Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

RESEPI DAGING MASAK KICAP PEDAS CHE NOM MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
RESEPI DAGING MASAK KICAP PEDAS CHE NOM MUDAH DAN SEDAP | Hai korang, selamat pagi di hari kedua dan kali kedua kita berPKP. Korang okay ke tu? Harap semuanya baik-baik aja menjalani kehidupan seharian dengan penuh bersemangat walau bermacam dugaan dan ujian yang tanpa di sangka. InsyaAllah perbanyakkan berdoa agar Allah permudahkan urusan kita.

So apa menu korang hari ini? Harini Sis nak masak Asam Pedas Ikan Kembung dan juga Sup Kimchi. Dua menu tu semuanya atas permintaan anak-anak. Kita layankan aje laa kan, kang tak tunaikan permintaan, meroyan pulak anak-anak dengan boringnya duduk rumah kan.. *dia fikir boring dia je, kita ni? ermmm... 

Pagi ni Sis nak kongsikan satu menu yang Sis cuba dan ternyata sedap sangat. Punca menu ni sebenarnya tercipta setelah Suami malam kelmarin tengok Youtube Che Nom dan ternampak resepi Daging Masak Kicap Pedas ni haaa.. katanya Suami, 'Sedapnya, ada daging tu, esok cubalah buat'.. hahahaha di gelak dek anak-anak masa Ayahnya cakap macam tu sambil tengok Youtube masak-masak tu.. 

Tak pernah-pernah tengok Youtube masak-masak Ayahnya hahahaha..

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Dan kebetulan memang ada daging dua kilo yang Suami beli masa belanja barang dapur tu, so apalagi, semalam Sis mencubanya laaa.. Bukak website blog Che Nom dan Sis folllow satu-satu kesemua bahan yang Che Nom guna. Dan paling Sis pertama kali tau, Che Nom guna daun pandan dalam resepi daging masak kicap pedas ni. Lain dari yang lain.

Cuma Sis buat perapan daging macam Che Nom je lain. Ikut resepi Che Nom, daging tu dia perap semua dalam setengah jam, tapi sebab Sis beli daging yang bukan daging lembut, so Sis kena rebuskannya dulu, Sis guna periuk Noxxa tapi Sis masukkan semua bahan perapan yang Che Nom perap tu ketika merebus daging. Pun ookay. 

Bahan-bahan untuk perapan daging :
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Okay so jom kita tengok bahan-bahan untuk memasak Daging Masak Kicap Pedas ni. 

Bahan-Bahan :
  • 500g daging
  • 1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • Kicap manis secukupnya

Bahan-bahan untuk dikisar halus :
(semua bahan-bahan yang ini perlu di goreng dahulu tanpa minyak hingga layu sebelum dikisar)
  • Cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing-masing)
  • 12 - 15 biji bawang merah
  • 5 - 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Cara Penyediaan :
  • Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  • Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  • Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  • Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  • Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  • Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

Tips :
Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut, kata Che Nom.. (Cuma Sis takut daging tak empuk, tu yang Sis empukkan dalam Noxxa dulu). 

Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom Mudah Dan Sedap

Bila dah siap, korang makan dengan nasi pepanas, perghh sedapnya.. anak-anak makan berselera sungguh, kecuali anak Sulung Sis, dia tak makan daging. Malamnya Suami balik, makan sampai dua pinggan hahahaha.. memang sedap katanya resepi Che Nom ni, tapi yang ni air tangan i okay ye Bang hahahaha.... *nak juga claim hahahaha..

So korang cubalah. Lepas ni masak apa-apa letak daun pandan, memang sedap rasanya dan wangi masakannya.. Sis baru pertama kali masak tumis daun pandan ni. Makaseh Che Nom untuk resepi yang sedap sangat ni.. alhamdulilah.. 


P/S: Kecoh halnya Daging harimau Menangis tu... kesian harimau.. :(

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422