SELAMAT HARI RAYA 1442H/ 2021M | Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran buat semua pembaca Aku Sis Lin. Maaf juga sebab sibuk dari semalam hingga ke hari ini, memang tak sempat nak update kisah sambungan ramadan Sis..tapi insyaAllah akan Sis cuba update semuanya sebagai memori di blog ni bila dah free okay.
Tapi untuk harini dan esok, hanya ini aje yang sempat Sis update di sini. Sis sibuk dengan persiapan raya di rumah. Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.
Ramadan pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.
Selamat Hari Raya korang ❤
Selamat hari Raya, hari Mulia
Bersama mohon doa selamat sejaht'ra
Di hari yang berbahagia ini
Bersyukurlah kepada ke hadrat Illahi
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya
Di pagi yang mulia, ucapan diberi
Selamat hari Raya Adil Fitri
Salam-bersalam, bermaaf-maafan
Semoga kesalahan ikhlas diampunkan
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya
Sebulan berpuasa lapar dahaga
Tunaikan kewajiban perintah agama
Semoga jauhkan segala dosa
Hidup aman di dunia, di akhirat jua
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya
Sesudah bersembahyang di pagi raya
Ziarah sanak saudara di hari mulia
Nikmati hidangan jamu selera
Serta memohon maaf segala dosa
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya
P/S: Salam takziah juga buat sahabat Sis,Sunah yang baru sahaja kehilangan ibu mertuanya pagi tadi..