Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

TERKINI! HANYA SATU BAG DIBENARKAN DALAM KABIN AIR ASIA

$
0
0
TERKINI! HANYA SATU BAG DIBENARKAN DALAM KABIN AIR ASIA | Korang dah tau mengenai berita ini? Yaaa tahu, memang ramai tau tapi ramai tak faham, sama gak macam Sis masa mula-mula baca berita ni. Siap kata dalam hati, 'Eh, bukan memang tak boleh ke bawa?', haaa tapi kalau di perhatikan sampai sekarang pun masih tak faham, dan masih bawa juga bag dalam kabin kapal terbang tu, betul tak?.

Bag macam mana yang Sis maksudkan? Tu haaa macam dalam gambar yang Sis pegang bag tu haa... yaa memang nampak kecik, dan memang ramai yang kita perhatikan bag sebesar tu le mereka bawa naik atas kan? Tapi tu duluuuu, sekarang dah TAK BOLEH dah.. so korang sila amik perhatian bab ini, jangan nanti meroyan plak kat airport ya..

Tapi ada sebabnya... meh baca Sis kongsikan dari sumber bacaan Sis di astroawani.com


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kini mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin. Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin yang kali terakhir dikemas kini pada Rabu lalu, hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang.

Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil. Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag.


Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:

  1. Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
  2. Tidak boleh melebihi berat 7kg
  3. Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan

Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7 kg.

Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.

Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini.

Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat dan dikuatkuasa selepas proses hibernasi pesawat AirAsia ditarik semula pada 29 April, 2020.

Baru-baru ini tular video dan kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut.

Sekian harap maklum ..


P/S: Haaaa korang faham tak? Ermm tak faham juga? Baca ulang-ulang ek hahahaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.