SIAPA KATA TIME PKP TAK BOLEH MAKAN MENU HOTEL? | Haaa siapalah yang kata tu kan? Setahu Sis sepanjang PKP ni, kalau makan duduk di Cafe Hotel yee memang tak boleh, tapi kalau korang walk-in tapau/takeaway atau delivery ke rumah sahaja ye boleh, itu dibernarkan sepanjang PKP ni. Agak-agak rindu dengan masakan dan menu hotel-hotel pilihan korang, haaa cari aje laaa di laman sosial mereka, pasti ada sajian takeaway dan delivery mereka.
Termasuk juga di Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Sis baru-baru ni amik kesempatan juga tutup dapo cuti memasak, keluar rumah dan walk-in takeaway menu-menunya secara drive-thru ke hotelnya. Yaaa drive-thru aje, sebelum datang, korang maklumkan jam berapa nak mengambilnya kepada mereka, then datang, tunggu dalam kereta, siap aje menu korang, mereka hulur, korang amik dan terus jalan. Itu SOP yang ditetapkan.
Tapi pastikan jarak pengambilan ke hotel tu dalam lingkungan 10km aja yaa dari tempat korang. Sebab kita di benarkan keluar berurusan dalam radius jarak 10km sahaja. Haaa kang tak memasal kena tahan dek polis kang..Setakat ni Sis tau kawan-kawan kata di Jambatan Permas tu ada roadblock. So korang hati-hati ya.
Kesemua menu yang di jual sangat berbaloi, baik dari segi harga dan juga portion dia. Tapi hanya menu a-ala carte sahaja, berharga serendah RM20nett beserta sebotol minuman. Menu-menunya pun ada banyak pilihan dalam 4 selection.
- Western Selection
- Noodles Selection
- Rice Selection
- Appetiser & Sandwiches Selection
Dan setiap selection tu ada pelbagai jenis menu. Masa nak memilih pun kemain pening kepala anak-anak hahahaha, semuanya nampak sedap aje menunya. Tapi kami amik yang rasa teringin nak makana aja. Lagipun 4 pilihan menu yang Sis amik ni adalah pilihan kesukaan ramai. Dan ternyata Sis tak salah memilih.
Jom nengok apa yang Sis dan anak-anak pilih untuk menu takeaway dari Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel.
Pizza Medley Seafood
(Western Selection)
Penang Fried Char Kway Teow
(Noodles Selection)
SzeChuan Kung Pao Chicken Rice
(Rice Selection)
Beef Cheese Burger
(Western Selection)
Tortilla Chicken Wrap & Fresh Salads
(Appetiser & Sandwiches Selection)
Dan menu Penang Char Kway Teow dan Pizza dia jadi kesukaan anak-anak! Berebut anak-anak makan..Nak lagi sedap, sampai rumah korang hidang dan panaskan, atau korang terus panaskan dalam bekas makanan yang disajikan tu. Lagi mudah. Tapi Sis lebih suka hidang, feel makan kat rumah lebih syokkk..
Korang kalau rasa nak mencubanya, boleh contact nombor di bawah untuk pre-order sekurangnya sehari sebelum takeaway atau 3 jam sebelum waktu pengambilan.
Untuk lihat kesemua menunya, korang klik SINI . Dan untuk tempahan, korang boleh contact details di bawah ni okay.
Cafe BLD : +6073813322
WhatsApp : https://wa.me/60177713327
Order online : https://bit.ly/CafeBLDTakeaway
Di buka SETIAP HARI bermula jam 11am to 8pm.
P/S: Rasa macam bulan Ramadhan laa pulak bila takeaway makanan gini huhuhu.. apakah kita berpuasa dalam keadaan PKP lagi? Hurmmm...