Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

KITA CUBA YANG INI PULA, HADA LABO PERFECT GEL PELEMBAP 5 IN 1 UV

$
0
0
KITA CUBA YANG INI PULA, HADA LABO PERFECT GEL PELEMBAP 5 IN 1 UV | Sekali baca haaa kau 5 in 1, semua dalam satu bekas. Apa yang bestnya pun tak tau. Sebab baru nak cuba ni. Tapi dari pembacaan dan pemahaman Sis, memang bagus berganda ni, dan sebab itulah Sis ko bertukar yang ini dari yang lama hehehe. Sonang all in 1 ko. 

Kalau korang ada baca post testimoni Sis kepada jenama Hado Labo ni sebelum ni diSINI, mesti korang tau apa yang Sis pakai kan?, dalam entri tu Sis ada kata Sis pakai Hydrating Cream, dan sangat elok dan serasi dengan Sis, hampir 3 bulan guna, baru semalam habis dan Sis cari dan beli yang baru. Sungguh mahal tapi jimat. 

Tapi kali ni Sis bertukar ke lain, dari Hydrating Cream kepada Perfect Gel Pelembab 5 in1 UV ni. Terpengaruh dengan keterangan si promoter tu hahahaha. Terus berkenan dan Sis terus beli, walaupun harga hampir tercekik kepci yang baru makan sebelumnya hahahaha. 


Mengikut kata promoter tu, 5-in-1 UV Perfect Gel ni berfungsi sebagai Pelembap, Serum, Mask, Makeup Base dan Face Primer yang datang dengan perlindungan matahari SPF 50+ PA++++. Di formulakan untuk memberi penghidratan mendalam dan berkekalan untuk kulit. UV Perfect Gel pula mengandungi Asid Hyaluronic Nano dan Asid Hyaluronic yang memastikan kulit akan kekal lembap sepanjang hari. 

Ia juga mengandungi Derivatif Vitamin C, sejenis antioksidan yang kuat dan yang dapat sekatakan tona kulit dengan jelas untuk meningkatkan kecerahan kulit dan mencegah bintik-bintik hitam. 

Yup, sangat sesuai untuk Sis ko yang dah separa abad ni hehehe. 


Haa kali ni ada faham sikit tulisan dia dari sebelum ni, sebelum ni beli satu haper Sis ko tak faham hahahaha. So kali ni korang boleh baca kat kotak dia tu. Mengikut pemahaman Sis, ia mengandungi lima jenis bahan berkhasiat dan melembap yang merangkumi 3 jenis Asid Hyaluronic ( Asid Hyaluronic , Super Hyaluronic Acid & Nano Hyaluronic Acid) , yang membekalkan keupayaan pengekalan lembapan yang sangat baik, Hydrolyze Collagen untuk meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang lebih padat dan lebih anjal serta Ceramide yang terus cepat meresap lembapan ke dalam kulit untuk penghidratan serta merawat kulit yang kekeringan.

Begitulah mengikut fahamnya Sis.


Bagi yang memang menggunakan kesemua produk Hada Labo Perfect Gel ini, ia dirumuskan dengan bahan-bahan penghidratan terbaik. Ia juga pH seimbang dan bebas daripada pewarna, pewangi dan minyak mineral, yang menjadikan ianya sesuai untuk semua jenis kulit. 

Macam organik gitu. 

Kedua-dua 3-in-1 Whitening Perfect Gel dan 3-in-1 Hydrating Perfect Gel sangat sesuai digunakan sebagai pelembap pada waktu siang dan juga sebagai mask sebelum tidur. Katanya boleh membantu untuk membaik pulih, merawat dan menyegarkan semula kulit sementara korang sedang tidur dan esoknya bangun dengan kulit yang licin dan berseri, gituhhhhh... .


So bagi korang yang sedang mencari produk pencerahan dan penghidratan, Hada Labo 3-in-1 Whitening Perfect Gel ini juga dilengkapi dengan gabungan serum , masker malam dan pelembap. Tekstur gel yang pekat menyediakan penghidratan bertahan lama apabila korang tidur dan korang akan teruja apabila korang bangun pada keesokan harinya. 

Korang bangun, sila buat gaya ala-ala penyanyi kPop bangun..shalalalalala

Bukan sahaja korang akan melihat kulit berseri tetapi tona kulit yang lebih cerah dan sekata. Ia mengandungi Arbutin yang membantu mencerahkan tona untuk menampilkan kulit cerah yang sihat serta Vitamin C yang menanggalkan kulit kusam akibat sinaran UV untuk penampilan kulit yang berseri semula jadi.

Phewww panjang sokmo nak menerangkan, korang faham ke? Hahahaha Sis ko pun blur. Copy paste dari sana sini untuk Sis ko sendiri faham hahahaha. Takpe, Sis ko pakai dan jadi testimoni dulu, nanti dah habis guna, Sis update okay. 


DESCRIPTION : HADA LABO - PERFECT GEL PELEMBAP 5 IN 1 UV

- Perfect combination of Essence + Moisturizer + Mask + Makeup Base + Face Primer for intense hydration & daily UV protection.
- SPF50 + PA++++ to protect skin against UVA & UVB.
- Vitamin C Derivative – Reawakens the appearance of dull skin caused by UV rays and enhances the natural radiant glow.
- 2 types of Hyaluronic acid ; Nano Hyaluronic Acid & Hyaluronic Acid to provide intense and long lasting hydration.
- Rich gel texture provides long-lasting hydration.
- Gentle formula - Free of fragrances, mineral oil and colorant.

Harga? RM88.90 *diskaun 20% @Guardian 






P/S: Nasib Suami sponsor, kalau guna duit sendiri, fikir 10x pun Sis ko tak beli, pakai ajeleh Safi tu  hahahaha..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.