Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live

BRICK-OR-TREAT IS BACK WITH AN AUGMENTED REALITY TWIST AT LEGOLAND® MALAYSIA RESORT

$
0
0
BRICK-OR-TREAT IS BACK WITH AN AUGMENTED REALITY TWIST AT LEGOLAND® MALAYSIA RESORT | Resort brings families together through innovative new ways to learn while having a spooky fun time. Families planning their Halloween celebrations at LEGOLAND® Malaysia Resort are in for yet another treat this year. Throughout the month of October, the resort will be decked out in a spooky fun Halloween theme, complete with spooky fun activities for every ghost hunter and trick-or-treater.

For the first time, LEGOLAND Malaysia Resort is employing AR technology to provide a more immersive eduplay experience for the whole family. At the Hidden Sides Haunted School Bus which will be parked at the beginning area of the LEGOLAND theme park, families can hunt for LEGO ghosts through the augmented reality platform available with the built LEGO sets. This limited-time interactive experience is in line with the recent launch of the brand-new LEGO Hidden Sides which are basically three games rolled into one: it is a classic building toy, a tech toy, and an AR game.

“At LEGOLAND Malaysia Resort, we are always exploring new and innovative ways we can celebrate our yearly celebrations such as Brick-or-Treat. This year, the new Hidden Sides set offer our visitors a fun new experience through AR, blending future tech with our timeless toy. We believe in harnessing new technologies to help families be more creative, learn how to problem solve and ultimately, build better relationships with each other,“ said Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort.


More Spooky Fun For Everyone: 

Meanwhile, diehard Trick-or-Treat-ers should head straight to the Knock Knock Alley where they can meet new and interesting LEGO characters, collect the best treats, and peek into brand new worlds with every door they knock on.

That’s not all! There will be tons of other fun Halloween-themed activities available at the park, including:

  • Frankie’s Haunted Hoedown – Families shouldn’t miss the biggest Halloween party in town where everyone, including Frankenstein, Vampire, and Witch, are invited!
  • LEGO Friends Halloween Special– Meet the LEGO Friends at their LIVE show as they do their high-energy performances in their special Halloween outfits.
  • Brick-or-Treat themed building activities– Help the scarecrows build LEGO pumpkins for their Pumpkin patch and scare away the ghosts and ghouls!
  • SEA LIFE is Haunted!– Our marine sanctuary is haunted! Help our aquarists find and capture all 8 ghosts in SEA LIFE Malaysia and stand a chance to win a surprise gift!

Month-Long Halloween Promotions

LEGOLAND Malaysia Resort is also offering awesome promotions from 1 st October until 3 rd November such as a 50% discount for a day ticket when any Annual Pass holder brings a friend for our spooky fun celebration. Don’t forget that kids dressed in Halloween costumes can enter for free when accompanied by an adult who has a full priced ticket!

For more information on the upcoming activities and happenings around the theme park and resort, check out LEGOLAND® Malaysia Resort official website www.legoland.com.my or via the social media pages on Facebook and Instagram.


P/S: Wowww mesti nanti meriah dengan 'hantu-hantu' nya kan hehehe..

ANTARA TEMPAT-TEMPAT MEMANCING YANG MENARIK DI JOHOR

$
0
0
ANTARA TEMPAT-TEMPAT MEMANCING YANG MENARIK DI JOHOR | Kalau sebut aje memancing, haaa siapa lagi yang sangat suka kalau bukan Suami Sis. Baik mancing kolam, mancing laut, mancing sungai ke, asal pegang batang pancing, haaa memang laa minat dia. Dan sekarang, dah ada satu hobi baru pulak, iaitu memasang bubu ikan. Ermm ni gara-gara dah berkawan dengan orang-orang kampung nelayan di Paka, Trengganu sana. Semua aktiviti laut dan sungai jadi kesukaan dia.

Memang nampak sangat kebahagiaan di wajahnya bila dapat memasang dan menaikkan bubu. Kalau Suami hantar aje gambar ikan-ikan tu, kemain senyum lebar bergambar dengan ikan-ikannya hehehehe. Alhamdulilah sekurangnya hilang juga stress kerjanya. Ada juga aktivitinya di sana.

Sampaikan hadiah yang Sis beri pada Suami berupa mesin pancing tu, kemain lagi sayang nak guna. Kata Suami tunggu balik Johor baru nak guna. Kat Paka katanya tak adventure hahahaha. adeii lawak sungguh ayat.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/07/mesin-pancing-bossna-sw8000-hadiah-hari.html


Tengok tu, gambar yang di hantar Suami Sis minggu lepas sewaktu angkat Bubunya. Kemain meriah ikan. Tu baru 1 bubu, ada 3 bubu lagi. Ikan baru kalau masak asam pedas sedapnya. Goreng pun sodap!

Ada di sini pembaca blog Sis (perempuan) yang minat memancing?

Dan bagi korang pula yang sukakan memancing, dan nak bawa anak bini ke, dan tak tau nak pergi mancing di mana di Johor ni, haaa bolehlah cuba di tempat-tempat yang Sis kongsikan ni. Kebetulan ternampak di facebook, so Sis kongsikan di sini. Sis pun nak save di blog Sis, kot mana tau, one day nak ajak Suami memancing di sini. Anak bujangnya pun dah tersampuk jadi 'kaki pancing' sekarang hohoho. Kemain suka Ayahnya bila dapat tau anak bujangnya dah ada minat memancing. Jadi 'geng' katanya.

Jom kita tengok, antara tempat-tempat memancing yang menarik di Johor ni.
Kredit : Profishganda


1. Kelong Maswira, Pontian 0137909789


2. Kelong Acheh, Endau Mersing Johore, 0197772684


3. Rakit Yoyo. Pulau Layang .Pasir Gudang 0197218383


4. Rakit Wak Kahar , JB 0177148749


5. Rakit Air Bintan, Kota Tinggi 0137102188


6. Kampung SALAM RAKIT, Ulu Tiram 0137824025


7. Rakit Pancing Harun kongkong 0137622871

Setakat ni yang pernah Sis ikut Suami mancing, di Rakit Pancing Harun dan juga Yoyo Rakit tu. Dekat dengan area rumah Sis di KongKong. tapi belum pernah lagi bermalam, hanya datang mancing aje. Nantilah satu hari nak juga merasa bermalam di rakit-rakit tu. Mesti Suami happy agaknya.

Harga pun murah berbaloi. Kalau dapat ikan, tak silap boleh masak di atas rakit atau bawa balik. Sebelum ni Suami pernah dapat ikan tebal pipi dan ikan merah di rakit-rakit tu. Puashatilah mancing situ, tapi rezeki ikutlah rezeki masing-masing. Kadang tunggu seharian pun, kalau dah kata takde rzeki, balik tangan kosong juga.

Kot ada lagi tempat lain yang menarik, sila komen yer..nanti Sis update..


P/S: Sis minat mancing? Jangan di cuba, kang kalau minat kang, ada duduk kat kolam kang Mak ko hahahaha. *Tu ayat Suami kat anak dia hahaha.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

$
0
0
BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH | Hidup sekali saja. Nak rasa menyesal sangat pun takkan bawa ke mana. Betul tak apa Sis kata tu? Apa yang penting beranilah hadapi hari muka, dengan pemikiran yang sederhana. Semua orang nak jadi lagi baik dekat dunia ni, dan semua orang taknak jadi susah dan jahat di dunia ni.

Eh, siapa kata nak jadi lagi baik tu susah? Cuba jadi baik dulu, nanti yang jahat tu senang nak pergi. Yerr senang sangat. Cuba jadi baik sekarang, cer try.

Mulakan dengan rendahkan suara pada orang keliling, cakap jangan kasar sangat, bersangka baik dengan orang, terus pergi sembahyang kalau rasa ada solat yang belum lagi tertunai, terus memaafkan sesiapa yang memang kita hangin je bila dengar nama dia (bab yang ini memang Sis tak boleh buat, sekali Sis ko benci, selamanya takkan Sis maafkan, itulah Sis Lin, tapi tak taulah esok lusa jika Allah melembutkan hati seorang Sis Lin).

Sekarang? Yerr sekarang... oh! boleh je, Tapi .. nak terus terusan kekal dengan kebaikan tu yang sangat sukar . Susah... bukan senang nak terus kekal jadi baik, hari ni bolehlah buat, cubalah tengok, esok? Eh eh kembali kepada asal balik.


Ya benda tu tak pelik. cuma.. kan Sis cakap, ia agak sukar. Tak sesenang di fikir, di gambar, atau di buat. Orang lain senanglah cakap. Tapi yang nak buatnya kita. Sesungguhnya berterusan (Istiqamah) tu satu perjuangan. Macam kita kena pilih nak berfacebook ke atau nak study. Nak fokus buat kerja ke atau nak bergosip. Nak habiskan drama Netflix dulu ke, pergi sembahyang maghrib dulu, atau nak diet ke atau takpe tahun depan ajelah.

Ya, hidup ni adalah satu perjuangan. Perjuangan berpanjangan . Melibatkan beberapa pengorbanan dan sedikit kesabaran . Not easy to say.

Yang penting ..

Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

Tapi ...

Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menegur jika berbuat kesilapan
Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepadaNya dengan seikhlas hati dan mengajak orang lain berbuat sama
Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaanNya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah, bukan senang nak jadi senang....

Tapi, kita WAJIB  mencuba. Yang penting, kena kuatlah. Kekuatan tu sikit je datang dari orang keliling, selebihnya dari dalam kita sendiri. Cari dan terus mencari... jangan cakap 'saya tak kuat', bila belum mencuba walau sedikit pun. itu mengalah namanya.

InsyaAllah...Saya kuat!..


P/S: Saje letak gambar tu sebab nak bagitau, setiap dalam diri atau hidup kita, pasti ada je 'manusia' yang 'mengganggu' kehidupan kita selain 'Syaitan' ..

PERCUMA 50,000 SARAPAN PAGI UNTUK WARGA MALAYSIA

$
0
0
PERCUMA 50,000 SARAPAN PAGI UNTUK WARGA MALAYSIA | Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1 ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma!

Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober!

Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu. & Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir.

"Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian". kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak- kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.


Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Sarapan pagi juga mengisi perut anda dan membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau
memakan snek kemudiannya.

Walaupun terdapat banyak kebaikan untuk makan sarapan pagi, ramai memilih untuk mengabaikannya. Ini adalah kerana waktu pagi biasanya merupakan masa paling sibuk untuk kebanyakan keluarga dan orang dewasa yang bekerja. Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata mata untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya. Menurut Kajian My Breakfast, 1 daripada 4 kanak-kanak Malaysia berumur 6 hingga 17 tahun tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.

Keadaan ini selalunya disebabkan oleh masa yang tidak mencukupi untuk menyediakan atau makan sarapan pagi. Menurut Kajian Sarapan Sihat Asia Pasifik, sebab utama rakyat Malaysia mengabaikan sarapan ialah kekurangan masa dan usaha yang diperlukan untuk menyediakan sarapan pagi. Menariknya, 75% responden membuat keputusan tentang sarapan berdasarkan kesinangan dan kelapangan waktu, sementara 39% adalah berdasarkan manfaat kesihatan, manakala nilai pemakanan menerima pertimbangan paling rendah pada 37% .


Sumber: Herbalife Nutrition Asia Pacific

Walaupun mudah untuk mengabaikan pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita. Malah, sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.

"Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia," kata Ramjeet.

Ramjeet terus menekankan bahawa rakyat Malaysia masih kurang mengambil susu yang diperlukan untuk mendapat nutrisi berkhasiat. "Menurut Kajian Nutrisi Dewasa Malaysia 2014, orang dewasa hanya mengambil 0.4 gelas susu setiap minggu berbanding dengan cadangan Garis Panduan Pemakanan Malaysia, iaitu sebanyak 1 hingga 3 gelas sehari. Kanak-kanak pun lebih kurang begitu juga, kerana berdasarkan SEANUTS, kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu sehari, hanya 5% kanak-kanak sahaja sebenarnya yang memenuhi kuantiti yang disarankan, iaitu mengambil dua hidangan susu setiap hari".

Ramjeet menambah: "Sarapan pagi seharusnya membekalkan 20 - 25% daripada keperluan nutrisi harian kita, tetapi bukannya semua makanan membekalkan semua nutrien yang kita perlukan. Sarapan pagi yang lazim di Malaysia, seperti nasi lemak atau sandwic tidak membekalkan semua nutrien yang kita perlukan pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, apabila anda memadankan segelas susu dengan sarapan pagi kegemaran anda, nutrien yang diperlukan pada waktu pagi dapat dicapai dengan mudah".


Oleh itu, anda boleh menikmati sarapan berkhasiat hanya dengan meminum susu sebagai sebahagian daripada sarapan setiap hari untuk memulakan hari anda dengan kuat.

Memahami kebaikan nutrisi secara mendalam, kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang aktif. Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrien penting lain seperti protein.

Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.

"Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi,". kata Ramjeet.

Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk meningkatkan nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan Oktober ini!


Bersempena dengan Bulan Sarapan Dutch Lady, Dutch Lady akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan

PERCUMA yang mengandungi susu dan bijirin di 10 stesen LRT mulai 21 hingga 31 Oktober, dari pukul 6 hingga 11 pagi!

Mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady, dimana sahaja anda berada!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang tarikh dan lokasi (stesen LRT) untuk mendapatkan sarapan percuma anda, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau https://www.dutchlady.com.my/events.php.


P/S: Sis laa salah seorang yang selalu abaikan sarapan pagi, huhuhu sebab biasa terus brunch..okay! kena ubah ni..

'NEW CHINESE MENU' RASA ORIENTAL DALAM SET MENU TERBARU DI TROVE JOHOR BAHRU

$
0
0
'NEW CHINESE MENU', RASA ORIENTAL DALAM SET MENU TERBARU DI TROVE JOHOR BAHRU | Yaa sejujurnya Sis adalah peminat tegar makanan dan masakan cina. Tak kira dari food street atau restoran ataupun hotel-hotel. Jika ada peluang untuk merasainya, pasti Sis akan mencubanya. 

Dan baru-baru ini Sis berkesempatan untuk pergi ke Trove Johor Bahru bagi memenuhi undangan food review untuk menu terbaru mereka iaitu 'New Chinese Menu', yaaa chinese menu yaa, bukan chinese new year hahahaha lambat lagi oii..

Apa yang menariknya, ianya di datangkan secara set. Terbagi kepada 2 set, set untuk 8 orang dan juga set untuk 4 orang. Harga dan menu juga berbeza.

Untuk set yang Sis kongsikan menunya di sini, ianya adalah set untuk 8 orang. Kesemua menu memang punyai citarasa tersendiri. Dan semestinya kalau korang peminat makanan cina, tentu korang akan suka akan rasa oriental yang begitu sedap dan memenuhi tekak melayu kita. Bagi Sis semuanya okay pada tekak Sis.

Meh tengok apa yang ada dalam setnya ya.


Minced Chicken with French Beans.
Yang ini bagi Sis special sikit. Sebabnya kacangnya di goreng bersama dengan cincangan ayam dan di goreng dengan minyak zaitun. Masa mula sampai menu tu, Sis terus bertanya kepada Chef Wong Chee Foong, adakah ianya digoreng dengan minyak zaitun? dan ternyata betul tekaan Sis, oily dia tu adalah minyak zaitun. Sebab tu ianya nampak sungguh shining dan mendatangkan selera.


Deep Fried or Steamed Tilapia with Thai Sauce or Nyonya Sauce. 
Menu ikan steam ini memang akan menjadi kesukaan bagi sesiapa yang pergi makan set Chinese ni. Sis sendiri suka akan rasa nyonya sauce dia. Kalaulah ada roti goreng tu, perghh sedapnya makan cecah dengan sosnya tu..Yumsss sangat! Dan ikannya pun fresh.


Dried Chicken with Special Homemade Sauce
Untuk yang ini, kalau bagi yang ada anak-anak, mereka pasti akan sukakannya. Tidak pedas dan juga sangat rangup. Gorengan ayam bersama sauce tu ternyata tidak menjadikan ayam itu rasa 'lembik' atau keras, tapi ianya rangup. Tapi jaga-jaga, ada hirisan halia di dalamnya, ternyata gigitan halia bersama kepingan ayam tu menjadikan rasanya sangat istimewa.


Braised Bean Curd with Enoki Mushroom and Oyster Sauce.
Untuk menu yang ini, yaa mungkin Sis bukan pengemar sos tiram, makanya agak sukar Sis nak hadam menu yang ini hehehehe. Tapi bagi mereka yang sukakan rasa sos tiramnya, mesti akan menyukainya. Cuma sedapnya tauhu tu memang lembut dan segar, Sis makan brocolinya aje banyak hehehe.


Egg Foo Yong
Menu seterusnya ini kalau di lihat senang kata telur dadar gebu hehehe. Yaa memang ianya telur, cuma bezanya dalamnya ada udang, lain-lain sama aje macam kita goreng telur di rumah. Tapi ada sedikit rasa lain untuk menu telur ni. Mungkin ada mayonis, rasa Sis laa..lupa pulak nak tanya. Yaa rasa dia sedap walaupun hanya telur dadar.


Crabmeat Tofu with Fish Maw Soup
Okay, yang ini memang kena cuba setiap kali hidangan cina. Mesti cuba. Tapi ada juga orang yang tak sukakannya. Tapi Sis sukakannya. Sedap sangat!. Ingatkan nak tambah lagi semangkuk, tapi mangkuk dah di angkat. Yaa ini memang sedap!..isinya tak lokek, makan tu tergigit-gigit isi ketamnya.


Assorted Fruits
Dan sebagai penutup mestilah ada buah. Buah kena ada. Orang cina memang suka makan buah. Cuma tak tau kenapa melayu kita ni lepas makan susah sangat nak makan buah ek..nape ek ek ek..

Itulah sebahagian dari menu yang ada dalam set 8 orang makan. Kesemua set ni di datangkan sekali dengan Chinese Tea dan juga nasi putih kukus ya. Nasi dan chinese tea tu boleh tambah kalau tak cukup.

Mengikut kata Mr Salamon Das, selaku Brand Manager, Trove Johor Bahru kali ini berkerjasama bersama Food & Beverage Manager, Mr Subramaniam bagi memperkenalkan team members 'behind the Chinese Kitchen', Master Chef Wong Chee Foong kepada media bagi mempromosikan menu terbaru ini. Ternyata ianya mendapat sambutan yang mengalakkan.

Bukan sekadar boleh di beli dengan set, ianya juga ada di jual dengan set hidangan secara ala-carte. Ianya di sediakan secara panas dan segar. Maksudnya di sini, korang order dan akan makan panas-opanas, kalau rasa sejuk, korang bagitau ajelah pihak berkenaan ya.

Menu-menu ala-carte juga terdiri juga daripada Hainanese Chicken Rice, Yong Chow Friewd Rice dan juga Sambal Fries Rice. Dan bagi pengemar masakan mee, juga terdapat Wanton Noodle Soup, Char Kuey Teow dan Cantonese Style Kway Teow.

Yang ingin menambah menu dalam set hidangan di atas, korang juga boleh order Garlic Beef Seasonal Vegetables, Kung Pao Chicken, Minced Chocken with French Beams atau kesukaan ramai iaitu Butter Chicken yang di masak bersama cili padi dan juga daun kari, memang sedap tu oii!

Tak lupa juga bagi mereka yang suka akan makanan laut, Chef Wong ada menyediakan 4 menu yang terdiri daripada Crispy Oatmeal Prawns, Deep Fries Prawns with Fruit Salad, Kus Semangat Nyonya Fish dan juga Deep Fries Tilapia with Thai Sauce. Juga korang boleh nikmati bersama menu Japanese Bean Curd with Oyster atau Fries Shrimp Omelette.

Kesemua menu ala-carte juga di hidangkan bersama nasi putih kukus juga.

So apalagi, jomlah cuba dan datang makan di Trove Johor Bahru.

Di sediakan setiap hari bermula dari 25 September 2019
Dari jam 12:00 tengahari hingga 10:00 malam

Harga Per-Set: 
RM178Nett For 4 Persons
RM398Nett For 8 Persons

Untuk tempahan:
Whatsapp SUBRA - 017 772 7386
Call LADA & CLOVE - 07 272 8805

Alamat: 
Lada & Clove, 8th Floor, TROVE Johor Bahru
Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor

Untuk pertanyaan sila ke : https://www.careluxuryhotels.com/trove-johorbahru/


P/S: Mahal? Pakat-pakat makan 8 orang atau 4 orang, bayar kongsi-kongsi, pun mahal ke? ..huh!! Makan dulu baru tau mahal ke tak mahal dengan menu yang di hidangkan..

PUNCA TRAFIK BLOG TURUN MENDADAK

$
0
0
PUNCA TRAFIK BLOG TURUN MENDADAK | Kalau dah namanya blogger, bukak aje blog, apa dulu yang kita lihat? Semestinya bagian 'stats' tu kan? Nak tengok pageviews (PV) semalam dan terkini. kalau di Malaysia, setiap jam 8am maka bermulalah PV baru bagi hari baru. Sama je dengan Sis ko ni, asal lepas aje jam 8am, tergedik-gedik nak bukak blog nengok PV semalam hahahaha.

Tapi yerr ada pasang dan surutnya PV tu. Kejap ada naik, kejap ada turun, nak maintain stabil memang susah. Kadang fikir, kenapa ek? Ermmm update hari-hari, tapi kenapa susahnya nak maintain PV. Bila Sis banyak membaca dan cari apa puncanya, oh! Ternyata ada benarnya juga kenapa trafik blog turun mendadak dari kebiasaannya.

Dan lagi satu yang kena amik kesah pasal blog ni, iaitu Baunce Rate (BR). Bila trafik nampak okay tapi kenapa kadar bounce rate naik tinggi?. Apabila kadar bounce rate naik tinggi, ia menandakan bahawa blog korang tidak mesra kepada pengunjung. Setakat harini BR blog Sis 1.24%. Tapi agak bimbang juga sebab BR nya rendah sangat pulak, ermmm.

[Baca sini]: https://www.hasrulhassan.com/2016/06/tips-trik-dapat-bounce-rate-blog-rendah.html

Ada masanya malas nak amik tau semua benda ni tau, serabut kepala aje, tapi bila kau rasa blog ko ni sumber pendapatan dan nadi kepada minat ko, makanya kena amik tau semuanya. Macam Sis banyak membaca untuk pengetahuan diri sendiri aje, nak share pun kadang tak berani, takut salah info. Sebab diri sendiri pun banyak kena belajar lagi. Tapi harini Sis rasa nak share di sini. Sebab ramai sangat PM kenapa PV mereka jatuh mendadak.


So ini jawabannya..
Sumber: Forbes

1. Tukar template baru

Penukaran template baru sudah pasti memberi kesan terhadap pageviews sesebuah laman web. Ini kerana search engine yang sebelum ini sudah menghafal blog korang terpaksa bermula dari bawah untuk mengindeks. Lebih-lebih lagi jika korang bertukar kepada template yang tidak mesra SEO. Ia biasa memakan masa untuk blog korang diindeks semula.

2. Template yang telah di-edit semula

Ya, memang betul korang tidak pernah tukar template. Tapi korang baru sahaja menambah kod baru dalam coding template dan mengubahsuainya secara tidak sengaja. Pengubahsuaian ini memberi impak besar terhadap kedudukan blog di enjin carian seperti Google.

3. Malas update blog

Mungkin penurunan trafik adalah hukuman bagi mereka yang malas update blog. Update lah sekurang-kurangnya hingga tiga entri seminggu supaya spiders dalam enjin carian dapat crawl blog dengan baik. Ingat, tiada entri baru, tiada pembaca.

4. Terkena sandbox atau penalti

Hati-hati, kerana perkara ini sering berlaku terhadap blog yang terlalu menekankan teknik SEO sehingga memanipulasi search enjin. Tindakan seperti ini akan dihidu oleh Google yang akhirnya menyebabkan blog korang ditendang dan tidak akan diindeks oleh SERP.

5. Terlalu kerap update/kemas kini blog

Sentiasa kemas kini blog ada juga keburukannya. Jangan salah faham, kerap update di sini bermakna mengemas kini blog. Senang kata susun atur dan menambah widget dalam blog tu.

6. Google mengemas kini algoritma

Enjin carian seperti Google setiasa mengemas kini algoritma mereka dan perkara ini akan mengubah ranking blog korang. Untuk pengetahuan, Google sentiasa melakukan kemas kini secara senyap dan blog korang mungkin terkena tempiasnya.

7. Kandungan blog tidak berkualiti

Konten adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh setiap blogger. Jika kandungan blog tidak berkualiti seperti menulis entri terlalu pendek atau sambil lewa, pembaca tidak akan 'engage' dengan blog korang. Google dapat membaca perbuatan ini dan kemudian memberi laluan kepada blog lain untuk berada ranking terbaik.

8. Tukar domain

Tukar domain dari blogspot.com kepada dotcom kebiasaannya akan menjejaskan jumlah pageviews. Ini kerana robot carian Google perlu bekerja keras untuk mencari alamat baru blog korang. Jangan risau, ia hanya sementara sahaja dan trafik akan pulih seperti sedia kala.

So senang kata, rajin-rajinlah membaca dan update blog ya. Kalau takde idea tu, carilah bahan, janji update. Bahan apa? Hahahaha paling senang, ko update je media release, tapi ingat! jangan selalu sangat, kang dah jadi macam surat khabar pulak hahahaha.

#SisSharing ajer..moga bermanfaat.



P/S: Yaa sejujurnya blog Hasrul Hassan laa yang banyak Sis buat rujukan. Terima kasih Tuan HH, tunjuk ajarku Sifu!..

MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK DEMAM PANAS

$
0
0
MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK DEMAM PANAS | Alhamulilah ada pun ketamnya, tapi yang sakitnya yang membeli ketamnya hehehehe. Yaa anak Sis Yana demam panas dah berapa hari ni. Kejap panas, kejap okay, kejap tu terus tak okay, so Sis suruh dia beli ketam dan Sis masakkannya sup ketam. Klinik pun dah pergi, tapi sama juga demamnya.

Kebetulan dia bekerja harini setelah 2 hari MC, so sebelum balik rumah Sis suruh dia beli ketamnya. Dapat dia beli 4 ekor besar, berat pulak tu ketamnya, mesti banyak isi. Pastu sampai rumah, anak membebel sendiri, katanya 'mahalnya ketam, 4 ekor rm38 hengget' katanya hahahaha. Adeii baru tau ke, haaa tau nak makan sedap je kan selama ni, sekali kena pergi beli, baru dia tau mahalnya ketam tu kan.

Mula ingat esok aje nak masakkannya, sebab tunggu ajelah Suami sampai, nanti pergi pasar belanja barang basah sekali, tapi kesian pulak nengok si anak, so masakkannya aje laa dulu.


Memang betul, berat ketam tu memang banyak isi dalamnya. Tips nak beli ketam, pilih yang berat hehehe. Tu Suami yang ajar dan Sis pesan awal-awal kat anak tadi, pilih dan beli yang ketamnya berat.

Sup Ketam Panawar Demam/Denggi? 

Amalan memakan sup ketam ketika demam ni memang bagus, terutama bila di katakan terkena demam denggi. Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.


Persoalannya, sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?

Ermm korang fikirkanlah sendiri. Tak salah mencuba dan usaha. Setiap penyakit itu ada penawarnya kan?. Tapi bila dah siap sup ketamnya, bukan kata yang sakit aje makan, yang tak sakit pun jadi terkecur sama. Nasib baik beli banyak ketamnya, kalau tidak, mau ngences tukang masak hahahaha.

Rasa puas kalau makan ketam yang penuh isi. Baik di badan dan juga kaki-kakinya ketam tu.
Okay bye dulu, nanti sambung esok ya.


P/S: Operasi mendobi selesai, jomlah kita operasi melipat menyusun mengosok pulak, adeeiii...

NASIHAT 23 - IMAN BUKAN DI BIBIR SAHAJA

$
0
0
NASIHAT 23 - IMAN BUKAN DI BIBIR SAHAJA | Wahai kaum mukminin, wahai sahabat Rasulullah! Ketika itu kamu berkata, kamu berharap pada mati. Bukan beerti meminta mati, akan tetapi mencari sesuatu jalan yang dengan jalan itu dikurnia syahid, seperti berjihad di jalan Allah.

Suatu ketika, seorang sahabat yang tidak mengikut perang Badar berbincang, "Allah...Jikalau kita ikut dalam perang Badar tempoh hari itu dengan Rasulullah, bukankan lebih elok? Pertolongan Allah hadir melalui para malaikat. Rasa menyesal".

Sebahagian daripada mereka mengungkap rasa ingin dan mencari peperangan kerana ingin mengikut Rasulullah.

Kamu wahai kaum mukminin! Mencari-cari tempat itu untuk mendapat syahid yakni berjihad. Sesungguhnya Allah itu ingin mendidik dalam masalah jihad, bukan sekadar cakap. Ia adalah realiti. Jikalau seaorang berhadapan dengannya, akan diuji sejauh mana kesungguhannya ingin mati syahid ataupun tidak.

Kerana realitinya dalam peristiwa datangnya Uhud ketika itu, yang kaum muslimin sedang mengalami kekalahan setelah awalnya menang didapati keadaan kaum muslimin kucar kacir dan ada sebahagian yang lain daripada peperangan itu.

Sedang sebelumnya berkata ingin mencari syahid, namun apabila ia ada di hadapan mereka, meraka lari daripadanya.

Begitu juga kaum muslimin sepanjang zaman.

Sesaorang tidak akan sekadar mengucap, "Aku sudah beriman, macam manapun juga aku akan masuk syurga nanti," dengan berhujahkan bahawa Allah swt telah memberitahu bahawa jikalau dalam hati ini ada sebesar biji sawi iman, maka masuk syurga.

Persoalannya, siapakah yang jamin anda benar-benar masuk beriman? Iman itu bukan sekadar di mulut tetapi praktikalnya dalam hidup itu adalah sebahagian daripada keimanan.

Kamu akan benar-benar beriman bila mana iman kamu diuji.

Bila mana diuji dengan kemiskinan ataupun kekayaan, ataupun kedudukan jawatan, ataupun keluarga yang bermasalah ataupun musim kemarau yang panjang ataupun apa sahaja bentuk dugaan.

Itulah yang menentukan sejauh mana tulus bersih keimanan kamu pada Allah swt.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 


P/S: Jumaat pertama di bulan Oktober..pantasnya masa berlalu kan...

PROMOSI OKTOBER 'JOM PI MAKAN' PENANG BUFFET DI CINTA TERRACE RESTAURANT

$
0
0
PROMOSI OKTOBER 'JOM PI MAKAN' PENANG BUFFET DI CINTA TERRACE RESTAURANT | Pulai Springs Resort akan mengadakan promosi buffet sepanjang bulan Oktober pada tarikh tertentu bertemakan 'Jom Pi Makan' Penang Buffet yang akan berlangsung di Cinta Terrace Restaurant.

Sepanjang promosi 'Jom Pi Makan' Penang Buffet ini, istimewanya Chef Ronny Koh, Pulai Springs Resort's Chef De Cuisine akan mempersembahkan menu masakan citarasa orang Penang termasuk menu di jualan 'food street' atau pun menu 'hawker-style' yang biasa kita nampak di sekitar Pulau Pinang. Buffet ini juga termasuk hidangan salad, pembuka selera, menu masakan utama, aneka sup, dan juga masakan panas. dan beraneka pencuci mulut dan kuih tradisional.


Sis berkesempatan untuk merasai menu-menu yang disediakan dan ternyata ianya sangat puashati. Sebabnya, korang tak payah ler pergi jauh-jauh ke Penang sana, mai le datang ke Cinta Terrace Restaurant sini dan nikmati lebih dari 40 jenis menu masakan Penang secara buffet untuk korang nikmati. Konsepnya mudah aje, bayar sekali, makan sampai kenyang.

Jom lihat antara menu yang menjadi tumpuan sewaktu 'Jom Pi Makan' Penang Buffet itu nanti.




Antara menu yang menjadi pilihan adalah Rojak Penang, Penang Popiah, Fried Oyster Egg  (Orh Chien), Pesembur, Loh Bak (Five Spice Meat Roll), Laksa Asam Penang, Penang Char Kway Teow and Lok Lok, dan lain-lain menu yang ada. Untuk hidangan menu ini, semuanya akan di masak jika ada permintaan, so korang akan makan panas-panas yer.

Pertama kali Sis merasai Lok Lok tu, ternyata memang sedap. Kombinasi campuran sos-sosnya membuatkan apabila memakannya terasa begitu istimewa rasanya. Okay lepas ni kalau ke Penang boleh cari Lok Lok ni.




Untuk hidangan menu 'main courses' pula, korang akan di sajikan dengan menu Nasi Putih Kukus, Kari Kepala Ikan, Kurma Ayam Bersama Kentang, Udang Masak Masala dan juga Daging Kicap Bersama Cili dan Bawang dan aneka Sayur Goreng.

Mungkin jenis-jenis menu ini akan berbeza dengan setiap hari yang di adakan sepanjang promosi tapi ianya tetap dihidangkan dengan menu yang lazat, enak dan juga panas.




Tidak dilupakan, bagi mereka yang suka akan kerabu mentah, 'Jom Pi Makan' Penang Buffet juga ada menyediakan lebih dari 3 jenis kerabu yang lazat. Antaranya Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Kerabu Daging, Kerabu Hati Ayam, Kerabu Udang, Kerabu Perut dan juga Kerabu Ayam. Juga bermacam aneka ulam-ulaman dan sambal-sambal bagi melengkapi makan malam korang semua. Ini termasuk Sambal Cencaluk, Tempoyak dan juga Sambal Belacan.

Dan tidak ketinggalan sup kambing yang segar, panas dan sedap di hirup atau di cecah dengan roti dan di makan bersama sambal kicap!. Paling Sis suka kerabu mangga dia, nak kata mangga tu masam tidak, manis pun tidak, tapi rangup dan sedaplah!! Juga kerabu daging tu, meresap bahan ke dalam daging yang empuk tu.




Dan sebagai pencuci mulut juga di hidangkan aneka kuih muih tradisional. Antaranya adalah Apam Balik, Pulut Panggang, Kuih Lapis, Kuih Kosui, Talam Gula Hangus, Talam Keladi, Talam Cendol, Penang Tambun Biscuits, Egg Tarts dan juga minuman sejuk berupa Cendol dan juga ABC.

Korang boleh juga dapatkan teh tarik panas yang sememangnya kaw rasanya!!.. Sis ko minum 2 gelas ko hahaha. Yaa sedap sangat!!..

Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober bermula 11 Oktober 2019.
Ada buffet Lunch dan juga Buffet Dinner. Korang boleh pilih mengikut tarikh di bawah ini ya.

11 Oktober 2019 - Dinner
12 Oktober 2019 - Lunch & Dinner
13 Oktober 2019 - Lunch

18 Oktober 2019 - Dinner
19 Oktober 2019 - Lunch & Dinner
20 Oktober 2019 - Lunch

25 Oktober 2019 - Dinner
27 Oktober 2019 - Lunch

Untuk Lunch bermula dari jam 12pm hingga 2.30pm.
Untuk Dinner bermula dari jam 6.30pm hingga 9.30pm.

**Promosi hanya berlangsung pada tarikh yang di sebutkan di atas sahaja.

Harga Buffet :
Dewasa : RM 40.00nett saorang
Kanak-kanak : RM 20.00nett seorang

**Promosi beli 5 PERCUMA 1 .

Untuk tempahan awal, boleh hubungi 07-521 2121 atau wahtsapp ke +06016 733 2918 (Restaurant Manager) .
Atau email kepada : enquiry@pulaisprings.com atau ke website www.pulaisprings.com

Parking adalah PERCUMA .

So tunggu apalagi? Jomlah buat tempaha meja korang sekarang, sebelum meja penuh di tempah ya!!


P/S: Puas makan kalau buffet ni, mana nak dapat harga rm40 ni?. Memang berbaloi-baloi!!

5 OKTOBER 2019 - HARI HOL NEGERI JOHOR

$
0
0
5 OKTOBER 2019 - HARI HOL NEGERI JOHOR | Apa Itu Hari Hol Bagi Johor? Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Pada hari tersebut, doa dan tahlil diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T.
Lazimnya, majlis tersebut diadakan di Makam DiRaja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor akan mengetuai kerabat lelaki Baginda yang terdekat untuk menabur bunga dan menyiram air wangian bunga ke atas makam selepas bacaan doa oleh Dato’ Mufti.

Pada kebiasaanya, Majlis Tahlil diadakan selepas menziarahi makam. Namun, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah menitahkan bahawa majlis ini diadakan di Masjid Pasir Pelangi (sementara Masjid Sultan Abu Bakar sedang diubahsuai) pada waktu petang sehari sebelum Majlis Istiadat Ziarah Makam DiRaja.

Semua pentadbir negeri Johor berbangsa Melayu yang bergelar Dato’, Pegawai Daerah, penjawat awam negeri Johor, Penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Ahli Parlimen dan Ketua - Ketua Jabatan yang beragama Islam wajib untuk menghadiri kedua-dua upacara tersebut.




P/S: Admin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Al-Fatihah

DOUBLE TREE by HILTON MELAKA MAKES A DIFFERENCE WITH THE LAUNCH OF THE SOAP™ FOR HOPE PROGRAM

$
0
0
DOUBLE TREE by HILTON MELAKA MAKES A DIFFERENCE WITH THE LAUNCH OF THE SOAP™ FOR HOPE PROGRAM | DoubleTree by Hilton Melaka has teamed up with Diversey and Beautiful Gate Foundation Melaka Centre for the launch of its soap-recycling program, Soap For Hope™. The hotel is the first in Melaka to take on the eco-friendly program that aims to enhance the quality of life of people with disabilities, and assist in their total integration into mainstream Malaysian society.

“We are delighted to be partnering with Beautiful Gate and Diversey to bring Soap For Hope alive in Melaka. Not only will we be reducing our carbon footprint and landfill, it is wonderful to be able to see the hotel soaps be repurposed in order to assist non-profit organisations in our local community such as Beautiful Gate, who do such great work in our local community,” said Carey Osborne, General Manager of DoubleTree by Hilton Melaka.


In support of the local community, team members of DoubleTree by Hilton Melaka assisted in handcrafting the soaps at the launch of the project. The event was graced by Stefan  Phang, Global CSV Director for Diversey; Audrey Low, Country Director (Malaysia and Singapore); Hor Kah Loon, Territory Account Manager; and Anandaraj A/L Dharmapola, Key Account Manager, as well as Eng Teck Hock, Chairman, Christina Tay, Coordinator-in-Chief for Soap For Hope, Loh Teck Meng, Treasurer and Lee Siew Pang, Head of Centre from the Beautiful Gate Foundation.

Approximately 80-100 kg were contributed during the launch, resulting in a total of 660-830 bars were made by following the stringent process of sanitizing and cleaning, grinding, melting, moulding and packaging.

DoubleTree by Hilton Melaka will be continuously contributing up to 50kg of soap to the Beautiful Gate Foundation, which will yield with approximately 420 recycled soap bars a month. The soaps made will then be sold in order to fund the foundation’s many projects for those disadvantaged in Melaka.


Every year, a typical 400-room hotel generates 3.5 tons of solid soap waste, and these hotel soap slivers can be salvaged and turned into new soap bars. The program focuses on three core objectives – saving lives by providing access to soap to communities who need soap but have no access; to provide livelihood to the local community through recycling and reprocessing soap, and helping hotels reduce waste by turning used soap into something useful again.

As a leading hospitality company in the world, Hilton intends to do their part by giving back to society and saving the earth. To date globally, Hilton hotels across 127 countries have successfully participated in their very own Soap For Hope campaigns to recycle all guests used soap bars, and will continue to take place with all other properties around the world in committing to sending zero soap to landfills by the year 2030.

For more information about this program, please call +606 222 3333 or email Melaka.Info@hilton.com


P/S: Pernah join sekali program ni bersama Kenchara. Memangs angat teruja!!

LIRIK LAGU ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU - NAIM DANIEL ft TUJU

$
0
0
LIRIK LAGU ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU - NAIM DANIEL ft TUJU 
Lagu: Naim Daniel, Adib Hamdi
Lirik: Naim Daniel, Adib Hamdi, Tuju


Ku berharap notifikasimu kan muncul
Dua minggu masih tiada yang berlagu
Dan tiada
Aku kan masih menunggumu
Tiada Adakah engkau menungguku

Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku

Dan tiada
Aku kan masih menunggumu
Tiada Adakah engkau menungguku

Ku sedari tiada apa lagi di sini
Air mata ini akan terus mengalir
Dan tiada
Aku kan masih menunggumu
Tiada Adakah engkau menungguku

Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Dan tiada
Aku kan masih menunggumu
Tiada

-TUJU-
Adakah bahagia ya ya ya
Kita di sini
Janji ku takkan pergi dulu
Biar ku sendiri ya ya
Lupa yang duka
Hati terbuka Ohh no
Menunggumu
Janji jangan pergi
Setia ku
Hari-hari menanti
Hati-hati tak henti sini
Menghitung hari menunggumu yeah

Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Dan tiada
Aku kan masih menunggumu
Tiada Adakah engkau menungguku

Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Dan tiada
Aku kan masih menunggumu
Tiada Adakah engkau menungguku




P/S: Adalah Engkau Menungguku? .... 

FOR ITS 17TH YEAR, URBANSCAPES 2019 EXPANDS ITS CITY-WIDE TAKEOVER WITH MORE CREATIVE ARTS PROGRAMMING THIS NOVEMBER

$
0
0
FOR ITS 17TH YEAR, URBANSCAPES 2019 EXPANDS ITS CITY-WIDE TAKEOVER WITH MORE CREATIVE ARTS PROGRAMMING THIS NOVEMBER | This year’s much- anticipated first lineup includes world-renowned stalwarts from musical, visual, and performance arts fields with many more to come.

Malaysia’s longest-running creative arts festival Urbanscapes partners with U Mobile to take over Kuala Lumpur once again with nine days of music, visual, and performance art from 16 to 24, Nov 2019. This year’s edition Urbanscapes is expected to draw over 50,000 attendees to its city-wide celebrations.

Building on previous year’s themes, this year, Urbanscapes beckons festival-goers to #reconnectKL as they encounter the much-loved festival’s activities that will occupy Medan Pasar, River Of Life, REXKL, The Godown KL, Sentul Depot, Kwai Chai Hong, the backlanes of Lorong Bandar 13 and Lorong Panggung, and other unique spaces in the heart of the city.

Staying true to its ethos, Urbanscapes will once again work with local and international artists and creative communities to bring Kuala Lumpur to life. “We want Urbanscapes to inspire people to get out of their homes and explore their city, to discover new experiences and create meaningful conversations around all the fest has to offer,” says festival founder Adrian Yap.

This year, the Unlimited Grooves Festival (UGF) by U Mobile returns with a three-day music extravaganza that will culminate with Urbanscapes’ closing party. On 21, 22, and 24 Nov at Sentul Depot, UGF will showcase local and international musicians for every palate such as Boy Pablo, Colde, Lost Spaces, Sunset Rolle rcoaster, and The Drums.

UGF’s general tickets will go on sale on 12 Sept at www.galactix.asia. U Mobile customers will get an exclusive early-bird chance to purchase tickets two days before the public on 10 Sept.


The BMW Shorties–Malaysia’s most prestigious and longest running short film competition will also be at Urbanscapes to host Tayangan BMW Shorties, a week-long screening of genre films from Southeast Asia. Held at the iconic REXKL theatre from 16 to 24 Nov, the mini-film festival will culminate with the BMW Shorties Awards Night on 23 Nov, where the Top 10 Finalists and Grand Prize Winner of BMW Sho rties 2019 will be announced.

A much-beloved part of the Urbanscapes experience for many are the colourful art installations and public art works. And this year, NIPPON PAINT presents Colours Of Life that commissions emerging and established street artists to bring life and colour to the city.

Along with that, IMMERSIO, with its indispensable site-specific new media art curated by audio visual collective Filamen, will produce an interactive arts exhibited paired with performances inside three heritage shop houses in Medan Pasar.

Additional lineup announcements will follow. For more information and announcement updates, visit urbanscapes.com.my .


P/S: Yang kelapangan bolehlah datang ya..

BILA BATUK DAN SELSEMA DATANG MENYERANG

$
0
0
BILA BATUK DAN SELSEMA DATANG MENYERANG | Rasanya lama tak sakit, rasanya lama tak kena batuk dan selsema. Kalau tahun lepas bertubi-tubi di serang batuk dan selsema, tahun ini baru ini pertama kali di serang batuk dan selsema. Itu pun sebab berjangkit dengan anak Sis. Anak demam dan batuk, now anak dah berkurang sakitnya, sakitnya singgah pulak ke Emaknya ni huhuhu.

Jumaat lepas masih okay lagi walau dah ada tanda-tanda macam nak sakit, kepala sakit, bersin-bersin, dan tekak perit nak telan air liur. Sabtu dah mula macam bunyi batuk-batuk dan dah ada hingus, tapi masih okay, kuatkan diri keluar melayan Suami dan anak-anak makan di luar, belanja barang dapur dan juga menemai Suami berurut.

Tapi semalam pagi, sewaktu keluar bersarapan bersama Suami, haa dah nampak teruk benar dah selsema dan batuknya. Suami tanya okay tak, nak gi klinik tak, tapi Sis kata nak beli ubat je dulu di farmasi. Biasa memang Sis makan ubat farmasi je dulu, nanti dia okaylah. Nasib juga badan tak panas.

Lepas Suami dah gerak balik ke Paka, Sis telan ubat, dan terus tidur tak sedarkan diri sampai ke tengah hari. Perghhh tak sedar terus lepas makan ubat, Suami call pun tak dengar, kuat giler ubat selsema tu.

Miyakori Cofee at Eco Palladium

Sedar dari tidur, Sis mandi lagi, nak bagi segar badan. Then anak-anak tanya nak ikut tak, mereka berdua nak keluar jalan-jalan. Ermm fikir punya fikir, okaylah, Emaknya ikut dan layan. Sian pulak bila dah anak ajak. Lagipun badan pun rasa okay sikit.

Ingat nak telan lagi sebiji ubat selsema dan batuk tu, tapi takut pulak kang, ada ketiduran dalam kereta tak sedar diri hahahah. So takpelah, balik berjalan nanti sebelum tidur baru makan ubat lagi. Masa Suami call semalam pun, Sis kata okay dah sikit, Suami suruh pergi klinik, tapi takpelah, Sis okay dah ni.

Kadang sakit ni tak boleh layan sakit, kang kalau layan, serba serbi mengada dan nak manja, haaa lagi susahkan diri. Elok kuatkan diri, janji makan ubat dan banyakkan rehat dan tidur.

Mula bimbang juga takut Suami pun jangkit, dia kalau sakit lagi teruk. Tapi entahlah tu..harapnya Suami okaylah tak berjangkit.

Banyak event minggu ni, dan banyak kerja nak settlekan, harap cepatlah sihat dan boleh buat kerja dengan tenang.

Terima Kasih Adik belanja minum petang. 

Okaylah, nanti sambung lagi ya. Tu je kisah hujung minggu Sis yang di serang batuk dan selsema. Korang pun jaga diri dan banyakkan rehat ya.


P/S: Terima kasih juga buat mereka yang bertanyakan khabar. Love u 💗

PROMOSI 'EAT ALL YOU CAN' DI QING PALACE PULAI SPRINGS RESORT KEMBALI LAGI!

$
0
0
PROMOSI 'EAT ALL YOU CAN' DI QING PALACE PULAI SPRINGS RESORT KEMBALI LAGI! | Yaaa atas permintaan ramai dan sambutan yang amat mengalakkan, kini ianya kembali lagi! 'Eat All You Can' kini kembali lagi di Qing Palace Pulai Springs Resort. Bermula dari 1 Oktober sehingga 30 November 2019.

Bagi mereka yang suka akan menu masakan makanan cina, dan ingin menikmati sepuasnya, datanglah ke Qing Palace Pu;ai Springs Resort dan buat tempahan meja sekarang. Lebih dari 80 menu istimewa yang di sajikan. kalau korang boleh makan kesemua 80 menu tu haaa sila!!. Tapi ingat, jangan order tapi membazir. Makan berpada-pada ikut kemampuan walaupun tema highlight dia 'Eat All You Can' ya..

Baru-baru ini Sis berkesempatan untuk merasainya bersama team JOCOM sewaktu kami adakan meeting pada malam itu. Dan sebelum bermualanya meeting, kami makan dulu beramai-ramai di Qing Palace ni. Cuma Sis agak kelewatan sedikit sampainya, tapi masih lagi dapat menikmati keenakkan menu-menunya, terima kasih juga pada team JOCOM sebab menunggu Sis dan juga sorang lagi member,Lisa dari Visit Johor.

Sampai lambat tapi menu-menunya masih ada lagi, dapatlah makan juga. Takde laa rasa kempunan hahaha.

Cuma gambar ajelah Sis tak dapat nak amik malam tu, so kali ni Sis guna gambar dari salah seorang member JOCOM iaitu Jack Yap. Thank you Jack sudi kongsikan gambar!

Korang juga boleh follow Jack punya FB page https://www.facebook.com/JBeeLives/

So jom kita lihat antara menu yang di sediakan pada malam itu ya.









Indulge in more than 80 mouth-watering dishes from our award-winning restaurant.

Highlights include:
- Szechuan Hot & Sour Soup
- Braised Shark's Fin Soup with Crabmeat
- Fish Head in Claypot
- Live Seafood like Red Snapper and Seabass in various types of preparation
- General Tzo Chicken
- Peking Duck and Camphor Tea Smoked Duck
- Wasabi Prawn
- Cuttlefish with Dried Chillies
- Fried Eel with Szechuan Sauce
- Desserts and more
**Inclusive of Chinese tea

Click here to view promotion online: http://www.pulaisprings.com/Promotions/Promotions/Eat-All-You-Can-Promotion-(1)

Price:
ADULT: RM65.00+ per person
CHILD : RM32.50+ per person (3 to 11 years old)

Terms and Conditions:
- Minimum 4 paying persons required
- Available for lunch (12.00 noon to 3.00pm) and dinner (6.30pm to 10.30pm)
- Not applicable with any other discounts and promotions
- Prices subject to 6% Service Tax

Address: 
20km Jalan Pontian Lama (31.56 km)
81300 Skudai, Johor, Malaysia

For Reservations, call +607 521 2121 .


JOCOM team (tu pun ada yang dah balik dulu).
Thank you Pulai Springs Resort for having us ! ..


P/S: Peking Duck and Camphor Tea Smoked Duck dia sedap gile!! Kesukaan seorang Sis Lin di situ!! ..

KISAH BENAR TERKENA SIHIR PEMISAH (SUAMI ISTERI)

$
0
0
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PEMISAH (SUAMI ISTERI) | Sebenarnya agak berkira-kira nak update post ini, Sis tercari-cari sumber mana Sis nak kongsikan, tapi atas sebab nak tau lebih banyak dan nak lebih tau sebab dan tandanya, so Sis kongsikan di sini sebagai rujukan diri sendiri atau kepada siapa yang pernah alami atau sedang alaminya.

Dan selalu Sis ingatkan, berjaga-jagalah, ramai kalangan kita memerhati dan tidak suka akan kebahagiaan yang kita kecapi, kita bukan menuduh tapi ini kenyataannya, makanya berhati-hatilah selalu, meskipun sesaorang itu adalah kawan, sahabat, keluarga, saudara mara atau madu kau sekalipun.. hati-hati korang..

Meh kita baca Kisah Benar terkena sihir pemisah (suami isteri) itu oleh pengamal perubatan Islam yang pernah beliau jumpa dan beliau ubatinya.


Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka.

Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat. Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang dan dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.

Kisah Benar Pasangan Terkena Sihir Pemisah

Seorang ustaz dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana pesakitnya seorang perempuan yang datang bersama suaminya untuk membuang sihir yang dialaminya iaitu sihir pemisah yang dikatakan hampir merosakkan rumah tangga mereka. Si isteri begitu membenci suami sehingga langsung tidak dapat bersama walaupun tinggal sebumbung.

Cara rawatan sihir pemisah pembenci jarah jauh

Benda atau tangkal yang dipercayai digunakan untuk membuat sihir pemisah hubungan pasangan suami isteri. Pada minggu ini ramai yang datang kerana terkena sihir pemisah. Yang menyedihkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak 4 tahun langsung tidak dapat bersama. Apabila mereka ingin bersama tiba-tiba si suami tiada nafsu dan ianya berlarutan sehingga 4 tahun lamanya. Sebelum ini mereka sangkakan hanya penyakit biasa serta pergi mengurut dan dapatkan rawatan hospital, namun tiada sebarang perubahan. Suami kerap kali menjadi seperti tiada nafsu apabila hendak bersama dan isteri pula menjadi cepat marah walaupun hanya perkara kecil berlakunya pergaduhan dan suamilah menjadi tempat isteri melepaskan kemarahan. walau bagaimanapun, apabila mereka berjauhan, isteri sangat-sangat merindui suaminya.

Berikhtiar

Ketika pasangan ini datang ke pusat perubatan rawatan Islam untuk mendapatkan rawatan, mengubati serta berikhtiar untuk membuang sihir. Si isteri secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas ustaz membuat bacaan Ruqyah terhadapnya sebagai cara merawat serta menyembuhkan sihir ini dan ustaz tersebut turut berkomunikasi dengan ‘benda’ yang telah merasuk ke dalam badan wanita itu tadi.

Teruskan rawatan

Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir ini, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar terus mereka berpelukan kesedihan. Suami isteri ini berpelukan sambil menitiskan air mata. Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang ditujukan kepada mereka suami isteri. Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan. Bila marah seperti ada bisikan yang menyuruh minta cerai dari suaminya. Kadang-kadang suami tidak ada buat salah apa pun, perasaan nak marah dan jadi benci pada suami tanpa sebab.

Sihir pemisah

Biasanya bomoh ilmu hitam dicari oleh mereka yang berniat jahat untuk merosakkan hubungan orang yang dikenalinya. Hanya orang yang pernah alami sahaja yang tahu bila terkena sihir pemisah ini. Sihir pemisah juga boleh terjadi jika kita ada gangguan saka keturunan, sebabnya saka kebiasaannya akan amat menyayangi cucunya. Insha Allah nanti saya akan bercerita pula tentang saka. Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku kepada pesakit saya. Tapi tak semua yang percaya. Hanya yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman sahaja yang tahu dan rasa penderitaannya. Jika lambat diubati atau tiada penawar untuk batalkan sihir pelalau ini ia boleh mengakibatkan perbalahan, penceraian, perpisahan, rumah tangga retak dan sebagainya.

Sihir pemisah ada banyak jenis sihir pemisah

Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya. Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, sila lihat ciri-ciri atau tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.

Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah

Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati. Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa. sebab terutama waktu asar ke atas. Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit. Kerap kembung perut, sendawa angin. Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita). Kitaran haid tak normal. Lambat mendapat zuriat. Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri. Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil. Ketika marah kerap meminta cerai. Tidak suka tidur bersama. Nafsu tiada terhadap suami atai isteri. Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.

Jika Terkena Sihir

Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini, jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.

Sumber : Media Maklumat. 

Nanti Sis akan kongsikan lagi mengenai kisah ini dan sihir pemisah ini ya. Korang tunggu.


P/S: Tiba masanya, semuanya akan terbongkar..berwaspadalah dalam gerak gerimu wahai manusia bertopengkan Syai*** ..

AWAS! BILA ADA YANG MEMERHATI KAU

$
0
0
AWAS! BILA ADA YANG MEMERHATI KAU | Ini tiada kaitan dengan gambar di bawah. Gambar di bawah ini adalah gambar yang di ambil oleh rakan travel Sis sewaktu kami ke Bangkok. Dan gambar ini kawan Sis amik secara dendiam sewaktu Sis sedang check in nak balik ke Johor.

Tapi bila lihat gambar ini, hahaha terasa sepertinya retis sekejap ko, semacam paparazi sedang mengintip gerak geri Sis ko, padahal sapa ajelah nak intip ko Sis Lin oii hahahaha.

Weyy jangan cakap takde sapa, ada aje manusia yang suka nak amik tau gerak geri kita dan sedang memerhati kita. Betapa Sis Lin sedang di perhati oleh seorang wanita di sini, hahaha, setiap hari di bukaknya blog kita, dia baca dan kemudian dia akan sampaikan kepada orang yang berkenaan huahuahua..yasss!! Sis sudah dapat tangkap, dialah orangnya si pompuan J Gelam! *gelak jahat!..

Memang betul, kat blog ni kita tak boleh nak buat apa, tak boleh nak block orang dari membaca, kecuali kau pasang password dalam entri yang kau rasa nak share kepada yang tertentu aje, yaaa Sis ada buat gitu. Contoh, kalau kau nak orang baca, kau kena bagi dia password untuk post kau, baru dia boleh bukak baca, sorry tu certain kawan aje yang boleh baca post rahasia Sis hehehe.

Pelik juga, dari mula menulis Sis ko publickan blog, bagi satu Malaysia, malah satu dunia baca blog Sis, sebelum ni takde pernah rasa di ganggu, tapi kini ada saorang ni cukup 'prihatin' agaknya kepada Sis ko, dia skodeng membaca semuanya, dan kemudian menyampaikan kepada yang berkenaan, apakah kau jeles wahai perempuan J Gelam? tapi apa kau nak lagi sebenarnya, setelah apa yang kau dah buat dan sakitkan hati aku? apa?? apa??..

Ingat, aku juga sedang memerhati kau ..


Susah menjadi seorang Sis Lin yang sering di uji, tapi Allah itu Maha Adil, dan Allah juga mendengar setiap doa umatnya, makanya Sis akan sentiasa mendoakan apa yang Sis inginkan, pasti satu hari akan berlaku, pasti! yaa ianya akan berlaku satu hari nanti.

Dan tiba masanya, Sis akan ceritakan kesemuanya di sini. Di sinilah 'hidup kedua' Sis selain mengadu kepada Allah. Bagi mereka yang faham, terima kasih sudi memahami, bagi mereka yang menjadi tanda tanya, tunggu masanya akan Sis ceritakan..jadi kisah viral pun jadilah, masa tu Sis ko fikir 'lantaklah' kau lah perempuan! ..

Inilah sandiwara dunia..


P/S: Terima kasih Allah untuk ujian ini ..

MUST TRY! MENU MASAKAN ITALI TERBAIK HANYA DI TOSCA

$
0
0
MUST TRY! MENU MASAKAN ITALI TERBAIK HANYA DI TOSCA | Yaa mesti cuba katanya! Tosca kini telah mengeluarkan konsep dan menu terbaru yang diberi sentuhan baru iaitu menu masakan kegemaran Itali. Restoran berkonsepkan trattoria di DoubleTree by Hilton Johor Bahru kini kembali semula dengan menggabungkan gaya masakan Itali klasik dengan bahan-bahan asli masakan Itali untuk memberikan pengunjung merasai rasa sebenar masakan yang paling tinggi citarasanya di dunia.

Dan ini adalah pertama kalinya Sis datang ke Tosca dan ternyata konsep yang di ketengahkan memang konsep Itali. Suasana tempat makannya pun di tepi kolam renang dalam susana tenang dan open air. Memang relax dan santai aje makan di sini.

Yang paling terkejut pada malam itu, begitu banyak sekali menu yang di hidangkan, kesemua menu-menunya Sis dapat rasa dan ternyata ianya sangat berbeza dan rasanya sungguh istimewa, walaupun ada juga 2 menu tu, tekak Sis tak boleh terima hehehe. Yelaaa tekak memasing kan..

Semua hidangan adalah terjual dalam menu ala-carte, harga yang di jual sangat berbaloi. Maaf takde harga nak di letakkan, tapi percayalah harganya sangat berbaloi.




Salah satu yang menarik perhatian Tosca ialah Bilik Keju (Cheese Room) yang mula beroperasi semula dengan lebih dari 50 jenis pilihan cheese-cheese yang terbaik dari seluruh Eropah, antaranya, UK (Blue Stilton, Applewood Smoked Cheddar), Itali (Gorgonzola, Provolone, Soresina Dolce, Taleggio, Grana Padano), Switzerland (Emmenthal), Sepanyol (Queso Iberico, Manchego Dop), Belanda (Edam, Beemster), Ireland (Wicklow Cheddar); dan Perancis (Bleu Bresse, Roquefort Crouzat, Camembert, Brie, Cantal Jeune, Rondin Goat Keju, Petit Pave D'auge, Raboliot Mi Affine, Langres Aop, Comte Aop, Le Napoleon Commingeois Brebis), dan banyak lagi.

Bagi pecinta keju, bilik Keju menawarkan harga kepada pecinta keju dengan harga hanya RM38.00nett setiap orang.

Dapat juga Sis merasa cheese-cheese yang boleh Sis makan. Maksudnya di sini, yaa tidak semua boleh makan, sebab ada antara cheese tu baunya aje Sis tak tahan huhuhu. Dan sejujurnya Sis bukan pecinta cheese..hohoho



Ciri-ciri menu semuanya baru, ianya direka khas untuk menaikkan rasa tersendiri melalui bahan-bahan yang mudah diperolehi dan berkualiti seperti minyak zaitun, tomato segar dan herba, yang semuanya adalah bahan asas untuk kaedah memasak cara dahulu kala.

Di Tosca, Sos dimasak selama berjam-jam untuk mendapatkan aroma dan kualiti terbaik, manakala pizza dibakar didalam ketuhar api tradisional untuk mendapatkan kerak segar dan rangup. Korang boleh lihat sendiri cara dan pemkaran pizza itu secara live di Tosca.



Hidangan signature di Tosca pula di sediakan dalam menu yang diubahsuai termasuk hidangan pembuka selera seperti Prawn Salad dan Antipasto Misto.

Ya 2 hidangan ini agak tak boleh terima tekak Sis, melainkan Sis makan udangnya. Ermm tak tau kenapa, maybe sebab ada sosnya atau ada bahan yang cerewet di tekak Sis.



Untuk pasta, ada pelbagai pilihan, korang cubalah Vongole (a clam-centric pasta dengan sos yang lazat) dan Scoglio Squid Ink (squid ink pasta chock-full dengan makanan laut).

Kesukaan seorang Sis Lin adalah seafood clam tu, so memang banyaklah Sis makan pada malam tu, hehehe. Nasib juga geng makan semeja Sis sporting dan faham, so Sis makan lebih hehehe.



Pizza seperti Calzone Bomba (pizza dilipat dan dimasak dalam ketuhar yang diisi didalamnya dengan bahan-bahan) dan Quattro Formaggi (pizza Itali yang klasik dengan empat jenis keju) adalah kegemaran pelanggan dan sesuai untuk makan beramai-ramai.

Sekali nengok macam karipap kan? Pizza-pizza ini terjual dalam set hidangan makan untuk 2/3 pax. Kalau ko kuat makan, bolehlah ko makan sorang ya. Dan pizza di masak panas semasa korang order.


Main dishnya seperti Wagyu Beef Burger dan Brasato di Manzo (pot roast, stewed with root vegetables) adalah menu yang paling disukai ramai kerana kualiti memasak dagingnya mengambil masa yang agak lama.

Daging waghyu ni memang semua tau, harganya memang mahal dan rasanya pun sedap, tapi agak kelainan di situ bila di buat burger, so rasanya pun okaylah juga sedap, Sis pun makan banyak juga hehehe.



Bagi pencinta daging, pelbagai potongan Angus cuts seperti striploin, ribeye, shortloin, dan op ribs
(rusuk) boleh didapati. Daging yang diperap di mesin pengering penuaan daging selama 21 hari, memastikan rasanya lebih lazat tidak seperti daging yang lain. Ini adalah daya tarikan terbaru di Tosca.

Yang ini ramai nantikannya. Masa malam Sis pergi, mengikut Chef di Tosca, dagingnya baru 11 hari diperap, so ada baki lagi 10 hari untuk di keluarkan di sajikan. So kita tunggu apa feedback mereka. Mesti sedapkan!!..


Dan jangan lupa, nikmati pencuci mulut seperti Affogato (pencuci mulut berasaskan kopi dengan sudu vanila ais krim dan di limpahi dengan curahan espresso panas) dan juga  Gianduja (coklat hazelnut paste) sebagai keceriaan korang selepas makan. Korang pasti sukakannya.

Sejujurnya Sis kurang makan dessert ni pada malam tu. Mungkin sebab perut sudah kenyang, tapi aroma coffee tu kemain kuat bau dia.

Yaa, semua sedap-sedap. Korang bolehlah cuba ya.

Tosca terletak di tingkat 13 di Double Tree by Hilton Johor Bahru. Yaa korang park aje dalam Double Tree then naik lift dari lobby ke tingkat 13.

Untuk pertanyaan atau tempahan lanjut, sila hubungi 07 268 6868.or e-mel JohorBahru.FB@hilton.com.


P/S: Kalau kawan Sis pecinta cheese, dia siap dah booking nak pergi makan hujung minggu ni..Yay!

WORDLESS WEDNESDAY - SPAGETI AGLIO OLIO

$
0
0
WORDLESS WEDNESDAY - SPAGETI AGLIO OLIO | Kesukaan Sis Lin kalau makan spageti suka jenis yang ini Aglio Olio. Dan semestinya mesti makan kalau singgah ke Restaurat Lemon Tree.



P/S: Jom masak nasi lemak sambal udang..

KEMPEN PENYAYANG KOMUNITI AYAM BRAND™ 2019 - 'GET HEALTHY MALAYSIA, START NOW'

$
0
0
KEMPEN PENYAYANG KOMUNITI AYAM BRAND™ 2019 - 'GET HEALTHY MALAYSIA, START NOW' | Tema kempen penyayang komuniti Ayam Brand™ pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini menyokong Empat Buah Rumah Kebajikan Kanak-kanak dengan 18,000 Hidangan Sihat.

Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan diberi info dan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan hidangan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia.

Sebelum tu Sis nak tanya dulu, korang tau tak apa itu Pinggan Sihat 3S?

Takpe, sebab Sis ko pun baru tau hahaha. Ye laa selalu makan hentam saja dalam pinggan kan, so kali ni kita sama-sama dapat ilmu dan belajar sesuatu yang baru.

3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.



Sis nak tanya lagi, adakah hidangan terakhir korang ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat?.

Kemain tersipu-sipu dan blur ko nak menjawab ek hahaha. Yaa bila sebut Pinggan Sihat 3S Malaysia, mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita termasuk Sis, memang tak pernah amalkannya sebelum ni, oleh sebab itulah menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. *terasa Sis ko hahahaha..

Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun.

Dan dengan itu, Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan.

Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah.




Di Johor, seramai 32 orang kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Villa Paulos Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria, Pusat Jagaan Care Haven, Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim Shafar, SK Infant Jesus Convent, SK Taman Daya 2, SK Seri Perling 2 dan SK (P) Sultan Ibrahim mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini.

Bertempat di JCW, The Factory 30 di Mutiara Emas, Sis berkesempatan mengikuti program CSR bersama rakan media lain pada petang semalam. Awal juga Sis sampai tapi nasib juga sampai awal, sebab sekejap tu hujan dah mula turun. Sorang demi sorang rakan media yang lain sampai di ikuti oleh kanak-kanak dari 8 buah sekolah yang lain.



Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.

Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik.


Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre.

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.

“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta.

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung.


Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 18,000 hidangan sihat untuk 100 orang penghuni.

Pusat Jagaan Care Haven telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Johor. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada kek cawan berinti tuna, nasi goreng dan salad kacang panggang dan jagung.



“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Pusat Jagaan Care Haven.

Mahu membantu komuniti di negeri anda?

Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan.

Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau facebook https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia


P/S: Tahniah buat Ayam Brand™ Malaysia dengan usaha murni ini!!
Viewing all 4422 articles
Browse latest View live