Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

APA PERLU BUAT SELEPAS TUKAR TEMPLATE BLOG YANG BARU?

$
0
0
APA PERLU BUAT SELEPAS TUKAR TEMPLATE BLOG YANG BARU? | LATELY ni memang ramai blogger hadapi masaalah loading blog memasing dan juga loading blog orang lain. Yaa dan ada juga kata, blog dia loading okay, tapi orang kata tak okay, dan ada juga yang kata, loading blog orang lain okay, tapi loading blog sendiri pulak bermasaalah. 

Dah tak payah fikir kasi pening-pening, baik korangtukar aje la template baru, sebabnya ramai di kalangan blogger, bila nekad tukar dan ubah je ke template baru, blog mereka semakin okay, fast loading dan lebih muda nak di view. 

Memang tak di nafikan Sis pun sama hadapi masaalah ni, sampaikan Sis sendiri pun dah tukar template baru Sis dah. Malas nak pening-pening kan.. Dari kita diamkan, pageviews jatuh dan automatik semua sekali yang berkaitan turut sama terkesan. 

Tapi sebenarnya ramai yang takut nak tukar template baru adalah kerana takut pageviews mereka jatuh dari yang biasa. Ye laa punya laa nak bertahan, dan blog pun dah serasi dengan carian google, tiba-tiba ko tukar, mau tak menjajarrr google cari balik blog ko hahahaha... macam kes kucing hilang anak je gayanya kann.. 


Apa Perlu Buat Selepas Tukar Template Blog Yang Baru?

Tapi janganlah risau, kenalah buat usaha dan buat apa ko nak risau kalau dah memang artikel ko dalam blog ko tu bermanfaat, so ko tukar apa sekalipun, pasti google dapat mencarinya kan.. dan pembaca blog ko pun kalau dah suka akan perkongsian artikel ko, mesti mereka pun akan datang baca setiap artikel baru ko. 

Kecuali kalau ko dah tukar template tapi ko tak update langsung... diamm jee dan biar blog ko sendiri bekerja hahahaha.. 

So harini Sis nak kongsi apa yang Sis dah cuba try and error pada blog Sis setiap kali Sis tukar template. So far dalam masa seminggu pageviews kembali normal seperti biasa, alhamdulilah.


Apa Perlu Buat Selepas Tukar Template Blog Yang Baru?

- Sila update blog sehari dua atau tiga kali sehari. 

Ini mesti korang buat. Satu masaalah blogger yang ramai tak tau, sebelum korang tukar template, mesti korang jarang update blog, so pageviews pun menurun, then ko tukar plak template baru, pastu ko senyap, takde update langsung, so mana nak datangnya pageviews tu? 

Dah tu ko salahkan pulak template tu yang tak okay hahahaha.. tu takpe lagi, kang korang amik upah dengan orang lain buat blog ko, tak memasal kang, ada yang salahkan si dia yang ko upah tu, kata plak orang tu ubah coding apa entah hahaha *ini kelakar.. 

Pokok pangkalnya selepas tukar blog korang update blog korang.. kasi cerita yang sensasi sikit, atau cerita hal-hal harian, nak share pasal review, share yang almost orang suka baca, haaa kompom naik views tu. Paling senang nak naik, korang update je kenapa korang tukar template blog.. ni ramai yang suka baca. 

Sis dah buat so Sis tau laa hehehe.. 

- Jangan lupa masukkan CODE Gtag code 

Okay, yang ini ramai terlupa nak buat. Memang ramai sangat. Yang biasa yee tawu, yang tak biasa atau main tukar-tukar tu, memang ramai tak tau. 

Mana nak dapat Gtag code tu? 

Apa Perlu Buat Selepas Tukar Template Blog Yang Baru?

  • Pergi ke analytics.com
  • Kemudian klik 'admin' di bahagian kiri bawah
  • Di bahagian tengah 'property' tu klik <tracking info>
  • Then klik Tracking code
  • Kemudian copy code tu then paste di HTML blog korang di bawah <HEAD> 

- Jangan lupa masukkan code adsense 

Ramai juga yang fikri kalau dah guna adsense auto ads, dah tak payah letak code ni, tapi tak tau laa okay ke tak kalau tak letak, tapi sepanjang Sis menukar template, tiap kali tukar mesti Sis letak code ni. Kalau sebelum ni korang dah copy sesiap, haa lagi senang, tepek je laa semula. 

Mana nak dapat code adsense tu?

Apa Perlu Buat Selepas Tukar Template Blog Yang Baru?

  • Pergi ke laman adsense korang
  • Kemudian di sebelah kiri, klik ads
  • Korang nampak kan ada tulis 'Get Code', haa korang klik
  • BIla dah copy, sama juga, korang paste di bawah <HEAD> dalam HTML blog korang. 
  • Misal kata tadi dah paste code Gtag tu, haa bawah Gtag tu korang boleh paste code adsense ni. Janji di bawah <HEAD> .

Faham tak? .. 

Analyzing your URL : https://gtmetrix.com/

Apa Perlu Buat Selepas Tukar Template Blog Yang Baru?

Tak pe kalau tak faham, fahamkan betul-betul. Yang di atas ni memang korang kena buat tiap kali menukartemplate blog. Sis ni tak pandai snagat bab coding ni, tapi Sis sendiri try and error pada blog sendiri, bila okay, Sis kongsikan dengan siapa yang bertanya. 

Tak kisah, korang nak tanya apa, tanya jerr.. mana boleh Sis bantu, Sis bantu.. kita sama-sama naik, tak payah lokek ilmu.. tu pun Sis kongsi mana yang Sis tau jer, kalau korang nak lebih profesional belajar mengenai semua SEO ke apa ke, kenalah berguru yaa.. 

Bila dah settle semua korang edit, haa mulakan laaa menulis, memang agak struggle tapi kalau taknak korang membebel sendiri kenapa pageviews turun la itu laa, haa sendiri kenalah kerja keras yaa.. jangan salahkan template atau salah pihak memana.. hohohoho.. 

Korang akan dapat beza kan bilamana korang update dengan tidak.. tak percaya cuba.. adjust masa dan kalau tak rajin, ada masa buat je 'autopost' macam Sis hehehehe..

Okaylah all the best korang.. 
Nak smabung deko goodies lagi ni...


P/S: Maaf ada penulisan info di sini tidak betul, Sis kongsi berdasarkan apa yang Sis buat jer.. mohon tunjuk ajar.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.