Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

CARA GORENG AYAM GUNA AIR FRYER

$
0
0
CARA GORENG AYAM GUNA AIR FRYER | Ye guna air fryer aje, tak percaya ke? hehehe. Sebelum ni Sis pun tak pernah cuba, masa beli pun ingatkan hanya guna untuk goreng menu frozen-frozen aje tapi rupanya banyak kegunaannya. Memanglah masa tengok dalam review kat GoShop tu, dia ada tunjuk memasak bermacam-macam dalam air fryer ni tapi biasalah masa nengok ye faham, bila dah beli dan ada depan mata, apa yang ko tengok jadi tak hadam masuk otak hahahaha, kenalah google kalau nak masak hehehe. Teruk betulkan Sis ko hehehe.

Air fryer ni sebenarnya Suami ya ng beriye nak membelinya, katanya sihat ni memasak guna ni, tak payah guna minyak katanya. Iyolah Sayang, belilah. Dan dah banyak kali Sis guna dah cuma untuk goreng ayam ni, pertama kali Sis cuba. Jadi meh Sis kongsikan kat sini ya. 
Untuk korang yang ada air fryer ni, boleh cuba ya. 


Mula-mula korang sediakanlah ayam dulu, ikutlah suka hati korang, nak perap ke, atau lumur dengan kunyit aje. Kali ni Sis lumur dan perap sekejap. Sis letak rempah kunyit, kicap manis, lada hitam, lada putih, garam dan sedikit serbuk perasa. Peraplah dalam setengah jam. 


Setelah perap, sediakan air fryer. Dan kemudian masukkan ayam ke dalam air fryer, jangan letak penuh sangat, nanti susah pulak nak masak sebab bertimpa-timpa kan. Macam Sis guna seekor ayam, jadi Sis masak dua kali. Susun-susun elok dalam tu yer. Jangan lupa baca bismillah hehehe. 


Turn ON kan air fryer, kemudian set kan suhunya ke 180'c, dan set timer dia 10 minit, dan tunggulah sehingga siap dan bunyi 'ting' hehehe. Masa ni korang bolehlah pegang handphone membelek IG ke FB ya hahahaha. :p


Taraaa siap dah ayam kita. 
Oh ya, selepas 10 minit pertama tu, korang buka dan terbalikkan ayam tu, kemudian masak sekali lagi set 10 minit lagi. Bukannya apa, nak bagi kedua belah pihak ayam masak. Kalau ikutkan dah masak, tapi nak garing lagi, korang masak lagi. Alaaa bukan lama benar, sambil korang skodeng-skodeng IG dan FB tu, dah siap. 

Yang bestnya guna air fryer ni, dapur tak comot hehehe. Takdelah merecik minyak semua. Senang dan mudah. Lepas ni nak try pulak goreng ayam sekor hehehe. Pastu curah sambal percik kan, sedapnyaaaa...
So korang, bolehlah cuba yer. 







P/S: Banyaknya masak Seekor? Pun tak banyak uii, anak-anak makan meratah, licin selesai semua.Alhamdulilah .



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427