CUACA PANAS, KALAU MAKAN TEMBIKAI LAGI JADI PANAS EK? | Betul ke? Kalau dah cuaca panas, makan tembikai makin menjadi panas badan? Entah...Sis pun tak tau. Yang taunya, masa makan tu sejuk aje masuk dalam molot hehehe.
Dah berapa hari, tekak dan mata asyik terbayang tembikai aja, sampaikan nampak buah kelapa pun Sis ko terbayang tembikai bolat tu hahaha. Parah kan 😆 .
Nak hilangkan ngidam tu, pergi juga ke Kipmart Masai tu, walaupun sebenarnya Sis ko tak suka pergi situ. Kenapa? Sebab ada 'Hantu Gile' hahahahaha. Kerana nak beli tembikai, Sis ko pergi juga.
Fikir-fikir nak beli sebiji macam banyak beno, siapa aje nak makan sebiji tu, last-last beli ajelah yang dah siap potong, 2 potong rm5. Pun jadilah, walau kata orang, yang dah siap potong tu hasil dari tembikai yang dah benyek, so mereka potong dan jual murah bahagian yang elok.
Alaaa tak kisahlah, janji Sis makan, manis rasanya.
Semalam malam terus potong makan sepinggan, sambil blog walking, nikmat terasa ko. Licin sepinggan hahahaha. Tengah makan Suami call, bagitau dan ceritalah dengan dia pasal tembikai, terus Suami kata 'baik-baik, kang bangun tau-tau ngompol' , hahahahaha ingat bebudak ke hahahahaha.
Yer ler, dulu kalau arwah MIL Sis selalu cakap, memalam kalau makan buah yang banyak jus, kang malam ngompol (kencing malam) Hahahaha. Tapi ye juga, dekat 3x Sis ko bangun kencing oii..adeii nasib juga sedar, kalau mau jemur tilam Sis ko pepagi hahahaha.
Nak tau juga, betul ke tak, makan tembikai ni panas? Yang Sis tau, kalau makan tembikai, boleh elak terkena batu karang atau jika dah ada tanda batu karang, makanlah tembikai banyak-banyak. Tapi tak taulah fakta ke auta, hanya kata oranglah. Nak cuba boleh sebab ada yang mencubanya. Dan alhamdulilah berkesan.
Meh kita baca fakta buah tembikai sikit, Sis ko gugel aje.
Buah tembikai sering menjadi hidangan dalam banyak acara di Malaysia. Dari hidangan menyambut tetamu, semasa berbuka puasa di bulan Ramadan sehingga di majlis perkahwinan. Dengan rasa yang sedap serta mudah didapati, ia menjadi buah pilihan dalam masyarakat Malaysia.
Apakah khasiat buah tembikai ini?
1. Kandungan air yang tinggi
Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik untuk jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-radang
Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Penghadaman
Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik untuk kulit dan rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Sumber : hellodoktor.com
P/S: Ni tekak nak makan buah kiwi pulak, adoiilaaaaa...ko cacing yang didalam perut, kenapa memacam ye nak makan? Baru dilahirkan ke apa? Hahahahaha 😅