BETUL KE BERKUMUR DENGAN UBAT KUMUR BOLEH BUNUH COVID19? | Sis terpanggil nak berkongsi mengenai tajuk ini sebab baru-baru ni waktu Sis pergi berbelanja barang dapur, ternampak satu family melayu ni penuh dalam trolinya ubat kumur Listerine dalam trolinya. Yaa memang Sis ada terbaca perkongsian yang mengatakan berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh atau cegah Covid19.
Dan Sis juga bukan sebab viral tu baru Sis guna, tapi memang dah lama Suami guna ubat kumur tu sebelum tidur dan selepas gosok gigi, termasuk juga Sis. Lagi sejak selepas pembedahan Tonsil tu, Sis memang rajin berkumur dengan ubat kumur dari hospital tu. Ye laaa kita guna untuk mencegah, benda elok kita amalkan, tak gitu..
Dan semalam, sewaktu mmbuka membaca facebook, terbaca pulak di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai isu ubat kumur ni. Hurmm...Sis baca sekali lalu je sebab memang sebelum ni tak amik kisah bab ubat kumur ni boleh bunuh Covid19 tu, just memang guna sebagai rutin harian peribadi aje. Sambil tu untuk mencegah dari jangkitan virus kuman.
Tapi Sis nak juga berkongsi, sebab semalam sewaktu Sis share posting facebook tu di salah satu group wahtsapp Sis sebagai pencerahan yang ianya hanya untuk mencegah, bukan membunuh, ehhhh kemain berdebat pulak dia kata semuanya tu palsu dan seolah kita pulak pembawa cite palsunya.. geramm aje aku membacanya.. Siap perli kata yang kita ni tak dapat beli Listerine then kata Listerine tu tak bagus, eeee nak je aku siki kepala ko..
Dah malas nak berdebat, meh laa kita baca perkongsian di bawah ini dari facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengenainya.
Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?
Benda ni hangat beberapa hari ni.
Macam ini. Saya terangkan dari sudut pergigian.
Di klinik gigi, kami dah practice benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur. Kalau anda buat rawatan gigi, tak ada dapat benda ni, minta dengan doktor gigi anda.
Benda ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM. Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.
Ingat, benda ini sebagai langkah PENCEGAHAN. Bukan rawatan untuk COVID-19. Sama macam kita gunakan hand sanitizer. Sama macam kita basuh tangan dengan sabun.
Ubat kumur ada povidine iodine, ada chlorohexidine.
Hand sanitizer ada alkohol.
Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.
Persoalannya sekarang, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni.
Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.
Kalau nak berkumur dengan ubat kumur ini, silakan. Dari sudut pergigian, memang kita sangat galakkan. Tapi bukan buat tuntutan untuk merawat COVID-19.
Dr Iqbal Rosali
Dentist M3
P/S: Lebih baik mencegah dari terus tak buat apa.. betul tak?.. sekurangnya kita usaha.. *kawan Sis ko memang pelik-pelik semuanya hahahaha..