JUALAN BERAS ASRAFFI BANTU DANA KEPERLUAN PONDOK MOTIVASI TAHFIZ HAMLATUL QUR'AN | Korang ada pernah nampak Beras Asraffi ni? Atau korang sendiri sudah pun membelinya? Untuk Sis memang belum pernah beli lagi dan jujurnya baru juga tau mengenai Beras Asraffi ni. Jika korang pernah membaca satu posting mengenai Infaq Beras Asraffi ni, tentu korang tau kan, tujuan pengeluaran beras ini.
Syarikat pengedar produk berasaskan makanan ruji milik penuh Bumiputera, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ) yang mana pengasasnya, Mohd Ashraf Suarin mengatakan, keluaran Beras Ashraffiini adalah sebahagian usaha memajukan masyarakat Islam ke satu tahap lebih tinggi, juga membolehkan masyarakat mendapatkan beras yang bersih dan dijamin halal.
PMTHQ tidak hanya menghasilkan beras Ashraffi untuk menjana pendapatan pondok mereka, malah sebelum ini, Ustaz Mohd Ashraf juga menubuhkan Pondok Souq iaitu rangkaian kedai pengedaran makanan sejuk beku halal keluaran 100% Bumiputera Islam. Selain makanan sejuk beku, Pondok Souq juga menyediakan keperluan harian lain antaranya ubat, minyak wangi dan koleksi jubah.
Dan terkesan dengan keadaan Pandemik sekarang ini, makanya PMTHQ mengajak semua orang membeli sambil beramal bagi menambah dana untuk menampung keperluan dan perbelanjaan di PMTHQ mereka.
Mengenai Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ)
Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Qur’an telah ditubuhkan pada 3 Mac 2013 bertempat di sebuah rumah pusaka milik Dato’ Jahaya Ibrahim di Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Pondok Tahfiz Hamlatul Qur'an ini adalah pondok kedua yang di kendalikan oleh Ustaz Ashraf yang kini sudah hampir 9 tahun beroperasi sejak Mac 2013.
PMTHQ adalah sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan al-Qur'an dan menjadikan pembelajaran al-Qur'an sebagai motivasi bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Selain itu, objektif utama PMTHQ adalah untuk membangunkan generasi al-Qur'an dan pendakwah yang bermotivasi.
PMTHQ mula beroperasi dengan hanya dibantu oleh tiga orang guru dan mempunyai 10 orang pelajar pada awalnya. Dengan berkat kesabaran dan kesungguhan mudir dan para guru, pada tahun 2016, PMTHQ telah berpindah ke bangunan surau lama yang diwaqafkan oleh penduduk kampung di Surau Blok J, Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor, bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.
Bukan saja pelajar biasa, tapi mereka yang kurang upaya (OKU), gelandangan, anak pelarian Rohingya dan Kemboja juga dibantu untuk membolehkan golongan itu mengikuti kelas ilmu.
Antara sebab utama beliau mengeluarkan Beras Ashraffi ini sebagai punca pendapatan menampung sekolah tahfiz ini. Kini PMTHQ mempunyai lebih dari 60 pelajar tahfiz dan hanya 30 peratus membayar yuran pengajian manakala selebihnya ditanggung pihak tahfiz sepenuhnya.
Pengasas Pondok Motivasi Ustaz Dr Mohd Ashraf Bin Suarin
Ustaz Dr Mohd Ashraff Suarin, adalah seorang pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjong Karang. Di lahirkan di Kaherah,Mesir dan mendapat pendidikan awal si Tanjung Karang,Selangor. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di SAM Seri Desa Markaz Tahfiz al-Qur'an Wal-Qiraat, SAMT Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah dan meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.
Beliau sentiasa bekerja dengan niat kerana Allah SWT dan berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan sama ada dari kalangan asnaf, anak yatim dan anak-anak tahfiz.
Ustaz Mohd Ashraff juga merupakan pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, PondokMotivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjong Karang.
Taraf Pendidikan :
•Ijazah Syariah Hukum (UIN Riau Indonesia)I
•IjazahSarjana Muda Bahasa Arab (UPM)
•Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan (UM)
•Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Dakwah dan Pembangunan Insan (UM)
Sambil Membeli Sambil Beramal
Beras Ashraffi adalah Milik Bumiputera Muslim. So kalau korang nak membelinya, beli tanpa was-was, kerana ianya di jamin bersih dan halal. Bagi menjamin kualiti berasnya, Enigma Food Technology bekerjasama untuk mengurus, memproses, membungkus, mengedar dan mengiklankan produk beras Ashraffi.
Menurut kata Ustaz Asraf, beras putih diimport dari Vietnam dan Thailand, sementara beras basmathi dari Pakistan dan India. Istimewanya beras jenama Ashraffi ini, peratus campuran beras hancur lebih kecil berbanding beras sedia ada di pasaran.
Membeli sambil menderma. Itulah konsep perniagaan yang diamalkan oleh Ustaz Dr. Mohd. Ashraf Suarin, 40, sewaktu mengambil keputusan untuk meniaga beras. Seiring visi keluarannya, 20% daripada pembelian satu paket beras seberat satu kilogram (1kg) disalurkan kepada golongan memerlukan antaranya asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz.
Bukan setakat itu saja, harga runcit beras Ashraffi juga jauh lebih murah iaitu RM4 untuk satu kilogram (1kg), RM20 (5kg) dan RM40 (10kg). Manakala beras basmathi untuk satu kilogram adalah RM14 dan RM70, untuk 5 kilogram (5kg).
Korang boleh mendapatkan Beras Ashraffi Milik Bumiputera Muslim ini secara atas talian di laman web Shopee : www.shopee.com.my/pmthq
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan beras Ashraffi, atau membuat pembelian secara pukal atau ingin INFAQ beras, atau sebarang pertanyaan maklumat berkaitan PMTHQ, bolehlah layari :
P/S : Alhamdulilah, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima ❤