DALAM PANTANG TAK BOLEH MAKAN LAKSA, BETUL KE? | Betul ea, kalau dalam pantang tak boleh makan laksa? Tak kisahlah laksa apa, tapi bacanya laksa asam atau laksa penang paling tak boleh makan ketika berpatang, bersalin ataupun selepas jalani operation. Sebab apa, bacanya kata laksa itu akan mendatangkan angin dan akan sakit urat. ermm betui ka?
Cubalah korang google.
Kalau tanya dan ikut pengalaman Sis, sepanjang bersalin dan berpantang ketiga-tiga anak, belum pernah lagi dalam hari Sis ko makan laksa hahahaha. Bertuah benau ek Emak dan Atuk Sis nak bagi makan benda macamtu, kan dah kata post sebelum ni, asyiklah makan menu singgang, ikan bakar, ikan asin, sayur rebus, bawang putih, lada hitam, kalau bernasib baik, ko dapatlah makan ayam masak kicap hahaha.
Apalah salah dan dosa laksa tu yer..
Punyalah sedap macam ni, kalau dapat time berpantang, mau macam rasa macam dapat brim kan hahahaa. Tapi tak semua dapat makan time berpantang yang sedap-sedap. Dan kalau korang tak pernah cuba, jangan sesekali mencubanya ketika berpantang, silap-silap boleh bentan.
Ini bukan cakap auta, sebab pesan Emak dan Atuk Sis (berapa banyak pesanan daa), kalau dari mula berpantang anak no1 kita tak pernah makan benda pelik-pelik, makanya ko jangan sesekali mencubanya, silap langgar pantang, bentan nanti..katanyaaa. Jangan pulak ada yang membangkang ayat Sis ko ni, ni dari nasihat-nasihat Emak dan Atuk Sis, kalau untuk korang, kalau rasa nak makan, ko makan je laaa..
Pernah jadi cerita dulu tau, akibat Sis ko curi-curi makan ketika berpantang, waktu tu bersalin kan anak no1, masa tu pulak Atuk Sis yang menjaga, diam-diam pergi makan anggur atas meja, konon curi makan 2 / 3 biji, sekali ko mendapat! Curi makan pagi lepas mandi, kena bentan pagi tu juga, nasib baik mak bidan masih lagi datang berurut hari yang ke-10, mak bidan yang buatkan air penawar, kalau tidak, mati menahan menggigil sejuk dari ubun sampai ke hujung ibu jari menggigil.
Terus tobat takut ko nak makan sembarangan. Makanya sampailah berpantang anak ke-3, ikut dan makan ajelah apa yang orang hidang huhuhu.
Korang kalau nak cuba, buatlah macam Sis tu, curi-curi dan test hahahaha. sakit lu tanggunglah sendiri hahahaha.
Okay dah, Sis nak makan laksa jap, tadi pagi order dengan kawan, beli 2 bungkus, satu makan pagi, satu buat makan malam hehehe. Sedap laksa dia. Sebungkus rm4.50.
Kalau duduk area Pasir Gudang, Masai dan sewaktu dengannya, bolehlah kalau nak order dengannya.
Whatsapp/call: Ina 019 784 2183
*Dia amik juga order untuk jamuan ke majlis ke.
Okay dah. Jemput makan.
P/S: Makanan kegemaran, Laksa Penang dan Laksa Johor..pantang....pantang jumpa!