Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4438

QUECHOS MEXICAN GRILL

QUECHOS MEXICAN GRILL | Korang pernah makan makanan Mexico ni? Quechos Mexican Grill adalah rangkaian tempatan kios Fast Casual MALAYSIAN-MEXICAN yang terletak di Johor Bahru Malaysia. Ianya makanan Mexico yang inovatif dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera orang Malaysia. 

Quechos diasaskan oleh Mohd Ridzuan Fo pada tahun 2015 seorang bekas chef yang berminat dalam bidang keusahawanan memulakan perniagaan makanan menjual makanan Mexico seperti burrito, taco, nachos, quesadilla, enchilada dan salad. 

Pertama kali anak bawa Sis mencubanya, memang boleh dikatakan sekali makan akan cuba datang makan lagi. Jika korang dekat di area Pasir Gudang, korang boleh mencubanya di Taman Rinting. Kedainya bukan cafe atau restaurant ya, ianya ada Food Truck di kaki lima di trafiic light berdepan degan Mydin tu. 

Nak cite pun payah bab menunya, So korang tengok je gambar di bawah ni ookay. 






Maaflah, pencahayaan kurang terang sikit, so gambar agak tak terang. Nak edit malas hahahaha.. 

Queches Mexican Grill ni dia ada banyak cawangan kiosk tau. Korang boleh belek di facebook atau di instagram mereka. Tapi untuk Sis paling dekat di Taman Rinting laa. Cuma kalau korang datang makan sini, kena banyak bersabar. 

Servis agak slow sikit, sebab PakCik tu ketikanya Sis datang, dia sorang aje yang memasak dan membuatnya. Mana nak layan Foodpandanya lagi, mana nak buat order orang bungkus lagi, yang makan situnya lagi, so harap banyak sabar. 

Tapi jika ada pembantu yang membantu, mungkin cepat sikit servisnya. Tengok pada keadaan, so korang jangan lee meroyan ya. 

Cubalah, ni la antara tempat makan best Johor yang sedap, dan harga sangat berpatutan. Sis nak letak harga pun takut mana tau dah beza plak harganya, so korang datang makan sendiri aje laa ek. 

QUECHOS Taman Rinting
7, Jalan Sena 2, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor
Buka jam 6pm hingga pm (Jumaat TUTUP)



P/S: Siapa pernah makan sini, pasti akan datang lagi hehehehe..percayalah 😎

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4438