Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450

RAMBUT AKU DAH TAK GUGUR SELEPAS GUNA SHAMPOO DAN HAIR TONIC SEBORIN!

$
0
0
RAMBUT AKU DAH TAK GUGUR SELEPAS GUNA SHAMPOO DAN HAIR TONIC SEBORIN! | Korang mesti ada terbaca isu viral mengenai syampoo dan hair tonic Seborin ni kan? Korang ada mencubanya? Kalau siapa yang dah cuba mesti tau kesannya sangat efektif dan sangat berkesan giler! Sis berani cakap sebab Sis dah mencubanya selama dua minggu.

Mulanya memang Sis ada terbaca isu viral ni perkongsian dari sesaorang mengenai dua produk Schwarzkopf Seborin ni, tapi jenis Sis endah tak endah aje. Kemudian sewaktu adik-adik Sis semua staycation dirumah, kami ada tegur laa MamaDD sebab anak rambut depannya kemain banyak tumbuh, sampai terpacak-pacak hahahaha.. then MamaDD kata yang dia guna hair tonic Seborin ni. Haperr????...

Sis pun apalagi banyaklah pertanyaan, dah macam kaunter pertanyaan tanya itu tanya itu, maklum laaa jenis tak percaya isu viral laa katakan hahahaha,. Lepas tu apalagi, mengedik nak mencubanya, dan dan itu jam juga nak ajak MamaDD ke Watsons membeli hahahaha.. yaaa kat Watsons aje ada jual. Nasib juga area rumah ni dekat dengan Watsons hehehe.. 

Rambut Aku Dah Tak Gugur Selepas Guna Shampoo Dan Hair Tonic Seborin!

Macam MamaDD tu dia hanya guna hair tonic Seborin aja, tapi Seborin ni ada juga shampoo untuk rambut gugur dan botak. Katanya adik, dia baca, nak lagi efektif guna keduanya, lagi nampak kesannya dengan cepat. Tak kisahlah cepat ke lambat, janji ada kesan dan rambut tak gugur lagi pun dah okay. 

Sis memang ada masaalah rambut gugur dan nampaklah kalau di selak rambut tu, dah nampak jarangnya, tapi belum katagori botak. So sebelum botak baiklah kita atasinya kan?. So bila ke Watsons, alhamdulilah jumpa plak keduanya, Shampoo dan Hair Tonic Seborin, Sis beli dua-duanya sekali. Cuma dia ada banyak jenis tau, tapi yang Sis baca, bagus korang beli yang botol biru aja dulu. Rata-rata memang ramai kata yang biru ni untuk permulaan.

Cara guna shampoo Seborin tu sama je macam ko guna dan pakai shampoo harian korang, dan bila korang dah mula guna shampoo Seborin ni, korang stoplah guna shampoo-shampoo lain tu. Korang tengok hasilnya dulu. Jangan pakai campur-campur, kang rambut pun pening nak ikut arahan mana hahahaha.. 

Rambut Aku Dah Tak Gugur Selepas Guna Shampoo Dan Hair Tonic Seborin!

Rambut Aku Dah Tak Gugur Selepas Guna Shampoo Dan Hair Tonic Seborin!

Dan lepas korang dah bershampoo. Korang kena biarkan dulu rambut kering sepenuhnya. Macam Sis, Sis guna tiap kali sebelum tidur aja. Seborin hair care ni tak berminyak. Ia mengandungi extract root ginger dan Pro-Vitamin B5. Untuk pakai, just sapukan pada rambut kering atau rambut kering selepas dicuci, kemudian urut perlahan-lahan ke kulit kepada dalam masa seminit dua macamtu. Korang tak perlu basuh atau bilas rambut tu. 

Sebab tu Sis kata elok pakai sebelum tidur. Bau dia memang macam ubat sikit, tapi bila dah letak ke kulit kepala, sejukk ajaa rasa ko. Sis ajar korang, nak mudah, korang belilah botol kecil spray kat ECO ke DIY ke atau DAISO tu, then korang tuang ke dalamnya. So nak pakai just spray aje. Kalau tak, korang kena tuang ke tapak tangan. 

Setakat ni, inilah dua produk rambut yang Sis guna. Dan hasilnya memang sangat menakjubkan okay!. Anak-anak rambut banyak gilee tumbuh depan dan tengah, dan juga kelemumur pun nampak takde dah. Yang bestnya korang pegang rambut korang, rasa tebal .. arghhhh Sis suka! Kenapalah baru tau benda ni!!!.. 

Harga pun tak mahal dan berubah-rubah mengikut sale kalau di Watsons. Masa Sis beli tu tengah sale. Lupa plak laa harganya, tapi tak sampai melebihi RM50 punnnn sebotol.. Nak mudah korang beli je di Shopee pun ada, tapi hati-hati, sebab dengarnya ada yang FAKE!.. 

Lepasni nak try Hair Tonic Seborin yang botol coklat tu pulak. Kita cuba step by step..janji puashat!..Apalagi, korang kalau ada masalah rambut, korang cubalah.. Rambut Sis dah tak gugur selepas guna shampoo dan hair tonic Seborin... alhamdulilah.. 

#SisSharing 


P/S: Suka tau bila nampak dan rasa rambut tebal semula.. macam mimpi!!!.. Now Suami pun Sis suruh pakai juga. Anak-anak memang pakai juga.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450