CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE NEGERI JOHOR | Bermula 1 Ramadan 1441H tahun 2020, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara dalam talian bagi memudahkan umat Islam menunaikan bayaran zakat harta dan zakat fitrah.
Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, demi untuk menjaga maslahah dan keselamatan amil fitrah daripada risiko penularan dan jangkitan wabak COVID-19, MAINJ memutuskan bagi tahun ini, amil fitrah tidak ditugaskan membuat pungutan zakat fitrah. Dan pembayaran zakat hanya melalui online sahaja.
Bayaran fitrah dalam talian internet digalakkan supaya ditunaikan bermula seawal menjelang Ramadan sementara selewat-lewatnya bayaran boleh dibuat sebelum jam 8 pagi pada 24 Mei 2020 ( sebelum Solat Hari Raya) bagi memastikan transaksi bayaran zapat diterima dengan sempurna.
Selepas transaksi disempurnakan dengan mengemukakan butiran peribadi yang lengkap, resit rasmi bayaran akan dihantar melalui email kepada pembayar.
Johor laksana zakat online
Terdapat tiga kaedah pembayaran dalam talian iaitu melalui bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment (http://epayment.maij.gov.my), Portal Johor Online Payment (JOP), https://onlinepayment.johor.gov.my dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Terdapat beberapa perkara yang perlu korang amik tau.
1. KAEDAH PENETAPAN HARGA FITRAH NEGERI JOHOR
Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri Johor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.
Harga beras dan peratusan penggunaannya diperolehi daripada Bahagian Kawalselia Padi, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, pemborong dan peruncit yang ada di sekitar negeri Johor.
2. KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI TAHUN 1441H / 2020M
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1441H bersamaan 2020M pada dua kadar harga RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja)
i. RM 7.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.
ii. RM 10.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.
3. SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
3.1 Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah di dalam bulan Ramadhan termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MAINJ telah menetapkan kaedah pembayaran adalah melalui dalam talian internet (on-line) sahaja.
3.2 Bayaran fitrah dalam talian (on-line)
Ianya merupakan kaedah bayaran yang paling mudah dan selamat kerana pembayar zakat fitrah tidak perlu bergerak ke luar rumah dan bayaran dilaksanakan secara dalam talian internet di kediaman masing-masing. Selepas transaksi disempurnakan dengan mengemukakan butiran peribadi yang lengkap, resit rasmi bayaran akan dihantar melalui email kepada pembayar.
Bayaran fitrah dalam talian internet digalakkan supaya ditunaikan bermula seawal menjelang Ramadhan. Selewat-lewatnya bayaran boleh dibuat sebelum jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2020 ( sebelum Solat Hari Raya) bagi memastikan transaksi bayaran zapat diterima dengan sempurna.
b.Portal Johor Online Payment (JOP).
Manual pembayaran sebagaimana dilampirkan.
c. Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Apakah hukum menunaikan Zakat Fitrah secara atas talian ?
Jawapan :
Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 9 April 2020 melalui siaran langsung teleconference. Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa : Kaedah pembayaran Zakat Fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambil kira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa.
Jika saya gagal menunaikan Zakat Fitrah hingga selepas solat raya disebabkan masalah online adakah saya dikira berdosa ?
Jawapan :
Sekiranya kegagalan menunaikan Zakat Fitrah itu disebabkan keuzuran yang tidak dapat dielakkan, maka perbuatannya itu tidak berdosa tetapi wajib melaksanakan Qada' zakat dengan syarat selepas bersungguh-sungguh untuk membayarnya melalui saluran yang disediakan.
Bolehkah mereka yang tiada kemudahan internet atau telefon pintar, tidak menunaikan Zakat Fitrah dan dibuat secara Qada' sahaja ?
Jawapan :
Tidak boleh, seseorang meninggalkan kewajipan membayar fitrah dengan sengaja dengan niat mahu melaksanakan Qada' sahaja, diantara sebab diharuskan Qada' :
i. Tidak mempunyai kemudahan internet atau telefon pintar yang boleh digunakan pembayaran melalui talian internet.
ii. Lokasi tempat tinggal yang terpencil dan terkeluar daripada liputan internet.
iii. Tidak mempunyai anak atau saudara mara yang boleh membantu.
iv. Gagal membuat bayaran atas talian disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan setelah pelbagai usaha dilakukan.
Jika terdapat pertanyaan boleh hubungi pihak MAINJ melalui e-mel zakatfitrah@maij.gov.my
Sekian.
#SisSharing .
P/S: Mudah dan senang, ada peluang dan masa, segeralah bayar. ..

3.3 Untuk kaedah bayaran zakat fitrah melalui dalam talian ini MAINJ menyediakan
kemudahan berikut untuk pembayar :
a. Bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment
- Link : http://epayment.maij.gov.my
- Waktu beroperasi : 1.00 pagi hingga 11.00 malam
- Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akauan untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran.
Manual pembayaran sebagaimana dilampirkan.
b.Portal Johor Online Payment (JOP).
- Link : https://onlinepayment.johor.gov.my
- Waktu beroperasi : 1.00 pagi hingga 11.00 malam
- Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akauan untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran.
Manual pembayaran sebagaimana dilampirkan.
c. Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
- Melalui kaedah imbas QR KOD menggunakan telefon pintar dan pembayar boleh membuat bayaran melalui pilihan 18 buah bank.