Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4491 articles
Browse latest View live

PENCAPAIAN BLOG PALING TINGGI TAHUN 2019

$
0
0
PENCAPAIAN BLOG PALING TINGGI TAHUN 2019 | Sepatutnya awal tahun haritu nak post entri ni tapi adoii kerja banyak dan sibuk dengan event, makanya tertunggak dan terperap je laa dalam draft ni. Semalam malam laaa baru ada masa Sis edit dan autopost pagi ni.

Dan mulanya malas juga nak bercerita pasal pencapaian blog bagai ni, sebab Sis ni bukan siapa-siapa pun, budak baru belajar, ada yang lebih bagus dari Sis lagi, tapi sebab ianya satu yang amat terharu dan tanpa di sangka buat Sis, jadi Sis kongsikan di sini sebagai penghargaan buat diri Sis sebagai blogger sepanjang menulis selama 12 tahun.

Alhamdulilah, sepanjang 12 tahun menulis, tertalu banyak rasanya Sis berkongsi dan membebel, ada yang memang banyak Sis cerita dari pengalaman Sis sendiri, ada yang Sis copy dan paste untuk perkongsian, dan ada juga post berbayar yang menjana pendapatan sambilan Sis. Syukur alhamdulilah.

Akan tetapi, sepanjang 12 tahun Sis menulis, tahun 2019 laa tahun yang meninggalkan kesan yang paling manis buat Sis sebagai blogger, di mana penulisan Sis bertajuk 'Slip Disc Boleh Claim Socso (PERKESO) - Kecacatan Kekal' menjadi viral dan di kongsi hampir 70k oleh orang ramai yang membacanya. Ini berdasarkan pada apps share yang Sis pasang di blog Sis dan juga lebih dari 15k pageviews untuk satu posting itu saja! dan seramai 80k pengunjung yang masuk blog Sis dalam masa satu hari! Alhamdulilah sangat teruja!

[Baca Juga] : Alhamdulilah, Nasib Baik Juga Ada Insurans (Medical Card)


Memang tanpa di sangka posting tu mendapat perhatian ramai yang datang membaca, inilah yang Sis mahukan dan apa yang Sis harapkan sebagai blogger tercapai, sebab, apa yang telah Sis kongsikan menjadi manfaat ramai dan menjadi satu pertolongan buat mereka yang memerlukan ketika mereka tidak tau kisahnya.

Kalau sebelum ini Sis menulis sekadar mengisi masa lapang dan kerana minat menulis dan bercerita, tapi setelah melihat pencapaian ini dan Sis nampak pageviews harian semakin naik dan naik hingga hari ini, makanya Sis menjadi lebih semangat dan otak pun meletus-letus idea untuk Sis taip dan kongsikan lebih banyak lagi cerita di sini.

[Baca Juga] : Slip Disc Boleh Claim Socso (Perkeso) - Kecacatan Kekal


Sebenarnya Sis menulis ni secara jujurnya tidaklah kejar pageviews semata, memang tak laa kan, buat apa nak pening-pening fikir pageviews bagai, banyak ke sikit ke, nanti kita yang stress. Kita balik dari asal tujuan kita menulis dan buat blog. Sis dulu buat blog sebab suka nak menulis dan berkongsi. Dah macam diari blog Sis ni, apa Sis buat, makan, jalan, semua Sis kongsikan, tapi ada batas...kalau nak kejar pegeviews, ermmm jangan buat blog, pi kerja jadi wartawan sana ya hehehe.

Tapi sekarang pageviews tu kena amik kira gak sikit, sebab mana-mana yang menjana pendapatan melalui blog, rata-rata PR akan minta SS kan pageviews atau engagement blog kita, so nak taknak kena jugalah usaha dan fikir macam mana nak naikkan pageviews dan engagement blog kita supaya orang datang membaca...ermmm banyak kena belajar dan korek ilmu tau!

[Baca Juga] : Asyik Sakit Bahu Aje, Rupanya Slip Disc Tengkuk


Tapi semuanya bergantung pada diri sendiri, rajin atau tidak nak update blog. Kalau tiba pageviews tu turun, haaa cuba fikir kenapa, ko update tak blog tu? Lainlah memang blog ko popular atau blog masak-masak, memang hari-hari orang masuk, tapi kalau takat blog personal macam Sis ni, ermm kalau takde cerita, takde nya orang nak masuk baca. Melainkan kalau 'terkena' dalam carian google, haaa melulu laaa orang klik masuk blog Sis.

Itu gunanya keyword dan SEO..ko tak update pun, pageviews naik aje orang datang baca. Dan benda-benda tu semua haaa akan tersangkutlah dengan korang punya adsense. Lagi ramai orang masuk baca, makin naiklah duit adsense ko.

Untuk tahun 2019 pun, alhamdulilah, setelah bertahun mohon adsense, akhirnya Jan 2019, adsense di blog Sis telah LULUS.! Now tengah menari-nari iklan dah di blog, korang jangan lupa klik hahahaha.

So itulah sahaja yang Sis nak kongsikan, bukan bermegah atau riak, tapi sekadar pembakar semangat buat korang supaya tidak putus asa untuk menulis dan berkongsi apa yang korang rasa bermanfaat. Jadi aje macam Sis, walaupun ramai yang kecam, tapi Sis buta tulikan semuanya, dan teruskan aje dengan apa yang kita suka.

InsyaAllah, selagi minat dan usaha tu ada, makanya ianya akan menjadi manfaat buat kita dan semua orang. Kipidap and dongibab!

Okaylah nanti sambung lagi, Sis nak menaip posting baru ni, phewww berderet cerita nak kongsi dengan korang ni. Korang tunggu ya..

OkBai..


P/S: Terima kasih buat semua yang sudi singgah membaca secara terang-terangan ataupun datang membaca secara gelap. Cuma yang secara 'spy' tu, takpe kita perhatikan je hohoho...

CHINESE NEW YEAR SPECIALITIES AT PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR BAHRU

$
0
0
CHINESE NEW YEAR SPECIALITIES AT PULAI SPRINGS RESORT, JOHOR BAHRU | Usher in the Chinese Lunar New Year with family and friends at Pulai Springs Resort Johor Bahru with an assortment of delightful Chinese New Year cuisine.

MasterChef Lim and his team from Qing Palace Chinese Restaurant has come up with a special set menu on the eve of Chinese New Year on 24 January 2020 and also a three-set menus available from the first day of Chinese New Year on 25 January till 8 February 2020.

The menus are all suitable for family reunions or gatherings with friends with dishes full of symbolic expressions of good fortune, prosperity, happiness, wealth and abundance for Chinese New Year.


In the menu for the Chinese New Year Eve Reunion Set Menu on 24 January 2020 is Qing Palace Special 'Yee Sang' with Salmon, Qing Palace Special 'Peng Cai'or 'Poon Choi' (braised premium assorted hot dish served in a clayport).

Steamed Garoupa in Hong Kong Style, Chicken Floss Glutinous Rice with Lotus Leaf and Deep Fried Nian Gao.

'Poon Choi' (braised premium assorted hot dish served in a clayport). 

Steamed Garoupa in Hong Kong Style

Chicken Floss Glutinous Rice with Lotus Leaf

Deep Fried Nian Gao. 

This menu is priced at :

CHINESE NEW YEAR EVE REUNION SET MENU (only on 24 January 2020)
RM798+ per table of 6 persons
RM1288+ per table of 10 persons

Qing Palace Chinese Restaurant is also offering three (3) special 8-course set menus for lunch and dinner from 25 January to 8 February 2020.

CHINESE NEW YEAR SET MENU (25 January - 8 February 2020)
Set Menu A
RM790+ per table of 10 persons

Set Menu B
RM900+ per table of 10 persons

Set MENU C
RM1380+ per table of 10 persons

Items on the menu include Qing Palace's Special Died Seafood Yee Sang, Steamed Cod Fish Fish, Fresh Scallops with Vegetables and Egg White and more.

Any Chinese New Year lunch or dinner on the set menus at Qing Palace would begin with Yee Sang and end with Longan with Jelly Beancurd, Chilled Pineapple with Sea Coconut or the signature Honey Dew with Sago.



MasterChef Lim has also prepared four (4) varieties of Yee Sang - Salmon Yee Sang, Royal Abalone Yee Sang, Dried Seafood Yee Sang and Smoked Duck Yee Sang.

The Qing Palace Prosperity Yee Sang is also available for dining or takeaway from now till 19 February 2019. 

Four (4) varieties of Yee Sang :
Salmon Yee Sang (RM68+ for small size and RM128+ for large size),
Royal Abalone Yee Sang (RM68+ for small size and RM128+ for large size),
Dried Seafood Yee Sang (RM78+ for small size and RM138+ for large size) or
Smoked Duck Yee Sang (RM78+for small size and RM138+ for large size)

All dishes at Qing Palace are pork-free and alcohol free.
All prices stated above are subject to 6% service tax.



There will be lion and dragon dance performance at the hotel on 27 January 2020 (third day of Chinese New Year) from 10.30am.

For all Reservations or inquiries, kindly please call 07-5212121 or email to enquiry@pulaisprings.com.

You also can visit their website at www.pulaisprings.com for more info.
Facebook : Pulai Springs Resort

Thank You Pulai Springs Resort for having us . Happy Chinese New Year!! ..


P/S: Tak sabarnya nak tunggu CNY ni, sebabnya cuti panjang!! ..

TOURISM MALAYSIA MENYAMBUT PELANCONG DI PINTU-PINTU MASUK UTAMA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSA 2020

$
0
0
TOURISM MALAYSIA MENYAMBUT PELANCONG DI PINTU-PINTU MASUK UTAMA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSA 2020 | Tourism Malaysia membuka tirai 2020 dengan mengadakan acara sambutan di pintu-pintu masuk utama dan lokasi terpilih untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) pada 1 Januari 2020.

Sis bersama rakan media lain juga berpeluang untuk turut serta meraikan pelancong yang masuk ke Malaysia dari pintu masuk di Kompleks ICQS Rantau Panjang Kelantan. Majlis sambutan ini diadakah secara serentak di 23 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di seluruh Malaysia.


Kalau yang sedia maklum, yang ikuti perkembangan Sis ketika mula sampai ke Kelantan sebelum tahun baru, Sis dan rakan media lain telah ke Golok,Thailand untuk menyambut Tahun Baru 2020 di sana sempena Program Sambutan Ambang Tahun 2020 & Visit Malaysia 2020. Makanya pada keesokkannya 1 Januari 2020, kami semua dari Golok, Thailand melangkah masuk ke Malaysia bersama 100 orang pertama pelancong dari Thailand yang memasuki Malaysia pada 1 Januari 2020.

Masa tu Sis ko rasa dah macam pelancong Thailand plak hahaha. Tiba di pintu gerbang tu, beratus orang sambut kami, meriah sungguh pada hari kejadian itu. Bagi meningkatkan kemeriahan majlis, mereka disambut dengan iringin persembahan kebudayaan Tradisional Kelantan dan diberikan bag cenderahati berupa barangan promosi dan cenderahati VM2020 sebagai tanda penghargaan dan kemesraan rakyat Malaysia.

[Baca Juga] :Setelah Setahun Meninggalkan Rumah 



Sambutan rombongan Gabenor Narathiwat Tuan yang Terutama Ekkarat Leesen di sambut penuh meriah bersama Timbalan Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Dato' Haji Hassan Mahmood, juga Pengarah Tourism Kelantan Hafiz Hazim yang turut menyertai acara sambutan ini yang di adakan di Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan ini yang merupakan lokasi utama yang di pilih untuk menyambut pelancong.

Acara sambutan ini di adakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi korporat yang terlibat dalam industri pelancongan yang turut sama memeriahkan majlis di setiap lokasi pintu masuk dengan penglibatan dari segi bantuan persediaan majlis dan juga sumbangan penyediaan cenderahati untuk pelancong.



Dan tak sangka juga pada majlis sambutan itu, Sis bertemu dengan geng blogger lama Sis, Nik Nurehan. Dia merupakan anak jati Kelantan dan sekarang dia suami isteri sedang giat aktif dalam dunia blogging dan turut sama dalam mempromosikan Malaysia. Tahniah Ann, teruskan menulis dan terus giat aktif dalam dunia blog ni!! ..

Malaysia telah menetapkan sasaran 30 juta kedatangan pelancong luar serta hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 billion sempena VM2020. Berpandukan slogan 'Visit Truly Malaysia 2020', Kempen VM2020 menjanjikan sambutan hangat yang dipenuhi dengan pelbagai perayaan dan acara menarik sepanjang tahun.

Senarai acara-acara utama ini korang boleh layari laman web rasmi Visit Malaysia 2020 di http://vm2020.malaysia.travel/ 

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020


P/S: Pertama kali sambut tahun baru di negara orang..alhamdulilah ..

KALAU DAH NAMANYA ORANG JOHOR, HARI-HARI ASAM PEDAS PUN TAKPE!

$
0
0
KALAU DAH NAMANYA JOHOR, HARI-HARI ASAM PEDAS PUN TAKPE! | Ya betul tak? Kalau dah namanya orang Johor, hari-hari makan asam pedas pun takpe, itu Sis la, kalau orang Johor lain tak tau ler hehehehe. Tapi manalah ada orang yang nak masak asam pedas hari-hari, mau kang lepas tu nampak asam pedas jadi fobia hohoho.

Kebiasaannya asam pedas ni mesti nak makan dalam masa seminggu tu laa, kalau seminggu tak dapat makan asam pedas tu, dah mula meroyan kan, mulalah menjajau cari lauk mentah nak masak asam pedas. Kalau orang Johor ni senang, agak nak makan asam pedas je, ayam pun boleh masak masam asam pedas tau. Yaa asam pedas ayam, sedap giler!

Kalau negara lain memang akan rasa pelik asam pedas ayam, tak payah cakap siapa, Suami Sis aje, dia sendiri kurang gemar kalau asam pedas ayam, Sis kena masak lauk lain untuknya kalau masak asam pedas ayam, kecuali Suami akan korek makan kaki ayam dan leher ayamnya aja.

Tapi kalau masak asam pedas ikan pari gini haaaa...satu rumah kemain suka! kecuali anak Sis yang sulung, dia tak makan ikan pari hehehehe.


Asam Pedas Ikan Pari 

Menu lauk yang terus Sis masak sesampainya di Johor selepas 3 hari 2 malam ikuti program FAMmediatrip ke Kelantan sempena Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 baru-baru ini.

[Baca Juga] : Tourism Malaysia Menyambut Pelancong Di Pintu-Pintu Masuk Utama Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Memang tak sah kalau dalam seminggu tak makan dan masak asam pedas. Tekak dan mata dah terbayang-bayang asam pedasnya, nasib baik juga kat rumah dah siap sedia lauk mentahnya, so masak terus jika teringin nak makan.


Cuma kadang tu nak masak asam pedas ada je bahan yang tak cukup, takde terung, takde bendi, takde sawi jeruk, tu yang kadang macam tak lengkap je asam pedasnya...tapi janji ada daun kesum dah cukup dah bagi Sis untuk masak asam pedas.

Takde daun kesum, bukan asam pedas Johor namanya, ye dakkk...

Lain orang lain cara masak pedasnya. Setakat ni kalau sebut asam pedas, asam pedas Emak Sis laa the best in the world! Emak masaklah asam pedas apa, tersedap di dunia rasanya...ermmmm rindu plak asam pedas Emak..

Yang ni tak payah resepilaa, google je resepi asam pedas ikan pari, mesti banyak yang keluar nuu, sebab sama je resepinya semua hehehe. *malas nak menaip pun ya ni hahahahaha..

Okaylah nanti smabung lagi, harini agak bizi melipat meyusun kain baju yang Suami bawa balik dari Paka sana, mana yang tak guna Sis nak bagi orang je, kemain banyak bajunya..ermmm..

OkayBye.


P/S: Harini malam kita buat Zam Burger!! hahahaha..

SELAMAT HARI LAHIR MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM

$
0
0
SELAMAT HARI LAHIR MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | Hari ini 8 Januari 2020 hari istimewa buat rakan blogger Sis, Mat Gebu atau lebih di kenali dengan Adnan Ibrahim (FB) yang Sis kenal hampir 11 tahun sudah. Perkenalan dari alam maya (dunia blog) membawa kepada facebook, dan seterusnya berjumpa face to face, dan hingga ke harini, inilah rezeki persahabatan kami yang Allah pelihara. Alhamdulilah.

Harini Mat Gebu masuk umur 44 tahun, dia sebaya dengan Sis tahun 76, cuma dia kira macam abanglah sebab dia awal tahun kan, Sis pula bulan November. Dan ada sorang lagi geng kami tu Ben Ashaari, pun sebaya gak tapi dia sepanjang masa ngaku muda jee dengan Sis, sebab dia lahir 30 November hujung bulan, Sis pula 19 November, tetap nak menang muda, padahal alaaa sama bulan je dengan Sis cuma beza hari je hahaha..


Hahaha okay jangan keliru, ini bukan Mat Gebu, ini Sis Lin ko hahahaha. Mat Gebu hanya sebekas mangkuk tingkat biru tu haaa...Yang ku pegang, ku usap dan ku raba hahahaha, gituuu...Yaa Mat Gebu ni Sis pun tak taula nak kata ek, special ke orangnya atau limited edition ke orangnya, tapi yang Sis tau, Mat Gebu ni ekslusif orangnya okay!

Tak semua orang boleh jumpa dan kenal dengan lebih dekat dengannya. Rezeki Sis yang sekepala dengannya dan kami gila-gila sikit, makanya kami serasi bersama, sangat rendah diri orangnya, yang dah pernah jumpa atau kenal dia, mesti tau kan perbatasan kehidupan dia, bukan sembarangan punya orang yang ko boleh main sondol je, kena hormat pendirian dia dan jaga budi bahasa ketika dengannya, silap haribulan, engko tak jumpa jalan balik keluar Sedenak tu hahahaha...

Tapi bagi Sis, Mat Gebu sangat pemurah, baik hati, lemah lembut dan sopan santun dalam bicara dan hormat orang tua, susah nak jumpa orang macam dia tu, menjaga orang tua bagai menjaga nyawanya sendiri. Tahniah Mat..

Selamat hari lahir buat ko Mat. Aku doakan moga ko di murahkan rezeki, dipanjangkan umur, bahagia dan ceria selalu bersama insan-insan yang ko sayang dan hidup ko sentiasa di rahmati Allah swt. Aku akan sentiasa ingat jasa baik ko sekeluarga dan akan ingat selalu ingat nasihat dan pesanan ko buat aku. Terima kasih Mat. 

Ada yang tanya, Mat Gebu tu pompuan ke lelaki?
Hahahaha soalan tu bertahun-tahun orang tanya, takde soalan lain ke aaaaa....next!

Blog : Dapur Tanpa Sempadan 
Facebook : Adnan Ibrahim
Facebook Pages : Tiffinbiru Dot Com 
Instagram : Mat Gebu


P/S: Mat..jangan lupa air kopiO aku, seteko okay!! ..lalalalala...

WORDLESS WEDNESDAY - MAKANAN ORANG KELANTAN

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - MAKANAN ORANG KELANTAN | Banyak sungguh makanan sedap-sedap orang Kelantan ni kan, lebih-lebih lagi kalau ke Pasar Besar Siti Khadijah tu. Kuss semangat, boleh jadi meroyan nengok apa yang mereka jual, kalau boleh semua nak di belinya hehehe.

Sempat juga Sis beli dan merasa beberapa jenis makanan orang Kelantan ni yang tak pernah lagi Sis makan. Meh nengok apa yang Sis sempat tangkap di sana.

Kuih Akok

Kuih Beko

Ketupat Manis - Ada isi serunding atau kacang

Etok

Aneka Lauk Nasi Campur. Udang dia kemain besar

Gelembong Buaya

Aneka Kuih-Muih

Yang ni di Thailand, tapi di Kelantan pun ada juga, Kuih Manis namanya. 

Paling banyak kami makan dan dapat merasa secara FREE, kuih Akok dan Kuih Beko tu, sedap giler!!..pantang di tanya, di suruh rasa, siap bagi free lagi, alhamdulilah..moga murah rezeki mereka. 


P/S: Duduk Kelantan boleh gemok woii hahahaha..

KES INFLUENZA (ILI) SEDANG MENINGKAT NAIK. HATI-HATI KORANG!

$
0
0
KES INFLUENZA (ILI) SEDANG MENINGKAT NAIK. HATI-HATI KORANG! | Sejak kebelakangan ini, kes-kes penyakit yang menyerupai influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk telah melanda beberapa negara termasuk Malaysia dan kes-kes ini merekodkan sedikit peningkatan berbanding kadar normal. Baru-baru ini, terdapat laporan mengenai wabak influenza yang melanda bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China yang telah menyebabkan 44 kes influenza dengan 11 orang pesakit sedang berada dalam keadaan yang kritikal.

Wabak yang tercetus di China ini telah menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan ia tidak menular dan merebak di negara ini. Bahagian Kawalan Penyakit KKM masih tidak dapat memastikan jika kes-kes influenza yang berlaku di Malaysia ini berkaitan dengan wabak di China atau tidak.


Kes influenza masih terkawal

Malaysia mempunyai rekod jangkitan influenza sepanjang tahun disebabkan oleh iklim tropika yang dimilikinya. Namun, kes-kes influenza ini berlaku pada kadar yang sangat rendah. Analisis yang dilaksanakan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan juga Institut Penyelidikan Perubatan terhadap virus influenza ini mendapati ia tidak menunjukkan sebarang tanda mutasi yang membawa kepada kemunculan virus influenza baharu, yang juga dikenali sebagai ‘novel virus’.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengawal influenza yang berlaku ini. Apatah lagi, jika ia melibatkan kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun yang pernah mempunyai influenza.

Pengesanan di pintu masuk negara

Beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam telah mula bertindak dengan melakukan pengesanan suhu badan bagi penumpang pesawat yang tiba dari Wuhan, China. Singapura telah dilaporkan mempunyai kes pertama yang disyaki berkaitan dengan virus influenza dari Wuhan ini.

Ia melibatkan seorang pelancong kanak-kanak berusia tiga tahun dari China yang mempunyai pneumonia dan sejarah perjalanan ke bandar Wuhan. Kanak-kanak tersebut telah ditahan di wad bagi melakukan penilaian dan rawatan.

Apakah simptom-simptom dijangkiti influenza?

Influenza atau flu boleh menyebabkan kesakitan daripada tahap ringan hingga teruk, dan kadangkala boleh menyebabkan kematian. Flu berbeza daripada selesema dan ia biasanya hadir secara tiba-tiba. Antara simptom sekiranya anda mempunyai flu atau influenza ialah:

  • Demam atau rasa seperti hendak demam atau kesejukan
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat atau berhingus
  • Sakit-sakit pada bahagian badan atau otot
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sesetengah individu mungkin akan mengalami muntah-muntah dan cirit-birit dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
  • Perlu diingatkan juga bahawa tidak semua individu yang mempunyai jangkitan influenza ini akan mengalami demam. 

Bagaimana jangkitan influenza ini boleh merebak?

Secara umumnya, virus influenza ini merebak melalui titisan-titisan kecil yang terhasil apabila seseorang individu yang dijangkiti itu batuk, bersin atau bercakap. Titisan-titisan kecil ini boleh memasuki mulut atau hidung individu lain yang berada berdekatan dengan mereka. Selain itu, terdapat juga faktor lain boleh menyebabkan penyebaran virus ini melalui sentuhan pada permukaan atau objek yang mempunyai virus flu padanya.

Komplikasi-komplikasi jangkitan influenza

Antara komplikasi-komplikasi yang boleh berlaku termasuklah pneumonia bakteria, jangkitan telinga, jangkitan sinus, dan keadaan perubatan kronik yang semakin teruk seperti kegagalan jantung kongestif, asma dan diabetes.

Langkah penjagaan yang sepatutnya

Menurut Dr. Noor Hisham, sekiranya terdapat keperluan perubatan, dos paracetamol yang bersesuaian perlu diberikan selain kaedah menyejukkan badan dengan menggunakan kain basah pada kepala, kaki dan juga badan. Tambah beliau lagi, penggunaan ubat anti radang (NSAIDS) perlu dielakkan jika berlakunya demam kerana terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penggunaannya mungkin meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti keradangan otak dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk mereka yang sedang sakit, mereka dinasihatkan untuk meminum banyak air bagi mengekalkan hidrasi tubuh badan mereka. Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan nasihat perubatan secepat yang mungkin sekiranya demam tersebut berlanjutan atau terdapat sebarang simptom influenza yang lain seperti selesema, flu, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan juga keletihan.

Mereka yang dijangkiti juga dinasihatkan untuk tidak kerap keluar rumah atau berada di tempat-tempat awam. Jika perlu untuk keluar rumah, mereka yang dijangkiti ini digalakkan untuk memakai topeng muka bagi mengelakkan penyebaran jangkitan melalui udara.

Untuk mengelakkan penyebaran jangkitan influenza kepada individu lain, orang awam terutamanya mereka yang dijangkiti diminta untuk menjaga tahap kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih, menggunakan hand sanitizer, menjaga kelakuan apabila batuk dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain itu, bagi mereka yang berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan vaksin flu bermusim yang boleh diperoleh daripada fasiliti kesihatan swasta yang terdapat di seluruh negara. Mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko ini adalah seperti kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun, warga emas, wanita hamil, mereka yang mempunyai penyakit kronik, mereka yang obesiti dan juga mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Pesanan buat pengendali pusat asuhan kanak-kanak

Bagi pentadbir dan pengendali pusat asuhan atau tadika, pastikan anak-anak di bawah jagaan anda berada dalam keadaan yang sihat. Jika anda mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai simptom-simptom jangkitan flu, hubungi ibu bapa atau penjaga mereka agar mereka boleh dibawa pulang ke rumah atau di bawa ke klinik atau hospital berdekatan.

Selain itu, lakukan pembersihan di dalam kawasan pusat asuhan dengan cara menggunakan cecair pembasmi kuman. Ini lebih berkesan berbanding penggunaan sabun biasa bagi membunuh kuman yang mungkin boleh menjangkiti anak-anak kecil.

Kesimpulan

Walaupun kanak-kanak adalah antara golongan yang paling berisiko untuk dijangkiti influenza, ini tidak bermakna bahawa individu dewasa terlepas daripada jangkitan ini. Korang perlu memastikan bahawa kesemua langkah pencegahan diambil kira bagi memastikan ia tidak merebak dalam kalangan ahli keluarga korang. Jika salah seorang ahli keluarga korang mempunyai tanda-tanda dijangkiti flu, bawa mereka berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin bagi melakukan pemeriksaan.

Ikuti langkah-langkah seperti yang disarankan agar ia tidak tersebar kepada individu-individu lain. Jika anak kecil korang dijangkiti flu, elakkan daripada menghantarnya ke pusat asuhan atau tadika buat sementara waktu sehinggalah mereka sembuh sepenuhnya. Ini adalah untuk kebaikan anak korang dan juga kanak-kanak lain yang berada di pusat asuhan tersebut.

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


P/S: Yaa hati-hati semua. Jangan amik remeh, cegah sebelum parah!

PERTAMA KALI AKU KE GOLOK DAN SAMBUT TAHUN BARU 2020 DI SANA

$
0
0
PERTAMA KALI AKU KE GOLOK DAN SAMBUT TAHUN BARU 2020 DI SANA | Iyaa ini adalah kali pertamanya Sis ke Golok,Thailand dan menyambut (countdown) Tahun Baru 2020 di sana sempena Program Ambang Tahun 2020 & Visit Malaysia 2020 anjuran Tourism Malaysia dalam FAMmediatrip ke Kelantan untuk menyambut pelancong di pintu-pintu masuk utama bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 pada esok harinya.

Golok atau Kolok memang kalau orang dengar termasuk Sis pun, mesti dikaitkan dengan 'orang jantan nikah di sana senyap-senyap' hahaha, dan Sis sendiri tak boleh nak bayangkan macam mana keadaan di sana. Debar-debar pun ada, fikir gak, adakah selamat jika ke sana dalam keadaan sekarang? Ye laaa takut juga kan..tapi sebab banyak Sis baca dan dengar, alhamdulilah keadaan di sana selamat dan terkawal.



Dari Senai, Johor Sis dan rakan media lain bertolak menaiki Firefly Airlines FY2348 penerbangan terus ke Kota Bharu,Kelantan, ianya hanya amik masa dalam 1 jam 45minit macamtu je, cepat dan pantas!, tak payah nak memandu berejam-rejam nak ke Kelantan, sekarang dah senang, boleh datang Kelantan 3x seminggu, sebab penerbangannya hanya akan ada pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja.

Sampai aje di Kelantan, kami di sambut manis oleh pegawai Tourism di sana, Puan Nor Hayati Abdullah, dan kami terus di bawa makan tengah hari di Royal Guest House Kota Bharu. Dan tentunya menu popular di sini adalah Kengsom. Pertama kali juga Sis merasa masakan Kengsom. Menu Kengsom ini juga di panggil Asam Pedas Siam yang memang terkenal di negara Thailand. Rasanya yang pedas-pedas tu menaikkan selera bagi sesiapa yang suka makan pedas. Sis suka!.



Selesai makan tengah hari, kami semua di bawa melawat tempat-tempat sejarah Kelantan yang boleh di katakan 'Hidden History' dan semakin di lupakan. Pemandu van kami merangkap guide tour kami yang senang di pangging Abang De, begitu lancar dan lincah menerangkan satu per-satu setiap kesan sejarah Kelantan ini yang belum kami tau ataupun memang kami tau, dia tak peduli, dia cakap jee hahahaha. Nanti Sis update di posting lain ya, kang panjang beno plak citenya hahaha.

Dari Kelantan, kami menaiki bas pulak untuk masuk ke Golok,Thailand. Haa jangan lupa pulak ya korang kalau nak ke Golok, sila bawa pasport, kan dah kata Thailand, makanya kenalah cop pasport ya. Takde pasport, tinggallah ko hahahaha. Urusan mengecop pasport pun takde susah mana, korang kena turun dari kenderaan then masuk dalam pejabatnya, amik borang dan isi segala data, kemudian beratur dan prosedurnya sama macam korang nak masuk Singapore tu. Yang penting lebihkan senyuman hehehehe.



Sampainya di Golok,Thailand, untuk malam itu kami di tempatkan di Hotel Genting, Sungai Golok Thailand. Hotel ni tak jauh pun dari pejabat imigresen Thailand tu, kalau tertinggal kenderaan, korang boleh je jalan kaki ke Hotel Genting ni hehehe. Sis bersama roommate Sis, Sunah di tempatkan dalam satu bilik. Punyalah besar bilik, selesa untuk berdua atau bertiga, cuma keadaan dalam hotel ini seperti agak 'lapuk' sikit dan pihak hotel sepatutnya perlu upgradekan sikit untuk lebih keselesaan.

Kami takde masa yang banyak, terpaksa bersiap-siap untuk acara sambutan malam itu. Tema pada malam itu adalah Batik. Makanya kami beriye-iye la memasing pakai batik. Beza waktu Malaysia dan Thailand ni adalah lewat 1 jam, so kadang tu konpius dengan masa di sana hahaha, jadi kelam kabut nak bersiap.



Untuk ke sambutan tahun baru itu, kami semua di arahkan menaiki sejenis kenderaan ala-ala tuk tuk tapi dia besar macam bas hahahaha. Kalau biasa tu tuk-tuk kan kecik ala macam motor, ini besar ko, meriah plak bila dah naik ramai-ramai, di tiup dek angin sepoi-sepoi hahaha. Alhamdulilah juga cuaca pada hari itu redup dan berangin. Tempat acara sambutan tu pun tak jauh gak, hanya berdepan dengan Hotel Genting tu je, cuma kena lintas jalan besar aje.

Sampai di sana, keadaan sangat meriah, ramai warga negara Thailand yang datang untuk sama-sama memeriahkannya. Mana taknya, sebab ada cabutan bertuah. Hadiahnya pulak kemain lumayan, siap ada televisyen 62 inci ko! Nasib dan rezeki kami takde plak pada malam tu, kalau tak, dah kena hangkut bawa naik Firefly hahahaha.

Tetamu VIP pada malam itu Gabenor Narathiwat, Ekkarat Leesen, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin yang turut sama memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 itu.


Sementara menunggu countdown 2020, para pengunjung semua di sajikan dengan persembahan dari artis-artis negara Thailand itu tersendiri dan juga beberapa artis dari Malaysia. Sis ko yang mulanya mata mengantuk hampir terlelap, tapi tiba aje penyanyi Thailand tu buat persembahan, perghhh terbeliak mata Sis, kemain helokkkk engko! Dia punya peminat makk aiii, sampai ada yang naik pentas nak bergambar. Siapa? Entah! Hahahahaha...tapi memang familiar muka dia, nama aje Sis ko tak hafal hehehe.

Waktu di jam tangan sudah menunjukkan jam 12am, wah! Selamat Tahun Baru 2020 MALAYSIA!!! Hahahaha yeee Malaysia dah tahun baru 2020 ko, tapi kami di Thailand masih ada 1 jam lagi untuk countdown hahahahahaha...satu pengalaman yang baru buat Sis ko bila sambut tahun baru di negara orang, lain macam dia punya aura hahahahaha takkan dapat untuk kali ke-19 ni huahuahua..


Welcome the World !
To Visit Truly Asia Malaysia 2020 ❤️.

MALAYSIA WELCOMES YOU.
Let this land of sunshine and warm, friendly people capture your hearts to bring home fond memories of your stay in Malaysia..

Menurut kata En Mohd Aidil Afizie Daud, 'Kempen VM2020 merupakan sebuah agenda yang memerlukan penglibatan semua pihak seperti kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, penggiat industri, badan-badan bukan kerajaan dan rakyat di semua peringkat. Penyelarasan bersama kementerian-kementerian dijalankan secara berkala bagi memastikan kelancaran kempen'.

Tambahnya lagi, 'Dengan kerjasasama bersama negara Thailand ini, sedikit sebanyak ianya akan memberi impak kepada kemasukkan pelancong dari luar negara Kelantan ke Kelantan melalui Thailand. Dan pihak Tourism Malaysia juga bekerjasama bersama syarikat-syarikat penerbangan Malaysia, iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly dan Malindo Air di dalam menjayakan kempen ini melalui 'roadshow' pemasaran digital, 'FAM trips' dan sebagainya'.


Selepas berakhirnya Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 tu, kami semua pun balik. Akan tetapi....Sis, Sunah dan juga Yana, memasing ngadu kelaparan, makanya kami singgah dulu makan Mee Celup di gerai berdekatan dengan Hotel Genting kami. Dapat juga merasa keaslian Mee Celup dari Thailand ni, kemain sedap menghirup kuah Sis ko makan hehehehe.

Habis makan, kami balik ke Hotel dan berehat. Esok nak kena bangun bersiap dan kena gerak awal untuk agenda Sambutan Tahun Baru pulak.

Korang boleh baca sini -> Tourism Malaysia Menyambut Pelancong Di Pintu-Pintu Masuk Utama Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Alhamdulilah untuk masa dan peluang yang di berikan kepada Sis. Terima kasih Tourism Malaysia, Tourism Johor dan juga Tourism Wilayah Selatan atas peluang ini. Juga buat Suami yang mengizinkan Sis keluar rumah 3 hari 2 malam dan turut serta dalam program ini.

Jom kita sama-sama menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 ini dengan memperkenalkan kepada pelancong luar akan budaya, tempat, adat dan juga adab kita di Malaysia, agar mereka lebih mengenali Malaysia dan nama Malaysia sentiasa di hati mereka. InsyaAllah .

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020


P/S: Bak kata orang, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta', kan kan...cuma kalau dah tau Laki orang, jangan cuba-cuba nak mengenal hahahahaha...

ANTARA TEMPAT MENARIK DI NEGERI KELANTAN YANG RAMAI TIDAK TAHU

$
0
0
ANTARA TEMPAT MENARIK DI NEGERI KELANTAN YANG RAMAI TIDAK TAHU | Kalau bab sejarah ni mesti ramai yang tidak gemar dan kurang nak baca dan amik tahu kan? Sis ko tau sangat hahaha. Kadang tu kalau kita update bab sejarah-sejarah ni, pageviews pun seadanya aje, tapi cubalah update tempat makan yang best ke, perghh kemain ramai ek yang view hohoho.

Dan baru-baru ini Sis ke Kelantan atas jemputan pihak Tourism Kelantan bersempena Sambutan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020dan juga #VisitKelantan2020, maka tidak sah laa kalau sepanjang FAMmediatrip itu tidak akan ada persinggahan ke tempat-tempat menarik seperti tempat-tempat sejarah lama di negeri Kelantan itu. Cuma kali ini agak berbeza, sebab kesemua tempat yang kami pergi sangat berbeza dan lain dari yang pernah sebelum ni Sis pergi.

Kunjungan ke Kelantan sebelum ini : Antara Tempat Menarik Di Kelantan Yang Mesti Korang Lawati Jika Ke sana 

Okay jom Sis kongsikan serba ringkas antara tempat-tempat menarik di Negeri Kelantan yang telah Sis kunjungi baru-baru ini.



Menara Jam Kedamaian

Menara Jam Kedamaian yang dibina di Taman Bendahara pada Februari 1988 merupakan sumbangan veteran tentera Jepun sebagai memperingati pendaratan pertama tentera Jepun di Pantai Padang Pak Amat, Sabak, KELANTAN pada 8 Disember 1941 ketika Perang Dunia ke 2. Bagaimanapun, pembinaan menara ini dilihat lebih bersifatkan keinsafan terhadap kedamaian dan kebebasan.



Kubu British 

Sebelum pendaratan Tentera Jepun ke Tanah Melayu khususnya di Kelantan, pihak Tentera British telah membina kubu pertahanan pada tahun 1939 hingga tahun 1940 bertujuan sebagai benteng pertahanan semasa peperangan Dunia Kedua yang berlaku pada tahun 1941 hingga 1945 di Tanah Melayu di sepanjang pantai dari Tumpat ke Besut Trengganu .

Mereka juga membina kubu-kubu pertahanan ini di Gong Kedak (sekarang Pangkalan TUDM), Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan sebahagiannya di pesisir Sungai Kelantan. Menurut catatan sejarah terdapat 25 buah kubu telah di kesan di Kelantan dan sebahagiannya musnah telah dibawa hakisan laut.



Muzium Perang 'Bank Kerapu' 

Juga dikenali Memorial Perang Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991, terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Bangunan ini asalnya bank "The Mercantile Bank of India Limited" yang beroperasi pada tahun 1912, ia juga dikenali sebagai Bank Kerapu kerana keadaaan dinding bank tersebut ditampal dengan simen berkerutu dan tidak licin.

Pada tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah Peperangan Dunia Kedua (1941-45). 

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun.



Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan 

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali dengan Masjid Beijing terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Masjid ini mempunyai keunikan dari segi bumbung yang melengkung seperti seakan-akan tokong malah turut mencuri tumpuan menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah .

Masjid Beijing merupakan masjid Niujie di Beijing, China yang berusia lebih daripada 1000 tahun.



Wat Photiviham 

Wat Photivihan atau Wat Yamu, adalah kuil Thailand di Daerah Tumpat, Kelantan, Malaysia. Ia adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini.

Kuil Wat Photivihan terletak kira-kira 15km dari Kota Bharu, ibukota negeri Kelantan. Pembinaan patung 40m ini bermula pada tahun 1973 dan selesai siap pada tahun 1979. Patung Buddha yang berbaring di Wat Photivihan adalah sekitar 7m lebih lama daripada patung Buddha yang berbaring di Wat Chaiyamangkalaram di Pulau Pinang.



Ayu Fashion. 

Jika datang ke Kelantan, jangan lupa singgah ke Ayu Fashion. Di sini korang boleh memilih, menempah, dan membeli BATIK BLOK (cop/tekap) hasil tangan dan buatan 'Pak Ngah' yang ekslusif yang hanya di reka dan di ciptakan SATU untuk SATU design. Pak Ngah telah berkecimpung dalam dunia batik cop ni hampir lebih dari 50 tahun. Rata-rata rakyat Kelantan juga penggiat industri semua mengenali beliau. Dan logo VM2020 dan juga Visit Kelantan juga telah di tempah di sini. 

Harga berbaloi dan boleh bayar menggunakan cash dan juga debit/kredit. 
Ayu Fashion - Lot 1088, Kampung Talak Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan.



Maison Rajarezza 

Massion RajaRezza ini adalah tempat yang berkonsepkan 'fine dining', di mana korang boleh buat majlis keraian atau perjumpaan kawan/family secara tertutup yang mana harga sewaannya berbaloi dengan servis yang diberikan. Juga ianya akan di jadikan tempat persinggahan para pelancong untuk mengenali budaya negeri Kelantan, kerana tempat ini bakal akan di adakan persembahan dikir barat, tarian juga persembahan artis ternama bagi menarik pelancong luar dan dalam negeri. 

Memang sangat cantik hiasan dalamannya. Segala sudut dan ruang di hias dan di penuhi dengan barangan koleksi peribadi Datuk @shahrezza61 itu sendiri.

Untuk tempahan majlis : Call 017 9991777
Alamat: Jalan Telipot, Kota Bharu
Atau waze MAISONRAJAREZZA


So, korang kalau datang ke negeri Kelantan jangan lupa singgah tempat-tempat menarik yang telah Sis kongsikan tu ya. Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat yang lebih menarik lagi, tapi masa tu tak cukup, kena duduk sana seminggu agaknya baru boleh jelajah kesemua tempat hehehehe.

Bukan kata tempat menarik, makanannya pun sedap-sedap belaka, memang kenyang aje kalau datang negeri Kelantan ni. Tak caya? Silalah cuba hohohoho.

Dan terima kasih juga pada pihak Tourism Malaysia, Tourism Kelantan, Tourism Wilayah Selatan dan mereka-mereka yang terlibat sama yang telah membawa kami jelajah satu negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Satu pengalaman yang sukar di lupakan. InsyaAllah akan kembali lagi ke sini satu hari nanti. Tidak mustahil, kan ada Firefly Airlines hehehehe...1 jam 45 minit je dah sampai, kan kan kan...

[Baca Juga] : Pertama Kali Aku Ke Golok Dan Sambut Tahun Baru 2020 Di Sana

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020

Bye...selamat malam..


P/S: Harini masak Mee Bandung aje...alhamdulilah..

HANYA 1 JAM 45 MINIT SAHAJA DARI JOHOR KE KELANTAN DENGAN FIREFLY AIRLINES

$
0
0
HANYA 1 JAM 45 MINIT SAHAJA DARI JOHOR KE KELANTAN DENGAN FIREFLY AIRLINES | Yaaa cepat dan selamat! Kalau sebelum ni nak ke Kelantan kena drive dari Subuh sampailah ke Senja atau dari Senja sampainya Subuh nanti...tapi sekarang dah senang, tak payah nak drive jejauh kalau agak-agak teringin nak ke Kelantan tu.

Now ada penerbangan terus dari Johor Bahru,Senai ke Kota Bharu,Kelantan dengan penerbangan Firefly Airlines yang telah mula operasi semula sejak Disember 2019 yang lalu. Syarikat penerbangan Firefly telah membuka laluan penerbangan ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu dari Lapangan Terbang Senai,Johor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bahru Kelantan.

[Baca Juga]: Tourism Menyambut Pelancong Di Pintu-Pintu Masuk Utama Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 



FY2348 - Johor Bahru Ke Kota Bharu 

Dan alhamdulilah, Sis bersama rakan media yang lain pada 31 Disember 2019, kami semua berkesempatan ke Kelantan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 menaiki Firefly Airlines dari Senai,Johor ke Kota Bharu,Kelantan melalui penerbangan pesawat FY2348 pada jam 9.00am. Ini adalah kali ketiga Sis menaiki pesawat Firefly. Kalau sebelum ni Sis naik dari Subang ke Johor. Dan ini kali dari Johor ke Kelantan, woww!

[Baca Juga] : Pertama Kali Aku Ke Golok Dan Sambut Tahun Baru 2020 Di Sana

Pembukaan laluan penerbangan ini merupakan satu kemudahan yang amat penting bagi rakyat negeri-negeri Johor dan Kelantan kerana ia menyediakan pilihan perjalanan yang jauh lebih singkat berbanding menggunakan kenderaan sendiri atau kemudahan pengangkutan awam yang lain terutamanya kereta api dan bas ekspres yang mengambil masa lebih 12 jam untuk sampai ke Johor Bahru dari Kota Bharu dan sebaliknya.



Kecil, Selesa Dan Selamat

Keselesaannya sama aje seperti ko menaiki pesawat tambang murah tu, cuma ianya lebih kecil, dimana korang boleh nampak tempat seat dia hanya 2-2 sahaja. Juga ada di beri makanan ringan dan juga air sewaktu penerbangan. Cuma pintu masuk dan keluarnya aje di bahagian belakang. Sebab bahagian depannya adalah 'bonet' hahahaha.

Bab keselamatan tetap sama, tapi rasa Sis Firefly ni kan bab aspek keselamatannya memang dia sangat alert, sebabnya Sis dengar, tak putus-putus dia sebut, sila matikan telefon bimbit dan juga di larang merokok, memang berkali-kali dia sebut, dari turun, naik, naik nak turun, tak putus-putus dia sebut, pesawat lain ada gak sebut, tapi sekali tu le masa mention keselatan, tapi Firefly ni berkali-kali dia ulang-ulang, kalau jenis orang tak tau juga dan degil bab keselamatan ni, tak tau nak kata apa. Memang pekak la ko!

[Baca Juga] : Antara Tempat Menarik Di Kelantan Yang Ramai Tidak Tahu 



Tambah Jadual Penerbangan

Tapi ingat penerbangannya hanya 3 kali dalam seminggu sahaja. Yaitu seperti yang Sis mention atas tu, hanya hari Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja. Kalau dari Johor penerbangannya jam 9.00am, dan akan sampai Kelantan dalam jam 11.30am, so penerbangan Kelantan ke Johor bermula dalam jam 11.30am. Ianya berulang alik macamtu aje. 

Dari reaksi orang ramai, ramai yang menyatakan dan bagi cadangan kepada pihak penerbangan Firefly Airlines, agar menambah lagi waktu dan jadual penerbangan lebih kerap dan minta agar ada penerbangan pada hari Ahad, dan respon yang di terima oleh pihak Firefly Airlines sangat positif, mereka akan pertimbangkan cadangan itu. Harap-harap akan adalah kan lebih banyak jadual penerbangannya. 



FREE 20kg Baggage Allowance

Dan yang bestnya, setiap pembelian tiket Firefly Airlines, korang akan dapat FREE 20kg baggage allowance! Best ke tak best tu? Boleh soping sesuka hati, lebih bayar sendiri hahahaha..

Kehadiran Firefly di laluan ini akan membawa pelancong dari semua lapisan masyarakat untuk mengetahui permata yang belum ditemui di Kota Bharu, yang penuh dengan adat budaya melayu. Laluan rangkaian ini juga membawa banyak peluang kepada orang Kelantan untuk mengetahui yang menarik di Johor Bharu.

Sebagai hala tuju kempen syarikat penerbangan "discovery-see it, hear it, sense it, feel it, touch it, taste it' akan berjalan sepanjang tahun 2020 bagi mengekalkan dan menarik lagi pasaran perniagaan. Ini adalah salah satu langkah dalam tujuan Firefly untuk menjadikan perjalanan lebih mudah di Semenanjung Malaysia dan seterusnya bekerjasama bersama Tourism Malaysia dalam kempen Visit Malaysia 2020.

Dalam pada itu, Firefly juga menawarkan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Subang (Shah Alam), Singapura, dan Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut tentang laluan-laluan penerbangan ini, sila layari laman sesawang rasmi Firefly, iaitu www.fireflyz.com.my.


Untuk harga juga korang boleh dapatkan dengan harga promo harian atau harga peak hour dengan harga yang sangat berbaloi. Jimat sangat kalau nak di bandingkan dengan drive jejauh ke Kelantan sana kan. Kalau korang datang nak bercuti pun, jangan risau, sampai aje di Lapangan Terbang Suktan Ismail Petra,Kota Bharu, korang boleh menempah kereta sewa atau teksi untuk kemudahan korang di Kelantan. Ada kaunter sewa di sediakan di sana.

Haaa ni tengah ada promo lagi ni, apalagi cepatlah booking!

Grab Millennium Deal and enjoy RM98 One – Way to all our domestic destinations inclusive with a 20KG baggage allowance and refreshments. Set your new year by indulging yourself with a new experience to your dream stops and don’t be afraid to start over again!

Head over to website now to book your tickets by clicking this link http://bit.ly/39nU3pJ or download our Mobile App (Firefly Mobile) on your App Store.

Booking period: 3 Jan 2020 – 12 Jan 2020
Travel period: 3 Jan 2020 – 27 Mar 2020

Facebook : Firefly 
Instagram : Fireflyairlines

Terima kasih Tourism Malaysia, Tourism Kelantan, Tourism Wilayah Selatan yang memberi peluang kepada Sis untuk bersama menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia.
Juga terima kasih buat Firefly Airlines yang menerbangkan kami dengan begitu selesa dan selamat.

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020

Happy holiday korang!! ..


P/S: Puashati kalau luggage 20kg...tak payah ko punggah-punggah hahahah khenn...

KEK MARBLE TRIO MAT GEBU MEMANG SEDAP!

$
0
0
KEK MARBLE TRIO MAT GEBU MEMANG SEDAP! | Yaa memang sedap, korang pun kalau Sis kata sedap, mesti korang tengok je dah tau sedapkan?. Yaa memang sedap! Kek Marble Trio Mat Gebu sangat lembut, halus dan tidak terlalu manis, memang sesuai kalau orang tua makan, ye laa sebab tidak terlalu manis.

Betul, Sis pengemar Kek Marble jadi Sis memang tau manis atau kurang manis. Untuk Kek Marble Trio Mat Gebu ni memang dia dah bagitau awal-awal, dia kurangkan gula dalam resepi tu, so memang kurang manis. Tapi cubalah ko beli di kedai dan makan, kompom maniskan rasa dia. Ye laa faham, dah nama pun kek kan..tapi kadang manis dia tu tak boleh bawa bincang! *Eh yang ko nak bincang dengan kek tu dah kenapa? Hahahaha..

Korang baca sini, baru tau ceritanya --> Resepi Kek Marble Trio 


Hari Jadi Mat Gebu 

Baru-baru ini pada 8 Januari 2020, Sis melapangkan masa sekejap singgah ke rumah Mat Gebu untuk meraikan harijadinya yang ke 44 tahun. Kebetulan Sis ada urusan di luar, makanya singgahlah ke Sedenak sekejap. Alhamdulilah atas keizinan yang di berikan oleh Suami.

Dan tak sangka pulak sampai rumahnya Mat Gebu, ehhh besday boy plak buatkan Kek Marble untuk kita, patutnya kita datang bawa kek untuknya, ini tak, kita datang pulak dia buat kek hahahaha. Tapi kata Mat, kek reward diri sendiri hehehehe.

[Baca Juga] : Selamat Hari Lahir Mat Gebu @ Adnan Ibrahim 



Kek Marble Trio Mat Gebu

Cantik sungguh kejadiannya. Sangat lembut dan moist. Bukan nak puji melambung, tapi sebab Sis ko dah rasa, so memanglah Sis ko cakap yang jujur. Kena plak kek kegemaran Sis, maunya tak sedap hahahaha sedangkan beli yang kat Petronas tu pun Sis ko kata sedap, inikan pulak air tangannya Mat Gebu. Lagilah sedap!..

Borak punya borak, dekat 2 keping gak Sis ko makan berbalas dengan 4 cawan air kopiO hahahaha. Adeii kalau dah ke rumah Mat Gebu ni kan, kalau dah jumpa dia memang panjang ceritanya, yang penting kami cerita hal dunia kami je, takde nak membawang cerita orang, kecuali adalah tersebut nama Ben Ashaari tu, sebab umur kami bertiga sama 44 tahun, so 44 tu pusing balik pun tak boleh nak kata muda, kan Ben kan hahahahaha...


Terima Kasih Mat Gebu

Alhamdulilah, Emaknya Mat Gebu pun sihat nengoknya, siap kata jalan pun dah laju hahahaha. Terhibur memang kalau berbual sesama dengan Mak Yah ni, macam-macam cerita keluar, ye laaa orang lama kan, kadang cite yang di ceritakan tu pun kita pun tak tau, salah satu nasihat pun ya.

Apa-apa pun terima kasih Mat sudi melayan aku yang makan dan minum non stop kat rumah ko tu hahahaha. Mananya tak, jangan kata Kek Marble je sedap, nasi lemak halba dia pun adeiii, sampai 2 pinggan Sis ko tambah hahahaha. Kesedapan sampai lupa diri makan.

Yang nak resepi Kek Marble Trio ni, bolehlah ke Dapur Tanpa Sempadan ni ya. Korang cubalah, mesti puashati. Blog dia tu jangan kata resepi Kek Marble aje, macam-macam resepi ada, dah macam buku resepi ko. Rajin tak rajin je korang cuba dan masaknya.

So selamat menjamu selera semua.


P/S: Syukur alhamdulilah...terima kasih Suami atas hadiah yang tanpa di sangka-sangka..Love You!

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KEMBALI LAGI!

$
0
0
FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KEMBALI LAGI! | Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan dalam kelendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Mula dianjurkan sejak 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan mendapat kerjasama Tourism Johor dan Persatuan Pelayang Johor.

Dengan keunikannya yang tersendiri, festival ini sentiasa mendapat tempat di hati para pengunjung yang hadir menyaksikan para pelayang antarabangsa yang didatangkan khas dari lebih 40 buah negara seluruh dunia bergabung bagi memperlihatkan hasil seni dan kreativiti masing-masing melalui pelbagai bentuk layang-layang berwana-warni besar dan kecil menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor.

Tidak ketinggalan pelayang kebangsaan seluruh Negara yang turut hadir mempamerkan hasil seni pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buloh dan kertas berunsurkan motif sobek dan nilai estetika yang menakjubkan.

Inilah apa yang kami panggil "WARNA-WARNI DI ANGKASA". Jangan lupa untuk datang menyaksikan festival bertaraf dunia ini.


Tempat Penginapan Bagi Pengunjung Luar Dari Johor 

Bagi mereka yang datang dari luar negeri Johor atau berhasrat untuk mencari tempat penginapan yang berdekatan bersempena dengan Festival Layang-Layang SEDUNIA Pasir Gudang Kali Ke-25, 2020 yang akan berlangsung pada 26 Februari hingga 1 Mac 2020 bertempat di Bukit Layang-Layang, Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor, berikut adalah antara senarai nama hotel/resort atau bajet hotel untuk memudahkan korang membuat tempahan awal.

1. Tanjung Puteri Golf Resort
(No. Tel : 07-271 1888)

2. Amansari Residence Resort
(No. Tel : 07-381 7070)

3. Silka Johor Bahru
(No. Tel : 07-360 1000)

4. TS Hotel (Scientex) Sdn.Bhd.
Taman Scientex, Pasir Gudang
(No. Tel : 07-289 1488)

5. PPT Terminal Hotel
Kawasan Pelabuhan Johor
(No. Tel : 252 8666)

Selain daripada itu, korang juga boleh membuat pilihan untuk bermalam di sekitar Permas Jaya (15 minit perjalanan dari Pasir Gudang) atau pelbagai pilihan homestay yang terdapat di sekitar Pusat Bandar Pasir Gudang.

1. SMSprivatestay
Bandar Sri Alam & Taman Rinting atau sekitar Johor
(No. Tel : www.wassap.my/60196070909
atau email di ( reservation@smsprivatestay.com )

[Baca Juga] : Menginap Di Homestay 'SMS Private-Stay' Menjanjikan Satu Kepuasan


Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

Bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2020, Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020 nanti, apa kata singgah ke muzium ini yang terletak di Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor.

Waktu lawatan :

Setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali Khamis)
Dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang)
Tel : 07-2527796
Emel : muziumlayang@gmail.com

Sumber : Tourism Johor 
#majesticjohor #tourismjohor #visitjohor2020
#festivallayanglayangpasirgudang #visitmalaysia2020


P/S: Tak sabarnya, ini kali mesti nak pergi!!! ...

SEPETANG DI TOPPEN BERSAMA #GENGBASSEKOLAH

$
0
0
SEPETANG DI TOPPEN BERSAMA #GENGBASSEKOLAH | Sebab perginya pun dah petang, makanya tajuk pun sepetang hehehe. Kalau pergi pagi, Sis ko letak sepagi, kalau malam Sis mesti letak semalam, tapi semalam tu dah lain pulak ceritanya ek...oii apa cite ni haaa hahahaha.

Sebenarnya lama benar tak gather-gather bersama dengan #GengBasSekolah Sis ni, maklumlah Sis bizi dengan undangan media sana sini. Nasib juga mereka faham. Pernah juga sekali mereka semua keluar, Sis ko yang takde, mereput nengok gambar mereka huhuhu. Tapi kelmarin bila kata mereka ajak keluar aje, terus Sis sesiap adjustkan masa Sis dan join mereka.

Kemana, mana lagi kalau tak ke Toppen Shopping Centre aje. Senang, dekat pun dekat dan senang nak tuju. Tapi kesahnya memasing tak pernah explore Toppen, sampaikan cari TGV Cinemas tu pun boleh sesat hahahaha, lawak tau korang!.

Nasib baik jugakan, Sis ko ni pernah join media tour sewaktu majlis perlancaran Toppen tu, so selok belok dalam Toppen tu Sis ko dah expert hahahaha. Makanya jadi 'waze' le gamaknya Sis ni..

[Baca Juga] : Pembukaan Puasat Membeli-belah Toppen Shopping Centre



Sebelum memasing sampai lagi, semua dah bercakap dalam group wahtsapp, 'lapar oii lapar' hahahaha. Termasuklah Sis ko. Dari pagi hanya minum kopiO aje, keluar jam 2pm, gile tak lapar. So bila kata semua lapar, maka Sis yang jadi 'waze' ni kata, okay kita makan di Lemon Tree aje. Sebab pit stop perjumpaan kitaorang di TGV Cinemas tu dah satu level dengan Lemon Tree, so tak payah pening-pening, makan situ sudah, kang ada sesat lagi bebudak ni hahahaha..

Macam biasa, baik makan di SDS atau pun di Lemon Tree, menu yang menjadi kesukaan Sis adalah Mee Goreng Mamak hehehehe. Tapi kali ni, Lemon Tree ada keluarkan menu Mee Goreng Mamak dia yang terbaru, iaitu Mee Goreng Mamak Seafood, so Sis cuba!.

Geng yang lain makan, Nasi Goreng, Chicken Chop, Mee Goreng Mamak biasa dan juga Spageti Cabonara. Sedap semuanya, yang bagusnya portion dia banyak, sampai kekenyangan memasing ek hahaha.

[Baca Juga] : Restoran Lemon Tree Terus Berkembang Maju

Kami yang dah masuk 44 tahun 2020 ni

Izam, Still single, ada siapa yang nak minang? Hahahaha

Kak Sue tak pernah tak lawa dan vouge!

Makin hari makin berseri-seri ek ko Lily

Lepas makan, ko ngase kami buat apa? Hahahaha apalagi teruslah ke Rooftop Toppen tu, Sis bawa mereka ke sana untuk berOOTD hahaha. Macam biasa, kesukaan Sis suka amikkan gambar orang, dan suka lihat hasilnya yang cantik, so makanya Sis laa yang jadi jurugambar buat mereka semua di atas hahahaha.

Tempat dah lawa kan, so kita abadikan dalam gambar sebagai kenang-kenangan di hari tua, esok dah tua belek blog nengok gambar, mau tersenyum sampai ke telinga sambil berkata 'lawa aku dulu ek' hahahahaha...

Ni #GengBasSekolah Sis baru jumpa suku je ni, belum jumpa semua, kalau jumpa semua, mau ribut Toppen tu, silap-silap, bukan sepetang lagi tajuknya, terus tukar, 'dari petang membawa ke malam bersama #GengBasSekolah' hahahaha.

[Baca Juga] : Apa Maksud Singkatan #OOTD Itu 



Lepas dah merayap satu Toppen, dan selepas solat Asar, ko rasa kami terus balik ke? Mustahil!! Apalagi ke Hock Kee Kopitiam laaa pekena kopi oii hahahahaha. Tak sah kalau tak mengopi okay...cuma dalam gambar tu Hot Chocolate si Lily yang punya, Sis macam biasa KopiO ais..perghh terbaekkk kaw giler!

Petang tu memang kami tak lama, sebab memasing ada hal. Lily tu pun nak balik amik anak kerja, Sis pula nak balik masak Mee Bandung, yang Izam dan Kak Sue tu, entah laaa semalam terus balik ke atau merayap lagi. Lupa pulak nak tanya hahahaha.

Apa-apa pun, satu aje Sis nak pesan, selain masa untuk keluarga, kita perlu juga luangkan masa untuk bersama kawan-kawan kita, jangan waktu susah kita cari kawan, waktu senang, kawan ajak sembang dan minum pun ko ngelak...macamtu sila left group!  Kakakakakah....

Dan satu lagi nak pesan, kawan kita tu manusia biasa juga, punya hati dan perasaan, so kalau nak bergurau, nak bercakap, nak beri pandangan atau nasihat, mohon jaga hati kawan ya, jangan main cakap sondol jerr..tak dia, tak kita juga 'makan dalam' nanti okay...ingat tu!

Buat #GengBasSekolah Sis... Izamn, Kak Sue, Lily, Ima, Jep, Aishah dan Juwita...*kena sebut semua, kang ada nangis tepi bucu katil hahahaha..
i Love Korang selamanya!! ❤


P/S: Next...jangan lupa temujanji kita..Mee Bandung Muar! ..

XIAOMI PARTNERS WITH TOURISM MALAYSIA FOR VISIT MALAYSIA 2020

$
0
0
XIAOMI PARTNERS WITH TOURISM MALAYSIA FOR VISIT MALAYSIA 2020 | Xiaomi partners with Malaysia Tourism Promotion Board to discover Malaysia’s beauty with Mi Note 10 as part of Visit Malaysia 2020 campaign.

Global technology leader Xiaomi has partnered with the Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) to boost Malaysia’s global tourism. The partnership sees Xiaomi and MTPB jointly producing impressive photography shots in several scenic spots in Malaysia through Xiaomi's latest smartphone Mi Note 10, as well as contributing a promotional video for the Visit Malaysia 2020 (VM2020) campaign. The partnership also aims to promote Malaysia’s tourism through the Mi Note 10, the world’s first smartphone with 108MP penta camera setup.

The partnership was announced at an official joint collaboration ceremony between Xiaomi Malaysia and MTPB which was officiated by Datuk Musa Yusuf, Director General of MTPB. The ceremony was attended by several representatives from Xiaomi Malaysia including Allen An, Country Manager of Xiaomi Malaysia and Singapore. The event saw the Memorandum of Joint Collaboration signed by both Xiaomi Malaysia and MTPB.


The 3-minute promotional video, featuring Malaysia's world renowned natural and architectural wonders as well as hidden gems, is now available on Xiaomi's official social media platforms including Xiaomi Malaysia’s Facebook page, Xiaomi Malaysia’s Youtube channel, and Xiaomi’s official account in Sina weibo, a popular Chinese social media platform.

We’ve always wanted to help showcase Malaysia’s natural beauty to the world and so we want to thank Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) for giving us the opportunity to play our part in the Visit Malaysia 2020 campaign. Not just tourists, but Malaysians themselves often overlook the country’s hidden gems. With the 108MP camera on the Mi Note 10, Malaysians are able to capture the unique beauty of this country into the innermost detail, bringing to life what was previously unseen. We believe Mi Note 10 will enable users and Mi Fans to enjoy mobile photography more with epic photography and videography quality.” said Allen An, Country Manager of Malaysia and Singapore, Xiaomi.

Commenting on the partnership, Datuk Musa Yusof, said, “Xiaomi being a global technology leader together with their latest smartphone, Mi Note 10, is the perfect device to display Malaysia’s hidden beauty to the world. For the VM2020 campaign, we wanted to showcase the best Malaysia has to offer, whether our vibrant heritage, our diverse culture or our endless scenic spots that we have, Xiaomi is one of the most suitable partners to help us achieve these efforts and capture a truly aesthetic experience.”


In conjunction with the partnership, Xiaomi Malaysia will be launching an online photography competition, themed #ExploreMalaysiaWithMINOTE10, on its official Facebook Page. Users are able to participate by taking photos of sceneries in Malaysia using the Mi Note 10. Participants are required to take photos and post online on either Facebook or Instagram together with the hashtag #ExploreMalaysiaWithMiNote10. Winners will be selected based on the most creative shots and will stand a chance to win attractive prizes courtesy of MPTB including tickets to scenic spots and resorts in Malaysia.

Visit Malaysia 2020 brings out the best of what Malaysia has to offer to the world in a single, event packed year. The year 2020 holds a special place in the heart of all Malaysians as we reflect and celebrate all our successes and challenges in transforming a once colonial land, into a thriving, multi-cultural and dynamic country.

Officially launched on 4th December 2019 in Malaysia, Mi Note 10 features 6GB RAM+128GB ROM and is the world’s first 108MP penta camera setup with a premium design and a massive 5260mAh battery. Another variant is also available, Mi Note 10 Pro, with an 8-piece lens and a larger 8GB RAM + 256GB ROM storage. Both Mi Note 10 and Mi Note 10 Pro are here to deliver epic smartphone photography experience.

Mi Note 10 retails for RM 2,099, whereas Mi Note 10 Pro retails for RM 2,499. Both devices are available online through Lazada, Shopee and at all Mi Stores in Malaysia.

For more photos from the official joint collaboration ceremony, please click here.

To watch the promotional video, please click here.

For more information, please follow Xiaomi Malaysia’s official Facebook page: https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/

For more media releases, media info and media features on Malaysia’s tourism industry, kindly visit the Media Centre of Tourism Malaysia’s website at http://www.tourism.gov.my/



P/S: Congrats Xiaomi and Tourism Malaysia. 

KENAPA ORANG GEMUK MAKIN GEMUK?

$
0
0
KENAPA ORANG GEMUK MAKIN GEMUK? | Pernah tak korang tertanya-tanya mengapa orang yang gemuk makin gemuk. Jika lemak itu menyimpan tenaga, bukankah orang gemuk boleh menggunakan tenaga tersebut jika tahap glukosa di dalam darah habis?

Glukosa punca kegemukan

Fakta ini sudah diketahui ramai, Malaysia masih lagi merupakan negara tergemuk di Asia Tenggara. Apa yang menyebabkan kegemukan ini? Adakah disebabkan oleh pengambilan kalori berlebihan oleh populasi rakyat Malaysia memandangkan kita mempunyai pelbagai jenis variasi makanan? Atau adakah puncanya disebabkan oleh kecenderungan kita untuk mengambil nutrien makro berlebihan seperti karbohidrat atau lemak?

Sebelum kita memahami perihal punca kegemukan dalam kalangan mereka yang obes, mari fahami berkenaan dengan mengapa individu menjadi gemuk.

Glukosa adalah merupakan punca kegemukan utama di Asia Tenggara memandangkan kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat. Nasi lemak, nasi goreng, bihun sup dan sebagainya, kesemua makanan ini mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Nutrien makro ini berasal daripada monomer glukosa dan pengambilannya mendorong kepada rembesan insulin.

Rembesan ini bagi membantu pergerakan glukosa masuk ke dalam sel memandangkan ia tidak boleh duduk di dalam salur darah untuk jangka masa yang lama. Reaksi di antara glukosa dan protein atau lemak yang beredar melalui sistem salur darah ini boleh menghasilkan molekul berbahaya digelar advanced glycation end product (AGE). 

Molekul ini boleh menyebabkan proses oksidasi yang mampu merosakkan salur darah, sel-sel kulit menyebabkan penuaan dan kesan buruk yang lain. Apabila sel sudah mempunyai jumlah glukosa yang mencukupi, lebihan glukosa akan disimpan di dalam otot dan hati sebagai glikogen. Ini merupakan bentuk simpanan yang boleh digunakan pada waktu yang lain jika badan kehabisan sumber glukosa.

Jika masih ada lebihan glukosa?

Monomer tersebut akan disimpan sebagai lemak melalui proses pembuatan lemak (De Novo Lipogenesis). Pengambilan karbohidrat atau kalori berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.


Halangan lipase untuk menggunakan sel lemak

Jika korang seseorang yang ingin membakar lemak, korang mesti pernah terdengar nasihat seperti “lemak cuma akan terbakar selepas 30 minit anda bersenam”, bukan? Walaupun terdapat perbezaan di antara masa untuk badan mula membakar lemak, ia disebabkan oleh penggunaan glukosa terlebih dahulu sebelum badan mula menggunakan sumber tenaga yang lain. Insulin adalah merupakan hormon yang menggalakkan pengambilan gula agar sel-sel badan dapat menerima sumber tenaga yang mencukupi.

Namun, bagi mereka yang berbadan besar, selepas pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, jika bekalan glukosa habis, lemak badan tidak boleh ditukarkan kepada tenaga kerana hormon yang bertanggungjawab, lipase, sensitif terhadap insulin. Lipase tidak akan bekerja saat hormon insulin tinggi di dalam darah.

Ini kerana kehadiran hormon insulin memberi isyarat bahawa badan sudah mempunyai sumber tenaga yang mencukupi walaupun pada hakikatnya, tidak. Akibatnya, badan akan menggunakan protein daripada otot untuk ditukarkan kepada glukosa dalam proses yang dipanggil sebagai gluconeogenesis, proses pertukaran sumber selain karbohidrat kepada glukosa. Metabolisme badan akan menurun.

Ini akan membuatkan individu tersebut keletihan walaupun terdapat banyak sumber tenaga dalam bentuk lemak.

Apa yang mereka akan buat?

Mereka akan makan bagi memastikan bekalan glukosa stabil dan jika ia berlebihan, sel lemak akan menjadi destinasi pilihan untuk menyimpan monomer tersebut. Akhirnya mereka yang gemuk akan bertambah gemuk.

Apa yang akan terjadi jika mereka tidak mengambil makanan pada tempoh tersebut?

Tahap insulin akan menurun dan akhirnya, lipase akan mula bekerja. Badan akan mendapat tenaga daripada lemak badan yang diproses menjadi keton di organ hati.

Kesimpulannya

Bagi mereka yang mengalami masalah untuk menurunkan berat badan, ketahuilah bahawa senaman hanya berkesan jika korang mempunyai tabiat pemakanan yang betul. Jika korang mengambil kalori atau karbohidrat melebihi keperluan harian, korang akan menjadi gemuk. Oleh sebab itulah ramai individu yang berjaya menurunkan berat badan melalui puasa secara berkala. Ia akan memberikan kestabilan hormon insulin dan dalam masa yang sama, menggalakkan penggunaan lemak badan sebagai sumber tenaga.

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan


P/S: Kadang...gemuk salah, kurus pun salah, entahlaa..janji sihat sudah!

LIRIK LAGU JUSTIN BIEBER - YUMMY

$
0
0
LIRIK LAGU JUSTIN BIEBER - YUMMY
Music video by Justin Bieber performing Yummy (Official Video).
© 2020 Def Jam Recordings, a division of UMG Recordings, Inc.


Yeah, you got that yummy-yum
That yummy-yum, that yummy-yummy
Yeah, you got that yummy-yum
That yummy-yum, that yummy-yummy
Say the word, on my way
Yeah babe, yeah babe, yeah babe
Any night, any day
Say the word, on my way
Yeah babe, yeah babe, yeah babe
In the mornin' or the late
Say the word, on my way

Bonafide stallion
It ain't no stable, no, you stay on the run
Ain't on the side, you're number one
Yeah, every time I come around, you get it done (You get it done)

Fifty-fifty, love the way you split it
Hundred racks, help me spend it, babe
Light a match, get litty, babe
That jet set, watch the sunset kinda, yeah, yeah
Rollin' eyes back in my head, make my toes curl, yeah, yeah

Yeah, you got that yummy-yum
That yummy-yum, that yummy-yummy
Yeah, you got that yummy-yum
That yummy-yum, that yummy-yummy
Say the word, on my way
Yeah babe, yeah babe, yeah babe
Any night, any day
Say the word, on my way
Yeah babe, yeah babe, yeah babe
In the mornin' or the late
Say the word, on my way

Standin' up, keep me on the rise
Lost control of myself, I'm compromised
You're incriminating, no disguise (No disguise)
And you ain't never runnin' low on supplies

Fifty-fifty, love the way you split it
Hundred racks, help me spend it, babe
Light a match, get litty, babe
That jet set, watch the sunset kinda, yeah, yeah
Rollin' eyes back in my head, make my toes curl, yeah, yeah

Yeah, you got that yummy-yum
That yummy-yum, that yummy-yummy (You stay flexin' on me)
Yeah, you got that yummy-yum (Yeah, yeah)
That yummy-yum, that yummy-yummy
Say the word, on my way
Yeah babe, yeah babe, yeah babe (Yeah, babe)
Any night, any day
Say the word, on my way
Yeah babe, yeah babe, yeah babe (Yeah, babe)
In the mornin' or the late
Say the word, on my way




P/S: Sesuai sangatlaa kan musim review makan aje ni, YuMmY!!! hahahaha

TM MENYOKONG TOURISM MALAYSIA SEBAGAI RAKAN TELEKOMUNIKASI STRATEGIK BAGI VISIT TRULY ASIA MALAYSIA 2020

$
0
0
TM MENYOKONG TOURISM MALAYSIA SEBAGAI RAKAN TELEKOMUNIKASI STRATEGIK BAGI VISIT TRULY ASIA MALAYSIA 2020 | Telekom Malaysia Berhad (TM) memperkenalkan pelan unifi Mobile khusus untuk pelancong yang menawarkan perhubungan tanpa had dan menyeluruh di Malaysia.

Para pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia, ada tawaran hebat untuk korang! Korang kini boleh mendaftar unifi Travel Pass, SIM pelancong terhebat di Malaysia bagi menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had, sambungan ke wifi dan rancangan TV kegemaran korang!

Tawaran istimewa ini direalisasikan menerusi kerjasama di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Tourism Malaysia untuk kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020, sejajar dengan komitmen untuk mencapai 30 juta kedatangan pengunjung dan RM100 bilion perbelanjaan pelancong pada tahun 2020.

Kerjasama ini menggambarkan usaha kukuh kedua-dua pihak untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini, memanfaatkan pemasaran digital dan memaksimumkan kempen pemasaran bersepadu untuk memacu industri pelancongan di Malaysia.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada tiga (3) teras utama, iaitu sambungan internet jalur lebar untuk pelancong; promosi kempen menerusi aset-aset digital TM; dan promosi kempen menerusi aset domestik dan antarabangsa.


Bagi menandakan sinergi kerjasama yang penting ini, kedua-dua pihak hari ini bertukar-tukar dokumen kerjasama dalam satu majlis yang dihadiri oleh Dato' Dr. Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, bersama-sama Tuan Haji Rosli Man, Pengerusi TM. Pada majlis tersebut, Izlyn Ramli, Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan, TM bertukar dokumen berkenaan dengan Datuk Musa Yusof, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia.

Di bawah kerjasama yang terjalin, TM menerusi jenama Konvergens utamanya – unifi – memperkenalkan pelan unifi Mobile istimewa, dikenali sebagai unifi Travel Pass, direka secara eksklusif untuk pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia. unifi Travel Pass menawarkan kebebasan untuk berhubung dengan pelan data berkelajuan tinggi tanpa had, akses kepada wifi tanpa had di seluruh negara menerusi wifi@unifi dan hiburan tanpa henti menerusi aplikasi playtv@unifi, menjadikannya SIM untuk pelancong yang terbaik di Malaysia.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Tuan Haji Rosli berkata, “Kami amat teruja untuk menyokong Tourism Malaysia sebagai Rakan Telekomunikasi Strategik bagi kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020. Kerjasama ini bukan sahaja menggambarkan sokongan kami kepada industri pelancongan Malaysia, ia juga merupakan bukti komitmen berterusan kami untuk membawakan sambungan tanpa had kepada semua termasuk pelancong luar negara yang datang ke Malaysia, agar mereka kekal berhubung dengan dunia digital, selaras dengan peranan kami ke arah merealisasikan aspirasi Negara Digital Malaysia. TM menerusi produk dan penyelesaian yang lengkap dan inovatif akan terus memberi khidmat kepada masyarakat dan gaya hidup digital, perniagaan digital dan industri vertikal, serta Kerajaan digital.

Tambah beliau lagi, “Saya ingin mengalu-alukan kedatangan semua pelancong ke negara kita. Saya berharap mereka akan mencipta dan meninggalkan kenangan yang manis di Malaysia. Kami memahami yang sambungan internet amat penting kepada para pelancong; dari tempahan hotel, pengangkutan, tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, cadangan makanan dan maklumat cuaca, semua ini boleh diakses dengan mudah menerusi sambungan internet yang diyakini. Justeru, kami menawarkan para pelacong cara yang mudah untuk terus berhubung, agar mereka boleh menikmati Malaysia sepenuhnya sambil kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka di negara asal mereka. 

Selain data mudah alih tanpa had, para pelancong juga boleh mengakses perkhidmatan wifi@unifi kami di lebih daripada 8,000 hotspot wifi@unifi di seluruh negara. Bukan itu sahaja, para pelancong juga boleh menikmati hiburan tanpa henti sepanjang mereka berada di Malaysia menerusi aplikasi playTV@unifi, yang menawarkan penstriman digital saluran-saluran LANGSUNG tempatan dan antarabangsa, jadi mereka boleh menonton program TV kegemaran dan mendapatkan berita terkini daripada FOX Sports, nick Jr, Euronews, BBC World News dan banyak lagi.”


Sementara itu, Dato' Dr. Noor Zari berkata: “Kami berharap kerjasama antara Tourism Malaysia dan TM akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat menjadi sebuah destinasi pelancongan yang unik dan kaya dengan budaya untuk semua pengunjung dari seluruh dunia.

Unifi Travel Pass menawarkan SIM data berkelajuan tinggi tanpa had buat para pelancong untuk terus berhubung sepanjang berada di Malaysia. Mereka boleh memilih sama ada pas 7 hari untuk RM30 atau pas 15 hari untuk RM60, kedua-duanya menawarkan data 4G/3G berkelajuan tinggi. Ia turut didatangkan dengan kredit masa berbual untuk mereka membuat panggilan keluar dengan hanya RM0.20 seminit dan menghantar SMS dengan RM0.10 untuk satu SMS.

Selain itu, mereka boleh menambah nilai kredit pada bila-bila masa secara online atau boleh dibeli di lebih 15,000 vendor tambah nilai unifi Mobile seluruh negara. unifi Travel Pass ini sedia untuk dibeli di mobile.unifi.com.my/travepass bermula Januari 2020. Para pelancong boleh memilih untuk mengambil kad SIM mereka di Pusat Penerangan Pelancongan Tourism Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan penawaran terkini daripada unifi, layari www.unifi.com.my.


P/S: Unifii terbaekk! Sis sendiri guna Unifii di rumah, kelajuan turbo lagik hahahaha..

LIRIK LAGU IKATAN ASMARA - FAIRUZ MISRAN & BABY SHIMA

$
0
0
LIRIK LAGU IKATAN ASMARA - FAIRUZ MISRAN & BABY SHIMA
Lagu : Harry Khalifah
Lirik : Achoi Floor 88


Bersulam Rindu Intan Baiduri
Bermadu Kasih Asmara Hati
Dewata Hati Kau Sang Pujangga
Bersama Ku Bahagia

Dan Silih Hari Berganti Hari
Menahan Rindu Sayang Terpateri
Sabarlah Sayang Wahai Arjuna
Kelak Kita Kan Bersua

Oh Adindaku Genggam Tanganku
Kasih Yang Mesra Bersatu Berpadu
Oh Kekandaku Pimpinlah Daku
Kita Menuju Pintu Mahligai Kalbu

Termetrai Sudah Ikatan Cinta
Yang Bersaksikan Janji Asmara
Ku Turut Sama Percaya Kanda
Demi Cinta Bahagia

Oh Adindaku Genggam Tanganku
Kasih Yang Mesra Bersatu Berpadu
Oh Kekandaku Pimpinlah Daku
Kita Menuju Pintu Mahligai Kalbu

Termeterai Sudah Ikatan Cinta
Yang Bersaksikan Janji Asmara
Ku Turut Sama Percaya Kanda
Demi Cinta Bahagia

Mari Bersama Kita Berdua
Melangkah Kasih Yang Tercipta




P/S: Kalau dengar je, terus badan nak goyang hahahaha...

PENGARUH IKLAN SUNGGUH! ZAM BURGER LEBIH SEDAP, LEBIH TEBAL, LEBIH JUICY!

$
0
0
PENGARUH IKLAN SUNGGUH! ZAM BURGER LEBIH SEDAP, LEBIH TEBAL, LEBIH JUICY! | Zam Burger Zam Burger, hahahaha adeii sampai dah hafal dia punya ayat iklan tu tau!. Bagi mereka di Johor yang mendengar BestFM 104.10, mesti tau punya iklan Zam Burger ni, berulang-ulang iklan dia di putarkan, habis satu lagu keluar iklan, habis iklan, keluar lagi, tak habis-habis Zam Burger Zam Burger hahahaha.

Dia punya marketing sampaikan Suami Sis terpengaruh dengan iklan dia tu okay! Dia punya pengaruh iklan tu, sampaikan Sis dan Suami pi ke Bandar Baru Uda ke Pasaraya Amad tu mencari Zam Burger, dan akhirnya dapat juga hahahaha.

Yang gelihatinya, ingatkan ke Zam Burger ni kedai burger siap masak, atau warung burger yang menjual burger, so dari dalam kereta Suami cakap, okay ini malam kita makan burger je, Zam Burger Kambing katanya. Okaylah Sis ko iyekan je la.

Dah pasang waze, tapi dah mula fikir, kenapa dia kata ada di jual di Pasaraya Amad ni? Ermm diamkan je lagi, terus je laa terjah. Dah jumpa pasaraya tu, depan pasaraya tu ada le van yang menjual burger, okay Suami turun dan bertanya.

Sekali katanya bukan, sambil tersenyum adik yang jual burger tu. Sis pun try masuk pasaraya tu sebab ternampak banner besar Zam Burger tu...sekali rupanya....dia hanya jual frozen daging burgernya ajer lorrrr hahahahahaha...so ko kena beli kemudian balik masak le sendiri hahahaha adeii lawak!


Suami duk gelak sengih-sengih dia hahahaha, ingatkan burger dah siap masak tinggal makan je, rupa jual frozen hahahaha...sampaikan Suami cakap, iklan bagai nak rak! hahahaha..Sis ko mampu gelak kecil aje sambil dalam hati kata, kesian gak kat Suami yang mengharap beno nak makan Zam Burger tu..

So Sis belilah juga daging burger frozennya tu. Sis beli tiga-tiga sekali, ayam, lembu dan juga kambing. Biar puashati, dah datang jejauhkan, so beli je laa semua yang ada.


Balik rumah terus buatkan Suami, dan makan berjemaah kat rumah aje. Yaa seperti yang iklan dia cakap tu, lebih sedap, yee bolehla sedap boleh tahan, lebih tebal, yee memang tebal, lebih juicy, yang ini memang betul juicy, tak kering, nampak kering, tapi bila makan dia rasa juicy.

Lebih besar, lebih murah dan lebih sedap...kesemua yang dia iklankan tu ternyata benar bagai di kata. Korang jangan bandingkan dengan daging burger Ramly, Ramly tu dah bertapak lama, semua orang kenal dan suka. Tapi harga boleh tahan mahal, tentunya laa sedap dari dulu hingga kini.

Tapi Zam Burger ni baru lagi, baru nak perkenalkan kat korang, so korang kena beli dan cubalah ya. Jangan main kondem jee..Sis ko jenis memang macam ni, tak suka dengar orang cakap, kalau nak puaskan hati, beli dan cuba sendiri.

Sedap itu subjektif hohoho..
Ini bukan iklan berbayar ya..harap maklum..

Okay dah nanti sambung, hari ini Isnin, tentunya laa banyak kerja woo..nanti kita sambung lagi ya..
OkBai..


P/S: Suami siap bawa bekal Zam Burger pi mancing hahahaha..adeii pengaruh iklan sungguh!

MENGINAP DI H ELITE DESIGN HOTEL KOTA BHARU SATU KEPUASAN BUAT DIRI AKU!

$
0
0
MENGINAP DI H ELITE DESIGN HOTEL KOTA BHARU SATU KEPUASAN BUAT DIRI AKU! | Yup, satu kepuasan dalam diri apabila di beri peluang menginap 1 hari 1 malam di H Elite Design Hotel,Kota Bharu Kelantan ni. Sebabnya, setelah seharian semalaman letih dengan tugasan yang di laksanakan sepanjang menyambut Tahun Baru 2020 di Sungai Golok,Thailand tu, kemudian bila diberi peluang dapat menginap di sini, satu kepuasan yang tak terucap dengan kata-kata sahaja. So Sis kongsikan review pengalaman Sis di sini mengenai H Elite Design Hotel ini.

Dah laa hotelnya cantik, bersih dan selesa, paling mengejutkan kami semua di berikan seorang satu bilik jenis Deluxe King Room yang mempunyai keluasan 27 m²/291 ft², memang puashati! Letih-letih badan, di berikan bilik seluas gini dan tidur sengsorang, maunya tak puashati. Alhamdulilah.

Pengalaman menginap di sini membuatkan Sis sangat rekemen kat korang semua yang ada atau nak datang ke Kota Bharu Kelantan ni. Hotelnya betul berada di tengah bandar Kota Bharu, dan tidak jauh dari lapangan terbang. hanya 12 km aje dari hotel. Antara yang berdekatan juga seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh - 2.12 km, Masjid Kota - 2.65 km, Masjid Pintu Geng - 4.08 km, Kota Bharu Medical Centre - 4.63 km dan juga Aeon Mall Kota Bharu - 4.68 km.

[Baca Juga] : Pertama Kali Aku Ke Golok Sambut Tahun Baru 2020 Di Sana



H Elite Design Hotel - Lobby 

Sebaik melangkah masuk H Elite Design Hotel ini, korang akan terpukau dengan pemandangan yang luas mata memandang yang bagi Sis keluasan lobby hotel ini sangat sejuk mata memandang. Dari segi dekorasinya, perabutnya juga pemandangan luar dari cermin besar tu, membuatkan siapa-siapa yang suka bergambar, memang di sini menjadi tumpuan sangat! Ikutkan Sis pun nak juga bergambar masa sampai tu, tapi masa sampai tu, adoii perut buat hal masuk angin, terus aje ke toilet dulu, tak sempat nak buat apa-apa, nasib lee sempat amik gambar dulu, hahahaha.

Kalau korang perasan lukisan-lukisan yang ada di dinding dan juga yang di pamerkan, ianya adalah bukan saja untuk perhiasan di sini tapi untuk di jual juga. Lukisan-lukisan ini adalah dari pelukis-pelukis tempatan anak jati Kelantan yang sememangnya terkenal dengan lukisan mereka yang begitu kreatif, teliti dan berkualiti. So kalau korang nak beli antara lukisan yang ada di situ, bagitau pihak hotel ya.

[Baca Juga] : Antara Tempat Menarik Di Kelantan Yang Ramai Tidak Tahu



Deluxe King Room 

Setelah dapat aje kunci, terus kami semua naik ke bilik masing-masing. Eh kejap Sis lupa laa tingkat berapa bilik Sis hahaha. Sesampai aje bilik, bukak pintu, wowww, besar sungguh bilik Deluxe King Room ni, dan katilnya kemain besar oii, bergulinglah tidur sengsorang gini ek. Dan apalagi, Sis terus bukak langsir nak tengok view luar tingkap, ternyata indahnya view pemandangan dari bilik Sis. Terus rasa nak nyanyi 'Lihatlah, keindahan, sawah ku yang luas terbentang', hahahaha...yerr ada sawah padi nuu...nampak tak?

Kemudahan dalam bilik seperti biasa, semua ada, air panas, kopi dan teh, hair dryer, tuala, barang mandian, almari, cermin besar, juga strika gosok baju juga pun ada, tapi korang kena col dulu laa, nanti mereka hantar ke bilik. Sis suka ruang tandas dia, sebab tandas berasing dengan bilik tidur. Tandasnya di tepi dan ada dinding memisahkan tandas dan bilik, Yaa sejak-sejak ni semua design hotel macam ni kan..bagus!

Selain bilik yang Sis inap ni, ada juga jenis bilik yang lain, antaranya :

King Suite 

Deluxe Quadruple Room

Deluxe Suite

Deluxe Triple Room
281 Inviting Rooms 

Tu pun ada lagi bilik yang kami tak sempat dan belum boleh masuk, sebab masih lagi dalam proses persiapan akhir. Yaa hotel ni baru lagi, tak sampai lagi setahun, so banyak benda ada yang belum betul-betul ready. Tapi bilik-bilik yang kami inap dan lihat ni, semua dah ready. Bersih dan selesa.

Terdapat lebih dari 281 jenis pelbagai bilik untuk korang nikmati dan menginap di sini. Samaada single, couple ataupun datang dengan family. Kemudahan room servicenya pun cepat dan pantas. Yang penting bilik yang korang bermalam tu bersih dan selesa. Sis memang selesa menginap di sini, sepanjang malam tidur nyenyak lena tanpa gangguan.




Swimming Pool & Kid's Play (Outdoor)

Masa kami sampai tu, memang kesuntukkan masa, dah nak gelap, lagipun mereka nak keluar makan malam, Sis aje duduk dalam bilik merehatkan badan sebab perut tak sedap, masuk angin, kalau tidak boleh juga mandi di kolam renang hotel ini. Ada 2 kolam yang di sediakan, 1 untuk kanak-kanak, dan satu lagi untuk dewasa. Kolam renang ni di buka dari jam 8am hingga jam 9pm, so korang kalau nak mandi semua ada di sediakan, boleh sewa pelampung, ada cafe kecil dan juga ada jual baju mandi kalau nak beli.

Percuma untuk pengunjung yang menginap di sini sahaja ya. Dan juga, di sini, anak korang boleh bermain di dalam area Kid's Play tu bagi mereka yang tidak mandi atau sementara menunggu anak mandi. Juga di sini boleh buat event atau majlis keraian. Untuk yang nak buat tempahan, boleh bertanya terus pada pihak hotel ya.



Fitness Center

Ada juga kemudahan gym. Ni bukan kata mini gym lagi, dah macam gym sebenar, segala kelengkapan ada dalam gym hotel ni. Tu cuma gambar sikit je tu, kalau korang datang sendiri dan mencubanya, mesti korang teruja. Alat-alatannya termasuk treadmill adalah yang terkini dan canggih.



Bisik-Bisik Lounge

Tempat ni kalau korang masuk kena bisik-bisik hahahaha. Yerr namanya Bisik-Bisik Lounge. Kat sini sangat colourful dan tenang sangat! Sesuailah kalau macam Sis ko ni nak update blog bawak laptop guna wifii hotelnya yang laju dan FREE tu. Boleh update blog atau membaca novel dengan tenang dan aman. Sangat suka tempat ini.



Restaurant (Halal)

Besar dan luas giler ruang makan dia. Masa mula Sis masuk mak aiii, memang besar arr, segala sudut ruang Sis ko jelajah hehehe. Untuk sarapan pagi, korang akan makan di sini. Menu-menunya, sudah tentulah menu makanan orang Kelantan yang sedap. Siap ada nasi dagang dan juga Laksam woo pepagi. Apalagi Sis memang akan makan Laksam jerr..

Kalau korang menginap di sini akan dapat percuma sarapan pagi (ikut bilik yang korang amik). Tapi kalau nak tambah, korang kena bayar rm34 sahaja seorang.

[Baca Juga] : Makanan Orang Kelantan 


So korang kalau ada datang ke Kota Bharu,Kelantan, mai laa singgah menginap di H Elite Design Hotel ini. Sangat puashati, bersih dan selesa. Ini berdasarkan pengalaman Sis sendiri yang menginap di sini. Next time nak datang Kelantan, Sis nak tidur sini juga. Tak lama lagi sebelah hotel ni akan buka Mydin Mall terbesar di Malaysia woo..betul sebelah hotel jer, mesti meriahkan.

Terima Kasih Daun Keladi 

Terima kasih buat pihak H Elite Design Hotel yang telah memberi kami peluang untuk menginap di sini. Terima kasih daun keladi, insyaAllah ada umur dan rezeki kami datang lagi. Ke jumpa di Johor nanti ya Tuan hehehehe...

Juga buat pihak Tourism Malaysia, Tourism Johor, Tourism Wilayah Selatan, Tourism Kelantan dan semua pihak yang terlibat, yang memberi peluang dan pengalaman yang sangat berharga sepanjang berada di Kelantan. InsyaAllah ada umur kita berjumpa lagi.

[Baca Juga] : Hanya 1 Jam 45 Minit Sahaja Dari Johor ke Kelantan Dengan FireFly Airlines 

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020


More about H Elite Design Hotel

Whether you're a tourist or traveling on business, H Elite Design Hotel is a great choice for accommodation when visiting Kota Bharu. From here, guests can make the most of all that the lively city has to offer. With its convenient location, the property offers easy access to the city's must-see destinations.

At H Elite Design Hotel , the excellent service and superior facilities make for an unforgettable stay. A selection of top-class facilities such as free Wi-Fi in all rooms, 24-hour security, daily housekeeping, taxi service, wheelchair accessible can be enjoyed here.

Step into one of 281 inviting rooms and escape the stresses of the day, A selection of amenities can be found in most rooms, inlcuding flat screen television, complimentary instant coffee, complimentary tea, free welcome drink, linens. The property offers fantastic facilities, including fitness center, outdoor pool, kids club, pool (kids), to help you unwind after an action-packed day in the city. H Elite Design Hotel is your one-stop destination for quality accommodation in Kota Bharu.

NEW YEAR PROMOTION🎉

Spend your time with family and friends at H Elite Design Hotel !
Best New Year Deal only at RM 120 WITH BREAKFAST or RM100 WITHOUT BREAKFAST!
Valid from 1st JANUARY UNTIL 20th FEBRUARY 2020!!

Check-in/Check-out
Check-in from: 02:00 PM
Check-out until: 01:00 PM

Address: AG- G -09 , AlWaqf @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Phone: 09-740 5757

Fecebook : H Elite Design Hotel 
Instagram : @helitedesign_hotel


P/S: Jom Kelantan jom! Firefly kan ada...hehehehe
Viewing all 4491 articles
Browse latest View live