NAMPAK PETAI TERUS LUPA DAUN KESUM ! | Asam Pedas Ikan Mayong, nampak sedapkan? Mestilah sedap, dah sendiri masak, di masak pulak dengan penuh kasih sayang, mestilah sedap hehehe. Siapa lagi nak puji masakan sendiri selain Suami, anak-anak dan juga diri sendiri hahahaha. Menu ni semalam adalah menu yang memang Sis nak masak, sebab macam rasa lama sangat tak masak asam pedas kat rumah ni, so kita masaklah asam pedas ikan mayong yang Suami belikan.
Suami memang pantang nampak ikan mayong ke duri ke, tak payah suruh beli mesti dia belikan, paling tak sekor, kalau elok fresh sangat ikannya, dia belinya 2 ekor ermmm...Suami tau ikan kegemaran Isteri dia hehehe. Maka dah selamatlah di asam pedaskan oleh Sis semalam, dan Sis masukkan terung ke dalam asam pedas tu.
Yang geramnya, malam sebelum tu beriye pergi ke kedai nak beli daun kesum, siap pesan kat anak, ingatkan Mak tau, sekali sampai kedai, bukak peti aisnya, terus nampak petai, amik petai, montel-montel dan segar petainya, siap cium-cium lagi Sis ko petainya hahahaha.. then amik lada merah, daun bawang, lepas tu pi le membayar, dah siap, terus menonong jee masuk kereta, macam takde rasa apa yang lupa beli, sampailah ke pagi esoknya masak nak masak baru ingat, yang semalam tak beli daun kesum, gara-gara petai punya hal laa ni !!!.
Nampak petai sampai lupa daun kesum, huh ! Terus terdiam kejap, macam mana nak masak asam pedas ni kalau takde daun kesum, boleh tu boleh tapi rasa tu tak 'kick' lah...ermmm dalam diam termanggu, arghhh bantai jelah, gantikan dengan serai, janji asam pedasnya menjadi ye sudah...kang kempunan pulak kalau tak dapat makan asam pedas hahahaha..
Taraaa siap juga asam pedas ikan mayung Sis ko walaupun tanpa daun kesum, Sis gantikan dengan serai tumbuk. Jadilah, rasanya pun sedap. Janji asam pedasnya ada umph ! Menu-menu lain Sis masak telur dadar, gorengkan tempe, ulam petai dan juga sambal asam (cecah dengan tempe)..yummmmsss..
Hantar gambar kat Suami, terus Suami jawab "Sedapnya, rindu masakan Isteriku"..huhuhu 😭
Sabar ye Sayang ..
OkBai...
P/S: Isnin yang blur...harini ada banyak keje nak di settlekan termasuk hantar kereta Suami ke bengkel ...ermmmm ..