Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live

PERMAINAN TRADISIONAL - BATU SEREMBAN

$
0
0
PERMAINAN TRADISIONAL - BATU SEREMBAN | Siapa sini zaman kanak-kanaknya ada dan pernah bermain batu seremban ni? Yaa kamu memang kanak-kanak hahaha. Sis dulu boleh di katakan 'jaguh' dalam bertanding dengan kawan-kawan sekampung ataupun dengan adik beradik bab main batu seremban ni. Tak pernahnya kalah kalau main, balik-balik Sis ko je jalan terus, sampaikan adik Sis dulu menendang-nendang marah sebab tiba turn dia, asyiklah 'mati'😅 .

Dan sampai sekarang pun, Sis masih boleh main lagi batu seremban ni sampai batu 10, bukan 7 aje hahaha. Korang macam mana pulak? Masih ingat main batu seremban ni? Jangan salah sebut, Seremban, bukan Seremban Negeri Sembilan, ejaan sama, tapi sebutannya lain.

Jom kita kenali apa itu permainan tradisional Batu Sremban ini.


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Cara Bermain :

Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Haa ada yang sedang memikir-mikirkan nak bermain batu seremban ni?
Apalagi pi cari 'biji buahnya' dulu kemudian baru bermain ya..

Selamat mencuba.


P/S: Sis ada koleksinya, siapa nak lawan dengan Sis, mai lerr..hehehehe..

SABUN LILIN SERAI - OLE-OLE DARI BANGKOK

$
0
0
SABUN LILIN SERAI - OLE-OLE DARI BANGKOK | 'Sis, bila nak update cite holiday Bangkok?', hahaha tunggulah Dik Nonn oii, Sis ko tengah nak amik mood dulu nak menulis cite percutian tu. Nantilah ek Sis update. Buat masa ni, nak fokus update cite harian dan cite aktiviti sana sini Sis dulu, nanti dah tiba masa mood menulis travel datang, Sis tulis ya, doakanlah moga mood tu tak cecah tahun 2020 hahaha.

Gambar bawah ni ada rupe serai tak? Apa yang korang nampak? Takkan kobis plak kan hahaha. Yaa serai. ianya adalah seketul sabun lilin yang berbau serai. Sis beli masa di Bangkok. Kat sana rata-rata memana pergi ada aje orang menjual sabun tau. Berjenis sabun ada. Semuanya homemade. Sis sampai teruja nengoknya.

Tapi hati-hati sewaktu korang fokus dan berungguh nengok dan pegang, silap haribulan apa yang ko pegang tu dan nampak pelik, ianya jadi bahan lawak orang yang melihat ko. Kenapa? Ada juga mereka menjual sabun berbentuk kemaluan lelaki dan juga berbentuk payudara perempuan. So bagi mereka yang melihat nampak pelik, ada kang ko pegang sambil bertanya 'Ini apa ek?', aje gilerr hahaha.


Tapi Sis suka akan sabun lilin serai ni, Sis letak di depan Sis, di mana meja Sis duduk menaip blog, nanti bau-bau serai tu naik masuk ke lobang hidung, sedap baunya..

Ada juga Sis beli jenis bunga, buah-buahan, aiskrim dan juga jenis bau kopi. Menusuk baunya si kopi bila bukak ekon, Sis letak dalam bilik, sampaikan Suami kata 'Sedap pulak bau kopi', kata Suami hahaha.


Berapa RM? Mereka jual 100baht untuk 4 jenis, tukar Malaysia dalam 13 hengget gitu lerr. Sis belinya di Chacutak Market. Jadilah buat ole-ole diri sendiri dan juga kawan-kawan kan. Rambang mata tengok berjenis sabunnya.

Banyak jenis dan macam-macam bau, ikut suka koranglah nak jenis macam mana dan bau apa. Tapi yang bau serai tu memang sedap sangat baunya! Rasanya semut ke lipas ke atau serangga apa pun takut baunya hahahah kuat sangat baunya.

Ikut hati Sis nak beli bebanyak, tapi apakan daya, banyak benda lagi boleh di beli oii hahaha. So korang, tunggulah cerita cuti Bangkok Sis ya hohoho..


P/S: Cuba teka, bau sabun eskrem tu bau apa agak-agaknya? Hehehehe...

RESEPI ASAM REBUS NANAS YANG MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
RESEPI ASAM REBUS NANAS YANG MUDAH DAN SEDAP | Kalau arwah Atuk Sis selalu kata, perempuan kalau tak pandai masak singgang dan asam rebus, memang tak berlaki laa sampai ke-tua, haa gitulah Atuk selalu kata, dan dengan itu, waktu sekolah rendah lagi, Sis ko dah di ajar masak singgang dan juga asam rebus ni. Bukan takut tak kawin tapi kena paksa masak hahaha.

Tapi, ada hikmahnya juga, sebab menu inilah paling mudah dan sedap resepinya. Lagi-lagi kalau badan tak sihat atau tekak taknak makan lauk lain, makanya lauk singgang atau asam rebus ajelah yang laku kalau di masak. Betul tak?

Dan baru-baru ni anak Sis, Kakak minta masakkan lauk asam rebus nanas ni, kebetulan lama juga tak masaknya. Dan kebetulan juga Suami ada belikan ikan kembung besar, so menjadilah menu asam rebus nanasnya. Nanas tu beli kat kedai belakang rumah. Manis pulak tu.


Menu asam rebus nanas ni banyak resepinya kalau di google nak di ikut cara masaknya, tapi kalau Sis tetap dengan resepi dari blog Mat Gebu www.tiffinbiru.com tu. Tak tau kenapa, dari mula masak asam rebus nanas, memang ikut betul resepinya, memang sedap!

Cuma bezanya ikannya aje, terpulanglah korang nak guna ikan apa. Ayam? Haaa ada ke orang buat resepi asam rebus ayam oii!! Ko jangan memacam, nanti tak jadi, ko salahkan pulak empunya resepi, dah elok-elok kata ikan, ko tukar ke ayam, reti baca ke tak reti???...


Korang kalau nak cuba, silalah... pasti menjadi dan sedap. Cuma kalau Mat Gebu guna daun kunyit, Sis pula ikut cara Atuk, guna daun kesum, pun boleh juga, ikut selera memasing.

Meh sini Sis kongsikan resepinya ya.

Resepi Asam Rebus Nanas Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahannya :

3 ekor ikan kembong saiz sederhana, potong ikut besar ikan, cuci bersih dan toskan
1/2 biji nenas, kupas dan hiris kasar
1/2 inci halia, dititik (optional)
Segenggam Daun kesum
1 keping asam gelugor (ikut masam memasing)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan di kisar halus: 

3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasaknya: 

Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama asam gelugor dan halia titik (jika guna).
Masak hingga mendidih dan tambah nenas, kacau rata dan masak sekejap.
Masukkan ikan, dan daun kesum.
Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
Masak hingga nenas lembut dan ikan masak.
Tutup api dan hidangkan.

Resepi asal: https://www.tiffinbiru.com/2012/10/asam-rebus-nenasmencuci-tekak.html

Selamat mencuba.


P/S: Nengok gambar terus jadi lapar pulak, makin di panaskan kuahnya, makin sedap rasa asamnya, perghhh...

MENGAPA RAMAI NAIK ETS SEKARANG?

$
0
0
MENGAPA RAMAI NAIK ETS SEKARANG? | Jawabannya tentulah untuk elak jem kan. Ye laaa naik ETS lagi cepat dan pantas sampai ke tempat destinasi, lebih-lebih lagi kalau nak balik kampung. Tapi kenapalah takde sampai ke Johor ek, kalau ada laaa, woww boleh jenjalan dari Selatan ke Utara gamaknya ulang-alik hehehe.

Agak-agak akan ada dan sampai ke Johor tak?

Bermula raya puasa tahun ni, rata-rata semua kawan Sis balik kampung di Utara gunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ni. Tak payah fikir jem ke apa ke katanya, selesa dan macam naik kapal terbang katanya.

Harga tambang pun boleh di katakan murah dan berbaloi, tidaklah terlalu mahal. Kalau di kira naik kereta, sama juga perginya, dan lebih jimat kata kawan Sis. Ermm melonjak teruja pulak Sis dengar dan rasa nak cuba naik ETS ni laa..bila ek nak naik...macam nak naik pergi ke Padang Besar je..

Jom korang!!

Untuk kali ni Sis nak kongsikan jugalah jadual perjalanan dan harga tiket ETS ke negeri-negeri dan tempat yang di tuju. Harap dapat membantu Sis sebagai rujukan dan juga untuk korang semua yang nak naik atau bakal naik haji ETS .


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kereta api elektrik ini telah menggantikan kereta api lama yang digerakkan oleh diesel untuk perjalanan yang selesa, cepat dan tepat dengan kelajuan 140km/j.

Jadual Perjalanan ETS Dan Harga Tiket 
KL Sentral – Padang Besar & Gemas

Berikut adalah jadual perjalanan ETS terkini untuk laluan arah utara dan selatan.

Jadual Perjalanan ETS Terkini klik >>>  KTMB



Jadual Harga Terkini Tiket Tren ETS KTMB 

1. Harga Tiket ETS Gold

Tiket sehala dari KL Sentral ke  Padang Besar atau sebaliknya adalah RM80 (Dewasa) dan RM44 (Kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun)

2. Harga Tiket ETS  Platinum

Harga tiket untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.

Klik Harga>>>> Tiket ETS Gold Terperinci

So korang apalagi, jom laaa kita pusing Utara naik ETS yok..siapa nak ikut hehehe sila PM tepi hohohoho..


P/S: Tak dapat bayangkan kalau ada sampai ke Johor ETS ni, Ya Allah mudahnya kalau Sis ko nak ke KL nengok anak dan pergi bercuti nak ke KLIA tu..kan kan kan...

11 OKTOBER 2019 - PEMBENTANGAN BAJET 2020

$
0
0
11 OKTOBER 2019 - PEMBENTANGAN BAJET 2020 |  Pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 bakal diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. Sudah pastinya semua rakyat Malaysia ingin tahu intipati atau kandungan dalam Bajet Malaysia 2020 yang bakal dibentangkan.

Bagi kakitangan awam pula mereka mesti ternanti-nanti insentif atau bonus sebagai tanda menghargai jasa dan pengorban dalam pembangunan negara.


Tarikh Pembentangan Bajet 2020 (Ringkasan & Intipati) 

Berikut dikongsikan maklumat tentang Belanjawan Malaysia 2020 termasuk memaparkan tarikh, masa, lokasi dan pautan siaran langsung :

Tarikh : 11 Oktober 2019 (Hari ini)
Masa : 4.00 petang
Hari : Jumaat
Lokasi : Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia

Siaran Langsung: RTM TV1

Video Siaran Langsung Pembentangan Bajet Malaysia 2020

LINK LIVE : RTM

BACA JUGA : Intipati Belanjawan Malaysia 2020


P/S: Jom kita sama-sama tunggu pembentangannya ya. Moga ada sinar dan khabar yang baru buat rakyat Malaysia.

GOODDAY MILK PROVIDES NON-DAIRY ALTERNATIVES FOR ITS CONSUMERS WITH GOOD VIBES

$
0
0
GOODDAY MILK PROVIDES NON-DAIRY ALTERNATIVES FOR ITS CONSUMERS WITH GOOD VIBES | Goodday Milk launches its first non-dairy beverage in four delicious variants in Malaysia. Loaded with nutritional benefits, Good Vibes by Goodday Milk range is paving a way for a healthier lifestyle.

The nation’s leading partner in healthy dieting and balanced living that has been nourishing Malaysians since 1968, Goodday Milk, is launching their first non-dairy beverage range – Good Vibes by Goodday Milk (Good Vibes) in Malaysia. The Good Vibes range is available in four different variants namely Almond Original, Almond Chocolate, Walnut Original and Walnut Chocolate. Dairy and gluten free, with no cholesterol and preservatives, Good Vibes is providing Malaysians with a healthier beverage alternative to kickstart their fitness journey.


The Increasing Demand for Healthier Alternatives
Due to consumers’ ever-changing wants and needs – wanting to experiment with different things in their daily lives, various health trends have been emerging and evolving every year.

For example, keto and paleo diets, and even fitness trends such as High-Intensity Interval Training (HIIT) and Functional Fitness Training. Amongst others, a trend that has gained popularity in recent times is non-dairy milk. With new products and variants hitting grocery shelves, this is one trend that promises to stay.

The increasing awareness in fitness and health draws its basis from a steady rise in health problems. For instance, in 2015, 30% and 17.7% of adults in Malaysia were overweight and obese respectively, in comparison to 16.6% and 4.4% in 1996 1 .This highlights the importance of moving toward a healthy lifestyle and making subtle changes in everyday habits and eating patterns that in the long run can have positive implications.

“However, most of us live an urban lifestyle with a busy schedule, which puts us at a disadvantage while trying to find the time to exercise regularly and eat more consciously. Goodday Milk prides itself in being a brand that puts the consumers first and adapts to the current health trends. As such, we are here to provide a solution,” said Santharuban T. Sundaram, Senior Vice President of Marketing and Alternate Business at Etika Sdn Bhd.


Good Vibes for a Good Day
To provide consumers with more choices, Goodday Milk is launching their first non-dairy beverage line up with the Good Vibes range. Non-dairy beverages are made by blending plant-based ingredients like nuts and grains with water. Hence, most non-dairy beverages have low calories and fat 2 with high water content and low cholesterol 3 .

For example, the variants under Good Vibes range, which are made of almonds and walnuts, contain
sufficient nutrients and energy to keep you running throughout the day.

1 http://www.moh.gov.my/moh/resources/nhmsreport2015vol2.pdf
2 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5756203/
3 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5756203/

A study published in the journal, Food and Nutrition Sciences says that consuming almond milk every day may lead to the decrease of one’s weight, waist and hip circumferences 4 , due to its low calorie count and saturated fat. Meanwhile, walnuts are rich in heart-healthy fats, high in antioxidants, and improve one’s brain health.


With these two-nut having diverse flavours, they can be used for everything – from breakfasts to savoury main dishes and desserts. With almond milk, you can make an aesthetically pleasing spinach frittata with spinach, scallions and sun-dried tomatoes for breakfast. Meanwhile, Good Vibes Walnut Milk (Original and Chocolate variants) can be blended together with frozen blueberries, frozen bananas, baby spinach and coconut water to make a delicious cup of blueberry walnut smoothie. This makes Good Vibes a great product to have in your pantry, not only for those individuals with lactose intolerance and vegans but for anyone looking to switch to healthier habits.

“Our goal is to provide better alternatives for our consumers with Good Vibes, as we are always on the lookout for what our consumers want and need. We took a simple approach when creating these new variants, developing them with our consumers in mind, in order to meet their expectations and with that, we’ve created a product range that is suitable for everyone,” Santharuban added.


Spoilt for Choice with Four Different Variants of Good Vibes by Goodday Milk Good Vibes range is available in four different variants, namely Almond Original, Almond Chocolate, Walnut Original and Walnut Chocolate. These delicious new variants provide 2g, 2.8g, 1.3g and 1g of protein respectively, which can assist your body in the growth and maintenance and help to build your immunity.

The newly launched Good Vibes is now available in packet size of 250ml at selected convenience and petrol mart stores nationwide.

For more information on Goodday Milk and future campaign activities, please visit
www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia.


P/S: Memang sedap, Sis dah rasa dah! Thank You Goodday 💝

MB PLAYLAND PERTAMA DI JOHOR - MARRYBROWN BERI KECERIAAN KEPADA KANAK-KANAK HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU (HSIJB)

$
0
0
MB PLAYLAND PERTAMA DI JOHOR - MARRYBROWN BERI KECERIAAN KEPADA KANAK-KANAK HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU (HSIJB) | Baru-baru ini Sis telah menghadiri majlis perlancaran dan penyerahan MB Playland tajaan Marrybrown yang bertempat di Klinik Pakar Kanak-kanak, Hospital Sultan Ismail (HSIJB), Program dan majlis penyerahan buat pertama kalinya diadakan sempena Majlis Pelancaran & Penyerahan Marrybrown Playland kepada Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB).

Bersama rakan media dari JDT Blogger, seawal jam 9.45am kami semua dah menunggu majlis bermula. Di ikuti dengan kehadiran tetamu kehormat juga, orang ramai dan kakitangan dan pesakit kanak-kanak.

Program Komuniti Korporat (CSR) & Majlis Perlancaran Dan Penyerahan Marrybrown MB Playland dirasmikan oleh Dato' Lawrence Liew [Pengerusi Persatuan Kebajikan Marrybrown], Datin Nancy Liew [Pangarah Urusan Marrybrown], Dr Khairul Rizal Othman [Timbalan Pengarah Hospital Perubatan 1, HSI).



Buat pengetahuan semua, ini adalah MB Playland yang pertama di lancarkan di Johor dan ianya akan diteruskan di tempat-tampat lain sekitar Johor yang memerlukan. Usaha ini bagi memberi kemudahan dan juga keceriaan untuk kanak-kanak. MB Playland ini di letakkan di ruang legar Klinik Pakar Kanak-kanak.

Kerjasama ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan sewaktu berasa di hospital, MB Playland juga merupakan sasaran utama inisiatif bagi menyediakan permainan untuk kanak-kanak untuk memenuhi masa dan keseronokan yang akan memberi kesan positif terhadap kesejahteraan mereka, dan pada masa yang sama, menjana kehidupan positif di persekitaran hospital.



MB Playland ni adalah satu permulaan dan inisiatif dari CSR Marrybrown di bawah payung Persatuan Amal Marrybrown sebagai langkah untuk membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik di Malaysia. Persatuan dan program amal sebegini bagi tujuan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas menerusi pelbagai acara dan juga aktiviti kebajikan.

Pengerusi persatuan amal Marrybrown Dato Lawrence Liew berkata, bahawa mereka sentiasa mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan amal sejak permulaan perniagaan mereka kerana dia sentiasa percaya dalam memberi dan membantu kebajikan masyarakat, masyarakat dapat sama-sama merasa kegembiraannya.



"Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Hospital Sultan Ismail sempena pembukaan MB Playland pertama di Johor Bahru. Marrybrown menyasarkan untuk meningkatkan pemikiran positif dan keyakinan kepada kanak-kanak melalui MB Playland yang berfungsi sebagai daya tarikan yang sesuai terutamanya untuk pesakit muda yang datang untuk rawatan. Terdapat keperluan untuk kanak-kanak bermain dan bersuka-ria bersama kawan-kawan sambil menunggu rawatan perubatan, dan Hospital Sultan Ismail terbukti memiliki ruang yang sempurna untuk menyediakan playland di premisnya", kata Dato Lawrence.

Berfokus pada peningkatan kehidupan anak-anak yang kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas, Marrybrown berhasrat untuk membangunkan kehidupan dan kualiti hidup dengan menyediakan pendidikan dan kebajikan yang tepat yang menyumbang kepada keharmonian sosial dan kedamaian.



"Membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja memberikan sumbangan wang, tetapi juga memahami latar belakang mereka dan tetap membantu mereka dengan cara yang sedikit sekalipun. Ia sentiasa menjadi keutamaan kami untuk meletakkan mereka orang pertama, sama ada majikan, pelanggan atau komuniti kami. Adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Hospital Sultan Ismail dalam usaha untuk membantu masyarakat dan kami berharap melalui perkongsian ini, kami dapat menyokong dan di beri sokongan dalam bermacam cara dan sumber."tambah Dato Lawrence.

Selepas MB Playland, Persatuan Amal Marrybrown akan memberi tumpuan kepada pengumpulan dana untuk menganjurkan acara kebajikan dan kegiatan yang akan melibatkan orang ramai ke bahagian CSR mereka. Tambahan lagi, Marrybrown juga akan meletakkan kotak sumbangan mereka di setiap outlet di mana semua orang boleh menyumbang kepada masyarakat dan membuat kebajikan.

Sejak pembukaan outlet pertama pada tahun 1981 (Sis ko umur 5 tahun), Marrybrown telah berkembang di dalam dan di luar negara dengan jayanya sebagai rantaian makanan segera Malaysia pertama dan terbesar, dengan lebih daripada 500 premis di 16 negara. Sebagai jenama kebanggaan Malaysia, Marrybrown sentiasa komited untuk memberikan kepada masyarakat dengan pelbagai program di bawah payung Persatuan Amal Marrybrown, dengan memberi tumpuan kepada kebajikan kanak-kanak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan warga emas.


Selesai aja majlis perlancaran, jamuan makan disediakan, tentunyalah jamuannya adalah sajian dari Marrybrown. Dan sudah tentulah Sis akan memilih ayam goreng Marrybrown. Memang suka! Sebut Marrybrown, mesti nak ayamnya. Terbaru ada Nasi lemak Ayam Rendang, korang dah cuba?

Silalah cuba, memang sedap! Terima kasih Marrybrown. Moga usaha murni ini akan diteruskan dan memberi keceriaan buat semua masyarakat.

Untuk maklumat lanjut boleh ke:

Facebook : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Website : https://www.marrybrown.com/


P/S: HSIJB ni dah jadi rumah kedua Emak Sis ..ehehehe semua orang dah kenal dia rasanya...

SIAPA GOLONGAN YANG LAYAK MENYERTAI SKIM iSURI KWSP?

$
0
0
SIAPA GOLONGAN YANG LAYAK MENYERTAI SKIM iSURI KWSP? | Korang faham apa itu iSURI?. Kalau masih tak faham dan masih tak tau apa itu iSURI, jom kita baca dan fahamkan. iSURI merupakan singkatan kepada skim Program Sukarela Insentif Suri yang mana diwujudkan bagi memenuhi manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang dinyatakan dahulu.

Jika korang masih ingat, salah satu daripada 10 janji utama yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin dilaksanakan dalam tempoh 100 hari adalah menyediakan caruman KWSP untuk para suri rumah. Janji ini adalah untuk menjaga kebajikan para wanita khususnya suri rumah terutama dari segi menyediakan simpanan untuk kegunaan hari tua nanti.

Pada peringkat awal pelaksanaan janji ini, pihak kerajaan bercadang untuk memindahkan 2% daripada sumbangan caruman KWSP para suami kepada para isteri. Beberapa pindaan akta akan dilakukan bagi membolehkan 2% daripada sumbangan KWSP suami dicarumkan ke akaun isteri, berserta tambahan caruman daripada pihak kerajaan.

Baca SINI .

TERKINI sempena Bajet 2020 :

KERAJAAN memperuntukkan RM20 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memanjangkan manfaat Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, semalam, berkata program itu akan ditambah baik bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) isteri.

Baca SINI .


Siapa golongan yang layak menyertai skim iSURI KWSP?

Untuk peringkat permulaan, skim ini hanya layak disertai oleh golongan yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:

  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018 (untuk setakat harini, Sis kurang pasti), termasuk isteri kepada ketua isi rumah, atau ketua isi rumah wanita yang berstatus balu, janda, ibu tunggal atau bujang.
  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mempunyai akaun KWSP dan membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 setiap bulan atau RM 60 setahun.

Bagaimana cara daftar skim iSURI KWSP?

Bagi golongan suri rumah yang berminat untuk daftar skim iSURI KWSP, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

1. Semak status di portal e-Kasih

Untuk semak sama ada anda termasuk dalam sistem e-Kasih atau tidak, boleh semak di pautan yang berikut: Semakan Daftar eKasih

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan/MyKad, kemudian tekan ‘Klik Untuk Cari’

Ini adalah contoh bagi mereka yang berada di dalam daftar e-Kasih.


Bagi yang tidak tergolong dalam daftar e-Kasih, paparan sebegini akan muncul:


2. Daftar skim i-SURI KWSP di mana-mana kaunter KWSP

Selepas disahkan status dalam sistem e-Kasih, maka boleh berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP untuk daftar skim i-SURI.

Hanya perlu bawa kad pengenalan/MyKad dan maklumkan pegawai bertugas tentang hasrat untuk daftar skim i-SURI.

Pegawai KWSP akan membantu untuk pendaftaran skim tersebut.

3. Buat caruman minimum RM 5 sebulan

Seperti yang dinyatakan di atas, caruman sukarela sebanyak minimum RM 5 sebulan diperlukan untuk layak daftar skim i-SURI KWSP.

Ini adalah sebagai galakan untuk penerima skim ini supaya mereka turut menabung untuk masa depan mereka, di samping menerima tabungan daripada caruman pihak kerajaan,

Lagipun, jumlah caruman RM 5 sebulan adalah kecil dan tidak membebankan.

Caruman bulanan boleh dilakukan melalui saluran-saluran yang berikut:

  • tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
  • pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)

Apakah manfaat daftar skim iSURI KWSP?

Sebagai peserta skim iSURI KWSP, peserta juga akan turut menikmati manfaat sepertimana pencarum KWSP yang lain seperti:

  • bayaran dividen tahunan
  • bantuan hilang upaya dan kematian
  • pengeluaran simpanan
  • pengecualian cukai
  • Lagipun, dengan mendapat sumbangan caruman daripada kerajaan berjumlah RM 40 sebulan bersamaan RM 480 setahun, itu pun sudah dikira baik.

Bayangkan, bagi seorang wanita yang layak berumur 30 tahun, membuat caruman minima RM 5 sebulan dan menerima caruman kerajaan RM 40 sebulan, selepas 30 tahun pada usia 60 tahun, anggaran yang bakal diperoleh adalah sekitar RM 44,000 (anggaran dividen KWSP 6% setahun). Banyak tu kan?.

Bagi yang berumur 40 tahun pula, dengan jumlah caruman yang sama, anggaran yang bakal diperoleh pada usia 60 tahun adalah RM 20,000.

Sekurang-kurangnya, pada usia tua, peserta iSURI KWSP mempunyai simpanan sendiri daripada langsung tiada simpanan. Betul tak?.

Kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi jumlah caruman sendiri supaya jumlah simpanan akhir lebih besar.

Jadi, bagi wanita yang memenuhi syarat-syarat yang melayakkan untuk sertai skim iSURI KWSP ini, secara peribadi, saya galakkan untuk rebut peluang ini.

Untuk simpanan hari tua. Sedikit pun, kalau di tambah-tambah makin banyaklah jadinya kan..

#SisSharing ..


P/S: Juga cuti bersalin 90 hari ek..wowwww !!! Jangan lepas ni, wanita berkahwin susah nak dapatkan pekerjaan ya gara-gara cuti bersalin tu aaa..huhuhu..

TAUFAN HAGIBIS - MOGA WARGA JEPUN DI LINDUNGI DAN SELAMAT

$
0
0
TAUFAN HAGIBIS - MOGA WARGA JEPUN DI LINDUNGI DAN SELAMAT | TERKINI Sekurang-kurangnya seorang maut sebaik saja taufan Hagibis melanda Jepun hari ini, dijangka membawa hujan yang memecah rekod dan angin kuat memaksa arahan berpindah dikeluarkan kepada lebih 1.6 juta penduduk.

Dikategorikan sebagai ‘besar’ dan ‘sangat kuat’, taufan itu juga menyebabkan pembatalan perlawanan Piala Dunia Ragbi, menjejaskan Grand Prix Jepun dan menyebabkan 1,600 penerbangan dibatalkan.

Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, taufan itu diramalkan melanda kawasan tengah atau timur Jepun awal petang hari ini, membawa bersama angin selaju 216 kilometer sejam.

Bagaimanapun, sebelum taufan tiba, kumpulan luar mendakwa mangsa pertama meninggal dunia di China, timur Tokyo, yang turut dilanda badai hebat bulan lalu.


“Seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui dalam trak mini yang terperosok. Dia dihantar ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia,” kata jurucakap Jabatan Bomba Ichihara, Hiroki Yashiro kepada AFP.

Menurut laporan media tempatan, Hagibis diramalkan sebagai taufan pertama yang dikategorikan sebagai ‘sangat kuat’ melanda pulau utama Honshu sejak 1991, ketika sistem kategori diperkenalkan.

Menjelang tengah hari, kira-kira 1.64 juta orang di kawasan terjejas berada di bawah perintah berpindah bukan mandatori, dengan pihak berkuasa mendesak warga tua dan mereka yang mempunyai anak untuk dipindahkan lebih awal.

Sumber Harian Metro 


P/S: Ngeri pula baca semua berita mengenai Taufan Hagibis ni, moga Allah lindungi mereka di sana (Jepun)..aamiinn..

LIRIK LAGU MEMORIES - MAROON 5

$
0
0
LIRIK LAGU MEMORIES - MAROON 5
Songwriters: Adam Levine / Jacob Hindlin / Jonathan Bellion / Jordan Johnson / Michael Pollack / Stefan Johnson / Vincent Ford


Here's to the ones that we got
Cheers to the wish you were here, but you're not
'Cause the drinks bring back all the memories
Of everything we've been through
Toast to the ones here today
Toast to the ones that we lost on the way
'Cause the drinks bring back all the memories
And the memories bring back, memories bring back you

There's a time that I remember, when I did not know no pain
When I believed in forever, and everything would stay the same
Now my heart feel like December when somebody say your name
'Cause I can't reach out to call you, but I know I will one day, yeah

Everybody hurts sometimes
Everybody hurts someday, aye aye
But everything gon' be alright
Go and raise a glass and say, aye

Here's to the ones that we got
Cheers to the wish you were here, but you're not
'Cause the drinks bring back all the memories
Of everything we've been through
Toast to the ones here today
Toast to the ones that we lost on the way
'Cause the drinks bring back all the memories
And the memories bring back, memories bring back you

Doo doo, doo doo, doo doo
Doo doo, doo doo, doo doo, doo doo
Doo doo, doo doo, doo doo doo
Memories bring back, memories bring back you

There's a time that I remember when I never felt so lost
When I felt all of the hatred was too powerful to stop (ooh, yeah)
Now my heart feel like an ember and it's lighting up the dark
I'll carry these torches for ya that you know I'll never drop, yeah

Everybody hurts sometimes
Everybody hurts someday, aye aye
But everything gon' be alright
Go and raise a glass and say, aye

Here's to the ones that we got (oh oh)
Cheers to the wish you were here, but you're not
'Cause the drinks bring back all the memories
Of everything we've been through (no, no)
Toast to the ones here today (aye)
Toast to the ones that we lost on the way
'Cause the drinks bring back all the memories (aye)
And the memories bring back, memories bring back you

Doo doo, doo doo, doo doo
Doo doo, doo doo, doo doo, doo doo
Doo doo, doo doo, doo doo doo
Memories bring back, memories bring back you
Doo doo, doo doo doo doo
Doo doo, doo doo, doo doo, doo doo
Doo doo, doo doo, doo doo doo (ooh, yeah)
Memories bring back, memories bring back you

Yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, no, no
Memories bring back, memories bring back you




P/S: Buat masa ini Sis suka dengar lagu ni, berulang-ulang dengar di youtube sambil menulis blog..

HALLOWEEN PARTY @ HILTON

$
0
0
HALLOWEEN PARTY @ HILTON | October is almost over and it’s that time of year when the toothy pumpkin reigns! While Halloween started out as more of a Western tradition, this spooky festival has been slowly but surely gaining popularity here in Malaysia.

There are loads of Halloween nights out from parties to scarily delicious meals, we have got your weekend covered. So grab your witch hats and cat ears for a celebration of all things spooky and dress up as anything you fancy without being judged.


Here is a list of restaurants where you can choose to spend your spooky night:

Tosca, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru – Halloween Feast 

Register yourselves for a night of some elegant dining at Tosca for BBQ – Feats buffet dinner by the poolside with excellent service and premium quality food by the poolside with the life band performance .Take a photo with Dracula, enjoy a blood orange soda mocktail, and get creepy with face painting sessions and our scariest halloween costume contest!

31 October 2019 | 6:30PM – 10:30PM
RM130 nett per adult | RM65 nett per child | RM20 nett per person for pumpkin decoration activities
10% Standard Hilton Dining APAC discount applies

For reservations, call us at +60 7 268 6868 or email us at JohorBahru.FB@hilton.com

Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru – Halloween Feast 

Join Makan Kitchen’s Halloween party! Take a photo with Dracula, enjoy a blood orange soda mocktail, and get creepy with face painting sessions and our scariest halloween costume contest. Follow up a wide selection of international dinner buffet.

31 October 2019 | 6:30PM – 10:30PM
RM88 nett per adult | RM44 nett per child

10% Standard Hilton Dining APAC discount applies

Tosca Trattoria Italiana, DoubleTree by Hilton Hotel Melaka – Halloween Dinner Set Menu

Celebrate Halloween with Tosca and enjoy a spooky 4-course set menu!

  • Mold and Mildew Dip - Spinach Salad
  • Witch’s Favourite - Butternut Squash Veloutte
  • Vampire Chasers - Trio of ‘Bloody’ Meat
  • Do You See My Eye? - Coconut Raspberry Sphere
  • Eye’s Blood Mocktail

31 October 2019 | 6PM – 11PM
RM198 nett per person | RM179 nett per person (Book by 25 Oct for early bird price)

Standard Hilton Dining APAC discount applies
For reservations, call us at +60 6 222 3333 or email us at MKZMM_FB@hilton.com

Uncle Chilis, Hilton Petaling Jaya – Halloween Night 

Things are about to get spooky at Uncle Chilis’s Halloween party. Our Scary Specials are sure to give you goosebumps! Dress up in fancy costumes and take part on Halloween best cocktail dresses contest. Apart from that there will other fun activities.

31 October 2019 | 12pm - 3pm 
For reservations, call us at +60 3 7955 9122 or email us at PETHI_FB@hilton.com


P/S: Happy Halloween ! 👻

LIRIK LAGU LUKA DAN BAHAGIA - HAN BYUL (BIG STAGE 2019)

$
0
0
LIRIK LAGU LUKA DAN BAHAGIA - HAN BYUL (BIG STAGE 2019)
Lagu: Haqiem Rusli
Lirik: Haqiem Rusli
Penerbit: FMC Music


Hamparan hati
lena memaksa
terukir indah
kasih bermadah
aku cuba untuk meluahkan
kesan yang kau berikan

siang terluka
malam bahagia
kenangan indah
terus bersinar
aku cuba untuk meluahkan
kesan yang kau berikan

Tangisan embun pagi
melayari kesedihan ini
tak akan ku persia dirimu
mengapa kau pergi?

Kini engkau merana
harapan dari sisa kenangan
ku tak mampu untuk meneruskan
Kau baluti luka yang berbisa

사랑하면 안되서
(Sarang hamyeon andoeseo)
그렇게 잊을수만 있다면
(Geuleohge i-jeulsu man itdamyeon)
그토록 바래왔던 사랑이
(Geutolog balae watdeon sarangi)
다시 또 있을까
(Dashi tto iss-eulkka)

Memori indah
Kita bersama
Maafkan diri ini
Telah membuat kau tersiksa
Luka dan bahagia




P/S: Meleret-leret pulak iramanya, adeii syahdu beno dengarnya...

APAKAH MAKSUD PINKTOBER?

$
0
0
APAKAH MAKSUD PINKTOBER? | Ada yang tau apa itu Pinktober? Atau ada yang baru tau apa itu Pinktober? Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer) sempena bulan Oktober. Atau lebih sinonim dengan bulan Reben. Reben merah jambu atau pink telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara.

Ya..yang mengikuti update mengenai post Sis mengenai My Mom Fight Brest Cancer, mereka sedia maklumlah, bagi Sis ianya bukan sekadar bulan kesedaran payudara tapi adalah sebagai tanda sokongan buat Emak Sis yang menghidap kanser payudara yang dah masuk tahun kedua.

Rawatannya pun dah tinggal hanya rawatan pesakit luar. Emak Sis dah buat kimoterapi dan seterusnya pembedahan buang sebelah payudara, cuma Emak Sis tidak perlu membuat rawatan radioterapi. Kenapa? Sis sendiri pun tak pasti. Dengarnya sebab kanser Emak tidak merebak ke organ lain pada masa tu.

Dan hingga ke harini, alhamdulilah..Emak nampak kuat dan sihat, cuma keadaan uzur diri tu datang bilamana tekanan darah tinggi dan kencing manisnya tidak di kawal aje. Maklumlah orang tua ni kadang, makan tak ingat sakit hehehehe. Nak marah kang, merajuk pulak, so kadang Adik Sis tu sabar jelaaa, layankan aje permintaan Emak tu.

Perubahan pada diri Emak?

Memang banyak berubah, lebih-lebih Emak sekarang terlalu sensitif, kadang Sis ko nak telefon ke atau nak wahtsapp Emak pun jadi ngeri, tak memasal kadang, ada je tak kena, terus Emak membebel hahaha. Tahan aje laa telinga mendengar bebelannya. Mungkin perubahan hormon agaknya, kadang baru jumpa, katanya lama tak datang, kadang lama tak datang, ehhh senyap pulak dia tak bertanya hahaha. Gitu laaa..

Pepandailah ek nak menjaga dan mengambil hati Emak atau orang yang tengah sakit ni, lebih cakap kena marah, tak cakap, pun kena marah hohoho. kalau Adik Sis tu dah faham sangat dah, layan melayankan aje laa hehehe.


Pelbagai kempen diadakan pada bulan Oktober ini sempena Pinktober oleh pelbagai badan amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengumpul dana untuk tujuan kajian tentang penyebab, pencegahan, diagnosis, perubatan dan penawar kepada barah payudara.

Kempen yang dijalankan juga bertujuan untuk memberikan informasi dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti barah payudara.

Bulan kesedaran barah payudara juga adalah kempen tahunan yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeriksaan awal, ujian dan banyak lagi.

Kempen ini bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober setiap tahun.

Jom kita cegah dan buat pemeriksaan awal sebelum parah.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/10/apa-itu-kanser-payudara.html


P/S: We Aware We Care #Pinktober

BILA SIS LIN DAN BLOGGER CIK LILY PUTIH BERTEMU

$
0
0
BILA SIS LIN DAN BLOGGER CIK LILY PUTIH BERTEMU | Bila dah bertemu, agak-agak apa yang jadi? Hahaha apalagi, acara makan, makan dan makan ajalah yang akan berlaku, termasuk minum-minum juga hahaha.

Sebelum tu kan, korang kenal tak siapa Cik Lily Putih (CL) ni? Yaa sudah tentunya laaa blogger dan influencer viral, yang terkenal dengan bebelan di IGsnya hahaha. Sejujurnya sebelum ni kan, Sis tidak berapa mengikuti sangat hal dan cerita CL ni, akan tetapi entah macam mana, terbukak IGs dia setiap pagi, dan bila mendengar bebelan CL, terus tersuka ko, hampir setiap hari mesti nak bukak IGs dia.

Serius dan jujur cakap, suka mendengar bebelan CL setiap hari, sangat original orangnya, bukan bebelan aja, malah dia selalu update video-video dia makan, berjalan, aktiviti dia dan semuanya laaaaa, dan paling Sis suka tu sebab tahap konfiden dia, macam lantaklah orang nak kata apa, haa gitu..

Kalau Sis ko nak buat video IGs tu, hahahaha memang idok lerrr..bukan tak konfiden, tapi entah ek..memang Sis di lahirkan bukan untuk dalam video agaknya hahahahaa.


Sedia maklum yang ada melihat FB Sis, Sis ada update cerita makan Sis bersama CL di Pulai Springs Resort kan? Yaa bila dapat tau aje CL nak datang Johor, Sis terus DM kata kat dia nak ajak dinner. CL pun okay, so bermakan malamlah kami di Pulai Springs Resort. Sis bagi mereka (CL & Suaminya), makan sepuasnya di 'All You Can Eat' tu. Puashati gile makan kekenyangan, sampai merangkak balik naik kereta hahahaha. *Ehem ehem, ada orang tu kereta bau kedai laa...hohoho

Mana taknya hampir 80 jenis menu sedia ada yang boleh korang pilih dan makan. Kalau jenis korang suka makan, haa makanlah 80 jenis tu, tapi kalau tak tau nak order macam mana, nak senang, minta pada pelayan tu, menu signaturenya dulu, nanti mereka akan orderkan untuk korang. Kalau tak cukup nanti, haaa korang add-on laa lagi. Tapi janji jangan membazir.

Korang kalau nak bawa family atau kawan atau saudara mara, silalah bawa makan All You Can Eat di Pulai Springs Resort tu, harga RM 65 aja seorang, makan sepuasnya selagi boleh makan.


Itu kisah makan-makan semalamnya. Dan esoknya kami bertemu lagi dalam kisah minum-minumnya pulak hahaha. Kali ni dah alang-alang CL datang Johor, kita bagi dia 'kerja' sikit, kita ajak dia pergi minum kedai Boba Tea di Permas Jaya. Nama kedainya Tea Signature atau lebih ramai di kenali dengan nama JTL Container.

Malam tu, selesai aja event di Thistle Hotel, Sis bergegas terus ke sana, aduh ini kali kedua lambat datang bertemu CL, harap di ampunkan huhuhu. Sampai aje sana, CL dan Suaminya dah order minum. Si pun orderkan juga wafer tokoyaki Hong Kong Snack, dan juga aiskrim Macha, dan kemudian kami berborak sampai lebam. Macam kedai itu kami yang punya hahaha.


Sis suka berbual dengan CL, dia orangnya sangat rendah diri dan tak lokek ilmu walau banyak pengalaman dia dalam dunia blogger ni, banyak dia bagi tips kehidupan dunia blogger ni. Korang jangan ingat kami ni membawang aje kejenya ye, nape? Terasa ke? hohoho. Idok lerr weiii, takde masa nak cite hal orang, sesekali jumpa elok laaa cite hal memasing aje.

Malam last jumpa CL tu, kami hanya borak-borak santai aje di Tea Signature ni. Minum teh, makan wafer dan melawat binatang-binatang sekeliling. Yang bestnya kami gelak kuat pun takde sapa yang peduli, yaa kami berdua memang kuat gelak hahaha, dah jumpa geng lagi laaa kuat gelaknya hahahaha.


Apa-apa pun terima kasih CL sudi meluangkan masa bersama untuk bertemu di Johor. Ada rezeki kita jumpa lagi. Kot mana tau Sis nak ke Kuala Lumpur, kita bertemu pulak di sana ya. Boleh ajak geng-geng sana pula menyembang sembang hehehehe.

Yang belum mengenali CL, korang boleh skodeng blog, IG dan juga FB CL ya..Sis letak linknya di bawah ni.

Blog : http://www.ciklilyputih.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ciklilyputih/
Facebook : https://www.facebook.com/CikLilyPutih

Selamat berkenalan korang dengan CL ..follow jangan tak follow..


P/S: Syukur alhamdulilah, dari alam maya, dapat bertemu realiti...indahnya perancangan Allah.

BOH & DATO’ FAZLEY MENGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MEMASAK SECARA KREATIF

$
0
0
BOH & DATO’ FAZLEY MENGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MEMASAK SECARA KREATIF | BOH Plantations berganding dengan jurucakap jenama itu untuk menghasilkan 3 menu dengan teh.

Korang pernah tau tak, yang BOH boleh di buat bahan dalam bahan masakan? Kalau Sis baru pertama kali tau dan dengar ni. Dan Sis juga baru tau yang teh BOH tu boleh di buat pencuci mulut dan juga boleh di masak dalam bahan masakan. Pelik tapi benar. Ingat ke hanya untuk minum aje hehehe.

Sempena ulang tahun BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) yang ke 90, pakar-pakar teh telah bekerjasama dengan jurucakap jenamanya, Dato’ Fazley Yaakob bagi memperkenalkan cara terbaharu menikmati teh. Dengan mencipta tiga hidangan mudah iaitu, Ile Flottante, Herba Ratus Pasta Seafood dengan Sirih Purut berkrim, Kek Cawan Teh Tarik dengan coklat putih dan krim Teh Hijau Jasmin, BOH terus kekal dekat di hati rakyat Malaysia melalui citarasa tempatannya yang sememangnya ekstra Ummph!.


Semasa sesi demonstrasi memasak yang diadakan di Dewan Acara SukaSucre, BOH dan Juara MasterChef Selebriti tersebut berkongsi idea untuk menggunakan teh di dalam masakan harian. Para jemputan turut diberi peluang belajar menyediakan hidangan utama dengan tunjuk ajar dari Dato’ Fazley sendiri.

“Sebagai sebuah jenama yang telah berada di dalam pasaran selama 90 tahun, kami amat mementingkan konsistensi dan kualiti produk kami - dari segi rasa, aroma malah warna teh itu juga. Bakal mencecah satu abad, kami berazam untuk terus memberikan pengguna kami yang terbaik. Kami juga mahu menjadi jenama yang berinovatif dan serba boleh dan bukan sekadar dikenali sebagai minuman sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, kami sedar makanan memainkan peranan penting dalam menyatukan kita semua. Oleh itu, dalam acara sebegini dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan teh dalam masakan harian mereka untuk rasa yang lebih Ummph!” jelas Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersil BOH Plantations.


“Saya benar-benar teruja bila pihak BOH menghubungi saya untuk mencipta menu menggunakan teh kerana permintaan tersebut memang unik dan masih belum ramai yang mencubanya lagi. Dengan pelbagai produk dan perisa keluaran BOH, banyak sajian dan manisan yang boleh dihasilkan. Untuk menu kali ini, kami memilih untuk mencipta hidangan yang mudah dibuat di rumah kerana setiap bahannya senang diperolehi di pasaran. Lima produk yang terpilih adalah daripada pelbagai jenis kerana sasaran kami adalah untuk menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sudah tentulah dapat menambah lebih ‘Ummph’ dalam ketiga-tiga hidangan ini.” kongsi Dato’ Fazley, jurucakap jenama BOH.


Memulakan acara masakan adalah sajian pembuka selera yang dicipta dengan BOH Hibiscus Zest. Bahan ini digunakan untuk memasak meringue bagi menghasilkan Ile Flottante dengan kehalusan tekstur serta kombinasi rasa buah-buahan, bunga-bungaan serta daun pudina.



Sajian seterusnya mengajak para jemputan untuk turut sama memasak hidangan ala Itali dengan sentuhan tempatan. Ia menggunakan rangkaian Herba Melayu BOH untuk menghasilkan pasta yang bukan sahaja mencerminkan tradisi dan budaya Melayu malah kaya dengan remedi warisan turun temurun yang dipercayai dapat menyembuh, membersih, menyegar dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Penggunaan bahan Herba Ratus memberikan rasa asli kepada pasta manakala Sirih Purut pula meningkatkan keenakan rasa berkrim yang pedas serta amat menyelerakan.



Untuk pencuci mulut pula, Teh Campuran Segera 2 dalam 1 digunakan untuk menghasilkan Kek Cawan Teh Tarik yang penuh berkrim, dengan kehalusan tekstur serta dilengkapkan dengan topping coklat putih dan krim istimewa berperisa Teh Hijau Jasmin. Uncang Teko BOH juga boleh digunakan untuk menghasilkan kek cawan ini.



Dengan memperkenalkan tiga hidangan hebat ini di dalam menu, BOH berharap dapat melahirkan minat rakyat Malaysia untuk menerokai pelbagai cara berbeza menggunakan produk BOH di dalam masakan harian mereka disamping menyatukan hati mereka semua dengan keunikan minuman keluaran BOH.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke www.bohtea.com atau ke Facebook
page: www.facebook.com/BohTeaMalaysia.


P/S: Tak sangka ek Teh BOH tu boleh buat kuih muih dan masakan? Ermmm nak cubalah!

KARI IKAN TONGKOL TANPA SANTAN

$
0
0
KARI IKAN TONGKOL TANPA SANTAN | Yaa satu perangai Sis kalau masak kari ikan tongkol mesti taknak letak santan, sebab tu tajuknya Kari Ikan Tongkol Tanpa Santan, bukannya apa nanti tak kaw rasanya. Tu tekak Sis laa tekak korang Sis tak tau.

Sebenarnya sejujurnya, lama sangat tak berasap dapur kat rumah, sejak-sejak ni sibuk dengan event di luar dan jemputan makan, so memang kalau nak masak siapalah nak makannya. Anak pun pergi kerja pagi balik malam, so memang tak masaklah Sis.

Dan kebetulan kelmarin Ahad, Sunah tidur rumah Sis, so apalagi, ada geng makan kan, Sis pun planlah dengan Sunah, (semalam) Sis nak masak, dan kita duduk rumah makan dan layan Netflix, hehehe. Dan akhirnya semalam betul-betul kami berdua duduk rumah tak kemana, dan hanya makan, tidur dan layan Netflix aja, pergh hebatkan kita Sunah hahahaha.


Menu Kari Ikan Tongkol ni adalah menu kegemaran seketul Sunah, sebab dia suka makan kari, ikan tongkol tu pulak ikan kegemaran seorang Sis Lin. Memang suka ikan tongkol sejak-sejak ni, ikan tu pun Suami belikan, sampai 2 ekor Suami beli, Sis masak semuanya, alhamdulilah habis, ada baki 2 ketul aje dalam kuali pagi ni.

Bila masak kari tanpa santan, makanya memanglah kuahnya akan pekat dan likat gitu, bukan susah sangat nak masak bagi pekat, janji masa tumis rempah tu kena betul-betul garing pecah minyak, kompom menjadi punya.


Untuk resepinya, alaaa sama je macam resepi kari biasa, cuma tanpa santan, tu jer. Bab bahan ke, rempahnya ke, sama je macam masak kari biasa, cuma terpulang pada masing-masing nak letak santan atau tidak. Untuk resepi ni Sis masak tanpa santan.

Selalunya kalau yang letak santan, Sis masak kari ayam, kalau masak kari ikan, amat jarang sekali Sis letak santan. Suami pun tak berapa suka. Letak santan rasanya dah lain sikit katanya. Tapi bukan kari mamak ea, kalau kari mamak, dia rasa asam kan, ni tak, dah mendidih kuah baru masuk asam keping.

Nak cuba juga resepinya?, korang boleh cuba Resepi Kari Kambing Kerisik Noxxa ni ya. Sama je resepinya, cuma resepi kambing ni masak dalam periuk Noxxa. Yang ni masak dalam kuali macam biasa.


Selain menu Kari Ikan Tongkol, ada juga Sis gorengkan Kacang Panjang Tumis Cendawan dan juga Gorengkan Ikan Terubuk Asin yang Sis kirim dengan Sunah. Sedap kemain, nak masak pun sayang, simpan sikit-sikit tu hahahaha.

Nanti nak kirim lagi Sunah kalau dia balik Sarawak. Apa-apa pun, Sis gembira bila dapat masak, dan menjamu tetamu datang. Suka nengok orang makan sepinggan licin dan bertambah lagi, alhamdulilah. Kalau boleh nak suruh orang tu datang selalu, so Sis boleh masak selalu hehehe.

Bukan suka memasak, tapi sebab diri ini tak selera makan bila tak de kawan, itu je. Lepas ni siapa nak ajak teman makan, roger-rogerlah ya..

Okaylah, Sis nak stop dulu, ni pun baru balik dari event, sementara menunggu baju dalam mesin, update kejap blog ni. Nanti sambung lagi ya.


P/S: Petang ni nak buat lempeng, sebab kuah kari dan 2 ketul ikan tongkol tu ada lagi, sedapnya..

WORDLESS WEDNESDAY - FIRE EATER

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - FIRE EATER | Yang suka akan pertunjukkan 'Makan Api' gini, haa boleh ke Thistle Hotel Johor setiap hari Sabtu jam 8pm. Yaa jika korang makan malam di Thistle pada hari Sabtu, akan ada pertunjukkan Fire Eater ini. Berkuasa giler ko dia telan api! Dah macam Boboiboy kuasa 3!!




Haa tu dia orang makan api tu haa hahahaha. Agak seksi tapi berkuasa! hahahaha..

Untuk tempahan meja Muhibbah Buffet Dinner , baca situ yaa.
#JocomXThisle


P/S: Hari ini Suami kata kita dinner luar, hehehe. Okay, dapur OFF ..

MUHIBBAH BUFFET DINNER - SAMBIL MAKAN SAMBIL MELIHAT PERTUNJUKKAN 'FIRE EATER' DI THISTLE JOHOR BAHRU

$
0
0
MUHIBBAH BUFFET DINNER - SAMBIL MAKAN SAMBIL MELIHAT PERTUNJUKKAN 'FIRE EATER' DI THISTLE JOHOR BAHRU | Bertemakan 'Muhibbah Buffet Dinner', Thistle Johor Bahru kali ini membuat sedikit kelainan pada makan malam di Hotelnya, iaitu sambil makan sambil melihat pertunjukkan api 'Fire Eater' yang di bawakan khas pada setiap hari Sabtu di Glass Restaurantnya.

Yaa, biasa kalau datang makan malam ni, korang datang makan, dah kenyang, habis makan, terus balik kan?, tapi kalau korang makan malam di Thistle Johor Bahru pada Hari Sabtu, korang akan di sajikan dengan pertunjukkan api tu. Sis sendiri pun teruja melihat pertunjukkan malam tu, sampaikan terpilih jadi volunteer makan api hahaha. Persoalannya, adakah Sis ko makan api itu? Hohoho...

Pertunjukkan api itu berlangsung di tepi kolam renang restaurant aja, korang boleh keluar menontonnya dan selepas tamat pertunjukkan (lebih kurang 1 jam, termasuk Dancing Dolls), korang sambunglah balik makan.


Untuk buffet kali ini, secara jujurnya yang Sis lihat dan rasa, ianya lebih kepada masakan melayu. Tak kisahlah dari negeri mana pun, tapi memang banyak menunya yang di hidangkan memenuhi citarasa kemelayuan. Ye laa nama pun Muhibbah Buffet Dinner kan, so memang kuranglah menu westernnya. Tapi tetap ada juga.

Akan tetapi, walaupun menunya banyak menu kemelayuan, rasa, hidangan dan menu yang ada memang menjadi pilihan semua orang yang datang makan di sini. Rata-rata suka akan menu yang tersedia. Dan ada beberapa menu yang memang jadi pilihan utama pengunjung setiap kali datang ke sini. Nak tau apa menu istimewa itu? Jom kita lihat.



Chef's Special Creation - Kambing Tempayan

Istimewanya menu Kambing Tempayan ini adalah ianya di masak secara steam bersama buah kabung. Korang tau apa itu buah kabung? Yerr buah kabung yang biasa kita makan dalam ais kacang tu. Memang sangat berlainan menu ini, dan rasanya? Ermmm ada UMPHH! Memang sedap sangat! Korang kena cuba kalau ke sini.


Rendang Minang - Buffalo Meat With Herbs 

Korang juga mesti nikmati Rendang Minang ini yang di makan bersama nasi Beryani. Rendang daging kerbau ini di masak dengan herba-herba yang begitu meresap ke dalam dagingnya. Yaa umum juga tau, daging kerbau ini rendah kalori dan juga penuh dengan protein. Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet. Mesti cuba ni.




Types of Main Dishes 

Untuk menu utama yang di sediakan, antaranya Fried Mee Hoon Siam, Spicy Fried Chicken, Sweet and Sour Fish, Tempe and Tauhu Lemak Chili, Chinese Green Vegetables dan banyak lagi.
Menu-menu ini akan menjadi pusingan ya setiap minggu, jangan nanti time korang datang, tengok eh takde pulak menu yang ini. Yaa pihak hotel akan membuat 4 kali pusingan menunya.

Kalau Sis, suka akan Mee Hoon Siamnya, terasa udang keringnya dan juga menu Sweet and Sour Fish tu..sedap sangat!




Appetizers & Salads 

Untuk menu section salad pulak, bermacam-macam ada, termasuk juga Rojak Sotong Kangkung Malaysia, Shushi & Kimchi, 6 Types of Marinates Salad & Mixed Garden Salad, Types of Malaysian Fruits Pickles, Assorted Cookies & Dried Fruits, 6 Types of Malay Ulam & 6 Types of Sambal, 4 Types of Crackers, Chili Sauce, Thousand ISland Dressing, Thai Sauce, Tomato Sauce, Mayonise.

Eh Kimchi dia sedap sangat!! Sis paling banyak makan Kimchi dia hahahaa. Juga korang kena cuba rojak buah dia tu, campuran petis dia begitu enak!! Lain dari yang lain rasanya. Dan banyaklah yang korang boleh cuba. Makanan sihat ni okay!




Additional Menu & Assorted Dessert 

Section yang ini korang boleh jugalag buat pilihan, kalau tak nak makan nasi ke, korang boleh makan Prawn Noodle, Northd Indian Pumpkin Soup, Chicken Rice atau aneka pencuci mulut dan juga buah-buahan.

Satu Sis nak bagitau, Dim Sum dia istimewa sikit, sebab Chef ada sediakan satu sos sambal yang agak pedas sedikit, bila makan dengan Dim Sum tu, jadi lebih sedap! Sis sukakannya.



Live Action 

Carving Station : Roasted Lamb & Beef with Black Pepper Sauce & Mint Sauce
Chinese Corner : Hainanese Chicken Rice Stall & Condiments
North and South Indian : Biryani Rice, Dhal Curry, Chicken Masala, Assorted Pickles
Western Corner : 3 Types of Pasta with Choice of 3 Sauces
Action Station : Nyonya Popiah & Vietnamese Spring Roll

Kesemua yang di atas ni korang boleh makan secara panas. Memang akan di masak panas-panas. Mesti cuba menu masakan India tu ya, korang rasa dia punya Chal Curry, lain benar rasanya. Kalau dapat roti canai, perghh terus Sis ko jerit roti canai banjir satu!! Hahahaha..


'Fire Eater', seperti yang Sis bagitau awal-awal tadi, haa sambil makan sambil melihat pertunjukkan api kan, yaaa itulah dia budak-budak api tu haaa, kemain seksi ko ek Dikk...tapi Hakak takut Dikk, ko berkuasa 3 ekk makan api hahahah..buffet seddap-sedap, ko makan api ek hahaha..

Korang boleh lihat dan baca poast Fire Eater Sis ni ya...hanya setiap hari Sabtu aja okay.



Korang boleh di facebook Page @akusislin di atas untuk melihat lebih banyak gambar lagi ya. 

Muhibbah Buffet Dinner Thistle Johor Bahru .
Glass Restaurant, Lobby Level 

Setiap hari Jumaat & Sabtu
Jam 6.30pm - 10.30pm .

Harga RM 88nett/dewasa & RM 48nett/kanak² (6-12 tahun).
Lebih dari 80 jenis menu yang ada.

Sambil makan korang juga akan dihiburkan dengan adik² Dancing Dolls juga persembahan 'Fire Eater' selama 1 jam. *Setiap Hari Sabtu Sahaja jam 8pm.

Untuk tempahan meja:
Call : 07-222 9234 atau
Email : fnbcoordinator.jb@thistle.com.my


P/S: Suka suasana tempatnya, aman tenang, mungkin sebab cermin berkaca luas tu..luas pemandangan gitu.. 

SRI NONA KETUPAT WON MIFT (MALAYSIAN INSTITUTE OF FOOD TECHNOLOGY( PRODUCT INNOVATION GOLD AWARD 2019

$
0
0
SRI NONA KETUPAT WON MIFT (MALAYSIAN INSTITUTE OF FOOD TECHNOLOGY( PRODUCT INNOVATION GOLD AWARD 2019 | Nona Ketupat were presented with the Gold Award at the recent Product Innovation Award 2019, hosted by Malaysian Institute of Food Technology (MIFT) for their latest product Ketupat Palas Pulut Hitam at Setia City Convention Centre Shah Alam. 

MIFT is a professional non-profit organisation that bring together scientists, technologists and educators in the field of food science and technology that aims to recognise F&B manufacturers for their outstanding and innovative products. The awards are recognised by industry leaders and the Ministry of Health Malaysia once every 2 years from which there were only 4 winners this year.

The primary mission of MIFT is to promote the integration of science and technology to enhance the production, processing, packaging, distribution, evaluation and utilization of food to providing better and more adequate foods.


Sri Nona was established since 1975 and has grown to become one of the industry leaders by being a successful Halal food manufacturer. With its vision to deliver the local taste to the world, the R&D and Production team of Sri Nona is constantly innovating to introduce and produce products that meet and exceed consumer expectations. 

The main products of Sri Nona are Ketupat (rice cake), Oyster Sauce, Cooking Sauce, Ginger Drinks, Dessert range and many more. Sri Nona has the widest and popular range of Ketupat products, Desserts products and Oyster Sauce that caters for our Muslim Malaysian consumers.


The winning product this year, Ketupat Palas Pulut Hitam, is a ready-to-cook product food product conveniently packed to allow every household the joy of savouring traditionally prepared Ketupat Palas without having to slave for 4-5 hours in the kitchen. Nona Ketupat requires less time on cooking, with lower energy consumption, while maintaining a high consistent quality that is prepare in a hygienic environment.

Black glutinous rice that is used in this product naturally contains anthocyanin that is an antioxidant with healthy benefits. Besides, glutinous rice is rich in dietary fibre that contributes to a healthy diet.

The Ketupat Palas packaging used for cooking is High Density Polyethylene (HDPE) which meets United State Food and Drug Administration (FDA), Commission Regulation (EU) and Halal Jakim certified criteria that complies with all food act regulations and safety requirement. It is declared safe for human consumption and approved by the Ministry of Health Malaysia and MESTI.


Nona Ketupat Palas Pulut Hitam is tasty even when consumed on its own, or can be matched with our traditional dishes such as Chicken or Beef Rendang, Chicken Floss, and Chicken or Beef Curry. 

For those who has a sweet tooth, alternative dipping with sweet condiments such as Grated Coconut with Brown Sugar, Plain White Sugar, Kaya or Condense Milk will be a favourite for the kids. Recommended retail price for Ketupat Palas Pulut Hitam 250g is RM6.90 per pack.


P/S: Yaa memang sedap! Sis dah cuba dah ni..jujur memang sedap! Korang kena cuba!

PENUH AKTIVITI SAMPAI TAKDE MASA UNTUK MANJAKAN DIRI

$
0
0
PENUH AKTIVITI SAMPAI TAKDE MASA UNTUK MANJAKAN DIRI | Betul, terlalu sibuk sampai takde masa nak manjakan diri sendiri. Maksud manjakan diri sendiri tu bagi Sis adalah pergi spa, buat facial muka, mengurut, sauna dan juga jakuzzi. Kalau sebelum ni, Sis ko laa paling tidak 2 minggu mesti pergi spa manjakan diri. Sekarang? Huhuhu padanlah muka, banyak sangat aktiviti kan.

Memang lama nak pergi dan buat tapi masa tu bukan takde, tapi hari-hari ada je dia punya hal/aktiviti, bila takde aktiviti pulak bukan malas nak pergi tapi nak rehatkan diri pulak, memasak mengemas rumah, so bilanya nak ada masa huhuhu.

Semalam, Suami bertanya 'Lama tak nampak pergi spa?', terus erkk Sis dengar ayat Suami tu, terus fikir, ye laa memang agak lama tak pergi..last pergi masa dengan Suami tu laa rasanya. Dan semalam juga, Sis terus beli dalam Fave dan terus booking hahahaha. Yaa booking untuk 2 orang sekali dengan Suami, Suami kata okay, Sis pun terus beli hehehe.


Benda-benda macam ni bukan mengada-ngada tau, tapi perlu ada dan buat, kita ni orang perempuan, kena manja-manjakan diri walaupun bukanlah nak cecantik mana pun, janji ada rasa nak mencantikkan diri, untuk Siapa, untuk Suami juga.

Bukanlah kata pergi spa ni terus nampak cantik, tapi at least, kita punya badan tu ada relax, minda tu tenang, zaman sekarang ni terlalu banyak kes depression sampai membunuh diri, so kita mintalah di jauhkan benda macamtu, so kita tenang-tenangkan diri dengan aktiviti macam ni, salah satunya pergi spa.

Kalau kata mahal, ermm Sis beli untuk 2 orang kat Fave tu baru RM 88 jerrr utnuk urut dan facial selama 1jam 2jam..mahal ke murah tu? Nak seribu daya, taknak macam-macamlah kau punya ada-ada alasan hahahaha..

Yaa sejak-sejak ni kadang Sis mengeluh diri sendiri, terlalu sibuk dengan aktiviti, tetapi...itulah salah satu aktiviti di luar yang buat Sis happy dan hilang kebuhsanan bila jumpa kawan-kawan. Bukan bosan duduk di rumah tapi Sis paling tak suka akan 'kesepian' sejak-sejak ni, nanti mulalah nak nangislah, fikir macam-macamlah, ada je benda yang buat Sis nak marah huhuhu, silap-silap semut pun takut..

Suami pun faham, so dengan izinnya dia bagi izin Sis menyibukkan diri dengan aktiviti, tak kisahlah free ke berbayar ke, janji dapat jumpa kawan-kawan dan hilang sekejap masaalah. Nanti kang ada pulak yang mencelah, kalau bosan solat & bacalah Quran, yaa Sis faham, tu semua kalau buat pun, tak payahlah nak cakap, hanya Allah dan kita aje. Yang nak Sis sampaikan di sini, luar dari amal. Harap faham ya.

Ni pun tengok jadual, kus semangat, sampai ke hujung bulan penuh bintik-bintik dalam kalender hahahaha..adeiii Sis Lin ooo Sis Lin, bawa berehat dan tidur dengan cukup..huhuhu tu ayat Suami semalam, katanya 'sibuk ke, penat ke, makan, tidur tu biar cukup, nanti dah sakit, Ayah yang susah' huhuhu..membebel Suami semalam..Baiklah Suamiku!..

Yaa..punca-punca yang ketara kenapa badan cepat naik, adalah sebab kurangnya TIDUR..sekian..

Okaylah nanti sambung balik, harini air takde pulak kat kawasan rumah Sis, so nak bersiap, nak ajak si bujang tu makan luar, nanti petang Sis ada jemputan majlis makan malam pulak....so apa-apa uruskan anak dulu..

OkBai..


P/S: Jangan lama takde air sudah, ssuahnya laa takde air..
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live