Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

GARA-GARA MAKAN PETAI JERUK, PERUT AKU SAKIT MACAM KENA PIJAK!

$
0
0
GARA-GARA MAKAN PETAI JERUK, PERUT AKU SAKIT MACAM KENA PIJAK! | Ini memang kes serius berlaku petang semalam selepas waktu berbuka puasa. Kisahnya semalam, belilah petai dengan kawan Sis, then kupas-kupas Sis pun buatlah Petai Jeruk. Entahlah macam mana boleh mengatal buat petai jeruk letak cuka dan cili tu. Biasanya Sis akan kupas then rebus aje kemudian letak dalam bekas berisi air sejuk, dan simpan aje dalam peti ais. Nak jadi asbab, pi buatnya petai jeruk.

Padahal letak cuka pun tak banyak mana pun, hanya sesudu jer, cili padi tu ada la dalam 5 batang. Sis letak air panas dalam mangkuk masukkan cuka dan cili padi, dan Sis tambahkan sedikit minyak Zaitun. Kemudian petai yang dah kupas dan di cuci, Sis masukkan ke dalam botol yang berisi air dan cuka tadi. 

Proses membuatnya dalam tengahari macamtu. Di sebabkan semalam Sis puasa, so petang time Maghrib waktu berbuka laa baru makannya. Masa makan memang laa tak ingat dunia, sedap mengigit sebiji demi sebiji.. selesai makan, usai solat Maghrib then duduklah kejap membaca buku sat..

Petai Jeruk

Tiba-tiba... tak semena-mena perut Sis sakit macam kena pijak.. cramp terus rasa perut, tegang dan entahh tak tau nak cakap macam mana sakitnya.. merangkak dari sejadah naik atas katil dan capai minyak YuYee. Mengerang kesakitan Sis dalam bilik.. 

Yang paling terkejut nampak Sis sakit si Kenit. Dia mengigau macam apa semalam sambil tengok muka Sis, Sis pun sendiri terpinga dalam kesakitan tengok Kenit macamtu.. Mungkin agaknya dia simpati dan bertanya pada Sis, Mak kenapa Mak?'.. mungkinlah.. 

Mengerang kesakitan Sis semalam atas katil. Sampai keluar air mata menahan kekejangan perut, Allahuakbar.. entahlah kenapa.. 

Ke alah dengan cuka ke? Nak kata cili, bukan Sis makan gigit cili pun, cuka pun bukanlah Sis pi hirup air cuka, cuma petai aje yang di rendam dalam air cuka tu.. tak tau laa kenapa.. 

Korang pernah rasa sakit macam tu juga ke selepas makan petai jeruk? Ke Sis salah membuatnya ek?

Gara-Gara Makan Petai Jeruk, Perut Aku Sakit Macam Kena Pijak!

Dan sepanjang menahan kesakitan di atas katil.. Kenitlah jadi peneman Sis.. dia duduk sebelah Sis sambil sekejap-sekejap kepalanya di angkat lihat Sis, kejap-kejap kang dia tukar posisi mengadap Sis, di tenungnya Sis.. kalau Sis tegur, terus dia 'meoww'... huhuhu..

Kenit memang kucing yang prihatin, bila Sis sakit aje memang dia macam orang hilang anak.. muka gelisah dia Sis tau sangat.. anak-anak pun cakap sama.. selagi Sis baring atau tidur, dia akan duduk sebelah sampai Sis bangun.. ada masanya dia duduk atas badan Sis dan mukanya mengadap ke muka Sis.. eeee tang tu annoying betul tau.. hahahaha..

Apa-apa pun, kesakitan tu tidaklah berapa lama, tapi dekat sejam juga baru ookay.. sampaikan Suami balik pun Sis di atas, tak sambutnya depan pintu.. tapi bila dia tau kenapa sakitnya, ermmm mulalah start membebelnya.. dah tau puasa, makan benda jeruk, memanglah berlawan angin perut tu katanya.. 

Tobat Sis ko nak buat lagi oii... 

Malam tu juga Sis dah okay, Sis turun, amik petai jeruk tu, Sis cuci, kemudian letak air sejuk, simpan balik dalam botol, masuk peti ais.. ermmmm.. apolah nasib badan.. 


P/S: Baki petai tu ingat harini nak buat Sambal Udang aje la.. lagi sodapkan.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes