Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4471 articles
Browse latest View live

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020

$
0
0
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020 | 'Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar, Laa ilaaha illallahu wallahu akbar , Allaahu akbar walillaahil hamd’'...takbir bergema memandakan kita sudah pun memasuki bulan Syawal yakni bulan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa.

Ramadhan pun sudah pergi meninggalkan kita, insyaAllah ada umur, kita bertemu lagi dengannya, jika tidak, moga segala amalan kita yang telah sudah, Allah rahmati dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Aaamiinn...insyaAllah ..

Hari ini umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri atau dikenali sebagai hari raya puasa (1 Syawal) dengan penuh kemeriahan. Terdapat pelbagai amalan yang digalakkkan untuk dilaksanakan sebagai bukti tanda kesyukuran kita  kepada Allah sepanjang perayaan tersebut.

Antara amalan yang dikhususkan adalah Takbir Raya. Takbir itu sendiri bermaksud mengagungkan dan membesarkan Allah dengan lafaz zikir tertentu. Amalan takbir raya ini dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran terhadap keizinan Allah memberi peluang kepada kita untuk beribadah sepanjang bulan-bulan mulia tersebut. Ianya antara syiar yang disunatkan bagi kita untuk melaksanakannya yang kaifiatnya diperoleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwariskan pada generasi ulama berikutnya.

Cuma tahun ini 2020 kita sambut dalam serba 'Normal Baharu', kerana negara kita Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dan semua mesjid dan surau masih lagi tidak boleh di buka untuk orang ramai solat hari raya termasuk juga ziarah hari raya.

Kita hanya boleh berhari raya pada hari pertama sahaja dan tidak dibenarkan merentas negeri/daerah (dengan alasan kukuh) dengan alasan hanya nak berhari raya. Kang ada korang raya kat atas jalan je gara-gara kena patah balik, jangan buat keje. Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan sentiasa memantau kita ookay.

Tu satu hal, paling serius, jangan sampai kita ziarah raya, kita plak jadi pembawa wabak virus Covid19, tak pasal-pasal semua kontak dekat kita jadi mangsa. Korang tak sayang nyawa ke? Atau tak sayang insan tersayang korang ke?..

Pilihan di tangan korang! ..


Dengan kesempatan ini, Sis selaku admin blog www.sislin76.com& FB Pages Aku Sis Lin, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika selama Sis menulis ada tersalah ayat dan ada yang terasa, mohon maaf, tapi biasalah, siapa makan cili dia rasa pedas kan..opsss....oitt raya raya! Hahahaha...

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri, 
Tanda ingatan tak lupa dihati.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

Raya pertama cantik berseri, 
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ingatan tulus ikhlas dari Sis dan keluarga.
Dan juga dari team JDT Blogger ..


P/S: Al-Fatehah buat mereka yang telah tiada..

MENU DI PAGI RAYA YANG JADI PILIHAN AKU SEKELUARGA

$
0
0
MENU DI PAGI RAYA YANG JADI PILIHAN AKU SEKELUARGA | Assalamualaikum korang! Apa khabar? Masih dalam mood raya ke tu? Harini diam tak diam, kita dah pun masuk 4 Syawal, ikutkan yaa memang masih dalam mood berhari raya lagi, tapi di sebabkan kita patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita hanya boleh beraya pada hari raya pertama sahaja, makanya, masuk hari kedua, takde laa lagi hari rayanya. Duduk rumah makan tidur hehehe.

Tapi pun masih ada juga yang berdegil ek, yee tau nak raya bersama keluarga, tapi sabarlah dulu, ikut arahan yang di perintahkan...ni takkk... ehh dia sibuk beraya sana sini, sampai berkumpul lebih dari 20 orang dalam satu masa. Polis datang pun kemain menjawab ek, ermmm sukahati ko lerr, janji ko jangan datang beraya rumah Sis hahahaha..rumah Sis tahun ni NO OPEN HOUSE!.

Berbalik cite raya Sis sekeluarga tahun ni, memang sangat-sangat berbeza. Seminggu sebelum raya, kami memang sibuk mengemas rumah, boleh di katakan tahun ni rumah yang raya over hahaha. Suami pun sampai ke pagi semalam masih lagi sibuk mengemas dan menyental lantai luar yang dah kali ke berapa dia sental entah, hehehehe. Ye laa sebab tak kemana-mana so memang mengerjakan rumah aje kejenya. Ada je yang nak di buatnya. 

Dan pagi raya tahun ni pun Sis relax-relax aje, tak kelam kabut nak bersiap ke rumah Emak, biasa malam raya Sis dah siap masak, then pepagi rfaya esoknya dah keluar awal sebab Suami dan anak bujang akan bersolat hari raya depan rumah Emak, tapi tahun ni, semua di rumah sendiri aje, alhamdulilah. 

Dah selesai solat raya dan takbir berjemaah, baru Sis turun dapur masak menu raya, yaa tahun ni pagi raya baru Sis masak okay!. Tak susah mana pun, bahan semua dah siap, so cuma tinggal tumis dan masak aje. Ketupat dan Palas pun dah siap sedia, tinggal masak lauknya aje. 

Menu apa yang Sis masak pagi raya? Menu seperti biasa, cuma tahun ni takde Rendang Daging heheheh... Jom kita tengok..

Ketupat Anyam sendiri okay hehehe.. Daun banyak tak molek, siap anyam hanya dapat dalam 38 biji aje, jadi laa dari nan ado kan.. Ketupat ni wajib ada!..

Ketupat Palas. Palas ni Sis order dalam perjiranan Sis. Sekilo RM28 dapat laa dalam 24 biji. Sedap, yang ni di panggil Palas Lemak. Boleh order lagi lepas ni.. 

Ayam Masak Merah air tangan anak Sis,Yana. Tiap tahun mesti dia nak masak merah ni. Sebab Ayahnya masak ayam kampung, anak-anak Sis tak makan ayam kampung kecuali si bujang hehehe. 

Ni dia Ayam Kampung Masak Semur (kicap) style Jawa. Peberet Suami all time. Masak hari-hari pun tak apa katanya. Dia aje makan bertambah-tambah..suka nengoknya..

Sayur Lemak Lodeh. Menu wajib ada juga kalau di Johor. Sis kali ni masak pekat-pekat, sedap woo makan dengan kuah kacang, yummy!

Sambal Goreng Paru & Tempe. Masak bahan mana yang ada sebab tak terfikir nak masak Sambal Goreng ni, so masak je la apa yang ado hehehe. Pun sedap licin hehehehe

Sambal Kacang Meletop hahaha. Biasanya tiap tahun makan sambal kacang Emak, tapi tahun ni Emak plak merasa masakan anaknya hehehe. Lulus tak Emak? Heheheh..

Alhamdulilah. Sekali lagi sihat dan Sis dapat peluang memasak untuk keluarga tersayang. Bila lihat anak-anak dan Suami makan bertambah-tambah, kita yang belum makan duk tengok pun dah happy sangat kan..

Sis dah hampir 26 tahun berkahwin, dan setiap tahun juga akan beraya dan memasak di rumah sendiri dulu baru ke rumah Emak. Belum ada lagi Sis sekeluarga bermalam dan berkampung di rumah Emak beraya dan masak di sana. Sebab Suami lebih suka masak, dan meriahkan rumah sendiri dulu, makan bersama dan kemudian baru keluar berhari raya..negitulah Sis setiap tahun.

Emak Sis dekat aje di Kampung Melayu, kalau family Suami semua di Sabak Bernam dan juga Klang. So kalau balik beraya, dah banyak raya baru kami semua balik. Tahun ni rasanya tak baliklaaa..

Ada juga le dulu masa anak-anak Sis kecik, kami balik kampung beraya di Sabak Bernam ketika arwah MIL masih ada, now dah takde orangnya, tinggal kakak-kakakanya Suami, so memang tiap tahun akan beraya rumah sendiri dulu aje laa..

Resmi family Sis, tiap pagi, dah siap semua pakai cecantik, then berkumpul dulu, bersalam-salaman, kemudian baru makan berjemaah, dan lepas tu baru ke mesjid solat raya. Ini memang dari dulu sampai sekarang Sis amalkan. Arwah Abah Sis ajar kami semua begitu. Tak boleh ke mesjid dengan perut kosong.

Korang macam mana pula?..

Okaylah, stop sini dulu ya..nanti sambung lagi cite raya kita..
Nanti free Sis blog walking ya... OkBai..


P/S: Tahun dapat lihat Suami paling excited berhari raya!.. Terima kasih Suamiku, moga dimurahkan rezekinya dan sihat selalu!...aamiinn..

INI AJE GAMBAR RAYA PKPB AKU BERSAMA KELUARGA

$
0
0
INI AJE GAMBAR RAYA PKPB AKU BERSAMA KELUARGA | Untuk raya tahun 2020 ni, boleh di kira gambar raya kami sekeluarga dalam handphone memasing hahahaha...memang takde amik gambar sangat pun..yang sempat tu lee pagi raya sebelum bersalam-salam. Yang bestnya, tahun ni Suami yang beriye nak bergambar dan jadi tukang amik gambar Sis dan anak-anak guna handphone dia hahaha..

Ikutkan Suami tu memang susah nak bergambar, tapi tahun ni, dia yang nak bergambar dan siap pegang handphone amikkan gambar Sis dan anak-anak. Handphone Sis letak tepi jerr, semua guna handphone dia kekekeke..Jadilah janji ada gambar kenangan raya 2020 PKPB tahun ni. Memang tak kemana pun, so memang takde nak keluar bergambar.

Sebelum ni dah 3 tahun kami bergambar di studio bersama family adik-adik dan juga Emak Sis, so tahun ni, takde gambar-gambar. Anak-anak pun berOOTD gitu-gitu je laa kat taman mini Sis tu. Jangan kan kata gambar keluarga tak ada, gambar dengan adik badik, gan Emak dan anak saudara semua pun takde untuk tahun ini. Redha aje la.

Janji kenangan manis raya bersama insan-insan tersayang kita tu, kita simpan jauh di sudut hati, walaupun tak bergambar kann..

Sempat lagi Suami snapkan sewaktu Sis dan anak-anak dah beratur nak bersalaman dan collect duit raya hahahaha..
Raya tahun ni kami semua takde sedonodon dan beli baju raya sepakat, memasing semua beli sendiri, kecuali baju Sis, Suami yang belikan. Tapi ada jugalah baju Sis yang dah awal-awal Sis beli. Yaaa Sis ada 6 pasang baju raya ko tahun ni hahahaha...tapi semuanya memang Sis dah siapkan sebelum PKP lagi, konon nak pakai pi Buffet Ramadhan sana sini, tapi tak kesampaian, semua belum di pakai lagi.

Makanya jadi bertambahlah baju raya Sis. Dan pulak yang mana Sis hantar jahit kedai, boleh plak siap serentak semua hahahaha..nak taknak amik aje laa kan..tak pakai yee simpan, baju bukannya basi pun kan..


Yang ini pun Suami yang amik, sebelum kami semua makan berjemaah sama. Lawak tau si bujang tu, rambut PKP katanya hahaha...adeiii 
Baju anak-anak pun sama, mereka dah beli awal-awal sebelum PKP juga. Kecuali Yana, last minit beli juga baju raya, konon taknak beli hehehehe..Kalau si bujang Sis plak, bajunya tu baju tahun lepas, baru pakai sekali katanya, so recycle aje tahun ni, bukan nak kemana pun katanya.

Baju Suami pun sama, Sis ada belikan dia kurta warna biru gelap, tapi bila nampak Sis pakai baju warna hitam, ehhh dia pakainya baju melayu lama dia plak...dah dua-dua warna hitam sedondon plak.. nasib baik muat ek hahahahaha...

Tahun ni kira banyak gak le jimatnya, takde nak membeli sangat, Sis pun boleh persiapan raya untuk diri sendiri awal-awal dah buat, memang tak jangka keadaan akan macam ni, kalau tau awal macam ni, memang langsung Sis ko tak beli kakakakakah lagi jimat hahahaha...

Tapi takpe, janji duit raya memang Suami dah sesiap sediakan. Baik untuk anak-anak Sis, untuk anak saudara, adik-adik dan juga Emak. Yang lain siap sedia je isi untuk stanby, mana jumpa bebudak, sedekah aje kan..

Sis suka amik gambar, nanti bila time mood sedih ke, mood celaru ke, Sis suka tengok balik, walaupun kadang satu gambar tu punya seribu satu kenangan yang mungkin akan menyakitkan hati kita...tapi ada juga yang bila kita lihat, buat kita tersenyum....

Gambar raya korang mesti meriah kan?! ...


P/S: Ramai yang kata, kami semua muka dan senyum sama aje dalam gambar, ye ke? Hahahaha... 

WORDLESS WEDNESDAY - SUP GEARBOX

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - SUP GEARBOX | Sehari sebelum raya, Sis masakkan Suami Sup Gearbox atau senang nak cakap 'Sup Lutut' untuk berbuka puasa. Sis order dalam perjiranan Sis, sekilo RM 18, dah kebetulan order Ayam Kampung, tu yang order sekali tulang gearbox.

Tapi sekali sampai tulangnya, kuss semangat, kemain besarnya lahaiii...tapi puashati, walaupun besar tulang namun banyak juga isinya tu...rebus guna periuk Noxxa, kejap aje empuk isinya.

Yang suka makannya Suami dan anak bujang Sis. Yana sikit-sikit bolehlah, bila nampak besar macam ni, terus dia taknak hahaha.. Kakaknya pulak memang tak makan daging..Sis masak resepi sup biasa je, tapi kemain sedap, makan dengan sambal kicap, perghhh berkipas peluh keluar hahaha..




P/S: Senang dan mudah bila perjiranan rumah dah ada amik jualan online, order terus sampai rumah.. 

E-TAILER BARANGAN KEMAS MEWAH MEMPERKENALKAN PAMERAN SECARA MAYA DALAM NORMAL BAHARU

$
0
0
E-TAILER BARANGAN KEMAS MEWAH MEMPERKENALKAN PAMERAN SECARA MAYA DALAM NORMAL BAHARU | Korang pernah dengar nama Qlassico? Qlassico adalah e-tailer barangan kemas mutiara mewah tempatan. Dan kini mereka telah melancarkan kemudahan janji temu secara maya bagi menambah sentuhan peribadi kepada pengalaman membeli-belah secara dalam talian. Inisiatif ini sebagai menghadapi normal baharu selepas Covid-19.

Walaupun pembeli dalam talian boleh menjadualkan pameran peribadi di luar talian dengan penjual untuk melihat barangan kemas mutiara secara lebih dekat, namun ini bukanlah pilihan terbaik pada masa yang kritikal ini di mana penjarakan sosial telah menjadi satu kebiasaan.

Pembeli dalam talian dapat berinteraksi dengan perunding barang kemas di rumah mereka sendiri

Bagi memastikan pembeli dalam talian dapat terus menikmati perkhidmatan secara peribadi yang diberikan oleh perunding barangan kemas, Qlassico telah memperkenalkan pengalaman membeli belah secara maya. Usaha ini dapat memberikan pengalaman membeli-belah peribadi dengan kualiti yang sama seperti pameran peribadi secara percuma.

Perjanjian maya boleh dijadualkan di laman web Qlassico

Janji temu secara maya dilaksanakan melalui aplikasi sidang video di mana pelanggan boleh berinteraksi secara terus dengan perunding barangan kemas dan melihat barangan kemas mutiara dengan selesa dari rumah masing-masing. Janji temu secara maya mudah diatur dengan menghantar butiran hubungan dan slot masa pilihan anda melalui laman web Qlassico di https://qlassico.com.


Pengguna dapat melihat barang kemas secara langsung semasa sesi tontonan maya

“Pandemik ini telah mengubah cara hidup dan kita perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baharu. Dengan menyediakan perkhidmatan secara digital, para pembeli dalam talian dapat menikmati perkhidmatan peribadi sebelum memuktamadkan transaksi dalam talian dengan teratur dan selamat
.” kata Wong Chee Sheun, pengasas bersama Qlassico.

Selain daripada meningkatkan pengalaman membeli-belah barangan kemas mewah secara dalam talian semasa tempoh yang mencabar ini, Qlassico turut menzahirkan sokongan mereka kepada masyarakat dengan menyumbang kepada tabung wabak Covid-19.

Sila layari laman web https://qlassico.com untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melayari profil Instagram dan Facebook @qlassico.


P/S: Serba serbi semua di hujung jari sahaja kan..kalau tak kawal nafsu, semua nak di belinya hahahaa. 

MASAK LAKSA JOHOR KURANG BAHAN, JANJI SEDAP!

$
0
0
MASAK LAKSA JOHOR KURANG BAHAN, JANJI SEDAP! | Yang penting sedap, kan kan... Menu Laksa Johor ni memang dari masa sebelum puasa lagi nak buatnya, pastu tertangguh sampai masuk bulan puasa, bila dah puasa, tak kowser le nak buat, beli aje le kann, so ni dah masuk raya, makanya keinginan tu dapatlah di tunaikan, alhamdulilah.

Tapi yang jadi masaalahnya, bahan plak tak cukup. Kalau bab kuahnya, okay semua cukup dan secukup rasa, tapi bab bahan nak buat makannya tu je yang kurang cukup. Sebabnya, memana Sis pergi kedai susahnya nak cari timun dan daun kesum, pelik beno, aishhh korang buat apa haaa timun dan daun kesum???...

Dapat beli sebatang aje timun, tapi alahaii buruk bebeno rupa bentuk timunnya hahahaha, jadilah dari takde, daun kesum pun guna sedia ada dalam peti ais Sis, pun bolehlah dari takde. Nasib baik taugeh ada, molek plak tu, lobak asin pun guna stok kat rumah aje, so itu aje la bahan yang ada, nak tambah kacang panjang pun takde kat kedai semalam, ermmm...limau beli je, nasib ada.

Cuma, Sis tak buat sambal belacan mentah tu, sebab kuah Laksa Johor semalam tu terpedas sikit, so anak-anak kata tak payah laa sambal..hehehe..


Sebenarnya semalam ada kawan anak Sis nak datang beraya, memang jujurnya mulanya Sis tak bagi datang, sebab ye laa kita ikut arahan semasa tempoh PKPB ni kan..tapi berulanglah anak Sis kata, hanya 5 orang sahaja, mereka tu semua kawan rapat dia dan mereka hanya nak datang sekejap aje, kebetulan semalam juga besdaynya anak angkat Sis,Nadia tu haa..

Dan akhirnya Sis membenarkan juga kawan anak tu datang beraya ke rumah. Tapi dengan syarat, sebelum masuk check suhu dan ikut SOP rumah Sis...

Jadi rezeki merekalah dapat merasa Laksa Johor Sis dan juga menu Soto yang di masak oleh anak Sis,Yana juga. Ikutkan hanya Soto aje menunya, tapi Sis nak sangat masak Laksa Johor, tu yang pepagi turun measak, so jadilah 2 menu semalam, janji puashati dapat makan. 

Selesai masak, dan Sis makan dulu, kemudian tunggu tetamu sampai, then Sis terus naik atas, anak aje yang melayan tetamu. Bukan tak sudi, tapi kita amalkanlah Social Distancing, tak perlu ramai-ramai di bawah nak melayan tetamu..


Inilah kawan rapat anak Sis,Nadia yang nak sangat datang beraya semalam jumpa Yana dan Sis, anak angkat Sis ni haaa..baru kawin, alaa ada Sis up ceritanya sebelum ni, cari linknya Sis dah lupa letak tajuk apa hahahaha.. 

Masa Nadia ni sampai dengan Suaminya, Sis ko terpukau dengan baju dia woii, lawa gilekk hahahaha...siap dah minta dah IG si penjual tu hahahaha...biasa lee mata Sis ko ni pantang nampak purple gitu, geramm nengok!..harap-harap ada le saiznya hehehe..

Apapun, happy birthday buat anak Mak,Nadia, moga sihat selalu dan cepat-cepat timang baby, tapi tunggu tahun depan tau kakakakah..kasi brekkkkk dulu hahahaha...

Okaylah..tu je nak cite harini, Sis ko blur tau nak update apa, dah le tak kemana-mana, gambar pun tak banyak, so tak tau nak update apa hahahaha...tapi takpe, Sis tetap nak update dan kongsikan apa yang Sis rasa nak kongsi.. janji update hehehe..


P/S: Lawa plak nengok mini taman Sis yang 90% siap tu, sikit je lagi yeee...

LEGOLAND® MALAYSIA RESORT PRIMED FOR NEW MEASURES IN PLACE

$
0
0
LEGOLAND® MALAYSIA RESORT PRIMED FOR NEW MEASURES IN PLAC| With the strong support from the government and frontliners, Malaysia has been making huge strides in handling the Covid-19 pandemic. As economic activities continue to resume in phases, many businesses and industries are preparing ahead to reopen while adjusting to a new normal that prioritises public health.

LEGOLAND Malaysia Resort is excited to present a glimpse of the new era for theme parks and resorts, where there can be a semblance of normality that guests can return to. LEGOLAND believes that the road to reopening starts with setting a new standard for safety and hygiene, before reinvigorating domestic travel by introducing attractive offerings with flexibility at core.


Our goal is to keep everyone safe, including our LEGOLAND team and community. We have cautiously evaluated and set new protocols that will allow us to meet and exceed the guidelines put in place by the Ministry of Health. Once the Conditional Movement Control Order has been eased and theme parks are allowed to reopen, we will be ready to welcome our guests to the ultimate all-in-one destination for a fun and adventurous family vacation,” said C.S. Lim, Divisional Director at LEGOLAND® Malaysia Resort.

The safety measures, flexible booking policies and promotional deals are critical as part of the move to revive domestic tourism while ensuring visiting families a balance between safety and leisure. As one of Malaysia’s leading holiday destination, we have a role to play in restoring and reenergizing the tourism industry, an important segment that will contribute to the nation’s economic recovery,” Mr. Lim added.

Ramping up Safety and Hygiene 

Throughout the temporary closure, the resort has taken the opportunity to step up its preventative measures as it prepares to welcome guests back. Safety and hygiene will continue to be LEGOLAND’s top priority in the ‘new normal’. As such, guests will be seeing new measures during their next visit, including:

  • Social distancing and crowd control
  • Hygiene and disinfection protocols
  • Enhanced cleaning and sanitization



Guests will still enjoy the unique LEGOLAND experience with peace of mind knowing that their families are in good hands at the resort.

As much as we are excited to resume our operations, we will take the lead from the Malaysian government when theme parks are allowed to reopen. It is our responsibility to comply with the requirements and work closely with relevant authorities to ensure that our resort is safe for the public. As part of Merlin Entertainments, we have also been sharing and applying many learnings and best practices among our sister attractions in a collaborative effort to align ourselves with the highest level of compliance,” Mr. Lim concluded.

Reinvigorating Tourism by Extending Flexibility and Value

LEGOLAND is announcing a variety of attractive pre-opening ticket and accommodation offers where families can pre-book and plan for their next holiday. The promotions also come with extended validity period that is relatively longer than the usual packages. Some of the offers include:

  • 3-month extension for all Annual Pass– Valid for passes that have expired or are expiring between February – December 2020
  • Limited Time Annual Pass Renewal– Annual Pass renewed from now onwards will be valid until December 2021
  • Free Hotel Stay for New Annual Pass Purchase– Buy 5 Annual Passes and get 1 Night Hotel Stay for free


In the meantime, families who want to enjoy the ultimate theme park experience from home can also head over to LEGOLAND’s online retail store. The store not only stocks popular LEGO sets but also offers fans a chance to purchase theme park-exclusive and hard-to-find sets from the comfort and safety of their home.

As an added value, shoppers can enjoy a variety of complimentary deals and gift bundles that offer savings of up to 45%.


The ultimate all-in-one destination reveals how it will adapt to the new normal without compromising on health and safety.

For more updates, promotions and details about the reopening of the resort, head over to the official website, https://www.legoland.com.my/ or via the social media pages on Facebook and Instagram.


P/S: Rindu plak nak bersuka ria di Legoland ni... ermmm ..

TAK DAPAT MAKAN DURIAN MUSANG KING, MAKAN AISKRIMNYA PUN JADI LAAA

$
0
0
TAK DAPAT MAKAN DURIAN MUSANG KING, MAKAN AISKRIMNYA PUN JADI LAAA | Sejujurnya sepanjang Sis ko bernyawa ni, hanya sekali aje dapat makan aiskrim Musang King, tak silap tahun lepas sewaktu ikut Suami ke Paka then ke Kuala Lumpur, singgah beli di Bentong sana. Yaa itulah pertama kalinya makan durian Musang King.

Harga ko jangan cakaplah, mahai nauzubillah, memang peliklah kalau ada orang sampai hampir tiap minggu boleh makan durian musang king tu, sanggup woii bayo memahal semata nak puashati kan diri sendiri, kalau jenis Sis, cukuplah sekali sudah...bukan lokek, tapi macam tak berbaloi, mahal-mahal dapatnnya sebiji dua, baik borong durian kampung boleh dapat sebakul lagi..hehehehe..

Tapi memang rasa dia the best! Rasa durian sebeno kata orang, isinya tebal dan rasa dia pahit-pahit manis, arghh susah nak cakaplah, ngencess jejes ayaq liuq Sis hahahaha...

Dan sejak-sejak ni, dari mula puasa lagi, dah macam masuk musim durian plak Sis nengoknya, sana sini orang up, siap ada delivery ke rumah lagi buah durian ni tau.. Sis ko menahan nafsu aje bila nampak kat timeline facebook tu haaa...pernah sekali nak terbeli, tapi bila tanya, sudah takde stok, dah habis dah, phewwww kempunan juga masa tu tak dapat, tapi kira selamat lee tak membeli, sebab Suami bising bila dapat tau Sis nak beli durian online hahahaha...

Dan untuk tidak menjadi kempunan, lain yang nak di beli, sekali ternampak plak Aiskrim Durian Musang King ni hahahaha..


Mulanya nampak si Syahirah Sabri tu makan, siap dia buat video lagi ala Mukbang masa makan aiskrim ni, terliur nengoknya oii...fikir-fikir mana lee nak dapat, sebab tau dia tu duk Kedah sana..takkan nak suruh delivery...

Dah kata rezeki, sambil membelek facebook group Bazar Online Johor tu, sekali ternampak aiskrim durian musang king ni, apalagi, Sis terus wahtsapp seller tu dan bertanya area mana. Bila seller jawab, katanya takde COD tapi pick-up sendiri di Bukit Indah, terus Sis wowwww area taman rumah lama Sis sebelum ni rupanya, apalagi terus book 5 ketul aiskrim durian musang king ni dengannya hehehehe..

Esoknya anak Sis,Yana ada keluar ke Angsana, Sis minta dia pi amikkan aiskrimnya. Dah tau tempat so senang nak tujunya..

Masa mula seller kata seketul RM 13, Sis memang tak terkejut, sebab memang faham laaa kan kenapa mahal, sebab guna durian musang king, ko beli je dah mahal, lagi nak buat aiskrim plak. Tapi bila ko dah beli dan makan....perghhhhh nikmat rasa dia tu, masyaAllah... makan tutup mata, mulut terkatup rapat oiii...sedap nak mateyyy (kata budak wechat) hahahahahahaha...


Memang puashati walaupun mahal sampai RM 13 sekalipun. Tapi awas! Makan sekali memang tak cukup hahahaha sudahnya Sis ko order lagi kakakakakah. Cuma kena tunggu stok baru sampai, nanti seller bagitau.

Aiskrim ni tidaklah 100% isi durian musang king, tapi hanya 54% aje, pun dah tersedap sangat okay! Cukup rasa durian dia tu, kaw giler!! .. beza dengan makan aiskrim durian biasa tu haaa.. yang suka durian pasti akan sukakannya, yang tak suka tu, ko cium plastik aiskrimnya pun kompom nak termuntah gak, sebab plastik pun bau duriannya kuat, apalagi kalau makannya hahahahaha...

So kalau korang area Johor Bahru yang nak beli dan dapatkan aiskrim ni, ni Sis bagi nombor seller tu. Takde COD, korang kena pick-up sendiri, area Bukit Indah. Korang contact Celine : +60 12-532 9898 .

Pastikan jangan beli satu ya hahahaha...


P/S: Order kali kedua ni, Suami yang bayar hahaha sebab dia punya aje 2 ketul kakakakah. 

TOUCH ‘N GO eWALLET AND NATIONAL KIDNEY FOUNDATION COLLABORATE FOR A NOBLE CAUSE

$
0
0
TOUCH ‘N GO eWALLET AND NATIONAL KIDNEY FOUNDATION COLLABORATE FOR A NOBLE CAUSE | Touch ‘n Go eWallet and the National Kidney Foundation (NKF) of Malaysia recently announced a fundraising collaboration for NKF's underprivileged kidney failure patients. The collaboration between Malaysia’s first non-governmental organisation to offer haemodialysis treatment and Malaysia’s largest e-wallet platform will enable users of this eWallet to contribute towards NKF'S cause.

Touch ‘n Go eWallet users in Malaysia can now scan the QR code on NKF's website and donate their preferred amount − with all proceeds donated directly to NKF Malaysia.


It is essential for dialysis patients to come for dialysis treatment 3 times a week to survive. Every year, NKF needs to raise RM26.5 million to subsidise the cost of dialysis treatments for the 1,712 patients at our 27 dialysis centres nationwide. The majority of NKF’s patients are generally from the lower income group, who cannot afford the higher cost at private medical facilities. So, it is crucial they have access to affordable dialysis treatment,” said Dato' Dr Zaki Morad Mohamad Zaher, Chairman of NKF Malaysia.

As an NGO, we are grateful for the support and generosity of Touch ‘n Go eWallet and its users − provided through this fundraising campaign. We will ensure that the donations made towards NKF will be used prudently so we can continuously carry out our duties for our patients − keeping them as healthy as they can be. Together, we can fight this! Together, we can do more for everyone,” he added.

Ignatius Ong, Chief Executive Officer of TNG Digital Sdn Bhd said, “The Touch ‘n Go eWallet is consistently identifying ways to give back to the community especially to those in need. One of them is being able to provide a much more convenient way for the ‘rakyat’ to offer financial relief and a helping hand to vulnerable communities through local non-governmental organisations (NGOs) in our network. 



We want to do our part in supporting NKF Malaysia’s efforts through our user base of over 10 million by advocating a digital, cashless platform through which donations can be given. This is more than just an immediate response − this is a long-term solution. Enabling NKF Malaysia with the Touch ‘n Go eWallet means that they now have a safe, seamless and quicker avenue to receive donations, 24/7” he added.

Touch ‘n Go eWallet users in Malaysia who are interested in contributing towards the organisation's
efforts for dialysis patients can follow these simple steps:

  1. Save or take a screenshot of the QR code on NKF's website
  2. Tap on the “Scan” function in Touch ‘n Go eWallet
  3. Tap on “Scan from Gallery”
  4. Select the QR code
  5. Key in the donation amount you prefer

Members of the public can also find out more through NKF’s website at nkf.org.my/support-us/project-campaign/touchngo-campaign/ or call 03-7954 9048.


P/S: Kepada yang mampu, mari kita bersedekah and #payitforward. Anda buat Anda dapat!..

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN

$
0
0
SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN | Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.

Tadau Kaamatan merupakan perayaan oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun setelah selesai musim menuai padi. Sempena sambutan perayaan Tadau, mereka menyediakan makan minum seperti kuih-muih dan air tapai.

Perayaan kemuncak ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut (pada 30 dan 31 Mei), di mana malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Manakala pada malam kedua, diadakan upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Para tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.

Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.

Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi.

Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Kini Kaamatan bukan saja perayaan khusus untuk masyarakat KDM, malah dianggap sambutan penting yang dimeriahkan bersama masyarakat pelbagai kaum di Sabah hingga menjadikannya perayaan perpaduan yang berjaya menyatukan rakyat.


SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN..

Sis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada kaum Kadazandusun di Sabah kepada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak.

Kopivosian Tadau Ka'amatan’ dan ‘Gayu Guru Gerai Nyamai’.


P/S: Kawan Sis kata, tahun ni mesti suram je, takde perayaan sambutannya... 

KEMAIN SUKA DIA MAKAN DURIAN!

$
0
0
KEMAIN SUKA DIA MAKAN DURIAN! | Tengok aje lah aksi anak saudara Sis tu bila dapat makan durian, kemain suka! Kita yang nengok pun jadi suka nengoknya hahahaha. Tergelak pun ya nengok aksinya, sebab si Danny tu giginya rongak depan, so sejak rongak, dia akan gigit dan makan guna gigi tepi, so bila makan durian pun jadi tersengget macam tu sekali hahahaha...

Rezeki anak saudara laa dapat makan durian semalam. Kebetulan Sis dan Suami baru aje belinya dan tiba-tiba adik Sis kata nak datang rumah sebab ada delivery kuihnya Florentine MamaDD tu, so dia singgah sekali kerumah hantar Sis punya juga, dan Sis ajak dia masuk kejap.

Kalau dah nama pun durian kan, macam mana nak sorok baunya, kompom laaa baunya melekat semerbak serumah kan, sebab itulah semalam, bukak sebiji bagi anak saudara Sis dua ni makan, Mamanya jamah makan sikit-sikit hehehe...nak bagi lebih, beli tak banyak, lagipun Sis anak beranak pun belum makan lagi hahahaha...



Bila di tanya, 'Mia nak durian?'...kemain laju angguk kepala tanda nak, yang adiknya Danny cecepat jawab, 'Woww durian?', hahahahahaa..adeii suka betul bila kata durian tu!

Bila mereka nampak duriannya, lagi lee excitednya hahahaa..comel tauu masa mereka dua ni berebut nak duduk...then Sis bukakannya sebiji, belum habis buka, tangan memasing dah capai duriannya, tak menyabo betulkannn...baunya pun adeii bikin Sis telan ayaq liuq gak semalam nengok hahahahaha.

Korang tengok aje laaa tu aksi mereka berdua tu...yang Mia pun sampai nampak durian siap terus jadi tamak, siap sebut, 'Ni semua Mia punya', hahahaha...nampak sangat suka makan durian kan...'hantu durian'...


Alhamdulilah juga, semua durian yang Suami beli semua elok, beli 6 biji aje, tu pun sekilo RM 15..janji dapat, sebab bila lalu depannya, nengok tak menahan, kena plak durian kampung katanya, memang lee sedap kan!. Nak kata musim, entah musim ke tak, tapi sana sini orang jual durian..

Sampaikan aiskrim pun ada aiskrim durian musang king wooo...ko faham aje laa sedapnya tu macam mana. So korang suka ke tak makan durian?

Kalau rumah Sis semua orang suka, boleh di katakan hantu durian juga semua, pantang jumpa! Lagi kalau Suami Sis, dia makan kurang tapi kalau nampak, memang dia beli, ingat kat anak-anak katanya, alhamdulilah ...

Okaylah nanti sambung lagi, curi-curi masa kejap update, dah 2 hari agak sibuk ke sana ke sini menemani Suami, ada kerja luar sikit. Tadi petang baru free dan malam ni pun nak keluar ada urusan..moga Allah permudahkan semuanya...


P/S: Tak sangka begitu buruk sekali perangai engko ek wahai Jal**...tak kusangka sangka..

SELAMAT HARI GAWAI 1 JUN 2020

$
0
0
SELAMAT HARI GAWAI 1 JUN 2020 | Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini tentunya disambut dalam suasana berbeza kerana kita masih berjuang menentang penularan pandemik Covid-19. Namun situasi ini tidak menghalang kita daripada berhubung sesama ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyatakan kegembiraan menyambut perayaan ini.

Seperti juga Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari Gawai hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan, dengan kapasiti 20 ahli keluarga dan jiran terdekat sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sama seperti Aidilfitri dan Pesta Keamatan, sambutan Hari Gawai esok sangat berbeza berbanding sebelum ini. Sebaiknya, Hari Gawai disambut bersama ahli keluarga di dalam rumah itu sahaja.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.


Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Perayaan akan bermula dengan tuai rumah membahagi-bahagikan tugas kepada penghuni rumah panjang. Kaum wanita pula akan menyediakan kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan. Minuman tuak merupakan sajian utama perayaan Hari Gawai.

Pada petang menjelang Hari Gawai bermula, upacara membuang sial dilakukan oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau mewakili penghuni rumah panjang berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam, upacara minum ‘air pengayu’ dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur.

Pada pagi 1hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke ‘tiang pengingat’ iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

Kalau dahulu, kebanyakan mereka tinggal di rumah-rumah panjang dan sesetengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung, kini masyarakat Dayak sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.

Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga Sarawak yang akan menyambutnya.


P/S: Tak pasti plak, Johor amik ke tak ek Hari Gawai? Ermmm.... 

CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPAT

$
0
0
CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPAT | Bagi korang yang selalu beli dan makan ketam nipah ni, tentu pening gak kepala kan, dan terfikir macam mana nak matikan ketam nipah tu dengan mudah dan cepat. Ye laaa kalau beli nak terus masak, kenalah tau cara nak matikannya dengan cepat, supaya bila dah mati, dah boleh masaknya.

Kalau tak mati, jangan buat keje gile nak bukak tali tu dan masak, ada kang belum sempat ko makan ketam tu, ketam tu makan jari ko dulu oii...tengok je laa sepit dia yang besar tu, ngeri wooo...tu pun dah kena ikat, kemain aktif semua kakinya, tergedik-gedik bergerak kalau di lepaskan...

Ketam nipah ni kami sekeluarga memang suka, Suami kalau dapat je info kawannya bagitau ada ketam nipah ni, terus booking sampai 3/4 kilo kadang. Dan kelmarin Suami booking 5 kilo, 2 kilo saiz besar dan 3 kilo saiz kecik.

Harga pun ikut saiz, kalau yang besar RM 50 sekilo, yang kecik RM38 tak silap, tapi tu harga yang kawan Suami tawarkan laaa, kalau di pasar atau di luar, Sis tak tau, mungkin berbeza atau lebih mahal barangkali. Yang ini sebab kawan mancingnya Suami yang jual, so dapat lee harga yang ramai kata berbaloi. Puashati beli, fresh!.



Sebenarnya dah banyak cara yang Sis cuba buat dan ikut tau. Apa je orang ajar Sis cuba buat, sebab memang Sis selalu berdepan dengan masaalah ni. Pernah sekali cuba, katanya letak ais dalam air baldi, kemudian letak air dalam baldi, biarkan sekejap ketam tu dalam ais, nanti dia akan mati.

Ermm memang dia mati, tapi amik masa yang lamaa sangat. Kalau korang nak buat, korang buat pagi, so nanti tengah hari ketam tu dah mati, lama kannn...Kemudian Sis cuba plak katanya tabur garam atas ketam tu...yang ni kelakar, sebab selepas Sis tabur garam atas ketam tu, mak aiiii lagi aktif ketam tu oiiii....memang memekak dia dalam besen hahahaha...

Apalagi, Sis amik jalan mudah, Sis cuci balik garam tu, kemudian Sis masuk semua ketam dalam kukus dan kukuskannya hahahaha memang le mampos semuanya, sebab dah kena masak hahahaha..tapi masak tanpa membersihkan bahagian dalam ketam tu, so tak berapa syokk ar kann...



Dan akhirnya Sis terjumpa cara macam mana nak matikan ketam nipah ni dengan mudah dan cepat sangat! Dan ternyata sangat senang dan betul...cepat gile dia mati hahahahaha.

Cara dia senang aje...
- Korang telentangkan belakang ketam tu dulu, hati-hati tau, jari ketam tu akan tergedik-gedik bergerak aktif.
- Kemudian, korang angkat 'kelepet' tengah belakang ketam tu. Kelepet tu (cuba tengok gambar no-2 di atas) yang selalu kita tengok samaada ketam tu jantan atau betina, haaa kelepet tu ler..
- Then korang amik pisau dan cucuk di tengah-tengah badan ketam tu.
- Biarkan sekejap, dan tak lama lepas tu, ketam tu akan diam dan mati.

Tak sampai pun 5 minit, dia akan mati. Bila dah mati, barulah korang bukak tali tu ya. Kalau belum mati jangan bukak, kang ilang jari ko hahahaha.


Yang gelihatinya tu kan, ada yang Sis perhatikan, bila Sis cucuk aje badan ketam tu, ada yang tiba-tiba, kakinya tanggal terus ko, ada yang tak. Rasa Sis yang kakinya tertanggal tu, mungkin dia mati mengejut, ibarat kena serangan jantung hahahahaha...

Bila ko buat macam ni kan, senang nak kopek dan cuci ketam tu tau, lagi mudah nak bersihkannya. Bila dah bersih, apalagi..jom le memasak hehehehe..

Ikut plan asal nak masak ketam black pepper, tiba-tiba, Suami kata masak Chili Crab plak, so anak-anak pun suka, maka terjadilah menu Chili Crab kami semalam. Alhamdulilah, masak 6 ekor saiz besar, kerat dua, makan sekali hadap aje, tanpa meninggalkan sisa, sampai kuahnya tu Suami amik roti cecah makan, perghh sedap sangat ke Ayahnya...hehehehe..

Alhamdulilah rezeki anak-anak..insyaAllah ada rezeki boleh beli dan makan lagi..
So korang lepas ni jangan takut nak beli dan makan ketam nipah ya, ikut leee cara tu, senang dan cepat!...


P/S: Moga Allah sentiasa sihatkan Suamiku dan murahkan rezekinya selalu..aamiinn.. 

MASAK KARI IKAN GUNA IKAN SARDIN AYAM BRAND™, MEMANG SEDAP!

$
0
0
MASAK KARI IKAN GUNA IKAN SARDIN AYAM BRAND, MEMANG SEDAP! | Korang pernah masak tak kari sardin macam ni? Ye laaa dah biasa sangatkan kita buat kari ayam, kari daging, so kali ni kita masak kari sardin guna produk sardin Ayam Brand™ ni. Memang rasa dia lain sikit tapi sedap.

Ada yang pernah cuba, pun mereka kata sedap, yang tak pernah cuba, bolehlah mencubanya, sekali cuba mesti nak lagi. Samalah dengan anak-anak Sis juga, masa Sis nak masak kari sardin ni, anak-anak siap cakap, 'Kari Sardin? Sedap ke Mak?'....hehehehe susah nak jawab, tapi bila dah siap masak, anak rasa dan makan, semua kata sedap, hehehehe haaaa kan sedap kannn...

Senang cakap, rasa kari sardin ni, sama macam ko makan kari ikan kat kedai mamak tu haa, yeee gitulah rasa dia lebih kurang, dia tak sama macam kari ikan kita masak, rasa dia ada special sikit. Susah nak cakap, korang cubalah sendiri ya.



Kempen Komuniti Penyayang 2020 

Sis suka guna produk sardin Ayam Brand™ ni sebab suka akan rasa sosnya tu, secukup rasa dan tak perlu lagi ko kena tambah sos atau garam or serbuk perasa, sekali masak dah cukup sedia untuk di hidang. Untuk masak kari aje kalau korang masak, korang kena masukkan garam, serbuk perasa dan juga gula sikit sebagai bahan perasa.

Dan baru-baru ini Sis berpeluang untuk masak untuk Rumah Pertububan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar sempena Kempen Komuniti Penyayang 2020 anjuran Ayam Brand™ Malaysia, dan menu yang Sis masak adalah Roti Jala dan Kari Sardin menggunakan produk Ayam Brand™.



Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Rumah Pertububan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar ni mempunyai seramai hampir 20 orang murid dalam penjagaannya yang terletak di Kampung Pasir, Johor. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Makanya tidak hairanlah kan jenama Ayam Brand™ ni memang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama para surirumah masa kini, termasuk juga Sis hehehe.

Di kesempatan ini juga, Sis amik peluang ini dapat menyediakan makanan kepada rumah kebajikan itu dan dapat menyediakan sebanyak hampir 60 paket/bekas makanan untuk di hantar dan diberikan kepada Rumah Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar ini.



Kari Ikan Sardin Dan Roti Jala 

Seawal jam 7am Sis dan anak-anak dah bersiap sedia untuk menjala dan memasak. Sis siapkan bahan untuk menjala, dan anak-anak serta Suami membantu menyediakan bahan untuk memasak Kari Sardin. Semua kerja jadi senang bilamana semua bekerjasama dan bahan yang nak di masak pun telah sedia ada stok kat rumah.

Roti jala yang Sis buat tu, Sis gunakan Santan Light Ayam Brand™, supaya rasa rotijala tu lemak-lemak sedap di makan bila cecah dengan kari sardin, tidak letak terlalu banyak santannya, hanya setengah kotak santan tu sahaja. Dan untuk kari sardin, semestinya Sis guna Sardine Ayam Brand™ yang besar dan penuh isi di dalamnya.

Untuk masak kari sardin tu, bahan dan cara sama je macam masak kari biasa, cuma korang kena masak kuah karinya dulu, didihkan sampai lobak dan kentangnya empuk, baru korang tuang kari sardin tu masuk dalam periuk. Anggaran jika 5 tin korang guna, so hanya 3 tin sahaja korang tuang sepenuhnya dengan sos, baki 2 tin lagi, korang hanya perlu amik isi ikannya sahaja, kuah sosnya korang jangan tuang. Faham tak?..tak faham baca sekali lagi hehehehe.



Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar Johor Bahru

Siap semua masak, barang pun dah pek semua, Sis sekeluarga terus bersiap dan bertolak ke Rumah Pertububan Kebajikan & Rumah Anak-anak Yatim Shafar. Temujanji Sis dengan pihak mereka sekitar jam 12.30pm. Kalau dari rumah Sis hanya 28km dan makan masa hanya 25 minit sahaja untuk sampai, tidaklah terlalu jauh..

Dan bukan Sis sebagai blogger Johor sahaja yang join sama, tapi ada Farahuda dan juga Aleya yang turut sama join dalam Kempen Komuniti Penyayang 2020 ini. Mereka juga ada bawa masakan sendiri masing-masing juga. Semua masakan kami, kami guna produk Ayam Brand.

Waktu Sis sampai rumah anak yatim Shafar tu, anak-anak jagaan semua sedang bersiap. Ye laa kami pun faham, tidak boleh semua datang berkumpul sama, kami dah di beri araham terlebih dahulu, kita kena ikut SOP dan jaga penjarakkan sosial, so Sis sampai sana, hantar makanan, kemudian berbual sekejap dengan pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar, then Sis terus pulang. Tidak boleh lama-lama di sana. Kena fikir juga kesihatan anak-anak tu kan..

Gambar Kredit dari Farahuda 


Pantri Komuniti 'Gerobok Rezeki' 

Sempena dengan Kempen Komuniti Penyayang 2020 ini, pihak Ayam Brand™ Community Care juga telah menyediakan Pantri Komuniti 'Gerobok Rezeki', di mana semua penduduk boleh datang ambil bahan makanan di dalam pantri tersebut secara percuma mengikut keperluan masing-masing.

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk akan menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari .

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.

Manakala mereka yang ingin menyumbang, boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain juga .

Kami bersama pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar (Berbaju Hitam 2 dari kanan)

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No. 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor. Jadilah sebahagian daripada usaha murni ini untuk memberi dan menerima barang keperluan ini. Kongsikan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my

#AyamBrandMy
#AyamBersamaMu
#AyamWithYou


P/S: Syukur alhamdulilah...semuanya dipermudahkan. Terima kasih anak-anak dan Suami yang banyak membantu ❤ ..

REWARD DIRI SENDIRI HASIL MENULIS DARI BLOG

$
0
0
REWARD DIRI SENDIRI HASIL MENULIS DARI BLOG | Sebenarnya berdebor gak nak tulis tajuk gitu, kang tak memasal LHDN kejor Sis ko plak hahahaha...tapi apa nak takut, bukannya kata hasil duit blog Sis tu ribu riban setiap bulan macam blogger/influencer lain, nak dapat rm200 sebulan pun belum tentu dapat, job tu ada je, tapi menunggu bayar tu macam menunggu durian runtuh okay hahaha..

Tapi at least ada le juga, sekurangnya dalam 3 bulan dapat le membeli 'reward' untuk diri sendiri, ye laaa kita bukan blogger femes dan hebat, tapi atas dasar kepercayaan orang kepada kita, so dapat job, kalau berbaloi dengan apa yang di bayar, kita belasah aje laa, sebab tau skill menulis dan engagement kita tahap macam mana...

Kalau ikutkan dari menulis blog dan buat review ni, kalau di kumpullah kann, banyak juga hasilnya, tapi sebab bila dapat aje lenyap, dapat je lesap, so fikir-fikir entah...tak tau kemana dan apa dah aku buat dengan duit tu hahahaha...yang taunya, banyak belanja anak-anak makan dan belilah juga keperluan rumah dan keperluan peribadi. Ala duit ko, kejap je macam air, tak nampak keluar, taunya dah elekkk...hahahaha

Tapi setakat ni Sis ada juga beli satu barang yang Sis rasa paling mahal Sis beli setakat ni hasil menulis blog jadi 'Ghostwriter' baru-baru ni, Sis beli Bread Maker hehehehe...tu belum Sis try pun, masih dalam kotak lagi, nanti laaa Sis kongsikan yaa hehehe..hasil menulis blog juga tu..


Dan baru-baru ni Suami mengajak Sis ke JPO, katanya nak cari sesuatu, tapi Sis tau dia nak cari dan beli apa, sebab dia ada janji sesuatu dengan Sis hahahaha...tapi Sis konon-kononnya buat-buatlah tak tau kann, nak surprise gituu...dan ternyata jangkaan Sis betul...apa yang Sis idamkan ternyata Suami dah tunaikan, alhamdulilah...

Dan kebetulan plak ada sale sana sini di JPO, terus Sis terfikir, Sis nak beli sesuatu untuk diri Sis guna duit yang Sis dapat hasil dari review blog baru-baru ni. Alang-alang teringat dan terdetikkan, so kita terus beli, kang tak beli, tau-tau duitnya hilang dari radar hahahaha..

Bila dah memang masuk ke dalam butik Coach tu, dan ada sale plak tu hingga 70%, makanya kita cari di situ aje laa, dan Sis terus terlihat bag jenis wrislet ni yang comel dan cute sangat. Tapi taklaaa kecik sangat, boleh masuk duit melintang dan juga hp saiz kecik.

Harga asal RM480, setelah tolak diskaun, tinggal hanya RM174 sahaja. Woww sangat berbaloi kannnn...dah laa ada brand, murah plak tu. Kalau takde sale, maka nak beli dengan harga RM480 tu, fikir dua tiga kali gak Sis hahahaha..ni harga dah murah, so apalagi, terus beli untuk diri sendiri.

Yang ini Sis bayar sendiri, lain macam rasa bila dapat beli sesuatu guna duit sendiri kann...rasa hebat teruja beno rasa. Macam berbaloi kerja duduk menaip dan buat posting bagai, aishhh acaner laaa kalau menulis dapat ribu riban plak kan, mestilah hebat gile rasa diri kannn...

Takpe kita usaha dan kerja keras, insyaALlah di mana ada kemahuan, di situ ada rezekinya..jangan duduk diam aje, taunya nak duit, tapi blog pun takde update hahahaha... lagi satu, blog tak berupdate, tup-tup update semata bila ada review, tu pun satu masaalah juga, macam mana nak dapat engagement bagus kan kan..

Sekian perkongsian Sis buat semua, bukan kongsi nak bagi riak ke, tidak sama sekali, tapi kasi korang semangat sikit menulis, hasil menulis tu walau dapat sedikit, tetap boleh jadikan manfaat buat diri sendiri. Biar rasa berbaloi..

Okaylah nanti sambung...Bye..


P/S: Next...lepas ni boleh aim benda lain plak, ada je duit, kita terus rembat! Lalalalala...

MAKAN TENGAH HARI DAN MALAM DI HOTEL MEWAH HANYA RM58 SAHAJA!

$
0
0
MAKAN TENGAH HARI DAN MALAM DI HOTEL MEWAH HANYA RM58 SAHAJA! | Korang kalau baca tajuk mesti tanya, 'Eh,betul ke?', Ermmm aperr selama ni Sis update Sis tipu ke? Hahaha...kalau Sis tulis macamtu, makanya betullah tu harganya hanya RM58 sahaja. Yaa mana nak dapat makan kat hotel mewah dengan harga segitu? Ada ke?..

Di mana? Hanya di Renaissance Johor Bahru Hotel. Berikutan negara kita masih lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, so pihak Renaissance menawarkan promosi RENtastic Menu 'Eat All You Want' sepanjang PKP ni dengan harga hanya RM58 seorang/per-head. Murah tak murah tu? Murahkan?...

Promosi ini hanya kepada mereka yang datang walk-in makan (Dine-In) di BLD Cafe Renaissance Johor Bahru sahaja. Selamatkah? Yaaa insyaAllah terjaga, di sini patuh mengikut kepada SOP yang telah kementerian tetapkan. Melangkah masuk hotel sahaja korang kena check suhu dan isi details, kemudian korang nak masuk ke dalam restaurantnya pun kena ikut langkah yang sama. Ini semua sebagai langkah keselamatan pihak hotel bagi tetamu keluar dan masuk di hotelnya.



RENtastic Menu ini terbahagi kepada beberapa pilihan menu makanan, termasuk makanan Melayu, India, Chinese dan juga Western. Dari menu pembuka selera, kepada main course, kemudian ada appetiser, dessert, bbq, seafood dan juga aneka kuih-muih. Memang tak termakan kesemuanya, banyak sangat pilihannya.

Yang bestnya, setiap pilihan menu masakan, ada beberapa jenis menu yang korang boleh pilih, korang boleh pilih nak makan salah satunya ataupun kalau memang ko kuat makan, korang boleh pilih kesemua yang ada. Kan dah kata Eat All You Want, so selagi ko boleh makan, haaa makan!.



Makan tengah hari ini bermula dari jam 12pm sehingga jam 3pm. Dan kalau Makan Malamnya pula pada jam 6pm sehingga 9pm. Memang ngam le waktu-waktunya kan. Korang kena booking seats dulu then korang walk-in datang dan duduk order kemudian makan. Korang akan diberikan menu dan juga list menu, dan korang tick ✔ menu mana yang korang nak makan (pusingan pertama laa gitu), then order.

Tapi...sebelum menu yang korang order tu sampai, semua pelanggan yang datang makan sini akan di berikan secara PERCUMA menu set 'Tasting Bites', di mana set ini ada pelbagai menu dalam kuantiti seorang makan. Antaranya ada Rojak, Popia Basah, Pakora, Kerabu, Crackers & Dippings. Nampak je kecik ko, sekali makan, rasa gak kenyang hahahaha.

Dan lepas dah makan menu ni, sekejap nanti, akan sampailah menu-menu yang korang order tadi. Memang rambang tekak kalau nak memilihnya, Sis sendiri pun sampai rasa wowww sangat oiii, dah tak tau nak makan mana dan tak boleh nak makan semua, adeii... tapi #SisCuba juga rasa dan habiskan. Jangan membazirrrr...hahahaha...

Meh Sis tunjuk antara set menu masakan pelbagai yang korang boleh cuba. Semua sedap belaka, tapi ada jugalah yang kureng rasanya bagi Sis, tu tekak Sis laaa...tekak korang Sis tak tau, kena cuba baru tau..


Salads Galore 
- Classic Caesers
- Thai Beef Salads
- Ulam Kerabu

Antara 3 ni, Sis paling suka Thai Beef Salad dia, perghh sedap giler...rasa macam nak order lagi je haritu, tapi i segan kakakakakah!..sedap woii... must try!


Pasta Fiesta 
- Spageti Aglio
- Brocoli Pesto
- Chili Bolognese

Untuk pasta ni, bagi Sis biasa je, cuma agak kecewa gak dengan rasa Spageti Aglio tu, tak sama macam biasa kita makan, sebab peberet Sis tu, tak tau laa silap tekak ke silap masaknya..


Soups Pot 
- Mushroom Truffle
- Roasted Pumpkin
- Hot & Sour

Kalau Soup ni, Sis hanya makan dan rasa Mushroom Truffle dia jer, memang tak pernah tak sedap. Sis makan 2 mangkuk hahahaha.


Teppanyaki 
- Beef
- Chicken
- Fish Fillet
- Tofu
*With onion, peppers, mushroom, garlic & teriyaki soy.

Teppanyaki ni memanglah sedap, apa je laa jenis bila dah masak memang sedap, Sis prefer beef, lembut je dagingnya bila kunyah makan, sedap..


Western Treats 
- Chicken Parmesan
- Italian Meatballs
- Fish with Caper Sauce

Yang ini kan, memang tak sangka Chicken Parmesan tu sedap beno, mulanya taknak makan gak, sebab nampak macam tak menarik aje, hahaha sekali dah makan, uiittt sedap...hahaha..


Asian Specialty 
- Mee Rebus
- Ikan Bakar Portugis
- Tomyam Fried Rice
*Served with sambal belacan & ulam-ulaman

Maaf, Mee Rebus dia Sis tak sempat nak rasa, tapi Tomyam Fried Rice dan Ikan Bakar tu Sis makan, memang ngamlah ! Sedap Ikan Bakar dia, satu meja Sis puji Ikan Bakar Portugis tu sedap.


Chinese 
- Sweet & Sour Chicken
- Pineapple Fried Rice
- Nyonya Fish Fillet

Yang ini masakan Chinese. Korang yang suka masakan chinese boleh cuba ni. Nyonya Fish Filler dia memang the best woo!. Kompom korang order dua kali nanti hahahaha..


Indian 
- Chicken Tandori
- Beef Kofta
- Amritsari Fish
*Served with garlic nan/plain nan/cheese nan and Raita/chutney/Dhal

Okay bab makanan India ni Sis taknak komen apa, sebab kalau ko nak sama macam kedai mamak memang tak le kann...tapi rasa tetap ada. Beef Kofta dia Sis suka, sedap terasa rempah mamaknya.


Yerrr tu kesemua menu yang korang boleh pilij dan makan, pilih salah satu boleh, nak makan semua pun boleh. Bayar tetap RM58 sahaja. Dan bagi mereka yang ada bawa anak-anak, jangan risau, ada juga set menu untuk anak-anak. Antaranya:

Kids Menu 
- Fried Chicken Strips
- Cheese Burger
- Pasta Bolognese
- Sausages and Chips
- Fried Rice or Noodles

Tu set untuk kanak-kanak, korang bolehlah order untuk anak korang juga. Tapi kalau anak korang boleh makan menu yang sama macam korang, so takde masaalah, boleh je order yang sama. TAPI...kalaulah bila korang dah makan tapi tak kenyang-kenyangkan..manalah tau kan, ada bawa saka hahahahaha *gurau aje...jangan risau, korang boleh order plak menu ADD_ON yang di sediakan.

Perghh menu add-on dia buklan calang-calang sikit woo...sekali ko order, boleh makan semeja satu family. Tak caya? Meh kita lihat...


Tomyam Claypot RM50
Penuh segala 'binatang' dalam tu oii hahaha seafoodlaaa...kuah Tomyamnya pun sodap, kena dek tekak Sis ko ni yang memang suka masam-masam..yang penting ada ketam dalam itu Tomyam hahahaha...


Satay Kampung RM36 
Ini biasa-biasa je, korang biasa je makan Satay kan, cuma bezanya ada satay udang, satay tauhu tu je. Kuah kacangnya sedap! Sis suka..


Mixed Grill Platter RM55 
Yang set add-on ni memang Sis rekemen kat korang yang datang satu family order ni. Puashati oii makan, sedap dan portion kemain besau!. dan....tetibaa menyesal Sis ko tak makan itu lamb, arghhh kecur sudah! Masa tu perut macam nak meletop dah hahahaha..



SEAFOOD on ICE RM55
Yo..kalau dah nama Renaissance, memang tak akan lari dengan keenakan Seafood on ice dia, semua segar-segar oii, cuma yang ni takde sotong kurita yee, harap maklum hahahaha.. TAPI dia punya Baked Oyster with Lemon Wedges tu perghhh gile sedap, Sis ko makan 3 ketul hahahaha..


Dan jangan terkejut plak tetiba ko tengah makan nanti, ada pulak orang datang sorong troli ke meja makan korang, tu bukan peniaga luar ye, mereka tu pelayan yang datang ke meja korang hidangkan menu Pencuci Mulut (Desserts) terus ke meja korang. Korang tak payah nak bangun bagai. Just Stay and seat!.

Macam biasa lee, pilihan menu desserts kat sini macam jualan bazar, pelbagai jenis ada, dari kek, puding, talam, jelly, dan juga koktailnya pun ada. Korang kena pilih sekali aje, so buat pilihan yang bijak sebelum mereka sorong balik troli hahahaha...maksudnya, kalau ko jenis tamak, ko amiklah sekali banyak je senang, janji ko makan, jangan membazir, faham? hahaha..


Haa apalagi, harga dah murah, hanya RM58 sahaja, menu pun best-best semua, so cepatlah booking yaa selagi masih dalam PKP ni, habis PKP, Sis ko takut promosi pun tamat, dan harga takde laa dapats emurah itu yaa..

Perlu ingat, semeja hanya 4 orang sahaja, kecuali kalau korang datang serumah sekeluarga, korang deal lee dengan mereka, bagitau nak duduk semeja. Tapi kalau datang dengan kawan-kawan macam ni, tidak boleh duduk reramai, hanya 4 orang sahaja. Social Distancing ya..bukan dancing-dancing hahahaha...

Book sekarang! Call +6073813322 atau WhatsApp +60177713327.

Renaissance Johor Bahru hotel
Cafe Bld at Renaissance Johor Bahru hotel
2 Jalan Permas 11, bandar baru permas jaya, 81750 Masai, JOHOR
Telefon : 07-3813388
Website : http://www.marriott.com/hotels/travel/jhbbr-renaissance-johor-bahru-hotel/

Selamat menjamu selera..


P/S: Rindu pulak tetiba Buffet Ramadhan kat Renaisance ni, Chili Crab dia sedap giler!!..

BookXcess LAUNCHES ONLINE MEETS OFFLINE CONCEPT BOOKSTORE

$
0
0
BookXcess LAUNCHES ONLINE MEETS OFFLINE CONCEPT BOOKSTORE | BookXcess, a home-grown brand that is widely known for its unique concept bookstore in Malaysia and affordable books at 50% to 80% off recommended retail price all year launched its 10th bookstore located at its Headquarters at Wolf House, 5, Jalan Trompet 33/8 (bit.ly/2ZKLcfm).

BookXcess @ Wolf House will be opened from 10am to 8pm. Transforming the headquarters and warehouse lobby to a unique and compact bookstore, BookXcess also launched a 2-hour self pick-up service for their online users. Exclusive for BookXcess @ Wolf House, customers will be able to purchase books via bookxcessonline.com from home and collect it at BookXcess @ Wolf House in just 2-hour with no additional fees.



At BookXcess @ Wolf House, visitors can expect to find books from a wide variety of genres such as science-fiction, thriller, literature, young adult titles, business books, cookbooks, art and design books, children’s books and many other sought-after books.

“The whole pandemic has changed the landscape of businesses and we have to adapt to the new normal in this new world. We understand the need to access affordable books during this trying time for many reasons. Kids are still not allowed to go to school and parents will constantly need to think of activities for their kids. Now parents do not need to wait to receive their kids’ activity books but can just purchase it and pick it up in the next 2-hour.

There are many Malaysians who are still worried to visit the retail scene and this has pushed us to come up with the idea of marrying online and offline store in order to allow people to shop for books with an ease of mind. The demand for books has increased tremendously during these trying times and we are allowing multiple platform access for customers to receive their books as fast as we could serve. We are also launching a 48-hour delivery to Klang Valley for customers who purchase books from BookXcess Online,” said Andrew Yap, Co-Founder of BookXcess.



For its opening weekend, customers can enjoy 20% off titles storewide on top of the discounted books and first 25 customers every day gets an RM20 voucher from 30 May - 2 June 2020. For the 9 other BookXcess stores, customers can enjoy 10% off storewide.

Visitors to any BookXcess bookstores can be rest assured that due to COVID-19, safety precautions are in place such as limited entry for each store, temperature scanning will be conducted upon entry, hand sanitisers are strategically placed around each store, and compulsory contact tracing procedure. Customers are encouraged to stay updated to find out more on BookXcess’ latest books, updates and promotions via BookXcess and Big Bad Wolf Books’ social media sites.

Official Hashtag: #BXWOLFHOUSE
Facebook: facebook.com/BookXcess/ ; facebook.com/bbwbooks/
Instagram: @bookxcess; @bigbadwolfbooks
Website: https://www.bookxcess.com/


P/S: Rindu plak nak ke library membaca buku, ermmm.... 

WORDLESS WEDNESDAY - VICTORIA SECRET BODY MIST 5 IN 1

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - VICTORIA SECRET BODY MIST 5 IN 1 | Sis memang pengguna Victoria Secret Body Mist ni, dulu sebelum ada set 5 in 1 ni, Sis beli sebotol-sebotol berlainan bau, memang agak mahal, sampai ada masa dah habis, stop kejap pakai, sebab nak belinya mahal hahahaha.

Now sekarang bila dah ada set 5 in 1 macam ni, pantang sale memang Sis akan beli. Tak sale pun beli juga hehehe. Cuma kali ni tak murah sangat, sebelum ni RM135 aje, tapi semalam beli sale RM143 untuk 5 botol tu. VS Bosy Mist 5 In 1 set tu termasuk bauan, Pure Seduction (Selain Bombshell, ini Sis tersangat suka!), Dream, Temptations, Coconut Passions , Love Spell (Sis pakai time tidur, asyikk gitu).



P/S: Kekadang Suami pun curi-curi pakai hahahaha...

MALAYSIA HEALTHCARE MENYUNTIK SEMANGAT PETUGAS BARIS HADAPAN DENGAN INISIATIF GEROBOK RAYA

$
0
0
MALAYSIA HEALTHCARE MENYUNTIK SEMANGAT PETUGAS BARIS HADAPAN DENGAN INISIATIF GEROBOK RAYA | Gerobok Raya merupakan inisiatif sosial yang dicetuskan oleh warga kerja Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk memberi penghargaan atas keringat yang dicurahkan oleh petugas kesihatan di baris hadapan demi kesejahteraan orang ramai.

Eksklusif sempena Syawal ini, inisiatif sosial berkenaan berhasrat untuk menaikkan semangat petugas kesihatan baris hadapan di samping mengunjurkan sokongan kepada mereka yang telah mengerah bakti untuk terus berkhidmat di sebalik penularan COVID-19.

Inisiatif sosial ini menyaksikan usaha sama yang diterajui oleh sifat keprihatinan warga komuniti bersama fasiliti kesihatan awam seperti Institut Jantung Negara, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Hospital Selayang, Hospital Kajang dan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai. 

Selain daripada itu, inisiatif ini juga turut memberi penghargaan kepada warga kerja Kementerian Kesihatan di Jabatan E1 dan E10 Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis.



Berlatarkan cabaran yang perlu kita hadapi ketika bulan Ramadan dan musim Raya ini, rakyat Malaysia masih teguh dengan semangat keprihatinan mereka. Menerusi Gerobok Raya, kami di MHTC hanya boleh memainkan peranan kecil dalam usaha untuk menyokong usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh petugas kesihatan baris hadapan untuk memerangi COVID-19. Kami percaya tindakan sekecil mana pun dapat mencetus perubahan positif dan kami yakin bahawa inisiatif ini dapat mewujudkan semangat perpaduan yang sinonim dengan sambutan Hari Raya,” kata Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC.

Inisiatif Gerobok Raya melibatkan sebuah gerobok fizikal, seperti namanya yang diisi dengan juadah tradisional Raya yang sihat dan diperbuat daripada pelbagai ramuan seperti kekacang dan buah buahan kering. Inisiatif yang sangat bermakna ini akan memastikan lebih daripada 800 petugas kesihatan baris hadapan dapat menikmati juadah Raya kegemaran mereka disamping peluang meraikan tradisi musim perayaan, khususnya bagi mereka yang tidak berpeluang untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan insan tersayang.



Sejak penularan wabak ini,MHTC telah mengusahakan inisiatif-inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada petugas kesihatan baris hadapan, seperti Projek SamaSama. Dianjurkan oleh warga kerja MHTC, Projek SamaSama bermatlamat untuk mengumpul dana, bagi tujuan menyediakan lebih banyak peralatan perlindungan diri buat hospital-hospital kerajaan dan klinik yang berada di dalam zon merah, merapatkan jurang serta menangani keperluan negara. 

Susulan daripada Projek SamaSama, idea Gerobok Raya menjadi kesinambungan untuk memastikan petugas baris hadapan tidak terlepas peluang bagimenikmati juadah Raya kegemaran mereka sepanjang Syawal ini.


Di Malaysia Healthcare, kami menggalas tanggungjawab dengan mendahulukan kepentingan rakyat. Bagi kami, inisiatif Gerobok Raya mempunyai mesej tersirat yang istimewa yang cuba digambarkan melalui penyediaan sajian istimewa Raya kepada petugas kesihatan baris hadapan. Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengingatkan komuniti kesihatan bahawa kita ada bersama-sama dengan mereka dalam melalui detik yang mencabar ini,” ujar Sherene.

Sementara pandemik ini masih membelenggu industri pelancongan kesihatan, Malaysia Healthcare terus mengorak langkah demi masa hadapan yang lebih cerah buat negara. “Kita mampu mengharungi kemelut ini dan maju ke hadapan untuk merealisasikan visi kita. Pada waktu yang sama, kami ingin menggesa rakyat Malaysia untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri, dan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam usaha kita untuk melawan pandemik ini,” simpul Sherene.

Semoga usaha murni ini dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan. 


P/S: Tibaa, Sis rasa macam nak letak Food Bank plak depan rumah laaa.. ermmm ..

RESEPI CHILI CRAB YANG MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
RESEPI CHILI CRAB YANG MUDAH DAN SEDAP | Kalau yang ikuti ceritera Sis sebelum ni, mesti korang tau kan, Sis sekeluarga memang suka makan seafood terutamanya Ketam atau bahasa omputihnya Crab. Tapi kebiasaannya bukanlah ketam yang biasa tu, tapi Suami suka beli Ketam Nipah atau orang panggil juga Ketam Bangkang gitu.

Memang beza giler ketam biasa dengan ketam nipah ni, saiznya aje dah nampak beza. Dan yang selalu orang tak suka beli sebab ianya besar, harga pun mahal, dan kebanyakkannya di jual ketamnya hidup, so ramai kurang tau macam mana nak matikan ketam nipah ni. Sis pernah kongsi, so korang cubalah ya.

Dan sepanjanglah Suami membeli ketam nipah ni, belum pernah lagi Sis mencuba masak Chili Crab atau bahasa melayu di sebut ketam masak sambal, sebab selalunya ketam nipah ni Sis akan masak black pepper atau pun masak sup. Tapi tiba-tiba haritu Suami minta pulak masak Chili Crab.

Membelek gak Sis ko di google mencari resepi. Bukan takut nak ikut resepi sendiri tapi kita nak pastikan, betul atau tidak bahannya, so bila Sis belek resepi di google, semua bahan lebih kurang sama dengan apa yang Sis sediakan.

Apalagi, jom le kita memasaknya hehehe..sori laaa gambar hanya ada ini seketul aje, gambar lain Sis dah terdelete pulak, tapi sama je gambarnya, jadi lee gambar dari kuali kannn, dari takde gambar, kang ko kata Sis beli plak hahahaha...


Resepi Chili Crab Yang Mudah Dan Sedap 
Resepi Asal : Secuitrasa 

Bahannya:

Bahan A:
3 ekor ketam
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
1 biji telur dipukul

Cara-caranya : 
1. Ketam dibersihkan dan dibelah dua. Lap ketam mengguna kan kitchen towel, untuk keringkan airnya agar mudah disalut dengan bahan salutan.
2. Tambahkan sedikit garam, telur yang telah dipukul sedikit serta tepung jagung.
3. Gaul rata keatas ketam. Ketepikan.

Nota : Ketamnya Sis tak goreng, Sis hanya kukus aje ketamnya. Ikutlah memasing nak goreng atau kukus.

Bahan B: (bahan kisar)
7 tangkai cili besar
2 sudu besar serbuk cili
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit air untuk mengisar bahan

Bahan C:
1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar cili sos
sedikit cuka masakan putih
sedikit garam
sedikit gula
1 biji telur yang dipukul sedikit
sedikit perasa(optional)
minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya : 

1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas goreng ketam yang telah diperap tadi sehingga setengah masak. Angkat dan ketepikan. (Sis buat cara kukus, tak goreng) .
2. Dengan minyak yang berbaki didalam kuali, goreng bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
3. Bila cili dah pecah minyak tambahkan tomato puree, sos cili, sedikit cuka putih dan gaul rata.
4. Biarkan kesemua bahan masak sebati.
5. Bila kesemua bahan dah sebati tambahkan gula, garam serta perasa. Gaul rata.
6. Masukan ketam. Gaul rata. Pecahkan sebji telur yang telah dipukul sedikit tadi kedalam kuali.
7. Gaul cepat-cepat ketam dengan telur sehingga rata. Bila kesemua bahan dah sebati, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nota : Sis masak 6 ekor ketam nipah, so bahan-bahannya Sis gandakan dari bahan asal. Korang fahamkan, bahan ikutlah berapa ekor ketam korang, kemudian anggarkan banyak mana bahan yang perlu ya. Kalau 3 ekor, so bolehlah ikut resepi asal ni ya..

Selamat memasak..


P/S: Duk fikir ni, PKPB ni sambung ke tak ek...ermmm ...
Viewing all 4471 articles
Browse latest View live