PEMBERSIH VAKUM TANPA KABEL A&S A90 PLUS MEMUDAHKAN KERJA RUMAH AKU | Straight to the point aja laa kan, senang Sis nak menulisnya. Sis sebagai surirumah memang sukakannya. Memang sangat mudah, cepat dan bersih. Dah hampir sebulan Sis menggunakannya, so harini baru rasa nak kongsikan dengan korang sebab ianya sangat memudahkan kerja rumah Sis. Lagi-lagi time raya ni.
Sebelum ni Sis guna juga vakum, tapi ko faham-faham aje laa kalau vakum jenis berkabel tu, keje nak tarik dan menukar plug aje kejenya.. So bila dapat aje vakum A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner ni, memang memudahkan sangat kerja rumah Sis nak vakum rumah ke sana ke sini sebab ianya tanpa kabel.
Biasa nengok je iklan tv dan lihat kawan-kawan guna aje tau, tapi bila dah dapat kat diri sendiri dan sendiri sudah pun gunakannya, waaa sangat memudahkan kerja Sis. Dan vakum ni banyak fungsinya dan sangat efektif dalam pembersihan rumah.
Lebih-lebih lagi untuk Sis yang membela kucing, korang faham-faham aje la kan, bebulu kucing tu melekat sana sini di sofa, kadang nak membersihkannya tu, jadi malas, sebab salah satunya nak tarik vakum tu laaa.. tapi sekarang dah mudah, Sis hanya guna salah satu peralatan yang di datangkan sekali dalam satu kotak yaitu Dust Mite Brush tu, Sis terus ON then dah boleh terus vakum sofa Sis, mudah dah kerja Sis.
Yaaa, kalau korang beli satu set pembersih Vakum Tanpa Kabel A&S A90 Plus ni, korang akan dapat sekali Dust Mite Brush untuk menbersihkan habuk yang halus samaada nampak atau tak nampak di celah-celah ruang sempit, kapet atau pun di sofa korang. Dan paling Sis suka laa kan, kalau Sis dah cas vakum ni, ianya akan bertahan selama 30minit baterinya jika korang guna non-stop mengikut tahap kelajuannya.. lama tu kan?
30 minit guna tu Sis boleh siapkan kerja rumah satu rumah okay, dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas dalam satu masa. Haaa tu memang menjimatkan masa betul.. bagi Sis 30 minit tu lama okay.. kalau nak casnya semula pun sekejap aja. Memang menjimatkan masa Sis.
Reka bentuk kayu A90 Plus ni nampak mewah, lagi color GOLD, Sis suka sebab nampak elegan dan menarik bila letak di dinding ketika mengecasnya. Kalau nak mudah korang boleh tebuk dinding dan mengantungkannya dan jimat ruang, tapi Sis hanya sandarkannya di dinding aje, pun boleh.
Dengan setiap pembelian pembersih Vakum Tanpa Kabel A&S A90 Plus korang akan dapat Waranti 2 Tahun Malaysia, dan korang jangan risau sebab brand A&S A90 Plus ini ada sijil SIRIM yang Sah, . So kalau ada kerosakan ke atau tidak berfungsi ke, boleh hantar ke service centre mereka atau di tempat mana korang beli.
Dan lagi satu, pembersih vakum ini mempunyai kelajuan masa dalam dua mod. Jika korang guna sedutan pada daya rendah 80W, ianya akan bertahan sehingga 30 minit tapi jika korang guna kelajuan masa dalam mod sedutan pada daya tinggi 120W, ianya akan bertahan hingga 20 minit, tu semua bergantung pada tahap pembersihan korang. Kalau agak habuk tebal, so guna kelajuan tinggi, tapi sekadar nak vakum lantai aje, guna aje kelajuan rendah.
Haa tu, korang tengok video cara Sis gunakan ketiga-tiga peralatan Vakum Tanpa Kabel A&S A90 Plus ni dalam kerja-kerja seharian pembersihan rumah Sis. Mudah aje kan.
Yaa dalam setiap pembelian korang akan dapat;
• Dust Mite Removal Brush
• 2-in-1 Crevice Nozzle & Brush Charging
• Wall Hanger & Accessories Storage
*2 tahun warranty
*sijil berdaftar SIRIM
A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner ni mempunyai ;
• 10,000Pa Suction Power
• 150W Output Power
• 0.8L Dust Cup
• HEPA Filter
• 30 Minutes Working Time
• 2,200mAh Built-In Battery
• 2 Speed Control
Cara pembersihannya pun mudah, korang boleh baca dalam buku manual yang di berikan. Mudah nak faham dan nak membersihkannya pun sangat mesra pengguna. Takde ko susah payah nak buka katup atau nak menukar filter ke apa, hanya buka dan bersihkan aje tempat kotoran tu, senangkan.
Dan yang paling penting dan sebab kenapa Sis sukakan Vakum Tanpa Kabel A&S A90 Plus ni, sebab dia ada HEPA Filter. HEPA Filter bermaksud High-Efficiency Particulate Air atau partikel udara yang mempunyai kecekapan tinggi. Penapis HEPA adalah sejenis penapis udara mekanikal yang berfungsi dengan memaksa udara melalui jaringan halus yang memerangkap zarah-zarah berbahaya seperti debunga, anjing/kucing peliharaan, debu hama dan asap tembakau.
So jika keluarga korang ada alahan atau asma, HEPA Filter boleh memerangkap segala pencemaran (Sel kulit mati, habuk, spora, kulat dan kelemumur haiwan) dan boleh membantu meredakan alahan.
Tu yang istimewanya vakum ni sebab ada HEPA Filter ni. Bila korang mula menggunakannya, HEPA Filter tu akan berfungsi automatik, kemudian setelah dsedut semua kotoran, barulah ia membebaskan udara yang bersih ke udara. Barulah udara lebih segar dan nyaman, tak gituu..
Harga untuk Vakum Tanpa Kabel A&S A90 Plus adalah RM459 .. kalau ada sale, harga lebih murah dari yang Sis dapat ni. Korang boleh dapatkannya di Shopee atau pun di Lazada. Atau nak mudah, korang juga boleh beli dan dapatkannya dengan agen-agen sah seluruh Malaysia di autorized dealers
Dan yang penting ianya ada sijil berdaftar SIRIM dan 2 tahun warranty yaa.. atau jika ada segala kerosakan, korang juga boleh ke A&S Concept Store (Service Centre) mereka.
Jika korang pergi ke A&S Concept Store, korang boleh lihat sendiri, model-model lain yang di pamerkan dan model sedia ada. Banyak pilihan yang korang nboleh pilih dan korang boleh terus bertanya lanjut dengan mereka.
Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh ke website mereka dan lihat lebih banyak info di sana okay. Yang pasti, korang mesti dapatkannya dan Sis pasti, korang mesti sukakannya..
Untuk harga, boleh rujuk di bawah:
A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner RM 499
A&S S100 Cordless Vacuum Cleaner RM 759
A&S Batman Vacuum Cleaner RM 799
A&S Wonder Women Vacuum Cleaner RM 1299
Promo Code: https://rb.gy/gsltcw
Lazada Voucher Link, valid from 16 May - 16 Aug (5% OFF)
P/S: Tertarik betul dengan design Batman tu haa.. lain dari yang lain kan...