Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

SIS BUKAN DUTA SDS BAKERY & CAFE YER, TAPI SIS DUTA MAKAN DI SANA HAHAHA

$
0
0
SIS BUKAN DUTA SDS BAKERY & CAFE YER, TAPI SIS DUTA MAKAN DI SANA HAHAHA | Iyer kena cakap terang-terang dulu, kang ada yang kata Sis ko ni duta SDS dan pergi sana makan review di bayar. Memanglah pergi sana di bayar, tapi Sis yang bayar sendiri oii hahahaha. Ajer gile semua benda nak free ek. 

Tak di nafikan, setiap kali nak makan atau nak melepak dengan kawan, Sis akan ajak atau bawa ke SDS Bakery & Cafe. Salah satu sebabnya sangat suka dengan keadaan tempat, banyak menu pilihan makanan dan juga harga yang tidak terlalu mahal seperti makan di restoran shopping mall sana. 

Kalau tak di SDS, Sis ke Lemon Tree, kalau tak Lemon Tree, Sis ke Moonlight, begitulah. Kebetulan pulak ke semua tempat tu, berdekatan dengan rumah dan area Sis, so buat apa nak pening-pening kepala masuk soping mall, pergi je ke tempat yang kita rasa selesa nak duduk makan, berbual dan melepak. Takde orang marah pun ko nak datang berkali-kali dan berejam-rejam kat situ, janji datang, makan dan bayar.

Dah bayar, tak reti-reti nak balik hahahaha. 


Sejak-sejak ni memang kerjanya Sis datang makan di SDS, sampaikan kadang malas nak buat entri sebab kang takut meluat pulak orang baca cerita yang sama. Fikir-fikir arghhh ada aku kesah! Sis yang makan Sis yang bayar, ko nak baca ye baca, taknak ye sudah!

Ini cerita petang semalam, dalam kebuhsanan, kawan whatsapp, terus Sis tanya.

.. 'ko free tak? ..

..'jom kita ngeteh' ..

.. terus kawan jawab 'free dah, jom' ..

Apalagi, terus Sis call Suami, minta izin bagitau nak keluar, Suami kata okay, terus bersiap, terus keluar. 

'Kemana weii?' tanya kawan..

Ermm fikir-fikir, Sis terus bawa ke SDS hehehe. Lama dah cakap kat dia nak bawa makan kat sini, akhirnya tercapai. 

Di sebabkan kawan Sis tu batuk, tu yang Sis orderkan air panas debunga (ntah apa namanya ntah), bagi lega tekak tu, sebab dia minum bersama madu. 


Belek-belek menu, kawan pulak kata ..

"Weii nak makan apa ni weii, ko rekemen lah'..

Kawan plak kata, tak nak makan nasi, so Sis rekemen dia makan Mee mamak SDS ni, memang power, mee dia basah-basah, banyak ramuan dan sedap! Kawan pun kata sedap dan puashati. Alhamdulilah.

Korang agak, Sis makan apa ek? hehehehe..


Pandai pun..hahahaha semestinya di mana-mana tetap spageti Olio Aglio hahahaha.
Sedap juga spageti dia, sebelum ni makan di Lemon Tree, pun sedap juga. cuma beza yang Sis makan ni, dia spageti Olio Aglio Salmon. Banyak salmon dia, puas makan!.

Makan dah petang, sebab tadi siangnya dah makan laksa penang, jadi makan yang ringan-ringan aje, kalau time lapar, memang Sis tambah menu lain lagi hehehe.


Cuma Sis amik menu tambahan satu ni Fish Skin with salted egg. Perghh memang sedap!
Buat meratah aje sambil menunggu makanan sampai. Korang kena cuba. 

Kami makan sambil borak dan bercerita, tau-tau dah dekat jam 5pm dah. Terus gerak balik dan menyinggah pulak ke Ninso hahahaha.

Ninso? Yerr Ninso, kedai ala-ala 2N dan Eco, tapi kedainya lebih besar, tersusun dan juga selesa. Memang meroyan masuk situ oii..

Tu nanti Sis cerita next post ya. 

Ingat! Sis bukan duta SDS ya..Sis hanya Duta makan di situ..
Makan & Bayar hahahahaha







P/S: Ini bukan macam nak bagi promo review free kepada SDS, akan tetapi post entri sebagai blogger dari seorang pelanggan SDS, itu sahaja. Jangan salah faham ya. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.