Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

IKAN KEMBONG REBUS ASAM LIMAU JADI MENU TARIKAN DI MAJLIS KAHWIN

$
0
0
IKAN KEMBONG REBUS ASAM LIMAU JADI MENU TARIKAN DI MAJLIS KAHWIN | Baca tajuk jer dah terkecur-kecur anak tekak Sis ko ni, masih teringat-ingat menunya. Buat pertama kalinya Sis hadiri majlis kahwin ada di sajikan lauk macam ni, Ikan Kembong Rebus Asam Limau. Majlis kahwin (Sabtu kelmarin) ni adalah majlis kahwin cucu saudara Sis, anak kepada anak saudara sebelah Suami Sis. Memang mereka panggil Sis 'Nenek dan Atuk (Suami Sis) kalau berjumpa. Aishh mak nenek sungguh ek hahahaha. 

Katanya Emak pengantin, menu ni adalah menu orang utara, sebabnya belah pihak besannya tu orang Perak, jadi dia sediakan jugalah menu orang sana untuk tambahan bagi menu-menu lain. Tu yang bila Sis nampak je, wowwww apalagi amik pinggan, ceduk 3 ekor, makan meratah macamtu je. Menu-menu lain Sis pandang jeling dulu, hehehe. 


Selain menu Ikan Kembong Rebus Asam Limau ni, ada juga menu sayur lemak nangka babat, sambal tumis petai, sambal goreng jawa, rojak petis, ayam goreng, aneka ulam ulaman, sambal belacan dan juga tempe goreng sambal kicap. Selain tu ada pencuci mulut, bubur cha cha, karipap kentang, choc moist kek, buah pulasan dan juga air oren. Banyakkan menunya. hehehe.

Alhamdullah ramai tetamunya, tapi terkilan juga Sis dan Suami tak dapat nak duduk lama, petang tu juga kena balik ke Johor. Suami ada urgent kerja nak di settlekan. Jadi petang tu selepas dah jumpa sudara mara yang datang semua, dah settle makan, dah kenyang semua, Sis gerak ke Johor. Siap di tapaukannya lauk Ikan Kembong ni hehehe.
Sebekas bawak balik, yumsss..


Sampai Johor aje, Suami dah sesiap nak ke tempat kerja, dan siap pesan, nanti balik nak makan nasi, jadi Sis cuma panaskan balik lauk ikan kembong tu, masakkan sayur, goreng telur dadar dan juga panaskan dendeng daging kesukaan Suami yang Sis dah belikan frozen untuk dia.
Dah siap lauk menu kami malam tu hehehe.

Terima kasihlah kat Zar yang tapaukan untuk Sis. Tuan rumah bizi tapi kita dah minta izin dia hehehe. Tu pun katanya sikit beno bawak balik hahahah. Jadilah buat makan Sis anak beranak bereempat malam tu.
Alhamdulilah dah selesai semuanya. Tunggulah jemputan dari orang Johor pulak yer hahahaha tapi ntah bila agaknya kuang kuang kuang ... :p

Tahniah buat Boboy dan pasangannya Wati. Moga bahgia kekal hingga ke Jannah.
*Gambar boleh tengok IG Sis hehehe. Nampak comelkan Suami Sis dalam itu gambar kuikuikui







P/S: Siapa ada resepi menu ni? Kalau ada tepek dekat dalam komen ye. Makaseh :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.