Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

SELAGI BOLEH GUNA, AKU GUNALAH!

SELAGI BOLEH GUNA, AKU GUNALAH! | Begitulah, selagi boleh guna, aku gunalah, janji masih boleh menekan papan keyboardnya, selagi boleh keluar huruf-hurufnya, dan selagi boleh update blog, so kita guna selagi boleh guna. Ikutkan baru lagi tau laptop Asus Sis ni, tak sampai pun 3 tahun, tapi atas sebab kecuaian diri sendiri, makanya, ermmmm....

Malas nak fikir nanti serabut jadi tekanan dalam diri meronta nak laptop baru hahahaha. Padahal Suami dah tanya dah, nak ke tak tukar baru, tapi sebab bukan kemahuan so nanti aje laa..kot mana tau kan, tunggu dan sabar, nanti dapat MacBook lalalalalala..

Ikutkan laptop Sis pecah ni hanya cover je, dan cover tu boleh di ganti, tapi tak tau mana nak di bawa. Dah le mikir nak bawa kedai dengan tak boleh ditutup laptop tu, so ko bayangkanlah nak hurung laptop tu ke kedai dengan laptop cover tu terbuka gitu hahahaha. Yaa memang tak boleh tutup kalau tutup aje, kompom akan patah sebelahnya lagi huhuhu.. 



Setakat hingga hari ini, laptop ni laa yang Sis guna untuk update blog, so memang banyak jasanya oii. Sayang pun sayang. Dalam rumah ni pun tak sorang pun berani nak usik termasuk Suami Sis. Kalau laptop tu beralih tempat, Sis tau lee sapa yang guna hahahaha.. 

Dulu Sis pengguna Acer, cuma sekali ni je tukar ke Asus. Memang takde masaalah apa pun, cuma tu laa Sis kata, atas kecuaian sendiri, laptop jatuh dan pecah!

Tapi memang nak kena ganti laaa, sebelum apa-apa yang lebih teruk berlaku, baiklah Sis cari jalan nak baikinya dulu. Kang tiba-tiba dia sangkut kat skrin, then hilang padam terus, lagi nayaaaa...banyak dokumen dan gambar dalam tu oii.. 

Cuma...entah kat mana nak repair ek? Tanya anak, kawannya dah tak bekerja pulak kedai komputer, nak tanya kedai, kedai apa ek? Korang ada tau tak?

Kalau ada sapa terbaca dan tau mana nak repair laptop area Johor Bahru ni, bagitau ya. Boleh komen atau email ke Sis sendiri linmdnoor@gmail.com, atau pun ada pembaca sini yang ada buat servis membaiki laptop, haaa lagi bagus. Contact Sis ya!!!.. Makaceh...


P/S: Ehh apo kena mengena kopi dan kambing tu? hahahaha...entah :p ... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471