Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4476

DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 BIKIN EMOSI AKU TERGANGGU

$
0
0
DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 BIKIN EMOSI AKU TERGANGGU | Korang dah tengok ke sambungan drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni? Kalau yang mengikuti 7 Hari Mencintaiku 1, pasti memang menunggu sambungannya.. yang 1 pun dah penuh emosi, lagi kan 2 ni, aishhh baru episod 3 dah meluap-luap emosi Sis ko, rasa macam nak masuk tv aje kasi tumbuk satu kali muka Datin dan juga si Syakila tu hahahaha...

Tapi Sis pasti, emosi lagi bertambah geram bilamana Mia tu berpaling dan membenci Suaminya gara-gara hasutan dan hasad dengki Datin tu, dan tambah lagi Sis baca Mia tu sampai hilang hormat dengan Pak Samad, ayah mertuanya, eeee rasa nak aku balun jee mereka yang hati busuk dan tak boleh nengok ksenangan dan kebahagiaan orang lain..

Dan dan tu plak, masuk orang ketiga lagi mengeruhkan keadaan rumahtangga...arghhh tang ni memang emosi turun naik Sis ko di buatnya..kena banyak berzikir kalau tengok drama ni lerr hahahaha.. Tapi nasib baik lee Sis layan youtube aje, nak tunggu jam 7pm tu memang tak ler, time u banyak nauu kejenya, lagi nak maghrib, kang tak fokus nak melayan drama.

So korang dah tengok ke? Mungkin yang tak tengok 7 Hari Mencintaiku 1 tidak akan faham akan crita 7 Hari Mencintaiku 2 ni..so kalau tengok, jangan banyak tanya, kang engko plak kena hempuk hahahaha...


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 
Setiap Isnin hingga Jumaat 
Jam 7pm .

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana.

Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali) . Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Pelakon utama
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi

Pelakon pembantu
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
Bil Azali sebagai Zaidi
Faye Kusairi sebagai Syakila
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Sean Lee sebagai Adam

Pelakon sampingan
Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Razzuan Rosli sebagai Fariz
Shamielya sebagai Azura
Shahidan Izwan sebagai Sharif
Amelia Christie Lim sebagai Rafidah
Fadilah Mansor sebagai Emak Nurul Ain

Pelakon kanak-kanak
Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
Puteri Rafasya sebagai Harlina (Kenit)


P/S: Apakah Mia benar-benar tinggalkan Khuzairi??? huwaaaaa :(( ... kita tunggu dan lihat..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4476

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.