Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

AKU DAH MULA SIBUK BUAT PERSIAPAN RAYA

$
0
0
AKU DAH MULA SIBUK BUAT PERSIAPAN RAYA | Raya sakan? Oh! tak laaa, tapi itu memang rutin setiap tahun kami, sampai masa nak raya, Sis dan Suami memang akan kemas rumah kaw-kaw punya, dan kekadang yang over excited adalah Suami hehehehe. Dia akan ajak anak-anak dia semua mengemas rumah dari pagi sampai ke malam.

Kalau Sis, kemas apa yang patut jer, tapi kalau Suami kemas, yang tak sepatutnya pun dia akan kemas sampai bersih hehehe. Ada masa membebel gak, tapi kena faham jugalah kan, mengemas time puasa, memasing pun puasa, so bila dah penat, memasing pun mulut membebel. Nak taknak diam jee, kang kalau sama naik, mau Sis ko bukak puasa hahahaha.

Dari hari Jumaat sampai lee Ahad semalam, Yaa  Allah letih gile badan, nak jenguk blog pun tak nyempat dah, pepagi lepas sahur dah start mengemas, buang mana yang patut, dan kemas susun semua yang perlu. Suami plak sibuk nak cat rumah, so semua barang kena alihkan. Memang lepak giler!. Kerja Sis cuma nak buat mini taman Sis tu je, Suami dah belikan semua barang termasuk rumput karpet tiruan, dan siap dah belikan rak untuk Sis letak semua kaktus Sis hehehe.

Banyak tau kaktus Sis, ada yang Sis beli, ada yang kawan bagi, cuma Sis tak pernah tunjuk dan orang datang pun memang tak nampak, sebab Sis letak di tingkat atas luar bilik. Situ cahaya okay dan senang Sis nak siram. So lepas ni Sis bawa turun dan susun di luar tepi hall plak. Suami dah cat bagi cantik dah tempatnya hehehe.


Nampak tu, kelibat Suami sedang mengecat dinding luar rumah...semalam pagi sampai tengahari panas sekejap, lepas tu petang jadi mendung, malamnya hujan lebat selebatnya, nasib baik cat dah kering.

Bila sesama mengemas, kerja jadi cepatlah habiskan, dan bila dah siap, puashati tengok hasilnya. Letih tu dah tak ingat dah, janji siap! Tu yang semalam memang tak on laptop langsung, handphone pun sekejap-sekejap aje tengok, tak dan oii, selagi kerja tak siap..

Harini rehat sikit, cuma Sis nak alihkan polok bunga dari pasu kecik ke pasu besar, macam tak cukup tanah je tu, nak kena pi kedai bunga beli lagi. Ingat nak ke ECO ke DIY sekali, beli dulu mana yang patut, esok-esok dah tak payah keluar lagi, sebab dah mula nak memasak raya.


Alhamdulilah, akhirnya pokok jiran sebelah ni di tebang juga. Memang kekadang hangin oii badan, pokoknya tu daun dia kalau musim angin dan kering, habis penuh depan rumah Sis daunnya, sampai longkang nak sumbat dibuatnya. Tapi kami sapu aje laaa, nak buat macam mana, kang tegur gaduh plak kang. So pagi ni dah kena tebang, sebab pokoknya tinggi dah kena kabel jalan.

Kalau rajin harini nak sesiap blender dan rebus lada semua, kemudian simpan frezer, senang untuk masak raya nanti. Walaupun rumah Sis NO Openhouse This Year, tapi masak tetap masak!

Yaaa Sis tahun ni nak masak ketupat sendiri, beli daun dan anyam sendiri. Korang pandai anyam daun ketupat tak? kalau atuk Sis dulu kata, 'Siapa tak pandai anyam ketupat, tak boleh kawin', hahahaha...gigih kami adik beradik atuk ajar menganyam oii, tu yang pandai sampai sekarang.

Adik beradik Sis semua pandai anyam ketupat, termasuk Mak dan arwah Abah juga. Anak-anak Sis pulak yang pandai, Yana aje, yang kakak dan si bujang tak belajar lagi. Nanti Sis nak ajar juga. Suami? Hahahaha tak padai juga, pandai makan jeee...hehehehe

Dah jomlah kita sambung mengemas lagi. Ada free nanti update lagi..kalau tak, memang ni je laa satu post harini, macam semalam, bizi gilerr oi...yang bertanya tu, harap faham ya..


P/S: Semakin hampir Ramadhan akan pergi... :(

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422