Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

ILMU ITU IBARAT AIR. AMALKAN DAN SAMPAIKAN ILMU YANG BERMANFAAT

$
0
0
ILMU ITU IBARAT AIR. AMALKAN DAN SAMPAIKAN ILMU YANG BERMANFAAT | PAGI ni tiba-tiba rasa nak menulis mengenai 'ilmu'. Tak kisahlah ilmu apa, yang penting, selagi kita masih hidup, baca, cari, kejar, amal dan sampaikanlah ilmu yang bermanfaat kepada semua orang. 

Jangan lokek ilmu, jangan simpan ilmu tu. Kata imam syafi’i air yang terlalu lama terhenti (tidak mengalir) maka lama kelamaan akan membusuk dan merosak. Kerana air yang tenang terkadang boleh menjadi ombak yang siap menggulung siapa aja yang ada di hadapannya. Faham tak tu korang?.. 

Sedikit perkongsian dari Sis kisah malam tadi (ada Sis share dalam IGs) mengenai dua orang pelajar dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yang DM Sis di instagram minta berkongsi dan membantu dia menjawab beberapa soalan mengenai kerja kursusnya yang memerlukan bantuan blogger untuk tips penulisan di blog dalam kerja kursusnya. 

Mulanya Sis agak curiga, samaada benar atau tidak mereka berdua ni. Sebab kebetulan keduanya sama datangnya, cuma kerja kursusnya aje berbeza dari segi soalan. Tapi sebab atas dasar ingin membantu, Sis tawakkal aje la, lagipun hanya berkongsi dan menjawab apa yang mereka mahu aja. 

Alhamdulilah, setelah menjawab beberapa soalan, dan Sis juga beri tips dan petua untuk memulakan penulisan, mereka berdua sangat berpuashati dan berulang kali ucap terima kasih dan mendoakan urusan Sis sebab dah banyak membantu mereka. 

Ilmu Itu IBarat Air. Amalkan Dan Sampaikan Ilmu Yang Bermanfaat

Alaa dikk nonn, Sis ni bukan profesional sangat, setakat nak kongsi pengalaman Sis sepanjang menjadi blogger ni, apalah sangat, ramai lagi yang lebih arif yang adik-adik semua boleh minta pertolongan, tapi bila ada yang bertanya direct macam ni, insyaAllah mana yang boleh Sis bantu, Sis bantu ya. Harap adik-adik tu semalam berpuashati dan menulis dengan baik sekali nanti dan mendapat keputusan cemerlang. 

Ilmu di dunia ni tidak pernah terbatas. Maka korang kongsilah ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan bersama. Demikianlah pesan Imam Asy-Syafi’i R.A. betapa pentingnya ilmu itu digunakan untuk memberi manfaat. 

Jangan Hidup Jika Tak Memberi Manfaat. 
Amalkan Dan Sampaikan Ilmu Yang Bermanfaat

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13)

Berdasarkan hadis di atas, setiap daripada kita yang memiliki ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang baik, boleh kita ajarkan dan sampaikan kepada orang lain samaada berbentuk ilmu agama, ilmu akademik dan kemahiran, amalan kita adalah amalan yang amat terpuji.

Ilmu Itu IBarat Air. Amalkan Dan Sampaikan Ilmu Yang Bermanfaat

Ilmu itu ibarat air. Amalkan dan sampaikan ilmu yang bermanfaat. Apabila ilmu itu disampaikan kepada orang lain dan diamalkan dan disampaikan semula secara berterusan hingga ke hari kiamat, maka kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan.

MasyaAllah!! Mudah sungguh untuk menjana ganjaran akhirat.

SETIAP manusia tentu akan bertemu dengan kematian. Di mana pada masa itu setiap amal perbuatan terputus. Namun ada perkara yang tidak akan pernah putus.

Apakah itu? 

Salah satu daripada itu ialah ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan.
Pentingnya ilmu membawa manfaat, hidup indah terisi setiap saat.


P/S: 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422