Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4498 articles
Browse latest View live

SAYUR REBUNG MASAK LEMAK IKAN ASIN PALING SENANG DAN SEDAP

$
0
0
SAYUR REBUNG MASAK LEMAK IKAN ASIN PALING SENANG DAN SEDAP | Yaaa tajuk panjang tapi resepinya Sis ko bagi yang paling senang dan semestinya sedap. Sendiri masak tentunyalah sendiri puji sedap hahaha.

Harini macam sendu aje mood, jangankan kata nak masak, nak menaip blog ni pun adeii macam jari kena gout rasanya, entah kenapa tah, takkan laaa Monday Blues pulak, setahu Sis, tak pernahnya Sis rasa apa itu Monday Blues. Hari-hari juga bagus buat Sis, cuma entah harini sendu giler.

Nak taknak, sendu ke Monday Blues ke, masak tetap kena masak, makanya Sis ko masak apa yang ada dalam peti ais, dek sebab malasnya nak ke kedai cari sayur hahahaha. Sayur rebung ni pun kawan anak Sis,Yana bagi. Mula nak simpan juga untuk tunggu Ayahnya balik baru nak masak, tapi kecur pulak nengok, lagi pulak baki ikan asin dari Paka tu masih ada, so apalagi, Sis lemakkan dia dalam satu periuk, maka terjadilah Sayur Rebung Masak Lemak Ikan Asin Paling Senang Dan Sedap.


Untuk resepinya sangat mudah, Sis pun takde letak cili api, sebab anak taknak pedas, just nice untuk dapatkan rasa kuah asin ikan tu jer. Rebungnya pulak Sis potong nipis-nipis supaya senang nak makan, kang kalau potong menebal, anak pulak taknak makan.

Meh Sis kongsikan Resepinya ya.

Sayur Rebung Masak Lemak Ikan Asin Paling Senang Dan Sedap. 

Bahan-bahannya : 

500 gram sayur rebung
Ikan asin kurau (atau ikut suka memasing nak guna ikan asin apa)
1 kotak santan pekat
Secubit ikan bilis (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
garam secukup rasa

Cara memasaknya : 

1. Rebuskan rebung dengan garam sehingga lembut. (toskan airnya)
2. Masukkakn bahan yg dikisar, dan ikan asin, didihkan perlahan.
3. Apabila mendidih, masukkan rebung juga santan dan garam.
4. Kacau dan pastikan santan tidak pecah.
5. Masak hingga rebung dan ikan asin masak.
6. Tutup api dan siap dihidangkan.


Haa senang je kan, bahan semua pun sedia ada je kat dapur tu, tak payah susah-susah nak ke kedai. Kalau suka, hiris bawang besar dan campak dalam periuk ketika mendidih. Untuk Sis yang pengemar memakan bawang besar, tentunyalah apa-apa masakan, mesti nak ada bawang besar hehehe.

Siap dah masak, siap pun kongsikan di sini, makan pun sudah, so kejap lagi nak melayan Netflix pulak. Lama tinggal drama Cemburu Seorang Perempuan tu, so nak layan kat Youtube.

Ni pun kepala tengah serabut bila gambar-gambar di Tanjung Piai haritu semua tak masuk dalam gallery, adoii semalam rasa dah backup dah icloud tu, awatlah pagi ni bukak semua takde! Last yang masuk gambar masa anak warded kat KPJ tu jee..adoiiii serabut kepala!! Banyak benda dan 'kerja' tak siap lagi ni...huwaaaaa 😭

Okaylah nanti sambung...Okbai ..


P/S: Kalau tukar handphone gini le jadinya..adoii jadi serabut otak!

MOOD MENULIS HILANG GARA-GARA GAMBAR DALAM HANDPHONE HILANG!

$
0
0
MOOD MENULIS HILANG GARA-GARA GAMBAR DALAM HANDPHONE HILANG! | Hilang! Hilang! Hilang! Yaa seriuslah terus jadi down di buatnya disebabkan memikir gambar dalam iphone Sis ni hilang! Tak semua tapi gambar sepanjang di Tanjung Piai tu, kesemuanya hilang, maksud hilang di sini adalah tak masuk dalam gallery, walaupun dah back-up dah sebelum tukar ke iphone lain.

Stress Sis ko fikir. dah lerr gambar-gambar tu semua nak guna, sebab ada 'kerja' yang tak settle lagi, kemudian banyak gile gambar koleksi sendiri yang Sis abadikan sendiri di Tanjung Piai untuk buat kenang-kenangan peribadi sendiri, kau ngase? arghhhhh.

Padahal dah cukup hati-hati dah, dan sebelum ni pun banyak kali juga dah tukar iphone lain, tapi bila back-up, semua gambar masuk dalam tu, kali ini entah apa silapnya, gambar bertarikh 9/11/2019 semua tak masuk dalam gallery, hanya last gambar yang iphone tu back-up, gambar-gambar sewaktu anak Lin warded KPJ Pasir Gudang. Tu jee yang last iphone tu back-up, sedih gilee okay!!

[Baca Juga] : Alhamdulilah, Nasib Baik Ada Insurans Sakit (Medical Card)

Sis nak marah pun, nak marah siapa? Takkan nak Sis ko hempas iphone tu plak ek, huhuhu stressnyaa oii..Memang lerr boleh kata 'alaa gambar je pun', tapi walaupun gambar, banyak kenangannya di situ yang Sis amik dan gambar untuk 'kerja' pun tak siap update lagi.

Ini pun nasib baik juga ada separuh tu, dah send ke Sunah di telegram. Dan ada sedikit dah up kat wall facebook dan IG Sis. Kalau tak, memang satu pun takde nak buat kenangan sendiri. Yaaa Sis suka save gambar dalam handphone ke, dalam album Facebook ke dan set only me, untuk tatapan dan kenangan sendiri. Ada juga Sis save dalam laptop. Bagi Sis ianya jadi satu memori indah tiap kali kalau kita belek dan tengok gambar-gambar tu semua.


Now nak dapatkan gambar tu balik tak tau macam mana, tapi...mana boleh dapat balikkan?, sebab dia ikut apa yang dah kita back-up, tapi masaalahnya Sis ko dah back-up tapi kenapalah tak masuk oiii!

Takpelah, dah takde rezeki, mungkin dia suruh Sis pergi lagi Tanjung Piai tu agaknya hahahaha. Best jugakan kalau pergi lagi, sebab hartu pergi agak kelam kabut juga, tapi kalau nak pergi, kenalah tunggu sampai pilihanraya Tanjung Piai tu selesai oii, kalau tak, kompom jem jalan sana.

[Baca Juga] : You Never Walk Alone Katanya 

Okaylah, cukuplah bebelan Sis ko pagi ni, selagi tak luahkan rasa, selagi tu gerammm...anak-anak pun naik malas nak dengar bebel Emaknya sengsorang pasal iphone tu hahahaha. asihhh geram geram!!..

Tiba jadi blank kepala otak nak menulis dan update blog gara-gara gambar takde...ermmm, kalau tak banyak benda Sis ko nak kongsikan..Takpelah...update tetap update, nanti kita sambung lagi ye. Harini nak masak Mee Bandung Mak Pon. Korang masak apa harini?

Sambung nanti ya..OkBai..


P/S: Tak sabar tunggu esok!

WORDLESS WEDNESDAY - TOPPEN SHOPPING CENTRE KINI DI BUKA!

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - TOPPEN SHOPPING CENTRE KINI DI BUKA! | Yaaa satu lagi shooping mall di Johor di buka hari ini. Toppen Shopping Centre bersebelahan dengan bangunan IKEA kini di buka hari ini 13 November 2019.

So korang yang berdekatan jom memeriahkannya!
Sis akan berada di sana dari pagi sampailah ke malam, hehehe..

Nanti Sis update ya ...



Facebook : Toppen Shopping Centre 


P/S: Korang yang ke sana, jangan lupa guna hashtag #JelesEk ! Jumpa di sana di sana...

BERAKHIRNYA SURFCASTING TOURS 2019 SIRI KE-8 DI PANTAI TAMBAK, PONTIAN JOHOR

$
0
0
BERAKHIRNYA SURFCASTING TOURS 2019 SIRI KE-8 DI PANTAI TAMBAK, PONTIAN JOHOR | Hai korang, maaf hari ini Sis baru ada kesempatan nak bercerita mengenai event yang baru-baru ni Sis join iaitu Surfcasting Tours 2019 - A Journey to VM2020.

Bukan sebab apa lambat publish, tapi dek di sebabkan gambar-gambar sepanjang Sis di sana, habis semua hilang gara-gara tukar iphone lain. Tak tau nak kata apa dah, benda dah jadikan, maka redha ajelah. Nasib juga ada gambar-gambar yang dah Sis publish di FB dan juga IGs dan IG Sis, so guna mana yang ada ajelah.

[Baca juga] : Mood Menulis Hilang Gara-Gara Gambar Dalam Handphone Hilang

Tapi bukan gambar Surfcasting tu je hilang, termasuk gambar sewaktu Sis di bawa ke Tanjung Piai juga, arghhhhh bila fikir balik, naik stress di buatnya! Dah le kemain banyak gambar Sis amik 😭.

Tak apalah, nak sedapkan hati, ada rezeki jomlah kita ke Tanjung Piai lagi hehehe.

Berbalik pada tajuk, alhamdulilah Sis berkesempatan sekali lagi untuk turut serta dalam program Surfcasting Tours 2019 ini di negeri sendiri iaitu di Pontian Johor. Kalau sebelum ni dah ke Kelantan dan Melaka, so kali ini Johor pulak.

Terima kasih pada Tourism Malaysia dan Tourism Johor yang sudi menjemput kami.


Setelah berakhirnya cabaran memancing Surfcasting Tours 2019 siri ke-7 di Port Dickson,Negeri Sembilan, kini cabaran siri ke-8 pula di Pontian,Johor telah pun berakhir, siri ke-8 ini yang berlangsung pada hari Sabtu 9/11/2019 di Pantai Tambak Pontian dengan penuh meriah dan telah menarik lebih dari 2,000 pemancing menyertainya.

Pertandingan memancing anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Wakjali Event Management ini mendapat tajaan daripada Igloo dan Adabi ini telah dipilih sebagai salah satu daripada aktiviti untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 ke seluruh negara. Di samping itu, acara ini juga menjadi platform untuk mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara.



Acara telah dirasmikan oleh YB Dato Ammar Abdul Ghafur (Senior Director, Domestic, and Event Tourism Malaysia). Sementara menunggu para pemancing memancing, ada juga terdapat pelbagai aktiviti yang di jalankan. Antaranya pameran Mini Zoo, pertandingan BayBlade, memancing canvas keli bagi kanak-kanak, pertandingan mewarna dan banyak lagi termasuk demo masakan dari penaja iaitu Adabi.

Juara bakal membawa pulang RM70,000, kedua RM12,000 dan ketiga RM5,000. Pemenang keempat hingga ke-100 juga bakal pulang bersama hadiah wang tunai.




Selepas beberapa jam para pemancing bertarung dalam keadaan cuaca yang sangat panas dan penuh sabar. Akhirnya keputusan rasmi telah di keluarkan. Dan ikan belukang sebesar dan seberat 1.500kg telah di naikkan . Beza hanya 25gm aje beratnya dengan berat ikan pemenang kedua. Itulah kata orang, kalau dah rezeki, memang tak kemana.

Di khabarkan ikan belukang tersebut di naikkan seawal jam 8.05am oleh Zabri Abd Rashid dan tangkapan awalnya itu, menjadikan beliau sebagai juara Pertandingan Memancing Malaysia Surfacasting Tour 2019: A Jurney To Visit Malaysia 2020 bagi pusingan ke-8 di Pantai Tambak,Pontian Johor.

Terdapat juga cabutan bertuah kepada peserta antaranya TV LED 60 inci dan juga barangan hamper dan wang tunai.

Sekitar program dan keputusan para pemenang : Klik highlight IGs @akusislin
Dan juga update program di IG @akusislin 


Memecah rekod apabila lebih dari 2,000 kaki pancing seluruh negara menyertai pertandingan memancing kali ini yang menyediakan sejumlah RM132,750 hadiah berbentuk barangan dan wang tunai.

Setelah berakhirnya cabaran memancing siri ke-8 ini, seterusnya Malaysian Surfcasting siri ke-9 akan ke Pantai Kuala Perlis pula pada 7 Disember 2019. Bagi sesiapa yang ingin mendaftar atau ingin menyertainya, bolehlah merujuk info di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut .

[Baca Juga] : Info Penuh Juga Syarat Dan Jadual Surfcasting Seterusnya 


Borang pendaftaran boleh didapati di laman web www.wakjalitour.my atau peserta boleh mendapatkannya di kaunter pendafataran (walk in). Pendaftaran menggunakan nama samaran adalah tidak dibenarkan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 019-6203040, 012-2141401, 013-3838655 dan 012-6823479.


P/S: Sangat meriah suasana ketika itu, lebih-lebih lagi Tanjung Piai,Pontian tengah berkempen pilihanrayanya, memang ramai orang sewaktu program di jalankan.

THE LEGO STAR WARS™ MINILAND MODEL DISPLAY IS LEAVING LEGOLAND PARKS ON 31st DECEMBER 2019!

$
0
0
THE LEGO STAR WARS™ MINILAND MODEL DISPLAY IS LEAVING LEGOLAND PARKS ON 31st DECEMBER 2019! | Visit the LEGO® Star Wars™ Miniland Model Display at LEGOLAND as We Bid it Farewell!. Join LEGOLAND® Parks to Celebrate the Tribute to the Live-Action Movies Before it Departs.

Come seek the Force at the LEGO® Star Wars™ Miniland model display at LEGOLAND as they say goodbye! For 5 years, millions of LEGOLAND guests around the world have enjoyed experiencing the iconic saga by seeing scenes from each of the seven live-action STAR WARS™ movies replicated in 1:20 scale using more than 1.5 million LEGO bricks.


Since opening in 2014, the LEGO® Star Wars™ Miniland model display has been popular for children and their parents,” said Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort. 

We are thrilled we were able to bring this generational experience to our guests and hope those who have yet to see it, or want to revisit with their friends, will come experience it before it leaves us in December and we prepare to build new memorable experiences for guests.

The LEGO Star Wars™ Miniland model display has taken park guests through scenes featuring eight planets: 
  1. Naboo, with its capital city, Theed and the Royal Palace, home to Queen Amidala; 
  2. Geonosis, where Padmé Amidala, Obi-Wan Kenobi and Anakin Skywalker battle three ferocious creatures in the Geonosis execution arena; 
  3. Kashyyk, where the Droid Army’s amphibious assault on the home planet of Chewbacca and the Wookiees is depicted; 
  4. Mustafar, where the fateful duel between Obi Wan Kenobi and Anakin Skywalker takes place; 
  5. Tatooine, where you’ll find the Cantina where Luke and Obi-Wan Kenobi first meet up with Han Solo, captain of the Millennium Falcon and his co-pilot Chewbacca; 
  6. Hoth, where the Empire sends massive walkers to attack the Echo Base and while Luke’s snowspeeder has crashed, the young Jedi is seen using his lightsaber to single-handedly bring down a giant AT-AT; 
  7. Endor, the forest moon which is home to the Ewoks and these small but resourceful creatures join forces with the Rebel Alliance to destroy the shield generator and prevent completion of the second Death Star; and 
  8. Jakku, it is on this desert planet where Resistance pilot Poe Dameron receives a map to Luke’s location and Stormtroopers commanded by Kylo Ren raid the village and capture Poe before she escapes in a stolen TIE fighter with Finn.

The individual film scenes were selected in close consultation with Lucasfilm Ltd. and drawings of the figures, spacecraft, vehicles, landscapes, etc. were taken as the basis for the detailed construction blueprints. STAR WARS sounds, actions and lighting effects help to make the models more lifelike.

The LEGO Star Wars™ Miniland model display is leaving LEGOLAND Parks on 31 st December
2019, so be sure to catch it before it’s off to a galaxy far, far away!



P/S: Agaknya nak gantikan dengan apa ek? ...

PEMBUKAAN PUSAT BELI-BELAH TOPPEN BERLANGSUNG SELAMA 12 HARI DENGAN FESTIVAL #JelesEk

$
0
0
PEMBUKAAN PUSAT BELI-BELAH TOPPEN BERLANGSUNG SELAMA 12 HARI DENGAN FESTIVAL #JelesEk | Pembukaan pusat beli-belah tersebut dilancarkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuklah konsert bersama Joe Flizzow dan Joyce Chu.

IKEA Southeast Asia melancarkan pembukaan besar-besaran Pusat Beli-belah Toppen dengan pertunjukan pratonton yang menarik untuk warga Johor dan kawasan sekelilingnya, di mana ia menyasarkan untuk menjadi hab komuniti terbaharu di Tebrau.

Dari 13 November hingga 24 November 2019, Pusat Beli-belah Toppen menjemput para pengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti bengkel seni, yoga untuk kanak-kanak, melukis wajah dan ber’zumba’ beramai-ramai. Peluncur papan selaju, parkour serta tarian berkumpulan tempatant akan turut menganjurkan pertunjukan dan pertandingan.

Orang ramai juga dijemput berkunjung ke kedai- kedai permainan, makanan, sudut fesyen untuk melihat banyak lagi acara menarik yang bakal dinikmati di Toppen kelak.





Festival #JelesEk

Diinspirasikan daripada kempen #JelesEk yang meraikan sifat keperibadian warga Johor yang ikonik, Toppen akan mempersembahkan secara langsung lagu tema #JelesEk pada 16 November 2019, sebagai acara kemuncak festival tersebut. Ia akan menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen.

Lagu tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk. Buat julung kalinya, Toppen serta peneraju utama video pendek mobile ini, mengajak orang ramai untuk menari dan menyanyi (lip-sync) lagu tema tersebut mengikut kreativiti masing-masing.


Youtube Muzik Video : #JelesEk - Joe Flizzow ft Joyce Chu | Open 13 Nov 2019

Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000. Untuk menpergiatkan lagi pertandingan tersebut, Toppen juga telah menyediakan beberapa tempat untuk ber-TikTok untuk para pengunjung.

Tambahan lagi, Toppen juga turut dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan tahunan Hari TikTok pada 17 November 2019, yang akan mengumpulkan lebih 80 ‘influencer’ dari serata Malaysia dan Singapura untuk menghasilkan cerita (content) yang kreatif dan menyeronokkan di Toppen.

Juga pada 13, 16, 17, 23, dan 24 November 2019, pengunjung diajak untuk menyertai pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh TikTok.

The Topp

Tarikan utama di Toppen iaitu The Topp memegang peranan penting di festival ini. Dicipta khas untuk selaras dengan kelompok komuniti yang berbeza-beza, The Topp menjanjikan activiti menarik untuk setiap pelawat.

Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco.



Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sports untuk anda meluangkan hari bersama teman dan keluarga tersayang.

Apabila kami mula membayangkan kewujudan Toppen, kami sedar yang ianya tidak boleh menjadi sekadar pusat beli-belah yang sebanding dengan yang lain. Kami mahu mencipta sebuah tempat pertemuan yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat”, kata Christian Roejkjaer, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia.



Tambah beliau lagi, “Kami membina Toppen dengan objektif untuk memenuhi keinginan penduduk di sini. Dengan kerjasama pihak berkuasa dan kumpulan komuniti tempatan, kami berusaha sedaya upaya untuk menyerlahkan lagi keunikan Johor. Di Toppen, kami berbangga mempunyai jenama tempatan dan antarabangsa di samping mencipta sebuah hab di mana bakat-bakat dan komuniti kelahiran Johor boleh berkumpul bersama untuk berkongsi minat dan kreativiti masing-masing.

Kemudahan yang Mesra Komuniti

Diterajui oleh IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan empat aras untuk anda ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) sehinggalah panggung wayang TGV.

Toppen juga telah memperkanalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Pusat membeli-belah terbaru ini juga akan memulakan operasinya di samping 90% penyewanya pada hari yang sama.



Hab terbaharu untuk gaya hidup masa kini ini juga senang dikunjungi melalui kemudahan jalan raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi dengan ruang parkir dua tingkat yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan. Toppen diinspirasikan daripada asal usul Scandinavian, yang memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan cahaya semula jadi dan kehijauan alam, menjadikannya destinasi pilihan untuk dikunjungi.

Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Toppen menjelaskan, “Dengan nama seperti Toppen yang bermaksud ‘hebat’ dalam bahasa Sweden ini, membuat kami berazam untuk berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan cabaran.



Di samping memahami keinginan masyarakat, kami meraikan setiap pelanggan kami yang unik dengan cara mereka tersendiri. Atas sebab itu juga kami menawarkan perkhidmatan di luar dan dalam talian yang bersesuaian, ringkas dan menepati kehendak setiap pelanggan agar mereka merasai pengalaman membeli-belah yang membuat mereka berasa istimewa dan positif.

Pusat Beli-belah Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan teraju utamanya, IKEA. Mengikuti jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong menjelang tahun 2020.



Lagi gambar dan video perasmian pembukaan boleh ke page facebook @akusislin di atas ya. 
So, korang...dah pergi belum? Kalau belum, silalah terjah ya!!


P/S: One day nak kena pergi lagi, nak rayap habis-habis!...

LIRIK LAGU BENCI - AIMAN TINO

$
0
0
LIRIK LAGU BENCI - AIMAN TINO
Lagu : Apit
Lirik : Kelinci
©️ 2019 Aries Music Sdn Bhd.


Sembunyikan perasaanmu terhadap diriku
Kerna takut ku yang menghukum jiwaku yang ragu
Mensyairkan suara merdumu di notaku di jiwaku

Bencinya aku kau robek hatiku
Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku

Tersusun kata bicaramu mengisi hatiku
Pahit manis telah ku rasa terseksa batinku
Mensyairkan suara merdumu di notaku di jiwaku

Bencinya aku kau robek hatiku

Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku

Gelora menceritakan retaknya sepi
Yang memalapkan malam-malam ku yang telah lama pergi

Menghembuskan bayu sunyi melenyapkan rasa sepi
Menyalahkan api cinta yang telah pergi

Bencinya aku kau robek hatiku
Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku

Bencinya aku kau robek hatiku
Bencinya aku kau khianati seluruh cintaku
Menggigilku terhiris hatiku, menitis air mataku ini




P/S: Sis baru dengar semalam sewaktu drive dari Johor ke Paka, mendayu suara budak Aiman ni nyanyi..

PES MEE BANDUNG MAK PON PALING MUDAH DI MASAK DAN SEDAP!

$
0
0
PES MEE BANDUNG MAK PON PALING MUDAH DI MASAK DAN SEDAP! | Haii korang, salam hujung minggu dan kabare?. Macam lama sangat Sis ko menghilang dan tak membebel kat sini ek. Yee wakkk Sis sangat sibuk dalam seminggu ni. Padat dengan jadual jemputan media. Sampai nak duduk update blog pun tak nyempat!.

Tak sempat bukan sebab sibuk sangat, tapi sebab letih. Ada event tu dari pagi membawa ke malam, bila dah sampai rumah, nak bukak laptop pun jadi malas. Memang betul tak larat. Padahal banyak kerja nak update. Maaflah ya. Harap faham.

Now curi masa update kejap sementara menunggu Suami meeting ni di Paka. Sehari ke sehari nak update cite Mee Bandung ni, tapi sibuk beno, harini baru sempat nak menaipnya. Yaa sibuk sampai tak sempat nak blogwalking bagai. Nasib baik juga, pageviews blog maintain aje dalam seminggu ni, alhamdulilah.

Pes Mee Bandung Mak Pon memang kegemaran Sis dari sejak mula mencubanya, bila pindah ke Pasir Gudang terus tak tau nak beli dan cari di mana, kalau dulu masa duduk Bukit Indah, kawan setaman tu ada jual, tapi bila ternampak Kak Seri ada tayang dan katanya kawannya yang jual, so apalagi, Sis pun kirimlah 2 bungkus.


Salah satu sebab yang Sis suka pes Mee Bandung Mak Pon ni sebab, dia tak perlu di tumis. Keduanya pes dia dah siap sedia garam, gula, dan bahan perisa, korang kalau masak, tak payah tambah apa-apa dah. Cuma sediakan bahannya aje.

Senang ke tak senang? Kalau musim raya ni, benda nilah paling tidak mesti nak ada jadi stok di rumah Sis dulu, nak masak tak sampai 15minit, dah siap, janji bahan-bahan ramuan makannya dah siap sedia. Tinggal tuang dalam mangkuk dan makan jer.


Bahan yang Sis gunakan pun simple aje, tak meriah mana pun, ada tu pun ikutkan bukan untuk ramuan Mee Bandung tapi Sis buat ikut suka anak tekak hahahaha. Contohnya dalam kuah Mee Bandung tu, Sis letak kerang, sebab geramkan kerang di kedai tu fresh gilerr..so Sis rebus, kopek dan masuk dalam kuah Mee Bandung tu hehehe.

Bahan-bahan lain seperti dalam gambar tu laa. Ayam racik tu Sis gantikan dengan daging sebab anak Sis,Kakak mana makan daging, so kenalah buat ayam.


Sememangnya senang aje masaknya. Korang beli pes Me Bandung Mak Pon ni, kemudian letak air dalam periuk, masukkan pesnya, dan tunggu hingga mendidih. Tak kisahlah korang nak didihkan air dulu ke atau masuk sekali sampai mendidih, dua-dua pun kaedah yang sama.

Kalau korang guna daging, air rebusan daging tu boleh jadikan stok kuahnya tu. Bila dah mendidih, pecahkan telur, kemudian perlahankan api, biarkan sekejap. Korang bolehlah rasa ikut tekak memasing, kalau Sis memang takde tambah bahan perasa apa dah, cukup semuanya! Cuma kuahnya agak pedas aje sedikit. Tapi masih okay lagi.


Kalau dah masaknya seperiuk, dan siapa lagi peneman makan Sis kalau bukan Sunah hehehe. Kebetulan dia datang dan bermalam di rumah, makanya Sis masak aje Mee Bandung ni, barulah meriah nak makan, anak-anak pun semua ada, so memang gembiralah Sis sebab masak-masak, ada yang makan hehehe..

So korang kalau nak cuba Mee Bandung paling senang dan sedap, carilah Mee Bandung Mak Pon, pasti puashati!!. Kak Seri, kita nak kirim 5 pek ya!!

Selamat mencuba!


P/S: Malam ni dinner Nasi Goreng Sotong Paka!!! Yeszaaa...

19.11.19 - HAPPY BIRTHDAY TO ME

$
0
0
19.11.19 - HAPPY BIRTHDAY TO ME | Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan admin blog @akusislin, Allah selamatkan kamu.

Alhamdulilah, syukur kepada Allah, harini genaplah umur Sis 43tahun. Terima kasih Emak yang telah melahirkan Sis juga terima kasih Allah yang memberi sekali lagi peluang untuk bernafas harini. Now 43tahun sudah hidup di dunia ni.

Yang mengembirakan setakat harini, alhamdulilah Sis sudah berkahwin, masih lagi ada Suami, punya 3 orang anak dan hidup dalam serba seadaanya, terima kasih Suamiku yang banyak mengajar Sis susah dan senang dalam hidup berumahtangga,

Rasanya masih panjang lagi perjalanan Sis ni, sekarang baru 43tahun, apa akan berlaku esok, lusa dan masa akan datang, tak pasti lagi...yang pasti, MATI itu Pasti..

Terima kasih ya kawan-kawan yang wish birthday dari jam 12am hinggalah ke saat ini, tak putus-putus terima ucapan selamat hari lahir, sampaikan terpaksa silent bunyi oii hahaha. Moga apa yang kalian doakan buat Sis, Allah akan balikkan juga kepada korang semua. Aaamiinn..


Dan untuk harini, memang sangat gembira, sebabnya anak-anak semua ada, Suami pun ada kat Johor, so harini dapat sambut birthday bersama mereka kesayangan hamba. Masih blur lagi nak makan di mana, tapi tadi Suami ada sebut dah ajak ke 'situ', hehehe si mana? Tunggu yaaa Sis update cerita kemudian.

Yaa maaf ya korang semua, Sis masih tak dapat nak blogwalking lagi membalas kunjungan, memang agak sibuk seminggu ni. Habis jadual event, kelmarin 2 hari Sis ke Paka teman Suami. Semalam baru balik Johor. Blog Sis pun macam dah terabai takde update. Nasib baik juga pageviews masih maintain.

Makaseh korang yang sudi singgah dan tinggalkan komen. Nanti Sis pasti akan balas kunjungan korang ya. Dan terima kasih sekali lagi yang wish birthday Sis!

Love You semuanya 🎈


P/S: Tiada rahsia umur bagi Sis, umur hanya nombor saja. tak gitu??? ...

PENYELESAIAN BAU BUSUK ANTI-PELUH PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN TOP LIQUID ODOUR BUSTER

$
0
0
PENYELESAIAN BAU BUSUK ANTI-PELUH PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN TOP LIQUID ODOUR BUSTER | Sentiasa Berada dalam Penampilan Terbaik dengan TOP Liquid Odour Buster. Penyelesaian Bau Busuk Anti-Peluh yang Pertama di Malaysia untuk Gaya Hidup Aktif.

Jika korang antara rakyat Malaysia yang kerap bersenam, bau peluh dan hapak yang keluar sebaik sahaja beg gimnasium dibuka, selain bau yang melekat pada kelengkapan senaman walaupun sudah dibasuh berulang kali dengan sabun biasa sudah menjadi masalah lazim dan memalukan.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah itu mendapati hampir 80% orang responden yang bersenam lebih empat jam seminggu berhadapan dengan masalah bau busuk yang masih melekat pada pakaian senaman mereka, walaupun sudah dibasuh berulang kali.


Bau busuk ini melekat kerana pakaian tidak dibersihkan sepenuhnya. Ini kerana pakaian senaman diperbuat daripada fabrik sintetik teknikal senang memerangkap peluh dan minyak badan (sebum) jauh ke dalam gentian fabrik, membuatkan iainya sukar ditanggalkan sepenuhnya dengan sabun pencuci biasa.

Bagi kebanyakan daripada kita, pakaian yang bersih bermakna tiada kesan kotoran dan berbau segar. Tetapi peluh, bakteria dan kesan makanan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terus bertambah apabila ia tidak dibersihkan dengan betul. Hasilnya, ia menyebabkan fabrik tersebut sentiasa berbau hapak, lembap  dan busuk sepenuhnya.

Kebanyakan sabun pencuci biasa hanya menanggalkan kesan kotoran pada permukaan, bukannya sebum dan peluh yang terperangkap. Sebaliknya ia menggunakan wangian yang kuat untuk mengaburi bau busuk, membuatkan punca masalah pakaian berbau tidak dapat diselesaikan.


Dengan TOP Liquid Odour Buster, satu penyelesaian bau busuk anti-peluh berprestasi tinggi yang direka khas untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Ia membantu menghilangkan bau dan menghalangnya daripada kembali.

Dibangunkan oleh Lion Corporation, Japan, TOP Liquid Odour Buster menembus ke dalam gentian teknikal untuk menanggalkan peluh yang terperangkap dan menyah bau molekul bau busuk, demi memberikan fabrik yang benar-benar bersih dari gentian teras.

Rangkaian produk TOP Liquid Odour Buster berfungsi dalam tiga cara untuk merawat pakaian senaman. Pertama, ia menghilangkan sebum yang terperangkap dan bakteria punca bau busuk yang terkumpul. Kemudian, teknologi Bau Anti-Peluh Berprestasi Tinggi itu meneutral, menyah bau, menghilangkan bau hapak dan peluh, memberikannya 2 kali ganda lebih kesegaran. Hasilnya ialah pakaian yang bersih dan segar walaupun pada pakaian senaman yang dibasahi peluh.

Formulasi baharu yang dipertingkatkan itu berasaskan daripada teknologi bahan pencuci Micro-Clean Tech (MCT) TOP yang memenangi anugerah. Ia ditambah dengan bahan Antibakteria untuk menghalang 99.9% bakteria penyebab bau busuk serta teknologi wangian Odour Buster baharu yang terdiri daripada Teknologi Penghapus Bau Busuk, Teknologi Meneutralkan Bau Busuk dan Teknologi Penyahbau Busuk.

Formulasi TOP Liquid Odour Buster yang telah dipertingkatkan itu boleh membuatkan pengguna melupakan basuhan pakaian yang hapak dan busuk. Jadi anda fokus kepada aktiviti lasak dan biar TOP yang menjalankan tugasnya.

Kaji selidik pengguna produk yang dijalankan oleh TOP ke atas 150 pengguna yang kuat berpeluh dan menggunakan TOP Liquid Odour Buster baharu mendedahkan dapatan yang sangat positif dengan 92% menyukai produk itu. Sementara 91% menyukai bau wangiannya dan 92% bersetuju bahawa ia mampu menghilangkan bau peluh yang kuat. Keupayaan TOP Liquid Odour Buster untuk menghilangkan bau busuk menerima kadar kelulusan sebanyak 91%. Manakala 93% responden mendapati ia berupaya menghilangkan bau peluh daripada pakaian senaman.

Memandangkan gaya hidup sihat semakin popular di Malaysia, pakaian yang digunakan untuk bersenam kian diterima ramai sebagai pakaian kasual atau bekerja. Jadi, penting bagi pengguna mempunyai penyelesaian untuk menjaga pakaian yang versatile seperti ini,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn. Bhd., Cik Ling Ai Li.


TOP Detergent merupakan rakan kongsi rasmi penjagaan fabrik perlumbaan Spartan Race Malaysia. Dekatilah rangkaian detergen TOP termasuk TOP Liquid Odour Buster berprestasi tinggi di perlumbaan Spartan Race Malaysia di Iskandar Puteri, Johor.

Antara perlumbaan Spartan yang telah dijalankan pada 16 November 2019 baru-baru ini adalah,  perlumbaan Ultra 50km dengan 60 halangan (obstacles), perlumbaan  Beast 21km dengan 30 halangan, perlumbaan Super 13km dengan 25 halangan dan satu perlumbaan 5km eksklusif untuk pekerja Southern Lion.


TOP adalah penaja rasmi penjagaan fabrik pakaian untuk Spartan Race Malaysia. Selepas menyelesaikan pelbagai halangan, peserta pasti memerlukan detergen yang mampu menghilangkan lumpur, kotoran dan peluh dari pakaian sukan mereka. Kami yakin ia dapat diselesaikan dengan TOP Liquid Odour Buster Berprestasi Tinggi yang diperbaharui. Perlumbaan khas untuk pekerja Southern Lion ini memberi mereka peluang untuk merasa sendiri pengalaman Spartan yang mencabar kemampuan ketahanan, semangat berpasukan dan yang paling penting menguji keberkesanan produk kami. Mereka semua ialah pengguna detergen TOP dan perlumbaan ini akan memberi mereka peluang untuk buktikan yang TOP dapat mengatasi sebarang cabaran yang diberikan,” kata Pengarah Urusan Southern Lion, Encik Tatsuya Horiuchi selepas mengibarkan bendera permulaan untuk peserta perlumbaan Spartan.

TOP Liquid Odour Buster didatangkan dalam pek isian semula 1.8L, botol 2.7kg dan 4.0kg. Ia ditawarkan pada harga RM10.40, RM17.55 dan RM24.05, serta boleh didapati di kedai seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my, Facebook http://www.facebook.com/TOPdetergentMY atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.


 P/S: Dulu Sis pengguna TOP ni sewaktu masih lagi menyidai kain, tapi sejak guna dryer, Sis dah guna brand lain, nanti nak beli jugalah TOP Odour buster ni..

TAHNIAH HARIMAU MALAYA, PENUTUP TIRAI 2019

$
0
0
TAHNIAH HARIMAU MALAYA, PENUTUP TIRAI 2019 | Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan yang menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan seemalam membuka peluang buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu terus berada dalam persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya dan layak ke Piala Asia 2023.

Tahniah juga diucapkan kepada seluruh barisan kejurulatihan, pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan penolong pengurus pasukan, Dato Posa Majais bersama kapten pasukan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan semua pemain.


Datuk Haji Hamidin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ultras Malaya dan penyokong Harimau Malaya yang setia memberi semangat dan mendoakan skuad kebangsaan tidak kira di mana berada.

"Penyokong sememangnya mengharapkan kemenangan hari ini dan ia umpama penutup tirai terbaik 2019 dan hadiah buat rakyat Malaysia," kata Datuk Haji Hamidin.

Terdahulu, Datuk Haji Hamidin berkesempatan bertemu dengan Presiden Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) yang baru dilantik, Jeneral Polis Mochammad Iriawan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.


Pertemuan ringkas menjelang saingan menentang Indonesia ini membincangkan pelbagai perkara khususnya kemajuan bola sepak antara dua negara.

"Kedua-dua negara mempunyai sejarah yang cukup lama dalam sukan bola sepak sekali gus menjadikan perseteruan di atas padang cukup unik. Kita harapkan Harimau Malaya dan Sang Garuda akan terus bersaing secara sihat demi kecemerlangan di peringkat antarabangsa," tambah Datuk Haji Hamidin.

Hadir sama Naib Presiden PSSI, Iwan Budianto dan Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria.

Sebelum ini Harimau Malaya sudah melakar tiga kemenangan masing-masing mengalahkah Indonesia 3-2 dalam perlawanan pusingan pertama di Jakarta pada 5 Sept lalu.

Mereka meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan juara lima kali Piala AFF Suzuki, Thailand, dengan 2-1 juga di Bukit Jalil pada 14 November lepas.



PEMAIN MALAYSIA: Khairulazhan Mohd Khalid (Mohd Farizal Marlias), Shahrul Mohd Saad, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (kapten), La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Muhammad Syahmi Safari, Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Mohd Afiq Fazail), Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Safawi Rasid.

PEMAIN INDONESIA: Muhammad Ridho Djazulie, Otavio Dutra, Ricky Fajrin Saputra, Rudolof Yanto Basna (kapten), Gavin Kwan Adsit, Teuku Muhammad Ichsan (Rizki Pora), Hendro Siswanto, Septian David Maulana (Dendi Santoso), Febri Hariyadi, Bayu Pradana Andriatmoko, Gregory Junior Nwokolo (Osas Marvellous Ikpefua).

PENGADIL: Alireza Faghani (Iran)

#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers
Sumber Buletin : Facebook FAMalaysiaOfficial

Tahniah Malaysia !!!


P/S: Sejujurnya Sis ko tak tengok semalam, sebabnya di luar makan malam, anak-anak meraikan hari jadi Sis hehehe.

WORDLESS WEDNESDAY - iPhone 11

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - iPhone 11 | Purple,warna Sis. Dan akhirnya rezeki dapat juga memakai handphone berwarna purple. Ini antara satu wishlist tahun 2019 selain dari kamera, tapi setelah di fikirkan, akhirnya Sis sepakat dan terima nasihat + bebelan dari Suami, akhirnya Sis memilih iPhone 11 sebagai hadiah hari jadi Sis tahun ini.

Kata Suami amik iPhone 11 ni jer, sebab senang nak bawa, kalau kamera kang, jadi macam kamera Canon DSLR Sis tu, tersadai tak di guna, hehehe.

Alhamdulilah .. syukur!



P/S:  Harini bizi dari pagi sampai ke malam ada media invitation...harap maaf belum sempat nak blog walking.

SIANG HARI MAKAN SEAFOOD, MALAM HARI MAKAN KEK SDS

$
0
0
SIANG HARI MAKAN SEAFOOD, MALAM HARI MAKAN KEK | Ya Allah rindu sungguh nak menaip nak berkongsi cerita di sini, rasa macam lama sangat tak menulis ceritera hal sendiri. Yaa Sis sibuk sejak dua tiga minggu ni dengan jemputan media, makanya mana yang sempat, itulah yang Sis update.

Maaf juga buat kawan-kawan semua yang datang blogwalking dan tinggalkan komen tapi Sis masih belum ada kesempatan nak membalas kunjungannya, insyaAllah Sis akan cuba nanti balas satu-satu ya. Pagi ni pun sambil nak memasak, duduk kejap update. Tapi dalam masa yang sama, terkejar-kejar juga ni, kang tengah hari nak keluar lagi ada jemputan media di Senai, dan malam pula ada meeting bersama Jocom. Macam tangan sotong dah Sis ko ni hahahaha.

Tapi Sis happy melakukannya, selagi Suami mengizinkan, masa Sis tu terisi dengan aktiviti, Sis happy jumpa kawan-kawan, dapat berkenalan dengan kawan baru dan sesambil luaskan networking Sis. Jumpa kawan baru ni semua cerita baru dan berkongsi ilmu pun ilmu baru. Yaa no gossip-gossip okay! Semua cerita 'masa depan' aje hehehe.

Okaylah berbalik pada tajuk, Sis nak cerita dan kongsi sambutan pada hari lahir Sis baru-baru ni, hehehe. Sebelum tu, terima kasih ya buat semua yang memberi ucapan dan kirimkan doa buat hari lahir Sis, juga yang hantar hadiah buat Sis, moga Allah membalas segala keikhlasan korang semua, aamiinn.

[Baca juga] : Hadiah Harijadi iPhone 11 



Tahun ni sama je macam tahun lepas, bila di tanya nak makan mana, baik si Ayahnya ataupun anak-anak Sis, memasing akan jawab, makan di Restoran Todak Orang Asli. Memang kalau nak makan seafood, kami sepakat akan makan di sini, sebabnya puashati dari segi seafoodnya yang fresh, juga servisnya yang cepat, dan paling best harganya, memang berbaloi murah!

Biasa Sis anak beranak akan order menu 2 jenis sayur, ketam (hitam) 5 ekor, sotong goreng, udang kari, mantau bun dan juga seekor ikan. Dan kesemua harga makan termasuk air, tak pernah lebih dari RM 250 untuk makan 5 orang. Portion dia besar dan memang dia akan masak untuk berapa orang yang kita datang makan. Memang berbaloi.

[Baca juga] : Berbuka Puasa Di Restoran Todak Orang Asli 

Sis orangnya paling happy bila kami anak beranak dapat bersama begini, makan dalam meja bulat bersama dan sambil kami makan sambil kami anak beranak bertanyakan hal memasing dan berbincang bersembang anak beranak. Bukan senang nak cukup semuanya. Moment yang kadang buat Sis menangis bila ingat-ingat atau lihat gambar, sebab tu suka amik gambar, supaya nanti boleh lihat balik kegembiraan itu...

Moga Allah pelihara hubungan kami anak beranak daripada spesies 'jin' yang suka menganggu kebahagiaan orang lain..aamiinn...



Dah siangnya kenyang makan seafood, maka malam harinya anak pulak belanja makan kek. Masa ni Suami dah gerak ke Melaka sambung kerja, anak bujang pulak tak ikut, dia pergi lepak dengan kawan-kawannya tengok bola Malaysia lawan Indonesia tu. Sos Sis 3 beranak aje yang pergi makan kek.

Kalau kata nak makan kek, mana lagi kalau bukan di SDS Bakery & Cafe. Kali ni ajak anak ke SDS Mid Valley, sebab tak pernah lagi ke SDS situ. Menu macam biasalah, Sis akan order Red Velvet Cake dia, memang sangat sedap! Orang kata tak sedap, tapi tekak Sis kata sedap okay. Dan menu lain-lain tu anak-anak order ringan-ringan aje, sebab masih kenyang makan seafood siang harinya tu.

[Baca juga] : Lunch Di SDS Bakery & Cafe 

Terima kasih anak Mak,Yana yang belanja makan kek dan juga makan malam. Moga bertambah rezekinya.

So tu je laaa yang nak Sis kongsikan di sini. Nanti sambung lagi ya. Jangan risau, nanti Sis update baliks ehari 3 kali macam biasa ya hahahaha biar muntah hijo korang baca dan scroll hahaha.

Thank You korang! Bye..


P/S: Harini nak masak Ikan Tongkol masak singgang, dan juga Ayam sambal kicap. Jom masak!!

21 NOVEMBER 2019 - PEMBENTANGAN BELANJAWAN JOHOR 2020

$
0
0
21 NOVEMBER 2019 - PEMBENTANGAN BELANJAWAN JOHOR 2020 | Seramai hampir 3.8 juta penduduk Johor bakal menerima berita gembira yang dinanti-nantikan.

Jangan lupa ikuti PEMBENTANGAN BELANJAWAN JOHOR 2020, secara “LIVE” menerusi beberapa saluran rasmi media sosial yang terpilih, antaranya:

Akaun Facebook Menteri Besar Johor di https://www.facebook.com/drsahruddinjamal/

Laman sesawang Kerajaan Johor di https://www.johor.gov.my/

Akaun Facebook Astro Awani di https://www.facebook.com/astroawani/

Atau di mana-mana laman sesawang jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor pada Khamis, 21 November 2019, 9.30 pagi.

BELANJAWAN JOHOR 2020 juga boleh didengari secara “LIVE” menerusi saluran radio Johor FM 101.9 dan Best FM 104.1.



P/S: Ayuh kita rakyat Johor nantikan berita gembira itu!! ..

ORANG DEWASA PERLU MAKAN UBAT CACING KE?

$
0
0
ORANG DEWASA PERLU MAKAN UBAT CACING KE? | Kita sangat menitikberatkan perihal penyakit kronik seperti hipertensi, kencing manis dan strok. Namun, kita sering lupa bahawa ada cacing yang suka menyelinap masuk dan mencuri nutrisi mikro dan mineral menyebabkan simptom seperti kurang sel darah merah (anemia), sakit perut dan gatal pada bahagian dubur.

Bukan kanak-kanak sahaja yang perlu mengambil ubat cacing secara kerap. Betul ke ni?
Ikuti artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.


Penyakit kecacingan

Fakta yang semua perlu tahu adalah orang dewasa tidak terlepas daripada terkena jangkitan cacing, terutamanya jika mereka mempunyai penyakit yang melemahkan imuniti badan seperti kencing manis dan penyakit autoimun. Di negara membangun, masalah kecacingan merupakan masalah yang biasa berlaku. Ia terjadi disebabkan oleh sistem sanitasi yang mundur, kebersihan diri yang tidak dijaga, tidak memakai selipar ketika berjalan di atas permukaan kotor dan memakan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Simptom yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti adalah kurang sel darah merah, susut berat badan dan kelesuan. Majoriti daripada simptom tersebut berpunca daripada kekurangan zat makanan kesan daripada pengambilan mineral dan zat tersebut oleh cacing yang berperanan sebagai parasit. Simptom seperti kekurangan sel darah merah juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalaman kronik yang disebabkan oleh cacing tersebut.

Ada juga individu yang mengalami simptom disebabkan oleh rembesan bahan toksin oleh cacing tersebut. Mereka, kebiasaannya, akan mengalami keresahan, ruam, loya, muntah dan cirit-birit. Jika tidak dirawat dengan baik, cacing tersebut boleh membiak dengan banyaknya, menyebabkan simptom menjadi semakin teruk seterusnya menurunkan tahap kesihatan individu tersebut.

Mitos: Kanak-kanak sahaja yang perlu makan ubat cacing

Masalah kecacingan boleh berlaku kepada mana-mana individu. Ia kebiasaannya, menjangkiti populasi kanak-kanak berikutan kurang kesedaran terhadap penjagaan kebersihan dan sistem pertahanan tubuh yang lemah.

Bagi orang dewasa pula, jika mereka tidak dirawat, mereka boleh menyebarkannya kepada individu yang lain melalui sentuhan atau suapan makanan. Organ yang terlibat bukanlah usus sahaja, bagi sesetengah spesies cacing, organ seperti kulit, paru-paru dan otak menjadi sasaran memandangkan mereka boleh memasuki salur darah.

Cara mengelakkan simptom ini daripada menjadi teruk adalah dengan melakukan pembasmian cacing menggunakan ubat yang kebiasaannya boleh dibeli di farmasi. Walau bagaimanapun, digalakkan bagi setiap individu untuk mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan untuk mengelakkan komplikasi.

Ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis ubat cacing yang mempunyai tahap keselamatan yang berbeza. Ada juga populasi individu yang boleh mengalami interaksi tidak selamat jika diambilnya sejenis ubat yang spesifik. Contoh kepada populasi tersebut adalah mereka yang sedang hamil.

Cegah dan rawat

Saranan rutin pemeriksaan dan pengambilan ubat tersebut adalah pada durasi 6 bulan sekali, namun jika anda dijangkiti, pembasmian perlu dilakukan dengan lebih kerap. Mereka yang tidak menunjukkan simptom juga digalakkan untuk menjalani pemeriksaan saringan. Ini berikutan kebanyakan mereka yang mendapat masalah kecacingan pada fasa awal tidak menunjukkan sebarang simptom.

Rawatan awal dapat menyelamatkan anda daripada mendapat sebarang komplikasi kesan daripada masalah kecacingan tersebut.

Selain itu, kawasan persekitaran tempat duduk anda perlu dijaga dengan baik. Kesan ubat yang optimum sukar didapati jika anda masih tidak memasak daging dengan baik, tidak mencuci tangan sebelum makan dan berkaki ayam semasa berjalan di atas permukaan yang kotor. Pastikan:

  • Anda membasuh buah dan sayur dengan bersih.
  • Memasak daging dan ikan dengan sempurna.
  • Basuh tangan sebelum makan.
  • Minum air yang dimasak atau ditapis sahaja. 
  • Penapis air diselenggara dengan baik.
  • Haiwan peliharaan dalam keadaan bersih.
  • Melakukan pembasmian cacing dalam kalangan haiwan peliharaan.
  • Menggunakan sarung tangan sebelum membersihkan tinja haiwan peliharaan.
  • Basuh tangan selepas memegang haiwan. 


Konklusi

Jika anda merasakan bahawa orang dewasa tidak perlu mengambil ubat cacing, fikirkan semula. Komplikasi daripada kesan jangkitan cacing boleh menurunkan produktiviti, meningkatkan kebarangkalian untuk dijangkiti oleh penyakit lain dan secara keseluruhan, anda akan mengalami penurunan kualiti hidup.

Oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Sumber : Hello Doktor


P/S: Sejujurnya memang Sis kalau rasa kurang selesa perut, Sis akan makan ubat cacing. Korang?

ORANG KAMPUNG CORPORATION (M) SDN BHD BEKERJASAMA DENGAN AIRASIA BERHAD BAGI KEMPEN PENJENAMAAN OK GROUP DI ATAS PESAWAT AIRASIA A320

$
0
0
ORANG KAMPUNG CORPORATION (M) SDN BHD BEKERJASAMA DENGAN AIRASIA BERHAD BAGI KEMPEN PENJENAMAAN OK GROUP DI ATAS PESAWAT AIRASIA A320 | Korang biasakan dengar jenama Orang Kampung ni kan? Kalau di pasaraya atau kedai jamu, mesti akan nampak produk-produk mereka ni. Produk mereka lebih kepada produk kesihatan, tapi ada juga barangan komestik. Untuk Sis memang biasa sangat, sebab Sis ada mencuba produk mereka, terutamanya Teh Herba Kurus Orang Kampung tu.

Apa? Kurus ke tak? Ko ingat minum sekotak tu bole kurus ke haaa! Ceh! Silalah konsisten ya, macam Sis ni kejap minum kejap idok, so jangan ko nak pandang atas bawah pulak yaa. Tapi teh dia rasa sedap tau! Siap dah ada rasa peach lagi, tapi biasa Sis beli yang rasa limau je. Cubalah.

Orang Kampung (OK Group)



Perniagaan Orang Kampung bermula sekitar tahun 1970an. Berdasarkan motto syarikat iaitu 'ORANG KAMPUNG PENERAJU INDUSTRI HERBA' kini jenama 'ORANG KAMPUNG' yang telah melalui transformasi yang pelbagai, boleh didapati di semua kategori pasaran di dalam negeri dan di beberapa negara luar termasuk rantau Asean dan Timur Tengah.

Kilang herbanya dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf dengan Pensijilan 'Good Manufacturing Practice' (GMP). Keutamaan kepada 'Research & Development' dan jaminan kualiti. Jenama 'ORANG KAMPUNG' adalah selamat, halal dan mudah dimakan atau digunakan.

Majlis Perasmian Kempen Penjenamaan OK Group Untuk Pesawat AirAsia 2019





Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd (OK Group) semalam mengumumkan kerjasama kempen penjenamaan bersama AirAsia Berhad sebagai rakan media di atas pesawat A320 di Malaysia.

Kempen penjenamaan di atas pesawat AirAsia ini telah di lancarkan oleh Pengarah Urusan OK Group, En Habibul Ajmi Bin Datuk Hj Manggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, semalam.

Istimewanya penjenamaan di atas pesawat AirAsia A320 ini, ia menampilkan logo Minuman Tenaga Longjack, di samping imej Ikonik Orang Kampung. Dengan penggunakan tagline 'The True Power', imej di atas pesawat kelihatan elegan dan energetik, mencerminkan imej OK Group.

Minuman Tenaga Longjack dan Kacip Fatimah (KF) merupakan 100% tulen, keluaran Malaysia dan kini boleh didapati di semua pesawat AK AirAsia.

Pesawat AirAsia A320 'The True Power' 



Pengarah Urusan Ok Group Encik Habibul Ajmi berkata, 'Dengan kejayaan penjenamaan pesawat ini, OK Group melihat ini sebagai peluang untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama syarikat yang telah memenangi anugerah World's Best Low Cost Airline, sebagai strategi penjenamaan korporat bagi tahun 2019 sehingga 2021.'

'Kerjasama bersama pesawat komersial merupakan satu langkah yang tepat dan jitu untuk strategi penjenamaan kami dan berharap ia akan membuka lebih banyak peluang untuk OK Group mengembangkan pasaran dan juga strategu pengiklanan jangkamasa panjang.' tambahnya lagi.

'Ok Group melihat peluang ini akan membuka lebih kebolehpasarab bagi produk Ok, sekaligus melonjakkan nama OK Group ke peringkat lebih tinggi. Objektif penjenamaan ini adalah untuk mengembangkan potensi perniagaan dan juga meningkatkan nilai jenama OK, domestik dan juga antarabangsa,' ujarnya. 



Untuk rekod, OK Group telah menceburi perniagaan kesihatan, makanan dan minuman selama lebih 40 tahun. Di asaskan pada tahun 1975 oleh Allahyarham Datuk Haji Manggar Bin Haniff, OK Group bermula secara kecil kecilan, menghasilkan produk kesihatan tradisional untuk penduduk dan pasaran seluruh Melaka, ia kini diiktiraf sebagai jenama yang terkenal di Malaysia khasnya, dan pasaran Antarabangsa amnya. 

Tahniah buat Orang Kampung!

Untul lebih gambar sekitar majlis perasmian, korang boleh ke IG @akusislin atau ke facebook page @akusislin juga ya. 

#ConsumerCampaign2019
#OrangKampung
#semuanyaOK
#OKgroup


P/S: Semalam minum 2 tin KF minuman tenaga tu, pagi bangun segar bugar dan fresh gile badan! 

SAMBAL IKAN TONGKOL PEDAS TAPI SEDAP

$
0
0
SAMBAL IKAN TONGKOL PEDAS TAPI SEDAP | Yaa pedas ya amat lada kering yang Sis masak buat sambal ikan tongkol ni, tapi pedas-pedas pun, sekali makan sedap, bertambah nasi di pinggan hahaha. Siapa lagi kalau bukan anak bujang dan juga Kakaknya, kesukaan mereka kalau masak sambal pedas macam ni.

Menu ni Sis masak lawan dengan sayur lemak kobis, perghh memang kenalah kan makan dengan sambal, Sis buat sekali sambal bawang, mananya makan tak bertambah, dengan Sis ko sekali pun makan 2 pinggan huwaaaa...bila nak diet ni oii...

Tapi takpe, puashati, sendiri masak sendiri makan, sendiri puji sedap. Janji kau masak.


Kali ni Sis ko saje amik gambar zoom in gitu, hahahaha kasi lebih mengiurkan. Kalau tak sebelum ni gambar zoom out sikit. Sejenis Sis Lin, amik gambar tak suka zoom in, bagi Sis kalau zoom in, tak nampak lauk pauk tu di buatnya hahahaha. Tapi untuk yang ni, kita kasi test hehehe.

Ternyata, wooo kecur tak korang nengok? Kakakakah..


Untuk resepi Sambal Ikan Tongkol ni, takde yang specialnya, sama je masak sambal lain-lain juga. Hanya lada merah, bawang putih dan belacan di blender halus. Kemudian bawang besar di hiris dan ditumis, bila bawang layu harum, baru masukkan lada kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.

Tumis-tumiskan dan tambah-tambahkan air dalam beberapa kali, lagi garing lada, lagi sedap!


Bila dah garing masukkan gula, dan serbuk perasa semua, nak kuah lebih, tambah air asam jawa sikit. Jangan banyak, kang masam pulak. Haaa ikan tonmgkol tu pulak, sesiap dah goreng dulu ya, nanti bila sambal dah get ready masak, masukkan ikan dan gaul-gaulkan dia bagi mesra, kemudian barulah tutup api.

Siap masak makan pepanas, uii sedapnya..menaip ni pun hampir meleleh air liur hahaha.

So harini korang masak apa? Sis harini anak Sis,Yana masak ayam masak merah, sayur kobis sawi lemak putih, goreng ikan asin dan buat sambal bawang. Masak is done katanya ...

Okay dah jom, nak bersiap-siap, kang malam ada event bersama JDT Blogger.

Nanti sambung lagi ya..OkBye..


P/S: Esok hari Sabtu!!! Yayy....

GIVEAWAY AKHIR TAHUN BLOG HASRUL HASSAN

$
0
0
GIVEAWAY AKHIR TAHUN BLOG HASRUL HASSAN | Yaa jarang-jarang sekali Sis ko nak join giveaway tau, tapi untuk kali ini Sis sangat teruja nak join giveway dari pemilik dan sifu SEO siapa lagi kalau bukan blogger Hasrul Hassan admin/author blog hasrulhassan.com.

Korang semua pun boleh join, mudah dan simple aje cara nak menyertainya. Mana tau kan, kotlah rezeki, korang akan dapat wang tunai dan juga template blogger premium secara percuma!

Yang bestnya Hasrul Hassan sendiri yang akan mengodeh dan mengeditnya untuk korang! Kompom SEO trafik dan iklan adsense meletop woo..

So korang, apalagi, jom lee join!


Syarat nak sertai giveaway ini adalah seperti berikut:

Nak join? Klik SINI 

Hasrul Hassan ni Sis kenal hanya dalam dunia blogging, tapi tidak pernah lagi bertemu dengannya secara face to face. Blog dia banyak jadi rujukan pada blog Sis mengenai SEO dan juga panduan/tips menulis.

Serius sangat Sis katakan, banyak perubahan trafik dari segi penulisan, SEO atau apa saja yang di blog Sis, Sis banyak cari rujukan di blog Hasrul Hassan. Dari Sis tak tau apa itu SEO, sampai kesudahnya sekarang Sis tau apa itu SEO dan cara juga bagaimana nak naikkan trafik blog.

Cumanya antara rajin dengan tak rajin aje korang nak buat. So kalau korang ada masaalah mengenai trafik atau sebaginya mengenai blog, jadikan blog Hasrul Hassan sebagai rujukan korang, fahamkan, dan hadamkan betul-betul, insyaAllah sikit-sikit korang akan faham.

Kalau tak faham juga, boleh je PM Hasrul Hassan dan bertanya, dia tak lokek ilmu, cuma ada certain ilmu, ko kenalah bayo ye, bukan free-free je nak bagi hehehe.

InsyaAllah satu hari nak juga bertemu dengannya, boleh 'korek' lagi ilmu blogging dengannya..
Terima kasih HH kerana banyak membantu Saya.


P/S: Macam nak tukar template je rasanya..

EXPERIENCE THE GIFT OF BEING TOGETHER WITH HILTON IN MALAYSIA

$
0
0
EXPERIENCE THE GIFT OF BEING TOGETHER WITH HILTON IN MALAYSIA | Indulge in Christmas and New Year’s Eve spreads with loved ones around the Festive Table.

The year-end festive period is a time for reflection, gratitude, and most importantly togetherness. Loved ones from around the world travel far and wide to be together, because experiencing the magical moments of the season with the ones who matter is what makes it worthwhile.



Hilton hotels in Malaysia presents the greatest gift – togetherness, by making the world a smaller and closer place with the Festive Table. The act of sharing a meal is simple, but the gesture itself is a heartwarming one.



Each Hilton hotel in Malaysia offers festive menus and promotions that are made for sharing, in hopes to reunite loved ones, create new friendships and strengthen each unique relationship.



Makan Kitchen

Santastic Buffet Dinner
1 - 30 December 2019 | Sunday - Thursday
6:30pm – 10:30pm | RM118 nett per adult
*Kids will be charged by age

In addition, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru has Christmas offerings throughout the hotel
such as:

Christmas Eve & Christmas Day Buffet Dinner
24-25 December 2019 | 6:30pm – 10:30pm
Adult – RM168 nett | 50% discount for kids

Christmas Buffet High-Tea
25 December 2019 | 12:30pm – 3:00pm
Adult – RM118 nett | 50% discount for kids

Tosca

Christmas Eve & Christmas Day Poolside BBQ Buffett Dinner
24-25 December 2019 | 6:30pm – 10:30pm
Adult – RM188 nett | 50% discount for kids
*Unlimited Cheese Buffet


From 1 – 20 December 2019, each Hilton hotel in Malaysia will be giving away a 3D2N stay inclusive of breakfast buffet to one lucky winner. To stand a chance to win, participants have to like the hotel’s Facebook page, share the post and leave a comment with their most memorable dining experience with loved ones during the holiday season.

For more information and reservations, please call Hilton Kuala Lumpur at +60 7 268 6868 or email us at JohorBahru.FB@hilton.com


P/S: Yaaa time musim perayaan Krismas la, ayam Turkey menjadi kesukaan Sis Lin hehehe. 

LIRIK LAGU SATU-SATU - DRAMA BAND ft AG COCO

$
0
0
LIRIK LAGU SATU-SATU - DRAMA BAND ft AG COCO
Official IG: @dramabandmy
MVM Production Sdn Bhd


Ah sudah, aku terkena lagi
Entah kali yang ke-berapa
Tertipu oleh manusia yang sama
Perasaan yang sama

Ah jangan-jangan aku terkunci
Oleh rantai halimunan kau cipta
Ketagihan tanpa aku sedar

Kerana aku cuba
Membunuh kau dari minda
Agar kau berhenti
Dari terus menghuni
Namun kau tidak pergi

Satu-satu kau bicara
Kau hanya lapar perhatian saja
Pusing-pusing ikut mana
Tetap yang sama
Kau takkan berubah
Terjunlah kau Si Luncai dengan labunya

Sampai, jangan sampai
Senang termakan dunia
Pulang, oh pulang
Nanti tetap seorang




P/S : Selamat berhujung minggu semua 😎
Viewing all 4498 articles
Browse latest View live