Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4497 articles
Browse latest View live

RESTAURANT ISTANBUL OTTOMAN TURKISH PERTAMA DI JOHOR KINI DI BUKA

$
0
0
RESTAURANT ISTANBUL OTTOMAN TURKISH PERTAMA DI JOHOR KINI DI BUKA | Restoran yang berkonsepkan masakan dari negara Eurasia iaitu Turki ini yang pertama di Johor kini telah di buka di Horizon Hills, Johor. Bagi korang yang suka makan masakan Turkish yang sebenar dan kalau nak cuba boleh datang ke Restoran Istanbul Ottoman Turkish Cuisine ini.

Daripada makanan pembuka selera kepada makanan utama dan juga pencuci mulut semuanya ternyata tetap mengekalkan bukan sahaja rupa dan rasa tapi juga rempah ratus dan resepi asli yang datangnya asal dari sana.

Akan tetapi bukan sahaja menu masakannya sahaja yang ada rasa Turki tapi keseluruhan dekorasi dalam restorannya berkonsepkan Turkish. Dari mula sesampai aje depan pintu restoran, dari segi lantai dan pintu masuk, dah nampak dah macam korang di Istanbul, kemudian melangkah masuk pulak, wowww gila deko dia, walaupun pencahayaan agak kelam romantik, tapi cahaya lampu point setiap sudut dia sangat cantik!.



Terpegun kejap tengok deko kedainya. Mengikut kata tuan punya kedai En Mustapha, kesemua perhiasan, termasuk lampu, karpet, cawan, pinggan mangkuk dan juga Chefnya pun, semua dari Turki. Dah kata kedai makan Turki, so mestilah fefeeling pun nak kena ada kaann, hehehe.

Di sini korang boleh pilih, samaada nak duduk meja bolat, meja panjang, atau meja berdua, ataupun makan bersila didalam kelambu, pun adaaa.. romantik gitu. Hiasan meja, pinggan mangkuk, cawan dan persembahannya, memang ko makan rasa macam makan ala-ala diraja gitu! Di layan begitu mesra, dan penuh senyuman.



Untuk permulaan, korang orderlah kopi turki dia, woww sangat okay! Kalau coffee lover memang akan sukakannya, pekat, likat dan rasa kopi dia sangat kaw! Juga pembuatan dan penyediaannya pun berlainan. Bukan masak atas api direct, tapi masak atas pasir, ko fikir acaner? Hehehehe

Dalam gambar atas ni, Sis bersama owner kedainya yang sesambil bergambar sambil menunjukkan macam mana nak buat kopi turki ni. Memang unik, lain dari yang lain, patutlah sedap!.


Kalau bab hidangan dia, ada lebih dari 50 jenis menu di sini. Kemain banyak ko, kalau nak makan kompom blur nak order apa. Sis rekemen kalau ko nak makan, ko bagitau pelayan cakap nak makan Chef recomended, haa baru ko tak blur. Tapi pastikan tanya dulu apa menunya tu, kang sampai, korang tak makan pulakkan.

Antara menu yang Sis cuba makan adalah :
Mula dari gambar atas.

Meze (cold) - Lebih dari 14 jenis Meze yang ada. (boleh pilih 4 atau 7 meze platter cold tu dalam satu set)
Menu ni korang makan dengan roti dan cecah dengan 7 jenis masakan seperti dalam pinggan-pinggan kecil tu,.


Meze (Hot) - Ada 2 jenis Meze hot yang korang boleh makan. 
Yang dalam gambar ni namanya the Belly Dancer special


Salatalar - Namanya salad, ada 3 jenis salad yang dalam menu.
Untuk salad, kami lebih suka Hellim Izgara, sedap..haa portion ni korang boleh makan kongsi ya,s ebab besar.


Chorra - Ni dalam katagori soup. Ada 4 jenis soup di sini. 
Bila sampai aje soup Kurban Corba ni, perghhh tak ke naik terjelir lidah Sis ko nengok, sedap weyyyy!



Ana Yemeklel - Main course 
Bab main coursse ni woww gile, banyak betul set menu main course dia, hampir 11 menu yang ada, tapi Sis cuba mana yang ramai mencubanya aje. Yang atas tu namanya Istanbul Guvec, dan yang nasi tu namanya Sultan Pilav.

Nasi tu sangat unik, masa chef hidang, natas nasi tu ada api-api gitu, kemudian api di padamkan, then yang macam keras luar tu adalah salutan kulit roti. Sedap pulak tu makan garing-garing hangus, Bila di kerat, haaaa ada nasi dalamnya. Makanlah dengan Istanbul Guvec tu atau dengan menu yang lain. Sedap!


Kebaplar - From the Chargoal Grill 
Nama senang kata, ini menu kebab lerr..kalau kata kebab Turki, gile tak sedap! Memanglah sedap. Ada lebih dari 4 jenis kebab yang korang boleh makan. Pilih je la. Kalau tak makan daging, boleh makan kebab ikan, pun sedap!.


Tatli - Deserts 
Untuk penutup petang makanan Sis tu, Sis makan pemanis mulutnya iaitu Kunefe. Mulanya memang tak larat nak makan dah, kenyang sangat! Tapi cubalah rasa pemanis mulutnya, sebab kawan-kawan kata semua sedap, rupanya....perghhhhhh sedap gile oi!!! Serius sedap!! Korang kena cuba ni!! ..




So korang, kalau ada plan nak datang Johor dan mencari tempat makan best di Johor ni, haaa bolehlah kalau nak cuba, silalah, pasti puashati. Tu Sis cite sikit je, kalau nak tau banyak lagi, boleh ke page Sis tu. Nak cakap dan tulis lebih-lebih pun tak reti sebab susah nak bagitau macam mana rasanya masakan Turki ni, kena sendiri rasa baru sendiri tau.

Kalau ada yang dah pergi tu, nanti share ya. 

Istanbul Ottoman Turkish Restaurant 
Di buka setiap hari.
Dari jam 12pm hingga 3pm untuk makan tengah hari
Dan jam 6pm hingga 11pm untuk makan malam.

Alamatnya:
Istanbul, No 7, Jalan Hijauan 3, Horizon Hills.

Untuk tenpahan meja:
Wahtsapp 016-761 5824 atau 07 509 5484.


P/S: Sambil menaip pun terasa-rasa Kunafe tu..aishhhhh

BELI CASING PHONE MURAH DI SHOPEE

$
0
0
BELI CASING PHONE MURAH DI SHOPEE | Yaaa kalau Sis ko memang apa benda yang Sis pakai, semua murah jer, beli di Shopee aje, baik barang rumah, baju, seluar dalam, juga ni haa casing handphone. Tapi casing phone ni baru pestime Sis beli, sebelum-sebelum ni, Sis beli di Holiday Plaza jer, tapi sejak pakai iPhone baru ni, bila pergi Holiday Plaza tak banyak sangat jual casing phonenya yang cecantik.

Jenis Sis ko ni memang dari dulu 'hantu' pengumpul casing. Korang kalau nengok koleksi casing Sis, kompom terkejut hehehe. Ada 2 kotak kasut ya. Sampai dah tak muat, siap bagi kat orang lagi tau hehehe. Dari pakai Samsung Note3 dulu, sampailaaa dah ke iPhone 11 ni.

Entahlah memang suka beli dan simpan, ada tu sampai tak terpakai, masih lagi dalam plastik dan kotak. Nantilah ada free Sis tunjuk semua koleksi casing phone Sis.

Bila masa Sis pakai?

Ooo Sis tukar-tukar pakainya tiap kalai rasa jemu. Tapi kebiasaannya Sis tukar bila ada nak keluar rumah, tiap kali nak keluar rumah, tiap kali tu Sis tukar casing, dah macam salin baju juga gamaknya hahaha.

Korang ada perangai macam Sis tak? hehehehe.



[Baca juga] : Hadiah Harijadi iPhone 11 

Dan yang di atas ini, adalah koleksi terbaru yang Sis beli di Shopee sempena sale 11.11 baru-baru ni. Geram punya pasal nengok design dia cantik-cantik, tu pun dah control gak nafsu, kalau tak, mau semua nak di beli, ajee kang Suami bebel hahaha.

Suami Sis memang tau sangat perangai Sis, suka beli casing phone ni. So dia pun layankan aje kalau Sis ajak ke Holiday Plaza tu, dan dia menunggu Sis pilih dan beli. Janji beli guna duit sendiri kakakakah.

Berapa ringgit beli di Shopee?

Ooo banyak harga, ada tu harga rm 10, ada harga rm 6, ikut design mana korang amik. Pstt nak tau, paling mahal casing phone Sis beli harganya rm 55 okay! Siap ada batu-batu ala berlian Dato Vida tu haaa, masa tu Sis pakai iPhone 6s hehehe. Casing tu dah Sis bagi free je masa jual iPhone tu dengan kawan, bayangkan beli iPhone 6s Sis, dapat free casing sampai 8 Sis bagi hehehe.

Bagi korang yang suka membeli dan buat koleksi, jenguk-jenguklah kat Shopee, banyak design dia, harga murah giler. Ada macam-macam model phone yang di jual. Pepandailah korang membelek, tapi hati-hati, jangan sampai terkena scam, kang ada barang sampai, bendanya sebesar keychain aje hahahah haru biru kang!!

Okaylah..sekian aje dulu, nak packing baju-baju, mood bercuti dah di seru. Nanti kita sambung lagi jika di panjangkan umur ya.

OkBai..


P/S: Siapa pakai iPhone 8+ yang nak casing, haaa sila bagitau, Sis bagi free je hehehe.

HOLIDAY MODE ACTIVATED!

$
0
0
HOLIDAY MODE ACTIVATED! | Yay! Mood holiday dah turn ON, so korang harap maklum ya, dalam 4 hari ini tiada sebarang update dari blog Sis Lin. Alaa kejap aje 4 hari tu, nanti dah balik Malaysia Sis update lee macam biasa ya.

Tak sempat nak mengupdate dan mendraft, sebab kesuntukkan masa, melayan Suami yang kebetulan demam, mengemas (pakaian kotor yang Suami bawa balik), memasak (sebab semua ada di rumah), dan melayan Netflix bersama Suami, so memang takde masa lebih nak ngadap blog, kalau update pun curi-curi masa aje.

Kemana Sis bercuti?

Macam biasa, kita rahasia dulu ya, nantilah Sis kongsikan, kang ada pulak yang skodeng kaki menyampai 'pesanan penaja', pastu 'mengacau' orang tengah bercuti kannn, so kita diamkan aje dulu.


Tapi percutian Sis kali ni bukan 'Me Time' ya, yang ini Sis bercuti bersama family. Alhamdulilah Allah tu permudahkan dan rezeki anak-anak, makanya Suami bawa kami bercuti. Moga bertambah rezekinya Suami dan juga di sihatkan tubuh badan mencari rezeki.

Bagi korang pulak yang tak kemana dan tak tau nak bawa anak-anak bercuti, haa jom ke Taman Tema Air di Forest City ni, ianya dah di buka untuk orang ramai, murah aje bayarannya, hanya rm 15 untuk semua golongan umur.



Boleh ke facebook page @akusislin tu untuk lihat details dan gambar sepenuhnya ya. 

Takpe walau tempatnya dekat hanya dalam Johor, janji peluang bersama family tu ada, anak-anak pasti gembira! .

Okaylah, Sis off dulu ya, doakan moga perjalanan kami selamat pergi dan balik. 
Aamiinn..


P/S: Cuma kali ni, Suami pulak yang over excited nak pergi bercuti hehehe !! 🥰

LAST MINIT BERCUTI KE KRABI SANGAT BERBALOI!

$
0
0
LAST MINIT BERCUTI KE KRABI SANGAT BERBALOI! | Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Sis telah pun kembali ke Malaysia dan sampai di Johor dalam jam 1am lebih awal malam tadi. Flight landing jam 8.30pm waktu Malaysia, tapi sebab keletihan memasing, so kami drive santai-santai aje.

Ikutkan Suami ajak bermalam di Shah Alam aje, dan esoknya (hari ini) pulang ke Johor, tapi anak Sis,Yana dah kena start kerja setelah sebulan MC gara-gara slip discnya sebelum ni, so penat ke tak, kena drive balik ke Johor semalam juga.

[Baca juga] : Asyik Sakit Bahu Aje, Rupanya Slip Disc Tengkuk

Satu soalan yang Sis nak tanya dulu. Korang pernah pergi Krabi,Thailand?

Tak pernah? Kalau tak pernah, ada rezeki Sis syorkan pergilah. Tak kisahlah ko pergi berbulan madu suami isteri ke, pergi bercuti anak beranak ke, tapi Krabi sangat best! Bagi Sis Krabi sungguh mendamaikan, tenang dan banyak tempat yang boleh korang hilangkan stress setelah penat bekerja, dan juga Krabi adalah syurga makanan bagi seorang Sis Lin hahaha.


Rupanya Krabi ni banyak pulau yang boleh korang jelajah dan pergi buat aktiviti. Jangan ingat nak pergi pulau yang popular dan ramai pergi, tapi nanti sesak dengan orang, ko bising pulak. Untuk seorang Sis Lin, bab mandi manda ni memang kurang suka, tapi kalau Suami dan anak-anak, haaa mereka memang pantang jumpa air hahahaha. 

Makanya kalau bercuti, memang nak ke pulau atau yang ada aktiviti island hoping. Masa ni akan nampak wajah kegembiraan anak-anak dan Ayahnya tatkala mereka bermain dan mandi bersama. Sis ko emo sikit bila nampak detik-detik kegembiraan itu, sebabnya bukan senang Suami nak amik cuti kerja, dan sekarang agak susah nak berkumpul sama nak pergi bercuti, so bila dapat waktu begini, Allahu menitis airmata melihat dari kejauhan kegembiraan itu. Yaaa Sis ko hati tisu ya..


Percutian kali ni, sepenuhnya di uruskan oleh anak Sis,Kakak. Dialah yang booking tiket flight, hotel, sewa kereta, dan juga semua aktiviti kami sekeluarga di sana, dah macam guide tours si Kakak kata Ayahnya hehehe. Sebab tu masa dapat aje tiket murah, Kakak terus bagitau Ayahnya dan terus beli!. Memang last minit kami plan ke Krabi ni, gara-gara Ayahnya buka mulut kata 'Jom kita pergi bercuti', terus anak jawab, 'Jom Krabi!' hahaha..

Tapi alhamdulilah cuaca pun berpihak pada kami. Cuaca panas gila-gila sangat! Sampaikan kulit rasa perit bila kena air, tapi nak enjoy punya pasal, lantaklah kalau rentung pun hahahaha. 

Ada yang tanya, Sis menginap di mana di Krabi?

Oo Sis menginap di hotel Sea Seekers area Ao Nang Beach. Hotel Sis menginap ni masih baru lagi, baru setahun beroperasi, sebab tu servis dia tip top gila! Dan kawasannya sangat dekat dengan kedai-kedai soping. Lagi-lagi kedai urut, perghh sakan Sis ko dengan Suami mengurut di sini hahahaha. 

Nantilah Sis cerita panjang lagi memgenai hotel, kereta sewa, makanan halal dan juga aktiviti kami ya. Ni Sis kasi intro je dulu. Banyak benda nak settlekan dulu ni. Kain baju dah menunggu nak mendobi hahahaha. 

Okay, sambung nanti ya..
Bye bye..


P/S: Hari ini permintaan menu ayam masak kicap pedas. Okay jom masak!

SPRING IN THE OCEAN 'ALSO KNOWN AS PHASE 2 OF THE SHORE OCEANARIUM' PROMISE AN ALL NEW ADVENTURE OF OCEAN JOURNEY

$
0
0
SPRING IN THE OCEAN 'ALSO KNOWN AS PHASE 2 OF THE SHORE OCEANARIUM' PROMISE AN ALL NEW ADVENTURE OF OCEAN JOURNEY | The Shore Oceanarium Melaka which was officially opened in December 2014 has been the premier  tourist attraction in Melaka whereby it provide visitors the experience of an extraordinary interactive journey to learn about the earth ecosystem and also discover various creatures from land to sea.

As part of the efforts for “Visit Malaysia 2020”, Spring In The Ocean “Also Known As Phase 2 Of The Shore Oceanarium” is set to open to public starting from 1st December 2019 onwards. This officially marks the biggest milestones for the attraction to date and it promises an all new adventure of ocean journey to visitors.



Among the exciting features in phase 2 will be Oceanarium`s Aquarist Lab which it is an educational lab that display behind the scene of daily care of fishes. Addition to this, visitors can also have a glance on our new tunnels which is Ray Tunnel where it exhibit Cownose Ray and Schooling Fish Tunnel will exhibit a school of coral reef fishes. Not only this, visitors will also get to experience the 1st ever Music Sound Of Sea which it features Dancing Musical Light Aqua Theatre that combines music, lights and LED Air Bubble Curtain to brings out the amazing sound of the deep ocean.

Other than this, we also have features like Infinity Aquaroom, Kids Dome Aquarium, Genomic DNA Extraction and Glow In The Dark Cultural Remix Mural Art.



Mr. Chew Chert Fong, Managing Director, The Shore Oceanarium Melaka said that “The total investment for phase 2 cost about RM 3 Million and it is expected to become one of the hottest tourist attractions that will contribute to the tourism industry in Melaka, Malaysia. Not only this, Phase 2 is also part of the efforts to support “Visit Malaysia 2020” whereby even one of its features represent the cultural of Malaysia and in conjunction to this, we will also remain the same price for our premium plus tickets (Buy 1 Oceanarium Ticket FREE 1 VR & AR Interactive Park Ticket) throughout the year 2020 although so many features being added into Phase 2. Currently, our premium plus tickets is sold at RM40 per adult, RM30 per child 3-12 years of age, senior citizen above 60 years of age."



1. Oceanarium`s Aquarist - Lab An educational lab that display behind the scene of daily care of fishes such as Filteration process and sample of fish food,’.

2. Genomic DNA Extraction- Features genetic change fishes which it glows in the dark. Have you seen a glow in the dark fish species?

3. Schooling Fish Tunnel - Features a school of coral reef fishes.

4. Ray Tunnel - Features a fun and interactive Cownose Ray.

5. Music Sound Of Sea - Experience the 1st ever Music Sound Of Sea which it features Dancing Musical Light Aqua Theatre that combines music, lights and LED Air Bubble Curtain to brings out the amazing sound of the deep ocean. Wanna hear the sound of deep ocean? Then this will be your
favourite.

6. Infinity Aqua Room - Enjoy the thrills of standing in a ‘borderless’ room with lights.

7. Underwater Cultural Remix Mural Art - Glow in the dark mural arts that features remix of cultures in Malaysia, floral and alongside with some animals. This feature represent Visit Malaysia 2020 theme “Visit Truly Asia Malaysia 2020”.

8 Kids Dome Aquarium - Thisfeatures allow kids to have a closer view on the fishes through the dome.


[Read More] : The Shore Ocenarium Malacca 


P/S: Yang tak pernah pergi, silalah pergi, Sis dah pergi sekali, memang best! Yang tua pun suka, apalagi kanak-kanak hehehe.

KONGSI TUALA BOLEH JADI PUNCA KUDIS BUTA!

$
0
0
KONGSI TUALA BOLEH JADI PUNCA KUDIS BUTA! | Kebanyakan kita mesti ada seorang bff yang selesa berkongsi apa je kan? Daripada pakaian, makanan, rahsia, gosip, kekasih, semuanya sedia dikongsikan!

Well, sharing is caring kan? Pun begitu, bukan semua perkara kita boleh share tau. Antara perkara yang perlu digunakan oleh anda seorang sahaja secara peribadi adalah tuala.

Hmmm, kenapa ye?

Kuman boleh berpindah melalui perkongsian tuala

Tanpa mengira korang adalah kawan baik, ahli keluarga atau suami isteri, tuala adalah barangan peribadi dan tetap tidak boleh dikongsikan. Ini kerana perbuatan berkongsi tuala boleh memindahkan kuman di antara satu individu kepada individu yang lain.

Untuk pengetahuan korang, kita semua mempunyai kuman pada permukaan kulit kita tidak kira korang menjaga kebersihan atau tidak. Kebiasaannya, ia tidak berbahaya namun boleh menyebabkan infeksi kepada individu lain yang ada masalah kulit.

Perbuatan berkongsi tuala ini sudah pasti akan memindahkan kuman di antara individu. Kebanyakan kuman tidak boleh memasuki kulit yang normal, jadi ia akan berkumpul di permukaan kulit dan menunggu untuk dipindahkan lagi kepada individu lain pula.


Apa akibatnya?

Bukan sahaja perbuatan ini akan menyebabkan tubuh badan korang menjadi tempat pembiakan kuman, malahan ia juga boleh mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan kepada individu.

Antaranya punca penyebab yang mungkin terjadi adalah:

  • Infeksi staph
  • Infeksi yis
  • Jerawat
  • Ringworm
  • Jock Itch
  • Pink eye
  • Athelete’s foot

Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman turut menjelaskan bahawa perbuatan berkongsi barangan peribadi terutamanya pakaian yang dipakai pada kulit boleh menyebabkan jangkitan kudis buta.

Jangkitan ini disebabkan oleh kutu halus yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei. Kutu halus ini akan menetaskan telur di kawasan kudis buta sebelum menjadi ulat yang kemudiannya menjadi punca kepada serangan ekzema dan pelbagai lagi kondisi kulit yang lain.

Jadi, korang masih mahu berkongsi?

Artikel Hello Doktor 


P/S: BFF macam mana pun, takkan sampai kongsi tuala oii...

PUAS DAPAT MAKAN SEAFOOD DI AO NANG BEACH KRABI,THAILAND

$
0
0
PUAS DAPAT MAKAN SEAFOOD DI AO NANG BEACH KRABI,THAILAND | Yaaa tersangat puas! Satu kepuasan bila dapat makan malam dengan aneka jenis seafood yang segar dengan harga yang jauh murah berbanding di Malaysia.

Masa Sis ke Krabi,Thailand, tukaran wang dia dengan Malaysia pada kadar 100baht bersamaan duit kita rm13.81sen. makanya bila tengok harga seafood yang di jual tak kira timbang, memang terbeliak laa mata Sis ko, memang jauh murah dan fresh!.

Pada mulanya memang Sis agak takut nak makan seafood, sebab takut tak kena masak dan kesegarannya, ada kang cirit birit, haaa terus melepek tak boleh berjalan kang, duduk lee ko kat Hotel kang, sampaikan Sis pesan juga kat anak-anak dan Suami, makan jaga-jaga hahaha,

Tapi bila malam pertama kami mencubanya, dan esoknya perut rasa selesa dan tidak sakit, apalagi, kami pergi lagi makan untuk hari keduanya, sampaikan peniaga tu dah kenal kami hahahaha.



Oh! Ya nak bagitau dulu, sebab apa Sis letak tajuk makan seafood di Ao Nang Beach tu, sebabnya Sis stay area sana, bukan di Krabi Town ya. Kalau stay di Krabi, agak jauh sikit, dan review yang Sis baca, di Krabi Town tak banyak dan takde apa yang menarik, better korang kalau datang Krabi, stay di Ao Nang Beach, senang cari makan halal dan juga banyak jualan kedai-kedai di kaki lima sepanjang Ao Nang Beach.

Dan tempat yang Sis pergi makan ni pun di area Ao Nang Beach Night Market. Dari tempat Sis menginaop, dalam 10minit aje ke sini menaiki kereta. Kalau datang makan sini, korang datanglah awal sikit, boleh nikmati matahari terbenam tepi pantai. Sangat mengujakan. Lagipun kedai-kedai makan di sini buka jam 5pm.



Korang bayangkan harga semurah itu, udang, ketam, kerang, sotong sebesar tidak punya saiz, kalau kat Malaysia dah kena kira timbang dulu, tapi kat sini, main harga sesiap sepinggan aje. Memang meroyan nengok seafood semuanya.

Cuma Sis ko kalau dah terlalu besar sangar udang, jadi ngeri pulak hahaha so kita makan dan amik je saiz sedang-sedang besar hehehehe. Pilihan masak pun banyak pilihan, ikut tekak korang ler, tapi paling femes sini, masak Chili Butter, perghh memang sedap woii...



Bukan kata ada seafood aje, tapi ikan bakar pun ada. Macam gambar pertama di atas tu, tu ikan bakar lumur garam, peberet Sis, Sis makan sorang aje ikan tu hahahaha. Kalau Suami suka ikan bakar Saba ni, alaaa ikan yang selalu ada dalam bento Shushi tu. Hanya 100baht aje (rm13.81sen) seekor, murah ke tak? Hahahaha.

Dan untuk pilihan tomyam, terlalu banyak! Mana-mana korang order, rasanya tetap sama, sebab Sis 2 malam makan tomyum dari 2 kedai berbeza, tapi rasanya tetap sama! Kaw kaw punya tomyum seafood mereka.



Night market Ao Nang Beach ni setiap hari ada, korang boleh bungkus atau makan di situ. Ada tempat untuk korang duduk makan, tapi korang kena beli air dari empunya kedai tu hehehe. Nanti dah malam aje, ada pulak live band di situ, masa ni ramailah orang keluar masuk. Sebab tu better korang datang dalam jam 5 atau 6pm.

Untuk kesini tak susah, korang boleh naik tuk tuk jer atau kalau memang korang dah sewa kereta macam Sis, lagi senanglah nak perginya. Lepas makan, korang boleh jenjalan di sekitar tepi-tepi jalan tu, banyak kedai-kedai jual cenderamata, dah memalam, korang tawar harga kaw-kaw punya, mesti dapat murah punya!

Okaylah, selamat menjamu mata ya, nanti ada kesempatan, sambung lagi cerita Krabi.
Bye.


P/S: Kalaulah kat Johor ada macam ni, kompom gout Sis ko hari-hari makan hahahaha

SLIP DISC BOLEH CLAIM SOCSO (PERKESO) - KECACATAN KEKAL

$
0
0
SLIP DISC BOLEH CLAIM SOCSO (PERKESO) - KECACATAN KEKAL | Siapa sini baru tau? Yaa kalau Sis sendiri pun baru juga tau, itupun Suami yang dapat tau dari kawannya, kawannya ada terkena slip disc dan kawannya sudah pun claim socso (perkeso) di bawah Skim Bencana Pekerjaan kecacatan kekal.

Anak Sis dah dua kali kena slip disc di tempat kerja dan belum ada sekali pun pergi socso untuk claim. Sebab tak tau dan takde yang bagitau, makanya Sis dan Suami tak tau, so bila dah tau ni, Suami dah suruh anak pergi socso amik borang dan cuba claim. Now borang dah siap amik semua, tunggu nak buat temujanji dengan Doktor.

[Baca juga]: Ingatkan Sakit Pinggang Biasa, Rupanya Kena Slip Disc

Bukan main-main okay, slip disc ni adalah sakit berpanjangan, dah masuk katagori kecacatan kekal. Sila amik peduli dan banyak membaca hal slip disc ni. Jangan amik mudah ingat macam sakit tulang aje.


Tapi kenapalah Perkeso tidak bagitahu pun yang kita boleh claim kecacatan kekal. Mungkin untuk save duit mereka kot hehehe. Jadi, jika korang rasa korang mengalami kecacatan kekal seperti contoh kecacatan kekal yang melibatkan bahagian organ utama (mata/mulut/gigi/jari tangan dan kaki/kepala dan sebagainya) atau tulang (retak/patah/bengkok/lumpuh dan sebagainya), korang layak untuk membuat permohonan tuntutan faedah kecacatan kekal.

Menurut kata kawan Suami, semua permohonan di atas hendaklah dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh cuti sakit terakhir korang (Undang-undang baru Sis tak pasti). Kecacatan kekal tu mungkin memberi kesan kepada prestasi korang dalam kehidupan harian seperti patah, buta, lumpuh dan sebagainya. Ia mungkin juga memberi kesan kepada emosi (contoh: malu sebab patah gigi, berparut di muka, atau kaki bengkok etc).

Biasanya bayaran yang diberikan untuk kecacatan sementara/bayaran untuk MC adalah tidak banyak. Berdasarkan pembacaan Sis, contoh: 8 hari MC faedah yang dibayar lebih kurang dalam RM 500, bergantung kepada gaji seseorang. Namun jika korang mengalami kecacatan kekal, jika kecacatan korang 2%, bayaran yang diberi agak lumayan. Lebih kurang RM 10ribu++.

Kadar tafsiran adalah bergantung kepada keputusan jemaah doktor yang dilantik khas oleh Perkeso.
Jadi jika korang mengalami kecacatan kekal walaupun sedikit, adalah rugi tidak berusaha untuk mencuba. Mana tahu itu rezeki korang.

[Baca juga] : Asyik Sakit Bahu Aje, Rupanya Slip Disc Tengkuk

Seperti kes anak Sis, Sis cuba juga untuk claim socso yang slip discnya yang pertama tahun lepas, sebab tak tau boleh claim, kemudian permohonan slip disc terbaru bulan lepas. Biarlah orang nak kata terkejar-kejar sangat nak duit socso, peduli apa Sis, janji kita amik dan tuntut hak kita.

Caranya bukan susah sangat, cuma minta borang kecacatan kekal, minta laporan perubatan daripada hospital pertama korang dimasukkan/dirawat, IC dan tunggu untuk ditemuduga. Jika benar kecacatan yang korang hadapi memberi kesan kepada masa depan dan impak kepada prestasi korang melakukan kerja selepas korang terbabit dalam kemalangan, langsung tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa untuk mencuba. Lagipun korang membayar dan berjuta-juta lagi rakyat Malaysia mencarum.

Ye dakkk...

So, tak salahkan kita mencuba. So korang yang ada kes macam ni, silalah pergi buat tuntutan ya!

Rujukan sebenar yang lebih tepat boleh juga dirujuk ke laman web Perkeso di sini.
Jika ada sebarang kesalahan info yang Sis beri di atas, mohon maaf dan mohon komen/email untuk diperbetulkan ya ..


P/S: Oii demam tak boleh claim socso ya!! ! 😝

GO ON MAGICAL QUESTS THIS HOLIDAY SEASON AT LEGOLAND® MALAYSIA RESORT'S ENCHANTED FOREST

$
0
0
GO ON MAGICAL QUESTS THIS HOLIDAY SEASON AT LEGOLAND® MALAYSIA RESORT'S ENCHANTED FOREST | Be rewarded with awesome prizes at this year’s Advent Calendar Draw Experience the first-ever foam party in LEGOLAND Water Park. 

This December, LEGOLAND Malaysia Resort will be celebrating Brick-Tacular by transporting guests into an enchanted forest from the hotel to the theme park, where families will be challenged with quests to help the pixies and elves of LEGOLAND Malaysia Resort.

 In the spirit of the holiday season, LEGOLAND® Malaysia Resort will be giving away RM200,000 worth of prizes as part of the daily Enchanted Advent Calendar Draw this year. Guest will only need to spend RM 10 on any Minifigure in the theme park to be entitled for the draw entry. 

As for guests who are eyeing on some of the best LEGO sets launched in 2019, such as the LEGO Ideas Voltron and LEGO Ideas Treehouse they can choose to spend RM 299 in The BIG Shop and be entitled to the LEGO Retail Advent Calendar draw to win some awesome sets worth up to RM1,000 each.


It’s been an amazing year at LEGOLAND® Malaysia Resort with the introduction of SEA LIFE Malaysia into our family and the numerous park enhancements, and new activities added to our line-up. We are always looking at innovative ways to help families create memorable moments while they learn and have fun each time they are at our park. With that, we wanted to end the year with a bang! This year, all our guests will get to enter an enchanted forest to make unique friends such as pixies, fairies and lumberjacks,” said Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort.


Inside the Enchanted Forest and around the park, families will find many fun and rewarding holiday-themed activities including: -
  • Enchanted Spectacular Farewell Parade – At an awesome day at LEGOLAND, you can march alongside all your favourite LEGO Characters with a Live Marching Brass Band! The daily parade ends with a spectacular Pyro Sparkles display
  • Where is Santa & Rudolf?– SEA LIFE Malaysia needs your help! Go on a quest to help the marine sanctuary’s aquarists to find and capture the missing Santa and his reindeer. Families who successfully complete the quest will be rewarded with an awesome surprise.
  • Festive LEGO® Building Activities– Kids can help the elves to build LEGO® gifts for Santa before Christmas eve or build Magical LEGO Toadstools for the fairy village! These building activities are designed to ensure that children not only have fun while playing but also develop new skills such as teamwork and creativity.
  • The Lumberjacks– The Lumberjacks have arrived in the enchanted forest and instead of chopping down the forest, they are here to strut their best breakdance moves! Families can join in on the fun and learn some new dance moves.

Be part of a one-of-a-kind experience as LEGOLAND Malaysia Resort will be hosting the first-ever foam party in LEGOLAND Water Park from 19th December 2019 until 1 January 2020 for visitors to dive in and splash on with music, balloons and water guns. 

For more information on the exciting line-up of activities and tickets head over to the official website, www.legoland.com.my or via the social media pages on Facebook and Instagram. To find out more about Brick-Tacular 2019, check out the show guide here.  


P/S: Tak sabar juga nak jumpa Santa!! 🎅

1 DECEMBER 2019 : JAGA SILATURAHIM SESAMA MANUSIA

$
0
0
1 DECEMBER 2019 : JAGA SILATURAHIM SESAMA MANUSIA | Islam mengajar umatnya bahawa setiap kejahatan yang dilakukan terhadap seseorang Muslim tidak boleh dijadikan penyebab terputus hubungan baik dan kebaikan.

Bagi Sis, bila dah terjalinnya silaturahim, memang sukar Sis nak putuskan, kecuali jika perkara akan sebab terputusnya hubungan itu, di sebabkan ianya terlalu mendatangkan kesan sakit paling dalam buat diri Sis. Jangan kata masam muka, pandang sebelah mata pun Sis taknak. Zaman sekarang, dalam medium sosial ni, apalagi, ramai yang tak suka kita, mereka akan amik jalan mudah unfren, hide dan block kita, katanya untuk elak dari manusia negatif, ermmm..

Tapi jenis Sis, Sis tak akan buat benda tu semua, lagi orang tak suka, lagi Sis update banyak-banyak kebahagiaan Sis, biar mereka tau, yang kita ni boleh 'move on' tanpa dia, haaa gitu... Dari dulu hingga sekarang, apa yang orang buat pada Sis, Sis tetap tersenyum. Tidak pernah sesekali nak putuskan silaturahim sampai tak bertegur dan bermasam muka. Dosa baik dan buruk pahala mereka yang tak suka kita tu, biarlah Allah yang judge, kita anggap aje itu ujian dunia.

Senang cakap, Sis lantakkan jer di situ, kita move on terus hahahaha. Aishh terlalu banyak pengalaman bab benda ni, kita cermin diri kita sudah, janji dalam cermin tu kita nampak diri kita, bukan 'jin' hahaha.


Bagaimana hubungan silaturahim yang baik?

Hubungan silaturahim yang baik bersifat al-Wasil (penyambung silaturahim) yang akan mengukuhkan lagi hubungan sesama Islam. Al-Wasil itu bukanlah orang yang mengharapkan balasan daripada saudaranya (jika saudaranya bersilaturahim maka dia pun akan membalas dengan silaturahim).

Sebaliknya al-Wasil ialah orang yang segera menyambung silaturahim jika silaturahim dengan saudaranya terputus. Dalam Islam, antara silaturahim yang disyariatkan adalah saling mengasihi, memuliakan dan memberi maaf kepada orang yang berbuat zalim kepada kita.

Semua itu dilakukan hanyalah semata-mata kerana ALLAH SWT, bukan bertujuan untuk mendapatkan pujian serta habuan dunia.

Seseorang Muslim hendaklah terus menghubungkan silaturahim terutama dengan kaum kerabat dan saudaranya yang lain meskipun mereka tidak menerima tindakannya itu dengan kebaikan.

Kesan Putus Tali Silaturrahim

Kesan yang ditimbulkan bila silaturahim diantara kita putus, sangatlah besar, baik di dunia maupun di akhirat kelak.

Diantaranya adalah sebagai berikut :

1. Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala. Walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutus tali silaturahim dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada artinya di sisi Allah swt.

2. Amalan solatnya tidak berpahala. Sabda Rasulullah saw : “Terdapat 5 (lima) macam orang yang shalatnya tidak berpahala, yaitu : isteri yang dimurkai suami karena menjengkelkannya, budak yang melarikan diri, orang yang mendemdam saudaranya melebihi 3 hari, peminum khamar dan imam shalat yang tidak disenangi makmumnya.”

3. Rumahnya tidak dimasuki malaikat rahmat. Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya malaikat tidak akan turun kepada kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan silaturahmi.”

4. Orang yang memutuskan tali silaturahmi diharamkan masuk syurga. Sabda Rasulullah saw: ” Terdapat 3 (tiga) orang yang tidak akan masuk surga, yaitu : orang yang suka minum khamar, orang yang memutuskan tali silaturahmi dan orang yang membenarkan perbuatan sihir.”

Semoga kita tidak hanya bersaudara dunia, tapi juga kelak berkumpul di jannahnya Allah swt. Aamiin.. - Ustaz Yunan A Samad


P/S: Harini dah 1 December 2019, tinggal 30 hari lagi menuju Tahun 2020...

LIRIK LAGU MELURUH - ALYAH

$
0
0
LIRIK LAGU MELURUH - ALYAH 
Komposer: Alyah, Helen Yap
Penulis Lirik: Slen Fadzil, Alyah


Diamku tak bererti aku akur
Diamku tak bererti aku hancur
Isi hatiku bukan menzahirkan kita
Semua menjadi rahsia.

Haruskah aku meluruh
Bagimu dosaku hina tak terhitung
Biar kali yang terakhir ku bertanya
Apakah sebenar yang kau inginkan dari diriku

Senyumku bukan kerna aku gembira
Senyumku bukan kerna aku bahagia
Setiap waktu jiwaku meronta resah
Merengkuh cinta yang makin tersisa

Haruskah aku meluruh
Bagimu dosaku hina tak terhitung
Biar kali yang terakhir ku bertanya
Apakah sebenar yang kau inginkan dari diriku

Ku berikan kau segala di atas nama cinta
Ku percaya bahagia kan jadi milik kita
Tiada yang aku pinta hanyalah keikhlasan jiwa
Tapi semua dusta

Haruskah aku meluruh
Bagimu dosaku hina tak terhitung
Biar kali yg terakhir ku bertanya
Apakah sebenar yang kau inginkan dari diriku


P/S: Siapa suka lagu ni, mesti dia tengok Cemburunya Seorang Perempuan hehehe..

TAMAN TEMA AIR FOREST CITY TARIKAN TERKINI DI JOHOR PADA MUSIM CUTI SEKOLAH

$
0
0
TAMAN TEMA AIR FOREST CITY TARIKAN TERKINI DI JOHOR PADA MUSIM CUTI SEKOLAH | Sebuah taman tema air yang bertempat di Forest City merupakan satu daya tarikan terkini di Johor Bahru. Taman tema air tersebut diwujudkan sebagai tambahan kepada pakej gaya hidup yang ditawarkan kepada penduduk Forest City dan kawasan sekitarnya sebagai salah satu pilihan aktiviti hiburan keluarga yang menyeronokkan dengan kadar harga berpatutan.

Korang ada yang dah pergi ke? Musim cuti sekolah dah pun bermulakan? Kadang kita sebagai ibu bapa ni blur juga fikir nak bawa anak bercuti ke mana. Dan terkadang kekangan kerja maka tak dapat nak bercuti lama, so paling selamat bercuti aje yang dekat-dekat, janji ada juga aktiviti anak-anak sempena cuti sekolah. Dan salah satu tempat yang korang boleh bawa anak-anak bersuka ria, adalah Taman Tema Air Forest City ni.




Taman tema air yang dibina pada bulan Jun tahun ini siap sepenuhnya pada penghujung Oktober dan dibuka kepada pengunjung pada 13 November 2019. Terdapat 3 jenis pilihan permainan air yang ditawarkan iaitu gelongsor dan pagar sesat air masing-masing boleh menampung kapasiti penuh pada kadar 300 orang sejam, manakala permainan cabaran halangan air pula boleh menempatkan seramai 150 pengunjung sejam.

Dengan keluasan 2000 meter persegi dan dibangunkan di tepi pantai, tarikan keluarga ini menelan kos pembangunan sebanyak 4.5 juta ringgit. Beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam, taman tema air Forest City menawarkan pengalaman penuh keriangan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM15 seorang.




Sis berkesempatan mengikuti majlis perlancaran taman tema air Forest City ini baru-baru ini, dan Sis berkesempatan untuk meninjau keadaan sekelilingnya. Memang sangat teruja, kalau kanak-kanak pasti suka. Terdapat banyak pilihan permainan air yang ada. tempatnya yang terbuka, luas dan bila anak-anak sibuk bermain air, ibu bapa boleh rehat, lepak di tempat teduh yang di sediakan seolah berada di tepi pantai. Siap ada pasir dan kerusi pantai lagi.

Pembangunan Forest City adalah berdasarkan lapan industry teras yang telah dikenal pasti di awal proses perancangan pembangunan, antaranya ialah pelancongan. Selain membangunkan unit kediaman dan industri, kami juga menyedari bahawa dengan adanya tarikan seperti ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke Forest City. Taman tema air ini merupakan antara tarikan awal yang dibangunkan di sini. Akan ada lebih banyak lagi tarikan seperti muzium hijau, pakej jlawatan eko ke paya bakau dan beting rumput laut”, kata Timbalan Pengurus Besar Forest City, Ir.Syarul Izam Sarifudin.


Pengunjung kami terdiri daripada pemilik kediaman Forest City dan juga warga tempatan. Kami sedia maklum bahawa terdapat taman tema lain di Johor Bahru, walau bagaimanapun, Forest City menawarkan pilihan yang lebih ekonomi dan boleh dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, baik berpendapatan tinggi mahupun tidak. Tambahan pula di musim sekolah, para ibu bapa bolehlah berkunjung ke taman tema air Forest City bersama anak-anak”, tambah Syarul Izam lagi.

"Kewujudan pelbagai tarikan dan fasiliti pelancongan tanpa mengira skala secara tidak langsung mempromosikan negeri Johor. Ia sejajar dengan objektif Kerajaan Negeri dalam mempergiat usaha promosi tahun melawat Johor 2020. Dengan adanya taman tema air Forest City ini, serta harga tiket yang ditawarkan juga berpatutan, warga Johor mempunyai lebih banyak pilihan untuk menikmati musim cuti sekolah bersama keluarga”, ulas YB Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang turut hadir dan merasmikan majlis pembukaan taman tema air Forest City.



Selain taman tema air, Forest City yang  merupakan sebuah pembangunan bercampur, memiliki pelbagai lagi fasiliti tarikan pelancongan antaranya ialah Hotel Phoenix Marina Antarabangsa, arked komersial dan sebuah resort golf beserta dua padang golf 18 lubang yang direka oleh lagenda golf dunia, Jack Nicklaus Sr dan Liang Gokun.



Waterpark Forest City
Alamat: Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru.

Buka dari jam 10am hingga 8pm
Contact: 07-505 8888



P/S: Harga berbaloi sangat! Nak bawa anak saudara ke sini juga nanti. Jom!

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI YANG SEDAP SANGAT!

$
0
0
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI YANG SEDAP SANGAT! | Pedas kemain sambal tumis udang petai Sis kali ni, tapi sedap tak boleh bawak sepinggan nasi, habis bertambah makan dua pinggan nasi kelmarin lepas hahahaha. Jangan kata Sis, anak bujang dan Suami Sis pun sama juga, katanya sedap sambal udang Mak hehehe. Alhamdulilah.

Sebetulnya lama sangat tak masak udang, ikan atau seafood di rumah ni, balik-balik menu ayam aja manjang. Ayam tu sebab masa anak Sis, Kakak ada di rumah, memang menu dia ayam saja laa, takdenya nak masak ikan ke seafood ke. Kena plak Ayahnya takde masa tu, memang ayam aje laa jadi menu selang sehari. Selain telur dan ikan goreng.

So kelmarin sebelum Suami gerak balik ke Paka, Sis ajak ke pasar beli lauk basah sikit. Makanya minta Suami duit, dia hulurnya rm100, Sis apalagi, belilah udang saiz sedang, ikan caru, ikan kembung, ikan tongkol, sotong dan juga tulang lembu, haaa puashati!

Suami pun gelakkan Sis nengok beli lauk kemain banyak, siap cakap 'waa balas dendam nampak' hahahahaha. Yee balas dendam kat anak tekak, nak makan memacam, so lepas ni menu ikut suka hati Emaknya laaa hahahaha.


Cuma tak taulah ek, sejak-sejak ni, cili kering kalau masak kemain pedas berapi, padahal dah pilih cili kering yang tak pedas, kerinting dan tidak berkilat, tapi pun pedas! Pedas dia tak boleh bawak bincang, makanya Sis terpaksa campurkan dengan sebiji tomato dalam tumisan sambal tu, barulah rasa pedas tu ada sikit kurang,

Petua mana? Entah petua sendiri sukahati, tapi nampaknya berkesan. Kurang sikit rasa pedas dalam sambal tu. Tapi takde pun rasa tomatonya, masih tetap rasa sambal tumisnya.

[Baca juga]: Sambal Tumis Udang Petai Sedap Mat Gebu 


Mulanya nak asingkan juga petai tu, takut anak bujang tak makan bila ada rasa petai, tapi setelah bertanya banyak kali, dia kata okay, makanya, Sia pun taburlah dan gaullah petai dalam sambal tu, maka terjadilah sambal tumis udang petai.

Rasanya ada 25 ekor udang yang Sis masak, dapat juga Suami makan sebelum gerak ke Paka masa tu. Pun dia makan bertambah sepinggan lagi. Hehehehe. Kena pulak ada ikan asin sayur lemak kobis, kegemaran dia, memanglah bertambah nasinya.

Sambal tumis udang petai tu tak sampai ke malam pun, malam lauk semua dah licin, yang tinggal lomak kobis ikan asin. Malamnya kirim anak beli burger hehehehe. So tau laa di situ bahawa sambal tumis udang petai Sis pada haritu sangatlah sedap walaupun pedas hahahaha.

Resepi? Alaa sama jer resepi sebelum ni, cuma Sis tambahkan sebiji tomato untuk kurangkan rasa pedas tu. Tomato di lenyek-lenyek dalam kuali bersama sambal sewaktu menumis. Lain-lain sama je cara masak sambal tumis.

Harini masak apa? Harini Sis masak sup tulang daging lembu bersama kentang dan lobak putih. Lauk tu je, sebab nak makan hirup dengan sambal kicap. Gorengkan sayur kangkung untuk anak bujang Sis. Nanti mesti dia goreng telur dadar hahahaha.

Korang masak apa plak?


P/S: Lama tak masak sambal tumis ikan selar, sedapnyaa kann!

TGV'S NEXT LEVEL OF CINEMATIC EXPERIENCE IS NOW OPEN AT TOPPEN SHOPPING CENTRE, JOHOR BAHRU

$
0
0
TGV'S NEXT LEVEL OF CINEMATIC EXPERIENCE IS NOW OPEN AT TOPPEN SHOPPING CENTRE, JOHOR BAHRU | TGV's latest flagship is ready to make a splash in JB! Opening now in the city's newest megamall, Toppen Johor Bahru, this cinema will deliver compelling new experiences to elevate your cinamatic moments.

New Halls, New Experiences

Playing host to many new specialty hall concepts, patrons at this new TGV will be in for a treat as they experience cinema at its finest. Starting with the largest FLEXOUNDinstallation in the world and the first FLEXOUND hall in Southeast Asia. Customers will experience customised seats with embedded speakers which deliver true personal immersion through improved clarity of dialogue, tactile sensory effects and perfect sound quality independent of seat location. Viewers will experience the enhanced audio immersion of FLEXOUND throughout the whole movie without the need for extra wearable accessories.


Bigger is definitely better with our brand new Infinity hall which offers a heart-pounding cinematic experience that combines the power of outstanding visuals together with breath-taking sound. This hall offers TGV’s Premium Large Format screen powered by Christie’s RGB 4K laser projector that delivers unparalleled visuals together with Dolby Atmos, an immersive audio technology which transports you into the story with moving audio that fills the cinema and flows all around you – even overhead – to deliver the premier sound of entertainment. Motorized recliner seats throughout complete this premium experience.



TGV is also bringing the ever popular Family Friendly Hall — with an adjoining playroom concept from Central i-City to Toppen JB as well! Kids will be able to enjoy fun activities in the new playroom at this location with the fun factor extended into the hall with multiple seating choices for every taste. Parents can also rest assured that their moments with their kids within these areas are well protected by Medklinn Purifier which is uniquely engineered to sterilise air and surfaces safely and naturally. This means 99.9% of all known bacteria, viruses and other harmful pollutants are eliminated in TGV’s Family Friendly Hall and the connected playroom.




TGV is all about elevating personal comfort to make sure viewers get to enjoy their movie in true bliss. In the new Prestige hall, the premium experience is offered in an intimate format offering either the luxury of INDULGE full recliners in the upper deck or compact premium recliners in the lower deck section. In the Deluxe+ halls, customers will be treated to compact premium recliners or plush gliding seats as they immerse themselves in the movie of their choice.

Redefining the Cinema-Going Experience

TGV Toppen JB is not only the definitive entertainment destination but a spot to get social as well. The first ever Coke Zone and Sony Interactive Zone will make their debut here which will allow patrons to hang out, get some pictures “for the gram”, surf with our free high speed Wi-Fi and even charge their devices with the charging stations that are available. For those looking for a refined culinary experience, our INDULGE Lounge allows customers to dine in and savour a wide variety of dishes before enjoying their movie. Customers can also opt for the INDULGE seats with in-hall dining services available in the Infinity and Prestige halls.



"We’re inspired by our mission to make the cinema a place of joyful experiences and memorable moments. At TGV Toppen JB, we’ve introduced new concepts, higher standards and the best quality comfort to deliver an environment that is truly unique. We are optimistic that our customers will agree that TGV Toppen JB is a special social and entertainment destination that brings back the magic of going to the movies,” remarked Yeoh Oon Lai, CEO of TGV Cinemas.

[Read also]: The grand opening of Toppen Shopping Centre



TGV Cinema doesn't just aim for the norm, but they strive to enhance experiences and enjoyment for all cinema-goers. From sports to music, sing-along events and even live comedy shows, TGV offers a wide range of compelling content for the whole family.

The opening of Toppen JB is more step forward in a revolution that TGV is spearheading to truly raise the standards of entertainment in Malaysia

For more information, visit www.tgv.com.my or http//bit.ly/TGV-ToppenJB


P/S: Harga? Berbaloi dengan apa yang kau akan nikmati..tu je mampu Sis ko komen, pergi dan rasainya sendiri.

HARD ROCK DESARU COAST MERAIKAN ANAK-ANAK ROHINGYA SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

$
0
0
HARD ROCK DESARU COAST MERAIKAN ANAK-ANAK ROHINGYA SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA | Hard Rock Hotel Desaru Coast menyambut kedatangan Rumah Pertubuhan Kebajikan Cahaya Surya Bakti (anak-anak Rohingya) sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia (International Children's Day) dalam program amal Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka di Hard Rock Roxity baru-baru ini.

Wajah-wajah kegembiraan anak-anak ini terserlah di saat mereka melangkah masuk ke dalam Hard Rock Roxity. Mungkin ianya adalah sesuatu yang baru buat mereka. Paling teruja anak-anak yang peling kecil umurnya sekitar 7tahun. Sungguh comel dan pandai bawa diri memasing.

Kedatangan mereka ini telah di aturkan aktivitinya sepanjang setengah hari bersama kami. Sis berpeluang untuk turut serta dalam program amal ini yang mana ini juga satu pengalaman baru buat Sis dan rakan media lain,Sunah mengenai Hard Rock Roxity ni.



Seramai lebih kurang dalam 30 orang anak-anak yang hadir pada masa tu bersama guru-guru pengiring mereka. Dan dalam permerhatian Sis, anak-anak ni memang tak fasih berbahasa melayu, bahasa perantara mereka dengan guru-guru mereka dalam bahasa english tapi anak-anak ini lebih kepada bahasa negara mereka sendiri bila berborak sesama mereka, sampai terpinga Sis ko curi dengar tapi satu benda tak faham hahaha.

Cuma Sis tak pasti, samada mereka ini semuanya anak-anak Rohingya atau ada antaranya anak-anak Syria. Lupa pulak nak bertanya pada guru berkenaan.



Aktiviti di mulakan dengan senaman 'warm up' dulu, yaa kasi panas badan dulu, baru kita boleh mandi air ya. Anak-anak ni pun duk teruja, apakah yang akan mereka lakukan tu, dan bila muzik di pasangkan, ewah ewah mereka menari kegembiraan tapi malu-malu kucing pulak hahahaha.

Ada yang tak menari langsung, mungkin tak biasa dengan keadaan begini atau memang jenis pemalu. Memang tersenyum-senyum dia kalau kita tengok dia menari hehehe.



Bila selesai acara warm up, guru-guru mereka arahkan untuk menukar pakaian mandi, haaa masa ni semua anak-anak bersorak gembira, mana taknya nak main air di luar sana. Walaupun hujan renyai ketika itu, tapi di sebabkan keterujaan anak-anak semua, mereka tak hiraukan hujan pun, redah aje.
Oh! Ya, tempat bermain air ini hanya bersebelahan dengan Hard rock Roxity ni je, tak perlu nak keluar sana untuk ke sini, memang khas untuk bermain di dalam ini sahaja.

Di sini jika anak-anak bermain air di luar, selesai mandi, mereka boleh salin pakaian mereka di situ juga, ada tandas di sediakan untuk persalinan. Tak payah ke tandas luar sana. So memudahkan bagi ibu bapa yang meninggalkan anak-anak mereka di sini. Semuanya hanya di Roxity.



Habis aktiviti main air, anak-anak ni di bawa pulak ke ruang aktiviti kreatif, di mana di sini tempatnya anak-anak boleh membuat aktiviti 'art' mereka. Untuk hari itu, pihak Hard Rock Roxity telah menyediakan aktivi menampal sticker logo Hard Rock. Waa time ni berebut-rebut anak-anak nak pilih yang mana satu mereka nak tampal di tangan mereka.

Jangan kata anak-anak, Sis juga Sunah pun dapat satu sticker di tangan hehehehe. Logo guitar tu comel sangat!



Wajah-wajah kegembiraan mereka setelah puas dan penat bermain. Ada tu yang memang pemalu dari mula sampai, hinggalah dah nak balik pun alahaiii, kita tanya pun taknak jawab, tersenyum-senyum dia. Menurut kata guru-gurunya, ada antara mereka sejak dari umur 5 tahun sudah berada di rumah kebajikan tu, dan ada juga yang tinggal bersama keluarga angkat mereka.

Cuma sayangnya, mereka memang tak berapa fasih berbahasa english dan juga bahasa melayu jangan katalah, lagi tak tau hehehe. Dah jom kita pergi makan.



Bila kata nak pergi makan, semua bersorak, mungkin memasing dah kelaparan. Pihak Hard Rock Cafe telah pun siap sedia menghidangkan mereka menu nasi goreng bersama 2 ketul ayam drumstick dan juga aiskrim sebagai pencuci mulut yang memang sedap sangat! Sampaikan anak-anak makan licin Sis nengok, ke memang lapar.

Tapi memang sedap, sebab Sis juga dapat merasainya dan makan bersama anak-anak. Sambil makan pihak Hard Rock Roxity menyampaikan cenderamati kepada anak-anak dan guru-guru. Teruja sangat anak-anak ini, sampaikan bila dapat aje cendehatinya, mereka sama mereka bercakap sambil gelak dan buka hadiahnya, Apa dia cakap, Sis ko tak faham hahaha.



Hard Rock Roxity ini terbuka hanya untuk 'in house guest' yang menginap di situ sahaja, tetapi bagi mereka yang nak bawak group anak-anak or pelajar sekolah secara berkumpulan, boleh juga datang ke sini. Ada bermacam-macam aktiviti yang di sediakan.

Yaa sebenarnya banyak kemudahan dan aktiviti yang boleh korang buat bersama anak-anak di Hard Rock Roxity ni. Samaada korang tinggalkan anak korang di sini atau korang stay sekali. Bab keselamatan jangan risau, pihak Hard Rock Roxity sangat mengutamakan keselamatan anak korang. 

Boleh rujuk lebih banyak gambar pada page facebook @akusislin di atas tu ya. 

Untuk pertanyaan, boleh contact terus pihak Roxity.
Call 0102360669 (Manager - En. Azlan) @ email roxity@hrhdesaru.com

#CSR #Desaru #HRHdesaru #HRroxity #InternationalChildrenDay #HariKanakKanakSedunia


P/S: Tahniah buat Hard Rock Desaru Coast! 👏

JOHOR SCAVENGER HUNT 2019 - TAHNIAH TEAM GELAK KUAT!

$
0
0
JOHOR SCAVENGER HUNT 2019 - TAHNIAH TEAM GELAK KUAT! | Tahniah team Geng Gelak Kuat yang telah memenangi tempat ke-5 dalam acara Johor Scavenger 2019 kategori Sponsor/Media yang telah berlangsung pada Sabtu lepas anjuran bersama Tourism Johor. Walaupun di saat akhir Sis tak dapat join sama, dan ini menjadikan team kami lumpuh seorang dari 4 orang, tapi mereka tetap teruskan misi perjuangan mereka hingga ke penamat.

Team Gelak Kuat kami terdiri dari Sunah, Farahain,Zaki dan juga Sis (jika join sama). Tapi di saat last minit atas sebab yang tak dapat di elakkan, makan team kami hanya berjalan hanya 3 orang sahaja, pun begitu lihat!! Atas usaha dan kerjasama team yang di berikan, mereka berjaya juga walaupun tidak dapat menghabiskan sepenuhnya 10 task, akan tetapi 6 task itu sudah cukup memadai!!.

Tahniah sekali lagi buat team!!

[Baca juga] : Pengalaman Menyertai Johor Scavenger Hunt 2019 - Sunah Sakura 


Terkilan sangat tak dapat join, padahal, Sis kaulah yang bersungguh-sungguh nak masuk dan namakan team ni, tapi arghhhhhh time tu jugalah mesin basuh Subuh hari nak meletop!! ..malas nak cerita panjang, buat sakit hati aje.

Di sebabkan asalnya perjanjian kami berempat, so apa pun yang telah di buat, di bayar, dan di usahakan, kena bahagi sama rata dan adil, jadi malam kelmarin Sis ajak mereka bertemu dan sebagai ucapan tahniah dan tanda maaf, Sis belanja mereka makan dan kami berempat mengira wang yang telah di keluarkan dan kami bahagi kepada 4. Tak kiralah join ke tak join, janji asal kena pegang.

Yang penting kerjasama!


Cuma itulah, team kami tidak dapat info sepenuhnya dari pihak penganjur, so kami tak tau macam mana, dan bagaimana aktiviti ini di jalankan, main ikut info yang awal di beri aja. Rupanya lebih mudah bawa kereta sendiri dan park di larkin Sentral mengikut kata team Sis, ini tak, dari Medini, mereka park kereta, kemudian naik bas menuju ke Larkin Sentral, kemudian, nak selesaikan kesemua task tu, terpaksa amik grab dan berjalan kaki. Nasib juga mereka ada duitnya, kalau takde duit? Mereputlah di situ.

Waduh...tak tau nak kata apa, bila nampak sangat keletihan memasing bercerita, tapi akhirnya, puashati dan berbaloi gak dapat kemenangan tempat ke-5 dalam kategori sponsor/media!! Dan Sis ko juga ada dapat medal gak! Pheww vangga jap..

Tapi takpe, insyaAllah ada rezeki, ada umur, kita join lagi tahun depan ya! Stanby ya team, apa pun berlaku, misi harus di teruskan hahahaha.

Terima kasih dan Tahniah Team Gelak Kuat!


P/S: Sis ko agak, mesti korang bertiga tak kenal itu buah binjai kan? Hahahaha...

MUNCHY'S TERIMA ANUGERAH 'BISCUIT BRAND OF THE YEAR' PADA ACARA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA

$
0
0
MUNCHY'S TERIMA ANUGERAH 'BISCUIT BRAND OF THE YEAR' PADA ACARA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA | Munchy’s cukup berbangga kerana menjadi jenama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan “Biscuit Brand of the Year” (Anugerah Jenama Biskut) pada acara Anugerah Jenama Dunia (World Branding Awards) yang diadakan di Istana Kensington, London baru-baru ini.

Anugerah Jenama Dunia dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan global yang berpangkalan di London. Ia bertujuan meningkatkan standard jenama demi kebaikan komuniti penjenamaan dan pengguna. Forum ini menjalankan pelbagai program serta menganjurkan banyak persidangan, bengkel dan seminar. Ia menganjurkan acara Anugerah Jenama Dunia yang kini sudahpun memasuki edisi keenam.

Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan jenama global dan tempatan yang terbaik di atas kerja keras serta pencapaian mereka. Para pemenang juga dinilai dari tiga aspek, penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan undian orang ramai secara dalam talian. 


Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s, Rodney Wong menyatakan bahawa kemenangan ini adalah hasil kerja keras dan inovasi produk oleh syarikat selama 28 tahun. Anugerah “Biscuit Brand of the Year” adalah pengiktirafan kepada usaha pasukan Munchy’s yang tidak pernah mengenal erti penat untuk membina dan mengekalkan kewujudan jenama dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Anugerah ini sememangnya mengiktiraf usaha kami untuk sentiasa menghasilkan produk berkualiti tinggi dan menggunakan ramuan terbaik buat para pengguna di seluruh dunia. Ia juga menjadi pengiktirafan global untuk ekuiti jenama kami yang kuat. Kami akan fokus untuk meraih lebih banyak kejayaan menerusi inovasi produk, selain mengembangkan pasaran ke peringkat serantau dan antarabangsa,” kata Wong.  

Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia, Richard Rowles menyatakan bahawa usaha meraikan usaha keras sebegini adalah penting untuk membina jenama yang luar biasa. “Jenama yang menang mampu membina ingatan jenama yang kuat, kesedaran dan kepercayaan dalam kalangan pengguna mereka.”

Pengarah Anugerah Jenama Dunia, Julian Anderson menyatakan bahawa jenama yang bagus perlu memberi pengalaman berharga kepada pelanggannya, pada masa yang sama kekal relevan dan tersendiri. “Untuk menjadi pemenang anugerah ini, jenama perlu membuktikan ia telah berkembang kepada satu tahap yang meletakkan mereka di antara jenama terbaik di dunia.”


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Munchy’s yang akan datang, sila layari laman Facebook www.facebook.com/munchys atau web:  http://www.munchys.com.

Tahniah Munchy's ! 👏


P/S: Kesukaan Sis anak beranak biskut Munchy's Oat Krunch dan juga Lexus tu. 

AIRASIA OPENS FIRST RESTAURANT SERVING INFLIGHT MEALS

$
0
0
AIRASIA OPENS FIRST RESTAURANT SERVING INFLIGHT MEALS | In another major stride towards cementing itself as a lifestyle brand that sells more than just airline tickets, AirAsia has commercialised its inflight menu to launch its first on the ground restaurant, Santan Restaurant and T&CO Café, at the Mid Valley Megamall in Kuala Lumpur yesterday.

The fast food outlet, which opened for business yesterday, promises a maximum four-minute wait time for orders made at the outlet. Menu prices at the restaurant are slightly higher compared to pre-orders meals on AirAsia’s flights, as airline meal portions are smaller.

Santan Restaurant and T&CO Cafe’s general manager Catherine Goh said: “We have seen a significant appetite for our in-flight menu offerings beyond our flights across the region and this is our answer to that demand… By the end of 2020, we aim to have five Santan restaurants and 100 franchise-operated restaurants and cafes within the next three to five years with expansions in global markets.”


AirAsia Group CEO Tony Fernandes shared that it was his dream to open a Santan restaurant at the Times Square in the US. He added that he was also looking at franchise opportunities within South-east Asia and beyond, with a franchise set to open soon in China.

While Santan Restaurant and T&CO Café will compete with many other restaurants selling local and South-east Asian favourites, Fernandez said that its competitive edge lies in its pricing, quick customer service response time, and hyper-personalisation by leveraging big data to further customise its food offerings to cater to customers’ food preferences.

Designed to enhance customers’ dining experience through a personalised digital journey, the restaurant and cafe features a smart menu equipped with artificial intelligence and machine learning, which is able to serve up recommendations based on time, past ordering patterns as well as demographic taste.

Customers can order ahead online at santan.com.my or the T&CO mobile app before collecting their orders at the outlet.


P/S: Waa peminat Nasi Lemak Pak Nasser tu, haa bolehlah cari kat sini ek, sedapnya!

WORDLESS WEDNESDAY - AMARI X JOCOM PRIVATE DINNER

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - AMARI X JOCOM PRIVATE DINNER |  Love is a many splendoured thing and date nights to celebrate the special someone in your life are just perfect for that. It's not all about the food as the mood counts as well. Dining somewhere special like a romantic restaurant can bring forth a magical night with your partner as you escape from the routines and hectic schedules of daily life. 














#AmariJohorBahru offers private dining experiences that are set to impress.

Please call for make reservation:

Contact: 07 266 8888
Email: amaya.johorbahru@amari.com
or book New Year’s Eve Dinner Buffet at www.bit.do/amarijb


P/S: Thank You Amari for having us 🎅

HARUS TABAH UNTUK TERUS KUAT!

$
0
0
HARUS TABAH UNTUK TERUS KUAT! | “Tabah”..Bukan senang nak “tabah”, bukan senang “tabah” tu nak ada dalam hati kita, diri kita…

Ianya bukan automatik ada…

Saat kita di abaikan oleh orang yang kita sayang…saat hilang kasih sayang dari orang yang kita sayang…saat macam-macam kita tanggung sendiri walaupun kita ada pasangan…saat rumahtangga kita retak menanti belah, tunggu masa nak berakhir…saat munculnya orang ketiga…saat kita rasa lemah dan tak berupaya untuk teruskan kehidupan…saat kau di khianati oleh teman sendiri...saat kau di buang oleh keluarga....saat di mana kau perlukan pertolongan, tetapi tiada siapa yang boleh bantu kau...saat kau sendiri dan rasa diri tak berguna lagi...

Ini antara saat-saat dimana kita perlu untuk “bertabah”…

Orang luar nampak kita mcm takde apa-apa aja…tapi hakikatnya, kita telan kepahitan, kita tahan kesabaran, kita buat-buat kuat dan berpura-pura seolah-olah takde apa-apa yang berlaku…saja pura-pura sebab kita nak cari “ketabahan” tu…

Bila dan dimana “tabah” tu akan muncul…

Bila dah jadi mcm-macam pada diri sendiri, pada hati, maka tipu la untuk kita kata yang kita ni tak sedih, kita ni okay…kita mesti sedih, mesti tak okay…tapi sebab apa kita tak nampak macam tengah bersedih pun? Tak nampak macam tak okay pun…?

Sebab kita sedang “tabahkan” hati untuk melalui apa yang terjadi dalam hidup kita tu…sbb tu kita terus kuat, terus sabar dan terus berharap untuk segalanya dipermudahkan Allah s.w.t biar apapun pengakhiran dan kesudahan dari perancanganNya untuk kita…

Itulah sebenarnya yg dipanggil TABAH


KETABAHAN memerlukan temannya rapat… iaitu “SEMANGAT”.

Ketabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada “semangat” dan “semangat” muncul setelah proses “penerimaan”.

Penerimaan adalah kita dapat menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, ‘jatuh’, ‘down’ dan apa-apa pun namanya yang menerjah hidup kita….

Jadi, sentiasalah bersemangat untuk menjadikan kita tabah! 


P/S: Tapi....satu perkara tidak buat aku tabah! Sampai mati tidak akan aku maafkan kau J ...!
Viewing all 4497 articles
Browse latest View live


Latest Images