Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4497

ZIKIR HARI SABTU - LAA ILAHA ILLALLAH

$
0
0
ZIKIR HARI SABTU - LAA ILAHA ILLALLAH | SALAM hujung minggu korang. So apa plan korang harini? Mana yang masih bekerja harini, selamat bekerja dan jaga diri ya. Yang cuti harini, apalagi, masaklah sesedap dan solat berjemaah bersama keluarga. Amik peluang yang ada untuk terus berkasih sayang dengan insan-insan tersayang. 

Sis harini dah plan, nak keluar pi beli barang dapur dengan Suami, then nak bawa anak bujang tu cari barang projek dia. Entah apa yang dia nak di projekkan, entah lerrr, Ayahnya layankan aje laaa tu kang.. Pagi ni pun siap dah masak Nasi Goreng Bilis, dan sekejap lagi nak kemas bilik, dalam tengahari barulah keluar. 

Sambil-sambil buat kerja rumah tu, jomlah kita basahkan bibir dan gerakkan lidah kita untuk berzikir. Zikir hari Sabtu ni banyak khasiat dan kelebihannya. 

Jom kita amalkannya ..

Zikir Hari Sabtu - Laa Ilaha Illallah

Selain daripada ibadah lain seperti solat dan bersedekah, amalan zikir adalah satu amalan yang boleh memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada orang yang mengamalkannya. Zikir harian ini adalah amalan yang diamalkan oleh imam Al-Ghazali rahimahullahu taala. 

Bacaan zikir sepertimana amalan imam al ghazali bukanlah sesuatu yang diwajibkan dengan jumlah tepat 1000 kali tetapi itulah amalan zikir harian seorang ulama besar yang ternama dan harus kita ikuti susunan amalan seorang yang alim.

Zikir hari Sabtu adalah salah satu dari amalan zikir harian yang banyak disarankan oleh beberapa ulama untuk dilafalkan umat muslim. Zikir Sabtu mewajibkan Sahabat Muslim untuk membaca kalimat :

Laa illaaha illallah
Tiada Tuhan Melainkan Allah 

Kita pasti tidak kekok untuk menyebut “Laa illaaha illallah” kan? Ternyata kalimah syahadah ini boleh digunakan sebagai sarana berzikir kepada Allah SWT.

 “Laa ilaha illallah” bukan hanya sekedar kalimah syahadah yang boleh membuat seseorang beriman dan masuk Islam. Kalimah zikir ini juga menunjukkan bahawa tiada Tuhan yang di sembah selain Allah dan menerima Allah sebagai satu-satunya Tuhan semesta alam dan segala isinya. Seseorang tidak boleh disebut sebagai umat Islam jika ia tidak beriman dan berpegang pada prinsip “Laa illaha illallah”.

Laa illaha illallah adalah kepercayaan pada Allah yang disebut sebagai “rubbiyyah”. Kalimah ini menunjukkan keimanan dan percaya bahawa Allah adalah satu-satunya kekuatan yang menciptakan, memberi hidup dan mati, dan memelihara urusan semua yang ada di dunia ini.

Laa illaha illallah adalah kepercayaan pada sifat ketuhanan (disebut sebagai “uluhiyyah”), yang bermaksud percaya bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang kita sembah.

Zikir Hari Sabtu - Laa Ilaha Illallah

Mengamalkan zikir Sabtu juga boleh membuat kita terhindar dari sola jawab mengenai dosa apa saja yang telah dilakukan kita selama di dunia. Sebagaimana disampaikan oleh Rasul dalam hadisnya :

“Barang siapa yang awal perkataannya laa ilaha illallah dan akhir perkataannya Laa ilaha illallah dan melakukan seribu kesalahan (dosa kecil) dan jika dia hidup seribu tahun, maka Allah tidak akan menanyakan satu dosa pun”.

MasyaAllah, Allahuakbar... 

Jomalah kita berzikir sesambil membuar kerja yaa korang.. 
Sebutannya ringan dan tidak membebankan.. 


P/S: Selamat berhujung minggu buat korang semua. Stay Safe ookay ❤

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4497

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT