KEDAI ECO-SHOP DAH BUKAK ECO-BAKERY? | Waaa manyak syok woo kalau sebelum ni hanya eco-shop Malaysia aje, kini sudah ada eco-bakery Malaysia pulakk, mesti semua roti, pastry, kek dan donut harga murah-murah kan?.. aje memang gila laa kalau semua negeri dah ada eco-bakery Malaysia ni nanti.
Dengarnya bukan kata roti aje, ada juga aiskrim dan aneka jenis minuman kopi ko.. muffin pun ada, ehhh egg tart pun ado juga.. waduh-waduh, bilalah boleh rentas daerah ni..aje sanggup kan semata drive pi Segamat kang hahaha..
Semalam adik Sis laa yang tag Sis di facebook pasal viral eco-bakery Malaysia ni. Rupanya dah ada 3 cawangannya dah. Kalau di Johor hanya ada di Segamat aja. Tu pun adalah outlet pertamanya. Lihat pada gambar-gambar ketika pembukaannya, memang betul, ternyata eco-bakery ni ada banyak menjual roti, donut, kek dan bermacam aneka pastry ko terjual dalam eco-bakery Malaysia tu.. teruja pulak Sis nengoknya.
Tapi setakat yang Sis baca, di facebooknya, memang benar laa ada 3 aje cawangannya setakat ni. Harap-harap lepas ni makin banyaklah cawangannya hingga ke Johor Bahru ni.. tak sabarnyaa nak bersoping roti hahahaha..
Korang tak caya? Meh nengok antara gambar yang Sis copy & paste dari facebook eco-bakery Malaysia ni.
Tagline Eco Bakery :
✔ Roti Hari Ini
✔ Tanpa pengawet tambahan
✔ Harga RM2.50 untuk SEMUA
Waktu pembukaan: 10am - 10pm
Eco Bakery Segamat
Alamat : A008, U Sentral, Jalan Utama 3/2, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor
Eco Bakery Bukit Raja
Aalamat : No. 9 (Ground and First Floor), Jalan Astaka 1A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
Eco Bakery Selayang
Alamat: No 1A (Ground Floor), Ideal Convention Centre, Jalan PS 10, Taman Prima Selayang, 68100 Batu Caves Selangor
P/S: Kalau masuk kedai Eco ni kan, Siapa yang saka ni? Kedai ECO Shop, korang atau kedua-duanya? Hahahaha..