/S: Beberapa jam saja lagi, kita melangkah masuk ke fasa baharu PKPP... 

BILA MUSIM DURIAN SUDAH TIBA, PANTANG NAMPAK MESTI NAK!

$
0
0
BILA MUSIM DURIAN SUDAH TIBA, PANTANG NAMPAK MESTI NAK! | Kann kann sapa aje laaa kan yang bilamana dah nampak durian, mesti terkecur dan keje nak membeli ajee. Siapa lagi kalau bukan Suami Sis hahahaha. Sis anak beranak memang pengemar makan durian. Tak kiralah durian apa, selagi namanya durian, kami memang 'hantu' makan durian.

Boleh dikatakan dah 3 minggu berturut Sis dan Suami beli durian. Mulanya Suami beli di area Kong Kong sana, molek duriannya, kemudian Sis pula beli dari kawan Sis, durian baru luruh katanya, memang durian kampung benar. Dan semalam Suami pula beli lagi durian. Beli dengan anaknya kawan anak Sis yang menjaja durian Segamat di Kota Masai sana (gambar bawah). Sangat terbaekk duriannya.

Sekali beli RM100 hingga RM130, dapatlah anggaran dalam 6 hingga 8 biji. Yaa banyak sebab Sis tak suka durian yang sangat besar sangat. Suka yang sedang-sedang kecil aja. Kadang yang besar tu rasa dia manis, kami suka rasa pahit-pahit. Sekali kalau buka dapat yang pahit, berebut memasing hahahaha.

Puashatilaa setakat ni beli dan makan. Belum ada lagi kena yang busuk, berair atau masam. Sebab memang duriannya di jamin elok, siap penjual semua cakap, kalau tak elok, pulang balik dia ganti lain. Tapi alhamdulilah, semuanya elok-elok belaka, puas makan! tapi tak cukup hahahaha.

Yang peliknya, memang tengah musim durian ke ek? Sebab duk perhatikan, durian sekarang macam dah takde musim, sukahati je dia nak berbuah kann? Ermmmm....


Korang pula macam mana? Suka ke atau tak makan atau tak boleh bau durian? Yaa ada orang tak boleh langsung bau duriannya. Entah kenapa ek..dulu anak Sis yang sulung tak makan durian juga tau, memang bau pun tak boleh. Tapi bila melangkah masuk sekolah menengah dalam tingkatan 2 seingat Sis, tiba-tiba Ayahnya bawa balik durian, dia sendiri cuba nak makannya.

Dan sampailah sekarang, terus anak Sis tu boleh makan dan bau durian, kecuali buah Cempedak, haaaa tu memang dia tak boleh bau, kalau terbau, dia akan muntah dan pening migrain, jangan buat keje gile bawa balik cempedak ke rumah, habis di bebelnya. Selalu Sis beli time dia takde je hehehehe.

Bau durian kan wangi, sedap baunya kan kan...hahahahaha...tapi kalau dah berhari-hari, baunya agak masam dan maung gitu. Lagi kalau ko masuk dan bawa kereta, perghh bau dia, melekat berminggu-minggu kan. Dan lagi satu kalau dalam peti ais. Makk aii meraung bau melekat semua bau durian ke makanan dalam peti ais semua kann...dengan air sejuk pun rasa durian hahahaha, pening nak hilangkan baunya.

Tapi korang boleh cuba antara petua di bawah ni, untuk hilangkan bau durian dalam kereta atau pun dalam peti ais korang. Dalam rumah takpe, ko buang je kulit durian tu, spray le pewangi, kejap dah hilang baunya...


Petua Hilangkan Bau Durian

1) Tangkai durian
Cara mudah, ambil dua atau tiga tangkai durian dan belah hujungnya. Kemudian, lekatkan hujung tangkai itu pada jejari pendingin hawa kereta korang. Biarkan ia di situ selama beberapa hari hingga bau tersebut hilang.

2) Kopi
Ambil sedikit serbuk kopi dan balut dalam kain kasa atau kain sapu tangan. Biarkan ia semalaman dalam kereta. Serbuk kopi dalam uncang juga boleh digunakan hanya sangkut beberapa uncang pada mana-mana bahagian dalam kereta. Kopi sebenarnya berupaya menyerap bau-bauan secara efektif sama ada dalam kereta, bilik tidur dan bahagian-bahagian bertutup.

3) Roti
Ambil beberapa keping roti putih seperti jenama Gardenia atau lain. Koyakkan kepada beberapa bahagian dan letak merata dalam kereta korang. Biarkan semalaman, esoknya korang boleh rasai sendiri keberkesanannya. Roti boleh menyerap bau durian dengan berkesan.

Tak percaya cubalah sendiri.
Selamat mencuba ya!


P/S: Harini nak masak bubur durian, Suami minta masakkannya semangkuk 3 ulas duriannya hehehehe..

WORDLESS WEDNESDAY - NUTELLA BROWNIES

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - NUTELLA BROWNIES | Alhamdulilah akhirnya dapat juga Sis merasa air tangan Kak Azlita empunya blog Masam Manis ni. Semalam Sis order Brownies Nutellanya sempena promosi bulan Jun hanya dengan RM40 sahaja FREE delivery area Johor termasuk ke rumah Sis di Pasir Gudang. Rupa dan rasa jangan cakaplah, memang sukar nak tulis nak huraikan kesedapannya, sangat sedap dan rasanya memang sebenar-benarnya original brownies!.

InsyaAllah ada rezeki nak order pulak kek dengan kak Azlita. Nak buat hantaran dan juga kek kawin anak..one day...

Korang kalau nak cuba, boleh wahtsapp Azrul +6012-2827631 ni ya. Atau ke Instagramnya @azlitaaziz. Anaknya sendiri yang hantar browniesnya.





P/S: Rezeki si Mia semalam, datang dan dapat makan browniesnya. Kemain berketul dia makan hahahaha. 

RESEPI MUDAH SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE

$
0
0
RESEPI SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE | Sesekali masak western apalah salahnya kan, ini pun kebetulan pergi Hero Market terjumpa isi ikan salmon yang segar dalam kepingan besar. Itu yang Sis beli 4 keping dan masak buat makan malam sebulan sebelum puasa yang lepas. Ni baru membelek gambar baru nak up masuk blog hehehe.

Pada mulanya nak buat Salmon Grill ala sos teriyaki, tapi anak Sis pulak kata, dia nak buat sos butter lemon, so ikutkan aje la. Resepinya pun ikut yang anak Sis cari di google, entah resepi siapa entah. Sis tukang siap bahan dan tolong grillkan salmonnya aje.

Ayahnya pula bila nampak salmon tu kemain suka, sebab Suami Sis memang suka akan makan ikan salmon. Tak kisah masak apa sekalipun. Sebab diet pun ya, dan sebab dia suka rasa salmon tu, so bila nampak tu dia teruja. Siap tanya berapa ringgit ikan tu, nanti dia bayar balik hahahaha. Yeee Suami tau ikan salmon bukannya jual murah. Sis beli 4 keping tu je dah RM68 lebih. Bukan berkira, tapi orang yang selalu beli je yang tau harganya ya.

Dan kali ni, Sis kongsikan resepinya, kotlah nanti-nanti korang pulak nak mencubanya. Sebab rasa dia sedap sangat! Sos lemon dia yummy gile bila di curah atas ikan tu. Must try ya!



Resepi Salmon Grill Lemon Butter Sauce 

Bahan-bahannya : 
4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda (mayang)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lemon (ambil jus sahaja)
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun

Cara Memasaknya : 
1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
3. Taburkan lada hitam dan juga oregano.
4. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.
6. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak zaitun, kemudian panggang ikan hingga masak



Bahan-bahan membuat Sosnya :
1 atau 1/2 cawan butter
3 ulas bawang putih
Sebiji lemon
Garam
Black pepper

Cara-cara memasak Sosnya:
1. Panaskan kuali.
2. Masukkan butter.
3. Ketuk 3 ulas bawang putih.
4. Goreng sehingga wangi.
5. Perahkan sebiji lemon dan masukkan beberapa kepingan lemon.
6. Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.
7. Kacau dengan perlahan.
8. Biar mendidih. Setelah siap, boleh hidangkan dengan ikan dan sayur-sayuran pilihan korang.

Bila nak makan, sosnya korang tuang ke atas ikan tu, perghh yummy giler rasanya. Puas masak sendiri macam ni tau. Kata Suami kalau makan kat luar, sepinggan sekeping ikan je dah berapa. Ni beli RM60 dapat 4 keping, makan berjemaah dengan family.

Si anak Sis siap mendeko meja untuk makan malam tu, dah ala-ala makan malam di restaurant plak hahahaha. Datang rajinnya kata Ayahnya muehehehehe... Alhamdulilah..

So korang yang nak mencubanya, silalah, gerenti sedap!..
Selamat mencubanya..


P/S: Tiberr terasa nak mencari salmon le pulak...shedapnya lahaiii...

KALAU TAK SEBAB ADA INSURANS, SIAPA NAK BAYAR BIL BERPULUH RIBU TU?

$
0
0
KALAU TAK SEBAB ADA INSURANS, SIAPA NAK BAYAR BIL BERPULUH RIBU TU? | Harini Sis terpanggil nak bercerita dari pengalaman Sis sekeluarga yang keluar masuk hospital sebelum ni dan bilnya di tanggung sepenuhnya oleh insurans polisi Sis Etiqa Takaful (dahulu) dan pruBSN Takaful (kini) setelah bertahun Sis membeli dan membayarnya.

Yaa betul, memang tak di nafikan, nak ada insurans kena bayar setiap bulan, kalau tak bayar memang takde lah dapat membeli insurans. Tapi jangan sesekali kata tak mampu beli dan membayar. Sedangkan diri sendiri bekerja dan meraih pendapatan bulanan. Yang tak bekerja pun, jika usaha, insyaAllah pun boleh membeli insurans.

Yaa betul sekali lagi, banyak tanggungan nak di tanggung, banyak bebanan nak di bayar setiap bulan, tapi janganlah jadikan satu alasan atau bahan perli, yang pembeli insurans ni hanya orang have-have aje atau orang kaya, duit terlebih atau gaji besar. Jangan sesekali berkata begitu. (ayat makcik bawang sungguh!)

Kad Perubatan

Terdapat pelbagai jenis produk perlindungan di mana ia boleh bermula daripada perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra bajet dan termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik, bayaran caj berkaitan wad (bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan bermacam lagi).

Kad perubatan menyediakan perlindungan insurans/takaful kepada korang. Apabila kad perubatan ditunjukkan, pihak hospital akan menghubungi dan memaklumkan kepada syarikat insurans/pengendali takaful mengenai kemasukan, diagnosis dan rawatan yang ditetapkan. Syarikat insurans/pengendali takaful akan menyemak dan setelah kelayakan perlindungan disahkan, surat jaminan kepada hospital akan dikeluarkan bagi perbelanjaan yang dijangkakan.

Kad ini sering membantu keperluan untuk membayar deposit yang tinggi dan memfailkan tuntutan selepas korang menyelesaikan pembayaran. Bagi kes-kes bukan kecemasan, korang boleh menjimatkan masa dengan mendapatkan surat jaminan hospital korang daripada syarikat insurans/pengendali takaful beberapa hari sebelum kemasukan ke wad.

Kad perubatan yang korang daftar mempunyai senarai hospital panel. Korang perlu mendapatkan perkhidmatan di hospital panel yang telah disenaraikan untuk menikmati kemudahan jaminan insurans /takaful tersebut.

Ada faham?

Macam mana nak faham, sebab banyak Sis nampak dan perhatikan, kalau orang offer atau bercerita mengenai beli insurans ni, semuanya mengelak, semuanya buat-buat tak dengar je kalau kawannya bercakap, ada juga sampai tak angkat telefon pun ada, tapi korang tak tau, banyak sebenarnya faedah dan kebaikan jika korang menbeli insurans kesihatan ni. Sis sarankan, jika umur korang masih muda under 20 tahun dan sudah bekerja, belilah insurans sendiri jika masih bujang. Jika dah berumahtangga, belilah sesiap untuk isteri dan anak sebelum terkena sakit.


Persediaan sebelum sakit orang kata. Jangan dah sakit baru korang nak beli, masa tu dah tarak guna, insurans pun ada yang tak terima jika korang dah sakit, dan juga nak cover bil korang itu jam juga pun tak dapat, sebab insurans jangka masa membelinya belum matang. Sebab itu kata, beli sesiap sebelum sakit.

Pengalaman Sis sendiri, Suami memang ada sakit, pernah masuk hospital buat pembedahan steant jantung, bil hampir cecah RM53k, tu bayar sendiri tu, terduduk kejap rasa keluarkan duit sebanyak itu. Dan bila sekarang nak beli insuran, dia memang tak layak dah untuk membeli insurans sepenuhnya, ada pun hanya beberapa perkara je yang khas untuknya, sebab dah sakit, tapi atas sebab peringatan dan 'sakit' membayar bil, Suami belikan untuk Sis dan anak-anak.

Ini kerana dari pengalaman Suami sendiri ketika bila Suami sakit, time sakit redah ke hospital kerajaan, kemudian menunggu gilirannya sangat lama. Jenis Suami memang tak sabar. Tu yang terus ke hospital pakar. Ye laa orang dah sakit kann. mana ada tahap kesabaran dah.

Dari situlah puncanya Suami belikan Sis satu keluarga insurans dan bila kami sakit semua, terus aje di kejarkan ke hospital pakar berdekatan. Kebetulan juga tempat tinggal Sis yang sekarang, memang dekat dengan hospital pakar KPJ Pasir Gudang, makanya ke situ aje laa. 

Dan bagi diri Sis sendiri juga, memang tak menyangka akan sakit, dan akan ada jalani pembedahan, sampai bil beribu-ribu nak kena bayar. Tapi berbaloilah dengan apa yang kita dah bayar, semuanya akan korang rasa sewaktu menginap di hospital pakar. Tempat tidur, biliknya, kemudahannya, waktu melawatnya, dan makan pun main order je apa nak makan. So memang serba serbi selesa laa..

Bukan kata hospital kerajaan tu tak bagus, Sis tak kata pun begitu tapi Suami kata pada diri sendiri, reward untuk keluarga, kerja penat siang malam, cari duit untuk siapa? So bila sendiri, isteri atau anak sakit, bagilah layanan yang selesa dan dapat rehat dengan tenang, juga ada Doktor personal in chargenya. So inilah masanya kata Suami, beli insurans untuk keselesaan isteri dan anak-anak.

Bila sakit tak payah tunggu lama menunggu giliran, terus aje ke emergency tanpa risau duit ada ke tidak dan terus di rawat. Yang penting ada simpanan duit untuk membayar deposit jika kena tahan wad ikut polisi yang kita amik, tu jer.


Rasanya dah 3 kali kot Sis menggunakan insurans medical card Sis untuk membayar bil hospital. Pertama dulu tahun 2010 tak silap, ketika mula Sis kena jangkitan kuman buah pinggang, warded di KPJ Abu Samad, bil hospital kena RM8k tak silap Sis selama 4 hari 5 malam. Masa tu Sis guna Etiqa Takaful. Now dah tak guna dah. Bertukar ke PRUbsn Takaful pula.

Kemudian awal tahun 2017, Sis kena serangan hypertension, Sis warded di Hospital Penawar Pasir Gudang, stay situ hampir 8 hari, bil cecah hingga RM15k lebih. Dan sekali lagi pihak insurans bayar.

Kemudian kali ketiga tahun 2019 Sis masuk KPJ Pasir Gudang buat pembedahan Laparoscopy buang fibroid Sis. Duduk di wad selama 5 hari 4 malam, bil hampir RM24k macamtu.

Tahun 2020 bulan Februari kot, sekali lagi masuk ward lagi, Sis buat rawatan Tonsil, masa tu demam berulang-ulang dan batuk-batuk kuat. Sis buat rawatan dulu, Doktor sahkan Sis ada Tonsil. Tapi sebab keadaan negara tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa tu, makanya pembedahan Sis di tangguhkan hinggalah sekarang.

Kalau kira-kira semua, dah berapa banyak dah Sis guna duit insurans untuk membayar bil tu, banyak giler kan.. tapi tu laaa berbaloi le juga, bila sakit, duduk hospital pakar, dapat berehat dengan cukup selesa. takde laa terkilan membayar polisi tetiap bulannya tu kan.

Orang kata bayar insurans ni ukur badan sendiri. Yaa Sis setuju. Sebenarnya ada banyak tawaran dan pakej yang mampu bayar yang boleh korang amik, cuma korang kena alert, kalau sedikit bulanan korang bayar, maka sedikitlah polisi covernya jika berlaku apa-apa, di situ korang kena amik tau dan fahamkan. Tak tau tanya.

Jujurnya Sis pun banyak benda yang tak tau bab insurans ni, sebab semua di uruskan oleh Suami Sis, Sis tau bila sakit, pergi hospital, tunjuk kad medical, dan kemudian warded, tu jer hahahaha. Dapat plak agen yang bagus, sentiasa follow-up kita, so makin senang laa urusan kita. Semua agen yang urus.

Setakat harini, bukan Sis aje yang dah guna insurans buat bayar bil Sis, anak Sis pun sama. Berkali-kali pulak tu, ketika Yana kena serang Slip Disc. Korang boleh baca artikel posting Sis berlabelkan Slip Disc. Kalau tak sebab insurans, siapalah nak bayar bil hospital berpuluh ribu tu weyy...

Setakat ni anak sulung dan anak bujang Sis aje yang belum pernah masuk hospital dan guna insurans ni.. tapi persiapan dan persediaan dah ada, yaaa Sakit tak kira masa, tu lee kekdahnya... alhamdulilah.


Sis pun taknak bercakap tentang insurans mana yang baik dan tidak. Dan juga taknak bercerita berapa bayar bulanan Sis sekeluarga. Sebab pilihan atas tangan korang sendiri. Bijak memilih bijak mengatur, insyaAllah semuanya dipermudahkan. Bukan kata, 'Sis ni cakap senang laaa, sebab mampu bayar', tidakk, bukan begitu, tapi 'beringat', tanya pada diri, inginkan keselesaan, tepuk dada tanya selera. Ye dakkk...

Sebelum memilih perlindungan yang diperlukan, lebih baik untuk memahami dengan lebih jelas asas insurans/takaful itu sendiri. Dengan pelbagai terma industri yang wujud pada ketika ini, konsep insurans/ takaful dan cara ia diperkenalkan mungkin agak sukar untuk kita fahami.

Umpama pepatah Sediakan Payung Sebelum Hujan, itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, Malang Tidak Berbau, sudah pasti kita semua akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.

Kalau korang nak tau lebih lanjut dan ingin tau pakej yang tersedia ada dan mampu bayar serendah RM50...Sis rekemen kat korang perunding Takaful yang Sis kenali ni yang boleh membantu korang dalam segala pertanyaan kemusykilan korang.

Jangan malu nak bertanya, malu bertanya sesat jalan. Korang boleh hubungi Harish Mustak | PerundingTakaful +601 7711 4250 .


P/S: Ni pun tunggu wabak Covid19 reda, baru Sis nak buat pembedahan Tonsil tu.. 

WORDLESS WEDNESDAY - SUARA HATI

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - SUARA HATI | Aku diam bukan beerti aku suka, jauh sekali aku terima, tapi aku sedang memerhati, setiap gerak geri, langkah dan kata-kata yang aku lihat dari mata kasar.. tapi dalam pada aku diam, aku cuba sabar, sabar dalam setiap ruang yang ada.

Satu hari nanti, pasti aku akan cerita, bertanya, dan berdepan dengan segala persoalan yang entah mana aku sendiri pun tak pasti jawabannya...hanya satu perkara yang aku pasti... kifarah!..

Akan datang satu hari nanti, kau juga akan rasa sakitnya seperti mana apa yang aku rasa..



P/S: Live update sementara menunggu Suami balik kerja... 
Viewing all 4427 articles
Browse latest View live