NIKMATI DIM SUM DAN PAU PANAS DI U-SENTRAL MASAI | Siapa sini suka makan dim sum dan pau? Rasa dan makan sekali tak puas? Nak pelbagai jenis dan makan panas-panas dan juga 'fresh'? Meh..jom ke Best Dim Sum & Pau di U-Sentral Masai Pasir Gudang. Ini adalah pertama kali Sis mencuba. Kebetulan Retna pun masih di Johor bercuti dan juga kebetulan pada malam kelmarin Sis, Retna dan juga anak Sis, Kakak Naz semua keluar untuk ke festival Thai Malay tu. Tempat yang sama cuma kena berjalan sikit ke depan untuk ke kedai dim sum ni.
Selalu nampak viral kawan-kawan share di laman sosial, tengok dim sum dia, ada macam-macam jenis, tu yang sehari demi sehari nak pergi tapi tak pergi-pergi, dan akhirnya sampai juga ke sini. Tuan kedainya pun peramah, siap sambut kami masuk dan duduk lagi. Bernasib baik juga, masa kami sampai, orang tak ramai, jadi senang nak pilih dan order sampai cepat hehehe. Nak amik gambar pun, tak rasa segan hahahaha :p
Ada pelbagai jenis dim sum korang boleh pilh, jadi rambang gak nak memilih, dan tak tau nak pilih mana, ikut hati nak je order semua hahahaa. Set promosi dia harganya 3 bekas rm10. Berapa isi dim sum dalam tu, mengikut jenis dim sum. Ada yang isinya hanya 2, dan ada yang 4 ketul, juga ada yang 3 ketul .
Sis rasa ada lebih dari 20 jenis dim sum yang ada jual. Semua nampak sedap dan memang sedap!
3 bekas rm10, murahlah kan, dan okaylah kan harganya. Pulak tu dim sumnya semua 'fresh' rasanya. Walaupun dim sumnya frozen tapi bagi Sis lebih elok frozen, nak makan baru stim, dari dim sum 'tayang', sebab kita tak tau berapa dah di tayangkan kat luar, betul tak? .
Ini antara yang kami order hehehe.
Memang tak boleh nak move on dengan rasa dim sum dia. sedap sangat! . Cecah pulak dengan sos, lagi tambah sedap. Oh ya, air juga ada di jual, korang order je air kat sini, kang tercekik pulak ko makan hahaha. Pau pun ada berjenis-jenis pau, Sis lupa pulak nak amik gambar, sebab comel betul paunya, ada pau gambar katun-katun hehehe.
Next time Sis nak ke sini lagi, nak makan semua jenis dim sum hahahaha. Ada yang nak ikut tak? Yang ni bukan review ye, yang ni korang order korang kena bayar la yer kuang kuang kuang.
Tempatnya selesa, tidak sesak, tidak panas dan juga bersih. Ada juga menu lain kalau korang nak. Sis pun dah lupa namanya, tapi namanya Spageti apa ntah ..gitulah.
Taraaa kami order 6 bekas, rm20..tu pun tak cukup. Tapi memang kami nak merasa aje, sebabnya lepas tu kami nak ke festival Thai tu hehehe.
Yang berdekatan area Masai, Pasir Gudang, kalau nak cuba, jomm.
Istimewanya kat sini ialah kerana :
Terdapat lebih puluhan jenis Dim Sum
Suasana restoren yg aman & santai
Ada juga jual Meatball sedap
ABC yg power
Kini dengan Promosi 3 Bowl hanya dgn RM10.00
Juga ada dijual secara pek dan borong terus...
Hubungi :
012-7855328
Waktu Operasi :
Bermula dari 10.30 pg hingga 10.30 mlm
Lokasi :
U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.
P/S: Bila ada geng makan, haaa gini leee, hari plan, terus menjadi aje hehehehe.