Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

BUANG MAKEUP SEBELUM SOLAT HANYA DENGAN TISU BASAH IMAAN SUCI

$
0
0
BUANG MAKEUP SEBELUM SOLAT HANYA DENGAN TISU BASAH IMAAN SUCI | Ya mudah dan ringkas, cepat dan senang nak buang makeup dan juga nak membawanya. Tisu basah dari Imaan Suci ni memang perlu ada bagi setiap wanita termasuk Sis. Walaupun Sis ni bukan orang yang bermakeup beriye, tapi tisu basah ni perlu ada. Sebelum nak amik wuduk tu, kasi bersih dulu muka dengan tisu basah, yelah kadang kita pakai barang makeup yang susah nak ditanggalkan dengan air, jadi sebelum tu, kasi cuci dulu bersih, lepas tu korang akan rasa lebih yakin, bersih, segar dan selesa sikit. 

Biasa Sis guna air je kalau nak cuci muka sebelum wuduk tu, tu pun kadang mascara pun masih melekat lagi.  Ada masa tertentu kalau terlebih bedak, rasa melekit lagi muka tu, walaupun dah cuci. Tapi sekarang dah mudah, sejak pakai tisu basah ni, bila dah bersihkan muka aje, kulit muka terus rasa segar, bersih dan tidak melekit, yang bestnya wangi gitu. Jadi bila nak amik wuduk tu, keyakinan tu tinggilah, rasa bersih sepenuhnya. Tanggal segala kotoran muka. 

Jangan tak tau ye, itu adalah salah satu penjagaan kulit muka juga. Bukan sebab nak amik wuduk dan solat aja ya. Dan jangan sebab dah makeup tebal-tebal korang tinggal solat plak. *pesanan untuk diri sendiri juga*. 


Di mana-mana dan kemana sekarang, Sis mesti bawa tisu basah imaan suci ni, memang jadi keperluan sekarang. Sampaikan anak Sis pun menumpang kongsi minta pakai juga. Nampak gaya kenalah beli berdozen hehehe. Kalau anak Sis memang jenis makeup tebal, sebelum ni pun, guna tisu basah biasa jer, tapi 'kebasahan' tisu jenama lain tu, agak terlebih basah dan kadang jadi melekit, perlu cuci dengan air berulang juga. Tapi dengan tisu basah imaan suci ni, bersihkan hanya sekali aje, terus muka bersih dari kotoran. 
Tu yang anak Sis suka tu. 


Antara kelebihan tisu basah imaan suci :

1) Tidak mengandungi sebarang alkohol
2) Membuang segala makeup yang kalis air
3) Mampu membersihkan makeup yang tebal-tebal
4) Membersihkan dan juga menyegarkan kulit wajah
5) Sesuai digunakan semua jenis kulit muka, kulit yang sensitif pun boleh gunakan
6) Mudah dibawa ke mana sahaja.


Untuk keperluan Sis memang Sis perlukannya. Kadang pun dalam kereta ketika memandu jauh, mata jadi letih dan mengantuk, Sis amik aje tisu basah ni, dan bersihkan muka. Terus jadi segar dan aroma wangi dia tu buat kita rasa fresh semacam. Aishh tak caya ye cuba, ramai dah mencubanya. 
Korang kalau nak mencubanya boleh dapatkannya ya. 


Antara yang terbaru keluaran Wet Tissue dari Imaan World 

Info Lanjut:

Hotline: 019 286 2828







P/S: Jenis perangai Mak-mak ni, macam Sis, tisu basah memang jadi keperluan, walaupun takde anak kecik, tisu basah mesti ada dalam bag tangan. Korang sama macam Sis tak ? 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.