SERONOKNYA ORANG YANG ADA KAMPUNG YA! | SEMALAM bila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan kebenaran merentas negeri dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober (hari ini), kemain semua seronok dah macam pengumuman hari raya ko, dengan Sis ko sekali terloncat hahahaha..
Alhamdulillah, menurut KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. So inilah janji kerajaan untuk tunaikan apa yang di janjikan termasuk kebenaran merentas negeri.
Mana taknya setelah hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19. Jadi, hari ini bebaslah dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk 'balik kampung' atau pergi 'bercuti' kemana korang nak. Tapi dengan patuhi SOP yang di benarkan.
Bagi mereka yang ada kampung, memanglah seronok, bertahun tak balik kampung jenguk orang tua, jumpa adik beradik dan saudara mara, atau dah lama merancang percutian untuk bercuti bersama family, so apalagi, amiklah peluang ini dengan sebaiknya dan rancang perjalanan korang agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini.
TAPI ... perlu di ingat.. TIDAK VAKSIN, tidak lengkap vaksin tidak dibenarkan rentas negeri, polis akan buat semakan secara rawak walaupun tiada Sekatan Jalan Raya.
Syarat Rentas Negeri:
1. Lengkap 2 dos Vaksin
2. Tidak termasuk ke kawasan PKPD
So Inilah masanya kita JUJUR pada diri sendiri .. #LindungDiriLindungSemua .. bak kata DG Noor Hisham Abdullah 'The onus is on us now. Be strong and be safe' ..
'Kejujuran' ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely. Jika semua orang amik mudah hal ni, tidak mustahil penularan wabak Covid-19 ini akan kembali meningkat.
Kesian frontliner semua, baru nak mula berehat, tapi di sebabkan ada mereka yang melanggar SOP, dan kes jadi naik balik, ermmmm kita akan berdepan sekali lagi laaa dengan tak habis-habis PKP, PKPD dan segala P P P P P bagai...
Mulai hari ini, kitalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus Covid-19. So amik langkah selamat dan patuhi SOP. Jika perlu, sebelum balik kampung berjumpa keluarga di sana, korang belilah test selfkit kendiri tu dan buat pemeriksaan dulu. Jika semuanya okay, mesti seronok balik kampung kann, tanpa meninggalkan 'penyakit' pada orang tua kita.
Dan bagi mereka yang TIDAK VAKSIN janganlah amik kesempatan ya... dah itu pilihan korang, so korang terimalah.. jika nak turut sama 'merentas negeri' atau bebas ke sana ke sini, pergilah daftar atau walk-in untuk dapatkan vaksin. Masih belum terlambat lagi.
Juga bagi mereka yang belum fully vaccinated, harap bersabar. tunggu hingga MySejahtera korang bertukar status. Jangan main langgar SOP, jujurlah pada diri sendiri. Dan bila ada yang buat 'report', jangan pulak nak melenting yaaa.. patuhlah pada arahan, korang dah bagus dah sebab amik vaksin, tapi kena sabar hingga status 'fully vaccinated' tu keluar di MySejahtera' korang..
Takkan lari gunung di kejar.. begitu jugalah dengan kampung halaman.. jangan terburu-buru, rancang perjalanan dan selesaikan apa yang perlu dulu. Seronoknya orang yang ada kampung ya... Sis takde kampung, Kampung Melayu je ada laa, tapi Emak Abah semua dah takde.. so tumpang gembira dengan korang jee..
Bukan itu aja, aktiviti pelancongan di mana-mana negeri dibenarkan. My Travel Pass dimansuhkan untuk rakyat yang ingin ke luar negara termasuk aktiviti pelancongan. So dah boleh laa kita check-in sana sini tanpa perlu surat MiTi atau surat pelepasan dari Polis.
Sis doakan moga semuanya dipermudahkan dan selamat Balik Kampung korang...
Balik kampung woooo balik kampung ...
P/S: Nak pi bercuti pun, nantilah dulu, banyak hal Sis & Suami nak kena settle dulu ni..