Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

NOVEMBER INI BAKAL MENJADI BULAN PALING BERMAKNA BUAT AKU

$
0
0
NOVEMBER INI BAKAL MENJADI BULAN PALING BERMAKNA BUAT AKU | ALHAMDULILAH diam tak diam, kita dah pun masuk ke bulan November. Ini bermakna tinggal lagi hanya dua bulan sahaja kita akan melangkah ke tahun 2021. Sudah bersediakan korang dengan azam baru?.

Untuk Sis, tiap tahun memang ada azam, tapi azam yang di gunapakai aje, sebabnya banyak azam yang tertunggak dan ada azam yang belum pun terlaksana, so tak payah le nak buat azam baru, sebab memang dah tau, azam tu akan di bawa ke tahun hadapan hahahaha.. Yang penting Sis berazam, ingin menjadi yang terbaik dari sebelumnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak dan Suami.. 

Dan November ini bakal menjadi bulan paling bermakna buat Sis dan keluarga. Satunya untuk diri sendiri sebab birthday jatuh pada bulan November. Keduanya jika Allah mengizinkan, anak Sis akan melangsungkan perkahwinan pada bulan November ini juga. 

Makanya November ini akan menjadi satu bulan yang paling bermakna buat Sis. Gembira pun ada, sedih pun ada, dan bermacam perasaan sekarang yang bermain dalam hati dan dalam diri Sis ni, susah nak di ungkapkan macam mana. Lagipun ini adalah majlis perkahwinan pertama yang akan Sis laksananya untuk anak Sis.

November Ini Bakal Menjadi Bulan Paling Bermakna Buat Aku

Ada juga orang kata, 'Tak payah sangat nak over talk about this'... but sorry laaaa, ini adalah satu kenangan dan akan menjadi satu pengalaman juga untuk Sis dalam persediaan untuk majlis perkahwinan anak, so Sis akan menulis sedikit demi sedikit di blog Sis, tapi tidak terlalu keterlaluan. Jika ada yang tak suka jangan baca ya..

Bukan mudah ya nak buat semua, nampak orang buat majlis perkahwinan, macam senang ajer, tapi bila kena kat kita sendiri, terlalu banyakkkk benda nak kena settle dan buat. Now memang agak busy sangat-sangat Sis dengan nak siapkan goodies tetamu. Memang bendanya beli dah siap, tapi nak mencantikkan lagi, so kami buat sedikit tambahan dekorasi pada goodies tu. 

Tak apalah lagipun Sis takde buat apa, niat memang nak kasi 'meriah' majlis anak, so tak kisah pun kalau rasa letih atau memenatkan pun.. kalaulah ada arwah Emak, dia pun mesti gembira dan excited juga. Al-Fatihah.. 

Dan birthday Sis? Yaa tahun ni masuk umur 45tahun sudah hehehe.. alhamdulilah, syukur dengan apa yang Sis ada sekarang. Suami yang bertanggungjawab, anak-anak yang menyejukkan hati, adik beradik yang memahami dan juga kawan-kawan yang selalu ada tatkala sepi juga harta dunia yang cukup memadai, syukur alhamdulilah.. 

Doa untuk untuk November ini, moga Allah permudahkan semua urusan Sis sekeluarga dan jauhi kami dari segala perkara & bencana yang tidak di ingini.. Aaamiinn.. 


P/S: Macam tak percaya je umur dah 45 tahun hahahahahahaha... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422