Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4494 articles
Browse latest View live

JOM MAKAN BUFFET MAKANAN LAUT YANG SEGAR DAN SEDAP DI CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

$
0
0
JOM MAKAN BUFFET MAKANAN LAUT YANG SEGAR DAN SEDAP DI CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Siapa suka makan makanan laut yang segar dan di masak dengan begitu sedap sekali? Kalau suka, jomlah ke Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel.

Bermula dari awal bulan Januari sehingga penghujung Februari 2020, pada setiap hari Jumaat & Sabtu, bertemakan Seafood And Barbecue Weekends Buffet, kini korang boleh makan dan nikmati makanan laut segar yang di masak secara panggang, rebus, atau masakan panas bermula dari jam 6.30pm sehingga 10.00pm di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ini.

Harga yang di tawarkan adalah RM 128nett untuk dewasa dan RM 64.00nett untuk kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun sahaja.

Lebih dari 80 jenis menu yang terhidang yang boleh korang makan, dan bukan sahaja menu seafood, malah pelbagai hidangan selain makanan laut yang boleh korang cuba dan rasainya di sini.




Untuk menu makanan laut masakan panas, korang boleh jengah di luar dari ruang makan, di sana akan terdapat pelbagai jenis pilihan seafood yang korang boleh pilih untuk di bakar atau di panggang menggunakan daun pisang.

Dari jenis ketam, udang, ikan, kerang kerangan dan juga sotong, semua tersedia untuk korang pilih. Kalau korang tak suka jenis bakar atau panggang, korang boleh juga buat pilihan di Seafood On Ice bahagian dalam sana, lagi ada macam-macam, siap dengan sotong kurita pun ada hehehe.

Kalau Sis tak lain tak bukan, semestinya laaa ketam yang jadi pilihan utama Sis di sini. Ketamnya segar dan pilihan masakannya ada dua, samaada masak lada hitam ataupun sambal. Sis memilih ketam masak lada hitam. Yaa masak pepanas dan makan pun panas-panas, yumsss sangat!




Untuk main course makan hingga kenyang, korang boleh cuba menu signature rekemen dari Chef iaitu Seafood Jambalaya and Irish Seafood Chowders. Memang rasa dia special sikit, Sis suka akan kelembutan nasinya dan seafood yang di masak bersama tu, sedap sangat!.

Tak lupa juga bagi pengemar ikan Salmon, terdapat pelbagai Salmon perapan yang boleh korang pilih untuk di masak secara live action. Korang boleh buat pilihan dari sosnya, rempahnya dan juga kemudian korang mix kan, dan mereka akan masakkan untuk korang, dan semestinya butter lemon menjadi piihan semua, sedap weyy..

Korang boleh makan sepuasnya salmon di sini sampai kekenyangan hahaha. 



Yang tak berapa gemar seafood, jangan risau, ada juga pilihan menu yang lain seperti nasi arab, nasi beriyani, mee goreng mamak, aneka mee sup, aneka dim sum, dan juga aneka pilihan menu makanan berlauk yang boleh korang makan.

Cuma kalau yang suka seafood, woww sikitlah, sebab lebih banyak menu seafood yang di highlights kan dari menu yang lain hehehe. Dah kata tema seafood kan, so seafood le yang banyak di situ hehehe.



Bukan itu sahaja, pilihan menu pencuci mulut, kuih-muih dan kek, minuman, buah-buahan juga turut sama memeriahkan kaunter-kaunter menu yang sedia ada, termasuk juga ais kacang dan juga cendol. Pilihan menunya pulak mungkin akan bertukar-tukar pada setiap minggu. Jangan pula korang nak melenting bila apa yang Sis makan dan tunjuk gambar tu, korang cari tak jumpa yer..

Jadinya bagi pengemar makanan laut (seperti Sis ni), haa silalah pergi (pergi lagi) untuk nikmati kesegaran dan kesedapan makanan laut secara panas dan hangat! Dan hangat juga diperkatakan dengarnya hahahaha.

Yer ramai sangat yang tanya tentang sotong kurita tu haaa, sampaikan kata 'betul ke sotong tu? ke plastik je' hahahaha adoii bawang rangers betul!


Nak tau betul atau plastik ke, haaa ko pi makan sana di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel dan ko cium mulut dengan sotong tu, nak tengok, berani ke idok ko tu hahahaha..ada ke kata sotong plastik adoii...hampeh! ..lupa plak nak amik video gaya Mukbang makan sotong kurita hahahaha.

Okay dah jangan banyak cekadak, buat tempahan sekarang ya!




Seafood And Barbecue Weekends Buffet

Friday And Saturdays | January And February 2020
6.30pm to 10.00pm

Price : 
RM 128 nett per-adult
RM 64 nett per children (Aged between 5 to 12 years old)

Booking & Reservation : 
Call +607 381 3322 atau email partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com or ke website https://www.tableapp.com/partner/cafe-bld-renaissance-johor-bahru-hotel  for online booking.



P/S: Pertama kali juga nampak Suami Sis makan kurita pada malam tu hahahaha. 

DOA AGAR TERHINDAR DARI WABAK PENYAKIT BERJANGKIT

$
0
0
DOA AGAR TERHINDAR DARI WABAK PENYAKIT BERJANGKIT | Hidup sihat merupakan salah satu nikmat terbesar dalam kehidupan kita. Tidak seorang dalam kalangan kita yang mahu mengidap penyakit atau mahu jatuh sakit. Apatah lagi penyakit yang kronik dan boleh membawa maut.

Namun bagaimanakah kesedaran kita dalam menjaga dan memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik. Nikmat sihat seringkali membuat kita lupa dan leka. Apabila sudah jatuh sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat sihat. Dan betapa mahalnya sakit.

Kenapa kita tidak menjaga kesihatan semasa kita masih sihat dan segar bugar, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubat?

Dan salah satu cara untuk pencegahan adalah dengan berdoa. Selain daripada berusaha, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk mengiringi usaha yang kita lakukan dengan doa dan permintaan kepada Allah S.W.T. Doa juga merupakan senjata yang begitu ampuh bagi seorang mukmin. Bukan saja itu dengan berdoa kepada Allah itu adalah ibadah yang paling Allah sukai.

[Baca Juga] : Kes Influenza (ILI) Semakin Meningkat. 


Berikut adalah Doa Menghindari Wabak Penyakit daripada Dato’ Hj. Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Bismillahirrahmannirrahim ....


Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada  Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!

Kita tidak boleh memohon kepada Allah swt untuk menghapuskan wabak dan segala  penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah dari segala  wabak penyakit tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah maka terimalah kerana Allah Maha Adil.

Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik, kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah telah putuskan. Moga kita semua di lindungi olehNya.


P/S: Ada yang amik remeh bab kes Influenza tu kan, ermmm tak takut ke? Cegah sebelum parah!

MEE BANDUNG PALING SENANG DAN SEDAP

$
0
0
MEE BANDUNG PALING SENANG DAN SEDAP | Cakap paling senang dan sedap, ramai aje yang suka kann, sebab tak menyusahkan nak masak dan membuatnya. Lagi-lagi kalau yang mengejar masa, dapat benda yang senang dan kejadiannya sedap, lagilah suka.

Untuk Mee Bandung Senang Dan Sedap ni, mana lagi kalau semudah  1 2 and 3, pes Mee Bandung Mak Pon. Yaa pes Mee Bandung Mak Pon memang menjadi kegemaran Sis. Bukan saja kata nak membuatnya senang, malah rasanya pun sedap, secukup rasa Mee Bandungnya, tak payah tambah garam. Yaaa tak caya ye cuba..

Sis dah banyak kali beli, buat dan mencuba, makan apatah lagi, berbandung-bandung dalam perut dah hahahaha. Serius memang sedap. Rata-rata kawan Sis kalau datang time Sis masak Mee Bandung pun, semua puji kata sedap, padahal pes aje lor..tapi Sis ko cakap jujur aje, watpe nak menipu oii..

Benda ada senang, buat apa nak susah-susah kan...


Kalau beli satu pek pes Mee Bandung tu, korang boleh makan untuk 6 atau 8 orang sekali hadap. Tapi kalau jenis yang kuat makan dan nak menambah, cukuplah untuk 4 atau 6 orang aje, memang puas makan. Sis kalau masak, untuk tengah hari sampai ke malam makannya. Ulang-ulang makan.

Suami pun suka akan rasanya. Lagi pulak rasanya ada pedas-pedas sikit, so memang secukup rasa Mee Bandung tu, takde laa rasa plain dan tawar aje. Udang kering dalam kuahnya pun terasa..aishhh kecur pulak menaipnya ni haaa...

Tak mahal, satu pek ni RM 10, tak silap dulu hanya RM 7 jer, sekarang dah naik sampai RM 10. Baru-baru ni Sis borong sampai 5 pek, kirim dengan kawan Sis. Tapi takpe beli simpan buat stok, nak makan tinggal lebur jer..

[Baca Juga] : Pes Mee Bandung Mak Pon Paling Mudah Di Masak Dan Sedap


Senang macam mana?

Korang hanya sediakan periuk berisi air, then masukkan satu pek pes Mee Bandung Mak Pon tu, kemudian tunggu mendidih. Kalau korang ada guna udang, korang rebus udang tu, air rebusan tu korang jadikan stok kuah Mee Bandung tu.

Kemudian bila mendidih, kacau-kacau, korang pecahkan laa telur. Kalau korang nak masukkan sekali sayur atau bahan lain, sukahatilaaa, ikutlah memasing. Cuma kalau Sis, Sis asingkan, hanya masak kuahnya aje, bahan-bahan Sis celur dan bila nak makan baru amik. Macam dalam mangkuk tu ha.

Ye laa ada orang suka masuk sekali gus dalam periuk kuah tu. Tapi sebab nak bagi kuah tu tahan lama, so Sis suka asingkan.

Beli mana? Kan dah kata, Sis kirim kawan, kalau di Johor ni Sis tak jumpa lagi jual di mana, tak silap ada sekali terjumpa di tempat Sis beli kerepek di Laman Lapis, Parit Sulung sana, tapi tak taulah ada lagi ke tak? Korang google aje la ek.

[Baca Juga] : Kilang Kerepek Parit Lapis Laman Parit Sulung

Okaylah, nanti sambung lagi...harini nak masak ayam tua masak rendang, kegemaran Suami. Kejap lagi lembutkan dengan Noxxa, then tinggal masakkannya aje. Cepat dan mudah dengan Noxxa hehehe.

Korang masak apa?
OkayBye...


P/S: Tak sabar nak bercuti !!! ...

UNBOXING CHINESE NEW YEAR WITH SUNWAY MALLS!

$
0
0
UNBOXING CHINESE NEW YEAR WITH SUNWAY MALLS! | Spend RM88 to redeem Sunway Malls All-Season Prosperity Angpow or RM288 for a Fortune Bowls at Sunway Big Box Retail Park and Sunway Citrine Hub.

Usher in the Chinese New Year of the Rat at Sunway Big Box - Malaysia’s first hybrid retail park with plenty of auspicious offerings for you and your family. Be part of the prosperous celebrations with CNY related events and activities, as well as stand a chance to harness auspicious luck when you spend RM88 to redeem Sunway Malls All-Season prosperity Angpow or RM288 for a Fortune Bowl at Sunway Big Box Retail Park or Sunway Citrine Hub.


“Treat your family and friends to an auspicious lunar new year at Sunway Big Box”
“Seven new tenants open their doors this January 2020”
“SpongeBob Squarepants brings you even more indoor and outdoor activities”

In conjunction with the festive celebrations at Sunway Big Box, exciting activities and captivating performances are also lined up until Feb 2 to hype up the festivities. The public can enjoy and participate in various weekend activities such as high pole acrobatic lion dance ushering in the Lunar New Year, God of Fortune meet & greet, CNY DIY workshops, CNY couplets writing giveaway, CNY goodies booths as well as mingling with the balloon clown. 

As for the children or young at heart, SpongeBob Squarepants will still be around to welcome everyone with even more events and activities, ranging from pedal boats, zorb balls, inflatable wall climbing, infinity room, indoor workshop & inflatable games, and not forgetting to meet and greet SpongeBob mascot up close and personal. Also, do not miss out to capture on the passport journey redemption as well as more than eight instagrammable rooms. (see Appendix for more details).


The hybrid retail park will also see the opening of seven new tenants who will be part of the CNY celebrations, namely, the first Happy Fish Swim School centre, Mr. DIY, Chicken Rice Shop, Maxis, Max Fashion, Mode Brille Optometry and Da Shun Hang Herb. Stay tuned for more doors opening in February!.

We wanted to create something creative and an out-of-the-box experience to capture our shoppers’ hearts and, at the same time, preserve our traditions, that’s why we are keeping to the theme of family fun and engagement this year,” said Mr Allan Tay, Assistant General Manager, Southern Region - Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub.

Since our soft opening in December, the response has been very encouraging. With the celebratory mood and the Chinese New Year just around the corner, we expect shopping to be a priority with more retailers opening and offering attractive discounts,” he added.


With a catchment of 200,000 within 20 minutes of Sunway Iskandar, the development is the seventh retail development under the Sunway Malls umbrella that currently has 7.7 million square feet in net lettable area (NLA) under management. As an integrated development sited on a 24-acre plot of land, with an upcoming 280-room hotel development, a 170,000-sqft NLA office tower and connected to a 38-acre extreme park component, Sunway Big Box welcomes both Malaysian and Singaporean shoppers with over 2,000 car park bays to enjoy and experience a unique retail proposition at the newest meeting place in Sunway Iskandar.

Apart from the tenants that are already opened, such as NSK, EnerG Xpark, Mr. Dakgalbi, Absolute Thai, Dum Dum Thai Tea, Young hearts, Tealive, Tomaz, Burger King, Kenny Rogers Roasters, SSF, Universal Traveller, Funskate by Cobay, KB Fun, MyNews.com, Mr. DIY, Guardian, Famous Amos and Sushi Empire, Sunway Big Box will soon be home to other notable brands like BookXcess, Wayback Burger, Lao Pa Sat, Sorella, Loon Sing Restaurant, Romantika, Daiso and Sports Direct.


First of Its Kind Experiences

Sunway Big Box will host the first Happy Fish Swim School centre in Johor, complete with a 25- metre heated lap pool mainly for kids, while the 16,000 sqft EnerG X Park will offer adrenalin- pumping activities like Zip Line, Trampoline Wipeout, Ninja Obstacle Course and Wall-Climbing, among other physically challenging but fun activities. To encourage the joy of reading, the community will also be able to enjoy a 32,000 sqft BookXcess, the first in Johor, carrying over 1.5million books in its outlet, coming really soon.

Additionally, NSK will be offering wholesale goods at competitive prices while home improvement store SSF will showcase complete show units with different sizes, including a range of furniture that is suitable for Singapore’s Housing & Development Board (HDB) flat sizes. 

Sunway Big Box will be connected to adjacent KFC, located above Caltex, and Starbucks outlets with drive-through facilities via pedestrian bridges. The Burger King outlet will also feature a drive-through facility.



Address : Persiaran Medini 5, Iskandar Puteri, Sunway Iskandar
Open from 10.00am - 10.00pm
Contact 07 - 509 8856

Facebook Page Sunway Big Box,

Instagram Sunway Big Box,


P/S: Waaa best tu, jom kita soping raya cina!! 

WORDLESS WEDNESDAY - MASAK APA HARI INI?

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - MASAK APA HARI INI? | Yooo! Masak apa hari ini korang? Ke tengah lagi membelek buku dan blog resepi haa? Hehehe. Ataupun dapur korang off harini? Waaa makan luar le tu ek...

Harini Sis nak masak....eh cuba tengok gambar di bawah, agak-agak faham dan tau tak Sis nak masak apa? Hehehehe ...


Yesza!! Betul...nak masak Asam Pedas Ikan Jenahak ni haaa..Ikan Jenahak ni ikan hasil pancingan Suami baru-baru ni, so kita asam pedaskan dia..Suami dah cop kepala, makanya Sis akan dapat matanya aje ler...hahahaha..

Okay dah, nanti sambung lagi..jom memasak..
Masak awal harini sebab semua kerja sudah settle...yabedabeduuu...


P/S: Semakin tak sabar nak bercuti!! ..

KUARANTIN DIRI SENDIRI DI RUMAH BUAT MASA INI

$
0
0
KUARANTIN DIRI SENDIRI DI RUMAH BUAT MASA INI | Yaa buat masa ni memang Sis banyak masa di rumah, sampaikan diri ini rasa macam ada sesuatu yang tak kena dalam diri. Tapi tak tau kenapa. Sebenarnya ianya bermula dari ketakutan diri sendiri sejak 'alert' atas kejadian yang menimpa kita rakyat Malaysia ni, iaitu kes influenza menular ni.

Sis banyak membaca dan research sana sini, apa sebenarnya influenza ni, bagaimana ia boleh berjangkit, macam mana nak mengelakkan diri dari terkena dan langkah-langkah untuk pencegahan. Makanya paling senang, kita duduk rumah aje la. Sejak itulah, dah hampir seminggu Sis duduk di rumah memerap siang hari.

Kebetulan pula Sis tengah free, takde jemputan event media ke review ke, bukan takde langsung, ada, tapi Sis tolak, memang nak rehat dan kuarantin diri sendiri di rumah buat masa ni. Malam adalah sekali dua Sis keluar pergi kelas aerobik, tu pun semalam Suami dah bising, katanya tak payah pergi dulu, duduk aje rumah dendiam, so kita kena terima teguran laa kan, kita stop dulu le kelas aerobik nampaknnya. 

Takpe, teguran Suami tu sebab dia sayangkan kita, taknak apa-apa jadi. Nak kita sihat, biarlah duduk rumah dulu buat masa ni, banyakkan masa menaip, membaca dan buat kerja rumah, esok-esok dah reda keadaan, kita sambung balik jalan-jalan cari makan hahahaha.

Sarapan pagi kita. Fishball Ikan curah Sos tomato, sedapnya.

Bukannya apa, kalau dah sampai ada kes kematian, ianya satu perkara yang sangat serius bagi Sis. Lagi pulak kalau kita ni memang ada penyakit, lagilah mudah terkena jangkitannya. So better kita kuarantin duduk rumah dulu, jaga diri, jaga kebersihan, insyaAllah moga kita semua dilindungi olehNya. Yang bekerja tu hati-hati ya. Banykkan minum air dan juga pakai penutup mulut ya. 

Sebenarnya benda yang Sis tak suka bila dah duduk rumah aje ni, sebab... asyik keje nak tidur jer ko. Makan memang kurang, biasa tunggu Suami balik baru makan sama-sama, minum pulak yang bagusnya, tak de minum manis-manis, bantai air masak aje, tapi.....  keje nak tidur aje hahaha. 

Kadang lepas aje masak jam 10am atau lepas aje Zuhur, haa siaplah, mulalah mata ni mengantuk dan akan tidur sampai dah nak Asar..adeiii susah betul tau! Sebab nanti malam payah nak tidur, dah macam burung hantu jadinya huhuhu. Tu yang duk laaa terkebil-kebil mata paksa mata tidur. 

Cuba nak elakkan tidur tapi tersengguk-sengguk depan laptop atau time pegang handphone, time tu lee mata akan menutup, lawak kadang bila fikir diri sendiri hahahaha. Memanglah, Suami kata, 'tidur je laa, bukan buat apa pun, janji kerja dah siap semua', yerrr tapi....nanti malam susah nak tidur.

Ermmm ni pun masa menaip, haaa dah menguap molot oii. Masak dah siap, kerja semua dah siap, tinggal nak lipat baju dan gosok baju Suami aje. Ingat sebelum mata nak terlelap ni, nak cuci cadar dan kemas baju dalam almari. Mana tak pakai nak asingkan nak sedekahkan kat orang. Dah mandat beno almari tu. 

So okaylah, sekian dulu update Sis sepanjang seminggu duduk rumah ni haa hahahaha. 
Nanti sambung lagi. Bye.


P/S: Anggerik Desa 'meroyan' dengarnya hahahaha...

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN - A REFLECTION OF JDT

$
0
0
STADIUM BARU JDT DI NUSAJAYA - A REFLECTION OF JDT | Projek pembinaan stadium baru pasukan Johor Darul Ta'zim di Nusajaya telah dimulakan mulai bulan November 2015. Stadium tersebut yang dibina di tapak tanah seluas 50 ekar di Kota Iskandar, Nusajaya merupakan tanah yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk pembangunan sukan bola sepak.

Projek yang mengambil masa tiga tahun tersebut bakal menampilkan sebuah lagi stadium yang mempunyai pelbagai kemudahan terkini termasuk taman tema, 'football golf' untuk kanak-kanak, restoran, pusat membeli-belah, kedai jualan barangan JDT dan lain-lain lagi serta mempunyai kapasiti 45,000 tempat duduk.

Menurut Tunku Ismail (TMJ), hanya 14.2 hektar akan digunakan untuk membangunkan stadium manakala baki selebihnya untuk memajukan Bandar Sukan JDT merangkumi hotel, apartment, pusat membeli-belah, padang sukan rugbi,  gelanggang tenis dan lain-lain.

Fasiliti itu juga akan menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta pejabat Southern Tigers Sdn Bhd

Pembinaan stadium baharu dan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menelan kos antara RM180 juta hingga RM200 juta.

Setakat ini, pembinaannya sedang berjalan dengan baik dan syarikat Forest City merupakan penaja terbesar dan merekalah yang membina stadium tersebut,

Apabila siap nanti, stadium itu yang dinamakan sebagai Stadium Sultan Ibrahim Larkin, akan digunakan oleh pasukan JDT untuk berlatih, manakala stadium lama di Larkin untuk pasukan JDT 2.





Gambar kredit dari twitter TMJ 

JDT ada 3 lagi projek yang masih belum dilaksanakan.

Secara asasnya, 3 projek tersebut adalah, Pusat Perubatan atau Recovery Center, Kedua adalah JDT Hotel dan Ketiga Pusat Latihan.

Kemudahan JDT Hotel ini menurut TMJ boleh digunakan oleh pasukan lawan yang bertandang ke Johor selain akan digunakan oleh para pemain JDT sendiri sehari sebelum perlawanan berlangsung.

Mengenai Pusat Perubatan atau Recovery Center, TMJ menjelaskan bahawa JDT kini sudah pun memiliki kepakaran dan kelengkapan, namun TMJ sendiri mahu melihat JDT memiliki satu bangunan khas untuk pusat perubatan di masa depan.

Kemudian yang ketiga adalah Pusat Latihan. Pusat latihan yang baru dan besar bagi semua pasukan JDT dalam satu kawasan.

Menurut TMJ, "Ini adalah 3 projek yang masih belum dilaksanakan, tidak akan disiapkan dalam masa terdekat kerana tahun ini kita akan (siapkan) stadium dulu dan pusat perubatan, dan saya harap selepas itu pusat latihan dan juga hotel".

Luaskan Kuasamu Johor!

Sumber : Copy sana sini.


P/S: Terpegun nengok gambar Stadium tu, belum lagi masuk dan tengok depan-depan, perghh terbaekk!

PONDEROSA'S 2020 CHINESE NEW YEAR MENU FOR SMALL FAMILIES

$
0
0
PONDEROSA'S 2020 CHINESE NEW YEAR MENU FOR SMALL FAMILIES | Hop Sing Chinese Restaurant at Ponderosa Golf & Country Club will be going for the slim and trim this year with two menus that cater to smaller families that starts at RM 388nett with five dishes and RM 588nett with six dishes that are suitable for 4 - 6 perosns. For families with 8 - 10 persons the Prosperity Set Menu at RM 988nett is available with eight dishes.

"Family units are smaller nowadays and we wish to cater to such groups, without food wastage. Many restaurant traditionally cater to menus for tables of 10 persons and once there are lesser persons, there will be much food wasted," said General Manager, Tan Kai Yang. "Last year, we implement Chinese menus without Shark's Fin and this year we are going to minimizing wastage of food".




Still heading for the direction of wholosome home-cooked dishes rather than typical restaurant fair and flair, the Blessing Set menu at RM 388nett offers Salmon Yee Sang, Steamed Sliced Fish in Nyonya Sauce, Deep Fried Boneless Chicken in Lemon Sauce, Golden Baked Prawns in Crispy Oats and Yang Chow Froed Roce.

The Fortune Set Menu at RM 588nett for 4 - 6 persons has a different set of selesctions with Salmon Yee Sang, Steamed Seaabass Hong Kong Style, Crispy Chcken, Deep Froed Prawns in Doya Sauce, "Fa Cai' Braised Broccoli with Black Mushroom & Dried Oyster and Froed with Sliver Anchovies.




The Prosperity Set Menu at RM 988nett caters to 10 persons, include Salmon Yee Sang, Braised Fosh Maw with Crab Meat, Roasted Chicken, Steamed Red Snapper Hong Kong Style, 'Fa Cai" Braised Brocolli with Black Mushrpom & Dried Oyster, Deep Froed Prawns in Soya Sauce, Lotus Leaf Roce and Chilled Sea Coconut with Longan and Lemon.

There are also options to a'la carte Yee Sang with Pacific Clam Yee Sang at RM 58+ for small and R< 116+ for large portions, while Salmon yee Sang is priced RM 49+ for small and RM 98+ for large portions.



The menus are applicable not only for reunion dinners but also for Company 'Closing' for the Chinese New Year celebrations and also 'Back-To-Work' Get-Together.

For further enquires and booking, you can call Lai Yee at 017-766 2636 or general line during restaurant operating hours at +067 354 9999 ext 255, or email neba@ponderosagolf.com.

Hop Sing Chinese Restaurant does not serve pork nor lard and all ingredients are sourced from HALAL food suppliers.


Happy to meet again founder blog Tony Johor Kaki

Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru)
Adress: 3, Jalan Ponderosa 1/1
Taman Ponderosa, 81100 Johor Bahru

Contact: 07-3549999
Opens : 7pm-10pm (Daily)
Email: enquiry@ponderosagolf.com

Facebook : Ponderosa Golf & Country Resort 


P/S: Ayam goreng halia dia sedap giler!!! Rasa nak pi makan sekarang! Hahahaha...

MACAM MANA NAK POTONG AYAM NI MAK?

$
0
0
MACAM MANA NAK POTONG AYAM NI MAK? | Hahahaha itu laa ayat terjerit-jerit si anak Sis,Yana sewaktu dia terkejut nengok ayam seekor macam tu dalam besen hahaha. Ingat-ingat gelihati plak Emaknya. Tu laa dah selalu beli ayam siap potong, ini kali Ayahnya bawak balik ayam belum potong sekor macamtu, mau tak terkejut hahaha.

Haa korang macam mana pulak? Pandai tak potong ayam tu? hehehehe. Kalau Sis kan mula dulu tak pandai juga, blur kejap depan ayam bila dapat ayam sekor macam ni, tapi bila ke pasar, Sis ko tenung dan fokus betul-betul tengok orang pasar tu potong step by step, dan bila balik rumah mencubanya, alhamdulilah terpotong gak ayam tu hahaha.

Bila dah siap potong tu, fikir gak, ni potong 14 ke potong 16 ke ek?.. entah le, janji bukan Sis ko cincang sudah!


Paling tak suka bila dapat ayam sekor gini, dengan kepala ayam tu sekali ada, eee kadang rasa nak tibai je kepala ayam tu. Kot ye pun buanglah dulu kepala ayam tu, bukan kita makan pun..tapi dengarnya ada orang makan kepala ayam tu, erkkk...camne dia masak ek?

Takpelah, selagi ada isi ayam, baiklah Sis ko makan isinya aje, kalau takde makanan dan terdesak sangat pun, fikir dua tiga kali nak ku telan kepala ayam tu huhuhu.


Haa mula-mula kita potonglah kaki ayam tu dulu. Bab kaki ni biasanya kan, kalau Sis beli sekor ayam, kakinya Sis buang hahahaha. Tak tau kenapa, takat 2 kaki tu, alaa kang celah taik gigi jer. Tapi kalau beli dua atau tiga ekor ayam, kakinya Sis amik dan simpan kekekeke.

So kalau nak makan kaki ayam, elok beli sekilo terus, puashati makan, dari dua ketul tu, aje berebut gan Suami Sis dan si Yana tu. Memasing hantu kaki ayam hahaha.


Lepas tu korang korek dari bontot ayam tu, keluarkan hati dan pedalnya. Ala kalau korang geli, time korang belah dadah tengah tu, korang korek laa..adeii tu pun nak geli oii..Yaa belah bahagian dada tengah tu haa dan tarik kopakkannya jadi macamtu ha.

Faham tak? kalau tak faham sila pi pasar then fokus tengok time orang pasar tu potong ayam hahahah. Tapi kalau dia guna mesin pemotong, agak susah sikit laa nak tengok, kecuali dia potong guna pisau.


Kemudian korang potonglah paha ayam dan bahagian thigh dia menjadi kepingan. Then bagian dada pulak, potonglah menjadi kecik ikut sukahati korang nak besar mana potongannya. Kalau Sis memang Sis kerat 6 setiap bahagian, so bila di kira-kira potongan ayam Sis ni menjadi kerat 12 ler ek hahahaha.

Patut kemain besau, tapi nanti nak masak boleh kerat lagi kalau besar sangat hahahaha. Masa potong ayam ni, anak Sis,Yana duk belek laa nengok Emaknya potong dari mula, tapi sampai bab kerat belah tengah tu, nampak isi lemak, perut ayam dalam tu dan darah ayam, dia dah lari ke depan. Katanya geli hahahaha....

Oooo dah siap potong tak geli pulak ek..dia kata kalau dah siap potong nampak bersih hahahaha bertuah punya anak!..Pastu Sis cakaplah, macam mana nanti dah kawin Laki bawak balik ayam sekor?, katanya, kalau beli ayam nanti, kalau tak boleh potong, dia kata tak payah beli, makan ikan aje hahahaha...sengal betul anak Sis..

Nak masak apa ayam tu?


Taraaaa....Rendang Ayam in the house hahahaha.
Rendang ni masak malam tadi, sebabnya harini nak menjala roti jala. Tapi malam tadi Suami dah bedal makan dengan nasi 2 ketul, tak tahan bau rendang tu katanya hahaha.

Okay cite rendang dan roti jala ni kita masuk posting lain ya hehehe.
Now, Sis nak kemas kain baju, nak gosok dan packing masuk bag.

Nanti kalau siapa dah pandai potong ayam tu, haaa sila update tag Sis ya hahahaha.
Oklah Bye.


P/S: Menghitung jam...tik tok tik tok..

TAHUN BARU CINA 2020 BERTEMAKAN 'GARDEN OF FORTUNE BLOSSOM' DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU

$
0
0
TAHUN BARU CINA 2020 BERTEMAKAN 'GARDEN OF FORTUNE BLOSSOM' DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU | Tahun baru 2020 menandakan permulaan dekad yang dinantikan, jadi sambutan Tahun Baru Cina ini akan disambut dengan istimewa. Bertemakan ‘Garden of Fortune Blossom', taman bunga peony yang menghidupkan suasana pusat membeli-belah, bersempena tradisi penyatuan keluarga dan rakan yang disambut sepanjang zaman.

Pengunjung boleh memulakan aktiviti Tahun Baru Cina mereka dengan menyaksikan keindahan hiasan bunga peony bersama tanglung merah, disempurnakan dengan melodi lagu klasik Cina, serta lapan burung jenjang yang melambangkan kemakmuran dan panjang umur. Hiasan perayaan ini pasti menarik minat pengunjung untuk bergambar bersama keluarga dan rakan di Main Atrium (Aras Bawah) dari 3 Januari 2020 hingga 16 Februari 2020.



Peony dikenali sebagai bunga kemakmuran dan melambangkan kekayaan dan keamanan. Melalui corak yang cantik, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung, bagi meningkatkan lagi kemeriahan, kekayaan dan ketenangan,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management.

Tambah beliau lagi, “Di WCT Malls, kami percaya semuanya bermula dengan niat yang betul dan melaksanakannya untuk mencapai matlamat yang memuaskan. Itulah yang kami harapkan untuk semua rakan kongsi, sahabat dan pengunjung sempena Tahun Tikus ini.

Untuk memeriahkan lagi suasana Tahun Baru Cina, Paradigm Mall Johor Bahru bekerjasama dengan Malaysian Medical Association untuk menganjurkan RSH Health Carnival Johor 2020 di Upper Ground Floor Atrium pada 18 Januari 2020.

Acara ini akan dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin Bin Jamal. Ia turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti Kem Menderma Darah, Kem Menderma Organ, Pemeriksaan Kesihatan, Demonstrasi CPR, Bengkel Penjagaan Warga Tua, Bengkel Kesihatan dan Demonstrasi Zumba.


Paradigm Mall Johor Bahru turut menawarkan pelbagai ganjaran, penebusan eksklusif dan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung.

Persembahan Tahun Baru Cina : 

Tarian Singa: 12, 24 & 27 Januari
Persembahan Akrobatik Singa: 19 & 25 Januari
Tarian Naga: 25 Januari
Orkestra Cina: 19 Januari
Pertukaran Topeng Muka: 12 & 24 Januari
Pertunjukan Kung Fu: 24 Januari
Persembahan Dram: 19 & 26 Januari

Sambutlah kedatangan Tahun Baru Cina dengan aktiviti menyeronokkan dan sajian menyelerakan di Paradigm Mall Johor Bahru! Saksikan hiasan bunga di pusat membeli-belah ini dan jangan lupa untuk menyaksikan persembahan klasik yang telah disediakan.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah dan
platform media social berikut:

Laman Web : Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook : Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram : Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/


P/S: Lama betul ke Paradigm Mall ni..nak raya CNY ni mesti meriah kan!

SELEMBAR KAIN KAFAN

$
0
0
SELEMBAR KAIN KAFAN | Kain kafan adalah sebuah selembar kain yang digunakan sebagai pembungkus seorang yang telah meninggal dunia sebelum dimakamkan oleh ummat islam dan beridentik dengan warna putih.

Biasanya pada jenazah laki-laki menggunakan tiga (3) lapis dan perempuan lima (5) lapis.

Didalam kain kafan tidak ada sakunya karena kita tak akan bisa membawa harta wang sesen pun sebagai bekal perjalanan, ketika kita sudah meninggal dunia maka Allah SWT tidak melihat berapa banyak harta yang kita bawa akan tetapi Allah SWT akan menanyakan berapa banyak harta yang sudah kita berikan.

Disamping itu pula warna kain kafan pun hanya satu yakni putih nan suci.

Kerana kelak ketika kita diliang kubur kita tak dapat mepamerkan kain kita seperti kain pada umumnya yang indah berbagai macam warna dan corak dalam keadaan terbujur kaku, terbaring, tanpa ada gerak geri sedikit pun, kerana Allah swt tidak akan melihat seberapa bagus dan mahalnya pakaian yang kita kenakan didunia.

Yang tetap kita pakai hanyalah selembar kain putih, yang murah bahkan tidak ada jahitan sedikit pun.

Kain kafan hanyalah kain yang tak memiliki tutorial, tidak memerlukan satu kreativiti pun ketika dikenakan oleh kita kerana ketika kita telah terbujur kaku tak berdaya Allah swt tidak menilai seberapa cantik atau tidak ketika sesaorang mengenakannya.


Maka ingatlah pakaian taqwa putih bukanlah pakaian yang dibuat oleh designer ternama, tapi selembar kain putih polos tanpa warna maupun corak.

Seperti harapan kita semua selama hidup, semoga hati kita putih bersih terhindar dari khilaf dan dosa agar kita semua termasuk orang-orang yang layak masuk ke dalam syurgaNya.

Kain kafan bagi pandangan semua manusia adalah sama, harganya sama, warnanya sama, cara memakainya pun sama, kerana kita tidak dapat mencuri keluar suatu apa pun anggota badan kita  didalamnya, bahkan kain tersebut menutupi seluruh tubuh kita mulai ujung kaki hingga kepala.

Maka dari itu apa yang dapat kita sombongkan ketika kain tersebut sudah menyelimuti tubuh kita?. Hanya menunggu berdepan dengan Allah swt.

Semoga kelak kita menjadi orang-orang yang khusnul khotimah.
Aminn.

#SisSharing #PeringatanBuatDiri


P/S: Salam Jumaat buat semua, Sis kirimkan dari angin lalu di tepi pantai...

ANTABAX DAN KPJ AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL ANJUR KEMBALI KEMPEN 'ABC FOR HEALTH

$
0
0
ANTABAX DAN KPJ AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL ANJUR KEMBALI KEMPEN 'ABC FOR HEALTH'| Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.


Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”


Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia.

Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.

Mengenai Influenza

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.


Tanda-tanda dan Simptom Influenza

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala.

Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.


Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.

Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.


P/S: Dah cakap banyak kali kan, jangan amik remeh! Nak sihat? Amik langkah penjagaan dan keselamatan ya. Jangan cakap Sis tak pesan!

JOM KITA REHATKAN MINDA, OTOT DAN ORGAN DALAMAN SEKEJAP

$
0
0
JOM KITA REHATKAN MINDA, OTOT DAN ORGAN DALAMAN SEKEJAP | Ayuh laaa kita! Kemana? Hahaha tetap di rahsiakan dulu macam biasa. Maklumlah ada spesis 'perosak' kang yang baca dengki dengan kebahagiaan orang. Ada je kang nak wahtsapp dan mencelah meroyan bagai hahahaha. Siapa? Kau makan cili, kau rasa pedas ye.

Kita rehatkan minda sekejap dari fikir dan runsing dengan hal dunia dan fikir nak masak apa kat rumah hahaha. Ye ler kalau dah kat luar gini, dah tak payah fikir nak masak apa, semua makan luar aje. Lagi plak berdua aje dengan Suami, lagi lee senang, makan aje mana jumpa.

Rehatkan otot juga dari bekerja tak henti-henti. Kalau kat rumah tak reti duduk diam, ada je kerjanya, dan kerjanya pulak tak habis-habis. Siap yang ini, yang itu belum, siapkan yang itu, yang ini pulak tak siap, aishh pelik juga ek hahaha.

Dan tentunya organ dalaman gak kena rehat, sebabnya time cuti ni, tak fikir nak makan heavy-heavy, makan laa seadaanya dan makan apa yang nak makan. kalau duduk rumah, mak aii, segala bagai kat dapur ko nak masak dan makan. Tak kenyang makan pulak jajan hahahaha. Hancuss diet.!


So kita cuti-cuti Malaysia aje kejap ya. Ni pun sambil selam minum air. Suami ada team building dan family day di sini. So bermalam di sini semalam then esok nak hadiri dua majlis kahwin. Makan nasi minyak esok hehehe. Harap-harap ada laaa telur pindang.

Okaylah nanti sambung ya. Nasib baik gak bawa laptop, sementara menunggu Suami habis kerjanya ni, sempat update posting ni dalam bilik. Kejap lagi nak bersiap-siap untuk dinner malam ni. Dengarnya tema 'Masquerade' ko hahahaha...Sis akan pakai baju yang Suami belikan. Sis pun tak tau Suami belikan baju, tau-taunya dia balik bawa baju, suruh pakai ini malam..baju apakah itu? jeng jeng jeng...

Kalau sempat dapatlah amik gambarnya, kalau tak, tak dan le nak bergambar ya hahahaha...sebabnya Sis kurang gemar amik gambar time malam dan suasana gelap, So kita tengok dulu suasananya nanti. Kalau okay, adalah Sis update ya. Dan Sis akan update di IGs Sis..tungguu..


Okay bye..


P/S: Angin kuat betul, seronok duduk tepi pantai..

SUMBANGAN KEMBALI KE-SEKOLAH TOP KEPADA 674 PELAJAR ORANG ASLI MENCATAT REKOD TIGA KALI GANDA SASARAN DANA

$
0
0
SUMBANGAN KEMBALI KE-SEKOLAH TOP KEPADA 674 PELAJAR ORANG ASLI MENCATAT REKOD TIGA KALI GANDA SASARAN DANA | Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.

TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025 1 yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan. Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.


TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

TOP yang terkenal dengan cucian Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.


Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan menjadi seperti satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati,” kata Cik Ling.

Tok Batin Pos Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.


Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilh untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP!’,” katanya.

Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya.

Senarai penerima Sekolah Orang Asli
(Lokasi dan jumlah pelajar)

1. SK Pos Musoh, Perak 70
2. SK Pos Lemoi, Pahang 84
3. SK Pos Bersih, Perak 147
4. SK Putra, Negeri Sembilan 110
5. SK Pos Tenau, Perak 79
6. SK Sg Mas, Pahang 79
7. SK Sg Mok, Pahang 105

Jumlah keseluruhannya: 674

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.


P/s: Koeang guna TOP? Mungkin korang adalah salah satu penyumbangnya..Tahniah TOP!

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAK MAK

$
0
0
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAK MAK | Alhamdulilah, semalam dapat juga penuhi jemputan perkahwinan anak angkat Sis, yang Sis panggil Shu di Air Itam,Johor. Mulanya takut gak tak sempat nak datang, sebabnya semalam ada 3 jemputan kahwin yang nak di penuhi.

Dah bagitau Suami, takpelah mana yang sempat kita pergi, kalau tak, takde rezeki nak jumpa. Nasib baik juga jemputan di Melaka tu adalah kawan sekolah lama Sis, makanya kalau datang lambat pun, kata Suami takpe, dapat berbual lama nanti, sebab majlis mungkin dah habis so boleh duduk borak panjang.

Makanya semalam habis aje Team Building company Suami di Lotus Desaru tu, selesai check-out, terus gerak ke Sri Alam Masai dulu untuk hadiri jemputan kahwin kawannya Suami. Ermm faham-faham ajelah bila Suami dah jumpa geng-geng lama kerja dulu, kemudian bercerita pulak bab memancing, adeii duk jeling-jeling Sis nengok Suami sambil tunjuk jam. Bukannya apa takut tak sempat nak ke jemputan lain.

Dalam jam 2pm lebih gak baru gerak ke Air Itam,Johor untuk majlis perkahwinan anak anagkat Sis ni, nasib baik juga sempat jumpa dia, sebabnya dia nak keluar untuk photoshoot outdoor. Dah bagitau anak Sis, mungkin lambat sikit. Nasib baik jalan tak jem. Anak Sis,Yana memang dari semalamnya dah tidor bermalam di rumah Shu, ye ler jadi pengapit katanya hehehe. 


Cantik! Bagai pinang di belah dua. Macam nak nangis gak semalam bila dapat jumpa anak angkat Sis ni, sebab lama tak jumpa dia. Kalau semalam tak dapat jumpa dia, memang terkilan sangat laaa Sis, tapi alhamdulilah, dapat juga jumpa walaupun sekejap.

Selamat Pengantin Baru Shu Mak ucapkan, moga Allah limpahkan kasih sayang dan kebahagiaan dalam rumahtangga anak Mak, dan semoga menjadi isteri yang solehah dan taat pada Suami. Yang gelihatinya Sis siap pesan, jangan mengandung dulu, nanti takut Yana kawin Shu tengah dalam hari kakakakakakah!..

Anak Sis bila pulak? Hahahaha Maknya tak paksa, nak kawin ye kawin, sampai jodoh ye kawin. Kalau takde tu, belum jodoh laaa tu...


Dari Air Itam Sis dan Suami terus pecut ke Melaka. Jam dah menunjukkan jam 5pm lebih. Kami solat jamak di RnR aje dulu kemudian baru terus pasang waze untuk ke rumah kawan Sis tu di area Sungai Udang. Suami memang tau area rumah kawannya Sis tu sebab dekat dah dengan tempat kerjanya tu di Melaka.

Macam yang Suami bagitau awal-awal tu, memang majlisnya dah selesai pun, khemah pun dah di kemas, tapi takpe, janji niat nak datang jumpa kawan Sis tu dapat di tunaikan, akhirnya kami berjumpa. Hampir lebih 10 tahun kami tak jumpa, maunya tak borak panjang dengan kawan Sis tu. Cuma kami lupa nak bergambar pulak.

Suami pun memang kenal rapat dengan kawan Sis ni, dari zaman sekolah sampai sekarang memang kami saling kenal, cuma tempoh 10 tahun tu kami tak dapat contact, sebab kawan Sis tu pindah Melaka dan no telefonnya hilang dari data Sis. Nasib baik juga anaknya dapat cari Sis di facebook, alhamdulilah.

Borak punya borak, dekat jam 10pm lebih baru Sis dan Suami beransur balik. Memang Sis pun takde booking memana hotel. Makanya sambil drive tu barulah bukak Agoda dan Sis terus ajak menginap di Platinum Hotel & Suites ni. Nasib baik ada kosong.

Pernah menginap di sini sekali dulu sewaktu ikuti program Surfcasting bersama Tourism Malaysia tahun lepas. Sebab tu bila kata cari hotel area bandar, terus ajak Suami ke sini aje hehehehe.

[Baca juga] : The Platinum Hotel & Suites Melaka

Masa korang baca post ini mungkin Sis dah check-out dan dah gerak ke tempat lain pula. Kemana? Jeng jeng jeng..rahasia hahahahahhaa...

Okaylah nanti sambung. masa menaip ni jam dah 11.13pm (18/1/2020) di laptop, So okaylah...sambung cerita lain nanti ya.


P/S: Satu pertemuan di Melaka yang tak dapat di lupakan, syukur Allah permudahkan semuanya hari ini (Sabtu 18/1/2020).

LIRIK LAGU MENGANTUKNYA MUMIA - DIDI & FRIENDS

$
0
0
LIRIK LAGU MENGANTUKNYA MUMIA - DIDI & FRIENDS
Ciptaan DJ Fuzz dan Aziquebeats


Hooo… nak tidur mana?
Hooo… nak tidur mana?

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil yang bulat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Circlestein punya
(Okay)

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil segi empat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Itu Squarewolf punya

Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur
Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur

Hooo… dah boleh tidur
Hooo… dah boleh tidur




P/S: Dengan Sis ko sekali jadi tersampuk dengar lagu ni hahahaha...

JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN TAPI ASYIK MAKAN AJE KERJANYA

$
0
0
JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN TAPI ASYIK MAKAN AJE KERJANYA | Iyerr jauh berjalan, makin jauh, makin banyak berhenti makan dan makan hahahaha. Gitu lee kalau dah Sis dengan Suami berjalan jauh. Kalau tak Sis yang suruh berhenti cari makan atau jajan, atau Suami yang stop berhenti pi cari makan hehehe.

Kalau Sis memang Suami atau sesiapa aje yang kenal Sis, kalau Sis bawa kereta, mesti Sis nak mengunyah, bukan sebab nak hilangkan mengantuk aje, tapi jadi tabiat hahaha dari dulu hingga sekarang. Selain dari yang mesti beli nescafe atau air panas Costa tu haa..haaa tu memang satu keperluan hehehe.

Kalau korang macam mana? Sama ke tak?

Yaa ada orang tak reti mengunyah time memandu, lagi satu konon jaga kereta, kang berbau dan jadi ternak lipas katanya..ermmmm habis dah kau pemalas nak bawa cuci kereta, tak ke lipas duduk dalam kereta ko..kalau faham ye faham, tak faham ye sudah..


Dulu memang ya, Sis anti betul orang makan dalam kereta, sebab kononya menjaga kebersihan kereta. Tapi bila dah makin berusia ni, benda tu dah jadi macam ala lantak lerr, dah makan dah kotor pi laa cuci kereta, habis cerita. Kena pulak Suami Sis pun sama naik dengan Sis, dia pun sama makan juga time memandu atau duduk sebelah, makanya tak ke lagi meriah dalam kereta dengan makanan hahahaha..

Pernah dulu sekali, kami berdua memandu ke Lumut, kami siap makan nasi lemak hahahaha. Sis memandu, Suami duduk sebelah, dia makan dia suap Sis, ko ngase? Sebab masa tu tak sempat nak berhenti dan terkejar masa so kenalah makan dalam kereta.


Dari hari Jumaat ke Desaru Lotus, terus ke Pasir Gudang, kemudian gerak ke Air Itam Johor, then Melaka, dan semalam dah sampai ke Paka. Sampai aje Suami ajak makan kat mcD. Dah tentunya kami makan burger sempena tahun baru cina tu Prosperity Burger. Perghh memang sedap!

Suami kata setahun sekali aje dapat makan burger ni hehehe. Tak makan rugi katanya hahahaha. So dapatlah kami merasa semalam di McD Kerteh. Lepas makan terus check-in. Malamnya kami makan apalagi, nasi goreng sotong besar hahahaha. Rindu dengan sotong Paka akhirnya terubat..sedap tetap sama, besar tetapm sama...arghh sedapnya!!

Dan hari ini nak gerak ke .....

Nantilah cerita ya...hahahahaha kena ada rahasia dan sambungannya, kalau tak, meroyan kang si 'anggerik desa' atau 'insan terpilih'  tu menelefon dan wahtsapp kakakakakakah ... dah le kaki stalker ! segala IG dan FB anak-anak, adik beradik, kawan-kawan Suami, kawan-kawan aku semua kau nak follow ek..kau dah kenapa? tak boleh lihat kebahagiaan orang ek, jenis apa la kau punya perangai ek..kesiannnnn....

Okay dah, hilang mood Sis ko kalau cite panjang-panjang kang,
Kita sambung nanti ya..Bye.


P/S: Korang tak payah tanya siapa dan kenapa, ONE DAY Sis akan viralkan di sini...

ROTI JALA MAKAN DENGAN RENDANG AYAM, MEMANG SEDAP!

$
0
0
ROTI JALAN MAKAN DENGAN RENDANG AYAM, MEMANG SEDAP! | Kan sedapkan, mau kalau makan memang berkeping-keping atau bergulung-gulung laaa roti jala di makannya. Kalau macam Sis tu, Sis kirai roti jala then Sis gulungkannya. Ada orang lepas kirai, dia lipatkannya, ikutlah memasing punya cara kan.

Korang masih ingat tak post entri Sis yang anak Sis menjerit 'Macam Mana Nak Potong Ayam Ni Mak?'..haa korang ada baca? Hahahaha tak sangka post tu menjadi rating tinggi pageviewnya, mungkin ramai yang view macam mana nak potong ayam agaknya. Dan kalau korang baca, Sis ada sebut yang ayam tu Sis nak buat Rendang Ayam dan esoknya nak buat Roti Jala, makanya inilah dia kejadiannya.

Rendang yang dah siap di masak malam hari sebelumnya, bila dah di panaskan, bertambah kering dan sedap rasanya. Kena pulak makan bersama dengan roti jala, waduh-waduh, susah nak stop kalau dah makan hahahaha.


Entah yaa, bukan nak puji tapi sebab Suami dan anak Sis pun kata benda yang sama, so mungkin jugalah masa memasak Rendang Ayam ni, mood Sis tengah berbunga-bunga, makanya Rendang Ayam tu jadi sedap pulak ini kali, sampai Suami makan hampir 10 keping, yee Sis ko kira roti jala yang Suami amik masa tu hahahaha.

Memasak ni memang ikut mood dan juga air tangan. Kena mood swing atau bahan tak cukup, jadilah kurang sedapnya atau pun kalau kena masa tu memasak dalam keadaan kelam kabut, memanglah segala rasa dalam masakan tu semua jadi tak betul. Yaaa betul tak? So kalau nak masak kena tenang-tenang dan berzikir bebanyak. InsyaAllah jadi sedaplah masakannya tu.


Resepi tak yah tulis laa, resepi biasa-biasa aje, sama je dengan resepi korang masak, takde lainnya. Bahan utama semua sama jer, termasuk gak kerisik. Ada orang tak letak kerisik, tapi Sis memang letak kerisik ya. TAPI Sis tak letak gula merah, Sis guna gula pasir biasa je gan asam keping. Lain-lain sama jer.

Untuk roti jala pulak, Sis cuma letak tepung, minyak, telur dan garam juga pewarna kuning. Kalau takde pewarna Sis guna rempah kunyit jer. Yaa santan Sis tak letak, memang tak pernah guna santan dalam roti jala. Sis campurkan semua bahan, masuk air, dan adun macam nak buat lepeng tu, kemudian amik blender, blender semuanya sampai halus.

Inagt jangan pekat sangat dan jangan terlalu cair sangat. Pandai-pandailah korang meng-agaknya.


Haa guna acuan 3 lobang tu ha untuk kirai roti jala, lebih senang. Pastikan guna kuali tak melekat ya. Macam Sis tu guna kuali DIY ajer, memang best! Sekali buat je cepat dan tak melekat. Then korang kirailah ikut suka ko. Kirai Sis pun kadang elok, kadang haa sukahati, janji rupa roti jala tu ada hahahaha.

Sis buat sekilo tepung, rendang ayam seekor. Makan seharian, adalah bakinya sikit semangkuk rendang. Puashati makan. Bila tengok anak dan Suami makan berulang-ulang, penat mengirai tu hilang terus. Jadi seronok..nantilah tunggu anak-anak semua balik, Sis nak kirai lagi, tapi nak buat makan dengan kari ayam pulak.

Ha yang tanya semalam nak tengok Nasi Goreng Sotong tu, haa boleh baca post Sis yang ini ya.

[Baca Juga] : Nasi Goreng Sotong Paka 

Okaylah cukup dulu untuk harini. Curi-curi update sementara Suami tengah meeting ni. Nanti free sambung lagi cerita ya. Tekak Sis ko dah merindui asam pedas ni huhuhu..aishh tekak Johor betulkan!

Bye..


P/S: Alhamdulilah..terima kasih Suami ku ❤

AKAN DATANG! PESTA MAKANAN PERTAMA TERBESAR DI JOHOR 'MAQAN FOOD FESTIVAL 2020'

$
0
0
AKAN DATANG! PESTA MAKANAN PERTAMA TERBESAR DI JOHOR 'MAQAN FOOD FESTIVAL 2020' | Sesiapa yang merancang untuk berdiet pada tahun 2020 ini, ianya masih awal dan lebih baik korang sediakan perut korang untuk MaQan Food Fest 2020. Korang lupakan sekejap nak berdiet tu, dan Save The Date! dan follow Sis ke Pesta Makanan Terbesar di Johor ini.

Makan Food Festival 2020 adalah pesta makanan pertama dan terbesar di Johor yang di anjurkan oleh MaQan dengan kerjasama bersama Visit Johor. Pesta makanan ini akan mengumpulkan semua jenama makanan tempatan dan teratas di bawah satu bumbung selama 3 hari berturut-turut. Ini termasuklah makanan-makanan yang viral di facebook atau pun di instagram yang menjadi pilihan utama pengemar makanan di serata Johor malah seluruh Malaysia. Inisiatif ini berharap dapat menarik lebih daripada 100,000 pengunjung untuk menjadi sebahagian daripada acara besar ini.

Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan seperti pertandingan Makan-Makan, Rasa-Rasa Makanan, demonstrasi memasak, permainan & interaksi, persembahan live band dan seisi bertemu & beramah mesra bersama selebriti.

Dengarnya ada artis-artis popular dan makanan top viral yang akan turut serta dalam booth jualan ini, antaranya Zarina Zainuddin (Pulut Kuning), juga Cendol Kampung Hulu, ada Finalist Maharajalawak Mega iaitu Vicha Barbie, ada Tuju K-Clique dan ramai lagi laa artis dan makanan yang ada di Pesta MaQan ni.

Korang cuma datang dan jangan lupa bawa duit aje hahahaha.

 Oleh itu, jangan lupa datang ke Angsana Mall Johor Bahru dari 7 hingga 9 Februari 2020.



MaQan Food Festival 2020 

Pada: 7 Februari 2020 - 9 Februari 2020 (Jumaat - Ahad)
Bertempat: Angsana Johor Bahru Mall

Untuk pertanyaan booth-booth jualan, boleh hubungi: 013-4052008 (Atika) atau tekan link ini: http://www.wasap.my/+60134052008

Untuk update terkini korang boleh ke laman sosial MaQan ya.

Facebook Pages : MaQan
Instagram : @maqanmy
Twitter : @maqanmy

Korang sudah bersedia untuk menikmati semua makanan yang terkenal serata Malaysia dalam setiap gigitan?
Jumpa korang di sana! di sana...


P/S: Tak dapat bayangkan kalau Sis ko pergi, ajer hilang arah kang bila nampak semua makanan hahahaha..

WORDLESS WEDNESDAY - CENDOL DURIAN

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - CENDOL DURIAN | Antara Cendol dan Durian? Ko pilih yang mana? ..

Sis pilih 'Cendol Durian'.
Yaaa pilih yang mana satu?
'Cendol Durian'...
Ya Allah, Aku tanya ko pilih yang mana?
'Cendol Durian', hahahahaha...



P/S: Uishhhh terus kecur di buatnya..arghhhhh...
Viewing all 4494 articles
Browse latest View live