Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

KUIH BULAN TRADISI DILUPA JANGAN

$
0
0
KUIH BULAN TRADISI DILUPA JANGAN | KORANG ada perasan tak, makin tahun, era zaman semakin berubah, kuih bulan pun dah banyak perubahan. Dah agak susah juga nak mencari kuih bulan tradisi zaman tok nenek kita dulu. Bagi Sis yang berketurunan darah cina, kuih bulan ni memang setiap satu kali setahun akan ada je yang memberi atau kami beli, sebabnya bukan senang nak makan kuih bulan jika takde perayaannya. 

Cumanya macam Sis kata laa, dah agak sukar nak mencari kuih bulan tradisi yang di panggang dan diperbuat secara orang lama. Makin hari kuih bulan dah agak 'hipster' okay hehehe.. Tapi konsepnya sama, sebagai tanda meraikan festival kuih bulan. 

Dan sempena Mid-Autumm Festival yang bakal berlangsung pada 21 September ini, sekali lagi Double Tree by Hilton Johor Bahru mempromosikan Oriental Treasures Mooncake Gift Set, kuih bulan tradisi mereka dengan pakaging kotak merah yang sangat cantik. Merah ko MakNgah hehehehe..

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Masa terima kuih bulan ni, Sis agak teruja dengan bag dan kotaknya tu, memang betul-betul gaya tradisi dedulu kala, orang kata 'Chinese Style' hehehehe.. Ye laa kalau di lihat sekarang, banyak pakaging sekarang up-to-date sikit, color pun macam-macam, but yang ini memang betul warna tradisi..

Setiap sekotak tu, hanya ada 4 biji kuih bulan aja. Dengan pakaging yang cantik macamtu, memang sesuailah kalau korang nak hadiahkan kepada mereka yang meraikan festival kuih bulan ni kan.. 

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Kenapa di katakan Kuih Bulan tradisi lebih ramai mencari? Sebab ianya benar-benar rasa tulen kuih bulan, yang membezakannya hanya inti dalamnya. Kuih bulan biasanya dalam bentuk pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10cm dalam diameter dan 4-5sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3mm) dan intinya sesetengahnya ada kuning telur daripada telur itik masin. 

Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina. Dan sebab itulah tahun ini juga Double Tree by Hilton,Johor Bahru lebih memperkenalkan kuih bulan tradisi berbanding kuih bulan gaya moden. 

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Korang boleh buat pilihan inti kuih bulan mana yang korang lebih suka untuk nikmatinya. Sebab ada 8 jenis perasa inti kuih bulan yang Double Tree by Hilton, Johor Bahru sediakan untuk tahun ini, antaranya; 

Baked Pure Lotus
Baked Pure Lotus with Single Yolk
Baked Red Bean
Baked Black Sesamee Lotus
Baked Green Tea Lotus
Baked Tiramisu Lotus
Baked Pumpkin Lotus
Baked Durian Lotus

Untuk pembelian sebiji kuih bulan tu harganya RM26, tapi kalau korang beli 4 biji dalam sekotak, harganya hanya RM98nett sahaja. Kirakan harganya lebih murah RM10 dari harga pembelian sebiji. Beli dan hadiahkan kepada mereka yang meraikan. 

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Untuk kali ni, Sis cuba 4 inti perasa, iaitu; Pure Lotus Paste, Red Bean Paste, Pumpkin Paste with Melon Seed dan juga Durian Paste with Melon Seed. Dan paling teruja nak rasa dulu, semestinyalah Durian tu hahahaha... apa-apa je laa, kalau kata durian, mesti sedap rasanya kannn.. 

Memang benar, walau tidaklah berapa nak bau dan rasa durian, tapi bila makan tu, memang ada rasa durian. Bagi yang biasa makan kuih bulan, mereka taulah rasa macam mana kuih bulan tu, sebab kalau rata-rata yang bertanya, 'Apa rasa kuih bulan tu Sis?'... ermmm Sis ko tak reti nak jawab.. kena cuba sendiri. Tapi kuih bulan Double Tree by Holton,Johor Bahru ni memang puashati.. 

Korang tengok jee laa ketebalan intinya berbanding kulitnya, tebal intinya kannn... sebab tu kata kuih bulan tradisi dilupa jangan ..

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Dah bukak dah potong kalau tak habis makan, korang boleh je simpan dalam bekas tertutup dan makan kemudian. Boleh tahan lama expired dia.. tapi biasanya kalau dah potong makan, tak sampai seminggu dah habis hahahaha.. 

Korang boleh order melalui online dan menggunakan perkhidmatan penghantara seluruh Johor. Caj mengikut kawasan tempat penghantaran. Atau nak walk-in juga pun boleh dan self-pickup di ruang Lobby. Details tempahan dan pembelian, Sis sertakan di bawah ni. 

🔗 𝗚𝗿𝗮𝗯𝗙𝗼𝗼𝗱: bit.ly/GrabDTJB 
🔗 𝗧𝗮𝗯𝗹𝗲𝗔𝗽𝗽: bit.ly/TakeMKHome 
☎️ 𝗖𝗮𝗹𝗹 𝘂𝘀: +607 268 6868



P/S: Ingat nak beli lagi Kuih Bulan, nak beli kuih bulan SDS, pun sedap woooo... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.