MENU HARI RAYA YANG MESTI ADA DI PAGI RAYA | Lemang dan juga rendang, antara menu yang mesti ada di pagi hari raya, setuju ke tidak? Selain lemang, ketupat, lepat dan palas juga mesti ada di sesetengah rumah orang. Kalau rumah Sis, lemang dan ketupat aje, yang lelain tak ada pun tak apa.
Tapi bab rendang tu, jangan kata tak, mau ngamuk di pagi raya oii hahahaha. Mesti nak kena ada rendang ayam atau pun rendang daging. Juga menu lain seperti lodeh, ayam masak merah, sambal kacang, sambal goreng jawa dan juga ayam kurma atau ayam kari pun mesti ada. Serunding atau dendeng tu pilihan kedua, kalau ada ye ada, tak ada pun tak apa.
Tetapi tahun ni dari sebelum puasa membawa ke semasa berpuasa, Suami Sis boleh di katakan dalam seminggu mesti ada dua kali dia akan membeli dan membawa balik makanan hari raya ke rumah. Tak kisah lee lemang ke ketupat ke, beserta dengan lauk pauknya sekali. Ada pernah Sis up dalam posting menu hari raya sebelum ni. Sampaikan anak-anak pun terkejut tengok kemain sakan Ayahnya makan menu raya.
Bukan kata untuk berbuka aje, bangun sahur pun di carinya lauk raya ni haaa..
Sejak Suami kerja di Penggerang tu lee, dia sakan makan dan membeli lauk raya, ada satu kedai warung memang menjualnya. Semua menu ada kata Suami. Harga pun tak mahal, standard harga jual lauk pauk biasa.
Tapi yang dalam gambar atas ni, menu lemang dan rendang ayam tua ni, Suami beli dengan kawannya yang lain, delivery sampai ke depan rumah. 2 batang lemang dan 4 bekas ayam (sebekas ada 2 ketul ayam), semuanya RM 50 sahaja. Murah kan? ..sedap plak tu lemang dan rendangnya.
Sis kalau Suami bawa balik ketupat ke lemang ke atau menu raya macam ni, Sis tak pandang nasi dah hehehe, terus tumpang sepinggan makan sama, rugi woo tak makan, bukan senang nak jumpa, nak masak pun ikut rajin kalau tak ye ye...
Tahun ni raya, Suami dah kata, kita masak ketupat sendiri, anyam sendiri, dan rebus sendiri. Lauk-lauk lain macam biasa le Sis akan masak, rendang ayam kampung, sayur lodeh, sambal goreng jawa, daging rendang tok, ayam semur dan juga sambal kacang. Jangan terkejut banyak, itulah lauk pauk tiap-tiap tahun Sis masak, pun licinnnn...hehehehe
Btw sori laa korang kalau Sis tak blog walking ya, curi masa juga ni update, bizi tahap KingKong dah ni ngemas rumah, banyak tak siap lagi, atas bawah, dapur hall, mini taman Sis, luar laman adoiii semua nak adjust balik...memang semuanya kemas untuk persiapan raya nanti.
Bukan raya sakan, tapi sebab memang lama tak kemas dan banyak benda memang nak kena buang. Licin semua dah kena let go dengan anak-anak, nasib baik tupperware Mak dia tak di buang, kalau tak mau menjerit Sis ko!..
Okaylah, nanti sambung...bizii oiii..
P/S: Alhamdulilah atas rezeki yang telah Engkau berikan. Terima kasih Suamiku..