Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4491 articles
Browse latest View live

PERBAHARUI RUTIN PENJAGAAN KULIT DENGAN SKINVIGORATE SONIC™ SKINCARE SYSTEM MARY KAY

$
0
0
PERBAHARUI RUTIN PENJAGAAN KULIT DENGAN SKINVIGORATE SONIC™ SKINCARE SYSTEM MARY KAY | Dapatkan hasil yang mengagumkan dalam masa 60 saat sahaja! Mary Kay hari ini telah memperkenalkan cara baru penuh inovasi untuk menjadikan rutin penjagaan kulit anda lebih baik dengan Skinvigorate Sonic™ Skincare System yang memastikan anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kulit yang bersih dalam masa hanya 60 saat.

Skinvigorate Sonic™ Skin Care System wajib ada dalam rutin penjagaan kulit semua wanita kerana ia membuang empat kali lebih banyak kotoran dan debu, minyak yang terkumpul, solekan serta partikel-partikel pencemaran halus PM2.5 berbanding mencuci muka hanya dengan tangan.



Sains Di Sebalik Ciptaan Produk ini.

  • Kuasa Sonik: Skinvigorate Sonic™ Skin Care System boleh berputar lebih daripada 200 kali persaat dan direka untuk bergetar dengan pantas serta membersihkan wajah dan menanggalkan semua kotoran dari pori-pori dengan lembut dan secara mendalam.
  • Pembersih Khas Untukmu: Skinvigorate Sonic™ Skin Care System mempunyai tiga kelajuan dan membolehkan anda mengawal tahap pembersihan hanya dengan menekan butang dengan mudah.
  • Kualiti Yang Konsisten - Penentu masa satu minit yang automatik memastikan wajah anda
  • dibersihkan sempurna setiap kali penggunaan.
  • Pelbagai tambahan - Nikmatilah kegunaan tambahan daripada Skinvigorate Sonic™ Skin Care System dengan menggunakannya bersama serum Mary Kay kegemaran anda dan Skinvigorate Sonic™ Facial Massage Head.

Pengalaman penggunaan Skinvigorate Sonic™ Skin Care System boleh diperluaskan lagi dengan menambahkan kebaikan rawatan wajah kepada langkah olesan serum anda. Selepas menggunakan peranti ini dengan Skinvigorate Sonic™ Facial Massage Head, tiga daripada empat wanita mengatakan mereka lebih menyukai tambahan kepala itu berbanding mengoleskan serum hanya dengan jari. Serum meresap ke dalam kulit dan membuatkan kulit menjadi selembut dan sehalus sutera.



Peranti ini didatangkan dengan tiga kelajuan yang berbeza dan kebolehan untuk menambah kepala Skinvigorate Sonic™ Facial Massage Head. Ia membolehkan anda mencipta sebuah rutin khas untuk anda, dan memberikan penjagaan yang terbaik untuk kulit anda.

Skinvigorate Sonic™ Facial Massage Head juga mampu membersihkan kawasan muka yang sukar dibersihkan dengan tangan dan sesuai untuk digunakan dua kali sehari pada semua jenis kulit.

Rawatan kulit memang boleh membantu proses mikroedaran dengan membawa oksigen dan zat kepada kulit. Kepala Skinvigorate Sonic™ Facial Massage Head yang direka mengikut bentuk muka boleh memberikan 24,000 urutan mikro berkuasa sonik kepada muka dan leher anda pada setiap sesi dua minit. Mereka yang menggunakan peranti ini setiap hari berkata kulit mereka kelihatan lebih sihat dan segar. Wanita yang menggunakan kepala urutan ini juga berkata garis-garis halus kelihatan seperti menghilang dan kulit mereka rasa lebih anjal dan muda.


Skinvigorate Sonic™ skincare system berharga RM279, manakala kepala Skinvigorate Sonic™ Facial Massage Head berharga RM99, dan ia sesuai untuk semua wanita yang mahu melangkah ke era baru penjagaan kulit.

Alat ini hanya boleh didapati secara eksklusif daripada Perunding Kecantikan Mary Kay.


P/S: Semakin canggih gitu...guna mesin aje untuk cuci muka dan urut kepala hehehe..

WORDLESS WEDNESDAY - GLOBAL CUSTOMER APPRECIATION WEEK 2019

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - GLOBAL CUSTOMER APPRECIATION WEEK 2019 | Thank you for having us & congrats Renaissance Johor Bahru Hotel

[Read also] : Feels Good To Be Appreciated in GCAW2019





Up coming Dinner Buffet - To celebrate both Christmas & ring in the new 2020
Year End Festive Dinner Buffet

Every Friday & Saturday for the month of December 2019.
From 6 Dec – 28 Dec (8 dates)
Dinner at RM123 nett per person.

At Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel
No. 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru

#jocomwashere
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway
#gcaw2019
#renaissanceappreciationnight
#globalcustomerappreciationweek


P/S: Okay baru tau tandas di Renaissance Hotel ada 12 okay! Hahaha

EAT ALL YOU CAN DIPANJANGKAN PROMOSINYA SEHINGGA 19 DISEMBER 2019

$
0
0
EAT ALL YOU CAN DIPANJANGKAN PROMOSINYA SEHINGGA 19 DISEMBER 2019 | Kalau sebut 'Eat All You Can' aje, tentulah maksudnya, makan selagi kau boleh makan, atau kau makan selagi boleh makan, haa gitu. Di mana nak makan sepuasnya ni, mana lagi kalau bukan di Pulai Springs Resort di Qing Palace Restaurantnya.

Sebelum-sebelum ni, rasanya dah 3 kali Sis datang dan makan Eat All You Can ni, tapi sememangnya  sangat puashati dan pasti korang akan nak datang lagi makan sampai tak jemu. Menu yang tersedia ada lebih dari 80 menu, dan paling di minati ramai dan permintaan menu yang agak tinggi di sini adalah Peking Duck dia. Memang tersedap antara yang terbaik di Johor yang Sis makan!

Untuk kali ini atau yang belum berkesempatan lagi nak mencuba, yaaa berita baik buat korang, Eat All You Can kini dipanjangkan promosinya sehingga 19 Disember 2019 ini atas permintaan ramai. Makanya korang bolehlah datang makan di sini ya, jangan lepaskan peluang ni, nanti dah takde lagi, jangan menyesal gigit jari ya.

[Baca Juga] : Promosi Eat All You Can X JOCOM  



Untuk kali ini, Sis di beri lagi kesempatan untuk menikmati Eat All You Can ini bersama geng JDT Blogger. Walaupun tak semua yang dapat hadir, tapi yang ada ni pun dah cukup meriah. Ada juga yang baru pertama kali datang sini dan pertama kali mencuba All You Can Eat ni.

Yang penting korang datang jauh-jauh ke sini makan, tapi korang pasti puashati, balik dengan senyuman penuh perut di isi. Mana taknya, harga yang di tawarkan pun sangat berbaloi! Dengan hanya RM 60/65 korang boleh makan sepuasnya bertambah-tambah tanpa perlu berkongsi dengan orang lain, tu kalau ko jenis tamak hahaha.



Dua menu di atas ini memang menjadi kesukaan Sis, iaitu Szechuan Hot & Sour Soup dan Peking Duck. Yang dua ni kalau datang sini mesti kena order dan makan, kira dia dalam senarai 'must try dishes'. Dan kalau korang datang makan sini dan tak tau nak order macam mana, jangan risau, tanya dan bagitau aje dengan pelayan, yang korang nak order menu 'must try dishes'nya, nanti mereka taulah nak sediakannya.

Dan bila menu dah sampai, kalau agak korang nak cuba menu yang lain pula, haa korang boleh order lagi, kan dah kata Eat All You Can, kan kan, haaa makan selagi boleh makan, janji jangan membazir ya. Boleh ke page facebook @akusislin dan scroll cari, ada Sis masukkan gambar menu kesemuanya.

[Baca juga] : Celebrate Birthday Sis Lin di Qing Palace 



Haaa ko tengok meja atas tu, penuh dengan menunya, tu pun ada yang belum sampai lagi. Kami semua malam tu seramai 10 orang, dan tak sangka juga apa yang kami order semuanya di makan licin, hahahaha bagus, tak membazirkan. Selagi boleh sumbat, kita sumbat! Bayar sekali, makan sepuasnya, haaa itulah konsepnya.

Dan tanpa di sangka-sangka ada pulak surprise untuk seketul Sis Lin ni hahahaha. Sunah buatkan kek brownies tower dan dia bawa masuk sesenyap ke dalam sambil menyanyi-nyanyi laaa lagu besday, bikin Sis Lin malu tersipu-sipu aje tau hahaha. Kebetulan juga, birthday Sis baru aje 2 hari lepasnya berlalu, dan Sunah laa yang beriye nak sambutnya, katanya dah alang-alang, tapi tak sangka sampai nak surprise nyanyi gitu hahaha.

Sis Lin 43 years old! ..


Apa-apa pun terima kasih Sunah dan semua geng JDT Blogger yang ada pada malam tu. Brownies Sunah memang tak pernah mengecewakan, sangat sedap dan sangat berasa dia punya cokelat! Korang kalau nak order bolehlah order di Selera Sakura IG dia, memang puashati.

So korang, yang nak datang makan Eat All You Can ni, mai laaa. Promosi masih lagi ada dan berlangsung. Rugi tak datang mencubanya. Harga berpatutan dan menu banyak sangat!
*Minimum booking 4 pax.

[Isnin - Jumaat]
Hanya rm60+ untuk dewasa, dan rm30+ untuk kanak-kanak (3 - 11tahun).

[Sabtu & Ahad & Cuti Umum]
Hanya rm65+ untuk dewasa, dan rm32.50 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan boleh hubungi Qing Palace Chinese Restaurant 07-521 2121 / 07-555 4715

Halal? Yaa semestinya Halal.


P/S: Rasa macam nanti nak pergi juga lagi bawa Suami dan anak-anak. InsyaAllah ..

AKU BUANG KASUT TU SEBAB TERPIJAK TAIK KUCING!

$
0
0
AKU BUANG KASUT TU SEBAB TERPIJAK TAIK KUCING! | Hampeh, hangin gak dalam hati harini, gara-gara turun aje dari kereta, tup-tup setepek terpijak taik kucing! Meraung bau dia walau baru aje terpijak, Sis ko rasa, mesti kucing tu baru melepas hajat, sebab tu taiknya masih lembik-lembik dan bau kuat.

Nak marah kucing pun bukan salah kucing, dia tu haiwan, memang berak merata ler, cuma geram gak, kenapalah kau berak kat situ! Betul depan kedai dobi. Sis meneman anak bujang cuci cadarnya yang nak balik Politeknik Mersing harini, so sampai aje depan dobi, bukak pintu kereta, tup-tup, arghhhhh pretttttt taik kucing penyek dek Sis ko pijak!


Tapi bersyukur gaklah, sebabnya Sis ko pakai kasut yang dah kira usang dan lama gak, buatnya Sis ko pakai kasut Jellybunny yang baru di beli tu, arghhh meraung di situ juga!. Bukannya tak boleh nak bawa balik, cuci dan guna, tapi fikirkan nak bawa masuk kereta, nak bawa dia sepanjang nak sampai kerumah, mampos pengsan Sis ko duk hidu bau taik kucingnya, aje gile tak sanggup Sis ko oii!

Sedangkan terpijak aje baunya melantong busuk, lagikan nak usung bawa naik kereta? Oh! Tidakkk, lebih rela buang tinggalkan aje dan beli je yang baru...ini kalilah ada alasan nak beli kasut baru, sambil jeling En Suami kakakakakah!

Okaylah, cukup lepas geram di sini, kang tak memasal, kena kecam...hahahaha 'Taik kucing pun nak update'! Hahahaha...ehhh sukalah ..

[Baca juga] : Slip Disc Boleh Claim Socso (PERKESO) - Kecacatan Kekal 

Harini settlekan anak bujang balik Poli, alhamdulilah, dah gerak balik dah pun..moga selamat sampai semuanya... then petang sikit, Sis nak ke event dalam Malaysia, malam kang kita ke 'Istanbul' yehaaa... lalalalala...


P/S: Bau taik kucing ni boleh jadi gaduh Laki Bini kalau terpijak oii!! Hahahaha..

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH FOREST CITY UKIR KECERIAAN

$
0
0
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH FOREST CITY UKIR KECERIAAN | Forest City meraikan 100 orang anak-anak asnaf dan yatim dari enam buah sekolah di Gelang Patah bersempena program Kembali Ke Sekolah bagi sesi persekolahan 2020. Program yang dilaksanakan setiap dua tahun itu merupakan inisiatif Forest City dalam meringankan beban sara hidup bagi keluarga di dalam kategori B40 selain menggalakkan minat dan semangat anak-anak ke sekolah.

Anak-anak yatim dan asnaf ini merupakan pelajar dari sekolah-sekolah di dalam linkungan jarak 2 kilometer radius dari Forest City, iaitu SK Ladang Pendas, Morni Pok, Pendas Laut, Tanjong Adang, Tanjung Kupang dan Tiram Duku. Forest City telah memperuntukkan sebanyak RM20,000.00 bagi tujuan membeli kelengkapan persekolahan seperti pakaian uniform, kasut, stoking, beg sekolah, seluar sukan, alatan tulis serta lain-lain keperluan pelajar.

Program yang dijalankan ini merupakan yang ketiga kali diadakan oleh Forest City. Terdahulu program ini telah dilaksanakan pada 2015 dan 2017.

[Baca juga] : Taman Tema Air Forest City Kini Di Buka Sepenuhnya

100 orang penerima sumbangan kelengkapan sekolah di program Kembali ke Sekolah 2020 anjuran Forest City bersama Dzulkefly dan Pihak Pengurusan Forest City.

Penerima sumbangan dari 6 buah sekolah angkat Forest City kelihatan gembira selepas menerima kelengkapan sekolah baru.

Majlis penyerahan sumbangan Kembali Ke Sekolah yang bertempat di Hotel Phoenix Marina Antarabangsa, Forest City telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, YB tuan Sr. Dzulkefly Bin Ahmad. “Amalan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah satu amalan yang terpuji. Mungkin nilai ini kecil bagi yang berkemampuan, tetapi besar maknanya kepada mereka yang menerima. Saya yakin sumbangan Forest City ini akan menceriakan anak-anak dan meringankan beban tanggungan para ibu bapa penerima”, ulas DZulkefly.

Forest City yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar, Tuan Hj. Ir. Syarul Izam Bin Sarifudin berkata “Pendidikan merupakan aset bagi seseorang individu, dan kami di Forest City amat berharap agar sumbangan ini dapat membakar semangat anak-anak ini untuk ke sekolah, menimba ilmu dan seterusnya menjadi insan berjaya di masa hadapan. Semoga usaha kami di hari ini memberi manfaat buat mereka”.

 Ir. Syarul Izam bersama penerima sumbangan sewaktu sesi membeli-belah sempena program Kembali ke Sekolah 2020 anjuran Forest City.

Program tanggungjawab korporat social (CSR) yang berpandukan teras pembangunan sosial ini bukanlah kali pertama dilaksanakan. Semenjak awal penubuhannya, Forest City aktif di dalam program-program sosial dan kemasyarakatan. Terkini, Forest City merancang untuk mempergiat aktiviti dan usaha pemulihan alam sekitar melalui kerjasama dengan pakar yang arif di dalam bidang masing-masing.


P/S: Tahniah Forest City! 👏

PEMASANGAN CAR SEAT, KORANG MASIH ADA MASA UNTUK MENABUNG

$
0
0
PEMASANGAN CAR SEAT, KORANG MASIH ADA MASA UNTUK MENABUNG | “Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS), hanya 30% pemilik kenderaan yang sudah memasang kerusi kanak-kanak.” Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Jadi, adakah korang sudah memasang kerusi keselamatan kanak-kanak di kereta, ataupun masih menimbang-nimbang untuk membeli car seat anak?

Masih pada fasa awal

Malaysia masih berada pada peringkat awal dalam usaha untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta. Pada Oktober 2018, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengisytiharkan kewajipan pemasangan car seat berkuat kuasa pada Januari 2020. Tetapi, mengapa perlu ada jarak masa yang lama sebelum tempoh penguatkuasaannya? Tak boleh ke kalau kita terus laksanakan undang-undang tersebut lebih awal?

Ini berikutan kerajaan mahu menggunakan pendekatan untuk mendidik terlebih dahulu sebelum fasa perlaksanaan berlangsung. Menurut Anthony, tiada saman yang akan dikenakan kepada ibu bapa yang gagal melaksanakan penguatkuasaan tersebut pada tempoh 6 bulan pertama bermula pada 1 Januari 2020. Namun, amaran dan peringatan akan diberikan kepada mereka yang terbabit bagi menggalakkan penggunaan car seat.

Jika dilihat pada negara-negara maju seperti Australia dan Amerika Syarikat, masing-masing sudah lama mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan tidak boleh dipandang ringan. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), kecederaan berkaitan dengan pengangkutan merupakan sebab utama kematian kanak-kanak.


Usah berlengah lagi

Kementerian Kewangan telah meluluskan pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada kadar 10 peratus kepada 5 peratus terhadap pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Mereka juga telah mendapat lampu hijau bagi permohonan mengenakan sifar peratus duti import kepada barangan ini untuk menggalakkan pembelian oleh pemilik kenderaan. Inisiatif ini dapat meringankan sedikit beban kewangan rakyat dalam memastikan keselamatan anak-anak di dalam kenderaan menjadi keutamaan.

Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan subsidi kepada mereka yang tidak berkemampuan. Jadi, tiada alasan lagi untuk melengahkan pemasangan kerusi keselamatan tersebut. Menurut CDC, peralatan sebegini dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada kanak-kanak jika berlaku kemalangan. Pada tahun 2011, 33% daripada jumlah kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh kemalangan adalah berpunca daripada ketiadaan pemasangan peralatan keselamatan seperti tali pinggang keledar atau kerusi keselamatan.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kecederaan setinggi 82% buat kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan. Kadar pengurangan risiko ini adalah lebih tinggi berbanding dengan jika kanak-kanak hanya dipakaikan dengan tali pinggang keledar. Kerajaan Malaysia telah menyeru semua pihak yang terlibat dengan pembuatan kenderaan serta pengeluar kelengkapan keselamatan untuk membantu menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan.

Bantuan boleh berbentuk pemberian kerusi keselamatan tersebut secara percuma dengan pembelian kereta, atau memberikan harga diskaun pada tempoh tertentu untuk menggalakkan pembelian produk tersebut.

Kesimpulannya.

Bagi mereka yang masih tidak mempunyai kerusi keselamatan ini, dapatkannya segera. Ia dapat melindungi anak korang sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Malang kebiasaannya tidak berbau. Jadilah, ibu bapa yang bertanggungjawab dan pastikan tahap keselamatan anak-anak korang berada pada tahap yang terbaik.

Artikel : Mohammad Nazri Zulkafli
Laman Web: Hello Doktor 


P/S: Alhamdulilah, dulu Sis anak kecil-kceil, banyaknya duduk rumah dari keluar, yaa jujur cakap..dulu lain, sekarang lain ya. 25tahun duluuu....

11 TAHUN MENULIS BLOG, INI KALI PERTAMA PAGEVIEWS BLOG MENCECAH 80K SEHARI!

$
0
0
11 TAHUN MENULIS BLOG, INI KALI PERTAMA PAGEVIEWS BLOG MENCECAH 80K SEHARI! | Alhamdulilah, syukur, ini satu penghargaan buat diri sendiri sebenarnya. Tak sangka apa yang kita tulis dan kongsikan di dalam blog, menjadi manfaat buat pembaca dan di baca dan di share hampir 30k share di media sosial.

Satu kebanggaan buat diri sendiri bergelar blogger. Bukan meriak atau meninggi kehebatan blog, tapi ini satu perkongsian Sis buat semua pembaca dan followers sebagai tanda terima kasih sudi view, baca dan membaca setiap penulisan Sis. Besar kesannya kepada diri Sis setelah melihat angka 80k tu.

Semakin menjadi semangat nak menulis, semakin mencurah idea nak menaip, dan semakin rasa nak memperbaiki dan belajar lagi tentang penulisan, ads dan juga seo yang mana, ianya memberi kesan juga setelah pageviews kita tinggi. Ini bukan senang-senang nak buat, tapi Sis akan cuba buat!.


Memang agak terkejut dan jadi kejutan bila melihat angka pageviews tu dalam beberapa hari ini. Dan semalam ianya mencecah hingga 80k view. Pageviews menjadi tinggi setelah Sis ada berkongsi mengenai kisah Slip Disc anak dan juga posting mengenai Slip Disc boleh claim socso, dan Sis sharekan di page facebook Sis @akusislin dan itulah yang menjadi viral dan beribu-ribu yang share mengenai posting itu.

[Hot Topik] : Slip Disc Boleh Claim Socso (PERKESO) - Kecacatan Kekal 

Dan ianya terus menjadi impak kepada posting lain terutama label Slip Disc itu tersendiri, termasuk juga Fibroid Sis dan Breast Cancer Emak Sis. Berpuluh-puluh email masuk bertanyakan soalan mengenai Slip Disc, Breast Cancer, dan juga Socso tu. Belum lagi yang tanya pasal Laporoscopy Sis buat tu, jadi kelam kabut gak Sis membalas satu persatu email pertanyaan, tapi Sis cuba juga jawab yang termampu.

Korang boleh ke kategori LABEL di tepi sidebar (guna laptop) atau di bawah sekali (guna mobile) , dan boleh klik satu persatu Label Slip Disc, My Mom Breast Cancer, Laparoscopy tu ya.


Inilah di kata kuasa blogger! Menulis dan berkongsi dari pengalaman yang telah kita rasai. Dan ianya memang menjadi manfaat buat pembaca di luar sana yang kebetulan memang mencari info atau yang memang selama ini tertanya-tanya dengan pelbagai soalan tapi tak tau di mana nak cari info dan bertanya. Dan itulah yang sedang Sis buat. Alhamdulilah.

'Aku menulis bukan kerna nama', yaa Sis menulis bukan kerna nama tapi sebab minat, dan sekadar perkongsian kepada pembaca di blog Sis. Kadang sampai tak fikir pun, ada yang nak baca ye baca, kalau takde pun, tak apa, kita memang minat nak menulis dan kongsi, so kita memang akan update juga di blog. So pada yang nak baca atau terkena carian google blog kita, tu namanya rezekilah kan.

Niat nak menulis tu kita fokuskan dulu, kemudian baru datang satu persatu..itu yang sedang Sis buat. Tulis apa nak tulis, tak kisah pasal apa, kalau rasa ada je idea, haaa macam Sis ko taik kucing dan bunyi kentut pun jadi posting tau! Meraih gak hampir 1k pageviews, kau ngase?? hahahahaha.

So korang, teruskan menulis dan jangan putus asa! Kita sama-sama usaha. Usaha tangga kejayaan!

Okaylah, itu je yang Sis nak kongsikan dan memang nak tulis jadikan satu posting supaya jadi kenangan dalam blog sendiri untuk masa akan datang.

Jutaan terima kasih buat semua pembaca blog Sis dalam dan luar Malaysia! Love u!!..
Nanti Sis akan update dan terus update lagi ya!


P/S: Terus datang semangat yang 'luar biasa' gitu!! 👩‍💻

AYAM BRAND™ MEMPERKENALKAN TIGA PILIHAN SABA MACKAREL FLAKES DALAM SAJIAN SEDIA UNTUK DIMAKAN YANG MENYIHATKAN, MUDAH & SEDAP

$
0
0
AYAM BRAND™ MEMPERKENALKAN TIGA PILIHAN SABA MACKAREL FLAKES DALAM SAJIAN SEDIA UNTUK DIMAKAN YANG MENYIHATKAN, MUDAH & SEDAP | Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.

Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun.

Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.

Ayam Brand™ telah memastikan ketiga tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel.


Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA. 

Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia.

Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa.

Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda.

Manfaat Omega-3.

Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran.

Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan.


Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama.

Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer.

Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan anda.

Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.




Kini anda mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza.

Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin.

Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia.


P/S: Boleh cuba beli ni, kat rumah ni memang jadi kesukaan, makan dengan roti, 3 tin boleh habis!

PERTAMA KALI TENGOK WAYANG PAKAI SELIMUT!

$
0
0
PERTAMA KALI TENGOK WAYANG PAKAI SELIMUT! | Iyeee ini pertama kalinya Sis ko nengok wayang pakai selimut hahaha. Dalam hati berkata, boleh ke mata Sis ko ni menahan tengok skrin ataupun mata akan tertutup di separuh jalan cerita? Hahaha ye laa, kalau dah duduk ala baring bersandar pakai selimut, sejuk pulak tu, then ada plak makanan, mau mata tak mengantuk kan!

Tapi...alhamdulilah, filem Jumanji -The Next Level ni membuatkan mata Sis ko segar bugar sampai ke penghujung cerita!. Memang best ceritanya, lebih lagi ada babak kelakarnya, lagi laa memang layan habis ceritanya. The Rock tu tak sangka ek, badan sado, tapi bila ada wataknya yang jadikannya lawak, menjadi betul lawaknya hahahaha.

Korang dah tengok ke belum Jumanji ni? Kalau belum bolehlah pergi tengok, tak rugi pun tengok, memang best! Bagi Sis 10/10 Sis bagi hohohoho.



Kalau korang teringin nak layan filem wayang, contohnya: Jumanji ni sampai pakai selimut macam Sis tu, haa korang boleh ke panggung TGV di Toppen Shopping Centre. Hall yang Sis masuk ni adalah Infinity Hall. Dah macam VIP ko kalau ko beli tiket hall Infinity ni. Sebabnya sebelum wayang bermula, korang boleh ke kawasan Indulge lounge yang tersedia sambil dihiburkan dengan alunan muzik Jazz yang cukup menenangkan.

Korang boleh order dan nikmati hidangan makanan yang lazat dan sedap di Loungenya seperti berada di hotel atau restoran mewah yang dimasak khas oleh chef berpengalaman dengan harga yang sangat berpatutan serendah RM9.00. Paling mahal pun tak lebih dari RM50.00 tak silap.

Kot laa kalau korang tengah order makanan, then lambat pulak siap macam yang kitaorang kena, wayang pulak dah nak mula, korang jangan gelabah nak cancel merajuk bagai, nanti mereka akan hantar menu yang korang order tu di dalam panggung.



Haaa tengok, klas tak seat kami, siap makan dalam panggung lagi ko! Ko hado?! Hahaha. Kalau nak hado kenalah beli seat couple Indulge ni ha, harga dalam RM70/80 sahaja untuk 2 seat. Dah kata couple (pasangan), mestilah untuk 2 orang, so kalau korang beli tiba-tiba, kawan korang tu tak dapat datang, hahahaha ko duduk le sengsorang di situ hehehehe.

Dan kalaulah, korang sampai terlewat ke, terus masuk panggung, haaa jangan risau lapar, korang boleh order pulak menu-menu yang di Lounge tu dalam panggung. Mereka ada sediakan skrin paparan menu dan korang klik aje menu apa yang korang nak makan, nanti mereka hantar terus ke korang dalam panggung. Aishhh layanan VIP betulkan..


Untuk keselesaan memang sangat selesa, cuma bahagian belakang aje agak tegak sikit, dia tak boleh baringkan, hanya kaki aje yang boleh di naikkan. Hahaha ye laa kalau dah badan kang baring, kompom tido terus, tapi at least dapat ke belakang sikit pun jadilah, tu pendapat Sis ler yang dah merasai nengok wayang Jumanji tu selama hampir 3 jam.

Kalau di TGV Toppen Shopping Centre ni, Infinity Hall ni di bahagikan kepada 3 bahagian, bawah sekali ibarat macam sofa baring, yang tengah kursi biasa tapi masih boleh di naikkan kakinya, dan yang atas sekali, yang couple seats tu, siap selimut. Harga pun ketiga-tiganya berlainan harga. Dan Infinity Hall ni boleh memuatkan hampir 200 orang dalam satu masa. So korang bayangkan betapa besarnya hall dia.

Dari segi bunyi? Yang ni tak berapa pandai Sis nak terangkan tapi bolah di katakan bunyi dia paduuu, keliling hall bagai bergema woo. Kalau nengok cite tembak-tembak, kompom mata kau yang nak terlelap tiba terjegil dek sebab bunyinya hahahaha.

[Baca sini] : New Halls, New Experiences - TGV's Toppen Shopping Centre


Jumanji: The Next Level

Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia "Jumanji" untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Apabila rakannya, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya.

Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi melepaskan diri dari permainan video berbahaya itu.

Adakah mereka berjaya? Sila ke panggung dan tengok sendiri ya!..


P/S: Kalau Suami Sis, kompom! Dia akan tertidur punya hahahaha so tak payah bawak dalam hall Indulge ni hahahaha..

DINE UNDER THE STARS AT DESARU COAST!

$
0
0
DINE UNDER THE STARS AT DESARU COAST! | The 4 th installment of the Gourmet Series is set to deliver an inspired and unforgettable culinary experience on the beach. The Desaru Coast Gourmet Series is back with its fourth installment.

From 13 th – 14 th December, the exclusively curated dining series takes place at The Beach Bar, and Seasonal Tastes restaurant at the Westin Desaru Coast Resort. Themed ‘Seafood Under the Stars’, the event is set to transport patrons on a unique, resort-style gastronomical escapade like no other.

The 4 th installment will feature award-winning Venezuelan Celebrity Chef Tamara Rodriguez showcasing local Johor seafood, fresh produce, herbs, spices and flavours prepared with a South American twist. Diners will be welcomed under the stars of Desaru Coast’s night sky for pre-dinner drinks and canapes at The Beach Bar, and then indulge in an elevated dining experience at Seasonal Tastes restaurant, celebrating the amalgamation of local and Latin tastes and techniques.

As an integral part of the dinner, guests will enjoy wine pairing by the award-winning Woven Stone wines from Ohau, New Zealand, with expert commentary from internationally-accredited Malaysian Wine Sommelier Terrence Kong.


With the event opening set on the pristine beach of Desaru Coast with the spectacular view of South China Sea as its backdrop, the entire concept, menu and ambience of the 4 th Gourmet Series installment is inspired by Desaru Coast’s natural surroundings.

This exquisite dining experience kicks off with a pre-dinner cocktail and canapes followed by a 4 course dinner session that include flavourful fusion dishes such as barbecued seafood wrapped in banana leaves, Sarawak Adan rice in sepia ink with lobster in fosforera sauce and Job’s tears and duck in tamarind sauce with kerabu salad.

Visitors to Desaru Coast can experience this signature dining programme through 2 different packages; Dinner only package at RM295.00 nett per person or Stay & Dine package at Westin Desaru Coast Resort for two at RM1,388.00 nett.

For more information on the event, please visit the event page at Desaru Coast’s website. To find out more about the destination and its unique offerings, log on to Desaru Coast Malaysia’s Facebook page.


P/S: Wowww mesti bestkan! ..

MALAYSIA BOOK OF RECORDS - POKOK KRISMAS TERBALIK YANG TERBESAR DI MALAYSIA

$
0
0
MALAYSIA BOOK OF RECORDS - POKOK KRISMAS TERBALIK YANG TERBESAR DI MALAYSIA | Rekod keempat yang dicipta Paradigm Mall Johor Bahru dalam Malaysia Book of Records tahun ini. Siap sedia dan jangan ketinggalan untuk menyaksikan perayaan Hari Krismas yang unik pada tahun ini di Paradigm Mall Johor Bahru. 

Jom beramai-ramai ke pusat beli-belah ini untuk menyaksikan ‘Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar’ dengan ketinggian 6.8 meter dan lebar 2.75 meter yang pastinya akan memeriahkan lagi suasana perayaan! Pokok Krismas gergasi ini digantung dari siling ruang legar utama telah menerima penghargaan sebagai ‘Pokok Krismas Terbalik Yang Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records. 



Selain itu, Ruang Legar Utama ini juga akan dipenuhi dengan perhiasan daripada karakter We Bare Bears, Cartoon Network yang comel iaitu Grizzly, Panda dan Ice Bear; adik-beradik beruang yang sentiasa berusaha untuk menjadi sebahagian daripada dunia manusia, selain daripada kraf dan seni perhiasan Hari Krismas yang bewarna-warni mulai 13 November 2019.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management Sdn Bhd, Selena Chua, “Kami amat teruja untuk mempamerkan pokok Krismas terbalik yang terbesar di Malaysia di Paradigm Mall Johor Bahru sempena musim perayaan ini. Kami bertekad untuk mencipta pengalaman unik buat pengunjung, dan kami percaya rekod yang dicipta ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka sambil mengabadikan memori istimewa di dalam potret percutian yang mengembirakan. Kanak kanak juga pasti tidak sabar untuk bertemu dengan karakter We Bare Bears iaitu Grizzly, Panda dan Ice Bear yang bakal membuat kemunculan istimewa di semua pusat beli belah WCT sempena Hari Krismas ini.”

Bagi meraikan semangat berkongsi dan saling memberi sempena Hari Krismas, Paradigm Mall Johor Bahru akan menjadi menyumbang kepada lebih 50 kanak-kanak dan penjaga mereka dari Pusat Kebajikan Kalvari Johor. Selain daripada berpeluang untuk mengambil gambar dengan karakter beruang ini, mereka juga bakal menerima beg cenderahati yang mengandungi patung We Bare Bears edisi terhad dan hidangan enak daripada Marrybrown yang juga penaja hidangan untuk majlis ini nanti.



Kami ingin membawa keriangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kami amat gembira dapat menjadi tuan rumah serta dapat menyokong dan berkongsi keriangan festival dengan kanak-kanak ini. Kami berharap agar mereka dan penjaga mereka dapat menikmati program penuh keriangan yang telah kami aturkan ini,” kata Chua lagi.

Pengunjung pasti tidak akan sabar menanti pengalaman magikal bulan Disember di Paradigm Mall JB dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga dan jangan ketinggalan untuk bergambar dengan perhiasan We Bare Bear Township yang dilhamkan daripada permainan Cartoon Network yang popular.

Selain itu, pengunjung juga boleh membawa anak-anak untuk menyertai Peraduan Kad Ucapan Krismas 3D dan Peraduan Seni Tanah Liat. Jadi lebih kreatif dengan menggunakan emping salji, anak panah, gula-gula berbentuk tongkat dan lain-lain lagi. Rekaan kad ucapan 3D dan seni tanah liat yang terbaik akan memenangi hadiah hebat!.


Sebagai sebahagian daripada initiatif jangka panjang untuk mencipta suasana beli-belah yang memuaskan dan penuh ganjaran buat pengunjung, pusat beli-belah ini telah melancarkan aplikasi kesetiaan WCT Buddy pada peralatan mudah alih. Aplikasi ini memudahkan pengunjung untuk mengumpul mata kesetiaan dengan mengimbas resit pembelian daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian dan menebusnya menerusi aplikasi e-wallet.

Bagi meraikan semangat memberi, pusat beli-belah WCT menawarkan 200 mata ganjaran WCT Buddy percuma kepada yang baru pertama kali mendaftar. Aplikasi ini boleh didapati di App Store dan Goodle PlayStore.


Bagi pengunjung dan peminat yang masih belum puas dengan We Bare Bears, saksikan ketiga-tiga adik-beradik beruang ini di saluran Cartoon Network; Saluran 616 ASTRO.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, layari laman web dan platform media sosial pusat beli-belah ini seperti berikut:

Laman Web Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook: Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
Instagram: Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/


P/S: Geram pulak Sis ko nengok We Bare Bears ni!! ...

IKAN CARU BAKAR CECAH AIR ASAM MEMANG SEDAP!

$
0
0
IKAN CARU BAKAR CECAH AIR ASAM MEMANG SEDAP! | Baca tajuk aje dah meleleh ayaq luir Sis ko, terus teringat menu tajuk di atas Jumaat lepas punya. Lama nak masak ikan caru bakar cecah air asam ni, tapi asyiklah terbantut aje kerjanya, sebab tak sudah-sudah ada jemputan media makan-makan aje hahaha.

Tapi Jumaat baru ni, kebetulan anak Sis ada di rumah, dan dia pulak rajin sangat nak masak, siap tanya nak masak apa, makanya cecepat Sis sebut, ikan caru bakar cecah air asam, dan anak pulak nak masak sambal tumis telur. Haaa lengkaplah menu lauk Jumaat kami berdua pada haritu.

Yaa dah tinggal berdua aje ni, anak bujang dah balik Politeknik sambung sem4, yang Ayahnya minggu ni baru balik Johor, dan kakaknya pulak, hujung tahun nanti baru balik Johor, so memang berdua aje le makan dan berborak.

[Baca juga] : Persiapan Dan Kelengkapan Mendaftar Masuk Universiti/Politeknik/Kolej


Kalau ada yang baca posting Sis sebelum ni, mesti tau kan, sebelum ni Sis ada berbelanja barang basah dan ada beli ikan caru, haaa ni le carunya hahahaha. Kalau ikan caru ni, biasa kalau tak masak sambal terutup, Sis akan bakar aje, tapi kalau bakar mesti nak ada sambal air asam, barulah power! Makan pulak gigit bawang besar bebanyak, perghhhhh sedapnya tak bole bawa bincang!

Cuma dulu sikit hari, memang bodoh sikit nak buat air asam tu, asal buat je tak jadi aje, tapi sekarang dah pandai hehehehe. Senang dan mudah aje, alaaa korang pun mesti teror juga kan...Sis punya air asam ni biasa-biasa aje punya ..


Kemudian, anak masak pulak sambal tumis telur 6 biji. Katanya lebih sikit tak apa, nanti boleh makan cecah dengan lempeng. Sapa nak buat lempengnya ek? Hahahaha...makan makan, ehhh sedap pulak sambal tumis anak masak ni, luluslah kalau nak di buat menantu hahahaha.

Resepi? Hahaha adeii resepi biasa-biasa aje, sambal tumis bodoh-bodoh kata anak Sis hahaha. Cuma telurnya kata anak, dia goreng dulu, baru sedap, kalau ada sesetengah orang masak, telurnya tak di goreng dulu, so nanti cepat basi kata anak, entah ye ke tak hahaha.

[Baca juga]: Puas Dapat Makan Seafood di Aonang Beach Krabi Thailand 

Okaylah tu je nak kongsikan di sini. Menu Jumaat lepas kami dua beranak. Terima kasih adik, masakkan Emak, sambil Emak settlekan draft blog di meja dapur.

Anak tak kerja ke? Oh! Ya, haritu anak jumpa Doktor pasal kes slip disc dia tu, then Doktor bagi lagi sambung MC hingga 18/12 ni, kata Doktor memang kena rehat secukupnya, tapi...korang rasa reti ke duduk diam anak Sis tu? Ermmm...yeee dia pergi kerja juga! Degilkannn huhuhu...

Biarkan nanti dah sakit, sibuk adoi sana adoi sini kan..Sis ko cepukkannya!


P/S: Mood holiday activated sekali lagi !! lalalalala...

BETUL KE KICAP BUAT PARUT LUKA JADI GELAP DAN HITAM?

$
0
0
BETUL KE KICAP BUAT PARUT LUKA JADI GELAP DAN HITAM? | Mungkin sebelum ini korang pernah mendengar, makan kicap akan buatkan parut luka korang menjadi gelap. Kata-kata ini sudah lama berpindah dari mulut ke mulut tanpa wujudnya penerangan di sebalik mengapa ia boleh terjadi sedemikian.

Jika korang ingin mengetahui jawapan sebenar bagi dakwaan ini, baca apa yang telah Sis sediakan di bawah ini.

Kicap buat parut luka jadi gelap?

Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika korang mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan.

Betul tak?

Untuk pengetahuan korang, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila korang terdedah kepada cahaya matahari. Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka korang gelap.

Mengapa?

Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang korang makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Korang makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan korang berwarna merah jambu.


Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh

Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu. Tubuh badan korang hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan korang lebih gelap.

Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh korang kerana korang masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh. Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh korang tanpa pendedahan terhadap sinar UV.

Parut chicken pox bukan sebab kicap?

Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria. Sekiranya korang mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.

Secara logiknya, jika korang menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, korang mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare. Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya.

Mengapa?

Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini.

Artikel: Muhammad Wa'iz
Laman Web : Hello Doktor 


P/S: Haaa lepas ni jangan takut dengan kicap oii! Adeiii memang ingat selama ni kicaplah punca hitam!Kesian kicap kena fitnah!

LIRIK LAGU MANA ADA HATI - AYDA JEBAT

$
0
0
LIRIK LAGU MANA ADA HATI - AYDA JEBAT
Komposer & Lirik : Ayda Jebat & Irwan Simanjuntak
Producer : Irwan Simanjuntak


Dahulu kau buatku terus terpaku
Kini kau tak seperti itu
Yang menjaga hatiku

Walaupun tlah ku berikan semua untukmu
Tapi yang terbaik dariku
Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri
Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin trus disakiti
Untuk apa aku kau miliki lagi

Walaupun tlah ku berikan semua untukmu
Tapi yang terbaik dariku
Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri
Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada…




P/S: Iyerrr mana ada hati yang ingin terus di sakiti? Ada? Ada? ...

DI LAMAR 19 KALI? KATA-KATA EBIT LEW INI MENYENTUH PERASAAN

$
0
0
DI LAMAR 19 KALI? KATA-KATA EBIT LEW INI MENYENTUH PERASAAN | Hangat minggu sudah mengenai isu viral Ustaz Daie Farhan. Dari pembacaan Sis, Ustaz Farhan telah mengahwini seorang Janda beranak 8 di Mekah tanpa pengetahuan isteri pertama dan telah menceraikan isterinya yang sarat mengandung hanya dengan melalui talian wahtsapp.

Yang gelihatinya, penuh timeline facebook Sis ko dengan status 18 dan 19 kali di lamar tu dan habis sana sini duk pung pang kes ini. Siap ada parody lagi berikutan video yang tersebar.

Sis, hanya mampu scroll baca dan tersenyum dalam keadaan marah, yee laa marah le juga, jiwa perempuan yang bergelar isteri oii, kita faham macam mana perasaan seorang isteri tu apabila seorang Suami berkahwin lain tanpa minta izin, kemudian di ceraikan pulak, mestilah kita ni turut tempias merasa sedih dah tersentuh! Jenis yang tak tersentuh hati tu, elok laaa ko telan ubat nyamuk!

Dah! Jangan di ulas panjang kes ini, kita doakan aje kebahagiaan mereka. Mereka yang tanggung bebannya. Tapi....tepuk sebelah tangan takkan berbunyikan ...opssss!

Dan harini Sis nak kongsikan kata-kata yang di petik dari Ustaz Ebit Lew yang dia update di ruangan facebooknya. Sis sangat suka dan sejujurnya menangis membacanya. Makanya Sis nak berkongsi di sini untuk korang semua bacanya sekali.


Facebook Ebit Lew 

Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri, ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa masa program keluarga sunnah.

Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.

Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka. Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.

Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri...kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz kami. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?

Ustaz itu menjawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas. Terdiam semuanya.

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya....dia senaraikan buruk isteri dia..

Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata 'ArRijal' Ar Rijal..Ar Rijal..Allah berfirman puji gelaran 'lelaki'. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.

Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu

Sekian...
Renung-renungkan, dan selamat beramal..


P/S: Dia J ....'anai-anai' ...

MUNCHY'S MENERUSKAN KERJASAMA DENGAN KENCHARA SOUP KITCHEN, MENGHANTAR KEPERLUAN HARIAN KE RUMAH KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK

$
0
0
MUNCHY'S MENERUSKAN KERJASAMA DENGAN KENCHARA SOUP KITCHEN, MENGHANTAR KEPERLUAN HARIAN KE RUMAH KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK | Munchy’s telah meneruskan kerjasama dengan Kechara Soup Kitchen pada tahun 2019 untuk menangani kekurangan bekalan makanan di kalangan keluarga kurang bernasib baik di Kuala Lumpur, dalam aktiviti Hari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang melibatkan 28 sukarelawan.

Pasukan sukarelawan Munchy’s yang merangkumi kakitangan daripada pelbagai jabatan dan jawatan pekerjaan diketuai oleh Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s serta pengarah dan ketua jabatan daripada syarikat itu. Dalam kalangan para sukarelawan, 10 kakitangan pernah mengambil bahagian dalam aktiviti CSR Munchy’s bersama Kechara Soup Kitchen pada tahun sebelumnya.


Pasukan sukarelawan tersebut telah melawat seramai 29 keluarga, mengedarkan pelbagai jenis makanan harian seperti beras dan minyak masak, makanan kering seperti bijirin, mi segera dan susu tepung, serta biskut dan roti croissant yang disumbangkan oleh Munchy’s. Penerima sumbangan makanan termasuk keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, keluarga yang mempunyai ahli kelainan upaya, keluarga yang kehilangan punca pendapatan dan warga emas yang tinggal berseorangan.

"Saya gembira melihat pasukan Munchy’s menyertai aktiviti khidmat komuniti ini, yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan kerjasama Munchy’s dengan Kechara Soup Kitchen. Kami percaya usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik sememangnya penting, dan sebagai syarikat pengeluar makanan, kami sesuai membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bekalan makanan yang berterusan. Selain itu, biskut kami sesuai untuk pengedaran kerana dapat mengekalkan kesegaran untuk lebih lama dalam pembungkusan individu dan boleh dinikmati bila-bila masa. Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada masyarakat yang telah menyokong kami sejak sekian lama. Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi penyayang," kata Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s. Sejak tahun 2015, Munchy telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk menyumbangkan barangan makanan tahan lama untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.


"Kami menghargai sokongan teguh daripada Munchy’s dalam membantu kami membekalkan makanan kepada komuniti penduduk kurang bernasib baik pada tahun-tahun kebelakangan ini. Munchy’s mempunyai barisan produk yang sangat sesuai disertakan dalam kotak makanan yang kami hantar kepada mereka yang memerlukan. Kami juga gembira melihat pasukan Munchy’s turut serta dalam menyampaikan produk-produk yang disumbangkan. Selain menyampaikan makanan yang sangat diperlukan, pasukan Munchy’s turut berpeluang berinteraksi dengan penerima, sebagai sebahagian daripada aktiviti Hari CSR mereka. Kami sentiasa mengalu-alukan dan menghargai sumbangan dan penyertaan daripada syarikat dan individu yang ingin membantu kami dalam menangani kemiskinan," kata Justin Cheah, Pengarah Projek Kechara Soup Kitchen.

Alice Tan daripada Jabatan Rantaian Pembekalan adalah di antara 10 kakitangan Munchy’s yang pernah mengambil bahagian dalam aktiviti Hari CSR sebelum ini. "Walaupun saya pernah mengambil bahagian dalam aktiviti Hari CSR bersama Kechara Soup Kitchen, saya masih berasa tersentuh melihat kerja mulia yang dilakukan oleh pasukan Kechara Soup Kitchen setiap hari, dan saya berasa bangga dapat membantu sebagai kakitangan syarikat Munchy’s. Keupayaan pihak Munchy’s dalam membantu menangani kekurangan makanan di kalangan rakyat Malaysia melalui sumbangan produk Munchy’s kepada Kechara Soup Kitchen dalam kerjasama jangka panjang sememangnya satu perkara yang bagus," katanya.


Sementara itu, Tan Sue Kim daripada Jabatan Jualan & Pemasaran Dagangan adalah di antara kakitangan Munchy’s yang menyertai aktiviti Hari CSR bersama Kechara Soup Kitchen buat kali pertama. "Walaupun saya tahu bahawa Munchy’s ada menyumbang produk kepada Kechara Soup Kitchen untuk menyokong program bantuan makanannya, ia benar-benar memberi kesedaran baru kepada saya apabila bertemu keluarga kurang bernasib baik yang menerima bantuan ini. Ini mendorong saya untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak inisiatif CSR dan sukarela," katanya.


P/S: Tahniah Munchy's dan Kenchara Soup Kitchen!

LIRIK LAGU MENANGKAH CINTA - ERRA FAZIRA

$
0
0
LIRIK LAGU MENANGKAH CINTA - ERRA FAZIRA 
Composed by Hafiz Hamidun
Lyrics by Iman Imran
Produced by Hafiz Hamidun


Memang cinta pernah berbunga
Dengan dia yang sering memuja
Janji menyulam mimpi yang sama
Menikmati bahagia

Dalam detik berganti waktu
Musim terus berlalu pergi
Dia dan aku terus bersama
Namun terasa masih sendiri

Tapi kerana pasrah
Aku terus bertahan
Walau hati mula terluka
Dan janji dipersia

Jadi berhentilah mengharap
Untuk peroleh cinta dariku
Biar saja Dia tentukan
JalanNya bahagia dalam cinta

Menolak cinta kau beri
Bukan sebab aku membenci
Tapi hati ini
Sudah hilang rasa menyayangi

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Tapi kerana pasrah
Aku terus bertahan
Walau hati mula terluka
Dan janji dipersia

Menolak cinta kau beri
Bukan sebab aku membenci
Tapi hati ini
Sudah hilang rasa menyayangi

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Tiada cinta ku dapat
Walau puas aku pertahan
Sangka cinta pasti menang
Menangkah cinta?

Menangkah cinta?




P/S: Janji tetap janji! Akan aku tuntut!! ..2020

OFFLINE - HOLIDAY MOOD ACTIVATED

$
0
0
OFFLINE - HOLIDAY MOOD ACTIVATED | Alhamdulilah, tahun 2019 yang penuh kesyukuran, banyak masa terluang bersama keluarga untuk pergi bercuti bersama Suami dan anak-anak, Syukur. Rasanya tahun 2019 paling banyak dan kerap Sis pergi keluar Johor dan negara untuk bercuti. Rezeki orang kata, bercuti dan berMe Time.

Dan untuk minggu ini juga bermula hari ini, sekali lagi Sis OFFline dan Holiday Mood Activated!

Kemana? Lalalala macam biasa, nanti akan Sis update ya. Tak jauh pun, hanya dalam Malaysia aje, cuma yang happeningnya, satu family Sis generasi Md Noor, semua pergi, kecuali anak bujang Sis yang tak dapat join sama..ermmmm kebetulan 9/12/2019 sem4 pun bermula.

Tak dapat Sis ko bayangkan betapa riuhnya nanti seramai 23 orang pergi bercuti hahahaha, adeii...Suami le paling excited seperti biasa bila kata nak pergi bercuti. Cuma agak terkilan katanya, sebab anak bujang dia takde sama.

[Baca juga] : Pageviews Blog Cecah 80k Sehari !


So korang, jangan rindu-rindu ya, jemput-jemputlah baca posting Sis yang lelama yaa hahahaha..Nanti balik Johor, Sis akan terus berkongsi cerita holiday lagi ya.

Doakan perjalanan kami selamat semuanya.
Okay, bye dulu..nak double check apa yang patut dulu.


P/S: Terima kasih Suami siap belikan Bininya baju mandi 😆

DAPATKAN CERMIN MATA 'LOHAS EYEWEAR' BERHARGA RM298 SECARA PERCUMA!

$
0
0
DAPATKAN CERMIN MATA 'LOHAS' BERHARGA RM298 SECARA PERCUMA! | Korang pernah dengar atau ternampak perkataan LOHAS?. Mungkin ada yang tertanya-tanya, perkataan bahasa apakah itu? Sebenarnya LOHAS adalah singkatan untuk perkataan Inggeris iaitu 'Lifestyles of Health and Sustainability'. LOHAS secara amnya bermaksud cara hidup yang mengutamakan kesihatan dan kecergasan, alam sekitar yang bersih, perkembangan sahsiah diri dan keadilan sosial.

LOHAS telah diiktiraf di Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Asia Tenggara. Negara-negara Asia yang di maksudkan adalah Jepun, Singapura dan Taiwan. LOHAS ditubuhkan pada tahun 2014. Pengasasnya adalah Louis Huang. Ia adalah jenama rangkaian mata wang domestik yang terkenal. Ibu pejabatnya terletak di Kaohsiung, Taiwan. Terdapat banyak kedai-kedai yang telah dibuka di seluruh Asia.



LOHAS Eyewear 

Dan untuk satu-satunya pasaran produk yang terkini yang bakal di jual di Malaysia adalah LOHAS Eyewear pada 14 Disember 2019 ini. LOHAS eyewear akan memberi secara percuma cermin mata bernilai rm298 kepada 150 orang pelanggan pertama yang datang di majlis pembukaannya nanti. Yaaa percuma cermin mata LOHAS berharga rm298 sempena promosi pembukaan rasminya di LOHAS Eyewear, A13, Jalan SS 15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor.

LOHAS Eyewear menawarkan servis secara percuma kepada cermin mata dan bingkai cermin jika berlaku sebarang masaalah. Dan juga 90 hari free warrranty (gantian percuma) pada setiap pembelian cermin mata LOHAS. Hampir lebih dari 500 design cermin dan bingkai yang di sediakan untuk pilihan korang. Termasuk juga versi harry potter universe handmade glasses.

Cermin mata LOHAS adalah yang terbaik dan bermutu tinggi ketelitian pembikinannya. Tidak mudah pecah, retak dan patah. Segala barang gantian adalah di bawah jaminan gantian semula selama 90 hari. Dan harga yang di tawarkan ke semuanya adalah standard price rm298 sahaja. Memang berbaloi jika membeli dan memakainya. Keselasaan si pemakai adalah keutamaan mereka.



150 Cermin Mata Percuma LOHAS Eyewear 

Untuk mendapatkan cermin mata percuma LOHAS ini, korang di minta print screen komen korang di facebook atau Instagram LOHAS dan send to PM mesengger/DM insta LOHAS.
Mention juga nama, nombor telefon beserta print screen itu. Jika korang berjaya menjadi 150 orang terawal yang layak, pihak LOHAS akan hubungi korang.

Korang boleh jadi pemenang 150 orang pertama LOHAS Eyewear ini di facenook fan page dan juga Instagram LOHAS dan tinggalkan komen 'I would like to sign up for LOHAS Malaysia SS15 branch Grand Opening from December 14th (Saturday ) to December 16th (Monday) FREE prescription eyewear experience activity & first 150 people who make a successful reservation get FREE prescription glasses', dan TAG 3 kawan korang.

---------------------------------------------------------------------------------------

You have to print screen your comments on Facebook/IG and send it to LOHAS Facebook/IG messenger. Please mention your name & mobile number when you send the print screen. If you are successful to be the first 150 persons, LOHAS will get in touch with you.

You can participate by just following us on our Facebook fan page or Instagram page & leaving a comment. Comment must mention"I would like to sign up for LOHAS Malaysia
SS15 branch Grand Opening from December 14th (Saturday ) to December 16th (Monday)
FREE prescription eyewear experience activity & first 150 people who make a successful
reservation get FREE prescription glasses", and you must tag 3 friends.


Minuman Kesihatan Percuma 

LOHAS juga ada menyediakan produk kesihatan terhadap mata, iaitu minuman teh baik untuk mata. Dan jika korang datang ke LOHAS Eyewear sempena promosi pembukaannya nanti, korang akan dapat minuman percuma teh kesihatan ini dan juga baiki baik pulih servis cermin mata secara percuma!.

Antaranya minuman kesihatan produk LOHAS:

Healthy Herbal Tea for the Eyes
chamomile-sleep-care
Mint Leaf - Gastric
Licorice - Deheating
Scented bee leaves - digestion
Rosemary – Relief

So jangan lupa datang dan join promosi di facebook dan instagram untuk merebut menjadi 150 pemenang pertama cermin mata LOHAS Eyewear ini.

Untul lebih info dan pertanyaan, korang boleh ke :

LOHAS Eyewear / LOHAS樂活眼鏡
Alamat : A13, Jalan SS 15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor

Website: LOHAS Eyewear 
Facebook : LOHAS Eyewear 
Instagram: LOHAS Eyewear 



CUACA DI LANGKAWI PANAS TERIK!

$
0
0
CUACA DI LANGKAWI PANAS TERIK! | Alhamdulilah, Sis sudah pun berada dan pulang ke Johor malam semalam setelah bercuti selama 4 hari di Pulau Langkawi bersama keluarga Sis, adik beradik juga Emak Sis. Dan cuaca sangat menyebelahi kami semua, sepanjang di sana cuaca panas terik! Rentung wajah kalau tak pakai sunblock hahahaha.

Alaaa setakat panas terik tu takde masaalah sebenarnya, daripada hujan manjang kang, ada satu aktiviti pun tak boleh nak buat, so bersyukurlah ada panas dan ada hujannya. Tapi kalau holiday ni, memang eloklah panaskan dari hujan, panas panas pun, masih boleh bergerak, kalau hujan...mereput laaa dalam bilik hotel huhuhu..

Nak cite panjang lagi nantilah Sis cite ya, jangan risau, Sis akan ceritakan, banyak nak cerita, sebab ramai yang tanya. Lagipun memang nak share sebab Sis pergi Langkawi ni memang kira amik budget punya kos laa, so pada korang yang nak ke Langkawi, agak-agak kos tu tak berapa nak banyak, nanti bolehlah ikut macam Sis punya, budget-budget je cuti, janji puashati.

Nanti Sis share ya.


Kasi tepek satu gambar dulu sebab nak tunjuk langit yang cerah biru tu haa, hehehe kang orang tak percaya pulak Sis kata Langkawi punya cuaca cerah hahahaa. Ni dua ni anak saudara Sis, kaki posing macam Mak Long dia juga hahahaha. Pantang nampak kamera, haaa tu macam sepupu dia (anak-anak Sis) hahahaha.

Kalau holiday ada anak kecik atau kanak-kanak macam ni, siapa aje yang lebih gembira kalau tak mereka, kan? Tapi kenapalah holiday kali ni Suami Sis ko pulak yang lebih hepi dan enjoy hahahaha...naik pelik Sis dan anak-anak nengok hahahaha. Maybe sebab tak stress dengan urusan kerja, dan tiada gangguan bunyi telefonnya. Kalau tidak.....ermmmmmm telefon tak henti bunyi!..kali ni telefon pun tinggal je dalam bilik hotel..

Okaylah nanti sambung, tapi tunggu 3 hari akan datang ya hehehe....
Kenapa? Sis berada di luar kawasan hohoho...


P/S: Kau J, jangan memacam ea... 2020 dah nak dekat, kau tunggu serangan aku!
Viewing all 4491 articles
Browse latest View live