SEBAGAI SURIRUMAH, LIPSTIK HARGA RM52 DAH KIRA MAHAL OKAY ! | Yerr dengan harga rm52 tu untuk seketul lipstik, bagi Sis yang tidak bekerja ni, memang mahal bebeno. Mungkin bagi korang, okaylah harga tu, sebab korang mungkin biasa membeli barang kosmetik dengan harga sebegitu atau lebih mahal lagi, tapi tidak bagi Sis, Sis paling mahal pakai lipstik pun sekitar harga rm14 hingga rm21 sahaja. Brand pun tengok pada sale di Watson ataupun Guardian. Dan kadang pun beli yang rm10 tu haa kat kedai jamu, alaa lipstik hijau yang ikut warna darah bibir tu haaa. Sis okay jer..
Pernah sekali Sis pakai lipstik innesfree punya lispstik, tapi masa tu Suami yang bayar rm58 tak silap, mahal pun takpelah, dan sampai ke hujung nyawa lipstik tu Sis ko pakai, baca SINI . Sebab mahalkan, so pakailah sehabis gunanya. hehehe. Dan untuk kali ni, buat pertama kalinya Sis membeli lipstik jenama SEPHORA dengan harga rm52 sewaktu ke Jusco Tebrau dengan anak pada hujung minggu Sabtu lalu. Itupun puas anak pujuk suruh beli, ikutkan Sis, taknaknya laaa nak membeli. So keep positif, pilih dan beli just reward for myself.
Bukan Sis kedekut atau berkira, tapi setakat lipstik tu, alaa beli yang biasa sudahlah, pakai pun bukannya orang tau dan tanya pun, janji bibir tu merah sudah. Betul orang kata beli yang mahal, tahan lama dan kualiti bagus tapi tu orang, Sis ko jenis sempoi dan simple aje, kadang tu sekali pakai lisptik, makan minum dah hilang, ada masa, malas nak tepek lagi. Yang biasa nampak Sis mereka tau ler..
Inilah dia yang Sis beli, Sephora Rouge Satine no61. Ni yang terbarulah kalau di Sephora tu, katanyaaaa...Sis ko manalah tau benda-benda gini, kadang nak masuk Sephora tu pun kadang blur tak tau nak beli apa, lagi pulak nengok harga, terbelolok biji mata. Kalau anak-anak Sis yer, mereka siap kumpul duit semata nak beli barang makeup, ermmmm...
Ginilah Sis ko, nak beli sesuatu, fikir guna ke tidak, kalau rasa ada lagi yang murah tapi fungsi sama je, Sis ko belilah yang murah dari harga yang ni. Dan satu lagi, Sis ko bukan jenis bermakeup punya orang, cukup sekadar pakai two way cake bedak tu, celak kening, eyeliner, mascara dan lipstik, tu jee, eyeshadow ke, lain-lain ke, Sis ko ada tapi brand biasa je. Kadang tengok orang punya, wowwww segan kita nak keluarkan kita punya.. tapi Sis tak kesahlah...bukan keperluan Sis, untuk mereka ya...tapi bukan untuk Sis ..
Bukan kata lokek, bukan kata tak ada duit nak belinya, Suami pun kalau Sis minta dia boleh je belikan, tapi sebab Sis yang rasa 'tidak perlu' dan juga bukan sebab taknak jaga penampilan diri, tapi Sis is biasher-biasher, memang dari dulu sampai sekarang tak ada nak makeup-makeup, Suami pun kenal Sis beginilah..hehehehe..so korang terimalah Sis seadanya ye hehehe..
Okay, panjang beno membebel..jomlah memasak !
OkBai ..
P/S: Suka tengok orang makeup dan suka juga muka di makeupkan, tapi nak beli dan makeup sendiri tu je yang ermmm....tak apalah, jadi diri kita je laaa..janji hepi 💖